Mereka
sampai di tapak projek,Fika Farisya terus keluar dari kereta milik Megat Ammar
tanpa menunggu.Belum sempat Fika Farisya masuk ke dalam,namanya di jerit kuat
oleh ‘mamat besi’.
“Fika..you tak payah masuk bahaya!”arah Megat
Ammar.
Berkerut
dahi Fika Farisya mendengar arahan dari Megat Ammar.”Bahaya apanya Tuan
Megat?Dah memang tapak projek memanglah bahaya,tapi kalau kita pakai
keselamatan yang dia suruh insya-Allah bahaya tak ada lagi.Lagipun kat
mana-mana pun ada aje bahaya kalau dah tertulis.”jawab selamba Fika Farisya.
“You
kalau tak menjawab arahan I tak boleh
ke?”marah Megat Ammar.
“Erkk..marah
pulak,dah lah malas aku nak layan kau,”omel Fika Farisya perlahan.Tidak di
pedulikan arahan Megat Ammar yang tadi.
Megat
Ammar masih terpinga-pinga di tinggalkan oleh Fika Farisya begitu
sahaja.Eeee..geramnya aku dengan perangai perempuan ini!Balik-balik aku yang
sakit hati! Desis hati Megat Ammar.Sewaktu Megat Ammar melangkah menuju ke
tapak projek dia melihat Fika Farisya dan Tofan sedang bercakap sesuatu dengan
Encik Zain selaku penyelia tapak projek itu.Dia terus menghampiri mereka.
“Macam
mana Zain?Ada masalah?” tanya Megat Ammar.
“Ada
Tuan Megat,saya baru sahaja berbincang dengan Cik Fika dan Encik Tofan tadi
tentang keretakkan pada bahagian atas bangunan dan dindingnya.
“Kenapa
tak bagi tahu Encik Hakim soal ini?”soal Megat Ammar lagi.
“Sudah
saya dah maklumkan pada Encik Hakim tentang keretakan ini minggu lepas sebelum
cik Fika dan encik Tofan melawat ke sini.”ujar Encik Kamal.
“Fika,you tak tanya Hakim tentang masalah
ini?”
“Tuan
Megat saya dah tanya tapi Hakim kata dekat saya,tak payah sibuk-sibuk dia boleh
handle soal retak kat dinding dan
atas bangunan tu,”jawab Fika Farisya.Rasa nak muntah pula bila terpaksa
bercakap formal,’saya’ terpaksa digunakan sebab ada Tofan di sebelahnya
memerangkap rakan niaga MIFA Holding kang
kalau dia berkau aku mau di katanya aku ini tak hormat bigboss,sempat Fika Farisya mengomel di dalam hati.
“You tak boleh lepas tangan macam
tu.Serah bulat-bulat dekat Hakim.Bukan I
tugaskan you dan dia untuk pantau
projek ini”marah Megat Ammar lagi.
Aku
cekik-cekik jugak mamat besi ini nanti senang-senang nak marah aku,dia ingat
aku tak buat kerja ke macam dia,desis hati Fika Farisya.Dia hanya mendiamkan
diri.
“Kenapa
you diam Fika?Memang you tak pandai nak buat kerja ke?”
“Wow…wow
relax lah bro.Jangan marah-marah
bakal girlfriend I.Dia baru sahaja cakap dengan Encik Zain yang dia akan menghubungi
Rosli selaku Project Manager.Dia
mesti tahu apa yang berlaku dekat sini.”Tofan menjawab untuk Fika Farisya
kesian pulak dia melihat Fika Farisya di marahi Megat Ammar.
“Fika…”belum
sempat Tofan meneruskan tiba-tiba di potong oleh Fika Farisya.
“Wait..wait,bila
masa saya nak jadi girlfriend Encik
Tofan?”Tak ingin saya!,”ujar Fika Farisya selamba.
Megat
Ammar yang tadinya garang,terus terdiam melihat rakan niaga cuba mengambil
perhatian Fika Farisya,dia tahu Tofan perangai Tofan yang tidak boleh nampak
perempuan mesti ada aje agenda dia nak goda.Hatinya terasa tergugat bila
melihat kesungguhan Tofan memikat Fika Farisya.
“Okey
Encik Zain,kami gerak dulu cuaca nampak mendung.”ujar Fika Farisya mengejutkan
dua orang yang sedang mengelamuan.Megat Ammar dan Tofan yang tersentak segera
bersalam dengan Encik Zain.Fika Farisya terus menuju ke luar dari tapak projek
tanpa menghiraukan Megat Ammar dan Tofan,yang dia tahu dia harus segera balik
takut hujan nanti.Geram betul aku dengan kereta time-time aku pergi jauh dia masuk bengkel,gerutu hati Fika
Farisya.
Tofan
yang melihat Fika Farisya yang laju terus mengorak langkah mengejar Fika
Farisya yang mulai menjauh dari mereka.Nasib sempat dia menyambar lengan Fika
Farisya.Fika Farisya mencerlung garang ke wajah Tofan.Dia merentap kuat
lengannya.
“Kau
nak kena penumbuk aku lagi ke?”marah Fika Farisya.Hilang terus panggilan formal
Fika Farisya tadi.
