Fika Farisya turun ke dapur,pagi ini dia akan pergi ke Seremban dengan kak Ann
selaku jurutera Syarikat MIFA Holding dan berjanji akan menjemputnya tepat
pukul 7.00 pagi nanti.Fika Farisya mengenakan blouse cream lengan panjang paras
pinggang dengan seluar slack berwarna hitam,sekali pandang macam peguam yang
nak menghadiri kes pebicaraan di mahkamah,”kata hati Fika Farisya tentang
penampilannnya.
“Breakfeast susu je?”Habis tersembur air susu yang diminum
oleh Fika Farisya apabila suara Megat Ammar begitu dekat di telinganya secara
tiba-tiba dari belakang.
Fika Farisya terbatuk-batuk akibat tersedak.
“Sorry
I,tak sengaja buat you terperanjat tadi,”ujar Megat Ammar.
Pantas saja tangan Megat Ammar mengusap-usap lembut
belakang Fika Farisya yang duduk di kerusi.Dia menoleh sekilas pada Megat
Ammar.Masam wajahnya.
Nasib baik aku tak ada lemah jantung.Dia ini tak
ada kerja lain ke tiba-tiba muncul, pagi-pagi dekat rumah orang,sakit
apa?Gerutu Fika Farisya dalam hati.Megat Ammar selamba duduk di sebelah Fika
Farisya.
“Marah ke?Sorry..I
tak sengaja tadi,tak terniat pun nak terperanjatkan you,”ujar Megat Ammar membela diri.
Banyak cantik muka kau kata tak terperanjatkan
aku.Entah apa yang mamat besi ini buat kat sini pagi-pagi nak kata jumpa ayah
rasa tak kot sebab ayah sekarang ada dekat Jepun.Ini mesti nak cari gaduh
dengan aku lagi,hati Fika Farisya berkata-kata kerana pelik melihat Megat Ammar
pagi-pagi lagi sudah terpacak di meja makan,entah bila mamat besi ini ada
disini?
Wajah Fika Farisya yang merah akibat menahan
marah.Dia tidak menoleh pada Megat Ammar dan dia terus bangun menuju ke
dapur.Kemudian kembali semula bersama kain di tangan.Air susu yang tumpah di
atas meja dilap.
Megat Ammar hanya mendiamkan diri.Di waktu ini
mendiamkan diri adalah lebih baik dari bersuara.Nanti kalau dia bersuara pasti
satu rumah akan terjaga melihat pentengkaran dia dengan Fika Farisya.Bila, lagi
nanti pasti akan keluar persoalan kenapa pagi-pagi lagi dia dah terpacak ke
sini.Dia pun tak tahu kenapa dia boleh bangun awal dan terus keluar menuju ke
sini.Nasib baik uncle Ihsan ada bagi kunci pendua rumah banglo ini kalau tak
terpaksa dia menunggu salah satu penghuni rumah keluar.
Selesai mengelap meja,Fika Farisya terus
meninggalkan ruang dapur tanpa menghiraukan Megat Ammar yang dari tadi tidak
berkelip memandang dia,Fika Farisya sudah duduk di bangku berdekatan garaj
kereta.Beg yang disandangnya tadi diletak di ruang tamu.
Mana kak Ann ini kata nak jemput aku dekat rumah
pagi ini?Sekarang dah dekat pukul 7.30 pagi!Atau dia lupa!Ahh..aku telefon aje,
apa susah-susah nak fikir,desis hati Fika Farisya sambil mendail nombor kak
Ann,sengaja dia mengangkat tinggi-tinggi I-Phone 4s dia yang baru di hadiahkan
oleh ayahnya.Ingat dia sorang aje pakai telefon canggih,aku pun ada lah.Gerutu
hatinya lagi.
Fika Farisya menunggu tapi masih tidak ada jawapan
dari kak Ann,di cuba balik mendail nombor kak Ann tapi masih gagal menghubungi
kak Ann.Fika Farisya mula resah.
Sedang Fika Farisya resah menanti.Megat Ammar
keluar bersama dengan beg di tangan.Di lihat Megat Ammar sempat memberi
senyuman manis pada Fika Farisya yang nampak resah sekali.Megat Ammar terus
menyimpan beg yang dibawanya tadi di bahagian tempat depan sebelah pemandu.
Fika Farisya yang bangun mahu menuju ke pintu pagar
tidak jadi melangkah bila dia seakan-akan nampak beg yang baru di simpan oleh
Megat Ammar di tempat duduk sebelah pemandu seperti begnya sahaja.Laju Fika
Farisya berjalan menuju ke arah kereta lamborghini
veneno Megat Ammar.
“Ehhh…kenapa kau culik beg aku?”soal Fika Farisya.
