FOLLOWERS

Thursday, January 9, 2014

KARA PELANGI 5





Di tempat kerja Kara tidak banyak bercakap. Dia tekun tanpa menghiraukan kawan-kawan sekeliling.

“Angi, kenapa dengan kawan baik kau tu?” tegur Gopal. Pelangi hanya menjungkitkan bahunya.

“Kalau awak nak tahu, awak pergi lah tanya sendiri kat Kara, jangan tanya saya, saya tak tahu apa-apa,” jawab Pelangi.

“Nak bercakap dengan Kara? Dari pagi tadi aku tengok muka dia bad mood aje langsung tak ada senyum tuk sehari ini, yang aku pelik bila kita tanya dia hanya angguk atau geleng kepala sahaja!” rungut Gopal.

“ Apa kata kau pergi tanya sendiri dekat Kara,” cadang Intan yang tiba-tiba menyampuk.

“Kalau aku berani tak adalah aku tanya dekat si Pelangi, tak pasal-pasal mengamuk pulak dia kat sini nanti!” kata Gopal.

Hati Kara sakit kerana seorang lelaki yang selama ini dia sayang dan cinta rupa-rupanya hanya berpura-pura menyanyanginya. Kara tahu dia pasti akan menjadi  tumpuan staf-staf di tempat kerja. Mana tidaknya sejak datang pagi tadi sampai sekarang dia hanya menyendiri di tempatnya tidak seperti selalu dia sentiasa tersenyum dan banyak cerita yang akan di sampaikan pada kawan-kawannya.

Fikirannnya masih segar mengingati peristiwa semalam. Tiba-tiba wajah Puan Karina muncul difikirannya. Alangkah indahnya kalau kedukaan dan rasa sakit hatinya ini dapat di kongsi bersama mamanya. 

“Angi beritahu Encik Dylan aku keluar sekejap,” ujar Kara tiba-tiba.

“Awak nak ke mana Kara?” soal Pelangi ingin kepastian.

“ Aku nak jumpa mama.” Jawab Kara sambil melangkah pergi.

Pelangi hanya menggeleng, manakala Gopal dan Intan yang berada di situ terlopong melihat Kara berlalu begitu sahaja ‘time office’ boleh dia blah macam itu aje! Suara  Gopal dan Intan serentak menutur ayat yang sama.

Kara menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan RD Shd,Bhd, dia malas mahu memandu. Ingin rasanya dia cepat sampai ke rumah mamanya. Teksi yanmg bergerak laju di rasakan terlalu perlahan. Rimas dibuatnya, kan elok kalau aku yang memandu cepat sampai! Omel hati Kara.

“Ah, mimipi apa kau datang ke sini Kara?” tegur Puan Karina apabila melihat Kara muncul di depan rumah.

“Kalau datang sini selalu sangat, papa Rashid bukannya suka Kara. Nanti mengamuk pulak dia,” sampuk Zarina kakak tirinya.

Kara tertunduk sayu.

“ Salah ke kalau aku datang ke sini! Puan Karina mama aku jugak atau mama tak suka Kara datang sini?” soal Kara tiba-tiba.

Kara berasa marah mendengar kata-kata dari mulut kakak tirinya. Puan Karina menjeling tajam mendengar suara Kara yang lantang itu, Encik Rashid kebetulan berada di halaman rumah bersuara.

“ Tak salah kalau Kara nak datang ke sini, asal ada adap sopan yang saya tahu tanggungjawab saya hanya pada anak-anak saya dan isteri saya, urusan Kara bukan urusan saya,” ujar Encik Rashid.

Kara memandang wajah mamanya yang merah padam akibat di perli oleh papa tirinya. Aku tak mahu sesuatu yang tak ingin berlaku terhadap mama, bisik hati Kara.

“Hmm.. aku hampir lupa pulak ini bukan rumah aku, maaf Encik Rashid aku tahu tanggungjawab Encik Rashid hanya bersama isteri dan anak Encik Rashid walaupun Puan Karina adalah mama kandung aku. Aku ingat Encik Rashid boleh terima aku sebagai keluarga ini tapi aku silap menganggap Encik Rashid sebagai papa sendiri,” ucap Kara.

Meja yang terhalang di depannya ditolak kasar. Terkejut Puan Karina dengan tindakan Kara dan dia terus melangkah keluar meninggalkan rumah itu.

Sepanjang perjalanan pulang ke RD Sdh . Bhd, Kara menangis mengenangkan untung nasibnya. Sejak kecik lagi dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua orang tuanya.

Sampai sahaja di RD Sdn.Bhd, Kara turun dan nampak kelibat Rashdan yang sedang menantinya di hadapan pintu masuk. Kara segera berlari mendapatkan Rashdan. Rashdan dipeluknya erat tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang di situ. Dia menangis sepuas-puas hatinya dipangkuan Rashdan. Rashdan segera melepaskan pelukan Kara. Lelaki seusia papanya memimpin tangan Kara masuk ke dalam kereta.

