FOLLOWERS

Saturday, August 17, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 4





Audi R8 spyder hitam milik Mawarnis dipandu Randy penuh berhati-hati.Sesekali matanya mengerling ke arah Mawarnis yang gelisah.Peluh di wajah Mawarnis menitik didahi dibiarkan sahaja,dia pasti itu akibat kesan dari air yang dicampurkan tadi.

Hati Randy melonjak gembira dia yakin yang malam ini Mawarnis pasti menjadi miliknya,dia tidak dapat membayangkan bagaimana Mawar sebentar lagi akan dipeluk sampai melepaskan apa yang diingini selama ini.Mawarnis memang senang mesra tapi susah didekati,Mawarnis seperti ‘jinak-jinak merpati’.Peluang yang ada didepan matanya tidak akan dilepaskan begitu sahaja,dia bimbang andai dilepaskan peluang sekali lagi akan kempunan tidak dapat apa yang dihajati selama ini.

“Dear..I rasa you tak payah balik ke rumah papa you lah,I hantar you balik kat kondo you okey?I takut nanti you kena marah dengan papa you kalau nampak you berkeadaan macam ini,”ujur Randy cuba memujuk Mawarnis supaya tidak pulang ke rumah orang tuanya.

Mawarnis yang cuba melelapkan matanya terus menoleh lemah ke arah Randy.”Hmmm…suka you lah,”jawab Mawarnis perlahan.

Randy kembali memandang ke depan dan fokus pada pemanduan.Jawapan dari Mawarnis tadi membuat hatinya kita gembira di tahap tinggi,rasa dihati tidak sabar melihat Mawarnis jatuh ke dalam pelukannya.

Setengah jam diperjalanan,mereka tiba di lot parking kondo.Randy berlagak tenang sambil menyembunyi senyum.Dia menoleh ke arah Mawarnis sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.Kelihatan Mawarnis kelihatan resah sambil jemari runcing sahabatnya membuka satu butang baju yang dipakainya.Randy yang melihat terasa bergetar naluri lelakinya bila melihat kelakuan Mawarnis.

“Mawar,jom kita dah sampai…”

“I penatlah nak tidur tak nak pergi mana-mana sayang,”ujur Mawarnis sedikit merenggek manja.
Randy yang mendengar mula keluar dari kereta,dia terus melangkah ke arah tempat duduk pemandu dibuka pintu kereta sebelah pemandu sambil menyuruh Mawarnis keluar.Dia melihat Mawarnis keluar sambil menyentuh hidungnya.’Ubat tu dah beri kesan’ desis hati Randy.

“Jom sayang you hantar I sampai dekat atas I takut dengan hantu lagi pulak  dah malam…,”ujar Mawarnis dengan manja dipaut lengan Randy.Randy yang melihat tindakan agresif dari Mawarnis terkial-kial menurut langkah Mawarnis ke lif.

Ketika di dalam lif.

“Sayang you tinggal sendirikan?” tanya Randy lembut.

“Yup…I tinggal sendiri kalau I balik kondo,”Mawarnis menjawab jujur soalan yang ditanya oleh Randy tanpa ada perasaan curiga.

“Oh..kalau macam itu apa kata I teman you hari ini.”rayu Randy.

Mawarnis tergelak kecil.”You nak temankan I ke?I rasa tak payah you balik je lepas hantar I,”jawab Mawarnis selamba.

Tatkala pintu lif terbuka,Mawarnis segera keluar tanpa memaut manja seperti tadi.Randy mengeluh dia hanya membuntuti Mawarnis.Tiba sahaja didepan pintu,dengan pantas Mawarnis memasukan kunci ke tombol dan daun pintu tertebar.Randy yang mula bertindak dulu.Dia mencempung tubuh kecil Mawarnis pintu depan ditutup hanya mengunakan kaki.Mawarnis yang meronta-ronta minta di turunkan tidak dihiraukan.

Randy yang masih mencempung tubuh Mawarnis terus menuju pintu bilik yang terbuka sedikit,diletak kasar tubuh Mawarnis.Dia menuju ke pintu lalu ditutup pintu bilik Mawarnis.

