Fika Farisya masih setia duduk di bilik pejabat ayahnya.Dia buntu dengan keputusan
yang telah di buat sebentar tadi.
“Fika…”suara Zafril Zafuan tiba-tiba muncul.
“Masuklah,macam aku tak tahu mesti semua
tertanya-tanya apa yang berlaku tadi kan?”sambung Fika Farisya tanpa menoleh ke
arah pintu matanya asyik melihat cermin di hadapannnya.
Dia dengar pintu tertutup.Dia duduk disitu seperti
patung.Dia tahu pasti ada ayah dan kak Rissa sekali.
“Sayang….,ayah risau tengok adik macam ini?Tok wan
dan Amm ada sakitkan hati adik lagi?”Megat Ihsan memegang bahu anaknya,dia
resah melihat wajah anak bongsunya yang diam dan tiada senyum di wajah itu.
Fika Farisya hanya membalas senyuman ayah.Dalam
masa sekarang mood dia nak tersenyum sampai nampak gigi macam tak ada aura
iklan ubat gigi lagi.Megat Ihsan sudah duduk di sebelah anak bongsunya.
“Adik share
sikit apa yang adik bincangkan tadi dengan ayah,kak Rissa dan Zaf,kalau itu
boleh meringankan beban kamu nak,kami sudi mendengar,”ujar Megat Ihsan perlahan
sambil tangan anaknya digenggam.
“Adik kalau adik tak mahu kak Rissa boleh cakap
dengan Tok wan dan Amm,”potong Fyhka Arissa.
“Adik dah setuju ayah,kak Rissa,”ujar Fika Farisya
perlahan tapi masih di dengar oleh mereka yang berada di dalam bilik itu.
“Fika kau dah fikir masak-masak ke?”Cemas
kedengaran suara Zafril Zafuan.
Hajah Tija yang menjadi pendengar sedari tadi
menyampuk,”Fika,apa Fika dah fikir betul-betul sebelum buat keputusan macam
ini.Mak Tija tak nak segala pengorbanan yang Fika lakukan ini sia-sia saja,Zaf
dah cerita dekat kami kenapa Fika terima,Fika buat ini supaya hubungan Fika
dengan Tok wan akan baik bukan?”
Fika Farisya sudah memandang wajah semua yang ada
silih berganti dan terakhir matanya terhenti pada Zafril Zafuan.
“Fika dah rasa artis pulak sekarang tengah duduk
dah kena serbu semua tanya Fika,nasib tak ada kamera dan microphone kalau tak
mesti mantap angan-angan Fika ini,”ujar Fika Farisya berseloroh perlahan.
Terbeliak mata Zafril Zafuan mendengarnya orang
tengah risau boleh dia buat lawak dalam masa-masa macam ini.Boleh pulak dia
keluarkan ayat yang tak berapa bernas itu dari mulut dia.
“Woiii…Fika
kau boleh lagi buat lawak tak berapa bernas kau kat sini erkk..kau tahu tak
kita orang semua tengah risau dengan kau.Kalau ikutkan hati aku nak aje aku
lumut mulut ka utu dengan cili api baru kau tahu!Keras suara Zafril Zafuan.
Megat Ihsan,Fyhka Arissa dan yang lain sudah ketawa
mendengar pertengkaran antara Zafril,Fika Farisya juga tidak ketinggalan ikut
gelak bersama-sama malah lebih tinggi lagi gelaknya.
“Mesti kalau kau bubuh cili api kat mulut aku akan
tertulis di depan akhbar ‘Seorang Pemuda menyumbat cili api ke dalam mulut rakannya’,”usik
Fika Farisya lagi.
Ha..haa…ha kau boleh gelak lagi ya,Fika!Gelak lagi
kuat biar satu office ayah kau dengar yang kau gelak macam anak ponti.Tengok
ibu dia boleh gelak lagi.Dia tak tahu ke yang dia nak kena kahwin dengan si
Ammar,nanti dia orang buat penderaan kat kau,baru padan muka kau,”ajuk Zafril
Zafuan geram.Dalam semua muka serius boleh-boleh pulak si Fika ini buat derk
je.
