FOLLOWERS

Wednesday, March 13, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 20


OLEH : FIKA NAJWA



What!! Apa yang Uncle Fuad cakap ni?Takkan Amm nak jadi suami dia, cinta pun tidak Amm pada dia?” Megat Ammar menggeleng laju kepalanya tanda tidak bersetuju dengan amanat arwah mamanya. Ini kerja gila. Dia dah ada pilihan hati sendiri tak mungkin dia nak mengangkat Fika Farisya sebagai isterinya sedangkan mereka hanya kali ini bertemu. Tidak ada cinta di hatinya buat insan yang bernama Fika Farisya.

“Amm, tenang dulu.” Megat Ilman cuba menenangkan anaknya dan di tarik tangan anaknya untuk kembali duduk semula. Ammar menurut namun riak wajahnya jelas tidak berpuas hati. Bibir Ammar di ketap menahan perasaan marah yang mula menguasai diri.

“Bukan macam itu Amm, mama kamu cuma..”Fuad mengeluh dan serba salah.

“Cuma apa Uncle? Papa?” cantas Megat Ammar.

“Mama kamu mahu kamu memperisterikan Fika Farisya dan menjaganya.” Megat Ilman bersuara tegas.

Megat Ammar terkaku. Terjawab sudah teka –teki yang berada dia dalam kepalanya.

Fhyka Arissa yang berada disisi adiknya mengenggam erat tangan adiknya, menyatakan dia berada di sisi adiknya. Jelas wajah adiknya kelihatan tenang. Tidak ada riak terkejut seperti Ammar. Dia pasti Ammar akan membantah. Dia kenal Ammar.

Permintaan apa yang mama dia amanat kepadanya? Mengahwini Fika Farisya?Gila! Mengarut sungguh! Dia tidak cintakan Fika Farisya.

“No! Ini semua mengarut papa. Amm takkan berkahwin dengan perempuan kasar ini.”

Ammar bangkit menentang. Dia harus menentang amanat ini. Dia tidak rela ada orang menentukan hala tuju hidupnya kelak. Dia berhak menentukan pasangan hidupnya kelak, bukan secara paksa begini.

“Papa tolonglah, ini semua kerja gila! Tok Wan say something!” Mata Megat Ammar memandang Engku Habibah.

“Amm..tolong bertenang kita dengar apa yang uncle Fuad kamu nak sampaikan,” balas Megat Ilman.

“Papa,please. Amm tak nak macam ini. Amm dah ada pilihan hati. Dia bukan perempuan yang Amm cinta, bukan dia!! Dia bukan perempuan yang Amm nak angkat sebagai isteri Amm…bukan dia.” jari telunjuk Megat Ammar lurus menunjuk ke arah Fika Farisya yang sejak tadi menunduk memandang ke permaidani sambil tangannya digenggam oleh Arissa.

“Ammar itu salah satu yang arwah amanatkan pada kamu. Arwah mama kamu juga menyerahkan syer sebanyak 40 peratus kepada kamu dengan syarat Megat Ammar bin Megat Ilman mesti mengahwini Puteri Fika Farisya binti Megat Ihsan,dan selepas setahun perkahwinan ini,barulah syer sebanyak 40 peratus itu akan di serah pada kamu secara rasmi kepada Megat Ammar Syah bin Megat Ilman. Jika perkahwinan ini gagal dilaksanakan dalam tempoh setahun maka secara rasminya syer sebanyak 40 peratus itu akan kekal sebagai hak Puteri Fika Farisya. Manakala syer MIFA Holding yang 20 peratus lagi memang sah milik Fika Farisya,30 peratus syer lagi milik Fhyka Arissa." kata-kata Fuad membuatkan Megat Ammar tersandar lesu di sofa. Engku Habibah hanya berdiam diri sebelum bersuara.

“Mama setuju Ammar di kahwinkan dengan Fika Farisya.” Engku Habibah tiba-tiba bersuara.

 Bagai di panah petir,semua memandang Engku Habibah yang bersuara bersetuju dengan wasiat yang di baca oleh peguam keluarganya.

