Mawar memerhatikan
Dato Khalil yang sedang membelek laporan jualan Pasaraya untuk bulan ini. Sesekali
Mawar melihat Dato Khalil mengeluh bila membaca laporan yang dibuatnya. Reaksi
dari papanya cukup membuat Mawar sedikit resah. Dia gusar sekiranya papanya
tidak yakin yang dia boleh menguruskan pasaraya milik mereka. Dalam beberapa
bulan setelah di paksa oleh papanya dia kini mulai menyukai tugas yang
dikerjakan di situ, walaupun dia masih baru untuk menguruskan pasaraya milik
keluarganya.
“Well
done
sayang, Not bad,” ujar Dato Khalil
sedikit lapang. Tidak sia-sia dia memaksa anaknya tunggalnya bekerja di sini
dan belajar bagaimana selok-belok pengurusan Pasaraya yang telah sekian lama
diusahakan.
Mawar melepaskan
nafasnya perlahan, sekian lama dia memerhatikan papanya yang membaca laporan
yang dibuat mulai tersenyum bila mendapat sedikit pujian dari papanya.
“Terima kasih papa
sebab beri kepercayaan dan keyakinan pada Mawar untuk melakukan yang terbaik, insya-Allah
Mawar akan cuba perbaiki lagi dan akan cuba jadi yang terbaik seperti yang papa
inginkan.”lafaz janji Mawar pada Dato Khalil.
Mawar sedikit pelik
melihat papanya yang muncul di bilik pejabatnya disaat ini,kebiasaan papanya
itu berada di Pasaraya di belah pagi sahaja bagi memantau perkembangan Pasaraya
yang baru beberapa bulan diserahkan padanya. Mungkin papa mahu melihat dia
membuat kerja dan memantau bagaimana dia menguruskan Pasaraya tersebut mungkin.
“Mawar jangan salah
sangka pulak, papa datang ini bukan tak percayakan apa yang Mawar buat, papa
yakin dan percaya dengan Mawar. Semua kerja yang Mawar buat dah macam seseorang
usahawan wanita papa tengok.” ujar Dato Khalil seperti tau apa yang
berlegar-legar di fikiran anaknya itu kerana melihat dia berada di pejabat.
“Terima kasih sekali
lagi papa, ini semua bukan Mawar aje yang buat seorang, Faiz banyak membantu
Mawar dan jugak staf kita. Semua orang terlibat dalam membuat
laporan itu papa,” Balas Mawar merendah diri.
Dato Khalil bangga
melihat anaknya sudah mulai berubah. Mawar begitu cepat menyesuaikan dirinya
dengan tugas-tugasnya. Melihat pencapaian anak, masih belum kuat untuk dia
menyerahkan urusan Pasaraya seratus peratus pada Mawar.
“Cik Mawar, Aidil
datang!” suara Ita dari intercom
kedengaran.
“Suruh dia masuk!”
belum sempat Mawar membalas,papanya sudah memberi arahan dahulu. Mawar pelik
kenapa Aidil boleh berapa di pejabatnya setahu dia, Aidil tak akan muncul jika
bukan atas arahan dari papanya. Kedengaran pintu di ketuk dari luar. Wajah
Aidil terpancul didepan pintu sebaik sahaja pintu terbuka.
“Dato, Cik Mawar..maaf
saya lambat sedikit. Dah lama ke Dato dan Cik Mawar tunggu?” Sapa Aidil sambil
menoleh ke arah Mawar curi-curi.
“Duduk Aidil,” tanpa
banyak soal Aidil menarik kerusi didepan lalu duduk bersebelahan Mawar.
“Macam mana? Ada
perkembangan terbaru?” soal Dato Khalil,tidak sabar-sabar dia mahu tahu siapa
di sebalik ini semua.
“Maaf Dato, saya
terpaksa mohon maaf. Dia seperti dah buat perancangan awal untuk semua
ini.Walaupun siapa dia, dia susah ditangkap Dato.”