Fika Farisya masih ketawa sambil tangannya menuntup
mulut tanda tidak akan gelak lagi.Dia menunjukan dua jari tanda peace pada
Zafril Zafuan yang menjeling tajam ke arahnya.
“Kalau dia orang dera aku,apa lagi aku telefon lah
tele dera biar dia orang pulak kena dera,”balas Fika Farisya lagi.
“Adik..adik memang suka lari dari topik yang kita
bincangkan yea,ada aje idea adik nak ceriakan suasana yang tegang.Adik,ayah tak
kisah tapi ini tentang masa depan adik.Adik tahukan adik bakal menjadi isteri
Megat Ammar kalau adik ikut apa yang dah tertulis dalam wasiat arwah maklong
Ainnur dan ibu.”Megat Ihsan bersuara.
Fika Farisya diam,wajahnya kembali serius.Dia hanya
mampu mengangguk apa yang ayahnya katakana sebentar tadi ada benarnya.Tapi dia
buat macam itu,untuk menghilangkan resah yang sedang bersarang di dalam
hatinya.
“Ayah..adik tahu,tapi kita tak boleh nak buat
apa,kadang kala kita harus akur pada takdir yang dah tertulis untuk kita.Adik
dah bersedia..”Perlahan Fika Farisya menyatakan pendapatnya.
“Memang sebagai orang islam kita kena akur pada
takdir yang sudah tertulis,tapi Allah jugak suruh kita berusaha,bukan menerima sahaja
takdir itu bulat-bulat.Ayah tak nak hati adik di lukai,ayah akan rasa menyesal
kalau hati adik sekali lagi di lukai buat kali kedua,jika itu terjadi ayah rasa
ayah bukan seorang ayah yang dapat melindungi anaknya dari di lukai ayah tak
nak perkara ini terjadi lagi.Cukuplah kesilapan yang pernah ayah buat.
Adik mesti tahu yang Tok Wan tak bersungguh-sungguh
hendak berbaik dengan adik,itu semua hanya lakonan supaya adik tunduk dengan
segala kemahuan tok wan.ayah lebih kenal tok wan kamu,nak,”perlahan Megat Ihsan
menasihati anaknya supaya membatalkan sahaja niat anak bongsunya.
“Fika,aku nak kau fikir betul-betul balik tentang
perkara ini.Aku tak mahu kau menangis lagi,aku tak sanggup tengok jika itu
berlaku.Kau kena gunakan akal untuk berfikir bukan perasaan.Please…aku yakin
semua yang ada dekat sini tak setuju dengan apa yang kau buat ini.Kau sedang
bermain dengan api Fika….”Zafril Zafuan tiba-tiba bersuara kembali.
Fika Farisya diam,dia tidak membalas cepat.Dia
harus pandai memberi jawapan kenapa dia terima ini.Dia bangun dan melangkah ke
depan cermin yang melihatkan panorama bandaraya Kuala lumpur di luar.
Zafril Zafuan rasa bersalah kerana banyak bersuara
membantah rancangan Fika Farisya.”Fika aku bukan nak masuk campur dalam
keputusan kau ataupun family kau,tapi
bila aku tengok dia orang buat kau macam ini aku terpanggil untuk membela kau
Fika.Aku kawan kau Fika aku tak suka kalau kawan aku terluka dan akhirnya akan
menangis walaupun kau tunjukan pada kami semua,tapi aku tahu kat dalam hati kau
yang kau dah lali menangis sendirian.Kalau ibu kau tengok keadaan kau mesti dia
sedih tengok kau,tapi jujur aku katakan yang aku tak setuju dengan wasiat arwah
maklong dan ibu kau ini,sebab kau ada kehidupan kau sendiri dan kau sendiri
boleh corak.Semua pengorbanan yang arwah minta kau buat ini terlalu besar
Fika,tapi aku yakin yang ibu kau mesti ada sebab buat semua ini tak mungkin dia
nak kau bahagia dan dia percaya suatu hari nanti semua kasih yang kau tunggu
pasti terbalas satu persatu.Apa jua keputusa kau, aku sebagai kawan sentiasa
ada di belakang kau begitu juga dengan keluarga aku yang begitu sayang dekat
kau.”Zafril Zafuan memberi pendapat.
