OLEH : FIKA NAJWA
“TAK FIKA
Pak Hassan tak tipu.Pak Hassan dan Mak Tija yang berada di sisi ibu kamu yang
lagi tak bernafas dan berlumuran darah nak,”ujar
Haji Hassan cuba untuk menyakinkan Fika Farisya.
Fika terus menggeleng masih
tidak dapat menerima berita yang di sampaikan oleh Haji Hassan.
“Fika tak percaya! Pak Hassan
tipu!Fika yakin ibu tengah tunggu Fika dekat rumah.Ibu dah janji akan tunggu
Fika balik dari sekolah.Fika tahu tu.”
Airmata yang ditahannya sudah
mula mengalir perlahan-lahan mengikut lekuk wajah Fika Farisya.Dia masih tidak
percaya dengan berita yang di bawa oleh Haji Hassan.
“Janganlah buat Fika macam ini
Pak Hassan.Fika dah tak ada sesiapa selain ibu…kalau ibu tak ada siapa yang nak
teman dan jaga Fika Pak Hassan,siapa yang nak sayang Fika lagi?”
“Pak Hassan bawak Fika jumpa ibu
Pak Hassan….Fika nak jumpa ibu..Fika nak jumpa ibu..”
Fika sudah mengongoi sambil tangannya
dengan kasar menyesat airmata yang mengalir di wajahnya.Dia tidak akan menangis
itu janji dia pada ibunya.Dia tidak mahu ibunya sedih.
“Ibu kenapa ibu tak tunggu adik
balik ibu…adik dah janji dengan ibu yang adik akan satukan keluarga kita kenapa
ibu pergi dulu,”rintih hati Fika Farisya sambil wajahnya menunduk.Dia menahan
airmatanya dari jatuh.Bibirnya diketap.
Zafril Zafuan yang duduk
bertentangan Fika dan ayahnya menahan perasaan.Di tahan airmatanya dari
jatuh.Dia berpaling ke arah lain,dia tidak sanggup melihat kawan rapatnya
menangis seperti ini.Tidak pernah dia melihat Fika seperti sekarang.
“Ya Pak Hassan bawak Fika jumpa
ibu.Kita akan jumpa ibu Fika,”pujuk Haji Hassan.
Sedih hati tuanya melihat Fika
Farisya yang seakan-akan menahan airmatanya dari jatuh,di kesat airmatanya yang
mengalir di pipinya dengan kasar.Sejak dia mengenali Fika,dia tahu Fika seorang
anak yang kuat dan tabah dia tidak pernah merungut walaupun hidup dia dan
ibunya serba kekurangan.Dia dah mula jatuh sayang dengan Fika Farisya sama
bagaimana dia menyayangi Zafril anaknya.
Haji Hassan tidak mahu Fika
larut dalam kesedihannya.Dia memberi isyarat mata pada anaknya.Zafril yang
faham isyarat dari ayahnya mula berkata.
“Fika…kau nak jumpa ibu kau
kan?”
“Mari kita balik ibu kau mesti
tunggu kau sekarang.”Zafril memujuk Fika.
Fika mengangkat kepalanya
perlahan-lahan merenung kosong ke arah Zafril.Tanpa mengangguk dia terus bangun
dari kerusi yang didudukinya.Dia mula melangkah perlahan-lahan ke arah kereta
Honda City hitam yang berada di parking lot sekolahnya.Zafril dan Haji Hassan
mengekor Fika dari belakang.Ketika enjin kereta Honda City mula di hidupkan
hujan mula turun renai-renai.Fika menyandarkan kepalanya di kusyen sambil
merenung kosong.Hujan yang ketika itu renai-renai mula turun dengan lebatnya,
membasahi bumi.Seperti ketika ini alam turut menangisi kepergian Rahmah
Khalissa dan kesedihan yang di alami Fika Farisya.
