“Angi,kau
dah sediakan air untuk mesyuarat nanti?”tanya Kara.
Pelangi
tersenyum sambil mengangguk kepala.Pelangi mengatur langkah ke arah Kara yang
berdiri berdekatan singki.Kara yang melihat Pelangi begitu cepat membuat
kerja,macam kerja-kerja ini sudah biasa buat Pelangi takat bancuh air hanya di
hujung jari Pelangi sahaja.
‘Angi,aku
blah dulu nanti jumpa kau dekat bilik
mesyuarat.Nanti jangan lupa buat kerja hati-hati tau,”Kara mengingatkan
Pelangi.
“Okey,terima
kasih Kara.”jawab Pelangi.
“Pelangi…apa
lagi tolaklah troli tu beberapa minit lagi mesyuarat nak start,”ujar Kak Milah yang cemas melihat Pelangi duduk mengelamun
nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Encik Riyaaz yang memang tidak suka
pekerjanya lambat dan selalu suka mencari salah orang.
Pelangi
yang terkejut segera bangun mengekori Kak Milah yang sudah menolak troli keluar
dari pantri.Tiba sahaja di dalam bilik mesyuarat Pelangi mengaku dia agak gugup
ini baru pertama kali dia berada di bilik mesyuarat yang penuh dengan ahli
lembaga pengarah.Pelangi tersentak bila kak Milah berbisik di telinganya.
“Pelangi,kamu
pergi hantar air sekarang,ingat senyap jangan bising tau…”bisik Kak Milah
sambil menghulurkan jag yang berisi teh.
Pelangi
mengangguk faham dan tangannya mencapai jag yang berisi teh tu dengan
berhati-hati.Dia melangkah perlahan menuju ke arah meja besar yang dikelilingi
oleh orang-orang yang berkot.Dia tersenyum saat matanya bertembung dengan Kara
yang duduk disebelah Encik Dylan,lelaki yang menegur dia ketika berada di bilik
Encik Riyaaz.Dia menunduk saat mata Dylan merenungnya,dia tidak biasa dan agak
kalut melihat Encik Dylan dari tadi tidak lepas memandang.Saat dia ingin
menuangkan air teh ke dalam cawan Encik Riyaaz tangannya terketar-ketar,jag
kaca yang berisi teh itu terlucut dari tangannya dan terhempas ke atas meja.
PRANG!!!
Pelangi
yang melihat jag kaca itu terlepas mula pucat,jantungnya berdegup
kencang.Suasana yang sepi dan semua mata tertumpu ke arahnya.Kepala ditundukan
ke lantai,dia tahu sekejap lagi pasti dia akan di pecat atas kelalaian yang
dibuatnya sebentar tadi.Dia pasrah.
“Heii..Apa
yang you buat ni?”
Tempikan
itu mengejutkannya,perlahan-lahan Pelangi mengangkat kepala perlaha-lahan,dia
nampak jeles wajah marah Encik Riyaaz yang sudah merah padam.Renungan Encik
Riyaaz tajam ke arahnya.
“Awak
tengok apa yang awak dah buat?”Encik Riyaaz menunjukan kesan air teh yang
terkena pada seluar dan kemeja lelaki itu.
“Maaf
encik…Maaf saya tak sengaja…”Terketar-ketar Pelangi meminta maaf,tanpa melengah
dia mencapai kain lap yang ada di troli.dia mengelap baju Encik Riyaaz
perlahan-lahan.
“What the hell you doing!Stuip!Kau
lap baju aku yang mahal ini guna kain lap kotor ni?”Tenking Encik Riyaaz sambil
menepis tangan Pelangi.
Kain
yang berada di dalam tangan Pelangi terjatuh ke permadaini.Pelangi menunduk
sambil mengutip kain yang terjatuh,di kala ini dia tidak berani mahu mengangkat
mukanya.
“Milah
awak tengok perempuan kampung ini buat kerja!Bodoh!Kerja senang pun tak boleh
buat!”
Pelangi
mengetap bibir,sedaya upaya dia menahan air mata daripada gugur.Dia tidak mahu
menagis lagi cukup selama ini dia membazirkan air matanya.Dia harus kuat.Dia
malu diherdik di hadapan orang.
Tangan
Encik Riyaaz yang mahu melayang ke pipi Pelangi tapi di tahan oleh Kara.Dia
tidak akan membiarkan hati sahabatnya disakiti dan di malukan sebegitu oleh
Encik Riyaaz.Di renung tajam ke arah Encik Riyaaz.
“Mind your word,Encik
Riyaaaz…,”tegur Kara sambil berdiri bertentang denga Encik Riyaaaz.Pelangi yang
berada di belakang Kara hanya mampu menunduk kepalanya.
“Calm down brader,kitakan
tengah meeting sekarang.Jangan sebab
benda yang tak sengaja kau menjerit-jerit macam orang gila kat bilik mesyuarat
ini,”sampuk Dylan yang cuba menenangkan adiknya yang cepat panas baran.
“Kau
minta aku calm down,Dylan?Kau tengok
apa yang perempuan ini buat dekat baju aku?Kau tengok?”
“Perkara
ini boleh selesai Riyaaz.Kau keluar dan pergi bersihkan,”sambung Dylan.
Encik
Riyaaz merengus kasar.Wajahnya menayangkan riak tidak puas hati.
“Siapa
nama kau haaa… perempuan bodoh!”
Tanpa
sedar tangan Kara melayang ke pipi Encik Riyaaz sudah cukup dia bersabar dengan
mulut Encik Riyaaz yang sungguh lancang itu.Lelaki di hadapan ini perlu di
ajar.