Fyhka Arissa sudah mengeleng.
“Tak.. kak Rissa tak setuju,kalau adik setuju
dengan wasiat arwah auntie Ainnur dan
ibu ini, semua mengarut.Sampai bila adik harus mengalah dengan kehendak Tok Wan
dan Megat Ammar?Sehari,sebulan,20 tahun?Atau sampai bila-bila dia harus
menunggu kasih tak dibalas?Kebahagian apa kalau hati dia akan terluka lebih
teruk dari sebelumnya.Adik nak seperti itu ke?Kalau adik jawab ya pada
persoalan kak Rissa,rasanya adik ini memang kejam pada diri sendiri,sanggup
adik lukakan hati adik sendiri,sanggup adik lihat air mata Kak Rissa,ayah dan
orang-orang yang sayang adik selama ini!”luah Fyhka Arissa sambil dia
mencengkam bahu adiknya supaya menghadapnya.
Fika Farisya menolak perlahan tangan Fyhka Arissa
pada bahunya,matanya sudah berkaca tapi di tahan supaya tidak jatuh.
“Kak Rissa tak rasa apa yang adik rasa sekarang dan
kak Rissa tak akan faham apa yang adik lalui selama ini.Kak Rissa tak akan
fahan perasaan dan hati adik.Adik dah lama menderita bersama ibu,kak Rissa tahu
tak?Menderita kerana terpisah dari Kak Rissa dan ayah terpaksa bertahan dengan
kebencian yang Mak Engku lemparkan pada kita sekeluarga.Kak Rissa masih
beruntung dapat membesar di dalam keluarga Mak Engku walaupun benci dia tak
sehebat dia membenci adik dah ibu.Adik tak pernah rasa macam mana kasih
ayah,sebab ayah sendiri masa itu sangat membenci ibu dan juga adik.Adik tak
pernah dapat rasa dibelai,di pujuk oleh ayah bila adik kesedihan.Kak Rissa
masih boleh memanggil Mak Engku dengan panggilan itu tapi adik..adik di
haramkan menyebutkannya,pernah Kak Rissa dengar adik panggil Mak Engku dengan
panggilan yang Kak Rissa panggil
Tak pernah Kak Rissa,tak pernah!Adik buat semua ini
nak satukan keluarga kita nak tukar kebencian ayah dan Mak Engku supaya lenyap
biar ibu tenang di sana dan tak akan menangis lagi,alhamdulilah doa ibu untuk
melihat ayah sayang dengan adik,adik dah nampak tapi Mak Engku masih mengangap
adik dan ibu hanyalah pembawa sial dalam keluarga dia.Tapi hari ini adik dapat
tawaran dari Mak Engku yang mungkin kasih yang adik tunggu mungkin akan
terbalas,mana tahu adik dapat satukan keluarga kita,mungkin juga adik boleh
hapuskan segala kebencian Mak Engku pada ibu andai ini yang perlu adik
lakukan,adik tak ada masalah lakukan pengorbanan berbanding memadam api
kebencian yang dah lama bersarang di
dalam mata Mak Engku.Adik sanggup kak…”
“Tapi adik tahu,semua tu hanya angan-angan.Kak
Rissa pasti apa yang Tok wan ucap pada adik semua itu tak ikhlas dan kasih yang
dia nak hulurkan itu semua palsu..palsu.Adik tahu kenapa Tok Wan beria-ria mahu
perkahwinan ini terjadi tapi adik tutup mata adik biar pun Zafril dah bagitahu
dekat adik.Berbaloi ke adik lakuakn semua ini?Berbaloi ke,dik!,”jerit Fhyka
Arissa.