Segala kedukaan diluahkan kepada Rashdan. Rashdan memandang sayu anak mata Kara. Kasihan gadis ini. Kalau kedua orang tua Kara mengambil berat akan dirinya tentu cara hidup Kara bukan seperti ini.

Selepas bual panjang, Rashdan menyuruh Kara mengambil cuti setengah hari, dia sendiri akan bercakap dengan Dylan tentang tu nanti.

“Pak Im tolong hantar Kara ke rumahnya,” Rashdan menyuruh pemandunya menghantar Kara pulang ke rumah dia ingin sekali menghantar Kara, tapi dia tidak dapat menemani Kara kerana dia ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan.

Tanpa sedar Rashdan dan Kara ada sepasang mata, tajam merenung ke arah mereka, gatal punya perempuan kalau tak goda laki orang memang tak sah! Orang tua ini satu ada hati nak mengorat anak dara baya anak sendiri! Gerutu hati pemuda itu, penumbuk dikepalnya.


Kara mati akal dan dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia merebahkan badannya di atas kerusi malas. Badannya berasa begitu letih, kepalanya pula terasa pening, seperti migrainnya datang menyerang. 

Kara bangun dan mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja lalu di ambilnya tiga biji pil dan ditelan. Dalam beberapa minit sahaja kepala Kara terasa ringan , dia seperti bermimpi berada di tempat yang cukup tenang yang hanya dia seorang sahaja berada di situ, terasa hanya dirinya sahaja yang berada di alam itu.

“ Kara!” panggil Pelangi sambil mengoyang-goyang kan badan Kara.

Kara yang terasa badannya seperti digocang-goncang membuka mata perlahan-lahan. Berpinar-pinar rasanya. Wajah Pelangi yang bercekak pinggang dipandang dengan kerutan di dahi.

“Kara awak kenapa ini? Awak tahu masa saya balik kerja tadi pintu tak berkunci, macam mana kalau perompak masuk tengok keadaan awak yang tak sedarkan diri ni!” soal Pelangi yang marah. Dia bukan apa dia risau bila melihat Kara yang mengambil remeh soal keselamatan dirinya sendiri. Pelangi duduk berhampiran Kara lalu menuang air sejuk di dalam bekas dan kemudian mengambil kain dan dilapkan ke muka Kara.

“Angi awak dah balik? soal Kara secara tiba-tiba.

Pelangi mengangguk. “Awak tahu sekarang pukul berapa?” soal Pelangi kembali.

Kara mengegeleng. Waktu dia balik dan tertidur tadi baru pukul 2.00 petang.

“Sekarang dah pukul 5.00 pagi!” beritahu Pelangi.

Kara terkejut. Begitu lama dia terlena, mujarab sungguh pil panadol yang ditelannya tadi. Biasanya tidak pernah selama ini dia terlelap. 

“Maaf saya kejutkan awak, saya ingat awak pengsan tadi. Sejak saya balik awak tak bangun-bangun tu yang saya kejutkan awak, awak marah ke?” tanya Pelangi.

Kara menggeleng. Suis lampu dibuka. Kara memandang jam dinding yang sudah menunjukan pukul 5.00 pagi. Betullah cakap Pelangi, ingatkan Pelangi tipu, bisik hati Kara.

Kepalanya tidak rasa sakit lagi. Ringan dan segar. Baik aku lupakan sahaja dia, satu yang pergi sepuluh yang datang. Ada aku kisah, aku ada rupa, baik aku guna wajah cantik aku ini tuk goda lelaki yang kat luar sana lebih baik dari dia,dan dia harus melupakan apa yang berlaku di rumah mamanya tadi sia-sia sahaja dia menagih kasih pada orang yang tidak sudi.

Mulai sekarang tak ada lagi orang yang boleh sekat kebebasan aku. Tak ada lagi orang yang mengawal kehidupan aku. Kara tersenyum. Lupakan sahaja lelaki itu semua lelaki memang sama hanya tahu menhancurkan hati perempuan sahaja, berkali-kali hatinya membisikan kata-kata itu.

“Kara, awak okay ke.Kenapa senyum sorang-sorang?” soal Pelangi mengejutkan Kara dari lamunan.

Kara bangun dan menuju ke meja solek yang terletak di biliknya, di renung cermin yang terbias wajahnya. Matanya menjadi bengkak dan merah. Gara-gara lelaki itu dan mamanya, bertapa bodohnya aku mennagis kerana hal itu, keluh Kara di dalam hati.