Tofan
yang sedar terus mengangkat tangannya dari lengan Fika Farisya.”Maaf..maaf I tak sengaja terpegang,”ujar Tofan.
“Kau
nak apa?Aku tak ada masa nak borak dengan kau aku kejar masa nak balik KL!”
“Buat
apa nak balik KL naik bas,mari I
hantar you balik,”pelawa Tofan yang
ikhlas untuk menghantar Fika Farisya balik.Tadi dia berasa pelik melihat Fika
Farisya datang bersama-sama dengan Megat Ammar.Setahu dia rakan niaganya tidak
suka menumpangkan orang ke tapak projek.
“Tak
payah! Aku boleh balik sendiri,”jawab Fika Farisya dan berlalu dari situ,tapi
di halang oleh Tofan.
“Mari
I hantar you balik,lagipun sekarang nak hujan,”pelawa Tofan denga
bersugguh-sunggu berharap Fika Farisya menerima pelawaannya untuk menghantar
gadis itu balik.
“I
rasa Fan dia bal….”belum sempat Megat Ammar habis bercakap,tiba-tiba dipintas
oleh Fika Farisya.
“Okey,aku
balik dengan kau.Lagipun aku ada hal nak cakap dengan kau nanti,”beritahu Fika
Farisya.
Megat
Ammar melihat Fika Farisya dengan mata yang bulat.Merah padam mukanya menahan
marah.Fika Farisya yang menjeling ke arah Megat Ammar buat tidak tahu,baliklah
kau sorang-sorang dengan kereta hitam kau itu!sempat lagi Fika Farisya mengutuk
Megat Ammar di dalam hati.
“Sorry Amm,kau dengar sendirikan. I gerak dulu.Jom Fika.”Tofan berlalu
bersama Fika Farisya sebaik sahaja rakan niaganya meminta diri untuk pulang.
“You cakap tadi ada hal nak bincang
dengan I?”tanya Tofan di dalam
kereta,memecahkan kesunyian yang bertamu.
“Yup..”jawab
Fika Farisya ringkas.
“You nak bincang bila I nak masuk meminang you ke?”seloroh Tofan.
“Kau
jangan nak berangan!”
“Hmm..i like it!”jawab Tofan selamba sambil
mengeleng,berubah terus nada percakapan Fika Farisya kalau tadi ‘saya’ dan ‘Encik’
kini di gantikan ‘kau’ dan ‘aku’.
“Aku
nak cakap yang projek tu macam ada masalah aje,”
“Maksud
You..?”berkerut dahi Tofan.
“Entahlah
tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena tentang projek itu.Bagi aku masa untuk
kumpul semua maklumat,”pinta Fika Farisya.
“Hmmm…apa-apa
Fika bagi tahu I kalau ada maklumat
tentang projek tu.Fika nampaknya hujan dah lebat apa kata kita check in dekat hotel berdekatan dekat
sini.Nak pandu pun tak nampak,”ujar Tofan.
Fika
Farisya yang mendengar sudah menampakkan wajah kerisauan.Di lihat deretan
pokok-pokok di tepi jalan meliuk-liuk di tiup angin.Guruh berdentum begitu
kuat.Dia tidak ada pilihan lain bila memandang keadaan jalan yang nampak
sungguh kelam.Cuaca petang itu sungguh buruk tentu sukar bagi mereka meneruskan
perjalanan.Bila melihat keadaaan sekeliling bagai mahu di landa rebut
sahaja.Tofan memberhentikan kereta di hadapan hotel.Dia memandang Fika Farisya
di sebelahnya.Dia tersenyum sendirian.Tofan tidak tahu kenapa dia begitu
berminat dengan Fika Farisya,dia nampak kelainan pada Fika Farisya yang tidak
sama dengan gadis-gadis yang pernah keluar dengannya.Aku yakin dia pasti akan
jatuh dengan aku,aku yakin!gerutu hati Tofan.
“Fika…”ujar
Tofan perlahan.Tapi tidak ada sebarang jawapan dari mulut Fika Farisya sejak
tadi.
“Fika!”
“Haah..maaf.Ada
apa?”
“Kita
terpaksa check in dekat hotel ini
sebab cuaca tak berapa elok untuk I
dan you teruskan perjalanan.”terang
Tofan lagi.
“Maaf
kalau kau nak check in kau check in sendiri.Aku boleh balik
sendiri.”tanpa menunggu jawapan dari Tofan Fika Farisya turun dari kereta milik
Tofan.
Tofan
yang melihat Fika Farisya yang meluru keluar,turut bergegas membuka pintu
keretanya dia perlu menghalang Fika Farisya.Di paut lengan Fika Farisya sekali
lagi.”Nanti..nanti you nak pergi
mana?Lagi pun tak salah kalau kita check
in dekat sini sehari.Esok pagi kita balik lah!”Tegas suara Tofan.
