FOLLOWERS

Wednesday, June 19, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 27



OLEH : FIKA NAJWA 


Fika Farisya sampai di pejabat hampir jam 10.30 pagi.Dia tahu,dia telah terlewat.Langkah kaki dilajukan untuk cepat sampai ke atas.Rasa terbatas pulak pergerakannya,entah macam mana di boleh pakai baju kurung sekarang patutnya dia pakai seluar slack baru boleh langkah besar-besar.Nafas yang agak megah ditarik dan dihembus.Nasib dia tidak menjadi setiausaha Megat Ammar gara-gara ayahnya,Megat Ihsan mendengar perbualan dia dan kakak malam itu, kalau tak mahu dia tahan mulut laser mamat besi berleter.Langkah Fika Farisya terhenti bila Dhia memanggilnya,dia menoleh ke arah meja setiausaha Megat Ammar sambil tersenyum manis.

“Cik Fika,Tuan Megat nak jumpa.”ujar Dhia.

 Senyuman manis yang diukir tiba-tiba, rasa hambar saja bila mendengar arahan dari Dhia tadi.“Hhmm..Dhia lain kali tak payah bercik-cik dengan saya,panggil Fika je.Terima kasih..”ucap Fika Farisya pada Dhia sambil menyenitkan matanya.

Di MIFA Holding ,hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu perkahwinan Megat Ammar dan dia yang di langsungkan secara rahsia sebelum dia berangkat belajar ke UK.Fika Farisya menguak anak rambutnya yang terjuntai sebelum mengetuk pintu bilik Megat Ammar.

“Masuk,”jelas kedengaran suara Megat Ammar dari dalam.

Fika Farisya melangkah masuk ke dalam bilik Megat Ammar dengan perbagai-bagai persoalan yang timbul di benaknya.Ini mesti pasal aku lambat kot tadi tak pun fasal fail yang aku bawak balik,adoii kena tahan aje lah,desis hatinya.Dia pasti Megat Ammar tidak akan berjumpa dengannya kalau tidak ada perkara penting.Mati aku!

Fika Farisya masih berdiri di tepi kerusi yang di sediakan sambil matanya melirik pada Hakim yang ketika itu duduk di kerusi berhadapan dengan meja Megat Ammar.

“Fika,I dah bincang dengan Megat Ihsan dan Megat Ilman. I dah buat keputusan untuk menyerahkan projek pembinaan di Seremban pada you dan Hakim.Lagi satu you dan Hakim akan berjumpa dengan rakan niaga syarikat kita dari TH Shd .Bhd.You dan Hakim akan menyemak dan menyenaraikan syarikat yang layak untuk mendapat tender itu.”You ada apa-apa untuk diperkatakan?”soal Megat Ammar.

“Urmm.. dari tadi aku berdiri baru sekarang nak tanya pendapat aku,”omel Fika Farisya perlahan dapat masih dapat di dengar oleh Megat Ammar.

“Apa you cakap.I tak berapa dengar!”

“Eerr.. tak ada apa-apa.Okey kalau tak keberatan saya tanya?Kenapa saya yang terlibat bukan ini projek Encik Hakim seorang yang uruskan?”Tenang suara Fika Farisya bertanya.Macam dia tak tahu kenapa mamat besi ini bagi dia uruskan projek dengan si Hakim gatal ini,sebab kerenah rakan niaga yang cerewet lah,rungut Fika Farisya di dalam hati.

“As your boss,I’m of the opinion that you are yes or not competent.”Selamba Megat Ammar menjawab.

“Hmm…okey your are the boss,”ujar Fika Farisya bersahaja.

Kurang asam punya perempuan,aku ingat dia akan marah bila aku cakap macam itu.Gerutu hati Megat Ammar.

Okey,Kim you boleh keluar dan sediakan apa yang patut tentang projek itu.Fika I ada perkara nak bincang dengan you.”

Hakim bangun dan menyenitkan matanya ke arah Fika Farisya.Dia dah lama tertarik untuk berkenalan dengan Fika Farisya sejak gadis itu hadir di pejabat itu.Fika Farisya  menyedari kenyitkan mata dari Hakim ,tapi buat-buat tak nampak,pada Fika Farisya semua lelaki sama aje pantang nampak perempuan cantik mula lah keluar aura ‘Buaya darat’ nak memikat, salah orang kalau dia test market dia dengan aku.Ehh..aku kategori cantik ke?gerutu hati Fika Farisya,jelas di bibirnya terukir senyuman tanpa di suruh.