Akibat hujan lebat yang mengilai
di luar.Pecutan kereta Honda City Haji Hassan menjadi perlahan.Haji Hassan
terpaksa memperlahankan pergerakan keretanya.Dia tidak mahu berlaku apa-apa
sepanjang perjalanannya pulang ke rumah,hati dan mulut Haji Hassan
sentiasa dibasahi dengan zkir dan doa agar mereka selamat sampai.
“Pak Hassan kenapa kereta ini
bergerak perlahan?”
“Tolong bawak laju Pak Hassan
Fika nak jumpa ibu,mesti ibu dah tunggu lama kat rumah,”tiba-tiba Fika
bersuara.
“Sabar nak…sabar Pak Hassan cuba tapi Pak Hassan tak boleh nak bawak
kereta ini laju-laju nak. Dekat luar
tu hujan lebat jalan pun tak berapa nak nampak sangat.Insyallah tak lama lagi
kita sampai ke rumah..,”ujar Pak Hassan pada Fika.Dia tahu hati Fika tidak
tenang ketika ini.
Zafril menoleh ke belakang,dia
nampak Fika tersandar lesu sambil matanya merenung ke luar.Di lihat lama
sahabatnya,dia tidak pernah melihat Fika lemah seperti ini, bibir yang selalu
tersenyum kita hilang,mata yang bersinar seperti hilang sinar.Dia faham apa
yang di alami sahabatnya.Tiada lagi airmata yang mengalir diwajah Fika,dia tahu
jauh di sudut hati sahabatnya kini sedang menangis.Jika dia di tempat Fika
belum tentu di sekuat Fika.
***********
Fhyka Arissa menyandarkan
kepalanya di kusyen kereta yang sedang meluncur laju menuju ke
rumahnya.Nafasnya dihela lembut, matanya cuba dipejamkan seketika.Ingatan pada
dua wajah yang telah lama pergi iaitu ibu dan adik kembarnya walaupun sudah 12
tahun mereka tidak bertemu tidak pernah hilang sejak pagi tadi terus mengasak
fikirannya.Hatinya tidak tenang.
Arissa cuba merumuskan sendiri,
ibu dan adik kembarnya pasti baik-baik sahaja di sana. Dia yakin suatu hari
nanti dia akan bertemu ibu dan adik kembarnya.Dia akan terus memujuk ayahnya
untuk mencari ibu dan adik kembarnya.Dia tidak akan sekali berputus asa.Biarlah
dia memberi ruang pada ayahnya untuk menilai betul-betul bahawa ibunya tidak
pernah curang pada ayahnya seperti yang ayahnya anggap.
Pintu Pagar mula terbuka sendiri
mengunakan remote dari dalam kereta,Arissa mula merenung kosong sebaik sahaja
kereta yang menjemputnya di sekolah berhenti di depan rumah banglo yang tersergam
indah, rumah yang sepi tiada lagi gelak dan ketawa di rumah itu.Penghuninya
kini hanya dia,ayah, Pak Dollah dan Mak Kiah yang tinggal disitu.
Pak Dollah turun dari kereta dan
membukakan pintu di bahagian belakang kereta BMW 5 series milik majiakannya.
Kereta itu di khas untuk menghantar dan mengambil Arissa dan Megat Ihsan serta
membeli keperluan harian di dalam rumah.
“Terima kasih Pak Dollah, kan
Rissa dah cakap tak payah lagi bukakkan pintu kereta untuk Rissa. Rissa tahu
nak bukak sendiri” Protes Rissa pada Pak Dollah sudah berulang kali Rissa
mengingat orang tua tu supaya tidak lagi membuka pintu untuknya seperti yang
selalu dilakukan oleh Pak Dollah ketika ayahnya berada didalam kereta.
“Maafkan Pak Dollah,Pak Dollah
dah terbiasa bukakan pintu untuk ayah Rissa.”ujar Pak Dollah.
“Pak Dollah bukak pintu untuk
ayah je tapi kalau dengan Rissa pak Dollah tak payah bukakkan lagi pintu untuk
Rissa, janji tau.”