Megat Ammar masih tersenyum lagi.”Bila masa I culik beg you,I tolong simpan sebab
I nampak muka you resah gelisah
tunggu kak Ann yang tak akan datang punya!”ujar Megat Ammar sambil melangkah
masuk ke kereta lamborghini veneno
kesayangannya.
Fika Farisya memandang Megat Ammar seperti nak
telan aje.Keningnya berkerut.
“Mana kau tahu kak Ann tak datang?Nanti aku call
dia balik,”ujar Fika Farisya sambil cuba mendail nombor kak Ann,tapi belum
sempat telefon I-phone 4snya ditekap ke telinga tiba-tiba Megat Ammar bersuara.
“Dah jom masuk.jangan ingat I nak keluar dating
dengan you pulak,kebetulan I ada hal kat Seremban apa salah you naik kereta mahal I,lagipun kereta you kat bengkelkan?Bila lagi you
nak merasa naik kereta ini,”sindir Megat Ammar.
Dia ingat aku kempunan ke nak naik kereta tak cukup
ruang ini,aku rela lagi naik kereta lembu tahu!bentak hati Fika Farisya.
“Takpelah macam tu.Kau pergi lah dulu,nanti saya
minta tolong Zafril hantarkan aku dekat sana tak pun aku minta tolong Tofan
rakan niaga kita semalam ,dia ada offer aku
pergi sama!,”jawab Fika Farisya tapi matanya dipaling dan menuju ke pintu pagar
tanpa menghiraukan Megat Ammar yang seperti mahu menjawab balik.Malas aku nak
dengar!
Megat Ammar yang mendengar nama rakan niaganya
disebut mula terasa bahang.Merah padam mukanya akibat menahan marah.Dia ingat
aku nak sangat ke pergi dengan dia,tak hinggin aku,”gerutu hati Megat Ammar.Dalam
dia melihat Fika Farisya menunggu di
depan pintu pagar dia tersenyum sinis.Entah kenapa semalam dia menghubungi
jurutera yang mahu pergi dengan Fika Farisya supaya tidak jadi menjemput gadis
itu pagi ini.Dia ada sesuatu untuk Fika Farisya.
Megat Ammar yang sedari tadi duduk di dalam melihat
Fika Farisya yang masih setia berdiri di depan pintu pagar,terus menghidupkan
enjin kereta.Kemudian bergerak dan berhenti betul-betul di sebelah Fika
Farisya.
“Ann tak call
you ke?”Tanya Megat Ammar.
Fika Farisya yang berdiri di tepi pintu pagar terus
memandang dengan wajah tidak puas hati.
“Kenapa?”
Megat Ammar sudah tersenyum,tapi bagi Fika Farisya pulak
senyuman dari Megat Ammar macam sembunyikan sesuatu.
“Malam semalam dia call I,dia beritahu yang dia tak dapat nak ambik you dekat sini sebab ada hal.So dia minta cuti kecemasan.”bohong
Megat Ammar.
“Hmmm…kalau macam itu aku call Tofan atau Zaf aje.”balas Fika Farisya.
Megat Ammar yang mendengar sudah seperti terbakar
bila melihat kedegilan Fika Farisya.
“You tak payah nak jadi perempuan tak berapa gatal
pulak pagi-pagi ini,cepat masuk I dah
lambat ini.!”arah Megat Ammar.
Fika Farisya
masih berdiam diri.Dia langsung tidak gentar dengan arahan itu.Ada aku kisah!
“Fika ,please…”panggil
Megat Ammar namun Fika Farisya seperti tidak mengendahkannnya.
Megat Ammar mendengus sedikit.
“Fika!”Panggilnya kuat.
Fika Farisya yang mendengar namanya dijerit terus
memandang Megat Ammar.
“Apa?”jawabnya baran.Pagi-pagi dah cari gaduh
dengan aku.Memang tak betul lah Tuan Megat ini,kalau dia nak pergi,pergi je lah
buat apa nak angkut aku sekali!omel Fika Farisya perlahan.
Megat Ammar mendengar omelan dari mulut Fika
Farisya.Ditatap wajah Fika Farisya yang memandangnya.
“Oh my
God!Buruk betul perangai you ini…”Spontan perkataan itu terpancul dari mulut Megat Ammar.
Fika Farisya sudah mengecilkan matanya.
“Apa masalah kau pagi-pagi ini dah nak ajak aku
bergaduh,suka-suka kau cakap perangai aku buruk!Habis perangai kau elok sangat
ke,”bebel Fika Farisya dengan nada geram lalu terus berpusing ke tempat duduk
sebelah pemandu dan ingin mengambil begnya.