“Fika…”Megat Ammar bersuara sebaik sahaja melihat Hakim menutup pintu biliknya.

“You are late today.You tahu mesyuarat pagi tadi terpaksa di batalkan sebab fail yang you bawak balik? Are you aware?”soal Megat Ammar sambil memandang wajah Fika Farisya.

“Sedar cukup sedar yang saya lambat hari ini.Kenapa?”jawab Fika Farisya berani.

You tahu tengok jam tak bila you sepatutnya  berada di pejabat?Dan you boleh tanya I kenapa , you sedar tak you dah menyusahkan I dan orang lain gara-gara fail yang you bawak balik tu!”

“Saya rasa tak perlu Tuan Megat nak ingatkan saya tentang jam,saya tahu tengok dan saya akui yang saya memang lambat tadi dan terlupa nak minta Putri jemput fail itu ke rumah tadi pagi.Maaf!”ujar Fika Farisya.

You ingat sikit  you kerja dengan  siapa sekarang dan siapa bos!”Megat Ammar meninggikan suaranya.

“Saya tahu Tuan Megat atasan saya,tapi saya sebagai pekerja sudah minta maaf atas kecuaian saya.Saya rasa selama saya bekerja cuma hari ini sahaja saya cuai sikit.Saya minta maaf. Saya sebagai pekerja dan pemegang syer juga punya hak nak tegur Tuan Megat  kan?”dalih Fika Farisya.

You jangan nak tutup kesalahan you!”

“Laa..bila pulak saya tak mengaku,saya mengaku yang saya lambat hari ini sampai mesyuarat yang patut saya hadiri terpaksa di batalkan gara-gara fail yang di perlukan saya bawak balik.Saya cuma nak ingatkan Tuan Megat jugak harus pandai bezakan time kerja dengan peribadi.Tak perlu saya nak terangkan detail pasal ini,saya rasa Tuan Megat faham,tak perlulah Tuan Megat selalu nak mencari salah dan kesalahan saya.Kalau tak ada apa saya keluar dulu.”Fika Farisya segera keluar dari bilik Megat Ammar kalau lama-lama boleh jadi perang nanti tak pasal-pasal dia buat dosa pulak.Tanpa menghiraukan panggilan dari Megat Ammar Fika Farisya terus keluar dari situ.

“Arghh…”jerit Megat Ammar.Sakit hatinya melihat setiap kata-katanya di sangkal dan jika dia cuba mencari kesalahan Fika Farisya pasti gadis itu mengenakan dia balik.

Fika Farisya berjalan menuju ke biliknya sambil bibirnya mengomel tentang mamat besi.Kalau sehari tak cari gaduh dengan aku memang tak sah betul mamat besi itu ada aje kesalahan aku yang dia nampak tapi kesalahan dia tak nampak pulak…rungut Fika Farisya tanpa sedar dia telah melanggar seseorang,Fika Farisya yang terasa yang dia bakal jatuh menyembah lantai menutup matanya.

“Are you okey?”satu suara menegur Fika Farisya yang sedang menutup matanya.

Kerutan di dahi Fika Farisya jelas di wajahnya.Erk,kenapa aku tak rasa sakit?Patutnya aku dah jatuh ini!bisik hatinya.Dia membuka mata perlahan-lahan.Bulat matanya melihat wajah lelaki yang sedang memeluknya,wajah mereka rapat.Fika Farisya yang tersedar cepat-cepat merungkai pelukan di pinggangnya.

“Aku okey,terima kasih..”ucap Fika Farisya lalu ingin melangkah dari situ tapi di halang oleh lelaki yang menyelamatkannya.

“Well…well I jumpa you dekat sini! The world's smallest,”ujar lelaki di hadapannya. 

“Siapa kau?Aku kenal ke?”soal Fika Farisya.

“You ini memang tak boleh cakap lembut dengan I ke.”ujar lelaki itu.

“Siapa kau aku nak lembut-lembut?Kau ingat aku tak ada kerja ke dari layan kau!”

“Cepat you lupa I! Mari I tolong ingatkan you..”Lelaki itu di lihat melangkah dekat ke arahnya,terundur Fika Farisya ke belakang untuk mengelak dari lelaki itu.

I like you! Stupid, remember that's word, I hit you.”ujar lelaki itu seperti mengingatkan dia dengan seseorang.

“Kauuu…”

“Yup,me why?You miss me?,”seloroh lelaki di hadapannya.