“How dare you..,”soal
Encik Riyaaz sambil memegang pipi yang ditampar oleh Kara.Dia tidak pernah lagi
di malukan oleh seorang perempuan,hatinya kini terasa panas di tahap
atas.Dibalas tamparan tadi ke pipi Kara kini.Dia melihat Kara hampir terjatuh
akibat tamparannya,ada sedikit darah ditepi bibir Kara.Dia tersenyum sinis.
Kara
berpaling ke arah Encik Riyaaz,dia mengukir senyuman sinis ke arah Encik Riyaaz
sambil keningnya diangkat.Kara masih tenang.
Melihat
senyuman di bibir Kara,Encik Riyaaz tidak berpuas hati belum sempat dia
bercakap,dipotong oleh Dylan.
“Apa
yang kau buat ini Riyaaz?Kau sedar tak apa yang kau buat?”Dylan menyoal Riyaaz
tidak disangka Riyaaz sanggup buat begitu setahu dia Riyaaz sangat menghormati
insan yang bergelar perempuan.
“Kara,Pelangi
kamu berdua keluar dulu,”arah Dylan.
“Pelangi,
next time please be careful,saya
minta maaf atas apa yang adik saya ucapkan pada awak.Kara yang mendengar arahan
dari Encik Dylan terus menarik tangan sahabatnya keluar dari bilik mesyuarat
itu.
“Kak
Milah ,tolong bersihkan tempat tu dulu,kami nak start meeting sekejap lagi,”arah Dylan pada Milah.
“Baik
Encik Dylan,saya bersihkan.”jawab Milah.
Tiba
di pantri Pelangi melihat Kara termenung dia berasa sedih gara-gara dia Kara
kena pelempang Encik Riyaaz. “Kara…mari saya tuam bibir awak,nampak bengkak
sikit tu?”ujar Pelangi yang rasa bersalah pada Kara.
Kara
yang duduk di pantri,hanya mengeleng sambil mengukir senyuman manis buat
Pelangi.Dia tahu di kala ini Pelangi rasa bersalah apa yang menimpanya,dia
tidak kisah dia sudah biasa di marahi,disakiti cuma kali ini pakej lengkap di
dilempang oleh seorang lelaki sakitnya tidak terbanding dengan rasa sakit yang
di alami selama ini.
“Tak
apa,sikit aje ini,asal kau tak dilempang aku dah cukup senang hati.Aku tak mahu
sesiapa sakitkan kau.Aku boleh tahan dengan semua ini.”luah Kara pada Pelangi.
Pelangi
yang mendengar sampai begitu sekali Kara melindungi dirinya tanpa memikirkan
keselamat diri sendiri sanggup dilukai dari dia dilukai,Pelangi yang melihat
Kara bangun dan ingin berlalu segera memeluk Kara dengan erat sambil air mata
yang cuba di tahan dari tadi akhirnya jatuh jua.
Kara
yang terkejut tiba-tiba Pelangi memeluknya,turut membalas pelukan itu,ditepuk
perlahan-lahan belakang Pelangi.
“Dah..lah
kang tak cun lagi kau,cengeng,”ujar Kara sambil mencuit hidung Pelangi.
“Aku
nak keluar dulu,kau jaga diri kalau mamat tu kacau kau lagi kau bagitahu aku
tau!”Kara mengingatkan Pelangi agar memberitahunya jika Encik Riyaaz masih tidak
berpuas hati tentang kejadian tadi.
“Baik
puan!”seloroh Pelangi.
Kara
tersenyum bila mendengar Pelangi sudah pandai bergurau dengannya sekarang tak
seperti mula-mula mereka kenal Pelangi diam dan susah dibawa berjenaka.”Ada
kemajuan..”sambung Kara dan berlalu melangkah ke bilik mesyuarat yang
ditinggalkannya tadi.
Riyaaz
merengus keras bila mengingat kejadian di bilik mesyuarat tadi.Hatinya makin
sakit bila tangan Kara naik ke mukanya,tak guna punya perempuan berani dia
tampar aku di depan staff dan ahli
lembaga pengarah,aku akan balas Kara!Desis hati Riyaaz.
Dia
bangkit dan mula mundar-mandir di hadapan meja kerjanya,jika tidak kerana Dylan
dia pasti akan mengajar perempuan kampung itu.Mana pula perempuan tu?Rasa tidak
puas hati masih menebal selagi tidak hamburkan semua amarahnya.Dia kembali
duduk dan berfikir sejenak dan saat ini dia teringat sesuatu.Bibirnya mengukir
senyuman sinis.Segera dia mengatur langkah keluar dari biliknya.
Pekerja-pekerja
yang bertembung dengannya tidak berani menegur dia,dia melihat semuanya
menunduk,ada setengahnya beralih arah ke laluan lain,mungkin mereka tidak mahu
terkena tempiasnya bila melihat reaksi wajah dia masih dalam mood marah.Intan
yang melihat bosnya berlalu ke pantri mula risau ini mesti bosnya mahu
mengenakan si Pelangi.Intan bangun dan berjalan menuju ke meja Kara yang agak
jauh dari mejanya,dia tidak boleh membiarkan Pelangi dibuli oleh Encik
Riyaaz,hanya Kara yang berani melawan Encik Riyaaz.
“Adoiiii….mana
pulak minah ini pergi time-time
genting macam ini dia hilang!”rungut Intan bila melihat meja kerja Kara kosong.
“Weii..Gopal
kau nampak tak si Kara ini?”soal Intan pada Gopal yang kebetulan lalu di situ.
“Mana
aku tahu mungkin dia dekat bilik Encik Dylan kot,”ujar Gopal.