Keesokan harinya, seperti biasa Kara melakukan kerja-kerjanya yang tertangguh akibat dia bercuti separuh hari semalam, nasib baik ada Intan yang boleh tolong sedikit sebanyak kerja-kerjanya. Sedang Kara leka membuat kerjanya tiba-tiba dia di tegur dari belakang.

“Rupa cantik tapi sayang perangai tak elok, siapa yang malang dapatkan you, Kara! Masih ingat lagi petaruhan I dengan bos kesayangan you, dia lelaki pun tak ingin ngan you!” perli Encik Riyaaz.

Kara terhenti menaip.” Iya ke wajah aku cantik? Tak perasan pulak selama ini, terima kasih sebab sudi puji aku. Tapi Encik Riyaaz pun apa kurangnya, rupa saja segak bergaya tetapi perangai tak elok, harap tumpang harta Rashdan dan Puan Zita. Encik Riyaaz ingat ada ke perempuan yang sudi dekat?” balas Kara.

Terbeliak mata Riyaaz mendengarnya. Memang Kara seorang sahaja di office ini yang berani melawan cakapnya sedangkan staf-staf lain hanya akur pada arahannya. Tidak berani bertentang mata tetapi bagi Kara tidak.

“ Tapi I lelaki, you tu perempuan , ingat kedudukan kita tak sama, tengok mulut I B.E.Z.A Riyaaz mengeja satu persatu perkataan,” sambung Riyaaz lagi.

“Oh.. Encik Riyaaz tengok mulut aku pulak S.A.M.A tak kira perempuan atau lelaki semuanya sama Cuma yang membezakan mereka hati budi sahaja. Kalau aku memang tak baik, Encik Riyaaz tak payah lah ikut perangai aku, faham!” terang Kara sambil berpaling dan meneruskan kerja menaipnya yang tergendala gara-gara Encik Riyaaz.

Riyaaz mendengus marah. Terdiam. Terkena jugak aku, bisik hatinya.

“Riyaaz come..” sapa Dylan di depan pintu biliknya ,terukir senyuman dibibirnya melihat pertengkaran adiknya dengan setiausahanya. Salah adiknya juga yang pergi kacau si Kara itu buat apa kan dah terdiam di buatnya. 

“Haa.. gelak lah, gelak kau suka tengok aku selalu terkena dengan “minah tu’! marah Riyaaz pada Dylan. Sejak dari tadi dilihat abangnya asyik mengelakkannya.

Sorry..sorry bro kau jugak yang salah, kau pergi kacau setiausaha comel aku tu buat apa? Kau jugak yang terkena?

“Dah lah malas aku nak tengok kau!” marah Riyaaz sambil berlalu pergi.

“Errkk… marah kat aku pulak.” usik Dylan.



Ketika waktu pulang, hujan turun dengan lebatnya. Kara dan Pelangi tidak boleh pulang. Begitu juga dengan Gopal dan Intan. Masing-masing resah menunggu hujan berhenti.

“Menyesal aku tak bawa kereta hari ini kalau tak kita dah balik.” ujar Kara pada Pelangi.

“Nak buat macam mana kita tunggu aje lah sampai hujan berhenti.”

Dalam menunggu perut Kara berkeroncong. Lapar dirasakan perutnya, ini lah padahnya sakit hati dengan Encik Riyaaz sampai makan pun aku lupa. Ini lelaki tu punya pasal tak habis-habis nak cari gaduh ngan aku! Gerutu hati Kara. Tiba-tiba Kara menarik tangan Pelangi.

“Nak ke mana, hujan ni?” ucap Pelangi.

“ Jom teman aku main hujan nak tak?” soal Kara kembali. Belum sempat Pelangi berkata apa-apa Kara sudah berdiri di tengah hujan lebat.

“Kara… nanti awak demam!” tegur Pelangi.

Kara hanya tersenyum. Sudah lama dia tidak bermain hujan, dia suka sangat bermain hujan itu memang hobinya sejak kecil lagi. Pantang tengok hujan turun lebat, dia seperti mahu menari sahaja. Kara tersenyum riang, rasa seronok bermain hujan. Hilang segala masalah. Rasa tenang.

Orang yang berada di lobi RD Shd. Bhd hanya menggeleng melihat Kara yang menari-nari keseronokan di tengah hujan yang semakin lebat. Pelangi turut tersenyum melihat Kara yang riang bermain hujan, mahu ditahan, dirasa tidak sanggup dibahasi hujan.

“Woiii! Kau ingat ini salji ke Kara?”  jerit Gopal kehairanan melihat Kara yang semakin seronok menari dalam hujan.

“Kara, dah lah tu nanti awak demam pulak. Siapa susah?” ucap Intan pula.

“Kalau korang nak tahu, aku mana pernah demam sebab main hujan. Hujan ini teman baik aku sejak kecil lagi. Serabut yang ada kat kepala aku ini rasa macam hilang!” beritahu Kara dengan suara nyaring.