“Tepilah..”di tolak badan sasa itu ke tepi,dan berlalu dari situ.Pening kepalanya kini, kenapalah dia berjumpa lagi dengan lelaki yang tak beradap itu lagi.

Lelaki itu  tersenyum melihat gadis yang di cari-cari rupanya bekerja di MIFA Holding rupanya,dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya berdebar-debar bila berdekatan dengan gadis itu.Lain dari yang lain,ini mesti akibat penumbuk gadis itu sampai dia tidak pernah pun tidak memikirkan gadis itu.

“Tofan..”panggil Megat Ammar yang melihat semua babak yang berlaku sebentar tadi.Hatinya terasa panas saat pinggang Fika Farisya dipaut oleh rakan niaganya.Dia tahu Tofan hanya mahu menyelamatkan Fika Farisya dari jatuh tapi hatinya membahang,tapi cepat-cepat ditepis ke tepi kerana ego.Peduli apa aku dengan perempuan itu nak kena peluk ke nak kena cium bukan masalah aku!

Tofan yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum melihat Megat Ammar mengajaknya masuk ke dalam biliknya.Dia melangkah masuk ke dalam tapi terhenti melihat ada seorang gadis yang sama dengan gadis tadi tapi penampilan gadis ini agak berbeza  gadis yang di selamatkan memakai baju kurung dan mata gadis itu bermata coklat hazel,persoalan yang berlegar-legar di fikirannnya.Gadis yang berada di bilik ini tersenyum manis kepadanya tidak macam tadi masam ,dia yang masih blurr  membalas senyuman gadis yang berada di dalam bilik Megat Ammar.

Megat Ammar yang tahu sahabatnya pasti tertanya-tanya dan pelik,segera memperkenalkan Fyhka Arissa.

“Tofan ini Fyhka Arissa,Rissa ini Tofan rakan niaga kita yang akan berkerjasama dengan kita untuk projek di Seremban yang di uruskan Hakim dan Fika Farisya nanti.”

Fyhka Arissa menyambut huluran tangan Tofan tapi di halang oleh Zafril Zafuan.”Maaf bukan muhrim..”sampuk Zafril Zafuan sambil membalas huluran tangan Tofan.Fyhka Arissa yang melihat hanya mengeleng melihat perbuatan Zafril Zafuan yang cemburu bila ada siapa sahaja yang mahu berkenalan dengannya.

“Okey..”ujar Tofan,tapi matanya masih setia melihat gadis yang bernama Fhyka Arissa yang murah dengan senyuman.Dia berasa pelik kenapa cepat sangat perubahan gadis ini bukan muka gadis ini tadi masam mencuka,sekarang murah pulak dia senyum kat aku.

“Tofan sebelum itu aku nak bagitahu kau yang dekat depan kau sekarang ini Arissa,bukan gadis yang kau langgar tadi.Ini kakak kembar gadis yang kau selamatkan tadi dan disebelahnya tunang Arissa,Zafril Zafuan.”jelas Megat Ammar.

“Oooo… “hanya mulut Tofan sahaja berbentuk O.

Megat Ammar menekan intercom yang berada di mejanya.”Dhia tolong panggil Fika masuk ke bilik saya.”arah Megat Ammar pada setiausahanya.

Fika Farisya yang sedang khusyuk meneliti dokumen yang hendak di bawa sebentar nanti terganggu dengan lampu intercom yang menyala lalu di tekannya,kedengaran suara Putri setiausahanya.

“Maaf menganggu Fika,tadi Dhia kata bos dia nak jumpa kau sekarang.”beritahu Putri.

“Hmmm…mamat besi ini tadi kan aku dah pergi bilik dia,entah apa lagi dia nak,”rugut Fika Farisya perlahan.

“So,macam mana?”soal Putri.

“Okey,aku on the way ke sana,”seloroh Fika Farisya.

“Kau ini ada-ada aje lah.Cepatlah pergi kang melenting pulak bos Dhia tu,”Putri mengingatkan Fika Farisya.Dia senang berkenalan dengan Fika Farisya iaitu atasannya,Fika Farisya tidak seperti atasan lain yang sentiasa menitik beratkan panggil sewaktu berada di office tapi tidak pada Fika Farisya dengan semua staff dia mudah mesra dan di anggap seperti kawan.

Pintu bilik Megat Ammar terkuak dari luar,semua mata yang berada di situ tertumpu padanya kini.”Maaf Tuan Megat ada apa yang boleh saya bantu?”soal Fika Farisya tanpa menghiraukan kehadiran tetamu yang turut berada di bilik itu.Meluat Fika Farisya melihat senyuman lelaki di hadapannya ini.

