OLEH : FIKA NAJWA
Fyhka Arissa merasa dia berada di satu taman yang
indah. Sedang leka dia berjalan ada seseorang memberi salam kepadanya.
“Assalamualaikum sayang? Apa khabar anak ibu ini?”
soal wanita yang sudah berumur tapi wajahnya masih nampak ayu lagi.
Arissa mengerut dahinya. Dia merenung
seseorang dihadapannya. Seperti dia kenal akan wajah yang berada di depannya
kini. Lama matanya menjamah wajah wanita yang sedang tersenyum ke arahnya. Lama
dia mendiamkan diri sebelum teragak-agak menjawab salam wanita tersebut.
“Waalaikumusalam…” Arissa menjawab salam dari
wanita tersebut. Dia merenung lagi wanita yang ada di hadapannya. Dia seperti
pernah melihat wajah wanita yang ada dihadapannya. Dari arah belakang kelibat
seseorang yang kelihatan seperti dirinya. Matanya terlompong melihat wajah anak
wanita itu serupa wajahnya. Kelihatan dirinya yang satu lagi tersenyum ke
arahnya. Dia melihat anak wanita itu tersenyum kepadanya.
Rahmah Khalissa tersenyum lalu memberi salam
sekali lagi kepada anaknya yang masih terpaku dan tergaman melihat dia dan adik
kembarnya.
Perlahan-lahan terasa air panas mengalir dipipinya.
Arissa terus meluru ke arah wanita itu setelah dia yakin dengan siapa dia
berhadapan. Ibu! Ya itu ibunya. Jelas sekali sebaik sahaja dia mendengar wanita
itu membahasakan dirinya ibu.Dia memeluk erat ibunya seolah-olah tidak mahu
berpisah lagi.
“Kakak rindu ibuuu…! Ibu kenapa ibu dengan adik tak
pernah datang tengok kakak kat rumah kita? Kakak selalu tunggu ibu dengan adik
tau.” Ujar Arissa manja sambil melentokkan kepalanya dibahu ibunya. Dia terlalu
merindu ibu dan adiknya. Tangan Fika Farisya disebelah digengam erat.
“Alaa…alaaa…kesian
anak ibu ini. Rindu dekat ibu dengan adik ya. Mari ibu peluk kakak kuat-kuat
biar rindu kakak terbayar” Rahmah Khalissa ketawa mengusik anaknya. Pelukan
diketatkan. Kasihnya terlalu kuat untuk kedua-dua anak kembarnya. Itu la
permata yang paling berharga dari segalanya.
“Ibu sayang sangat dekat kakak dan adik” Rahmah
Khalissa mengusap kedua-dua rambut si kembarnya dengan lembut.
“Kakak nanti kalau ibu dah tak ada kakak jaga ayah dengan adik tau” Rahmah Khalissa
bersuara setelah lama mereka diam di dalam pelukkan.
“Ibu, ini soalan apa yang ibu bagi dekat kakak
ini? Kitakan dah lama tak jumpa tapi ibu saja nak bagi kakak menangis pulak. Sepanjang 12 tahun ibu dengan
adik tak ada kakak sunyi taw. Tak ada
siapa nak teman kakak kat rumah besar itu yang ada hanya Pak Dollah dengan
isterinya, Mak Kiah yang selalu teman kakak kat rumah itu” adu Arissa. Cuba
memberitahu ibunya betapa sunyinya dia setelah Rahmah Khalissa dan adiknya
keluar dari rumah itu.
Rahmah Khalissa memeluk kedua-dua anak
kembarnya. Arissa melihat mata ibunya seakan berkaca-kaca seperti ibunya
menahan airmata daripada jatuh ke pipi. Sikap ibunya yang satu itu sudah sebati
dalam dirinya. Menyembunyikan kesedihan.
“Kakak anak sulung ibu. Walaupun kita
berjauhan tapi hati ibu selalu merindui kakak. Hanya kakak tempat ibu mengadu
dan meminta tolong. Dengar apa yang ibu nak cakap dekat kakak nanti. Bila ibu
tiada lagi didunia ini tolong jaga adik, kakak. Kakak sayangi dia seperti mana
ibu menyayangi kakak dan ayah” ulas Rahmah Khalissa. Terasa sebak dalam menutur
kata-kata tersebut.
Air mata yang berhenti seketika tadi, kini kembali.
Dia mengesat kuat airmata dipipi. Cuba menghapus segala resah dihati.
“Apa ibu ini, cakap macam itu” ngomel Arissa sambil
mulutnya dimucungkan.
“Kakak, ibu sayang kakak” bisik ibunya ke
telinga Arissa. Dia terdiam.
“Kakak…jaga diri, solat jangan culas lagi. Ingat
semua yang ibu dan ayah ajar kakak. Jangan ikutkan perasaan marah dan jangan
sesekali kakak lupa setiap yang kita lakukan kerana ALLAH” suara ibunya
kedengaran sayup.Jadi anak yang berbakti pada orang tua. Pandangannya semakin
kabur dek air matanya mengalir.