Intan yang tidak sanggup melihat Kara berlarutan begitu, terpaksa di tebalkan mukanya meminjam payung staf yang melangkah keluar dari RD. Shd.Bhd. Payung yang dipinjam diserahkan pada Pelangi.

“Nah ambik ini awak sorang aje yang dapat pujuk dia balik, pergi pujuk dia,” ucap Intan.

Intan faham benar dengan perangai Kara, pantang dihalang atau ditegur. Kara melihat Pelangi membuka Payung.

“Angi, jangan! Aku masih nak bernain hujan lagi. Aku nak main sepuas-puasnya!” ucap Kara.

Pelangi tidak peduli dengan bantahan Kara tadi. Dia menarik tangan Kara ke stesen teksi yang berhampiran dengan RD. Shd.Bhd.

“Kenapa ni Angi?” soal Kara apabila Pelangi menariknya. Pakaian Kara sudah basah kuyup.

“Awak tak malu ke dengan orang ramai yang menengok awak? Cuba awak tengok baju awak habis lecun dengan air hujan entah boleh naik teksi ke tak ni?” soal Pelangi.

Kara tersengih mendengarnya.

“Peduli apa aku dengan orang!” getus Kara perlahan.

Hujan masih turun. Mereka berjalan seiringan. Kara mengusap rambutnya yang basah. Badannya terasa sejuk hingga ke tulang sum-sum.

“Baik awak berdoa Kara moga-moga ada yang nak tumpangkan awak!” ujar Pelangi.

Kara mengangguk. Sampai di rumah, Kara tidak masuk ke dalam rumah, dia terus bermain hujan lagi. Hujan yang masih turun mengingatkan Kara kepada kampung halaman. Opah Wan akan menunggu di depan rumah dengan rotan buluh, apa lagi bila ternampak sahaja kelibat opah Wan didepan pintu sekeliling rumah dikejar kerana bermain hujan. Tetapi selepas Opah Wan meninggal ketika dia berusia 14 tahun, dia sendiri terpaksa menagih kasih mama dan papa yang tidak pernah sayang padanya. Namun dia tidak pernah rasa jemu mengharap kehadiran kasih sayang tersebut.



Malam itu, Kara ke disko seorang diri setelah Pelangi tidak mahu menemaninya. Di sana dia berjumpa dengan Zainal. Dia tersenyum, lantas di ajak Zainal menari dengannya. Selepas menari Zainal mengajak Kara ke rumah Qis, tapi Kara tidak mahu melepak di sana akhirnya Zainal mengajak Kara ke taman. Kara yang mendengar tidak menolak pelawaan zainal dan terus mengangguk.

Mereka berjalan seiring sebaik sahaja sampai di taman. Zainal memeluk erat pinggang Kara. Kara membiarkan sahaja. Dia sebenarnya kecewa dengan sikap Zain, swebab itu lah apa yang dilakukan oleh Zainal tidak dimarahi.

Langkah Kara terhenti tiba-tiba, dia bagai kenal dengan orang yang berjalan di hadapannnya. Darahnya tersirap. Jantung kara bagai terhenti berdegup. Wajah serta-merta berubah pucat.

“Mama!” panggil Kara perlahan.

Puan Karina, hanya menoleh sekilas ke arahnya. Langsung mamanya, tdaak bertegur sapa seperti dia orang asing. Dilihat mamanya langsung tidak menghalang perbuatan Zainal terhadapnya. Kara yang melihat reaksi mama begitu dengan sengaja dia memeluk Zainal erat-erat dan bercakap kuat agar mamanya mendengar suara namun hampa Puan Karina semakin jauh meninggalkannya tanpa menoleh ke arah Kara. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan-lahan di pipinya.

Hey baby, you kenal perempuan tu?” soal Zainal.

Kara mengangguk lemah. “Dia mama aku, jawab Kara.

Zainal yang melihat mood Kara berubah terus bersuara “Mari I hantar you balik,” kata Zainal sambil memimpin tangan Kara ke tempat letak kereta.

Kara hanya mengikut langkah Zainal. Dia rela ikut ke mana sahaja Zainal pergi asal tolong hilangkan perit di dalam hatinya ini. Kara menangis hiba. Terhenti langkah Zainal mendengar Kara menangis, selama dia kenal Kara tidak pernah dia melihat Kara menangis seperti malam ini. Di peluk erat Kara, kepala Kara disandarkan di dada bidangnya, biar gadis ini menangis sepuas yang dia mahu. Dia akan sentiasa menemaninya. 


BERSAMBUNG.... ;)









2 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum baby mio...
      Terima kasih sudi drop komen n baca kisah KP ni... Semoga Ceria Bak Pelangi ;D
      -FikaNajwa-

      Delete