“Macam
mana ini,dahlah kawan dia dalam bahaya.Aku bukan berani macam si Kara
itu,lainlah kalau aku seberani dia,”omel mulut Intan sendiri.
Riyaaz
yang masuk ke dalam pantri dengan wajah yang masam mencuka.Kini pandangannya
terarah ke arah Pelangi yang sibuk membasuh cawan-cawan kotor di singki,Milah
yang mahu masuk tidak jadi masuk kerana dia takut di marahi oleh Encik Riyaaz.
Pelangi
merasa seperti ada seseorang dibelakangnya,dia berpaling ke arah belakang
alangkah terkejutnya dia melihat Encik Riyaaz berdiri di pintu masuk pantri
tajam renungan Encik Riyaaz untuknya.
“Errr…
Encik Riyaaz ada apa yang boleh saya tolong?Encik Riyaaz nak minum ke?Biar saya
buat.”Pelangi berbasi-basi jika diikutkan dia mahu pengsan.Apa yang Encik
Riyaaz nak buat dengan dia,desis hati Pelangi.
“Tak
payah kau buat!”balas Riyaaz garang.Matanya merenung tajam ke arah perempuan
kampung itu.Rasa tidak tertahan lagi segala rasa di hati yang panas ini,mahu
segera diluahkan keluar.
Milah
yang tidak betah di situ mula bersuara cuba menolong Pelangi.”Err.. Encik
Riyaaz maafkanlah Pelangi,dia orang baru lagi.”tergagap-gagap Milah menuturkan
setiap patah perkataan.
“Kenapa
kau pulak yang minta maaf?Dia ini bisu ke?Kau tak payah sibuk-sibuk hal
dia,baik kau pergi kerja sebelum aku pecat kau!”sindir Riyaaz yang berbaur
ugutan.Melihat muka Pelangi yang tidak menunjukan perasaan takut membuat dia
lagi bertambah geram mimik wajah tu memang sama dengan Kara tak ada perasaan.
“Saya
minta maaf Encik Riyaaz,saya tak sengaja tumpahkan air teh dekat meja dan
kemeja Encik Riyaaz,”ujar Pelangi.
“Kau
pun dah pandai melawan sekarang!Kara yang ajar kau kan?” tengking Riyaaz sambil
tangannya naik mencekak pinggang.Bibirnya di ketap.
“Kau
ini reti buat kerja ke tak?Kalau tak reti baik kau berhenti tak menyusahkan
orang!”
“Maaf
Encik Riyaaz,Kara tak pernah ajar saya.Kalau Encik Riyaaz nak saya basuh kemeja
yang saya kotorkan tu saya boleh buat,”tutur Pelangi dengan perlahan-lahan.
“Tak
payah!Kau dengar sini
baik-baik aku tak nak nampak kau esok masih ada dekat sini lagi.Kau tak sesuai
kerja dekat sini,tuang air pun tak reti.”tempelak Riyaaz kasar.
“Aku nak kau berambus!”Riyaaz mengarah Pelangi keluar
dari syarikat.Hati Riyaaz puas kini dapat menghukum kesalahan gadis itu.
Dalam Riyaaaz memarahi Pelangi ada sepasang mata
merenung tajam kelakuan Riyaaz.Merah padam jelas kelihatan diwajah Kara.Intan
yang berada disisi Kara tidak berani menegur Kara ketika ini.Kara yang telah
lama menyaksikan dan berdiam diri,segera melangkah menghampiri Encik Riyaaz
yang masih berdiri di muka pintu pantri itu.
“Kau tak ada hak nak pecat Pelangi!”Kara bersuara.
Kara menolak tubuh sasa Encik Riyaaz dan memeluk
Pelangi.Dia cuba menenagkan sahabatnya yang jelas mengigil akibat di sergah
oleh Encik Riyaaz.Berani dengan perempuan aje lelaki ini!
“Apa kau cakap aku tak ada hak!Aku ada hak untuk pecat
mana-mana pekerja yang tak pandai buat kerja!”bangkang Riyaaz.
“Ini bukan caranya Encik Riyaaz kalau nak pecat
orang,kalau ya pun Encik Riyaaz kena fikir dalam-dalam untuk buat keputusan bukan
sebab ikut hati Encik Riyaaz yang panas gara-gara si Pelangi tak sengaja
tertuang air dekat kameja mahal Encik Riyaaz.Encik Riyaaz tak boleh sewenang-wenangnya nak pecat dia!”,tempelak
Kara dengan senyuman sinis terukir dibibir.
“Encik Riyaaz sebagai orang atasan kami seharusnya
buat keputusan berdasarkan pretasi kami bukan dendam atau amarah,percuma aje
Encik Riyaaz belajar tinggi-tinggi kalau macam inilah cara pentakbiran yang
Encik Riyaaz buat mau lingkup pernigaan si Rsahdan nanti disebabkan perasaan
marah semata-mata,”tambah Kara.
Pelangi yang ada di belakang Kara hanya menundukan
wajahnya.hatinya kini sedih.Air matanya bila-bila masa boleh gugur.Rasa terharu
semakin menebal di dalam hati Pelangi melihat Kara mempertahankannya,bukan
calang-calang orang yang berani melawaan Encik Riyaaz.Hanya Kara yang berani
bersuara lantang di syarikat ini.Dia bersyukur mempunyai sahabat seperti Kara.
“Argghh….kauuuu…”Riyaaz kehilangan kata-kata.Riyaaz
menaikan jari telunjuknya tepat ke wajah Kara,”Kau akan kena dengan aku
Kara!Kau ingat!”ugut Riyaaz.
