Pelangi duduk
sendirian di rumah di kala ini,Kara sudah keluar seperti biasa gadis itu tidak
lekat di rumah.Duduk bersendirian di bilik membuatkan Pelangi tiba-tiba
teringat kembali bagaimana dia datang ke sini.Semua jelas berputar di ingatan.Wajah
ibu dan bapa tirinya,Pian berganti-ganti berlegar-legar di ruang matanya.
Pelangi begitu sayang ibunya dan dia tidak sanggup
berpisah sebenarnya,tapi dia terpaksa.Dia tidak sanggup tinggal di rumah yang
umpama neraka dunia untuknya.Rumah yang patut bahagia dia bersama ayah dan ibu
bertukar derita dan duka bila ayahnya meninggal dunia,kemudian ibu berkahwin
dengan seorang lelaki yang kaki judi dan kaki minum ,rumah itu bukan lagi
seperti dulu lagi.
Malam yang dia nekad melarikan diri dengan wang
simpanan yang dikumpulkan sejak zaman sekolah,dan membawa beberapa helai
pakaian dan sepasang telekung pemberian ayah ketika dia cermelang dalam
pelajaran di bawa bersama.Tentang ibu,dia tidak perlu risau.Dia pasti ibunya
akan tahu kenapa dia melarikan diri dari rumah.malam yang dilalui diterangi
cahaya bulan dan bintang.Jam sudah menunjukan pukul 11.30 malam tapi bagi
penduduk kampung,waktu begini semua sudah dibuai mimpi dan akan bangkit bila
subuh menjelang.
Sampai sahaja di simpangan jalan besar,Pelangi menahan
sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.Dia mengarahkan pemandu teksi itu
pergi ke pekan yang memakan masa setengah jam dari kampungnya.Pelangi
cepat-cepat membayar dan turun melangkah ke kauter tiket.Ketika itu kerani yang
bertugas sedang bersiap-siap berkemas,cepat-cepat Pelangi bertanya sambil
menarik nafas panjang.
“Kak bas terakhir ke KL ada lagi tak kak?”soal
Pelangi.
“Ke KL,adik ini malam-malam seorang nak ke mana?”soal
kerani kembali.
“Saya nak ke KL ada hal di sana,”bohong Pelangi.
“Rasanya masih ada lagi,adik nak ke?”
“Saya nak satu kak!Sebab saya kejar masa sebab ayah
saya ada kat KL sedang sakit,saya balik ini Cuma ambik duit untuk biaya
perubatan ayah kat sana,”bohong Pelangi lagi,menyembunyikan debaran
dihati.Kerani itu dilihat mengangguk kepalanya sambil menghulurkan sekeping
tiket berharga RM 48.00 kepadanya.
‘Terima kasih kak,”ucap Pelangi dan segera melangkah
tergesa-gesa ke arah bas yang akan bertolak beberapa minit lagi.Sebaik bas
bertolak meninggalkan pekan,Pelangi berasa amat lega.Selamat tinggal
segala-galanya,aku yakin aku boleh memulakan hidup baru di Kuala Lumpur.Itulah
ucapan yang dilafazkan di dalam hati.
Sampai sahaja dia dihentian Duta hari sudah siang,Pelangi
buntu hendak ke mana di tuju arahnya,merayau-rayau dia berjalan dari satu
tempat ke satu tempat,menahan teksi dan mengelilingi bandaraya Kuala
Lumpur.Setelah bosan dia akan turun dan naik bas pula.Iklan-iklan yang di
tampal di dinding bus stop dan tiang
lampu isyarat jelas memaparkan kerja kosong,dia tidak tahu jalan di kota besar
ini.
Pelangi cuba mencari rumah sewa,sampai ke petang tapi
gagal.Di pandang langit yang mula melabukan tirai senja.Dia semakin gelisah dan
takut.Di mana dia hendak bermalam seandainya dia gagal mencari rumah sewa
sebelum hari beransur malam.Melangkah dari taman ke sebuah taman perumahan yang
jelas banyak rumah teras,tidak tahu mahu bertanya yang mana satu kosong.Akhirnya
dia melangkah ke pintu pagar yang berwarna putih yang jelas tertulis ‘Bilik
Untuk Disewa’,itulah rumah Kara Kirana.Nasib baik dia berhenti di depan rumah
Kara kalau tidak dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya.Malam itu
dia bertemu dan berkenalan dengan Kara,terima kasih Kara kerana
melindungiku,kau memang sahabat aku yang paling rapat di KL ini,desis hati
kecil Pelangi.