Mawarnis yang berada di atas katil segera bangun dan duduk.Mawarnis tersentak.Dia cuba bangun dari katil dan menuju ke arah pintu tapi sia-sia pingangnya di peluk erat dari belakang.

“A..apa ini Randy?Lepaslah,aku tak suruh kau masuk ke dalam !”kata Mawarnis tegas.

Randy memeluk Mawarnis dari belakang bibirnya mula liar mencium leher Mawarnis.Nafas lelakinya berkocak tidak teratur.

“Randy..lepaslah aku tak su..ka !”ujar Mawarnis yang meronta-ronta minta dilepaskan.

“Shyy…diamlah sayang.Mari jangan buang masa lagi I akan bawak you ke alam yang sangat indah.”Kata Randy sambil membalikkan badan Mawarnis supaya menghadapnya.

Pang!

Tangan Mawarnis spontan menampar wajah Randy.Randy terkelu.Dia meraba pipinya dia tersenyum dan spontan Randy terus menolak Mawarnis ke katil.Randy naik ke katil sambil menindih tubuh Mawarnis,wajahnya ditundukan sedikit merenung Mawarnis.

“Jangan Randy!Jangan!”

Randy tidak peduli dengan rayuan dan tangisan Mawarnis.Dia tersenyum sinis.

Mereka masih bergelut,Mawarnis terasa tenaganya bagai hilang lama-kelamaan mata Mawarnis mula gelap sedikit demi sedikit.”Jangannnn….” kedengaran suara Mawarnis perlahan.

Randy yang melihat Mawarnis telah tertidur tertawa senang sambil tangannya membelai wajah Mawarnis.Tanpa Randy sedari ada seseorang dibelakangnya.



Mawarnis mula terjaga,perlahan-lahan di bangkit dan bersandar di kepala katil,dipegang kepalanya yang berdenyut.Dipicit dahinya.Tiba-tiba dia bagai terbayang-bayang wajah Randy yang cuba menaklukinya.Dipegang selimut yang membaluti tubuhnya.Dia segera menoleh ke sebelah kiri katil,jelas dia melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakangi.Air matanya mula mengalir laju menuruni lekuk-lekuk pipi.

Teresak-esak Mawarnis disatu sudut sambil lututnya dipeluk kejap.Tubuhnya hanya dibaluti dengan selimut sahaja.Mahkota yang dipertahankan diragut kejam oleh sahabat yang di anggap kekasih.Dia ingat Randy tidak akan mengambil kesempatan seperti ini tapi dia salah Randy sama sahaja dengan lelaki yang ingin sesuatu kalau mendampingi mana-mana gadis.

Randy yang terdengar esakkan mula bangun sambil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.Dipejam matanya kembali untuk menghilangkan denyutan tu tapi terasa kepalanya bagai dipukul oleh objek keras.Di memerhatikan sesekeliling bilik mencari tangisan yang menganggu tidurnya.Saat matanya memandang di satu sudut dia melihat Mawarnis menangis sambil memegang lutut,dia bangun dan duduk.’Apa yang berlaku kenapa aku tak ingat apa yang aku dah buat.Aku seolah-olah kena pukul tadi’ bisik hati Randy.Dia bangun dan melangkah ke arah Mawarnis.Dia harus memujuk Mawarnis,kalau tidak pasti Mawarnis akan mengadu pada papanya,kalau itu terjadi boleh masak dia dikerjakan papa Mawar.Siapa tidak kenal dengan papa Mawarnis? Mendengar nama ayah Mawarnis sahaja sudah cukup menggenterkannya.Ini belum lagi berhadapan face to face.  

“Jangan kau dekat dengan aku! Aku benci kau tahu !” jerit Mawarnis bila menyedari melangkah ke arahnya.

Randy terkaku.Dia berdiri tegak tapi masih melangkah perlahan-lahan.Bila sampai sahaja di depan Mawarnis, Randy melabuhkan duduknya disebelah Mawarnis.Di peluk tubuh Mawarnis tapi ditepis oleh Mawarnis.