“Ya!Pada adik itu dah cukup berbaloi kak Rissa.Adik
tahu Mak Engku hanya ingin syer yang
dah di wasiatkan oleh maklong tapi tak salah kalau adik cuba dengan cara ini
walaupun adik tahu cara ini mungkin akan buat luka adik tambah dalam adik redha
jika ini takdir adik.Adik tahu semua rancangan Mak Engku dan Megat Ammar,adik
tahu!Tapi kalau adik tak ambil peluang ini bila lagi kita nak tengok keluarga
kita bersatu kembali?Bila kak Rissa?
Selama 12 tahun adik tunggu pelaung macam ini.Siang
malam adik dengar tangisan dan esakan ibu melihat keluarga kita tak bersatu.12
tahun adik menunggu.Walaupun hakikatnya tak seindah rupa yang adik dapat,tapi
itu lebih baik dari terus-terusan menerima kebencian Mak Engku.Salah ke
ayah?Pak Hassan?Salah ke cara adik ini!”air mata yang di tahan akhirnya
mengalir jua.
Fhyka Arissa yang berada di sebelah adiknya terus
memeluk erat adiknya.Di peluk adiknya yang sedang menangis teresak-esak.Megat
Ihsan,Zafril Zafuan,Haji Hassan dan Hajar Tija turut sayu mendengar luahan hati
Fika Farisya itu.Fhyka Arissa mengusap lembut bahu adiknya.
“Kak Rissa minta maaf,kak Rissa sayang adik sebab
sayang kak Rissa tak mahu tengok adik menderita lagi.Kak Rissa tak sanggup
tengok adik di perlakukan begitu.
Fika Farisya menolak perlahan tangan Fyhka Arissa
yang sedang memeluknya,diperbetulkan duduknya.Wajah insan yang berada di situ
di pandang kasih.Fika mengambil tangan ayah dan kakaknya digengggam erat.
“Ayah…Kak Rissa adik tahu ayah dan kak Rissa risau
tapi adik yakin Tuhan itu Maha Adil,walaupun adik masih cuba untuk
menghilangkan benci Mak Engku pada ibu dan adik sekarang tengok adik dah dapat
kasih sayang ayah dan kak Rissa semula,bukan itu saja adik juga dapat kasih
sayang dari Pak Hassan ,Mak Tija dan kau,Zaf yang selalu ambil berat pasal aku
semua yang aku lalui pasti korang sekeluarga ada di sisi aku tika aku
keseorangan,segala jasa yang Pak Hassan ,Mak Tija dan kau tak adapat aku
balas.Terima kasih…terima kasih banyak-banyak aku sayang keluarga kau,ayah dan
Kak Rissa.”Sebaik habis sahaja adiknya mengucapkannya,Megat Ihsan terus
merangkul erat tubuh puteri bongsunya,bila mendengar luahan anaknya tu hatinya
bagai tertusuk duri di rasakan dia seorang ayah yang gagal melindungi anak-anaknya.
Air mata di pipi Fika Farisya disapu bersih oleh
jari-jemari Megat Ihsan.
“Ayah dan kak Rissa sentiasa ada di sisi adik
sekarang dan kami semua akan sokong adik.Jika ini keputusan yang adik buat,ayah
sokong walaupun ayah tak berapa setuju dengan jalan ini.Lagipun jika ini
keputusan yang arwah ibu buat pasti dia lebih kenal adik dari ayah,ayah pasti
ibu tak akan buat sesuatu jika ini tak akan membahagiakan adik.Ayah yakin
itu,pasti ibu tahu apa yang terbaik untuk adik dan kakak.
