FOLLOWERS

Thursday, May 30, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 24

OLEH : FIKA NAJWA


Megat Ammar bagaikan tidak percaya apa yang dilihat di hadapan mata.Lima tahun dia tidak bersua dengan pemilik mata coklat hazel milik Fika Farisya, kini dia bertemu di KLIA.Separuh hatinya melonjak kegembiraan separuh lagi masih menafikan yang dia tidak mencintai Fika Farisya.Tidak ….dia tidak boleh kalah dengan renungan itu.Dia mencintai Shahrini tiada perempuan lagi yang boleh mengugat cinta dia dan Shahrini,tapi kenapa kini dia terasa sesuatu di hatinya bila melihat belakang tubuh Fika Farisya berlalu bersama Zafril Zafuan ada rasa cemburu.Dalam dia mengalamun di lihat Fika Farisya sudah jauh meninggalkannya.Megat Ammar memandang kelibat Fika Farisya yang ceria di sisi Zafril hilang dari pandangan matanya.

“Sayang..buat apa you renung perempuan itu?You kenal dia ke?”Shahrini menyoal Megat Ammar,suaranya direnggekkan.

Shahrini seperti kenal dengan wajah itu.Iya.. itu Fika Farisya musuh ketatnya waktu di kampung tapi apa kaitan dengan Megat Ammar?Kenapa Fika memangggil Ammar Tuan Megat?Kenapa Megat Ammar merenung Fika Farisya begitu?Sudah lama dia tidak nampak Fika Farisya sejak kejadian malam dia menyuruh Hakimi memusnahkan hidup Fika Farisya,gagal.Jelas penampilan Fika Farisya sudah berubah dari berpakaian ala-ala lelaki dulu, kini nampak lebih vouge dan feminim .”Perasan cantiklah tu.Dia ingat you akan tergoda kalau dia berubah penampilan macam tu.”gerutu Shahrini sambil mencebikan bibirnya pada Megat Ammar disebelah,lengan Megat Ammar dipeluk kejap.

Cantik dia sekarang.Selepas lima tahun,Megat Ammar akui Fika Farisya makin cantik terutama mata coklat hazel.Rambut yang dulu paras bahu dan makin panjang beralun.Terleka Megat Ammar seketika melihat perubahan diri Fika Farisya.

“Sayang…” Shahrini merasa cemburu,Megat Ammar buat dia seolah-olah tiada disisinya.Di siku lengan Megat Ammar.

“Sayang,dahlah you tak dengar I panggil,lepas tu pandang perempuan perasan cantik tu macam nak tembus je I tengok.You memang kenal dia ke?” sinis nada suara Shahrini sambil dia melangkah berlalu meninggalkan Megat Ammar.

Megat Ammar yang melihat Shahrini mula melangkah pantas menyambar lengan Shahrini menahan dari berlalu.

“Sayang…maaf I bukan pandang perempuan yang I langgar tadi.You jangan salah faham pulak.Dahlah jom kita check inn,nanti lambat pulak you sampai kat Singapura nak buat show.”Megat Ammar memaut pingang ramping Shahrini.Sempat Megat Ammar berpusing melihat ke arah Secret Recipe di mana Fika Farisya masuk bersama Zafril Zafuan.

Tajam jelingan Zafril Zafuan tadi,dia tahu Zafril Zafuan marah pada dirinya,apatah lagi dia cukup tahu bahawa Zafril Zafuan dan Fika Farisya berkawan baik.   

Bagaimana dia nanti nak berhadapan dengan Fika Farisya yang kelihatan tenang walaupun bermacam-macam kata-kata yang menyakiti hati keluar dari mulut Tok Wan dan dirinya.Perlu ke aku ambik tahu pasal dia?Kenapa dengan aku ini?Pedulilah memang dia patut di layan macam itu?Megat Ammar sempat bermonolog di hatinya sambil menolak troli menuju ke pintu balai berlepas.

*****
Megat Ammar tampak letih dan kusut memikirkan perkara yang berlaku di rumah banglo milik Tok Wannya.Kerja gila kalau dia mengikut apa yang sudah di amanatkan oleh arwah mamanya.Tidak, dia tidak akan menurut,dia rela kehilangan harta dari mengikut apa yang di amanatkan untuknya.Dihempas kasar tubuhnya ke sofa hitam yang tersedia di kondonya,malas dia mahu balik ke rumah ketika ini.