“Mawar,I minta maaf soal apa yang I dah buat pada you,I tahu you benci dekat I sekarang tapi I nak you tahu yang akan bertangungjawab dengan apa yang I buat.

“I promise sayang..”Randy memula ayat memujuk supaya Mawarnis terpujuk.Dia sendiri tidak pasti adakah dia berjaya memilik Mawarnis atau tidak dia bingung sekarang,dia berpaling ke arah lain dan mula mengukir senyum.’Dia pasti malam tadi Mawarnis berjaya dimiliki kalau tidak masakan Mawarnis berkeadaan seperti ini.Tubuhnya hanya dibaluti dengan selimut sahaja.’desis hati jahat Randy.

“Sayang I janji akan bertangungjawab,you must trust me dear.”rayu Randy sambil memeluk bahu Mawarnis walaupun ada rontan sedikit.

Mawarnis yang menangis seakan terpujuk dengan kata-kata dari Randy.Dia membalas pelukan Randy dan mengangguk perlahan tanda puas dengan jawapan Randy yang akan bertangungjawab atas apa yang berlaku semalam di kondonya.

“You janji….”tagih Mawarnis.

Randy mengucup dahi Mawarnis lama dan merenung sambil kepalanya menganguk tanda dia berjanji dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.Dilentokkan kepala Mawarnis ke dada.Sebelah tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu Mawarnis menenangkannya.

“Mawarr!!” jerit Khalil pada anaknya yang sudah lama mendiamkan diri.

Mawarnis yang terperanjat dengan jeritan papanya,tersentak.Perlahan-lahan Mawarnis memandang papanya sambil tangannya masih menyentuh pipi yang perit ditampar oleh papanya tadi.

“Sekarang papa nak penjelasan dari Mawar?” Khalil menyoal Mawarnis.

“Okey papa.Memang dalam tu dalam gambar tu Mawar.Tapi…”belum sempat Mawar meneruskan bicaranya.Khalil memotong.

“Siapa yang bertangungjawab!Beritahu papa dengan jantan mana Mawar tidur?”jelas suara Khalil marah bila mendengar pengakuan jujur anaknya untuk kali kedua dia bertanya.hati tuanya kecewa dengan apa yang berlaku pada Mawarnis jelas anaknya kini tersimpang jauh dari didikan agama.

Tapi papa Randy dah berjanji yang dia akan bertangu….”baru separuh Mawarnis memberitahu pipinya sekali lagi ditampar oleh papanya.

Papa tak sangka kondo yang papa hadiahkan pada Mawar,rupanya Mawar buat maksiat dekat sana?Dah berapa ramai jantan yang dah kamu bawak ke kondo tu?”soal Khalil tegas.Api kemarahan mula memuncak.

“Tidak papa!” sangkal Mawarnis.

“Macam mana Mawar yakin yang Mawar tak bawak jantan masuk kondo tu?” 

“Mawar dah dewasa Mawar tak akan buat sesuatu yang boleh merosakn nama baik keluarga kita.Mawar akui memang Randy masuk ke kondo,tapi malam itu Mawar betul-betul dalam separuh sedar dengan apa yang Mawar ucapkan papa,Mawar harap kali ini papa tolong percaya dengan apa yang Mawar kata.Mawar rasa malam itu macam ada orang yang perangkap Mawar papa.



Tapi Mawar betul-betul tak sedar masa itu apa yang Mawar ingat Mawar sedaya upaya cuba mempertahan diri Mawar tapi akhirnya Mawar gagal papa.”sendu Mawar mula kedengaran.

“Baik kali ini papa cuba terima cakap Mawar untuk sementara waktu sebelum papa siasat siapa yang hantar gambar-gambar ini semua,”akur Khalil.Dia akan menyiasat siapa yang berani bebuat begitu akan dibuat perhitungan dengan orang yang sudah merosakkan anaknya.

Mawar naik dulu papa.”