Tapi ayah nak adik janji jangan sesekali rahsiakan
apa yang Tok wan dan Ammar buat dekat adik,ayah nak adik tahu ayah dan Kak
Rissa sentiasa akan lindungi adik dari terluka lagi,”Megat Ihsan memeluk
kembali tubuh anaknya.Fhyka Arissa yang melihat turut memeluk ayah dan adiknya.Zafril,Haji
Hassan dan Hajar Tija hanya mampu melihat penyatuan keluarga itu kembali.
“Adik janji! jawab Fika Farisya.
Lissa kalau kau tengok sekarang akak yakin kau
pasti tersenyum melihat mereka kini,bertapa beruntungnya kamu mempunyai anak
yang sangat nmenyayangi keluarganya,desis hati Hajar Khatijah sambil menyapu
air mata yang mengalir.
“Fika…”Hajar Kahdijah menyampuk.
Fika yang berada di dalam pelukan ayah dan kakaknya
cuba meleraikan dan matanya merenung sayu ke arah Hajar Khatijah.
“Ya..,”jawab Fika perlahan dan semua mata tertumpu
pada Hajar Tija.
“Betul kamu nak kahwin dengan Megat Ammar?”soal
Hajah Tija pada Fika,dilihat kepala Fika mengangguk.
“Kalau kamu dah kata macam tu Mak Tija nak kamu
janji satu perkara dengan Mak Tija dan Pak Hassan.
Fika mengerutkan dahinya.”Janji?”Fika Farisya dan
yang lain bertanya serentak.Hish,Mak Tija ini kalau minta janji mesti kena
tunaikan ini kalau tak mau dia beri nasihat panjang nanti.
“Adik..”Fyhka Arissa menolak pintu bilik Fika
Farisya,sejak dari airport lagi
adiknya langsung tidak turun hanya berkurung di dalam bilik sahaja.Mata Fhyka
Arissa melilau mencari adiknya di dalam bilik tapi kelibat Fika Farisya tidak
di temuinya.Dia melangkah masuk ke dalam,di lihat adiknya sedang berdiri di bakloni
merenung kepekatan malam.
Fhyka Arissa melangkah perlahan-lahan menuju ke balkoni.”Haaaaa….
termenung siapa tu?Ingat boy kat UK ke?”sergah Fyhka Arissa.
Fika Farisya yang mendengar sergahan itu
tersentak,bayangan lalu yang bermain-main di fikirannya tadi hilang begitu
sahaja.Hisy,kus semangat aku dengan kak Rissa ini kalau aku ada jantung mau out aku sekarang!Rungut Fika Farisya di
dalam hati.
“Kak Rissa!Terkejut tau!”omel Fika Farisya dengan
manja.
“Mana tak terkejut kalau badan aje kat sini tapi
fikiran kat tempat lain sampai kak Rissa masuk adik masih tak sedar,ini kalau
perompak masuk mau habis barang kat dalam rumah dia orang ambik!”seloroh Fhyka
Arissa sambil mencuit hidung Fika Farisya.
Fika mencebik bibirnya.
“Ahh..buatlah mulut macam tu,adik tahu tak kalau adik
buat macam tu nanti mesti ada seseorang kiss
adik,sebab nampak comel sangat,”usik Fhyka Arissa lagi.
“Kalau macam itu cuba Kak Rissa kiss sikit,”cabar Fika Farisya.
Cupp…satu ciuman singgah di pipi Fika Farisya.
“Adik ingat apa tu,sampai Kak Rissa masuk adik tak
perasan?”soal Fhyka Arissa.
“Adik tengah fikir macam mana nak gerakkan gentera
seterusnya.”jawab Fika Farisya sambil melangkah ke katil.
“Maksud adik?”
“Maksud adik nak buat plan macam mana nak berhadapan dengan suami yang tak nak hadap adik
ini!Boleh ke dia tahan tengok muka adik yang cun ini,”seloroh Fika Farisya sambil
membuat mimik muka yang di rasakan cun dan cantik.
