OLEH : FIKA NAJWA
Wei!! Kau berkhayal aje aku tengok!Kau tengah fikirkan siapa tu?Cik abang
tersayang ke?”usik Arnina.
Fika Farisya yang tersentak terus tersenyum memandang
sahabatnya yang berada di sebelah.
“Mana ada aku termenung,aku tengok bangunan yang
semakin pesat membangun dan kenderaan yang sibuk kat bawah tu.Aku mana ada cik
abang lainlah kau tu dah ada orang yang tunggu kat airport nanti.”seloroh Fika Farisya cuba menuntup kenangan lalu
yang mengasak fikiran dia sebentar tadi.Dia tidak mahu Arnina tahu apa yang
berlaku padanya lima tahun lalu sebelum dia berangkat ke UK.Dia menoleh semula
ke tingkap.
Aku masih isteri Megat Ammar lagi ke? Atau sudah
bercerai?Soalan yang diaju pada diri sendiri.
“Miss,tight
your seat belt,please.This plane will be landing soon.”
Arnina yang melihat Fika Farisya tidak memberi respon pada pramugari terus menyenggol
lengan Fika Farisya yang asyik memandang ke luar jendela kapal terbang.Fika
Farisya tersentak,dengan pantas Fika meraup wajahnya dalam waktu yang sama
jarinya sudah menyeka air mata yang ingin menitis di pipinya.
Arnina nampak Fika Farisya menyeka airmatanya.Tapi
kenapa?Ini mesti teringatkan Mak engku!
“Kau okay ke Fika?” soal Arnina.
“Aku okay..” perlahan jawab Fika Farisya tangan
sahabatnya di tepuk perlahan.
“Miss,tight
your seat belt,please.This plane will be landing soon.” Pramugari bersuara
kembali mengulangi ayat yang di keluarkannya tadi.
FIka Farisya yang mendengar suara pramugari yang
bermekap agak tebal itu,cepat-cepat dia menarik seat belt lalu mengenakan ke tubuhnya.Matanya sekali lagi
,memandang ke luar tingkap.Dadanya rasa berdebar-debar,tak sabar dia mahu
berjumpa ayah,kak Rissa,Pak long Ilman,Zafril,mak Tija dan ayah
Hassan.Panggilan Hajar Tijah dan Haji Hassan telah berubah selepas kakaknya
rasmi menjadi tunangan anak mereka,tidak lagi memanggil.
Matanya asyik memandang Arnina dan keluarganya
menyambut kepulangan sahabatnya,di perhatikan sekeliling ramai kelibat yang
memenuhi KLIA.Beberapa penumpang yang sama menaiki penerbangan yang sama
kelihat gembira dijemput sanak saudara dan handai taulan yang sedia menanti.Dia
rasa tak sabar hendak memeluk orang-orang yang sayang akan dirinya.Dia berjalan
santai.Puas dia mencari dari satu sudut ke satu sudut mengesan kehadiran ahli
keluarganya.Namun hampa dia tidak dapat mengesan kehadiran keluarga yang
menjemputnya.
Jam di tangan di renung sejenak.Sambil menghela
bagasinya,Fika Farisya segera melangkah ke satu arah.Niat hatinya ingin mencari
telefon awam untuk membuat panggil kerana telefon bimbitnya ke habisan
bateri.Fika Farisya yang sibuk mengesan lokasi telefon awam,tiba-tiba bahunya
dilanggar seseorang.Fika Farisya terkejut.Beg sandang yang dibawa tercampak je
lantai.Bulat mata Fika Farisya melihat isi dalam begnya bertaburan di merata
tempat.Hatinya panas tiba-tiba.Sudah tubuhnya kepenatan...keluarga yang di cari
tak dapat di kesan sekarang tiba-tiba ada saja dia dirempuh.
Aduh! Sengal terasa di tubuhnya akibat rempuhan
itu.Fika Farisya menongak kepalanya memandang seorang lelaki yang sedang
tercegat merenung ke arahnya.Pandangan mata lelaki itu merenung tajam ke
wajahnya,membuatkan dia tiba-tiba kelu seribu bahasa.
Melihat pandangan lelaki itu tidak berganjak
daripada wajahnya,Fika Farisya menatap tajam
renungan lelaki di hadapannya.Bibirnya diketap.Geram kerana lelaki itu
berdiri tegak .Senyap dan kaku!Ingat aku takut dengan renungan dia!