“Ibu…ibu!! “Arissa menjerit sekuat hati
dikala bayang ibunya hilang. Kini digantikan dengan bayang adiknya yang berdiri
dan dia melihat mata adiknya merah seperti adiknya menahan airmata dari
turun di pipinya. Arissa berjalan pantas dan memeluk adiknya dengan sekuat
hati. Lama mereka berpelukakan sebelum adiknya menolak kuat tubuhnya untuk
merenggangkan pelukkan.
Arissa yang tersentak tolakan dari adik
kembarnya,mengerutkan dahinya.Dia diam sambil matanya memandang tepat ke anak
mata adiknya.
“Kakak ibu dah pergi tinggalkan adik keseorangan di
sini…ibu dah tinggalkan kita. Tak ada siapa yang akan temani adik, kak” jerit Fika kepada kakaknya dengan
sayu. Wajah itu sayu.
“Apa yang adik cakap ini? Ibu masih ada, ibu baru
bercakap dengan kita tadi” potong Arissa sambil airmatanya mengalir dengan
sendiri tanpa dapat ditahannya.
“Kak mari ikut adik” ujar Fika sambil mengenggam
tangan kakaknya.
Fika menggenggam kuat tangan kakaknya, dia
cuba membawa kakaknya naik ke atas sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari
taman yang di mana dia baru memeluk adik dan ibunya.
“Mari kak, adik bawak akak ke rumah adik dengan ibu” Arissa yang kelihatan terpukau
hanya mengekor langkah adiknya sambil memimpin tangannnya. Arissa melihat ramai
orang yang berada disekeliling rumah itu, dia tersenyum ke arah orang
yang berada di situ.
“Ehh! Adik, ibu buat kenduri untuk sambut
kedatangan akak errkk?” bisik Arissa
perlahan di telinga adiknya.Dia cuma menangkis debaran di hatinya.
“Tapi kenapa akak tengok semua wajah orang
yang ada kat rumah ini macam sedih je, dik?"
Adik siapa yang tengah tidur lepas itu kena tutup
pulak?” soal Arissa bertalu-talu. Fika hanya mampu mendiamkan diri. Kebisuan
Fika menambah resah Arissa.
Arissa nampak ada seorang wanita yang mungkin
sebaya umurnya dengan ibunya duduk bersimpuh sambil menyeka airmata yang
mengalir laju dipipi wanita itu.
"Adik jawablah apa yang akak tanya? kenapa
diam?"
“Dik…ini apa pakat ramai-ramai
menangis dekat rumah ini? Semua nak tipu akakkan? Ini mesti adik punya idea?
Adikkan yang buat semua ini, adik sejak kecil sampai dah besar memang tak ubah
nak mengenakan akak yea?” Soal Arissa dalam ketawa.
“Kakak….dengar cakap adik. Pandang adik, adik harap
akak kuat. Bawak mengucap, ingat ALLAH dan terima ketentuan-NYA.” Fika
memegang bahu kakaknya.
“Kakak….ibu..uuu
dah tinggalkan kita buat selamanya kak”
sambung Fika perlahan.
“Ibu sakit kak,
ibu dah lama sakit. Kak redakan pemergian ibu kak. Doakan ibu bahagia di sana
kak,” Fika menjelaskan satu persatu apa yang terjadi kepada kakaknya.
Arissa kaku. Terasa nyawanya direntap dengan kejam
setelah mendengar kata-kata adik kembarnya. Gengaman ditangan semakin kuat
digengam adiknya, seolah-olah memberi kekuatan.
Dia mengekor adiknya dan duduk bersimpuh
disebelah sekujur tubuh yang ditutupi oleh selendang putih. Jelas dimatanya
yang terbaring disebalik selendang itu wajah yang sangat dia rindui siang dan
malam. Dia memandang adiknya yang telah bangun lalu mencium dahi dan pipi
ibunya lama.
“Kak,
cium ibu kak. Ibu nak sangat kakak
cium dia. Adik tahu kakak nak peluk dan cium ibukan. Sekarang masanya kak. Lap airmata akak jangan setitik pun jatuh di muka ibu, kak. Nanti ibu sakit” kata-kata Fika diiringi oleh air mata. Arissa
menyesat lembut airmata adiknya yang jatuh dipipi. Perbuatan yang sama
dilakukan oleh Fika. Air mata dipipi Arissa dilap.
Airmata Arissa tetap jua mengalir dipipinya,
walaupun adiknya telah menyeka airmtanya. Dia bagai tidak ada kekuatan untuk
menerima berita ini. Baru sebentar tadi berborak dengan ibunya tapi kini,
ibunya terbujur di situ.
“Kak,
cepat kak jangan buat ibu kita sakit kak. Jangan halang dia untuk pergi ke
alam lain kak. Jangan ditangisi, kak.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya”ujar Fika memberi semangat pada
kakaknya.
Arissa menyeka airmatanya. Di sapu airmatanya
sehingga bersih. Di tahan airmatanya. Sambil memandang adiknya. Dia nampak
adiknya mengangguk dan bangun dari tempat duduknya. Adiknya memberi ruang untuk
kakaknya.