“Haaa….baguslah perangai macam ini dah tak nak balik ke rumah Tok Wan.Amm ingat kalau lari macam ini masalah akan selesai?”

Suara Engku Habibah mengejutkan Megat Ammar yang baru hendak melelapkan matanya.Megat Ammar yang mendengar suara Tok Wannya terus bangun.Tangan Tok Wannya disalam penuh hormat.Dia kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Macam mana Tok Wan tahu yang Amm balik ke kondo malam ini?” soal Megat Ammar perlahan.

“Tok Wan kenal cucu Tok Wan.”   
                                                                                  
“Ini Amm,dah makan ke belum?Kalau belum jom kita keluar makan,sambil kita selesaikan perkara tadi.”ujur Engku Habibah.

 “Mama,biarlah Amm tu rehat dulu.Diakan baru sampai banyak yang dia kena fikir.Perkara ini kita boleh bincang di lain hari.”Megat Ilman menegur sikap mamanya.

“Ilman!! Perkara ini memang penting,pasal perkara ini mama cari Ammar sampai ke sini kalau nak harap dia balik ke banglo alamatnya mama menunggu buah yang tak gugurlah.Kamukan tahu perangai anak tunggal kamu ini suka lari dan berdiam diri dari membuat keputusan.”Tegas suara Engku Habibah.

Megat Ammar menarik nafas panjang.

“Nak bincang apa lagi Tok Wan.Amm tak setuju dengan apa yang dibaca oleh Uncle Fuad,takkan Amm nak biar hidup Amm di atur.Ini tidak adil.”jawab Megat Ammar beriak tidak puas hati.

“Tapi Amm jangan lupa satu perkara jika Amm tak ikut apa yang telah dibaca oleh Uncle Fuad tadi,Amm sanggup kehilangan syer  40 peratus  dekat syarikat dan sekaligus kuasa Amm di syarikat akan di kuasai oleh Fika Farisya,anak Lissa yang tiba-tiba muncul dan mendapat seluruh syer yang sepatutnya menjadi milik Amm?Tok Wan tak akan bertolak ansur dalam perkara ini.Kalau Amm betul-betul sayang Tok Wan,Amm kena ikut cakap Tok Wan.” Tegas Engku Habibah.

Megat Ammar terus menekan kepalanya.

“Tok Wan,Amm minta cuba bertolak ansur sikit dalam perkara ini.Perkara ini melibatkan kehidupan yang Amm akan jalani sendiri Tok Wan.Ini melibatkan masa depan Amm.Takkan Tok wan nak Amm kahwin dengan perepuan yang Amm tak cinta.Tok Wan tergamak ke lihat masa depan Amm hancur disebabkan kena kahwin semata-mata nak selamatkan syer syarikat yang 40 peratus.Tak cukup lagi ke apa yang kita ada sekarang ni Tok Wan?Harta boleh di cari.”ujar Megat Ammar perlahan.

Kesian Megat Ilman melihat wajah muram anak tunggalnya.Mamanya memang suka mendesak sampai semua orang akan mengikut kata-katanya.Dipandang mamanya yang merenung tajam ke arah Megat Ammar.

Mama,biarkanlah Amm berfikir dengan tenang tentang wasiat arwah mama dia.Cuba mama bertolak ansur sikit dalam perkara ini,lagipun ini tentang masa depan dia.Sama ada dia terima atau tak nanti itu hak dia mama.Penting sangat ke syer syarikat tu pada mama?

Lagipun,tak cukup lagi ke apa yang kitra dah ada sekarang ni mama?Harta kita tak akan pernah habis.Jadi Man rasa tak payahlah mama desak Amm lagi,biarlah Amm buat keputusan untuk hidup dia.”Megat Ilman cuba menasihati Engku Habibah.

Megat Ilman berharap agar mamanya akan mendengar kata-katanya kali ini.

Engku Habibah merengus.Tidak dia tidak akan membiarkan perkara ini terjadi,tak kira setuju atau tidak setuju Megat Ammar harus mengikut kata-katanya.Dia yakin yang cucunya akan mengikut kehendaknya.

“Keputusan dia ada kat tangan mama,Man.Mama tak kira dia setuju atau tak dia kena jugak kahwin dengan anak Lissa mengikut wasiat yang sudah dibaca tempohari.”