Hujung minggu seperti ini Pelangi menghabiskan masa dengan
membaca novel di pangkin yang terdapat di luar rumah.Novel MUNGKIN NANTI… karya
Anita Aruszi yang baru di beli ketika singgah di kedai buku minggu lepas baru
kali ini dia dapat membacanya.Kini hobinya adalah mengumpul novel baru yang
berada di pasaran.Bacaan Pelangi terhenti gara-gara ada sebuah lori yang
berhenti di sebelah rumah mereka.
Pelangi yang sedang duduk di pangkin cepat-cepat masuk
ke dalam rumah.Kemudian dia berdiri di sebalik tingkap untuk melihat apa yang
berlaku.Kelihatan beberapa orang yang sedang menurunkan barang dari lori
itu,ada jiran baru rupanya aku dengan Kara,bisik hati Pelangi yang masih
melihat orang menurunkan barang.
Dia cukup bersyukur kerana di pertemukan dengan Kara
yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya,walaupun tampang Kara yang
kelihat sombong tapi sebenarnya kalau kita mengenali Kara,dia adalah seorang
sahabat yang baik dan cepat mesra jika orang baik dengannya,dia tidak tahu apa
akan terjadi jika dia tidak bertemu Kara.Kini hubungan mereka kian rapat dan
mesra sekali.Hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur ini banyak cubaan dan
harus berhati-hati,dia tidak akan terlalu bebas seperti Kara.Dirinya harus
menjaga tata susila sebagai gadis timur yang sudah lama diterapkan oleh ibu dan
ayahnya mesti dipertahankan.
“Woii,Angi kau tengok apa tu?Kau mengedap
siapa?”sergah Kara dari dapur sambil membawa dua fresh oren ke ruang tamu.Pelangi menoleh dan tersenyum.
“Saya tak mengendap lah! Ada orang baru pindah masuk
rumah sebelahlah,”beritahu Pelangi.
“Baguslah,kita ada jiran baru.Mana tahu ada pakwe hensem,boleh lah aku kenekan kau
dengan anak teruna dia nanti,”usik Kara.
“Awak jangan mengada erkk….”potong Pelangi.
Pelangi duduk di sofa sambil menyambung semula
bacaannnya.Kara pula duduk bertentangan dengannya.
“Angi,aku nak tanya sikit boleh?”soal Kara.
“Boleh…tanyalah!”
“Kenapa kau susah senyum dah nak masuk empat bulan kau
tinggal dengan aku tapi aku susah nampak kau senyum.Kenapa?Kat mulut kau ada emas
ke?soal Kara lurus.
“Kenapa saya jarang senyum?Sebab senyuman saya dah
dibunuh,kalau senyum dapat ringankan beban derita yang saya tanggung tak apa
jugak!”ujar Pelangi.
“Senyumkan satu sedekah,”jawab Kara.
“Tapi masalah yang kita hadapi tak akan terhapus
dengan senyuman Kara.”jawab Pelangi ringkas.
Kara mengangkat bahu,lalu bangun dan merebahkan
badannya di atas kerusi malas berwarna coklat gelap.Pelangi merenung wajah
Kara.Di tenung Kara yang sedang memejamkan matanya,diakui yang Kara memang
cantik patutlah ramai yang mahu berkenalan dengan gadis ini,wajahnya saling tak
tumpah sama cantik dengan mama Kara iaitu Karina,dia pernah melihat foto wajah
mama Kara yang sentiasa ada di dalam bilik gadis itu.Kara memilik tubuh yang
mengiurkan mana-mana lelaki yang menengoknya pasti akan tergoda apa lagi segala
pakaian yang mengikut fesyen di kenakan ke atas tubuh Kara pasti seorang lelaki
yang beriman pasti jatuh ke dalam pelukan Kara.Tetapi sejak seminggu ini wajah
Kara tidak seriang seperti
selalu.Mungkin Kara sedang di landa masalah di kepalanya.