Dengan sisa kekuatan yang ditiupkan oleh adiknya
kembarnya, akhirnya Arissa bangun lalu mencium dahi ibunya diikuti pipi ibunya
dan akhir sekali dia memeluk erat tubuh ibunya lama.
“Ibu, kakak sayang ibu. Kenapa ibu tinggalkan kakak
dan adik, bu…” Dia berbisik ditelinga ibunya.
Arissa terasa badannya lemah lantas dipaut tubuh
adiknya sebelum dia menutup matanya. Dia melihat wajah kembarnya langsung tidak
mengeluarkan setitik airmata pun jatuh di pipi adiknya. Samar-samar kelihatan
adiknya tersenyum padanya. Senyuman dalam keterpaksaan dia tahu walau sekuat
mana pun adiknya menahan rasa, pasti didalam hatinya menangis ketika ini. Hati
Fyhka Arissa kuat mengatakan. Akhirnya pandangannya gelap.
********
Megat Ihsan yang baru mahu mengetuk pintu bilik
anaknya, terdengar esakan tangisan anaknya. Dia lantas menolak kasar pintu
anaknya, terkejut dia melihat anaknya menangis dalam tidur. Dia berjalan
mendekati anaknya lalu duduk disisi katil sambil tangannya mengoncang perlahan
bahu anaknya.
“Sayang…..sayang kenapa menangis…? bangun kakak.
Ayah ada dekat sini, kakak mimipi ini..bangun sayang” bisik Megat Ihsan
perlahan mengejutkan anaknya.
Arissa yang terasa ada seseorang mengoncang bahunya
dan memanggil menyuruh dia bangun tersentak lalu terus duduk dari
pembaringannya. Dia merenung ayahnya yang duduk disisinya terus meluru memeluk
tubuh ayahnya.Tangisan Arissa mula kedengaran lagi disetiap penjuru biliknya.
Megat Ihsan memeluk anaknya, mungkin anaknya mimpi
ngeri. Detik hati Megat Ihsan. Dia menolak perlahan tubuh anaknya untuk
merungkai pelukan sambil tangannya menyeka airmata yang mengalir dipipi
anaknya.
“Ssshhyyy….kenapa
sayang ayah menangis ini? Sayang mimpi apa sampai nangis dalam tidur?” Megat
Ihsan menyoal anaknya. Jelas riak risau diwajah Megat Ihsan.
"Kaaakak…..kaa...kak
mimpi ibu dengan adik yah” dengan suara yang teresak-esak bersuara.
“Kakak nampak ibu terbaring sambil orang
disekelilingnya membaca yassin untuknya…ibu dah meninggal, yah….’’ Sambung Arissa berserta tangisan yang semakin kuat.
Tersentak Megat Ihsan, mendengar kata yang keluar
dari Fyhka Arissa. Namun dia cuba menenangkan perasaannya.
“A…dik...adik
sekarang tak ada siapa yang menjaganya sekarang. Ayah kita cari adik biar dia
duduk dengan kita. Akak rindu adik, yah” sendu tangisan Arissa masih
kedengaran. Arissa merayu ayahnya.
Megat Ihsan yang terdiam dan terkaku dengan apa
yang anaknya ceritakan apa yang di mimpikannya satu-persatu benar-benar
menyentap hatinya. Dia juga merasa sejak beberapa hari ini tidak sedap hati
terutamanya pagi tadi fikirannya banyak mengasak ingatannya pada wajah isteri
dan anaknya yang sorang lagi, Fika Farisya. Namun dia cuba menyedapkan hati
yang mereka tiada apa-apa sekadar meredakan debaran hatinya.
Megat Ihsan memegang bahu anaknya.“Kakak pandang
ayah nak…kakak cuma mimpi…kakak tahukan mimpi hanya mainan tidur. Ayah percaya
tak ada apa-apa yang berlaku pada mereka. Ayah percaya sekarang mesti ibu
sedang berada disisi adik tak mungkin ibu sanggup tinggalkan adik hidup
sendiri.” Megat Ihsan cuba menenangkan anaknya.Walaupun hatinya sendiri sedang
bergolak hebat didalam.
“Tak….tak…tak
ayah kakak yakin adik keseorangan sekarang, sebab perasaan kakak kuat
menyatakan yang adik sedih ayah, mimpi itu macam betul…betul berlaku
percayalah, yah..kakak yakin adik
perlukan kita sekarang. Ayah kita cari adik, yah” Fyhka Arissa menyakinkan ayahnya supaya mencari adik dan
ibunya. Dia tahu jauh disudut hati ayahnya paling dalam ayahnya terseksa
merindui ibu dan adik kembarnya.
Dia pernah melihat ketika ayahnya berada di dalam
bilik bacaan, dia nampak dengan jelas yang ayahnya memegang foto keluarga
mereka yang masih disimpan oleh ayah. Bertapa egonya Megat Ihsan menafikan
perasaannya sendiri.
BERSAMBUNG.... ;)
pasangan kembar yang punya gerak hati kuat..unik kan pasangan kembar..
ReplyDelete