Megat Ilman hendak berkata sesuatu tetapi dipintas mamanya semula.

“Mama nak tengok syarikat itu dikendali oleh Ammar.Lagipun tu syarikat keluarga kita,siapa lagi kalau bukan Ammar yang jadi CEOnya?Bukan Fika,mama tak mahu dia yang memimpin syarikat.Memang sepatutnya jawatan CEO itu disadang Ammar anak kamu,bukan anak Lissa.

Sebab tu mama nak Ammar kahwin dengan Fika.Kiranya harta tu nanti tak jatuh ke tangan orang lain.”panjang lebar Engku Habibah mempertahankan pendiriannya.

“Ma,mama..Hanya kerana syer syarikat mama sanggup paksa Amm demi kepentingan mama sendiri,mama tak fikirkan perasaan Amm ke?Anak-anak Lissa tu bukan orang luar tapi keluarga kita jugak mereka anak-anak Ihsan,mama lupa ke atau sengaja menafikan hak yang satu tu?Man tak faham perangai mama ni.Dari dulu mama memang benci Lissa dan  cucu-cucu mama yang tak pernah mama cuba kenal dari mereka lahir,rasanya mama sanggup bunuh mereka,baru puas hati mamakan?”Sinis suara Megat Ilman.

Engku Habibah memandang tajam ke arah kelancangan anaknya yang jelas-jelas menyindirnya.Megat Ammar yang tidak bersuara dipandang.

“Tok Wan tak kira Amm kena terima segala yang dah di aturkan,keputusan Tok Wan muktamat.Tok Wan bagi Amm masa untuk berfikir selama dua minggu aje dari sekarang.Kalau lepas dari tempoh dua minggu tu Amm masih tak ada jawapan Tok Wan akan buat sesuatu.Ingat jangan kecewakan Tok Wan.

Memang kamu yang akan menjalani hidup bersama anak Lissa tu nanti tapi tak salah kalau kali ini Amm cuba ikut kehendak Tok Wan ini semua Tok Wan lakukan demi kebaikan syarikat keluarga kita jugak.Ingat Tok Wan tak mahu dengar sebarang objection dari Amm.”Keras suara Engku Habibah yang berbaur ugutan.

Megat Ammar terkedu mendengarnya. 

“Sayang…You mengelamun lagi.Air Nescafe dalam cawan you pun dah sejuk.Buat apa you tenung aje air tu,minum pun tidak sejak kita sampai kat sini.You kenapa ada masalah ke?Masih fikir lagi perempuan yang you langgar kat KLIA tu?”Tegur Shahrini yang melihat dari tadi Megat Ammar asyik mengelamun jauh.

Megat Ammar yang masih terigau kata-kata Tok Wannya,kembali ke alam nyata.Dilihat Shahrini sudah memuncungkan bibirnya tanda merajuk.Wajah buah hatinya monyok gara-gara dia mengelamun tadi.

“I nak balik…”ucap Shahrini.Kecewa.Tapi tak jauh dia melangkah lengannya dipaut kemas.Megat Ammar meraih jari-jemarinya dikucup mesra.Shahrini memalingkan muka ke sisi,jari-jemarinya yang berada di dalam genggaman Megat Ammar cuba dileraikan tapi genggaman Megat Ammar sangat erat.

Perlahan kedengaran Megat Ammar menarik nafasnya.Perlahan tangan Megat Ammar sebelah kanan meraih dagu Shahrini.Tangan kiri Megat Ammar masih menggengam tangannya.

 “Rini,look at me…look me dear,please,”pinta Megat Ammar berkali-kali dia tahu Shahrini marah dengannya.Shahrini akur akhirnya mendonggak memandang Megat Ammar.

“I’m sorry,Rini….I’m really sorry.”

Shahrini tidak terkata apa,dia mula cair dengan pujukan Megat Ammar.Walaupun hatinya sakit melihat Megat Ammar yang banyak termenung sejak kejadian terlanggar di KLIA.Dia yakin yang Megat Ammar teringatkan Fika Farisya.Pandangannya masih melekat ke arah renungan lembut Megat Ammar.  

“I know I was wrong now does not care about you.I  promise this will not happen again.Only you in my heart that there is no other. Please forgive me dear.”