“Damn!” Aidil dan Mawar tersentak mendengar bunyi meja akibat
ditumbuk kasar oleh Dato Khalil. Dato
Khalil segera bangun dari duduknya. Mundar-mandir dia bila mendengar berita
terkini dari Aidil tadi.
“Aidil tak kan itu saja
berita yang kau nak sampaikan.
“Tak boleh diharap!”
tengking Dato Khalid kepada Aidil.
“Bukan macam itu Dato
saya dah buat penyiasatan seperti yang Dato nak tapi..!” Aidil menoleh ke arah
Mawar yang duduk di sebelahnya. Berat mulutnya, seperti ada halangan untuknya
membocorkan maklumat bila melihat Mawar.
Aidil menarik nafas
dengan berat. ”I’am so sorry Cik Mawar,
saya terpaksa pecahkan rahsia Cik Mawar sebelum ini.” Mawar memejamkan mata
rapat-rapat, dia tahu segala aktivitinya akan terbongkar sebentar lagi.
“ Apa dia Aidil?” Dato
Khalil menoleh Mawar dengan tajam.
“ Saya dah menyoal guard tempat Cik Mawar tinggal, apa yang
berlaku malam itu. Daripada mereka saya mendapat tahu seorang lelaki telah
membawa Cik Mawar dalam keadaan khayal ke kondonya.”
Terus anak mata Dato
Khalid menuju wajah Mawar. Pujian yang sebentar tadi bertukar kemarahan semula.
Kenapa Mawar kini susah untuk dia mengawal perilaku anaknya. Ingin sahaja
dilempang Mawar di situ. Mujur ada Aidil di depannya.
“Memang Mawar selalu
bawak masuk jantan selama ni? Rahsia apa lagi yang Mawar cuba sembunyikan dari
papa?”
Mawar merasa kakinya
menggeletar pada saat ini. Dirasakan seperti bakal dicekik oleh papanya.
“Maafkan Mawar papa,
memang benar papa Mawar keluar pada malam itu bersama seorang lelaki tapi Mawar
tak keluar berdua dengannya, kawan-kawan Mawar ada menunggu Mawar di kelab.
Tapi Mawar tak sangka malam itu dia
telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman Mawar kerana ingin memiliki Mawar.
Mawar sedar-sedar aje Mawar dah tak berpakaian lagi. Mawar menyesal papa.. tapi
papa jangan risau dia akan bertanggungjawab dengan apa yang dia buat papa,”
Dato Khalil merenung
wajah Mawar dengan wajah yang bengis. “ Kenapa Mawar..kenapa? Dan siapa lelaki
yang berani buat Mawar macam itu? Cakap!” Mawar tersentak.
“Maaf Dato..” Aidil bersuara.
“ Ada apa lagi yang
saya tak tahu Aidil?”
“ Apa yang Cik Mawar
cerita tu memang benar tapi ada seorang lelaki lagi yang mengikut mereka ke
kondo itu Dato, lelaki kedua tu yang tak dapat saya jejak. Mungkin lelaki itu
yang mengambil gambar Cik Mawar dengan teman lelakinya.
Dato Khalil terdiam.
Dia mundar-mandir. Buntu bila memikirkan siapa dalang di sebalik semua
masalahnya kini.
“ Dato, ada orang nak
jumpa Dato!” Dahi Dato Khalil berkerut. Tidak setiausahanya tahu yang
darahnya sedang membuak.
“Not
now!”
“Tapi
Dato…!”
“
Not…now…!” ulang Dato Khalil dengan suara kasar. Namun tanpa
diduga pintu bilik itu tetap terbuka. Kelihatan seorang lelaki sedang menuju ke
arah mereka bertiga dengan langkah tenang. Mawar terkedu bagakan tidak percaya.