“Nanti dulu!”Mawarnis tidak jadi melangkah.Dia menoleh ke arah papanya semula dan dahinya berkerut.Hatinya mula bertanya-tanya apa yang hendak disampaikan oleh papanya.

“Mulai hari ini,papa mahu Mawar serahkan kunci kereta dan semua kad kredit Mawar kepada papa!”

“Tapi kenapa?”Bagaimana dia nak meneruskan hidup kalau segala keistemewaan itu dibekukan oleh papa.?

“Ini perintah Mawar!Dan mulai esok Mawar tidak dibenarkan keluar malam.Pagi esok pulak papa nak Mawar mula bekerja di pasaraya.mawar anggap ini sebagai hukuman untuk apa yang Mawar dah buat pada keluarga kita,Faham?”sergah Khalil pada anaknya.Sekarang peluang untuk memaksa Mawarnis menguruskan pasaraya mereka.Sudah sampai masanya Mawar fokus pada pasaraya warisan keluarga mereka.

“Hati Mawar mendongkol geram,dia ingin menentang keputusan papanya.Tapi memandangkan dia sudah membuat onar dia terpaksa mengangguk tanda setuju.Mawarnis menyelongkar beg tangannnya,satu persatu kad kredit yang dimilikinya dihulurkan kepada papa.

“Hulurkan beg tu pada papa!” Mawar tergamam.Mana mungkin dia menyerahkan begnya pada papa,kalau diserahkan pasti meletup semula kemarahan papa yang sudah mula reda bila melihat ada barang rahsia di dalam beg tersebut.

“Uuu..ntuk apa papa nak beg Mawar..?” suara Mawar gugup.

“Mawar nak serah sendiri atau papa yang rampas beg tu?”ugut Khalil penuh tegas.Mawar mengeluh perlahan dia tahu dia tidak boleh mengelak lagi.Dengan perlahan dia menghulurkan beg tangannya.

Khalil menyelongkar beg tangan anaknya dengan kasar,dikeluarkan satu persatu-satu barang yang terdapat di dalam beg tersebut.Tak salah naluri seorang ayah tentang anaknya,jangkaannya tepat bila matanya tertumpu pada sepapan pil khayal yang berada di dalam beg tersebut.

“Ini apa Mawar?”Soal Khalil serta-merta.Mawar kaku untuk bersuara.Wajah Mawar pucat bila di sergah oleh papanya.

“Sejak bila Mawar ambik benda haram ini?Cakap!”sekali lagi Mawar tersentak.

“Baa..baru lagi papa.”

“Patutlah kamu tak pernah lekat kat rumah bila malam je kamu mesti keluar.Rupanya Mawar ambik benda haram ni!”

Mawarnis hanya mendiamkan diri sambil menunduk ke bawah.Di dalam hatinya betapa dia takut ketika ini melihat papanya.

“Papa nak ingatkan Mawar!Ini kali terakhir papa jumpa benda haram ini.Mulai malam ini Mawar tidak boleh keluar dari rumah pada wakrtu malam lagi,kalau Mawar nak keluar ke mana-mana mesti mendapat keizinan dari papa dulu.Kalau papa tahu Mawar langgar perintah papa siap Mawar,papa kerjakan.

“Ba..baik ..papa.Mawar janji tak buat lagi,”akur Mawarnis sambil meningggalkan ruang tamu.Khalil yang melihat anaknya berlalu meraup wajah penuh kesal.Dia tidak pasti apa akan berlaku lagi selepas ini dengan keluarganya.




BERSAMBUNG.. ;) SEMOGA CERIA BAK PELANGI

                                                                                  (Fika Najwa)

Tuesday, July 30, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 3





Bunyi bising yang kuat dan gelak ketawa kedengaran sana sini di rumah banglo yang mewah.Lampu-lampu neon yang berwarna-warni bergemerlapan menyuluh ke seluruh banglo itu.Muzik yang dipasang bagaikan memecahi gegendang telinga.