Bisikan lembut itu menyapa telinganya,hatinya mula terpujuk.Terasa pinggangnya dipaut.Sekelip mata tubuhnya dipeluk erat oleh Megat Ammar.




BERSAMBUNG ..... ;D

KASIH SI KEMBAR BAB 23


OLEH : FIKA NAJWA


 Wei!! Kau berkhayal aje aku tengok!Kau tengah fikirkan siapa tu?Cik abang tersayang ke?”usik Arnina.

Fika Farisya yang tersentak terus tersenyum memandang sahabatnya yang berada di sebelah.

“Mana ada aku termenung,aku tengok bangunan yang semakin pesat membangun dan kenderaan yang sibuk kat bawah tu.Aku mana ada cik abang lainlah kau tu dah ada orang yang tunggu kat airport nanti.”seloroh Fika Farisya cuba menuntup kenangan lalu yang mengasak fikiran dia sebentar tadi.Dia tidak mahu Arnina tahu apa yang berlaku padanya lima tahun lalu sebelum dia berangkat ke UK.Dia menoleh semula ke tingkap.

Aku masih isteri Megat Ammar lagi ke? Atau sudah bercerai?Soalan yang diaju pada diri sendiri.

“Miss,tight your seat belt,please.This plane will be landing soon.”

Arnina yang melihat Fika Farisya tidak memberi respon pada pramugari terus menyenggol lengan Fika Farisya yang asyik memandang ke luar jendela kapal terbang.Fika Farisya tersentak,dengan pantas Fika meraup wajahnya dalam waktu yang sama jarinya sudah menyeka air mata yang ingin menitis di pipinya.

Arnina nampak Fika Farisya menyeka airmatanya.Tapi kenapa?Ini mesti teringatkan Mak engku!

“Kau okay ke Fika?” soal Arnina.

“Aku okay..” perlahan jawab Fika Farisya tangan sahabatnya di tepuk perlahan.   

Miss,tight your seat belt,please.This plane will be landing soon.” Pramugari bersuara kembali mengulangi ayat yang di keluarkannya tadi.

FIka Farisya yang mendengar suara pramugari yang bermekap agak tebal itu,cepat-cepat dia menarik seat belt lalu mengenakan ke tubuhnya.Matanya sekali lagi ,memandang ke luar tingkap.Dadanya rasa berdebar-debar,tak sabar dia mahu berjumpa ayah,kak Rissa,Pak long Ilman,Zafril,mak Tija dan ayah Hassan.Panggilan Hajar Tijah dan Haji Hassan telah berubah selepas kakaknya rasmi menjadi tunangan anak mereka,tidak lagi memanggil. 

Matanya asyik memandang Arnina dan keluarganya menyambut kepulangan sahabatnya,di perhatikan sekeliling ramai kelibat yang memenuhi KLIA.Beberapa penumpang yang sama menaiki penerbangan yang sama kelihat gembira dijemput sanak saudara dan handai taulan yang sedia menanti.Dia rasa tak sabar hendak memeluk orang-orang yang sayang akan dirinya.Dia berjalan santai.Puas dia mencari dari satu sudut ke satu sudut mengesan kehadiran ahli keluarganya.Namun hampa dia tidak dapat mengesan kehadiran keluarga yang menjemputnya.

Jam di tangan di renung sejenak.Sambil menghela bagasinya,Fika Farisya segera melangkah ke satu arah.Niat hatinya ingin mencari telefon awam untuk membuat panggil kerana telefon bimbitnya ke habisan bateri.Fika Farisya yang sibuk mengesan lokasi telefon awam,tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.Fika Farisya terkejut.Beg sandang yang dibawa tercampak je lantai.Bulat mata Fika Farisya melihat isi dalam begnya bertaburan di merata tempat.Hatinya panas tiba-tiba.Sudah tubuhnya kepenatan...keluarga yang di cari tak dapat di kesan sekarang tiba-tiba ada saja dia dirempuh.

Aduh! Sengal terasa di tubuhnya akibat rempuhan itu.Fika Farisya menongak kepalanya memandang seorang lelaki yang sedang tercegat merenung ke arahnya.Pandangan mata lelaki itu merenung tajam ke wajahnya,membuatkan dia tiba-tiba kelu seribu bahasa.