Fika Farisya tersenyum sinis, dia tahu kenapa Mak Engku bersetuju. Dia tahu. Dia telah siap untuk menghadapi hari esok. Dia menoleh ke belakang matanya saling berpandangan dengan mata Zafril Zafuan. Saat mata Fika Farisya memandang sekilas ke arah Megat Ammar jelas jelingan tajam di hadiakan padanya. Dilihat Megat Ammar bingkas bangun. Dia tahu pasti Megat Ammar tidak boleh berlama di sini,silap-silap boleh jadi anak derhaka, di lihat Megat Ammar melangkah keluar dari ruang tamu menuju ke arah pintu utama. Panggilan dari Megat Ilman dan Mak Engku langsung tidak di endahkan.Dia tahu Ammar benci pada dirinya,pasti lelaki itu mahu menjauh darinya yang tiba-tiba muncul di banglo mewah itu.

*****
Mata Engku Habibah terbutang mendengar apa yang baru disampaikan Megat Ammar kepadanya. Engku Habibah bagaikan kehilangan kata-kata. Hanya keluhan kedengaran sedari tadi,terasa hasratnya untuk Megat Ammar bersetuju dengan segala syarat yang telah dibaca oleh peguam keluarga.Tidak dia harus memujuk cucunya.

“Tok Wan, Amm dah habis fikir masa Amm keluar dari rumah tadi dan Amm yakin ini keputusan yang terbaik untuk diri Amm dan masa depan yang akan datang.” menggunung harapan Megat Ammar agar Tok Wannya setuju dengan jawapan yang diberi.

Engku Habibah mengeluh lagi, nafasnya di tarik panjang. Tangannya mula memicit dahi, keputusan Megat Ammar cukup menghampakannya. Dia jadi risau.

“Sekarang ini terpulang pada Tok Wan, Amm memang tak setuju dengan wasiat arwah mama.” Tegas Megat Ammar mengulangi pendiriannya.

“Amm, yakin yang Tok Wan boleh halau anak auntie Lissa keluar dari syarikat dan serahkan balik syer 40 peratus itu tanpa Amm terpaksa kahwin dengan dia." Keras Megat Ammar. Bukan dia tak tahu sejarah keluarga mereka dulu. Walaupun tidak secara keseluruhan dia yakin dengan cerita yang dibawa oleh Tok Wan, Engku Habibah. Engku Habibah menggeleng.


“Bukan semudah itu, Amm. Tok Wan tak boleh halau dia dengan kuasa yang ada pada Tok Wan.Tok Wan tak boleh halau dia macam itu” keluh Engku Habibah perlahan.Dulu mungkin dia berjaya untuk semua itu. Kini? Susah untuk dia melakukan sesuatu kerana wasiat itu berkuasa.

Megat Ammar yang mendengar sudah memandang wajah Tok Wan tanpa berkelip.

“Apa maksud Tok Wan? Kenapa Tok Wan kata yang Tok wan tak boleh halau dia dari syarikat kita? Kenapa? Tok Wan ada hak sebagai pemegang syer yang terbesar jugak dekat syarikat itu.? Takkan Tok Wan nak Amm ikut amanat yang arwah mama wasiatkan? This not fair for me.Tok Wan gunalah kuasa yang memang ada pada Tok Wan untuk dia transferkan 40 peratus syer tu pada Tok Wan balik, bukan ke sekarang syer 40 peratus itu atas nama dia. Kita boleh manfaatkan perkara ini supaya dia boleh transfer.” Megat Ammar menyoal dan memberi pendapatnya. seboleh-boleh dia akan cuba mengelak dan mencari jalan untuk tidak berkahwin dengan Fika Farisya.

“Tok Wan pun ada terfikir perkara yang Amm katakan tadi tapi Uncle Fuad kata secara dasarnya dia memang pemegang saham yang terbesar di syarikat MIFA Holding, walaupun 40 peratus syer syarikat yang dipegang itu masih belum pasti milik dia,tapi dia masih pemegang saham terbesar buat masa ini.

Kalau dia setuju pun untuk transfer 40 peratus syer tu pada kita, ianya tidak sah sebab arwah mama kamu dah wasiatkan pemindahan share tersebut hanya selepas setahun Amm kahwin dengan dia, untuk 20 milik dia dan 30 peratus lagi itu memang milik Arissa itu tak akan jadi masalah jika Amm dapat kembali 40 peratus share itu nanti, Amm boleh aje tendang dia keluar dari MIFA Holding. Sekarang yang Amm perlu fikirkan macam mana nak dapatkan balik 40 peratus itu, Tok Wan tak nampak jalan lain selain amanat yang sudah diwasiatkan oleh arwah mama Amm. Amm kena kahwin dengan dia buat sementara ini.” Jelas Engku Habibah buntu.

Megat Ammar terlopong mendengarnya. Kepalanya digeleng laju tanda dia tidak setuju dengan idea Tok Wan dia, dari gayanya tidak ada harapan dia mahu membuat keputusan sendiri.