Masih jelas di matanya,entah bagaimana dia begitu
teringin mengikut Kara ke disko pada malam kemarin.Selepas dia menunaikan solat
isyak dia bersiap-siap turun ke ruang tamu,bila tiba di ruang tamu jelas mata
Kara merenung pelik ke arahnya.Dia menyarungkan sepasang baju kurung kapas yang
berwarna biru disarungkan ke tubuhnya.
“Kau yakin ke nak ikut aku dengan pakaian macam
ini?”soal Kara pada malam itu.
“Kenapa?Ada yang tak kena ke dengan baju kurung
saya?”soal Pelangi sambil menilik dirinya dari atas ke bawah.Takut jika ada
terkoyak atau kotor pada baju kurungnya,maklumlah baju kurung lama.
Kara tersenyum memandang pakaian yang di pakai oleh Pelangi.
“Okey,jom kita enjoy!”pelawa
Kara sambil menarik tangan Pelangi keluar dari rumah mereka.
Setibanya Pelangi dan Kara di salah sebuah disko yang
terkemuka di KL terasa mahu pitam melihat keadaan disko yang buat pertama kali
dia menjejaki kaki ke tempat itu.lampu neon berkelipan di sana sini.Irama lagu
yang rancak sentiasa berkumandang dengan kuat.Dengan sekelip mata Kara hilang
meninggalkan dia seorang duduk di meja.
Pelangi tercari-cari kelibat Kara di segenap sudut.Namun
dia gagal menemui Kara.Mana Kara ni!Dia boleh tinggalkan aku dekat sini
sorang-sorang,hatinya berdetik.
Pelangi memerhatikan keadaan sekeliling.Dia melihat
ramai muda-mudi menari bersama pasangan masing-masing di bahagian tengah disko
mengikut retak irama yang membingitkan telinga.Dilihat sebelah kanan pula
sepasang anak remaja sedang berpelukan.Matanya hampir terbeliak dibuatnya
melihat si lelaki tidak segan-silu mencium perempuan itu.Melihat kelakuan
mereka membuat Pelangi terasa geli.
Tiba-tiba Pelangi menoleh ke belakang kerana terdengar
suara Kara ketawa.Pelangi bangun dan perlahan-lahan dia mendekati Kara yang seeding
melayani beberapa teman,mahu sahaja ditarik Kara yang sedang asyik berada di
dalam pelukan salah seorang dari mereka.Pelangi beristigfar di dalam hati.Sakit
matanya melihat lelaki yang memeluk Kara.Kara ini satu suka sangat kena
peluk,dia tak tahu ke yang lelaki itu sebenarnya nak ambik kesempatan
aje!Gerutu Pelangi yang memandang tajam lelaki yang begitu erat memeluk
sahabatnya.
Beginikah cara kehidupan Kara?Keseronokan yang
beginikah Kara cari?Cara ini yang selalu Kara buat bila ada masalah yang
dihadapi.Ini bukan budaya kita,ini budaya barat yang tiada batas dalam
pergaulan dan larangan.Aku mesti bantu Kara keluar dari kehidupan ini!Aku mesti
cuba keluarkan Kara dari keseronokan yang boleh merosakkannya,kata hati
Pelangi.
Pelangi mempunyai sebab kenapa dia mahu ikut Kara
malam ini.Dia mahu melihat gaya hidup Kara.Selama ini dia hanya mendengar
khabar-khabar angin dan kini segala yang didengar membuktikan semuanya.Semua
tentang Kara memang benar.Adakah Kara sudah jauh tersasar sampai melakukan
perbuatan terkutuk?.Soalan yang sentiasa berlegar-legar di dalam kepalanya mahu
di tanya dia takut Kara tersinggung pula.