Melihat pandangan lelaki itu tidak berganjak daripada wajahnya,Fika Farisya menatap tajam  renungan lelaki di hadapannya.Bibirnya diketap.Geram kerana lelaki itu berdiri tegak .Senyap dan kaku!Ingat aku takut dengan renungan dia!

Don’t you think that you should apologize to me? Or you are going to stand upright statuary sandalwood? "sindir Fika Farisya sambil menjeling tajam lelaki gila!

Lelaki itu tidak menjawab.Sebaliknya matanya terus menujah tajam ke arah Fika Farisya.”Kau ini bis…”belum sempat Fika Farisya meneruskan kata-katanya ,lelaki itu di lihat berpaling ke satu arah.Fika Farisya juga turut berpaling.Seorang lelaki yang serderhana berkaca mata hitam melangkah laju ke arah mereka.

“Kau tertinggal ini bro,ini tiket flight dengan boarding pass kau dan umi.Apa-apa hal kau contact aku kat sini,”ujar lelaki yang berkaca mata hitam.Lelaki yang merenungnya tadi menyambut tanpa banyak soal.

“Okay,terima kasih ,jom kita gerak.Kau jangan lupa tengokkan anak-anak dengan rumah tu.Lagi satu kau jangan lupa uruskan tentang majlis amal yang kita dah bincang tempohari.Ingat itu,aku tak mahu umi bising.”Lelaki dihadapannya bersuara.

‘Emm..ada suara rupanya.Aku ingat tadi kau bisu,’detik hati kecil Fika Farisya.Melopong mulut Fika Farisya memandang lelaki yang melanggarnya mula mengatur langkah bersama lelaki yang memberi tiket dan boarding pass.

‘Amboi,buat-buat tak nampak aku pulak!’Fika Farisya melangkah laju ke arah lelaki itu dan menyaingi langkah kedua-dua lelaki itu.Apabila sampai dekat ,Fika Farisya menolak tubuh sasa itu.Reaksi Fika Farisya yang menolak menyebabkan kedua-dua lelaki itu tergamam dengan tindakan Fika Farisya.Terutamanya lelaki yang berpakai kasual berjaket coklat itu.

“Aku tak peduli kau ini dari planet mana,siapa kau,tapi sekurang-kurangnya kau patut respek orang.Kalau kau dah buat salah kau patut minta maaf bukan pergi macam kau tak buat apa-apa yang berlaku tadi,”ucap Fika Farisya tegas.Fika Farisya mahu memberi pengajaran pada lelaki sombong yang ada di hadapannya sekarang ini.Lelaki yang dirasakan biadap memang patut di ajar.

Lelaki berjaket coklat itu memandang temannya yang jelas tercenggang,kemudian mata lelaki itu di alihkan ke wajah Fika Farisya.Lelaki itu tersengih dan tertawa kecil.

Say sorry?For what?” soalnya selamba.

Fika Farisya membeliakkan biji matanya.Amarahnya terasa naik mendadak.Lelaki ini nak cari gaduh dengan dia ke atau nak test penumbuk aku.

Look…kau dah langgar aku dan rosakkan barang-barang aku yang berterabur kau buat.Sekurang-kurangnya kau patut minta maaf  atau tolong aku kutip balik barang-barang aku tu semula.Ini tak,kau main pergi macam tu je.Kau ini memang hati tak berperasaan ke atau kau tak ada mata nak tengok ,bodoh!”

“Oh…Bodoh,I remember that word now.Aku tak buat salah kat kau so kau tak boleh panggil aku bodoh !”jerkah lelaki itu sambil menjegilkan anak matanya di hadapan Fika Farisya.

Fika Farisya tersentak.Bibirnya di ketap.Dadanya terasa berbahang.Dia benar-benar naik angin kali ini.Penumbuk dikepalnya.

So what now? You wanna do what?Nak tumbuk aku?”balas lelaki itu selamba sambil menyuakan wajahnya ke arah Fika Farisya.

Tanpa menunggu lama Fika Farisya mengangkat  penumbuk yang dikepalnya dari tadi di tujukan ke arah mata lelaki itu.

“Bukkk….!!”

