Megat Ammar bagaikan tidak percaya apa yang dilihat di hadapan mata.Lima tahun dia
tidak bersua dengan pemilik mata coklat hazel milik Fika Farisya, kini dia
bertemu di KLIA.Separuh hatinya melonjak kegembiraan separuh lagi masih
menafikan yang dia tidak mencintai Fika Farisya.Tidak ….dia tidak boleh kalah
dengan renungan itu.Dia mencintai Shahrini tiada perempuan lagi yang boleh
mengugat cinta dia dan Shahrini,tapi kenapa kini dia terasa sesuatu di hatinya
bila melihat belakang tubuh Fika Farisya berlalu bersama Zafril Zafuan ada rasa
cemburu.Dalam dia mengalamun di lihat Fika Farisya sudah jauh
meninggalkannya.Megat Ammar memandang kelibat Fika Farisya yang ceria di sisi
Zafril hilang dari pandangan matanya.
“Sayang..buat apa you renung perempuan itu?You
kenal dia ke?”Shahrini menyoal Megat Ammar,suaranya direnggekkan.
Shahrini seperti kenal dengan wajah itu.Iya.. itu
Fika Farisya musuh ketatnya waktu di kampung tapi apa kaitan dengan Megat Ammar?Kenapa
Fika memangggil Ammar Tuan Megat?Kenapa Megat Ammar merenung Fika Farisya
begitu?Sudah lama dia tidak nampak Fika Farisya sejak kejadian malam dia
menyuruh Hakimi memusnahkan hidup Fika Farisya,gagal.Jelas penampilan Fika
Farisya sudah berubah dari berpakaian ala-ala lelaki dulu, kini nampak lebih vouge dan feminim .”Perasan cantiklah tu.Dia ingat you akan tergoda kalau dia berubah penampilan macam tu.”gerutu
Shahrini sambil mencebikan bibirnya pada Megat Ammar disebelah,lengan Megat
Ammar dipeluk kejap.
Cantik dia sekarang.Selepas lima tahun,Megat Ammar akui Fika Farisya
makin cantik terutama mata coklat hazel.Rambut yang dulu paras bahu dan makin
panjang beralun.Terleka Megat Ammar seketika melihat perubahan diri Fika
Farisya.
“Sayang…” Shahrini merasa cemburu,Megat Ammar buat dia seolah-olah tiada
disisinya.Di siku lengan Megat Ammar.
“Sayang,dahlah you tak dengar I panggil,lepas tu pandang perempuan
perasan cantik tu macam nak tembus je I
tengok.You memang kenal dia ke?”
sinis nada suara Shahrini sambil dia melangkah berlalu meninggalkan Megat
Ammar.
Megat Ammar yang melihat Shahrini mula melangkah pantas menyambar lengan
Shahrini menahan dari berlalu.
“Sayang…maaf I bukan pandang
perempuan yang I langgar tadi.You jangan salah faham pulak.Dahlah jom
kita check inn,nanti lambat pulak you sampai kat Singapura nak buat show.”Megat Ammar memaut pingang ramping
Shahrini.Sempat Megat Ammar berpusing melihat ke arah Secret Recipe di mana Fika Farisya masuk bersama Zafril Zafuan.
Tajam jelingan Zafril Zafuan tadi,dia tahu Zafril Zafuan marah pada
dirinya,apatah lagi dia cukup tahu bahawa Zafril Zafuan dan Fika Farisya
berkawan baik.
Bagaimana dia nanti nak berhadapan dengan Fika Farisya yang kelihatan
tenang walaupun bermacam-macam kata-kata yang menyakiti hati keluar dari mulut
Tok Wan dan dirinya.Perlu ke aku ambik tahu pasal dia?Kenapa dengan aku
ini?Pedulilah memang dia patut di layan macam itu?Megat Ammar sempat bermonolog
di hatinya sambil menolak troli menuju ke pintu balai berlepas.
*****
Megat
Ammar tampak letih dan kusut
memikirkan perkara yang berlaku di rumah banglo milik Tok Wannya.Kerja gila
kalau dia mengikut apa yang sudah di amanatkan oleh arwah mamanya.Tidak, dia
tidak akan menurut,dia rela kehilangan harta dari mengikut apa yang di amanatkan
untuknya.Dihempas kasar tubuhnya ke sofa hitam yang tersedia di kondonya,malas
dia mahu balik ke rumah ketika ini.
“Haaa….baguslah perangai macam ini dah tak nak
balik ke rumah Tok Wan.Amm ingat kalau lari macam ini masalah akan selesai?”
Suara Engku Habibah mengejutkan Megat Ammar yang
baru hendak melelapkan matanya.Megat Ammar yang mendengar suara Tok Wannya
terus bangun.Tangan Tok Wannya disalam penuh hormat.Dia kembali melabuhkan
punggungnya di atas sofa.