Lewat pukul 3.00 pagi Kara membawa Pelangi ke rumah
sewa Qis.Pelangi terkejut melihat apa yang dilakukan oleh rakan-rakan
Kara,mereka sedang leka menghisap dadah di ruang tamu.Jijik dia melihat
rakan-rakan Kara.
“Kara pun ambik juga ke benda tu?”duga Pelangi sambil
menunding jari ke arah Qis dan rakan-rakan Qis yang sedang asyik dengan
dunianya.
Kara menggeleng.
“Cari mati!Semua ini kerja bodoh dan sia-sia.”jawab
Kara spontan.Pelangi tersenyum.Nasib kau tahu,bisik hati Pelangi.
Kara kau dah jauh terpesong.Banyak benda yang boleh
kau buat untuk selesaikan masalah yang kau hadapi.Aku janji akan sedarkan kau
Kara.Aku dah mula sayang kau seperti adik ku,aku tak sanggup kau hanyut
mengikut mereka.Aku tak akan biarkan kau hancur Kara!Desis hati Pelangi.Dia
berikar akan membawa Kara kembali ke pangkal jalan.
Pelangi tidak sanggup lagi berada lama di dalam rumah
sewa Qis,dia jijik melihat Qis dan teman lelakinya melakukan perkara sumbang
yang di larang oleh agama.”Kara jom balik?ajak Pelangi.
“Angi kau baliklah dulu,aku belum lagi nak
balik.”tolak Kara ,lembut.
Pelangi yang mengajak Kara pulang tapi
ditolaknya,segera melangkah keluar dari rumah sewa Qis dan terus pulang ke
rumah.Dia tidak sanggup bermalam di situ.Dia tidak mahu terjebak dengan gegala
yang kurang bermoral itu.
Pelangi sampai di rumah kira-kira pukul 4.00 pagi.Dia
terus naik ke biliknya dan merebahkan badannnya di atas katil.Mata yang
mengantuk mula tertutup.Peristiwa yang menimpa dirinya terlayar di
fikirannya.Pelangi menjerit ketakutan.Dia cuba memejamkan matanya agar peristiwa
itu dapat di lupakan tapi di gagal melenyapkan semua yang berlaku.
“Ibu,tolong Keysha ibu..tolongggg,”jerit Pelangi.
Mata Pelangi terbuka.Peluh diingin memenuhi
dahi.Pelangi terus bangun dan melangkah menuju ke bilik air untuk membasuh kaki
dan tangan.Selalunya begitulah dilakukan oleh Pelangi setiap kali dia
bermimpi.Dia menarik nafas panjang.Setelah selesai dia membasuh kaki dan tangan
dia melangkah keluar dan kembali
merebahkan badan di atas katil.Tanpa disedari air mata mengalir jatuh membasahi
pipi.Dia tidak dapat mengambarkan jika dia berada di rumah itu lagi pasti masa
depannnya musnah jika dia ada di situ lagi.Hendak mengadu hal kepada Kara.Kara
pula bermalam di rumah sewa Qis.Dia berasa kesunyian dan keseorangan,tidak ada
siapa yang mahu mendengar rintihannya.
Pelangi cuba memejamkan mata.Namun matanya belum
mengantuk,dia bangun dan menyandar di atas katil.Jam yang tergantung di dalam
biliknya di pandang.Pelangi tersentak.Sudah pukul 6.00 pagi.Azan subuh sudah
kedengaran dari surau berdekatan denga
rumah sewa Kara dan dia.Pelangi bingkas bangun untuk membersihkan diri
dan mengambil air sembahyang.
Selesai Pelangi berdoa dia bangkit dan melipat
telekung dan kain sembahyangnya dilipat dengan kemas dan disangkut di penyidai
yang terdapat di belakang pintu.Pelangi turun ke bawah dan melabuhkan
punggungnya di ruang tamu.Memandangkan hari ini hari ahad,dia tidak bekerja.Dia
mencapai remote control TV di atas
meja kopi dan menonton ‘Kopi O Nasi Lemak’ yang bersiaran di tv9.
Kara masih belum pulang.Pening dia mahu memikirkan
sahabatnya yang seorang ini.Apalah nak jadi dengan Kara.Ada tunang yang
mengajak kahwin tapi di tolak mentah-mentah.Sampai bila Kara harus hidup
begini.