“Kau dengar sini baik-baik kalau harap muka kau tu yang handsome,tapi perangai entah apa-apa baik kau tak di lahirkan sebagai orang melayu!Buat malu kaum aje!”jerit Fika Farisya sambil menoleh ke arah lelaki yang berkaca mata hitam.Di lihat lelaki yang berkaca mata hitam itu tersenyum sambil menjongketkan bahunya,mungkin malas mahu masuk campur  tangan kerana lelaki berkaca mata hitam itu tidak tahu hujung pangkal pergaduhan antara Fika Farisya dan temannya. 

Lelaki yang menerima penangan Fika Farisya mengusap perlahan kesan tumbukan Fika Farisya.Lelaki itu memandang temannya sekilas sebelum mengalih pandanan ke arah Fika Farisya,renungan dari lelaki itu tidak sedikit pun mengentarkan Fika Farisya.Lelaki itu perlahan –lahan langkahnya dihela mendekati Fika Farisya.Kini jarak di antara mereka rapat.Mata lelaki itu menjamah wajahnya dengan pandangan tajam.Renungan itu singgah lama di wajah Fika Farisya yang mendiamkan diri sambil mengawasi gerak-geri lelaki di hadapannya.

“Tofan,sudah sampai masa ini.Sudahlah mari kita pergi,”sampuk lelaki bercermin mata itu.Kalau di biarkan alamatnya tertinggal kapal terbanglah umi dan temannnya.

Fika Farisya turut membalas renungan tajam lelaki itu.Dilihat lelaki itu tertawa kecil mula mengatur langkah untuk pergi.

“Bukankah seorang perempuan sepatutnya lebih bersopan santun,berlemah lembut,bukan kasar macam ini.Bercakap tu biarlah orang sedap telinga mendengar.Baru ramai lelaki yang akan terjerat dan terpikat? I like you!”bisik lelaki itu di tepi telinga Fika Farisya.

Fika Farisya mendengus geram,belum jauh lagi lelaki itu melangkah lengan lelaki itu di pulas ke belakang.

“Kau ingat perangai kau ini ada ke yang terjerat dan terpikat dekat kau,kirim salamlah.Aku tak suka lelaki macam kau sombong bodoh macam kau ,apa lagi hati kau tu batu tak ada perasaan mesra alam nak mengaku salah.” bisik Fika Farisya di telinga lelaki itu.Dilepaskan tangan lelaki itu yang jelas merah padam menahan amarah barangkali sebab seorang perempuan melayan lelaki itu dengan tidak sopan.Tatkala lelaki itu meluruskan pandangan,Fika Farisya sudah beredar dan melambai-lambai sambil tertawa kecil melihat lelaki itu terpaku sendirian.

Mulut Fika Farisya kumat kamit menyumpah seranah lelaki tadi.’Gila,kurang di ajar punya lelaki!’Fika Farisya menunduk dan mula menyutip barang-barangnya yang masih bersepah di atas lantai.Tanpa disedari perlakukan Fika Farisya diintai sepasang mata yang dari tadi melihat pertelingkahan tersebut.

Terkejut Fika Farisya apabila menyedari kelibat seorang perempuan berusia yang tunduk sama membantu mengutip barang-barangnya.Fika Farisya menoleh.Perempuan tua itu tersenyum memandangnya.
“Maafkan anak umi tadi.Dia tak sengaja.Lagipun dia ada urusan penting,takut terlepas flight,”ucap perempuan tua yang membahasakan dirinya umi.  

Fika Farisya diam.Dia merenung perempuan tua yang ada di hadapannya ini.Wajah itu tak putus-putus tersenyum.Bukan macam lelaki tadi masam mencuka macam tak padan nak jadi anak makcik ini.

“Tak apalah makcik.Lagipun saya dah nasihatkan dia sedikit.”jawab Fika Farisya sambil tersenyum.

“Maafkan sekali lagi anak umi itu,dia memang macam tu.Tapi hati dia sebenarnya baik.”

‘Uikss..macam itu makcik ini kata anak dia baik?’desis hati Fika Farisya.Terasa lucu pun ada,jelas-jelas anak makcik ini memang sombong dan tak ada perasaan.Tertawa Fika Farisya di dalam hati.

“Anak jangan salah faham.Anak makcik memang baik,itu sebab urgent appointment dia tergesa-gesa sikit.Lagipun umi dengan dia memang terlambat nak check in.Harap anak boleh maafkan anak umi,”ujar perempuan tua.