“Macam mana Tok Wan tahu yang Amm balik ke kondo
malam ini?” soal Megat Ammar perlahan.
“Tok Wan kenal cucu Tok Wan.”
“Ini Amm,dah makan ke belum?Kalau belum jom kita
keluar makan,sambil kita selesaikan perkara tadi.”ujur Engku Habibah.
“Mama,biarlah Amm tu rehat dulu.Diakan baru
sampai banyak yang dia kena fikir.Perkara ini kita boleh bincang di lain
hari.”Megat Ilman menegur sikap mamanya.
“Ilman!! Perkara ini memang penting,pasal perkara
ini mama cari Ammar sampai ke sini kalau nak harap dia balik ke banglo
alamatnya mama menunggu buah yang tak gugurlah.Kamukan tahu perangai anak
tunggal kamu ini suka lari dan berdiam diri dari membuat keputusan.”Tegas suara
Engku Habibah.
Megat Ammar menarik nafas panjang.
“Nak bincang apa lagi Tok Wan.Amm tak setuju dengan
apa yang dibaca oleh Uncle Fuad,takkan Amm nak biar hidup Amm di atur.Ini tidak
adil.”jawab Megat Ammar beriak tidak puas hati.
“Tapi Amm jangan lupa satu perkara jika Amm tak
ikut apa yang telah dibaca oleh Uncle Fuad tadi,Amm sanggup kehilangan
syer 40 peratus dekat syarikat dan sekaligus kuasa Amm di
syarikat akan di kuasai oleh Fika Farisya,anak Lissa yang tiba-tiba muncul dan
mendapat seluruh syer yang sepatutnya
menjadi milik Amm?Tok Wan tak akan bertolak ansur dalam perkara ini.Kalau Amm
betul-betul sayang Tok Wan,Amm kena ikut cakap Tok Wan.” Tegas Engku Habibah.
Megat Ammar terus menekan kepalanya.
“Tok Wan,Amm minta cuba bertolak ansur sikit dalam
perkara ini.Perkara ini melibatkan kehidupan yang Amm akan jalani sendiri Tok
Wan.Ini melibatkan masa depan Amm.Takkan Tok wan nak Amm kahwin dengan perepuan
yang Amm tak cinta.Tok Wan tergamak ke lihat masa depan Amm hancur disebabkan
kena kahwin semata-mata nak selamatkan syer
syarikat yang 40 peratus.Tak cukup lagi ke apa yang kita ada sekarang ni Tok
Wan?Harta boleh di cari.”ujar Megat Ammar perlahan.
Kesian Megat Ilman melihat wajah muram anak
tunggalnya.Mamanya memang suka mendesak sampai semua orang akan mengikut
kata-katanya.Dipandang mamanya yang merenung tajam ke arah Megat Ammar.
Mama,biarkanlah Amm berfikir dengan tenang tentang
wasiat arwah mama dia.Cuba mama bertolak ansur sikit dalam perkara ini,lagipun
ini tentang masa depan dia.Sama ada dia terima atau tak nanti itu hak dia
mama.Penting sangat ke syer syarikat tu pada mama?
Lagipun,tak cukup lagi ke apa yang kitra dah ada
sekarang ni mama?Harta kita tak akan pernah habis.Jadi Man rasa tak payahlah
mama desak Amm lagi,biarlah Amm buat keputusan untuk hidup dia.”Megat Ilman
cuba menasihati Engku Habibah.
Megat Ilman berharap agar mamanya akan mendengar
kata-katanya kali ini.
Engku Habibah merengus.Tidak dia tidak akan
membiarkan perkara ini terjadi,tak kira setuju atau tidak setuju Megat Ammar
harus mengikut kata-katanya.Dia yakin yang cucunya akan mengikut kehendaknya.
“Keputusan dia ada kat tangan mama,Man.Mama tak
kira dia setuju atau tak dia kena jugak kahwin dengan anak Lissa mengikut
wasiat yang sudah dibaca tempohari.”
Megat Ilman hendak berkata sesuatu tetapi dipintas
mamanya semula.
“Mama nak tengok syarikat itu dikendali oleh
Ammar.Lagipun tu syarikat keluarga kita,siapa lagi kalau bukan Ammar yang jadi
CEOnya?Bukan Fika,mama tak mahu dia yang memimpin syarikat.Memang sepatutnya
jawatan CEO itu disadang Ammar anak kamu,bukan anak Lissa.
Sebab tu mama nak Ammar kahwin dengan Fika.Kiranya
harta tu nanti tak jatuh ke tangan orang lain.”panjang lebar Engku Habibah
mempertahankan pendiriannya.