What? Tok Wan, want to ask me to marry him.? Nonsense! Because the shares 40 percent, I have to marry him? This is not fair to me, Tok Wan. Ini semua idea yang paling bodoh! No way…no way…Tak Tok Wan! Tak! Amm tak akan setuju dengan idea yang Tok Wan bagi.” Megat Ammar mula bangun mundar-mandir seperti orang yang tiada pilihan untuk menentukan masa depannya.

“Tapi Amm, Tok wan terpaksa setuju dengan jalan ini.Hanya jalan ini aje yang terfikir oleh Tok wan macam mana kita nak dapatkan balik syer tu.”

Megat Ammar menggeleng terus-terusan. Mulutnya bagai terkunci, dia bagaikan ingin menbangkang kata-kata Tok wan namun hanya tersekat di kerongkong.

“Amm..” Engku Habibah bersuara perlahan.

“Memanglah Amm kena kahwin dengan dia tapi hanya untuk setahun saja. In fact Amm tak perlu commit diri Amm apa-apa pun bila kahwin dengan dia. Ini semua hanya diatas kertas. Kalau Amm tak suka atau cintakan dia pun tak apa yang penting  sekarang diatas kertas Amm dan dia, Suami isteri. That's all, as simple as that. After one year, Amm, divorced with her, terserah Amm nak ceraikan dia dengan talak berapa pun tak apa. Then lepas Amm dah dapat  40 peratus syer. Tok wan akan minta apa-apa lagi pada Amm. Please.. Tok Wan beg you, Amm.” rayu Engku Habibah pada cucunya.

Megat  Ammar meramas  rambutnya berkali-kali. Dia bingung ketika ini.

“Tok wan penting sangat ke syer tu pada Tok wan?Amm tak kisah kalau tak dapat syer tu pun! Amm tak rela nama Amm tertera walaupun di atas kertas sebagai suami dia. Amm tak dapat bayangkan bila dia dah sah jadi isteri Amm nanti! Sah, Tok wan tahu? Tok wan kenal Amm macam mana jika Amm tak suka dekat seseorang, Amm takut Tok wan dengan semua ini.Amm tak suka dia,tak cinta dia,dia perempuan kasar.Tok wan dengan apa yang kita ada dan ditambah pula aset yang sedia ada Amm yakin yang Amm mampu bangunkan satu lagi empayar perniagaaan yang baru dan setanding dengan MIFA Holding kelak walaupun kita terpaksa bermula dari bawah.”Begitu beri-ria Megat Ammar menyakinkan  Tok wannya.

Engku Habibah yang duduk diatas katil cucunya merengus dan bangun sambil berjalan ke pintu bilik Megat Ammar. Sebelum dia memulas tombol pintu bilik tu,Engku Habibah berpaling ke belakang.

“Amm ni tak faham ke apa yang Tok wan mahu! Tak akan Amm nak biar dia merampas hak yang sepatutnya menjadi milik Amm! Amm pun tahu bukan semua syer yang dia dapat tu hak milik keluarga kita, bukan keluarga Lissa atau anak-anak dia! Tok wan tak rela,Tok wan tak akan biarkan dia mewah dengan cara tu! Tok wan tak peduli apa pun Amm mesti dapatkan syer 40 peratus tu balik.

Kalau Amm memang cucu kesayangan Tok wan ,Amm mesti kahwin dengan dia! Kalau tak Tok wan tak akan maafkan Amm sampai bila-bila!Amm fikir elok-elok Tok wan tunggu jawapan dari kamu!”ucap Engku Habibah lalu terus melangkah keluar dari Megat Ammar.

Megat Ammar boleh mendengar bunyi dentuman pintu biliknya yang ditutup dengan kuat. Megat Ammar merenung pintu yang sudah tertutup rapat seperti fikirannya di kala ini yang tertutup jalannya.

******
Fika…Fika…dekat sini rupanya kau” tercungap-cungap Zafril Zafuan sambil melabuhkan duduknya di atas buaian.Terhenti seketika buaian yang sedang berhayun.

Fika Farisya terus memandang pelik temannya dengan perasaan yang mendongkol.

“Apa kau nak Zaf, potong stim betullah orang baru nak berhayun sambil ditiup angin sempoi-sempoi kat taman mewah ini, belum sempat lagi aku berangan nak jadi ‘mam besar’ kat banglo ini.” marah Fika Farisya.