Fika
Farisya merenung tajam ke arah Tofan yang masih memaut lengannya.Diretap kasar
pautan Tofan itu.”Kau siapa nak halang aku?Kalau kau nak balik esok kau
baliklah sendiri tak ada kena mengena dengan aku!Satu lagi aku tak suka kau
pegang-pegang aku,kalau kau buat lagi aku berani jamin mata kesayangan yang
jadi aset kebanggaan kau rosak!”ugut Fika Farisya pada Tofan,kini dia tidak
peduli lagi kalau mamat di depannnya mahu mengadu pada mamat besi nanti,janji
hati dia puas,gumam hati Fika Farisya.
Tofan
yang tahu kesilapannya terus mengangkat tangan.”Maaf..I salah.Maaf okey!Salah I.”
“Tepi
aku nak jalan,”ujar Fika Farisya.
“Please Fika…I janji I akan hantar you balik lepas kita makan”rayu
Tofan,dia sangat berharap Fika Farisya menerima permintaannya.
Tofan
mengetap bibir.Direnung wajah Fika Farisya dengan rasa yang bercampur baur.Dia
tidak tahu kenapa bila berdepan dengan penolakan dari Fika Farisya buat hatinya
resah,rasa tercabar dengan sikap diingin Fika Farisya setiap kali dia mahu
berbaik atau mengajak gadis di hadapannya menerima pelawaannya tapi tidak
sedikit pun di hiraukan oleh Fika Farisya,semuanya di pandang diigin.”Do you really hate me,Fika?”
Fika
Farisya menghela nafasnya.”Aku tak pernah benci kau dan aku bukan kenal sangat
dengan kau.Jadi buat apa aku nak benci kau!Aku kenal kau sebab kita sekarang
bekerjasama dalam projek di Seremban tak lebih dan tak kurang.Lagipun aku tak
berminat nak tambah kawan,Aku rasa kau dah ramai kawan perempuan?”ujar Fika
Farisya dengan sinis.
“Fika
please,I betul-betul nak berkawan
dengan you.You’re diffrent”ujar Tofan jujur.
Fika
Farisya yang mendengar ucapan yang keluar dari mulut Tofan mula terasa seram
sejuk.Tidak pernah ada lelaki yang seberani Tofan.Kalau ada dah lama makan
penumbuknya.
“Really?”
tanya Fika Farisya sambil menugukir senyuman pada Tofan.Senyumannya di lempar
terasa keras.
“Yup,so we friend now!”
jawab Tofan ringkas.
Fika
Farisya membawa jari telujuk ke kepala,sambil diusap alis matanya tanda dia
sedang memikirkan sesuatu.”Hmm..okey nanti aku fikirkan,”seloroh Fika Farisya
sambil melangkah meninggalkan Tofan yang jelas terpinga-pinga akibat jawapan
yang diberi.Belum jauh langkahnya dia berpaling ke arah Tofan yang jelas masih
berdiri disitu.
“Kau
tercegat kat sana lagi kenapa?Kata kau nak belanja aku makan?”soal Fika
Farisya.
Tofan
tersentak dengan soalan yang keluar dari mulut Fika Farisya.Dia bagai tidak
percaya yang Fika Farisya akhirnya sudi berkawan juga dengannya,rasa mahu
melompat entah kenapa dia berasa sangat gembira sekali.
“Cepatlah
aku dah lapar kalau kau nak tegak macam tu,aku pergi dulu.”Fika Farisya terus
melangkah.
Tofan
yang melihat Fika Farisya melangkah cepat-cepat menyaingi dan melangkah
bersama-sama.Di bibir Tofan jelas terukir senyuman yang lebar.
Megat
Ammar megetap bibir.Stereng kereta di hadapannya dihentak kuat dengan tangan
kanan.Diraup rambutnya dengan kasar.Hati dan perasaannya berasa sungguh pedih
melihat drama sebabak antara Fika Farisya dan Tofan di hadapan matanya.Dia
hanya mampu berdiam diri melihat rakan niaga bersungguh-sungguh cuba memikat
hati Fika Farisya.Dari tapak projek tadi dia mengekori kereta Tofan,entah
kenapa dia risau bila melihat Fika Farisya dengan senang mengikut rakan
niaganya yang sememangnya kaki perempuan.Argghh…kacau semuanya,biarlah dia ,aku
bukan cintakan dia!Jerit hati Megat Ammar sekali menafikan perasaan yang
bertapak di dalam hatinya.
Ego,junjung
ego kau tu!Kau akan menyesal Megat Ammar!Kau tengok suatu hari nanti pasti kau
akan mengakui apa kata hati kau sendiri.Kutuk hatinya yang entah dari mana
muncul.Cepat-cepat diusir pergi.
BERSAMBUNG.... ;D
kak fika,sya nak lagi..:D bestlah..:D
ReplyDeleteAssalamualaikum Arifuka Kashirin...
DeleteTerima kasih dik sudi setia ngan cite KSK ini dari awal sampai sekarang... terima kasih.. insya-Allah ceq akan up nanti tapi sekarang agak bz sikit.... semoga ceria bak pelangi ;D
(Fika Najwa)
best. tak jemu baca.
ReplyDeleteAssalamualaikum lisa....
DeleteTerima kasih sudi baca .... semoga ceria bak pelangi ;)
(fika najwa)