“Adik,mari sini kak Rissa nak kenalkan dengan rakan niaga kita dari TH Sdh.Bhd.”ujar Fyhka Arissa.

Fika Farisya yang masih berat untuk mahu senyum terpaksa memberi senyum pada tetamu walaupun dia tahu senyuman dia hambar.

“Fika…,”perlahan memperkenalkan dirinya acuh tak acuh sahaja.

“Fika..Fika Farisya,”Tofan menyebutnya perlahan.

“Tak sangka,akhirnya I dapat tahu jugak nama you.Amm kalau you nak tahu,gadis ini yang aku cari itu.Lain dari yang lain.I like it..”ujar Tofan lagi.

Berubah muka Megat Ammar.Jantungnya berdegup laju tiba-tiba.

Zafril Zafuan dan Fyhka Arissa sudah berpandangan sesama sendiri melihat perubahan pada wajah Megat Ammar,bila rakan niaga mereka menyebut I like it pada Fika Farisya. Zafril Zafuan tersenyum sinis.

Padam muka kau.Masih nak nafi yang kau ada hati dengan bini kau.Sekarang kau rasa bini sendiri kena tackle dengan rakan niaga sendiri,aku nak tengok sejauh mana kau boleh lepaskan si Fika ini!Julang tinggi-tinggi ego kau tu Megat Ammar.gerutu Zafril Zafuan

Fika dah buat muka menyampah! Apa hal pulak mamat yang sorang ini nak kena penumbuk aku lagi ini,pasal hari itu tak berapa kuat kot.Sedap mulut dia aje nak ucap sesuatu,dia ingat aku suka bila dia kata ‘like’ perasan hensem lah itu.

“Maaf ,Encik Tofan dah kenal ke dengan adik saya?”tiba-tiba Fyhka Arissa bersuara.

“Tak saya tak kenal adik you,tapi I rasa macam I dah jumpa jodoh I dekat sini sejak I kena penumbuk adik you, I tak boleh lupakan dia sampai sekarang,”balas Tofan selamba.

Megat Ammar yang melihat Tofan cuba memikat isteri mula terasa bahang di dalam hati,tiba-tiba di berasa cemburu melihat tindak tanduk rakan niaganya yang terang-terang minat pada Fika Farisya.

Megat Ammar yang tengah marah dalam diam.Tak kuasa aku!Malas lagipun aku dah ada Shahrini yang jauh lebih cantik dari Fika Farisya.Aku bukan cemburu tapi aku meluat dengan si Fika Farisya yang gatal main jeling-jeling dekat bilik aku ini!Dia tak sedar ke yang dia masih bini aku lagi!Bentak hati Megat Ammar.

Fika Farisya yang perasan wajah Tuan Megat kelihatan merah akibat menaggung marah mungkin barangkali,tidak mahu berlama-lama nanti ada sahaja si mamat besi ini nak kaitakan aku dengan mamat yang perasan maco.Baik aku blah dulu.Hati Fika Farisya berbisik.

“Eerr..kalau tak ada apa lagi Tuan Megat,Encik Tofan saya keluar dulu.Kak Rissa..Zaf aku keluar dulu banyak kerja,”tanpa menunggu jawapan dari Megat Ammar,Fika Farisya terus berpusing keluar dari bilik itu.

Tengok perempuan ini memang nak kena lagi dengan aku.Aku tak bagi izin dia keluar boleh-boleh dia keluar macam itu aje.Alasan banyak kerja konon macam aku tak tahu dia nak elak dari aku,rugut Megat Ammar.

Fika Farisya sibuk menaip di komputer ribanya,Zafril Zafuan yang masuk ke dalam biliknya,dikerling sekilas dan menyambung kerjanya semula tanpa mempedulikan Zafril Zafuan  yang sudah duduk bertentangan dengannya.

“Sibuk ke buat-buat sibuk,”tegur Zafril Zafuan yang bosan menunggu Fika Farisya untuk bersuara.
Fika Farisya berhenti menaip.Dia mengurut-urut tengkuknya sambil menoleh pada sahabatnya.

“Kau tak ada kerja ke,Zaf?Asyik kacau aku aje kau dari tadi,kau tak tahu aku kena handle projek yang kat Seremban dengan si Hakim,mamat besi itu saja nak bagi aku kerja tak boleh tengok aku free sikit ada aje agenda dia,”ujar Fika yang tidak puas hati dengan tindakan Megat Ammar.