Namun Kelly dan rakan-rakannya tidak pedulikan jiran tetanggan yang berada disekeliling.Mereka asyik dan khayal dengan muzik yang rancak,walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.Bagi mereka semua malam masih muda.Kelly yang dari tadi menari kini duduk disudut rumahnya sambil menanti kedatangan Mawarnis,Sally dan Randy.

“Kelly!” jerit seorang gadis yang baru sampai di pintu pagar depan.

Pekikan gadis itu membuat Kelly tersenyum melihat kedatangan gadis dan pemuda di sebelahnya.

“Kelly!” jerit Sally sekali lagi sambil menampar lengan Kelly tanda tidak puashati.

“Weii! Kau ini Sally memang tak ada kerja lain erkk,tangan kau tu senang je berjalan menampar orang.Ini apahal pulak kau tampar-tampar aku ini?” Soal Kelly,marah.

“Alolo…janganlah marah aku gurau je tadi.Kau jugak yang salah aku dekat pintu depan tadi punyalah aku menjerit panggil kau,kau buat tak tahu je.”

“Mana aku dengar kau panggil aku,kau tak dengar ke muzik kat rumah ini kuat!” bidas Kelly.

“Hisy kau ni,tu pun nak marah,”gerutu Sally.

“Haa…Mawar tak datang ke?Mana dia?” soal Kelly.

“Ada…dia masih kat luar tengah cari parking.” Randy meyampuk.

Akhirnya Mawarnis memberhentikan kereta Audi spotnya di pinggir jalan yang sedikit jauh kerana kiri dan kanan jalan sudah penuh dengan kereta yang terpakir.Dia tersenyum saat menjeling sedikit ke arah laman rumah banglo itu,ruangan laman depan rumah banglo jelas tersusun kereta mewah,perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.Telefon bimbit yang berada di beg sandangnya dikeluarkan,lalu dimatikan.mawar berbuat seperti itu kerana tidak mahu sesiapa menelefon dia ketika dia lagi sedang asyik berpesta nanti.

“Helo!Part on!” soal Mawarnis sebaik tiba dekat dengan Kelly,Randy dan Sally.

“Kau ini bingit telinga aku kau jerit macam itu,”marah Kelly.

‘Okey semua,sekarang masa kita menari berpasangan!”teriak rakan Kelly yang berada disitu.

“Sayang..jom,”ujar Randy menarik lengan Mawarnis agar terus menuju ke arah anak-anak muda yang sedang asyik menari sambil berpelukan.Sekelip mata sahaja tubuh Mawarnis sudah dipeluk kejap oleh Randy.

Kelly dan Sally yang masih tegak berdiri,turut mencari pasangan dangsa mereka.

Randy erat mendakap pinggang Mawarnis.Asyik sekali dia merapatkan tubuh Mawarnis ke dadanya.Gembira tidak terkata.Terasa dunia ini syurga bila dia memeluk gadis yanmg dia mahu.

Mawarnis asyik terlentok di dada bidang Randy.Malah dia juga memeluk erat pinggan pemuda itu.Mata Mawarnis melihat sekeliling,dia tersenyum melihat rakan-rakannya yang asyik memeluk pasangan masing-masing.Mereka bagai teruja sekali dengan tarian romantik.Masing-masing membelai pasangan masing-masing dengan alunan yang medayu-dayu.

“Sayang….” Renggek manja Mawarnis ke telinga Randy setelah lama mereka berdansa.

“Hhmmm….”

“I penatlah jom kita ke sana.Minum dan makan sikit.I haus dan lapar ni.”ujar Mawarnis sambil menolak dada bidang Randy yang masih erat memeluknya.

Randy yang agak terganggu sedikit merenggus.Dia terpaksa akur dengan permintaan Mawarnis,jika tidak pasti Mawarnis merajuk lagi susah dia.

“Okey dear.Kita berhenti sekejap nanti kita sambung lagi menari yea.”pinta Randy dengan penuh harapan agar Mawarnis bersetuju.

Randy melihat Mawarnis mengangguk kepalanya tanda setuju.Di tarik lengan Mawarnis ke tepi kolam renang lalu disuruh duduk di situ.

“You tunggu sini biar I yang ambil minum dan makan untuk you.”ujar Randy.