“Don’t you
think that you should apologize to me? Or you are going to stand
upright statuary sandalwood? "sindir Fika Farisya sambil menjeling tajam lelaki
gila!
Lelaki itu tidak menjawab.Sebaliknya matanya terus
menujah tajam ke arah Fika Farisya.”Kau ini bis…”belum sempat Fika Farisya
meneruskan kata-katanya ,lelaki itu di lihat berpaling ke satu arah.Fika
Farisya juga turut berpaling.Seorang lelaki yang serderhana berkaca mata hitam
melangkah laju ke arah mereka.
“Kau tertinggal ini bro,ini tiket flight dengan boarding pass kau dan umi.Apa-apa hal kau contact aku kat sini,”ujar lelaki yang berkaca mata hitam.Lelaki
yang merenungnya tadi menyambut tanpa banyak soal.
“Okay,terima kasih ,jom kita gerak.Kau jangan lupa
tengokkan anak-anak dengan rumah tu.Lagi satu kau jangan lupa uruskan tentang
majlis amal yang kita dah bincang tempohari.Ingat itu,aku tak mahu umi
bising.”Lelaki dihadapannya bersuara.
‘Emm..ada suara rupanya.Aku ingat tadi kau bisu,’detik
hati kecil Fika Farisya.Melopong mulut Fika Farisya memandang lelaki yang
melanggarnya mula mengatur langkah bersama lelaki yang memberi tiket dan boarding pass.
‘Amboi,buat-buat tak nampak aku pulak!’Fika Farisya
melangkah laju ke arah lelaki itu dan menyaingi langkah kedua-dua lelaki
itu.Apabila sampai dekat ,Fika Farisya menolak tubuh sasa itu.Reaksi Fika
Farisya yang menolak menyebabkan kedua-dua lelaki itu tergamam dengan tindakan
Fika Farisya.Terutamanya lelaki yang berpakai kasual berjaket coklat itu.
“Aku tak peduli kau ini dari planet mana,siapa
kau,tapi sekurang-kurangnya kau patut respek orang.Kalau kau dah buat salah kau
patut minta maaf bukan pergi macam kau tak buat apa-apa yang berlaku tadi,”ucap
Fika Farisya tegas.Fika Farisya mahu memberi pengajaran pada lelaki sombong
yang ada di hadapannya sekarang ini.Lelaki yang dirasakan biadap memang patut
di ajar.
Lelaki berjaket coklat itu memandang temannya yang
jelas tercenggang,kemudian mata lelaki itu di alihkan ke wajah Fika
Farisya.Lelaki itu tersengih dan tertawa kecil.
“Say sorry?For what?” soalnya selamba.
Fika Farisya membeliakkan biji matanya.Amarahnya
terasa naik mendadak.Lelaki ini nak cari gaduh dengan dia ke atau nak test penumbuk aku.
“Look…kau
dah langgar aku dan rosakkan barang-barang aku yang berterabur kau
buat.Sekurang-kurangnya kau patut minta maaf
atau tolong aku kutip balik barang-barang aku tu semula.Ini tak,kau main
pergi macam tu je.Kau ini memang hati tak berperasaan ke atau kau tak ada mata
nak tengok ,bodoh!”
“Oh…Bodoh,I
remember that word now.Aku tak buat salah kat kau so kau tak boleh panggil aku bodoh !”jerkah lelaki itu sambil
menjegilkan anak matanya di hadapan Fika Farisya.
Fika Farisya tersentak.Bibirnya di ketap.Dadanya
terasa berbahang.Dia benar-benar naik angin kali ini.Penumbuk dikepalnya.
“So what now? You wanna do what?Nak tumbuk aku?”balas lelaki itu selamba sambil menyuakan
wajahnya ke arah Fika Farisya.
Tanpa menunggu lama Fika Farisya mengangkat penumbuk yang dikepalnya dari tadi di tujukan
ke arah mata lelaki itu.
“Bukkk….!!”
“Kau dengar sini baik-baik kalau harap muka kau tu
yang handsome,tapi perangai entah
apa-apa baik kau tak di lahirkan sebagai orang melayu!Buat malu kaum aje!”jerit
Fika Farisya sambil menoleh ke arah lelaki yang berkaca mata hitam.Di lihat
lelaki yang berkaca mata hitam itu tersenyum sambil menjongketkan
bahunya,mungkin malas mahu masuk campur
tangan kerana lelaki berkaca mata hitam itu tidak tahu hujung pangkal pergaduhan
antara Fika Farisya dan temannya.