Pelangi terduduk saat bayang Encik Riyaaz hilang dari
pandangan mata.Hatinya sebak.Macam mana dia mahu mencari rezeki untuk ibu dan
adik-adiknya di kampung.Macam mana dia mahu mengubah hidup keluarganya keluar
dari derita itu,jika dia kini sudah di pecat.
Kara duduk di sisi Pelangi sambil memeluk bahu
sahabatnya.Di usap perlahan-lahan belakang Pelangi.
“Angi,kau jangan risau tak ada siapa boleh pecat kau
selagi aku ada dekat sini!”ujar Kara menenangkan Pelangi.
“Tapi tadi Encik Riyaaz dah pecat saya,awak!Macam
manaa…”belum sempat Pelangi menghabiskan kaata-katanya dipotong oleh Kara.
“Dia tak boleh pecat kau,tu kata dia hanya Puan Zita
yang boleh ambik tindakan atas pekerja-pekerjanya.Kau tenangkan fikiran
kau,tahulah aku nak buat apa lepas ini.”
“Aku nak kau relax.Jangan
risau aku ada selalu untuk kau.”tambah Kara.
Pelangi mengangguk perlahan.Air mata yang cuba ditahan
akhirnya gugur jua.Kara yang melihat air mata Pelangi gugur terus
disekanya,hatinya pedih melihat air mata di wajah sahabatnya.Dipeluk erat tubuh
sahabatnya tu bagi menenangkan Pelangi.
Dylan masuk ke dalam bilik Riyaaz tanpa mengetuk pintu
terlebih dahulu,Riyaaz yang terdengar pintu biliknya terkuak dari luar
mengangakat kepala,tatkala matanya menangkap kelibat Dylan yang berdiri di muka
pintu kembali menyambung mengetuk papan kekunci lap-topnya.Riyaaz berpura-pura
sibuk dan tidak mengendahkan kedatangan abangnya.Dia tahu kenapa Dylan masuk ke
biliknya.Kini dia tidak mahu mendengar apa-apa ,dia mahu bersendirian mahu
menyudahkan kerja yang kini banyak bertimbun di atas meja kerjanya.
“Riyaaz,we need
to talk.”
Suara Dylan tegas mencerobos masuk ke dalam telinganya.Dengan
malas Riyaaz mengangkat kepalanya,pen di tangannnya di campak di atas timbunan
kertas kerja.Tajam matanya memandang ke arah Dylan yang melangkah ke arah meja
kerjanya.Perlahan-lahan Dylan melabukan duduk dia atas kerusi berhadapan
dengannya.
“Kau nak cakap apa?I’m
busy with my thing…”balas acuh tak acuh.Dia sudah dapat menjangka apa yang
mahu dikatakan oleh abangnya itu.Apa lagi kalau bukan pasal kejadian di pantri
tadi,ini mesti setiausaha kesayangan abangnya mengadu,siapa lagi kalau bukan si
Kara,monolog Riyaaz di dalam hatinya.
“Many
thing I want talk to you…” Dylan
menarik nafas dalam-dalam,melihat reaksi diiingin adiknya sudah tidak
dipedulikan,dia sudah biasa dengan perangai adiknya.
“Kalau kau nak bercakap tentang benda-benda yang tak
berkaitan dengan kerja,aku tak berminat nak dengar,”ucap Riyaaz sedikit
tegas.Dia mencapai fail laporan kewangan dan membelek-belek,entah apa yang
dibelek pun dia sendiri tidak serius,sekadar mahu memberitahu Dylan bertapa
sibuknya dia sekarang.Dia tidak mahu mendengar bebelan dari abangnya.
Dylan
terdiam.Riyaaz memang cepat panas baran entah dari sikap siapa yang dia
ikut,tak mungkin kedua orang tuanya.Ayahnya memang seorang yang tegas tapi
tidak pernah baran seperti sifat Riyaaz sekarang manakala ibunya pula seorang
yang lembut.Mungkin Riyaaz dibesarkan oleh bapa saudara mereka setelah kedua
orang tua mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya,tapi dia tidak pula panas
baran seperti Riyaaz.Dulu Riyaaz tidak seperti ini,tapi setelah masuk kerja di
syarikat Riyaaz seolah-olah selalu mencari pasal dengan sesiapa sahaja yang
bersangkut paut dengan gadis itu.Ego Riyaaz tinggi,hanya cakap dia aje yang
betul dan arus semua dipatuhi tanpa kompromi dan segala keputusannya tidak
boleh dibantah.
Memang banyak aduan dari pekerja-pekerja dengan sikap
panas baran Riyaaz,semua yang berada di situ jadi takut hendak menghulurkan
persahabatan dengan Kara,jika ada yang berkawan secara rapat pasti Riyaaz akan
mencari pasal tak kira kesalahan mereka tu sebenarnya kecil tapi Riyaaz
beria-ria menjatuhakn hukuman mengikut hatinya yang sakit,langsung tidak ada
rasa bersalah atau tolak ansur,yang malu dia dan bapa saudaranya juga.Kalau
pasal kerja Riyaaz memang tip-top diselesaikan mengikut masa yang
ditetapkan.Kenapa barannya datang bila ada orang yang bersangkut dengan Kara
sahaja?Dia cintakan Kara ke?Tapi tak mungkin Kara bukan taste Riyaaz.Kemungkinan yang ada difikirannya mungkin ada.
“Aku dengar kau pergi serang Pelangi dekat pantri
tadi,betul ke?”soal Dylan.
“Kau marah dia depan staff kita lagi,dan kau pecat dia tanpa dia tak buat
kesalahan.”tambah Dylan menyoal Riyaaz.
“Why..?”jawab Riyaaz.