“Kau ini lagi tak tahu ke?Atau kau memang tak ada perasaan,yang laki kau cemburu kat kau!,”beritahu Zafril.

“Tak ada masa dia nak cemburu kat aku,”jawab Fika Farisya lagi.

“Tulah kau tak pandang muka dia waktu si Tofan itu kata dia suka kat kau,mahu merah padam aku tengok muka.”

Fika Farisya mendiamkan diri,matanya begitu asyik mengadap komputer ribanya,sambil tangannya kembali menaip.

“Fika,kau dengar tak aku tengah bercakap dengan kau ini.Atau kau pun dah jatuh cinta dengan mamat maco itu,’tebak Zafril Zafuan lagi.

“Kau jangan nak buat cerita,aku sekarang tak ada masa nak layan teori kau yang tak berapa nak betul itu,sekarang baik kau keluar dari bilik aku ini,sebelum aku panggil kak Rissa ambik kau kat sini,”ugut Fika Farisya.

“Amboi,main ugut aku nampak?Yea..yealah aku keluar sekarang tapi kau jangan lupa lunch nanti dengan kami orang.Ingat itu,kau kalau dah buat kerja mahu masa makan terabai,”pesan Zafril Zafuan sambil berlalu keluar dari bilik Fika Farisya.Belum sempat Zafril Zafuan menuntup pintu,langkahnya terhenti.

“Erre.. Zaf aku rasa aku tak dapat lunch dengan kau dan kak Rissa sebab aku nak semak plan ini lagi,esok pagi aku nak pergi ke Seremban ,tengok tapak projek itu”

“Kau pergi dengan siapa nanti?Nak aku hantar ke?soal Zafril Zafuan.

“Tak payah,kau jaga kak Rissa untuk aku aje dah cukup. Rasa aku akan pergi dengan kak Ann kot,”jawab Fika Farisya lagi.

“Hmm..okeylah nanti aku sampai kat darling aku!”jawab Zafril Zafuan selamba dan berlalu keluar dari biliknya.

Laju aje si Zaf ini melangkah tu tak nak aku laser lah tu,memang dah lain betul kau Zafril dah jadi mamat jiwang,berdarling-darling kau dengan kak Rissa erkk…bisik hati Fika Farisya yang senang dengan kebahagian kakak kembarnya.


BERSAMBUNG... ;D
 

8 comments:

  1. nk sambungan lgi...padan muka si megat ammar...si tofan sound direct suka kat fika...hehehe...si megat dh jeles ar tu.. sy tersuka si tofan berbanding dgn si megat ammar..tak tahu nape...mungkin umi tofan kot..hehehehe...tp kan dlm novel mesti hero n heroin kan..hehehe...aduuiii susah la hati sy....mesti watak kedua tak dpt bersama dgn heroin...huhuhu...apa2 pun sy suka novel ni n terus follow....

    ReplyDelete
  2. padan muka ammar. tu la berlagak lagi,kan dah kena bush dgn fika..biar en.Tofan tu ngorat fika and buat ammar jeles bagai nak rak..hehehe.. kak fika,sya nak lagi..:D

    ReplyDelete
  3. Nira Md.Jaffar...
    insyallah nanti FN cuba buat sambungan lagi.... amboii ini suka kat Tofan ke atau kat Umi Tofan... ngee..terima kasih follow cite capuk FN ini..FN pun suka kamu ;)


    arifuka kashirin...
    Insyallah FN cuba sambung kisah Megat Ammar,Fika Farisya dan Tofan... terima kasih Arifuka...sudi follow cite ini ;)


    [FIKA NAJWA]

    ReplyDelete
  4. padam muke ammar..biar puteh mte lps nie topan ngurt fika...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sudi baca cite 'KSK' yang banyak kekurangan...semoga ceria bak pelangi ;D

    ReplyDelete
  6. Bini dah kena ngorat, padam ah muka dia. Nak harapkan Shahrini, bak kata Fika, hidung tak mancung, pipi terserong-serong!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Nurul Qasyira...
    Terima kasih sudi drop komen dan lepak baca 'KSK' yang tak berapa ni... semoga ceria bak pelangi ;)

    ReplyDelete
  8. Harrah's Atlantic City - MapyRO
    Find 전라북도 출장마사지 the best Atlantic 울산광역 출장샵 City casinos and find your perfect spot. 순천 출장안마 Use our 문경 출장마사지 detailed reviews to find the 여수 출장샵 best place to stay and play. With the

    ReplyDelete