Lelaki yang menerima penangan Fika Farisya mengusap
perlahan kesan tumbukan Fika Farisya.Lelaki itu memandang temannya sekilas
sebelum mengalih pandanan ke arah Fika Farisya,renungan dari lelaki itu tidak
sedikit pun mengentarkan Fika Farisya.Lelaki itu perlahan –lahan langkahnya
dihela mendekati Fika Farisya.Kini jarak di antara mereka rapat.Mata lelaki itu
menjamah wajahnya dengan pandangan tajam.Renungan itu singgah lama di wajah
Fika Farisya yang mendiamkan diri sambil mengawasi gerak-geri lelaki di
hadapannya.
“Tofan,sudah sampai masa ini.Sudahlah mari kita
pergi,”sampuk lelaki bercermin mata itu.Kalau di biarkan alamatnya tertinggal kapal
terbanglah umi dan temannnya.
Fika Farisya turut membalas renungan tajam lelaki
itu.Dilihat lelaki itu tertawa kecil mula mengatur langkah untuk pergi.
“Bukankah seorang perempuan sepatutnya lebih
bersopan santun,berlemah lembut,bukan kasar macam ini.Bercakap tu biarlah orang
sedap telinga mendengar.Baru ramai lelaki yang akan terjerat dan terpikat? I like you!”bisik lelaki itu di tepi
telinga Fika Farisya.
Fika Farisya mendengus geram,belum jauh lagi lelaki
itu melangkah lengan lelaki itu di pulas ke belakang.
“Kau ingat perangai kau ini ada ke yang terjerat dan
terpikat dekat kau,kirim salamlah.Aku tak suka lelaki macam kau sombong bodoh
macam kau ,apa lagi hati kau tu batu tak ada perasaan mesra alam nak mengaku
salah.” bisik Fika Farisya di telinga lelaki itu.Dilepaskan tangan lelaki itu
yang jelas merah padam menahan amarah barangkali sebab seorang perempuan
melayan lelaki itu dengan tidak sopan.Tatkala lelaki itu meluruskan
pandangan,Fika Farisya sudah beredar dan melambai-lambai sambil tertawa kecil
melihat lelaki itu terpaku sendirian.
Mulut Fika Farisya kumat kamit menyumpah seranah
lelaki tadi.’Gila,kurang di ajar punya lelaki!’Fika Farisya menunduk dan mula
menyutip barang-barangnya yang masih bersepah di atas lantai.Tanpa disedari
perlakukan Fika Farisya diintai sepasang mata yang dari tadi melihat
pertelingkahan tersebut.
Terkejut Fika Farisya apabila menyedari kelibat
seorang perempuan berusia yang tunduk sama membantu mengutip
barang-barangnya.Fika Farisya menoleh.Perempuan tua itu tersenyum memandangnya.
“Maafkan anak umi tadi.Dia tak sengaja.Lagipun dia
ada urusan penting,takut terlepas flight,”ucap
perempuan tua yang membahasakan dirinya umi.
Fika Farisya diam.Dia merenung perempuan tua yang
ada di hadapannya ini.Wajah itu tak putus-putus tersenyum.Bukan macam lelaki
tadi masam mencuka macam tak padan nak jadi anak makcik ini.
“Tak apalah makcik.Lagipun saya dah nasihatkan dia
sedikit.”jawab Fika Farisya sambil tersenyum.
“Maafkan sekali lagi anak umi itu,dia memang macam
tu.Tapi hati dia sebenarnya baik.”
‘Uikss..macam itu makcik ini kata anak dia
baik?’desis hati Fika Farisya.Terasa lucu pun ada,jelas-jelas anak makcik ini
memang sombong dan tak ada perasaan.Tertawa Fika Farisya di dalam hati.
“Anak jangan salah faham.Anak makcik memang
baik,itu sebab urgent appointment dia
tergesa-gesa sikit.Lagipun umi dengan dia memang terlambat nak check in.Harap anak boleh maafkan anak
umi,”ujar perempuan tua.
“Tak ada apa-apa makcik saya faham,makcik tak payah
risau saya dah maafkan anak makcik.Tadi makcik kata dah lambat baik makcik
menyusul anak makcik ke sana.”
“ Emm…nama umi Hasnah.Nama anak pulak?” perempuan
tua menyoal Fika Farisya sambil menghulurkan tamgannya.Fika Farisya ragu-ragu
mahu menyambut huluran tangan perempuan tua di hadapannya.Di lihat wajah
perempuan tua tu ikhlas ,dia tidak sampai hati membirakan perempuan tua itu
ternanti-nanti.