“Kau kata why
dekat aku,kau tahu tak cara kau ini langsung tak tunjukkan yang kau tu pegawai
atasan dia orang.”
“Kenapa pulak aku tak boleh buat macam tu,lagipun dia
dah buat salah memang patut kena pecat lah!”bangkang Riyaaz cuba mempertahankan
tindakannya memecat Pelangi.
“Cara kau tak betul,kalau kesilapan dia hanya sebab
tertuang air dekat atas meja dan kemeja kau tu bukan kesalahan besar sampai kau
nak pecat dia,lagipun dia dah minta maaf dekat kau”ujar Dylan cuba menegur cara
Riyaaz.
“Nanti..nanti masa kejadian dekat pantri tu kau tak
ada dekat office kau keluar lunch dengan klien kita,ini mesti
setiausaha kau yang tak displin tu bagi tahu kan?”tebak Riyaaz.
“Bukan dia yang bagi tahu,satu office dah mula bercerita tentang kau serang Pelangi dan kau kena wash dengan Kara,betul ke kau kena wash dengan setiausaha aku?”
“Peduli apa aku dengan semua orang,janji aku dah
jalankan tanggungjawab aku,esok aku tak mahu tengok muka perempuan kampung tu
masuk office!”ujar Riyaaz dengan
yakin.
Dylan tersenyum ia tahu adiknya sakit hati di sebabkan
kata-katanya di lawan oleh Kara.Entah apa yang dia anti sangat dengan Kara
sampai macam tu adiknya bila berdepan dengan Kara pasti Riyaaz akan
terdiam.Mungkin mereka berdua ini ada jodoh untuk di satukan suatu hari
nanti,desis hati Dylan.
“Kau tak boleh pecat dia,sebabnya tadi Uncle Rashdan
ada call dia kata tak ada sesiapa
yang boleh pecat Pelangi selain bukan kesalahan yang boleh di maafkan.”
“Ini mesti perempuan tu yang call uncle Rashdan supaya kawan dia tak di pecat.Arrghhh… entah apa
ubat guna-guna yang dia pakai sampai uncle
Rashdan dengan autie Zita ikut aje
apa yang si Kara tu cakap.”Riyaaz meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Apa nak jadi dengan kau ni,Riyaaz…”Dylan menggeleng
perlahan.Kesal mendengar apa yang baru diucap oleh adiknya,tidak tahu ke dia
bawa yang membesarkan mereka itu bapa saudara dan ibu saudaranya iaitu uncle Rashdan dan Auntie Zita yang sudah di anggap ibu dan ayah selepas ayah dan ibu
kandung mereka terlibat dalam kemalangan.”Kau tahu tak siapa yang kau katakana
kena guna-guna?Mereka berdua tu dah seperti pengganti ayah dan ibu kau
tahu,lagi satu kalau kau buat macam ini pecat pekerja hanya ikut amarah kau
kita boleh kehilangan asset
tahu!”marah Dylan,rasa sabarnya makin menipis bila Riyaaz mula menyalahkan Uncle Rashdan dan Auntie Zita.
“Bukan aku pecat semua pun,dia ada atau tak kat company kita pun tak ada kesan yang
teruk pun,sebar aje jawatan kosong mesti berduyun-duyun yang nak gantikan
perempuan kampung tu dan kawan dia yang selalu buat masalah..”balas Riyaaz
selamba.
“Mudah kau jawab kau tak terfikir ke yang pekerja tu
aset sesebuah company?Kau tak pernah ambik tahu betapa pentingnya staff-staff yang bekerja untuk
kita?Pernah kau fikir susah senang mereka mencari duit untuk menanggung
keluarga mereka yang berada di kampung,adik-beradik mereka yang masih
bersekolah,yang sakit,yang ada bini mahupun yang baru berkahwin?Aku rasa kau
tak pernah ambik tahu hal kebajikan pekerja-pekerja kita sebab kau selalu ikut
kepala dan panas baran kau aje sampai tertutup semuanya.
Riyaaz sudah membuat muka masam mencuka,sudah
berkali-kali ceramah ini yang dibawa oleh abangnya.Bosan dia mendengar segala
leteran abangnya.Dia punya pasallah kalau tak ada pekerja tak reti nak buat
kerja memang patut di pecat buat apa di simpan lagi lagipun semua
pekerja-pekerja diuruskan oleh mereka yang mahit dan terlatih,entah macam mana
si Kara boleh memujuk Uncle Rashdannya sampai berjaya masukan perempuan kampung
dari di tapis oleh Ikram, human resources ,RD Sdn.Bhd. Buat apa dia nak memikrkan masalah
setiap pekerja yang berkerja di syarikat mereka cukup bulan kan kita bayar gaji
mereka.
“Tolong la,aku tak ada masa nak dengar kau bahaskan,tak
ada faedah untuk aku.kau tak nampak ke kerja aku tengah bertimbun-timbun kat
atas meja ini.”Kini kerja-kerja yang hendak di selesaikan dengan cepat hilang
gara-gara disindir dan dileteri oleh abangnya sendiri.Hilang focus aku nak siapkan semua!,rungut
Riyaaz di dalam hati.
“Hurmm…kau jangan lupa apa yang aku katakana
tadi,Uncle Rashdan dah batalkan termination
Pelangi dia akan tetap masuk kerja seperti biasa sebagai tea lady syarikat kita.Nanti kalau kau jumpa dia jangan kau pecat
pulak dia lagi sekali,”ujar Dylan seraya bangun perlahan-lahan dari duduknya.