“Hei!I
tak ada masa nak layan,cepat masuk sekarang!You
tak payah nak cuba call rakan niaga I dia dah sampai dekat sana
dah,”beritahu Megat Ammar.
“Kau paksa aku kenapa?Aku tak naik kereta sempit kau
ini!,”bangkang Fika Farisya.
“You nak I tekan hon ini ke?Biar semua orang
bangun?You nak masuk atau tak
ini,”ugut Megat Ammar sambil tangannya bersedia menekan ‘hon’.
Fika Farisya yang mencebik bibirnya,terpaksa
menurut kehendak mamat besi ini.Benci!Benci!Benci!,bentak hatinya.
Tahu kau takut,tak adalah keras sangat.Senang
rupanya ugut sikit terus jalan macam lembu kena cucuk hidung,desis hati Megat
Ammar sambil tersenyum puas.Kemenangan di pihaknya.
“Fika,you
tak bawak beg besar sikit ke?Mana tahu kita akan bermalam kat sana,”ujar Megat
Ammar.
Fika Farisya menggeleng-geleng.
Kenapa pulak aku nak bermalam kat sana.Lagipun
tempat itu tak jauh kita sempat balik hari.Tak ingin aku nak bermalam kat sana
dengan kau!”rungut Fika Farisya di dalam hati.
Sepanjang perjalanan ke Seremban hanya bunyi radio
sahaja yang kedengaran.Fika Farisya sejak masuk langsung tidak memandang ke
depan sebaliknya dia mengadap cermin tingkap yang bertinted gelap.Geram.Kereta warna hitam,cermin warna hitam nasib baik
dia tak hitam kalau tak memang cukup pakej mamat besi ini,sempat Fika Farisya
mengutuk Megat Ammar dalam diam.
Megat Ammar yang bosan dengan suasana sepi dan
sunyi terus mematikan radio yang tadi rancak bercelotoh.Sengaja dia berbuat
begitu,mesti perempuan yang macam batang kayu ini sakit hati sebab aku matikan
radio!
Fika Farisya mengetap bibirnya.Dia masih setia
mengadap ke luar tingkap malas dia nak bertekak dengan mamat besi ini.Baik aku
diam lagi baik! Tak pun aku tidur lagi best,”jawab
hati Fika Farisya.
“Fika,I
tak nampak uncle Ihsan pun?Mana uncle Ihsan dan seminggu I tak jumpa dia,”Megat
Ammar tiba-tiba bersuara,terpaksa dia mengalah kalau nak harap perempuan ini
bukak mulut alamat sepanjang perjalanan dia memang bosan.
Fika Farisya yang mendengar buat-buat tidak
dengar.Dia masih diam tanda dia tidak suka bercakap ketika ini.
“Fika!!”jerit Megat Ammar.
“Apa!” jawab Fika kuat.
“You dengar tak?”soal Megat Ammar.
“Dengar…”ujar Fika Farisya selamba.
“Habis kalau dengar kenapa tak jawab soalan I?”
“Malas nak layan baik aku kira pokok-pokok yang aku
nampak.”
Kereta lamborghini
veneno Megat Ammar terasa bertambah laju di rasakan.’Siapa suruh kau tanya
soalan bodoh tu! Kau mesti tahu yang ayah dan papa kau sekarang dekat
jepun,lagi mau tanya.Haa..tekanlah pedal minyak tu kau ingat aku nak takut kau
bawak laju-laju macam ini!Jangan harap aku nak merayu dekat kau minta slowkan kereta sempit ini,nampak aje cun
kereta ini tapi dah semua hitam langsung tak menarik cuba kau bagi warna sikit
mesti tambah cun.Bagus jugak kau bawak laju-laju macam ini boleh cepat
sampai,’omel Fika Farisya sendirian.
Dalam waktu Fika Farisya mengomel sendiri,telefon
I-phone 4snya berdering didalam poket seluarnya.Berkerut dahinya melihat nombor
ysang tidak dikenali.
“Nombor siapa ini?Nak jawab ke tak?Tak payah
jawablah biar ajelah kang penat dia berhenti sendiri,”desis hati Fika Farisya.
Megat Ammar menjeling sekilas ke arah Fika Farisya
yang membiarkan telefon bimbitnya berdering banyak kali,naik bingit telinganya
mendengar.
“You angkat call tu,bingit
telinga I!”arah Megat Ammar marah.
“Suka hati aku lah nak angkat ke tak?Yang kau sibuk
kenapa?”
“I bukan busy body
hal you tapi phone you tu buat telinga I
boleh jadi pekak tahu,kalau you tak
nak angkat bagi phone you kat I biar I tolong jawab bagi pihak you,”ujar
Megat Ammar geram sambil sebelah tangannya mahu mengambil phone Fika Farisya.