Pak Dollah yang mendengar hanya
mengangguk tanda setuju dan tersenyum dengan anak majikannya.
“Okeylah Pak Dollah, Rissa masuk
dululah.”pamit Arissa.
“Assalamualaikum…” Rissa memberi
salam.
Elok kaki Rissa melangkah masuk
ke dalam rumahnya.Hatinya terasa sunyi.Kenapa dia tidak boleh bahagia seperti
keluarga orang lain?Dia memekik didalam hati.Dia terus menuju ke arah sofa di
ruang tamu dan dicampakkan beg sekolahnya ketepi.Dia melabuhkan punggung diatas
sofa sambil menyandarkan kepalanya dengan mata yang terpejam.Wajah terakhir ibu
dan adik kembarnya terlayar diruangan fikirannya.Rasa rindu yang dipendamnya
begitu mengasak jiwanya.
'Rissa rindu ibu dan adik” bisik
hatinya.
Rokiah yang berada di dapur
seperti mendengar ada orang memberi salam di luar. Dia bergegas ke ruang
tamu.Saat matanya ternampak susuk tubuh seseorang di sofa, hatinya berasa sedih
mengenangkan seorang anak yang menanggung rindu pada ibu dan adik kembarnya.
Walaupun dia melihat Rissa sentiasa ceria dihadapannya dan suaminya, tapi di
sebalik matanya langsung tiada sinar.Dia tahu hati anak itu berat menanggung
rindu.
Ya, dia yang mengasuh Rissa
sejak berumur 6 tahun lagi. Dia yang memberi segala didikan dan kasih sayang
seorang ibu pada Rissa.Pernah dulu semasa usia Rissa mencecah 6 tahun dia akan
menangis sendiri di tiang seri rumahnya sambil memanggil-manggil ibu dan adik
kembarnya.Kini setiap petang dia melihat Rissa akan berdiri di tiang seri
rumahnya sambil memandang ke arah gate di depan rumahnya menunggu insan
yang sentiasa di rindunya untuk kembali ke rumah itu.Setia menunggu mereka.
Mak Kiah yang tidak mahu larut
kenangan lama terus melangkah perlahan-lahan mendekati anak majikannya. Lalu
disentuh lembut bahu Rissa.
“Rissa..”
“Kenapa ini?”
“Nak Mak Kiah sediakan makan
petang ke?” Rokiah menyoal anak majikannya.
Fhyka Arissa yang terasa bahunya
di sentuh terus membuka matanya.Dia hanya merenung Mak Kiah tanpa berminat
untuk membalas semua pertanyaan dari Mak Kiah.Arissa yang merenung Mak Kiah
terus berdiri meluru memeluk tubuh tua itu.Dipeluk tubuh tua tu dengan erat.Mak
Kiah yang terkejut dengan tindakan Rissa turut membalas pelukkan Rissa sambil
mengusap belakang anak majikannya.
“Kenapa ini bergaduh lagi ke
dengan Ammar?”soal Mak kiah.
Arissa masih diam.
“Kali ini Ammar buat apa sampai Rissa sedih?”soal
Mak Kiah balik.
Arissa langsung tidak menjawab
pertanyaan dari Mak Kiah, ketika ini di perlukan seseorang untuk di peluk.
Rindu pada ibu dan adik kembarnya sering bermain di fikirannya tidak pernah
sekali dalam hidupnya melupakan mereka.Kerana keegoan Megat Ihsan, Arissa
kehilangan pelukan dari seorang ibu yang selalu di dambakannya.Adiknya pula
tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang ayah.
“Rissa kenapa ini 'nak' cuba
cakap dekat Mak Kiah apa yang buat Rissa sedih?”