Ketika Mawarnis duduk sendirian sambil menunggu Randy,dia di datangi seorang pemuda yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis.

“Hai..sorang je ke?Nak I teman you?” tegur pemuda itu.

“Mawarnis menjeling tajam ke arah pemuda yang berdiri di hadapannya.”You ada nampak sesiapa ke kat sini selain I?” sinis Mawarnis menjawab.

“Wow..wow garangnya you ini,tapi tetap cantik bila you marah.I jadi tambah tertarik dengan you !I like,”ujar pemuda itu lagi.

“Kenal nama I…”belum sempat pemuda di hadapan Mawarnis memperkenalkan diri,Randy terus meluru datang sambil meletakkan minuman dan makan yang di ambil sebentar tadi.Dia terus duduk di sebelah Mawarnis sambil tangannya memeluk erat bahu Mawarnis.Di peluk kejap bahu Mawarnis sambil memandang pemuda yang masih berdiri di hadapannya,dia ingin pemuda dihadapannya kini tahu bahawa Mawarnis milik dia.

“Sorry,dear.I lambat ambik makanan dan minuman untuk kita berdua,tadi I tersempak dengan member I dekat sana.” Jelas Randy pada Mawarnis.

“Nasib you sampai cepat kalau tak ada ulat bulucas dah naik daun kacau I kat sini.” ujar Mawarnis sinis,sambil jari telunjuk Mawarnis mencuit manja hidung kekasihnya.

Pemuda di hadapan Mawarnis tersenyum lebar menampakkan giginya yang rata.mawarnis fikir pemuda itu akan mengagkat kaki berlalu dari situ bila melihat Randy yang mesra memeluk erat bahunya ternyata pemuda tu tunduk berani sambil membisikan sesuatu ke telinganya dan tidak menghiraukan wajah Randy yang terasa seolah tercabar dengan perbuatannya.

“I akan pastikan you jadi milik I suatu hari nanti!You're mine!” pemuda itu membisikan dengan yakin dan beredar dari situ.

Tergaman Mawarnis dengan perbuatan pemuda itu.Ketika ucapan yang keluar dari pemuda itu pertama kali membuat jantung Mawarnis berdebar-debar.Dia tidak pernah merasa perasaan ini bila bersama Randy walaupun Randy sudah beratus-ratus kali mengucapkan kata sayang dan cinta padanya.

Randy yang melihat pemuda itu beredar terus bangun dan memegang bahu pemuda itu lalu di tumbuk wajah pemuda yang berani mencabarnya.Di cekak kolar baju pemuda itu sambil menekan tubuh pemuda itu ke dinding.

“Kau nak cari nahas dengan aku ke?Kau tahu tak siapa yang kau dekati tadi?”soal Randy.

“Tahu..so why?” pemuda itu menjawab dan menyoal dengan selamba.

“Ooo..kau tahu rupanya tapi kena kau kacau juga?Dia awek aku!” jerit Randy sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Mawarnis.

“Dia awek kau tapi bukan bini kau,so aku berhak tackle dia.Best man win!”cabar pemuda itu.

“Kau ini dah lebih….!” Belum sempat Randy menhayunkan penumbuknya ke arah pemuda itu lagi Mawarnis datang menghalang.

“Randy!” tegah Mawarnis.

“You tepi Mawar biar I ajar orang yang tak sedar diri ini.” Mawarnis masih tidak berganjak dari situ.

“Mawar I kata tepi !” jerit Randy yang mula dikuasai perasaan marah. 

“Randy…cuba you bawak bersabar sikit,chill dear kitakan datang sini nak enjoy,bukan nak bergaduh tak tentu pasal.Ini mungkin bukan pertemuan terakhir kita mungkin kita akan bertemu lagi bila ada parti seperti ini.Tak bestlah kalau korang bergaduh sesama sendiri buat kecoh dekat rumah orang kawan baik korang tahu,”ujur Mawarnis cuba menenangkan Randy dan pemuda yang tidak diketahui namanya lagi.