Tiba-tiba kedengaran suara seperti orang memberi
salam.Siapa pulak pagi-pagi ini dah datang bertandang ke rumah aku,tak mungkin
Kara,detik hati Pelangi.Dengan pantas Pelangi bangun menuju ke pintu,sebelum
dia membuka pintu sempat Pelangi mengintai dari tingkap.Dibuka pintu,dilihat
seorang perempuan berdiri memandangnya.
“Maaf dik,kakak menganggu hujung minggu adik.Kakak
datang ini nak jemput adik datang ke rumah lepas asar.Akak ada buat kenduri
sikit,”pelawa jiran sebelah dengan mesra.
Hurmm..jiran sebelah yang baru pindah beberapa hari
yang lepas.Aku ingat siapa tadi.Cepatnya aku lupa,detik hatinya.
“Insya-Allah,kak,”jawab Pelangi.
“Adik tinggal seorang aje ke?”soal kakak itu lagi.
“Dua orang.”
“Mana yang sorang lagi tak nampak pun?”
“Ada,sekarang dia tak ada di rumah sekejap lagi dia
balik.”
“Okeylah dik,bila-bila kita borak lagi.Masih banyak
kerja yang akak tinggal dekat rumah tu.Lupa akak nak bagi tahu nama
akak,Didi.Jangan lupa datang lepas asar nanti,”kata kak Didi sambil berlalu
pergi.Kebetulan Kara tersempak dengan jiran sebelah ketika hendak pulang.Kara
hanya tersenyum memandangnya dan melangkah masuk.
“Siapa itu?”soal Kara.
“Jiran sebelah yang baru pindah.Dia jemput kita makan
kenduri dekat rumahnya nanti,”jawab Pelangi sambil memandang wajah Kara yang
tak terurus.
Sedang Kara membuka kasut tiba-tiba Rashdan sampai
meluru memeluk Kara dari belakang.Apa lagi,terjerit sedikit Kara akibat di
peluk secara tiba-tiba.Jelas di wajah Kara bukan main seronok bila ‘si Rashdan’
disambut manja oleh Kara.
Pelangi yang melihat perbuatan sahabatnya dengan ‘Si
Tua’ mahu termuntah menengoknya.Rashdan tanpa segan-silu masih memeluk pinggang
ramping Kara dengan begitu mesra sekali.
“Baru balik?Tidur di mana semalam?”soal Rashdan
lembut.
Pelangi yang mendengarnya terasa geli-gelemen melihat
kelakuan Kara yang begitu menunjuk-nunjuk kemanjaannya di depannya.
“Rumah Qis lah sayang..,”beritahu Kara dengan manja
sambil mengelus pipi Rashdan.
Rashdan menarik nafas denagn berat.
“Lain kali abang tak nak sayang tidur dekat sana
lagi,kan elok tidur rumah sendiri lagi pun Pelangi ada.”Agak tegas suara Rashdan.Melihat Kara yang mula
muncung akibat ketegasannya sebentar tadi cepat-cepat Rashdan menghulurkan
bungkusan hadiah yang di belinya pada Kara.
“Ini abang ada beli sesuatu untuk sayang,dah tak mau
muncung macam tu dah tak nampak cantik dah sayang abang ni,yang ni pulak hadiah
untuk Pelangi,” dihulurkan pada Pelangi satu lagi bungkusan yang berbalut sama
warna dengan hadiah yang diterima oleh
Kara.
“Okey,sayang abang balik dulu.Take care yourself.”ujar Rashdan sambil berlalu dari situ.Mungkin
Rashdan marah pada Kara kerana bermalam di rumah Qis,membuatkan dia pulang
meninggalkan Kara yang hanya mampu menghantar pemergian kekasihnya.
Bungkusan yang diberi oleh Rashdan untuk dia,disambut
jua.Apa maksud Rashdan member aku hadiah?Nak perangkap aku macam mana dia
perangkap Kara?Memang betul semua lelaki sama tak boleh dipercayai!getus
Pelangi di dalam hati.