Bagaimana lelaki ni berani berkelakuan seperti itu? Sungguh tak beradap
langsung. Menyesal kerana dia tidak mengajar lelaki ini sewaktu berada di party Kelly malam itu.
“ Siapa kau?” soal Dato
Khalil tidak kenal gerangan lelaki itu.
“ Kau, apa kau buat di
sini?” soal Mawar penuh geram. “ Apa kau buat dekat ofis aku?” soal Mawar lagi.
Dengan wajah selamba
lelaki itu menarik kerusi kosong. Dia memandang ketiga-tiga wajah yang sedang
merenungnya sekarang. Sudah tiba masanya dia mengistiharkan perang dengan Dato
Khalil secara berhadapan.
“ Baik Kau keluar!”
arah Mawar. Marah. Namun lelaki itu tetap selamba tidak berganjak dari kerusi.
Malah mampu tersenyum.
“ Dato tak perlu
bazirkan duit dan tenaga Dato untuk mencari siapa pengirim gambar itu Dato.
Lebih baik duit Dato tu, Dato sedekahkan sekurang-kurangnya dapat pahala.” Ucap
lelaki itu sinis. Ucapan lelaki itu, semakin mengudang kemarahan Dato Khalil
dan Mawar.
“Hei, Siapa kau ha?” Aidil yang begang melihat kelakuan
lelaki itu mencengkam kolar baju lelaki itu dengan kasar. Lelaki itu menepis
bersahaja.
“ Hei, Baik kau berterus terang. Siapa kau dan apa tujuan
kau datang ke sini? Aku tak ada masa untuk melayan kau sekarang. Kami ada
perkara yang lebih penting untuk dibincangkan!” herdik Dato Khalil dengan nada
tegang.
“ Baiklah biar saya
berterus terang sahaja, apa tujuan saya ke sini. Sayalah pengirim gambar-gambar
Cik Mawar.
“What?”
Mawar terlompong. Lelaki yang pernah dia jumpa semasa di party Kelly berani berbuat demikian entah apa motif lelaki itu. Memang
lelaki di hadapannya masih tidak kenal lagi dengan papanya. Dato Khalil yang
nampak gugup cuba mengawal emosinya semula.
“Baik kau jangan
main-main dengan aku kalau kau sayang nyawa kau . kami tak ada masa nak
main-main,” sekali lagi Aidil mencengkam kolar baju lelaki itu. Namun di lihat
lelaki itu mampu lagi tersenyum merenung wajah Dato Khalil dengan sinis.
“Perkataan main-main
tak ada dalam kehidupan aku Aidil. Kau jangan berlagak sebagai hero dekat sini,
kau hanya orang suruhan. Kau tak layak mencabar aku Aidil,” sindir lelaki itu
dengan angkuh. Aidil tergamam bagaimana lelaki asing ini dapat tahu namanya.
Genggamannya tadi dileraikan perlahan-lahan. Aidil menoleh Dato Khalil untuk
menanti arahan seterusnya daripada Dato Khalil.
“Aidil kau keluar
dulu!” arah Dato Khalil dengan suara tegas. Dia sebenarnya masih tidak percaya
bahawa orang yang dicari olehnya, muncul secara tiba-tiba di depannnya. Aidil
pula terpaksa akur untuk meninggalkan bilik tersebut.
Dato Khalil
merengangkan ikatan tali lehernya tanda keresahan. Mawar sudah tidak senang
duduk sejak dari tadi. Apatah lagi bila melihat tindakan papanya dan lelaki itu
saling merenung antara satu sama lain. Ada pertarungan emosi yang kuat dia
antara kedua-dua lelaki di depannya ketika ini.
“Baik kau
berterus-terang, berapa yang kau mahu supaya negetif gambar-gambar ini
diserahkan pada kami?” tanya Dato Khalil tanpa berselindung.