Zafril Zafuan bangun dan dia melabuhkan duduknya disebelah Fika Farisya.

“Arghh…ini bukan masanya kau nak makan angin sempoi-sempoi kat sini tak ada maknannya, kau tahu! Kau lupakan dulu angan-angan minah jenin kau tu. Weii.. Fika kau pandanglah aku, aku nak bercakap ini. Hish,sibuk pulak dia pejam-pejam mata.Kau ingat cantik ke kalau kau pejam-pejam mata tu,”ujur Zafril Zafuan geram.

“Kau nak tahu tak Fika…”

“Entah aku tak tahu..”pantas sahaja Fika Farisya memotong.

“Ehh..cuba kau dengar apa yang aku nak sampaikan pada kau ini. Kau tahu tak masa aku nak turun cari kau tadi aku tak sengaja terdengar perbualan Mak Engku dengan mamat yang akan di kahwinkan dengan kau tu. Siapa erkk. nama mamat tu? Lantaklah aku tak ingat nama dia. Mak Engku dan mamat tu bercerita pasal kau…”

Fika Farisya hanya membuat muka blurr. Dia seperti dapat meneka apa yang cuba di sampaikan oleh Zafril Zafuan padanya.

“Amboi,kau pergi pasang telinga kuali kau kat tepi dinding bilik ‘mamat besi’ ke Zaf?Kau nak take over Mak Tiah gosip ke dalam segmen gosip sekampung?Tak sangka-sangka kau pun ada bakat macam Mak Tiah yang jiran awek lama kau,Shahrini erkk..”jawab Fika Farisya Spontan.

Zafril Zafuan sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih pada Fika Farisya.

“Kau ini, Fika.Kau tahu tak apa yang aku nak sampaikan kat kau ini.Tapi sebelum aku bukak cerita aku nak bagitahu yang aku tak sama dengan Mak Tiah gosip kat kampung kita tau, ini lagi satu Shahrini tu bukan awek aku.” ujur Zafril Zafuan menyangkal kata-kata Fika Farisya tadi.

“Yealah tu…cepatlah aku tunggu ini. Apa yang kau nak cakap kat aku?” Fika Farisya mencebikan bibirnya.

“Tengok baru aku buat penafian muka kau dah muka bosan, kau tak nak tahu ke apa yang dia orang bincangkan?” marah Zafril Zafuan.

“Aku tahu apa yang kau nak sampaikan kat aku, kau nak cakap yang dia orang mengata aku lagi? Emm..aku rasa bukan sekali ini dia orang mengata aku dan ibu. Biarla, aku okey apa. Aku untung adalah lagi dapat pahala percuma. Aku bukan nak kata aku tak pernah mengata sekarang ini pun kita dah duk mengata pasal dia orang kan? Dahlah aku malas nak ambik tahu apa yang dia orang cakap baik aku berangan kejap sambil berhayun kat buaian ini lagi banyak faedah yang aku dapat. Belum sempat Fika Farisya berpaling wajahnya di pegang kejap oleh Zafril Zafuan.

“Kau dengar dulu apa yang aku nak info dekat kau..”

Fika Farisya membulatkan matanya, lalu ditepis tangan sahabatnya. ’Hish…si Zaf ini ada ke main pegang-pegang kang aku tumbuk lebam mata tu’ gerutu Fika Farisya.

Zafril Zafuan yang sedar yang di terlajur salah cepat-cepat dia bersuara sebelum mood Fika Farisya bertukar mendung.

“Opss…sorry aku tak sengaja lagipun ini memang salah kau, cuba kau dengar apa yang aku nak cakap kat kau mesti tangan aku ini tak gatal nak pegang-pegang wajah anak dara orang, dahlah aku tahu kau tak suka aku buat macam tu maafkan aku,Fika…”seloroh Zafril Zafuan sambil merayu meminta maaf.

“Dahlah aku dah maafkan pun, cepatlah cakap aku mengantuk ini!” Fika Farisya berpura-pura menguap.



BERSAMBUNG.... ;D




 

23 comments:

  1. cerita bagus - mcm penulis profesional. tapi, sayang cuba baca balik naskhah ni, ada beberapa kesalahan ayat.

    ReplyDelete
  2. ....sedangkan mereka hanya kali ini bertemu.

    sedangkan mereka hanya bertemu sekali. inikah yg Fika maksudkan?