“Ma,mama..Hanya kerana syer syarikat mama sanggup paksa Amm demi kepentingan mama
sendiri,mama tak fikirkan perasaan Amm ke?Anak-anak Lissa tu bukan orang luar
tapi keluarga kita jugak mereka anak-anak Ihsan,mama lupa ke atau sengaja
menafikan hak yang satu tu?Man tak faham perangai mama ni.Dari dulu mama memang
benci Lissa dan cucu-cucu mama yang tak
pernah mama cuba kenal dari mereka lahir,rasanya mama sanggup bunuh mereka,baru
puas hati mamakan?”Sinis suara Megat Ilman.
Engku Habibah memandang tajam ke arah kelancangan
anaknya yang jelas-jelas menyindirnya.Megat Ammar yang tidak bersuara
dipandang.
“Tok Wan tak kira Amm kena terima segala yang dah
di aturkan,keputusan Tok Wan muktamat.Tok Wan bagi Amm masa untuk berfikir
selama dua minggu aje dari sekarang.Kalau lepas dari tempoh dua minggu tu Amm
masih tak ada jawapan Tok Wan akan buat sesuatu.Ingat jangan kecewakan Tok Wan.
Memang kamu yang akan menjalani hidup bersama anak
Lissa tu nanti tapi tak salah kalau kali ini Amm cuba ikut kehendak Tok Wan ini
semua Tok Wan lakukan demi kebaikan syarikat keluarga kita jugak.Ingat Tok Wan
tak mahu dengar sebarang objection
dari Amm.”Keras suara Engku Habibah yang berbaur ugutan.
Megat Ammar terkedu mendengarnya.
“Sayang…You
mengelamun lagi.Air Nescafe dalam cawan you
pun dah sejuk.Buat apa you tenung aje
air tu,minum pun tidak sejak kita sampai kat sini.You kenapa ada masalah ke?Masih fikir lagi perempuan yang you langgar kat KLIA tu?”Tegur Shahrini
yang melihat dari tadi Megat Ammar asyik mengelamun jauh.
Megat Ammar yang masih terigau kata-kata Tok
Wannya,kembali ke alam nyata.Dilihat Shahrini sudah memuncungkan bibirnya tanda
merajuk.Wajah buah hatinya monyok gara-gara dia mengelamun tadi.
“I nak balik…”ucap Shahrini.Kecewa.Tapi tak jauh dia
melangkah lengannya dipaut kemas.Megat Ammar meraih jari-jemarinya dikucup
mesra.Shahrini memalingkan muka ke sisi,jari-jemarinya yang berada di dalam
genggaman Megat Ammar cuba dileraikan tapi genggaman Megat Ammar sangat erat.
Perlahan kedengaran Megat Ammar menarik
nafasnya.Perlahan tangan Megat Ammar sebelah kanan meraih dagu Shahrini.Tangan
kiri Megat Ammar masih menggengam tangannya.
“Rini,look at me…look me dear,please,”pinta
Megat Ammar berkali-kali dia tahu Shahrini marah dengannya.Shahrini akur
akhirnya mendonggak memandang Megat Ammar.
“I’m
sorry,Rini….I’m really sorry.”
Shahrini tidak terkata apa,dia mula cair dengan
pujukan Megat Ammar.Walaupun hatinya sakit melihat Megat Ammar yang banyak
termenung sejak kejadian terlanggar di KLIA.Dia yakin yang Megat Ammar
teringatkan Fika Farisya.Pandangannya masih melekat ke arah renungan lembut
Megat Ammar.
“I know I was wrong now does not care about you.I promise
this will not
happen again.Only you in my heart that
there is no other.
Please forgive
me
dear.”
Bisikan lembut itu menyapa telinganya,hatinya mula
terpujuk.Terasa pinggangnya dipaut.Sekelip mata tubuhnya dipeluk erat oleh
Megat Ammar.
BERSAMBUNG ..... ;D
Biaq pi lah Ammar berkawin dgn Syahrini... Mmg padan pun... Tapi pls lah ceraikan si Fika tu dulu... Let Fika find her happiness... She deserves it....
ReplyDeleteSetuju dgn tanpa nama..menyampah dgn megat ammar tu...biar je kahwin dgn syahrini tu....best la kalu ada tofan lelaki yg fika tumbuk tu...sy cm tertarik kat tofan plak berbanding megat ammar...harap2 la si ammar tu ceraikan fika n fika dgn so tofan tu..hehehe..leh tak cik writer?
ReplyDeleteTerima Kasih sudi drop komen .... sabar2 panjang lagi perjalanan Fika,Ammar,Tofan insyallah dalam masa terdekat ada neq N3 untuk pembaca 'KSK'. semoga ceria bak pelangi
ReplyDelete-fika najwa-
entah pape je ammar tu..rasa mcm nak tumbuk + smackdown je dia tu..baik biar fika tu cari org lain drpd ammar tu..buat menyampah je..kak fika,sya nk lagi..:D
ReplyDelete