“Eemm… dah ada caranya ke?”
“Kak Rissa jangan risau adik dah siapkan
kelengkapan diingin…”
“Kelengkapan diingin?Maksudnya?”
“Mestilah diingin kalau panas mau adik hitam pasal
terbakar nanti,”ujar Fika sambil ketawa.
“Adikkkkk….”Fyhka Arissa tersenyum,lalu perut
adiknya dicucuk manja.Terjerit Fika Farisya dibuatnya.Akhirnya mereka sama-sama
membalas dan ketawa.
“Adik..,”panggil Fyhka Arissa perlahan.
“Emmm…,”
“Adik ,are
you hiding something from me?”soal Fyhka Arissa.Dia nampak adiknya seperti
berpura-pura ceria.
“Apa soalan yang Kak Rissa keluarkan ini?Adik mana
ada sembunyi apa-apa,”dalih Fika Farisya.
“Fika boleh tipu ayah atau family Zaf,tapi bukan kak Rissa,adik kena ingat yang kita kembar
,apa yang adik rasa kak Rissa rasa.”Suara Fyhka Arissa sedikit tegas.
Fika Farisya mula serba salah,namun perlahan-lahan
dia menari nafas perlahan.
“Adik tak ada sembunyikan apa-apa dari ayah dan
semua orang.Adik cuma nervous aje nak
masuk ke MIFA Holding,tu aje!,”
“Okey,kalau macam itu kak Rissa panggil ayah.Biar
ayah yang cakapkan kat Tok Wan yang adik tak nak bekerja lagi kat MIFA
Holding.”Fyhka Arissa sudah mengengsot ke tepi katil namun elok kakinya mahu
mencecah ke lantai,Fika Farisya bersuara,”sebelum adik berangkat ke UK Mak
Engku ada jumpa adik lagi,Mak Engku kata lepas aje adik balik semula ke sini
dia nak adik tinggal dengan dia dan berkerja sebagai setiausaha Megat Ammar.Pelase..kak Rissa jangan bagitahu
ayah,adik tak nak ayah bertengkar dengan Mak Engku lagi,”pinta Fika Farisya
bersungguh-sungguh menahan Fyhka Arissa.
Fyhka Arissa menghampiri semula adiknya,tangan Fika
Farisya digenggam.
“Tapi kenapa?Perkara ini ayah patut tahu lagipun
buat apa adik berlajar di UK jauh-jauh tapi terpaksa jadi setiusaha Amm.Jadi
sebab ini adik asyik berkurung di dalam bilik,sebab fikirkan macam mana nak
sampaikan pada ayah?Betul kan?”soal Fyhka Arissa inginkan kepastian.
“Bukan…”bangkang Fika Farisya.
“Kalau bukan kenapa adik rahsiakan semua ini dari
kami?Bukan adik dah pernah janji dulu segala yang bersangkut-paut tentang Tok
wan dan Megat Ammar adik mesti bagitahu dengan kita orang bukan di pedam
sendiri,atau kami tak penting buat adik?”
Fika Farisya mengeleng kepalanya.Perlahan-lahan
Fika Farisya merebahkan kepalanya dibahu kakaknya.
“Bukan adik tak mahu bagitahu tapi adik dah letih
tengok pertengkaran yang tak ada penghujungnya ini,sejak dulu sampai sekarang
adik hanya melihat pertengkaran demi petengkaran.Adik penat kak…penat tapi ibu
selalu nasihatkan adik pasti ada hikmah untuk semua ini.Kak Rissa jangan
risau.Rasa okey jugak jawatan yang Mak Engku bagi dekat adik tu boleh segala
pergerakan Tuan Megat kita terbatas.”sempat lagi Fika Farisya berseloroh.
“Adik ini suka tukar topik!”tambah Fhyka Arissa.
“Kak… kalau adik say something kak Rissa jangan marah tau,”
“What..”