Kedengaran suara-suara yang rtidak puas hati antara mereka.Tentunya daripada rakan-rakan Randy dan pemuda itu.

“Hei..relaxlah,takkanlah hal remeh macam ini nak bergaduh,Randy dia tak bisik apa-apa pun dekat I cuma kata dia suka tengok I,tu aje.Takkan you nak jeles.Come on darling,”tambah Mawarnis sambil gelak kecil yang sengaja dibuat-buat.

Mawarnis berusaha menengakan perasaan marah rakan-rakan dengan bahasa dan lengok tubuhnya agak selamba di hadapan mereka.Dia perlu mengawal situasi dari kecoh akibat bergaduh.kalau tercetusnya pergaduhan di rumah banglo Kelly bukan dia je yang mendapat susah tapi keluarga Kelly dan semua yang ada sini bakal mendapat susah jika campur tangan dari pihak polis bagi meredakan pergaduhan ini nanti.Dia perlu bijak mengawal keadaan.

Mawarnis berasa sedikit lega kerana gelak yang dibuat-buat itu disambut jua oleh rakan-rakannya.

“Okey,kali ni kau selamat,”ujar Randy dengan nada serius.Masih berdiri tegap menghadap tubuh pemuda itu.

“Relakslah sayang,:pukuk Mawarnis masih mengawal keadaan.

Lantas Mawarnis menarik lengan Randy agar tidak terus menghadap pemuda itu lagi.Bimbang Randy akan melakukannya lagi.Ditumbuknya wajah pemuda itu lagi pasti pergaduhan tercetus..Nanti ada yang wajah macam diserang tebuan,bengkak sana sini.’detik hati Mawarnis.Mawarnis yang sudah duduk di kerusi ditepi kolam renang itu segera mengambil air minuman yang di bawa Randy tadi dan disuakan kepada Randy.

Randy menolak lembut tangan Mawarnis yang menyuruhnya minum.

“Sayang…tu air you.You minumlah dulu.”Randy memberitahu Mawarnis.

“Ooo…I punya erkk,takpe you minuymlah dulu nanti I minum lepas you.”Mawarnis menyuakan lagi minuman yang diambilnya pada Randy.

“Tak..tak you minum dulu,nanti I pergi ambik I punya air sendiri.”ujar Randy.

“Okey kalau you tak mahu I minum dulu,nanti you jangan menyesal kalau air ini habis I minum,”sambung Mawarnis lagi dan meneguk sedikit lagi air minuman di gelas.Randy mula tersenyum lebar mendengar jawapan Mawarnis.

“Takpe.Untuk you.”tambah Randy.

Randy dan Mawarnis kembali menari mengikut irama rancak.Mawarnis tersenyum merenungnya dengan pandangan mengoda.Randy mempamerkan senyum sambil memeluk pinggan ramping Mawarnis.Dia pasti air yang telah dicampurkan dengan pil itu mula membuat Mawarnis mula pusing dan khayal ketika ini.Dia pasti malam ini Mawarnis pasti menjadi miliknya.

Mawarnis mula tidak sedap badan,peluhnya mula membasahi dahinya,badan mula terasa panas dan kepalanya seakan berpusing.Dia berhenti menari kepalanya yang pening mula dipicit dengan jari.’Kenapa tiba-tiba aku rasa lain macam ini?’bisik hati Mawarnis.Dia mula melangkah menjauhi lantai dansa tapi belum sempat dia melangkah pingangnya dipeluk erat oleh Randy,dia cuba melepaskan pautan tangan Randy yang melingkari di pingang tapi gagal.

“Randy…please I rasa tak sihat.I nak balik.”

“Kenapa sayang?You nak balik?”

“Yup,I nak balik you tolong hantar I balik kepala I rasa berpusing badan I pulak rasa panas.”keluh Mawarnis.

“Mari I hantar you balik,”kata Randy tidak sabar.

Dalam mereka mengorak langkah keluar dari banglo milik Kelly ada seseorang yang mengikut dan memerhatikan mereka dari pada tadi.


BERSAMBUNG.... ;D