    ReplyDelete
  3. di tarik tangan anaknya
    = ditarik tangan anaknya
    - tarik ialah kata kerja

    ReplyDelete
  4. ...di ketap menahan perasaan

    begini: diketap kejap kerana menahan perasaan marah

    diketap tanda menahan marah
    (ayat cadangan)

    ketap - kata kerja = diketap

    ReplyDelete
  5. ....menyatakan dia berada disisi

    begini: menyatakan dia berada di sisi
    sisi ialah kata nama : di sisi

    ....menyatakan sokongan
    ....menyatakan dia sentiasa berada di sisi, menyokongnya. (dia mmg dok sebelah kwn tu kan,)

    ReplyDelete
  6. permintaan apa yang mama dia amanatkan (bahasa pasar)

    permintaan apa yang mamanya amanatkan
    @
    permintaan apa yang diamanatkan mamanya

    ReplyDelete
  7. perempuan kasar - perempuan pengasar @ perempuan brutal

    ReplyDelete
  8. Uncle Fuad kat 1st perenggan dah betul.

    kat tgh2 uncle huruf kecil - typo error is it?

    ReplyDelete
  9. dia bukan perempuan yang Amm nak angkat sebagai isteri....

    kenapa guna frasa 'angkat' berulang-ulang? angkat = mengambil dengan tangan dan meletakkan/mengalih sesuatu ke tempat lain

    angkat = ambil (bahasa pasar)
    ...nak ambil sbg isteri..
    ...patut jadi isteri Amm

    ReplyDelete
  10. ...di serah pada kamu
    ...diserahkan kepada kamu

    serah = kata kerja
    diserah

    ReplyDelete
  11. dialog bermula "Ammar ....sampai ke ...Arissa" panjang sgt. mungkin boleh potong dgn masukkan ayat protes daripada Ammar

    ReplyDelete
  12. terlampau panjang, nnt reader akan skip dialog tu, walhal dlm dialog tu ada byk info sbb musabab perkahwinan tu...inti penting utk bab ni.

    ReplyDelete
  13. di panah petir
    dipanah petir

    di baca oleh
    dibaca oleh

    ReplyDelete
  14. dia menoleh ke belakang matanya saling berpandangan...?

    dia menoleh ke belakang. Pandangan matanya bertemu dgn mata...

    ReplyDelete
  15. sayang, tolong check semua kata sendi 'di' dlm naskhah ni ya.

    ReplyDelete
  16. sayang, cuba baca balik ayat bermula dari MATA... sampai habis.
    apa yang nak diberitahu?
    saya keliru.

    hasratnya bersetuju?
    Engku Habibah nak memujuk cucunya @ bagaimana?

    tak faham

    ReplyDelete
  17. masa depan yang akan datang

    masa depan - mmg akan datang
    pilih nak guna ayat
    masa depan
    @
    masa akan datang

    ReplyDelete
  18. mendengar sudah memandang tok wan
    tak perlu gunakan frasa sudah

    tok wan adalah kata nama am, tak perlu gunakan huruf besar kecuali ada nama di belakangnya cth: Tok Wan Habibah

    ReplyDelete
  19. dialog "apa maksud....transfer" sgt panjang. kalau boleh pecahkan..


    dari gayanya - gaya siapa?
    nampak gayanya

    i have to marry him? - what?? they asked Amm to marry a man? no wonder Amm refused!

    ReplyDelete
  20. mula bangun mundar mandir -
    sayang, cuba bayangkan macamana tu,
    bangun mundar mandir

    - bangun dan berjalan mundar mandir

    hanya jalan ini aje yang terfikir oleh tok wan - mcm ayat pasif songsang.
    bagaimana kalau;
    hanya ini sahaja jalan yang terfikir dek tok wan..

    ReplyDelete
  21. panjang-panjang sgt dialog kamu sayang, takut pembaca boring dan skip the dialogue then they missed the scene. rugi taw

    angin sempoi-sempoi
    angin sepoi-sepoi

    sempoi - simple

    Zafril menggaru-garu kepalanya - ada pertikaian di kalangan ahli bahasa tentang ayat sebegini. kata mereka 'nya' tidak perlu digunakan sebab kepala memang kepunyaan Zafril (dlm cerita ni Zafril la)

    ReplyDelete
  22. di terlajur...?

    okay sayang. harapnya ini naskhah mentah dan nakshah sebenar dah dibaiki. cerita menarik. suka watak gila-gila si Fika tu. tapi nak tanya ni kes kahwin paksa lagi ke?

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kak mona..
    terima kasih bg komen yg sangat berguna buat FN... terima kasih kak mona ;D

    ReplyDelete