“Apa yang kau merepek,Dylan!Kenapa kita masih nak
simpan perempuan yang bodoh tak reti buat kerja tu,kalau di simpan bertambah
rugi syarikat dibuatnya,banyak menyusahkan orang adalah!”tempelak Riyaaz tidak
puas hati keputusannya di bangkang.
“Kau seharusnya kurangkan ego kau Riyaaz,mulakan dari
sekarang hormat orang lain,”balas Dylan.
“Lepas ini kalau kau nak pecat orang kau kena
berunding dulu dengan aku,kau tak boleh lagi pecat pekerja-pekerja sesuka hati
terutama yang berkawan dengan Kara.Kalau aku tahu siaplah kau,aku buat report lengkap bagi kat Uncle Rashdan yang kau seorang majikan
yang hanya ikut perasaan bila membuat keputusan,dan jangan harap lagi kau akan
dapat kepercayaan lagi dari Uncle mahupun
Auntie kelak,”balas Dylan tegas
sambil memberi amaran.
“Kau tak boleh buat macam ini dekat aku,Dylan aku pun
ada hak untuk bersuara memecat siapa yang tak boleh buat kerja,lagipun
perempuan tu tak penting pun.Kau sendiri nampak bertapa clumsy!Cuba kau bayangkan kalau dia tertuang air dekat client penting kita,macam mana?”
“Semua isu itu tak berapa besar sangat Riyaaz.Takkan
kamu tak boleh memaafkan atau bersabar sikit?”Dylan menggeleng kepala.”Mungkin
dia penat lagipun aku dah tengok kerja dia,baru pertama kali dia buat kesalahan
selama ini dia cukup displin tak ada lagi aduan yang menyatakan dia tak pandai
buat kerja semua kerja yang dia lakukan semua tip-top.Yang kau beria-ria benar
nak marah dan pecat dia,kenapa?Cuba maafkan orang dan hormat orang sekeliling
kau,buat keputusan jangan terburu-buru,matang sikit.”
Riyaaz mencebikan.Menyampah betul dia bila ada sahaja
orang yang suka masuk campur bila dia membuat keputusan,suka bagi muka dekar
pekerja.
“Dahlah,brader
malas aku nak layan kau cakap banyak pun bukan satu pun point yang aku bagi kau ambik.”Dylan berpaling untuk melangkah ke
pintu.
“Ingat Riyaaz semua pesan aku tu.Kalau aku ada dengar
kau pecat staff kita tanpa beruding
dengan aku,aku tak akan teragak-agak buat report
tentang kelakuan kau yang buruk terhadap staff bawahan kau.Sendiri mahu ingat ramai staff di syarikat ini yang tak berapa suka kau!Remember that.”sambung Dylan tanpa menoleh ke arah adiknya.
Di ketap bibirnya menahan geram.Matanya sekadar
memandang kelibat abangnya yang sudah menghilang di sebalik pintu.Diraub
wajahnya dengan mengunakan kedua tangannya.Kusut!Kertas-kertas yang bertimbun
dia atas meja menambahkan rasa meluat.Serba tidak kena dan sudahnya di tepis
kasar kertas-kertas itu hingga bertaburan di bawah meja.
Sakit hatinya bila memikirkan segala pendapat dan
keputusannya tidak pernah di ambil kira kenapa dia berbuat begitu,dia bagai
tidak penting di dalam syarikat ini.Dan dia semakin geram bila mengenangkan
wajah dua orang perempuan yang sentiasa membuat hatinya panas bila berhadapan
dengan mereka.
Kalau aku tak dapat pecat kau takpe ada banyak cara
aku boleh kenakan kamu berdua.Kau berdua tunggulah apa yang aku nak buat dekat
korang.Aku yakin selepas ini kau orang berdua pasti akan berhenti sendiri,tak
pun kau berdua akan menangis!Terutamanya kau Kara!Riyaaz tersenyum sinis.
*****
Sudah empat hari Pelangi pergi sendiri ke tempat kerja
kerana dia disuruh membersihkan bilik pejabat berkerja Encik Riyaaz dan ruang
lobi atas arahan Encik Riyaaz.Lap tingkap,lap meja,bersihkan sampah di dalam
bilik Encik Riyaaz kemudian mop lantai di lobi tanpa pengetahuan
sahabatnya.Kalau Kara tahu mati Encik Riyaaz di lawannya,dia tidak mahu Kara
kehilangan pekerjaan gara-gara dia.Biarlah dia melakukan semua kerja-kerja
itu,dia masih mampu melakukan semua pekara yang di suruh.
Pelangi terbongkok-bongkok mop lantai di ruang
legar,ramai pekerja-pekerja yang mulai masuk ke pejabat.Tanpa sedar ada
sepasang mata memperhatikan semua yang di lakukan Pelangi.Tiba-tiba, lalu Intan
dihadapannya,dengan pantas dia bertanya.
“Intan kau nampak tak apa yang aku nampak?Kenapa Angi
lakukan kerja Rina?”
Intan serba salah mahu memberitahu Kara,Dia sudah
berjanji dengan Pelangi supaya tidak memberitahu Kara.”Err..err…”
“Apa errr..err…jawablah!”sergah Kara yang dari tadi
bersabar menanti jawapan dari Intan.
“Atas arahan siapa?”Kara menyoal lagi.Hatinya yang
riang kini kembali panas bila melihat apa yang Pelangi lakukan,itu bukan kerja
dia mop lantai dia hanya tea lady ini
dah luar dari skop pekerjaan Pelangi.
“Weiii,Intan aku tanya?Atas arahan siapa?”soal Kara
lagi dengan suara yang mula meninggi.