Lelaki itu tersenyum
bila mendengar reaksi kurang sabar Dato Khalil. Bukan itu tujuannya selama ini
dengan memerangkap Mawar dan Dato Khalil. Wang dan harta bagi dia tidak ada
nilai untuknya ketika ini. Dendam di hatinya tidak terubat selagi seluruh
keturunan Dato Khalil tidak melutut di kakinya.
“Dato jangan risau,
bukan duit tujuan saya buat semua ini. Duit boleh dicari di mana-mana Dato,”
“Kalau bukan duit! Apa
yang kau mahu?” giliran Mawar mencelah kasar.
Lelaki itu menjungkit
bahu selamba. Dia melentangkan sedikit tubuhnya ke belakang kerusi sambil
memerhati siling bilik itu. Hanya hela nafasnya kedengaran. Mawar dan Dato
Khalil hanya menjadi pemerhati setiap gerak geri lelaki yang berlagak di depan
mereka. Kelakuan lelaki itu sungguh angkuh memang sengaja mahu membangkitkan
kemarahan dia dan papanya.
“Aku tak suka buang
masa, apa yang kau mahu sebagai pertukarannya?”
Lelaki itu membetulkan
duduknya. Dia melembarkan senyuman bila matanya bertentangan dengan Dato Khalil.
Dato Khalil yang terkenal dengan kebengisannya selama ini tidaklah seberani
mana.
“Senang aje, Dato dan
Cik Mawar hanya ikut apa yang bakal saya cakapkan nanti. Sebagai pertukaran
dengan negatif itu saya hanya ada dua syarat sahaja. Yang pertama, saya nak
Dato serahkan satu pertiga dari saham pasaraya.”
Mawar dan Dato Khalil
terkedu. Begitu besar cita-cita lelaki
ini. Dengan senang-senang tanpa bekerja keras mahu mendapatkan saham pasaraya
warisan keluarga mereka.
“Hei, kau waras ke tak
sekarang?” soal Mawar penuh kebencian. Mawar melihat bibir lelaki itu tersengih
lebar.
“
Relax, tu baru syarat pertama yang saya cakap dekat Cik
Mawar dan Dato. Saya yakin syarat kedua saya ini tentu Cik Mawar dan Dato akan
lebih terkejut bila mendengar syaratnya nanti.
“Mawar!” tahan Dato
Khalil. Dalam saaat ini dia harus bersabar. Mawar tidak jadi bersuara. Dato
Khalil merenung lelaki yang berada di depannya. “Apa pulak syarat kedua?” soal
Dato Kahlil sambil menaggalkan kaca matanya.
Lelaki itu merenung
Mawar lama-lama. Mawar yang menyedari reaksi pelik lelaki itu memalingkan wajah
ke arah lain.
“ Senang, syarat kedua
saya mahu Cik Mawar menjadi isteri saya.”
“What?” Dato Khalil dan Mawar terlompong bila mendengar syarat yang
dirasakan tidak masuk akal. Tuntutan yang mustahil daripada tuntutan yang
pertama tadi.
“Jangan kau mimpi di
siang hari yang kau nak kahwin dengan aku,” bentak Mawar yang masih tidak
percaya.
“Terserah, tapi saya
hanya nak bertanggungjawab dengan apa yang telah saya buat dekat Cik Mawar
malam itu. Bukan teman lelaki Cik Mawar yang meniduri Cik Mawar tapi saya yang
lakukan. Sekarang saya serahkan pada Cik Mawar dan Dato Khalil untuk
menerimanya atau tidak syarat-syarat saya,” ujar lelaki itu sinis memandang
Mawar dengan senyuman. Dia yakin Mawar akan berada di dalam genggamannnya
selepas ini.
Mawar yang terkejut,
tergamam. Jadi bukan Randy yang meniduri dia malam itu tapi lelaki di
hadapannnya ini yang telah merosakkan dirinya. Dia buntu tidak tahu tindakan
apa yang harus dia buat. Lelaki asing yang tidak pernah dia kenal. Siapa lelaki
itu? Apa yang dia mahu sampai maruahnya tergadai di tangan lelaki ini.!