“Tak payah kau nak pandai-pandai angkat call dari phone aku.Pandailah aku nak jawab!Sibuk!,”ujarnya.Akhirnya Fika
Farisya menjawab juga.
“Assalamualaikum,”Fika Farisya memberi salam.
“Walaikumusalam.”
Terus berubah muka Fika Farisya sebaik sahaja
mendengar suara mamat berlagak yang pernah dia bagi penumbuk dulu.
Alamak!Macam mana dia boleh dapat nombor aku
ini!Hish!Aku dahlah tak nak bercakap dengan dia,macam mana aku boleh terjawab call dia ini.Ini semua si mamat besi
punya pasal tak pasal-pasal aku kena layan jugak,lecehlah macam ini!Fika Farisya
membebel sendiri.
“Hello..hello!suara pemanggil disana bersuara bila dia berdiam
diri.
Berlapis-lapis dahi Fika Farisya jadinya.Malasnya….
“Haaah… Hello
nak apa Encik Tofan call saya ini?”
Megat Ammar yang sedang memandu terus memandang
sekilas ke arah Fika Farisya.Tofan!Kenapa dia call si Fika pulak biasa kalau ada apa-apa urusan pasal projek
mesti dia call aku dulu.
“Kau lupa ke yang kau dah serahkan projek ini dekat
si Hakim dan Fika,so memang kenalah
kalau si Tofan itu nak call salah
seorang dari mereka.Atau kau cemburu.Baik kau mengaku jelah yang kau suka kat
bini kau,’Akal Megat Ammar berkata-kata.
Cepat-cepat Megat Ammar mencantas segala yang
dikatakan oleh akalnya tadi.Aku bukan cemburu Cuma pelik je kenapa si Tofan ini
tak call si Hakim kan sama aje!
Megat Ammar memandang sekilas ke arah Fika Farisya
yang nampak rancak berbual dengan Tofan,tadi bukan ke Fika Farisya ini nak tak
nak je melayan si Tofan ini aku tengok lama aje mereka berborak?Borak pasal
projek ke pasal hati!omel Megat Ammar perlahan.
“Okey..Encik Tofan sekejap lagi kami
sampai.Assalamualaikum”ujar Fika Farisya menamatkan panggilan dari Tofan.
Fika Farisya yang mendengar omelan Megat Ammar
memandang sekilas ke arah Tuan Megat.”Tuan Megat nak tahu ke butiran perbualan
aku dengan Encik Tofan, ini bukan soal hati ini soal tapak projek yang kita nak
pergi, ada masalah di sana.Puas hati! Jangan berburuk sangka dekat orang kalau
kita tak tahu hujung pangkal sesuatu cerita,”ujar Fika Farisya sambil tersenyum
sinis.
‘Errkk…bukan aku bercakap dalam hati ke
tadi?Jangan-jangan…adoii malunya aku!’desis hati Megat Ammar.
BERSAMBUNG.... Maaf FN tak dapat update KSK ...terima kasih sudi layan cite dari FN yang tak berapa nie... maaf jika ada salah dan silap FN.... semoga ceria bak pelangi ;)
best la....x sabar tgu sambungan yer
ReplyDeletelynda...
ReplyDeleteAssalamualaikum lynda.. terima kasih sudi baca dan setia ngan KSK yang tak seberapa nie...insyallah nanti FN usaha entry baru KSK.... semoga ceria bak pelangi ;)
Megat Ammar ego tak mahu mengaku perasaan cinta pada Fika. Dahlah bercinta dengan musuh ketat Fika, apa akan jadi kalau Megat Ammar tak mahu lepaskan Fika.
ReplyDeleteSeri Ayu...
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca bab nie...sentiasa menyokong FN.. semoga ceria bak pelangi ;)
best kak....next n3.ngee
ReplyDeletenurul nuqman....
ReplyDeleteTerima kasih,insyallah nanti ada sambungannya ;) semoga ceria bak pelangi
best :)
ReplyDeleteKak Long Ruby...
ReplyDeleteTerima Kasih kak long sudi baca cite yang tak berapa perasaan nie..ngee semoga ceria bak pelangi ;)
best. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum ... terima kasih Lisa sudi baca karya dari ceq yg tak berapa ini.... semoga ceria bak pelangi ;D
Delete(Fika Najwa)
Hai, kalau saya jadi Si Fika, saya biar je dia nak tekan hon. Ada saya kisah? Tekanlah! Tak berani punya! Tapi kalau dia dah jerit kuat tu, memang kena jugalah. Tapi kena bagi hati dia panas. Cakap nak date dengan Tofan ke.
ReplyDelete