Fika Farisya menyambut huluran perempuan tua tu.Di cium
tangan perempuan tua itu.
“Nama saya Fika Farisya ,”jawab Fika Farisya dengan
sopan dan lembut.
“Okay…Fika umi gerak dulu,ini card name umi.Kalau Fika nak datang just concant umi,insyallah umi tunggu Fika.Assalamualaikum.”
“Insyallah.Terima kasih makcik sudi pelawa Fika
datang ke rumah.Waalaikumusalam.”jawab Fika Farisya perlahan sambil
memerhatikan kelibat perempuan tua yang di panggil makcik.Berat mulutnya mahu menyebut
umi,walaupun perempuan tua tu membahasakan dirinya ‘umi’.
Umi lelaki itu memang baik,tak seperti anak
dia.Berlagak,sombong tak bertempat.Mengenang semula sikap lelaki itu tiba-tiba
hatinya menjadi panas semula.Sudahlah melanggar orang,tak mahu pulak mengaku
kesilapan sendiri ada hati nak nasihat aku minta lemah lembut pula! Agaknya dia
selalu buat salah tapi nak minta maaf berat mulut nak ucapkan,mungkin ada emas
kot sampai berat nak mengaku salah sendiri.Rungut Fika Farisya sambil berjalan mencari
public phone.
***
“Assalamualaikum…Kak Rissa ini adik.Kak Rissa
tunggu dekat mana? Adik dah sampai ini.”
“Waalaikumusalam,apa adik dah sampai erkk kata tadi
flight lambat sampai kat kita
orang.Ini kami on the way ke KLIA
adik tunggu je kami kat sana.Jangan pergi mana-mana pulak kang susah kak Rissa
dengan ayah cari kamu,”ujar Fhyka Arissa mengingatkan adiknya.Bukan boleh
percaya Fika Farisya ini,suka buat keputusan ikut kepala dia je.
“Siap..Puan Zafril,”sakat Fika Farisya.
“Adikkkkk…..!!”
“Kak Rissa duit adik tak banyak ini ok adik tunggu
akak kat Secret Recipe.Perut adik ini lapar minta makan moist chocolate cake.”
“Ingat….janga….” belum sempat Fhyka Arissa
mengingatkan adiknya talian telefon terputus.Fhyka Arissa tersenyum sendirian.
Zafril Zafuan yang melihat tunangnya tersenyum
memandang sekilas ke arah Fhyka Arissa.Dia tahu Arissa adalah orang yang paling
gembira bila tahu adiknya akan pulang ke rumah.
“Amboiii…sayang
I ini tersenyum sendiri nampak?Ada apa-apa yang nak share dengan I ?”Zafril
memandang sekilas.
“Tak adalah,tadi adik I telefon guna telefom awam,katanya dia dah sampai dia kata lagi
cari dia kat Secret
Recipe nanti.”ujar Fhyka Arissa.
Fika Farisya berjalan melangkah menuju ke Secret Recipe sambil mengemaskan isi beg sandangnya.Tiba-tiba
sekali lagi tubuhnya dilanggar lagi sekali.Gara-gara dia berjalan sambil
mengemas isi beg sandangnya.
“Buk..adoi..”tercampak semula beg sandangnya.Dalam
waktu yang sama Fika Farisya sudah melanggar troli di hadapannya.Tepat mengenai
perut Fika Farisya.
Fika Farisya terpusing dibuatnya.Nasib baik ada
tangan yang sempat menarik lengannya.Jika tidak,pasti dia sudah tersembam di
atas lantai.Dengan lengan yang masih
lagi dipaut erat,Fika Farisya membongkokkan badannya menahan senak di perut.
“Ya Allah!Sakitnya perut aku ini.”bisik Fika
Farisya perlahan.Apa malanglah nasib aku hari ini.Asyik kena langgar aje aku ini
dari tadi,keluh Fika Farisya di dalam hati.
Apabila matanya dialihkan,seorang lelaki sedang
tercegat merenung ke arahnya.Dia tergamam.Padangan lelaki itu melekat tepat ke
wajahnya,membuat lidahnya kelu seribu bahasa.Hilang sudah rasa marah bila
melihat lelaki di hadapannya kini.
“Are you okay?”
lelaki di hadapannya bersuara.Tidak kenal ke lelaki ini padanya lagi?Tak
mungkin lelaki ini tak kenal.