“Kak Rissa sekarang ini adik tengok tambah berseri
aje,kak Rissa dah tak sabar erkk…”usik Fika Farisya.
“Dah..dah.. kak Rissa nak masuk tidur kalau di
layan adik ini sampai ke pagi tak akan habis nak mengusik kak Rissa.Good nite..adik,”ujar Fyhka Arissa
bangun dan cepat-cepat melangkah ke pintu.
Fika Farisya hanya memandang kelibat kakaknya yang
keluar dari biliknya.Dia tersenyum melihat kakaknya tak akan tahan dengan
usikan darinya.Selepas kelibat kak Rissa hilang dari pandangan Fika Farisya,dia
terdengar pintu biliknya di ketuk.
“Siapa?Kak Rissa ke?”tanya Fika Farisya sambil
bangun melangkah ke pintu.
“Kak Rissa.. tak paya..”belum habis ayat yang mahu
di sampaikan,pintu bilik sudah di tolak dari luar.Jelas wajah ayahnya kini.
“Ayah,adik…”Pantas Megat Ihsan memotong dan
melangkah masuk ke bilik anaknya.
“Ayah..masuklah.Kenapa ayah tak tidur lagi
ini.”ujar Fika Farisya sambil menarik tangan ayahnya.
“Ayah nak cakap sesuatu dengan adik.”riak wajah
Megat Ihsan serius.
“Boleh apa saja untuk ayah adik cuba jawab.”seloroh
Fika Farisya cuba menuntup debaran di dalam hatinya.
Megat Ihsan sudah duduk di tepi katil anaknya.”Adik
kenapa rahsia perkara ini dari ayah?Adik dah janji walau apa pun perkara adik
akan bagitahu ayah,tapi kenapa adik pedam sendiri?”
“Aya…”Fika Farisya tidak dapat bercakap kerana
tangan Megat Ihsan menyuruh dia diam.Hmm.. dah macam Mak Engku pulak ayah ini
main angkat-angkat tangan.Mana kuah kalau tak tumpah ke nasi,gerutu hati Fika
Farisya.
“Adik ayah nak tegaskan dekat sini yang adik tak
keseorangan lagi adik ada Kak Rissa dan ayah!Atau adik tak dapat maafkan ayah
lagi?”
Fika Farisya mengeleng.”Bukan..bukan macam itu
ayah.Adik tak nak ayah gaduh lagi dengan Mak engku lagi biar lah adik ikut
aturan yang dah mak engku minta lagi pun bukan susah pun jadi setiausaha.Bukan
adik sengaja rahsiakan dari ayah,maaf kalau itu buat ayah terasa.Adik tak
bermaksud nak kecikkan hati ayah atau nak belakangkan ayah.Adik tak nak ayah
gaduh lagi adikkk…”Fika Farisya tidak mampu untuk meneruskan ayatnya,terus menyembamkan
wajahnya ke dada ayahnya,dipeluk erat tubuh Megat Ihsan.Jelas kedengaran
esakkan kecil.
Megat Ihsan turut membalas pelukan anaknya dengan
erat.”Adik jangan risau ayah tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati
anak-anak ayah.Tolong kali ini cuba dengar kata-kata ayah,benarkan ayah membela
nasib adik.Ayah sendiri akan jumpa Tok wan dan berbincang.Tapi ayah nak adik
tahu ayah tak akan benarkan adik untuk tinggal bersama-sama Tok wan,ayah cukup
kenal tok wan kamu.
Jangan buat ayah macam ini lagi nak,jangan bagi
ayah berasa lagi bersalah.Jangan bagi ayah bawak rasa bersalah ayah ni sampai
ke liang lahad.Janji dengan ayah walau apa pun jua masalah, ayah nak adik jangan pedam.Adik ada ayah yang sentiasa di sisi adik sekarang.Ayah
sayang anak-anak ayah.”rayu Megat Ihsan sayu.