“Tak ada apa-apa makcik saya faham,makcik tak payah risau saya dah maafkan anak makcik.Tadi makcik kata dah lambat baik makcik menyusul anak makcik ke sana.”

“ Emm…nama umi Hasnah.Nama anak pulak?” perempuan tua menyoal Fika Farisya sambil menghulurkan tamgannya.Fika Farisya ragu-ragu mahu menyambut huluran tangan perempuan tua di hadapannya.Di lihat wajah perempuan tua tu ikhlas ,dia tidak sampai hati membirakan perempuan tua itu ternanti-nanti.

Fika Farisya menyambut huluran perempuan tua tu.Di cium tangan perempuan tua itu.

“Nama saya Fika Farisya ,”jawab Fika Farisya dengan sopan dan lembut.

“Okay…Fika umi gerak dulu,ini card name umi.Kalau Fika nak datang just concant umi,insyallah umi tunggu Fika.Assalamualaikum.”

“Insyallah.Terima kasih makcik sudi pelawa Fika datang ke rumah.Waalaikumusalam.”jawab Fika Farisya perlahan sambil memerhatikan kelibat perempuan tua yang di panggil makcik.Berat mulutnya mahu menyebut umi,walaupun perempuan tua tu membahasakan dirinya ‘umi’.

Umi lelaki itu memang baik,tak seperti anak dia.Berlagak,sombong tak bertempat.Mengenang semula sikap lelaki itu tiba-tiba hatinya menjadi panas semula.Sudahlah melanggar orang,tak mahu pulak mengaku kesilapan sendiri ada hati nak nasihat aku minta lemah lembut pula! Agaknya dia selalu buat salah tapi nak minta maaf berat mulut nak ucapkan,mungkin ada emas kot sampai berat nak mengaku salah sendiri.Rungut Fika Farisya sambil berjalan mencari public phone.

***
“Assalamualaikum…Kak Rissa ini adik.Kak Rissa tunggu dekat mana? Adik dah sampai ini.” 

“Waalaikumusalam,apa adik dah sampai erkk kata tadi flight lambat sampai kat kita orang.Ini kami on the way ke KLIA adik tunggu je kami kat sana.Jangan pergi mana-mana pulak kang susah kak Rissa dengan ayah cari kamu,”ujar Fhyka Arissa mengingatkan adiknya.Bukan boleh percaya Fika Farisya ini,suka buat keputusan ikut kepala dia je.

“Siap..Puan Zafril,”sakat Fika Farisya.

“Adikkkkk…..!!”

“Kak Rissa duit adik tak banyak ini ok adik tunggu akak kat Secret Recipe.Perut adik ini lapar minta makan moist chocolate cake.”

“Ingat….janga….” belum sempat Fhyka Arissa mengingatkan adiknya talian telefon terputus.Fhyka Arissa tersenyum sendirian.

Zafril Zafuan yang melihat tunangnya tersenyum memandang sekilas ke arah Fhyka Arissa.Dia tahu Arissa adalah orang yang paling gembira bila tahu adiknya akan pulang ke rumah.

“Amboiii…sayang I ini tersenyum sendiri nampak?Ada apa-apa yang nak share dengan I ?”Zafril memandang sekilas.

“Tak adalah,tadi adik I telefon guna telefom awam,katanya dia dah sampai dia kata lagi cari dia kat Secret Recipe nanti.”ujar Fhyka Arissa. 

Fika Farisya berjalan melangkah menuju ke Secret Recipe sambil mengemaskan isi beg sandangnya.Tiba-tiba sekali lagi tubuhnya dilanggar lagi sekali.Gara-gara dia berjalan sambil mengemas isi beg sandangnya.

“Buk..adoi..”tercampak semula beg sandangnya.Dalam waktu yang sama Fika Farisya sudah melanggar troli di hadapannya.Tepat mengenai perut Fika Farisya.

Fika Farisya terpusing dibuatnya.Nasib baik ada tangan yang sempat menarik lengannya.Jika tidak,pasti dia sudah tersembam di atas lantai.Dengan lengan  yang masih lagi dipaut erat,Fika Farisya membongkokkan badannya menahan senak di perut.

“Ya Allah!Sakitnya perut aku ini.”bisik Fika Farisya perlahan.Apa malanglah nasib aku hari ini.Asyik kena langgar aje aku ini dari tadi,keluh Fika Farisya di dalam hati. 