Dato Khalil menarik
nafas. Apa sebenarnya yang sedang bermain di benak lelaki di hadapannnya ketika
ini? Apa rahsia di sebalik permintaan yang tidak masuk akal oleh lelaki yang
berani mencabarnya? Dato Khalil bangun dari kerusi. Mawar berdebar menanti
reaksi papanya yang seterusnya. Dia berharap papanya menolak segala permintaan
lelaki irtu, semua permintaan yang tak masuk akal.
“Kalau kami menolak?”
“ Gambar Cik Mawar yang
cantik ini akan menjadi penghias utama di akhbar esok pagi. Dan bukan gambar Cik
Mawar aje , gambar Dato pun ada di tangan saya” Dato Khalil termenung. Dia
sudah menjangka jawapan itu. Andai tidak dituruti, maruah keluarga akan di jaja
selepas ni. Aib. Jika di abaikan ugutan dari lelaki itu, takut lelaki itu nekad
menjadi kenyataan. Lelaki di hadapan ini sungguh berani mencabarnya, bukan
calang-calang orang.
“Boleh kau beri kami
masa untuk membuat keputusan?” soal Dato Khalil lemah sebaik sahaja puas
berfikir.
“Baik, tapi saya hanya
bagi Dato selama seminggu sahaja. Lagi pun saya tak sabar-sabar nak jadi orang
kaya dan mempunyai isteri yang cantik seperti Cik Mawar,” sindir lelaki itu
untuk menyakiti hati Dato Khalil dan Mawar. “Cik Mawar saya rasa tak payah
fikir lagi pasal perkawinan kita yea atau tidak Cik Mawar terpaksa terima saya
sebagai suami Cik Mawar sebab saya takut dalam rahim Cik Mawar ada benih saya
yang akan hidup di situ! Harap Cik Mawar fikir baik-baik dan cuba renung kalau
saya mengaku pada teman lelaki Cik Mawar, nak ke dia ambil sisa saya, Cik
Mawar?
Saya dah tak ada
apa-apa nak di katakana lagi, saya keluar dulu Dato, Cik Mawar. Lagi seminggu
saya akan datang.” Lelaki itu bangkit. Menuju ke pintu.
“Oh ya, sebelum saya
terlupa, saya mahu ingatkan Dato supaya berfikir dulu sebelum bertindak apa-apa
selepas ini. Jika Dato cuba cederakan saya, sesaat itu juga gambar anak Dato
dan tak lupa juga koleksi Dato juga akan menjadi penghias muka depan akhbar.
Dato faham maksud saya kan?”
Di bawah meja, Dato
Khalil menggenggam buku limanya. Giginya dikancing rapat-rapat menahan marah.
“ Okeylah saya keluar
dulu. Jangan lupa seminggu lagi saya akan datang jumpa Dato Khalil dan Cik Mawar
untuik mengetahui jawapannya. Saya harap jawapan itu nanti tak mengecewakan saya,
jadi Dato dan Cik Mawar fikir apa yang terbaik” Lelaki itu sempat berpesan untuk
kali terakhir sebelum menuntup pintu bilik tersebut.
BERSAMBUNG ;D
nk lagi!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Manganisme Ader...
ReplyDeleteTerima Kasih sudi singgah.. InsyaAllah ceq akan sambung bab seterusnya lagi... semoga ceria bak Pelangi ;D
Waa..best nk lg..x sabar nk tahu kisah selanjutnya =)
ReplyDeleteCptla smbung ag...xsbar nie
ReplyDeleteAssalamualaikum ...
ReplyDeletenajiha ayuni..
Terima Kasih sudi baca karya ceq yang tak berapa ni... insyaAllah ceq akan up bab selanjutnya.. semoga ceria bak pelangi
CT...
Terima Kasih sudi baca.. InsyaAllah ceq akan up lagi . semoga ceria bak pelangi ;D