Demi tidak memperkecilkan hati jiran baru mereka,mereka
berdua hadir dan terpaksa menebalkan muka kerana selama ni mereka berdua jarang
beramah mesra atau menghadiri sebarang kenduri yang di adakan di kawasan rumah
mereka.Rata-rata jiran tetangga yang hadir memandang mereka berdua dengan
pandangan hairan,tapi tidak dikisahkan oleh mereka berdua.Selepas makan,Kara
dan Pelangi meminta diri untuk pulang.Kara perasan adik kak Didi dari tadi
memperhatikan Pelangi,dia tahu mesti Pelangi naik rimas,ke mana sahaja Pelangi
dan dia pergi,adik kak Didi itu sering mengekori mereka.
“Dah nak balik ke?” Tegur adik kak Didi.Pelangi yang
berada di sisi tidak menjawab pertanyaan itu.Hanya Kara yang mengangguk.
“Boleh berkenalan,siapa nama kau?”Dengan selambanya
Kara bertanya pada adii lelaki kak Didi.
“Nama saya,Rynaldi,panggil aje Aldi.”
“Aku Kara Kirana biasa orang panggil aku Kara dank at
sebelah saya ni Keysha Pelangi kau panggil aje Angi,”beritahu Kara.
Pelangi yang mendengar Kara menyebut namanya hanya
tersenyum ,dia sedikit pun tidak memandang ke arah aldi yang dari tadi
mermandang dianya.Pelangi yang meliaht Kara asyik bertanya soalan pada
Aldi,dengan pantas melangkah masuk ke dalam rumah.Aldi mengekori mereka berdua
hingga ke pintu pagar.
Sejak perkenalan itu,Aldi sering mencari peluang untuk
berbual dan cuba dekat dengan Pelangi tapi sedikit pun tak di layan oleh
Pelangi.
Suatu petang ketika Pelangi berjalan pulang dari
tempat kerja ,dia didatangi sebuah kereta yang berhenti di hadapannya.Pelangi
tergamam seketika.Tidak di sangka dia berjumpa lagi dengan Aldi.Pemilik kereta
yang berhenti di depannya ternyata milik Aldi jiran sebelah rumahnya.Biasanya
dia pulang bersama Kara tapi hari ini Kara pulang bersama Rashdan.
“Mari naik,saya hantar Anggi pulang,”pelawa Aldi
sambil membuka pintu kereta dari dalam untuk Pelangi.
Pelangi tidak menjawab atau masuk ke dalam kereta
Aldi,sebaliknya dia melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah.Rumahnya yang
tidak berapa jauh dari situ.Dia tidaka tahu apa pekerjaan Aldi tapi menurut
Kara Aldi adalah usahawan yang mempunyai sebuah pasaraya kecil.
Aldi yang melihat Pelangi mengorak langkah tanpa
menjawab atau mengangguk tidak berputu asa.Dia mengikuti Pelangi dari
belakang.Pelangi yang berjalan tidak langsung menoleh ke belakang.Rasa benci
mula mengelinap di dalam hatinya melihat Aldi,seperti tidak paham akan
penolakannya sejak kenduri hari itu.Aldi kini sering mengikutnya ke mana sahaja
dia pergi.Sebaik sahaja Pelangi ingin membuka pintu pagar dan ingin melangkah masuk
ke rumahnya,dengan selamba Aldi memegang lengan Pelangi.
“Angi,nantilah dulu,kita berbual dulu.”tahan Aldi.
Pelangi yang melihat lengan yang di paut oleh Aldi,di sentap
kasar tangan Aldi dan berlalu masuk tanpa menoleh ke arah Aldi yang memanggilnya,di
buat pekak telinganya.Aldi yang melihat penolakan Pelangi berasa hampa dan muram
melihat Pelangi masuk ke dalam rumah.Setelah kelibat Pelangi hilang terukir senyuman
yang penuh maksud di bibir Aldi.
BERSAMBUNG.... maaf sekali lagi FN lambat update citye nie.... terima kasih sudi layan cite yang tak seberapa nie... semoga ceria bak pelangi ;)
No comments:
Post a Comment