Intan yang melihat wajah Kara yang tadi tersenyum
terus bertukar masam mencuka saat mata Kara melihat sahabatnya
terbongkok-bongkok mop lantai.Dia tahu pasti Encik Riyaaz akan kena lagi dengan
si Kara ini.Mau kena serangan jantung bila terdengar soalan tegas dari
Kara.”Ara..arahh Encik Riyaaz,dah tiga hari si Pelangi disuruh buat kerja-kerja
yang Rina patut buat di buat oleh Pelangi,”ujar Intan terketar-ketar.
“What!!”Memang Encik Riyaaz hendak mencari pasal.Kara terus
melangkah pergi dari situ meninggalkan Intan yang jelas terpinga-pinga di
tinggalkan Kara.
“Angi!”jerit Kara kuat.
Kara tidak sedikitpun menghiraukan pekerja-pekerja
yang lalu untuk masuk berkerja.Dua tiga staff
berhenti dan tercengang mendengar jeritan dari Kara.
Pelangi yang mendengar suara Kara di belakangnya
berpaling,melihat wajah sahabatnya begitu merah menahan amarah tertelan air
liur.Adoi kenapa pulak si Kara ini datang office
cepat pulak biasa dia lambat masuk,desis hati Pelangi.
“Betul Encik Riyaaz yang suruh kau buat ini
semua?”soal Kara bila Pelangi berpaling ke arahnya.
Pelangi tidak menjawab pertanyaan Kara,dia seperti
tidak mempedulikan kehadiran Kara disitu dia menunduk dan melakukan mop lantai
semula.
“Siapa lagi kalau bukan Encik Riyaaz yang suruh si
Pelangi buat,kalau kau nak tahu hari ini dah masuk empat hari si Pelangi
disuruh mop lantai,bersihkan tingkap,bersihkan bilik,bersihkan macam-macam
lagilah,”celah Gopal yang tiba-tiba berada di sebelah Kara.
Pelangi yang mendengar,membulatkan matanya ke arah
Gopal.”Tak ada hal kalau saya buat sama juga Kara,tak baik lawan atasan kita
saya tak nak awak pergi serang Encik Riyaaz lagi,biar aje saya buat,”ujar
Pelangi kepada Kara.
“Tapi ini semua bukan kerja kau,Angi.Ini semua mop-mop
lantai ini kerja Rina!Aku ta…”belum sempat Kara menghabiskan ayatnya di potong
oleh Pelangi.
“Saya tak ada apa-apa,lagipun kita tak akan menang
kalau lawan Encik Riyaaz,diakan atasan kita.Saya tak nak awak gaduh lagi kerana
saya.”tegas Pelangi.
Kenapa Encik Riyaaz ini tak habis-habis nak cari
pasal,ada sahaja kerja-kerja yang dia suruh buat,dah tak ada kerja lain ke dia
tu?omel Kara perlahan.
“Ahh..yang kau,Gopal tercegat lagi dekat sini kenapa?Kau
pun dah tak ada kerja ke?”sergah Kara yang melihat Gopal setia disebelahnya.
Gopal terkejut.Kuss..semangat aku dengan si Kara
ni!rungut hati Gopal.”Yea..yea aku nak pergi buat kerjalah ini,kau ini Kara
kalau tak marah sehari bukan kaulah nampaknya,”ujar Gopal sambil berlalu
meninggalkan dua orang sahabat baik itu.
Kara yang melihat kelibat susuk tubuh Gopal mula
menghilang,terus berlalu ke stor room
untuk mengambil mop dan baldi.Dia tidak sampai hati melihat Pelangi melakukan
kerja itu seorang diri.Ini semua pasti kerana dia juga yang selalu mencari
pasal dengan Encik Riyaaz yang memang tak sebulu dengannya ada sahaja caranya
untuk melepaskan geram kerana sakit hati dengannya yang suka melawan dan
menjawab yang jadi mangsa amarah lelaki itu pasti orang-orang yang dekat
dengannya.
“Angi,kenapa kau tak cakap dekat aku,boleh aku
laporkan pada Encik Dylan?”soal Kara.
“Kau sendiri setiausaha Encik Dylan,dia mana pernah
ada dekat office untuk beberapa bulan
ini asyik sibuk jumpa client dan outstation aje.”jawab Pelangi yang tahu
serba sedikit apa yang beerlaku di sekitarnya.
*****
Tengah hari,Kara keluar sebentar mencari Zain di
pejabat lelaki tu.Dia tidak tahu kenapa tiba-tiba di rindu pada Zain,mungkin
sudah lama dia dan Zain tidak bertemu.Dia tidak terus naik ke pejabat Zain
seperti biasa Kara hanya duduk di lobi sambil menunggu Zain turun untuk makan
tengah hari bersamanya.Puas dia tertoleh-toleh ke arah lif yang terbuka dan
tutup, melihat manusia yang keluar tapi hampa,bayang Zain yang ditunggu tidak
di temui.Hatinya rasa gelisah.Dia tidak tahu kenapa hatinya dari tadi berdebar-debar.Macam
ada sesuatu yang tidak kena.Kara bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke arah
lif untuk naik ke atas tapi kakinya berhenti melangkah bila melihat Zain sedang
berjalan seiringan dengan seseorang gadis sambil bepengangan tangan.Hati Kara
mula di usik cemburu melihat kemesraan antara gadis tu dan Zain.Kara tidak
terus mendapatkan Zain sebaliknya dia memerhatikan sahaja geri-geri Zain
bersama gadis itu.
Siapa gadis itu?Sepupu Zain ke!Aku tak pernah tahu pun
Zain ada sepupu,dia selalu keluar bersama adiknya sahaja.Tak mungkin buah hati
Zain.Ini tak boleh jadi ini!Kalau gadis tu betul-betul buah hati dia kenapa dia
beria-ria nak aku jadi isteri dia.Aku dah mula sayang dan cinta dekat dia hanya
dia yang boleh getarkan hati aku,aku takut kehilangannya,bisik hati Kara di
dalam hati.