Fika Farisya mengetap bibirnya kerana senak di
perutnya.Dia menarik nafasnya dalam-dalm dan perlahan-lahan dia meluruskan
badannnya.Wajah yang selalu tersemat diingatannya.Sudah 5 tahun dia tidak
mendengar sebarang berita dari sesiapa tentang lelaki itu.Fika Farisya
kelu.Lengannya masih tidak dilepaskan.Makin kejap di rasakan,bagai lelaki ini
melepaskan rindu.Tapi tak mungkin lelaki ini merindui dia siang dan malam,dia
pasti tentang itu.Setiap bait kata-kata lelaki ini sentiasa berlegar-legar di fikiran.
Dalam hati Fika Farisya merungut kenapa dia
menanggalkan cermin mata hitamnya tadi.Kalau tak pasti dia tidak seperti
sekarang kelihatan kaku dan terkejut.Dalam menahan sakit sempat mata Fika
Farisya melihat lelaki di hadapannya kini ketara badan lelaki itu semakin sasa
berbanding dulu,penampilan pulak tambah bergaya.nampak seperti businessman yang berjaya.Bahagia ke dia
hidup tanpa aku?Ehhh…buat apa aku nak semakkan fikiran aku dengan penampilan
dia sekarang, dari dulu lagi lelaki ini mahukan perpisahan.Mestilah dia bahagia.
“Are you okay?”
lelaki di hadapannya mengulangi soalan yang Fika Farisya biar sepi tadi.
“Sorry,I
tak sengaja,”mendatar sahaja suara lelaki itu.
Fika Farisya meraup wajahnya di terleka merenung
wajah lelaki itu.Dia menguak anak rambutnnya yang mula mencucuk mata,pantas dia
mengawal raut wajahnya biar tampak tenang dan bersahaja.
“Saya okey.Tuan Megat tak salah,saya yang salah
langgar troli Tuan Megat.”jawab Fika Farisya,sengaja dia menekankan nama ‘Tuan
Megat’ pada Megat Ammar.
Megat Ammar terkejut melihat Fika Farisya,nampaknya
Fika mengotakan janjinya untuk memanggilnya Tuan Megat seperti yang di minta sebelum
kini entah kenapa bila Fika Farisya masih memanggilnya seperti tu terasa ada perasaan
sedih di dalam hatinya.Perubahan yang ketara nampak di depannya kini rambut
Fika Farisya kini panjang,wajah dan penampilannya seperti seorang
model.Renungan mata Fika Farisya masih bisa membuatnya berdebar-debar bila dia
menatap mata yang berwarna coklat hazel itu.Ketika ini dirasakan,mahu memeluk
tubuh wanita yang di bencinya,dia tak tahu kenapa perasaannya dan fikiran dia
tak sama bila berhadapan di depan Fika Farisya.
Ego yang di tanamnya masih di banggakan dan berjaya
di tahan sampai sekarang.Dia tidak boleh mengalah.Dia tidak cintakan Fika
Farisya.
“Fika,kau pergi mana?Kata kau tunggu kat Secret Recipe” Tanya Zafril Zafuan yang mencari Fika Farisya
sebaik sampai di KLIA.
“Nie,ada je aku tak sempat nak pergi makan.Aku
terlanggar troli milik Tuan Megat.”jawab Fika selamba.
“Jom Zaf..”sebaik sahaja Fika Farisya ingin
mengatur langkah,dia baru tersedar yang lengannnya masih dipaut erat oleh Megat
Ammar.
“Maaf..please
lepaskan lengan saya..”Fika Farisya menunjukkan lengannya.
Megat Ammar baru tersedar yang dia agak lama memaut
lengan Fika Farisya atau lebih tepat ‘isterinya’.Pantas dia melepaskan lengan
Fika Farisya dengan perasaan bercampur baur waktu ini.
BERSAMBUNG... ;D
suka lah pula. kasi "bahan" sama itu tuan megat ok.... hahahaha....
ReplyDeleteTerima kasih Tanpa Nama... mai2 kita bagi hot lagi 'Megat Ammar' wink2 semoga ceria bak pelangi ;)
Deletewahhhh semakin menarik la cite ni...semakin teruja nk membaca...best2...nk sambungan lagi..
ReplyDeleteWahhhhh.... ada Nira Md.Jaffar...
Deleteterima kasih dear setia menunggu dan baca cite tak berapa dari FN nie... semoga ceria bak pelangi.. ;)