Fika Farisya merenggangkan pelukannya.Air mata yang
mengalir dipipi ayahnya diusap sayang.
“Ayah jangan cakap macam itu.Adik minta maaf pasal
rahsiakan perkara ini!Adik janji!Adik janji tak buat ayah macam ini!”ujar Fika
Farisya.
Wajah anak bongsunya dipandang.Air mata yang
menitis di pipi anaknya dilap perlahan.
“Janji yang adik tak rahsiakan apa-apa lagi dari
ayah mahu pun kak Rissa.Adik tak keseorangan nak,adik ada ayah,adik ada kak
Rissa yang penting kita dah bersatu kembali.”
Fika Farisya tidak mampu untuk berkata apa-apa
hanya kepalanya di angguk-angkuk.Terus dia menyembamkan wajahnya ke dada
ayahnya dengan air mata yang mula mengalir kembali.Fyhka Arissa yang tidak jadi
melangkah ke biliknya sejak tadi melihat percakapan ayah dan adiknya turut
melangkah menyertai mereka.Tubuh adiknya dipeluk erat dari belakang.
“Sabar..sabar sayang ayah pasti kita semua akan bersatu
seperti yang diimpikan oleh ibu.Ayah tahu anak-anak ayah kuat..kuat macam
ibu,bisik Megat Ihsan rapat di telinga anaknya.
*****
Megat Ammar masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang serius.Punggungnya dihenyakkan
atas kerusi kulit yang berwarna hitam.Diraup kasar rambutnya.
Berangin betul dia pagi ini.Mana tidaknya
sekembalinya dia dari mesyuarat,Dhia selaku setiausahanya memberitahunya yang
Fika Farisya tidak dapat menyertai mesyuarat kali ini.Bila di minta fail yang
di perlukan untuk mesyuarat pagi tadi tidak berada di bilik Fika
Farisya.Menurut Puteri,Fika Farisya telah membawanya balik semalam.
“Kalau ya pun dah tahu nak datang lambat,janganlah
bawak fail tu balik,kan menyusahkan aku dan orang lain.Tengok sekarang
mesyuarat terpaksa di batalkan gara-gara fail tu!”gerutu Megat Ammar.
Sejak Fika Farisya mula bekerja di MIFA Holding sejak
sebulan lalu.Megat Ammar sering baran ada sahaja perilaku Fika Farisya yang
tidak kena dimatanya.Dalam Megat Ammar marah-marah,pintu biliknya di ketuk.
“Masuk…ada apa Dhia?”soal Megat Ammar pada
setiausahanya yang muncul di muka pintu.
“Maaf Tuan Megat,saya nak cakap yang tadi cik Fika
baru sahaja sampai.Nak saya sampaikan kat Cik Fika yang Tuan Megat nak jumpa
dia?”ujar Dhia pada Megat Ammar.
Megat Ammar tidak menjawab dia sekadar mengangguk
kepalanya tanda ya!
BERSAMBUNG.... ;D
nak lagi..:D
ReplyDeletetapi nk tanya kenapa tempat komen ni ada 2 ye?
arifuka kashirin.....
ReplyDeleteTerima kasih sudi Follow cite ini... tu lah FN tak tahu nak buat kenapa tempat komen dia jadi lagu ini dah cuba padam tapi still tak boleh ....tengah usaha cuba padam..maaf kalo kotak komen ini menganggu Arifuka...insyallah FN cuba padam kotak yg satu lagi... ;) [FIKA NAJWA]
Mengalir habis! Memang sedihlah... sampai hati Amm buat Fika macam tu. Semoga drama ni tak hias masa depan, Nurul.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nurul Qasyira...
ReplyDeleteTerima Kasih sudi lepak kat sini...
InsyaAllah kehidupan Nurul tak macam dalam cite ini (cite ini ceq karang ikut kepala ceq aje..hihi) Semoga Ceria Bak Pelangi ;)
-FikaNajwa-