Apabila matanya dialihkan,seorang lelaki sedang tercegat merenung ke arahnya.Dia tergamam.Padangan lelaki itu melekat tepat ke wajahnya,membuat lidahnya kelu seribu bahasa.Hilang sudah rasa marah bila melihat lelaki di hadapannya kini.

Are you okay?” lelaki di hadapannya bersuara.Tidak kenal ke lelaki ini padanya lagi?Tak mungkin lelaki ini tak kenal.

Fika Farisya mengetap bibirnya kerana senak di perutnya.Dia menarik nafasnya dalam-dalm dan perlahan-lahan dia meluruskan badannnya.Wajah yang selalu tersemat diingatannya.Sudah 5 tahun dia tidak mendengar sebarang berita dari sesiapa tentang lelaki itu.Fika Farisya kelu.Lengannya masih tidak dilepaskan.Makin kejap di rasakan,bagai lelaki ini melepaskan rindu.Tapi tak mungkin lelaki ini merindui dia siang dan malam,dia pasti tentang itu.Setiap bait kata-kata lelaki ini sentiasa berlegar-legar di fikiran.

Dalam hati Fika Farisya merungut kenapa dia menanggalkan cermin mata hitamnya tadi.Kalau tak pasti dia tidak seperti sekarang kelihatan kaku dan terkejut.Dalam menahan sakit sempat mata Fika Farisya melihat lelaki di hadapannya kini ketara badan lelaki itu semakin sasa berbanding dulu,penampilan pulak tambah bergaya.nampak seperti businessman yang berjaya.Bahagia ke dia hidup tanpa aku?Ehhh…buat apa aku nak semakkan fikiran aku dengan penampilan dia sekarang, dari dulu lagi lelaki ini mahukan perpisahan.Mestilah dia bahagia.

Are you okay?” lelaki di hadapannya mengulangi soalan yang Fika Farisya biar sepi tadi. 

“Sorry,I tak sengaja,”mendatar sahaja suara lelaki itu.

Fika Farisya meraup wajahnya di terleka merenung wajah lelaki itu.Dia menguak anak rambutnnya yang mula mencucuk mata,pantas dia mengawal raut wajahnya biar tampak tenang dan bersahaja.

“Saya okey.Tuan Megat tak salah,saya yang salah langgar troli Tuan Megat.”jawab Fika Farisya,sengaja dia menekankan nama ‘Tuan Megat’ pada Megat Ammar.

Megat Ammar terkejut melihat Fika Farisya,nampaknya Fika mengotakan janjinya untuk memanggilnya Tuan Megat seperti yang di minta sebelum kini entah kenapa bila Fika Farisya masih memanggilnya seperti tu terasa ada perasaan sedih di dalam hatinya.Perubahan yang ketara nampak di depannya kini rambut Fika Farisya kini panjang,wajah dan penampilannya seperti seorang model.Renungan mata Fika Farisya masih bisa membuatnya berdebar-debar bila dia menatap mata yang berwarna coklat hazel itu.Ketika ini dirasakan,mahu memeluk tubuh wanita yang di bencinya,dia tak tahu kenapa perasaannya dan fikiran dia tak sama bila berhadapan di depan Fika Farisya.

Ego yang di tanamnya masih di banggakan dan berjaya di tahan sampai sekarang.Dia tidak boleh mengalah.Dia tidak cintakan Fika Farisya.

“Fika,kau pergi mana?Kata kau tunggu kat Secret Recipe” Tanya Zafril Zafuan yang mencari Fika Farisya sebaik sampai di KLIA.

“Nie,ada je aku tak sempat nak pergi makan.Aku terlanggar troli milik Tuan Megat.”jawab Fika selamba.

“Jom Zaf..”sebaik sahaja Fika Farisya ingin mengatur langkah,dia baru tersedar yang lengannnya masih dipaut erat oleh Megat Ammar.

“Maaf..please lepaskan lengan saya..”Fika Farisya menunjukkan lengannya.

Megat Ammar baru tersedar yang dia agak lama memaut lengan Fika Farisya atau lebih tepat ‘isterinya’.Pantas dia melepaskan lengan Fika Farisya dengan perasaan bercampur baur waktu ini.


BERSAMBUNG... ;D