Akhirnya Kara melangkah keluar dari syarikat itu
sambil mengetap bibirnya.Hatinya benar-benar terusik bila melihat kemesraan
antara Zain dan gadis itu keluar sambil berpegangan tangan dan gembira
seolah-olah mereka sedang di lamun cinta.Kara terus balik ke tempat kerja
dengan pelbagai-bagai soalan yang bermain di fikirannya.Dia harus berjumpa Zain
secepat mungkin supaya semua persoalan yang timbul di kepalanya terjawab.
Malam itu,Kara mahu berjumpa dengan papanya,Hashim
yang tinggal di Taman Minang.Dalam pukul 9.00 malam,Kara sudah sampai di rumah
papanya.Dia jarang berkunjung ke rumah papanya,kerana isteri baru papa,Puan
Ziqa memang tidak suka kehadirannya di rumah itu.Kalau tidak soal perkara
penting dia sendiri tidak mahu datang ke sini,dia mahu berbincang sesuatu
dengan papa.
Kehadiran Kara yang berada di ampang pintu tidak di
hiraukan oleh Puan Ziqa.Dijemput masuk pun tidak,akhirnya Kara duduk di bangku
batu yang berada di luar taman mini milik papanya,sambil menanti kepulangan
papa dari pejabat.Setelah setengah jam dia menanti,akhirnya kereta Toyata Camry berwarna hitam berhenti di
perkarangan rumah.
Dari dalam kereta,Encik Hashim melihat Kara sedang
duduk di taman mini keseorangan menantinya.Enjin kereta dimatikan dengan pantas
dan keluar.Dia melangkah ke arah Kara.
“Apa hal datang rumah papa,malam-malam ni?”Suara
papanya agak keras kedengaran.Sedikit pun tidak ada mesra dengannya,bagaikan
dia tidak penting dalam hidup papanya.
“Papa Kara datang nak minta restu dari papa dan sekali
Kara nak bincang tentang abang Zain.Kara nak kahwin.”Suara Kara terketar-ketar
menyebut perkataan kahwin.Dilihat papanya diam tidak bersuara.Hanya merenung
wajah Kara bagai mahu menelan dia hidup-hidup.
Kara tertelan air liur,betul ke apa yang disuarakan
ini.Ah! lantak lah,yang penting abang Zain tak jatuh ke tangan orang.Biar aku
aje yang minta majlis ini di cepatkan.bisik hati kecil Kara.
“Betul kau nak kahwin dengan si Zain tu?Kau dah fikir
masak-masak ke?Kau tahukan siapa Zain untuk kau? “
“Bila?Kau dah fikir masak-masak ke nak kahwin?Atau kau
gatal sangat nak berlaki?”soal Encik Hashim bertubi-tubi pada Kara,tanpa sempat
dia member jawapan.
“Kara dah fikir masak-masak tentang hal ini papa,dan
Kara tahu siapa abang Zain.Kara cintakan abang Zain.”jawab Kara sambil
meluahkan apa yang ada di dalam hatinya.
Kara memandang wajah papa.Memang dia tidak
menyayanginya langsung.Apa sahaja yang keluar dari mulut papa,semua menyakitkan
hati.Papa memang tidak ada sifat untuk berlembut dengannya sentiasa aje garang
dan kasar dengan dia.Bila dia mahu berbincang sesuatu mesti papa akan
marah-marah sahaja.
“Kalau kau nak kahwin,kahwinlah.Tak payah nak menyusahkan
kami,itu kau punya hal bukan kami punya hal.Kami tak masuk campur dalam urusan
itu,suruh mama kau yang uruskan,lagipun si Zain tu kan anak tiri dia,ujar Puan
Ziqa menyampuk sambil bibirnya tersenyum sinis.
Kara merenung tajam ke arah Puan Ziqa yang masih
tersenyum sinis,kemudian matanya merenung papanya yang berada disisi Puan Ziqa
hanya mendiamkan diri tanpa sedikit pun mahu membelanya.Hati Kara ditusuk lagi
mendengar kata-kata isteri papanya,dia bagai tiada erti didalam hidup papa dan
mamanya sama sahaja penerimaan mereka.
“Kalau macam tu,tak payah kahwinlah.Lagi senang,tak
kacau siapa-siapa pun,”dengus Kara
sambil melangkah pergi.Sakit hatinya mendengar sindiran Puan Ziqa.
Kara memandu tanpa tahu ke mana arah yang mahu di
tuju,kepalanya hanya mahu pergi ke rumah mamamya terasa mahu memeluk tubuh tua
tu,entah bila kali terakhir dia memeluk mama,tidak pernah rasanya mama
memeluknya sejak bercerai dengan papa.Kara berhenti jauh sedikit dari rumah
mamanya,baru sahaja di mahu keluar dari kereta,dia ternampak Zain keluar dari
rumah mama berjalan seiring dengan gadis yang ditemuinya.Berpegang tangan
lagi.Hati Kara sakit melihat pasangan yang seperti dua merpati sejoli yang
sejak akhir-akhir ini dia sering ternampak Zian dan gadis itu.Siapa gadis
itu?Ingin bertanya terus pada Zain,kakinya bagai terpaku dan hanya melihat
sahaja dari jauh.Niat mahu bertemu mama dan Zain tidak jadi,ditekan pedal
minyak untuk beredar dari situ.
BERSAAMBUNG.... ;D
No comments:
Post a Comment