Arissa masih berdiam diri sambil
memeluk erat Mak Kiah. Mak Kiah lah tempat dia mengadu dan merasai kasih sayang
seorang ibu. Lama mereka berkeadaan seperti tu,akhirnya Arissa menolak tubuh
Mak kiah perlahan-lahan. Dia nampak riak risau dari wajah Mak
Kiah.Perlahan-lahan Arissa mengukir senyuman untuk Mak Kiah.
Mak Kiah yang melihat senyuman
di wajah Arissa turut membalas sambil tangannya menyeka sisa airmata di wajah
Fhyka Arissa.Di belainya rambut anak majikannya.Dia pernah melihat gambar
Rahmah Khalissa ketika dia sedang mengemas bilik Arissa.Wajah Arissa saling tak
tumpah seiras seperti ibunya,pasti adik kembarnya juga cantik seperti
kakaknya.Mak Kiah bermonolog di dalam hati.
“Rissa tak ada apa-apa Mak
Kiah,Rissa tak gaduh pun dengan Ammar.”
“Rissaa…cuma rindukan ibu, rindu
sangat Mak Kiah,” Fhyka Arissa bersuara sayu.”
“Insyallah kalau semua doa-doa
Rissa di perkenankan oleh-NYA pasti suatu hari nanti Rissa akan berjumpa dengan
ibu dan adik kembar Rissa,” ujar Mak Kiah yang cuba menenangkan Rissa ketika
ini.
“Terima kasih Mak Kiah,Rissa
sayang Mak Kiah,” sambil dia memeluk erat Mak Kiah.Pipi tua itu di cium dengan
kasih.
“Rissa nak Mak Kiah sediakan
makanan petang untuk Rissa ke?” Mak Kiah bertanya pada Fhyka Arissa.
Arissa tidak menjawab,dia hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan.
Di kala ini dia tidak mempunyai
nafsu untuk makan.Apa yang ada di dalam di fikirannya ialah di mana ibu dan
adiknya.
“Hhmm.. Rissa naik dulu Mak
Kiah,nanti Rissa makan bersama dengan ayah” jawab Fhyka Arissa.
“Yelah, pergilah naik ke atas
berehat. Jangan lupa solat zohor.” Mak Kiah mengingatkan Arissa.
“Baiklah, nanti kalau Rissa
tertidur Mak Kiah tolong kejutkan Rissa tau. Rissa nak makan dengan ayah.”
ujar Rissa dengan manja.Cepat dia memujuk hatinya.
“Baiklah Rissa nanti Mak Kiah
kejutkan Rissa kalau ayah Rissa dah balik. "Kata Mak Kiah,Fyhka Arissa
membalas dengan anggukan sahaja.
**********
Fhyka Arissa melangkah
perlahan-lahan meniti satu persatu anak tangga,sampai di anak tangga terakhir
dia berhenti dan mula berjalan ke arah pintu bilik yang bertentangan dengan
biliknya. Dia berdiri lama di depan pintu itu tanpa mahu masuk ke dalam, dia
tidak kuat untuk masuk ke dalam bilik itu. Dia mula berpaling ke arah pintu
biliknya. Dia melangkah lemah ,begnya hanya di campak ke sudut meja belajar
yang tersedia di biliknya.Setelah dia mengerjakan solat zohor dia berteleku di
tepi katilnya sampai mendengar radio. Perlahan-lahan dia mula merebahkan
tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Kedengaran di corong radio ketika itu lagu
D’masiv ,bait-bait dari lirik lagu itu mengingatkan dia pada ibu dan adik
kembarnya.Rindunya datang lagi.
Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini
tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
aku rindu setengah
mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak
bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati
kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…
Ketika lagu dari kumpulan
tersebut habis mata Arissa perlahan-lahan mula tertutup.Ada airmata di lihat
jatuh ke pipi Arissa. Sebelum Arissa menutup matanya dia sempat berkata,
“Ibu,Adik kakak rindu.”
YA-ALLAH kau kuatkan
dia menjadi tabah dalam menempuh ujianmu YA-ALLAH.
BERSAMBUNG... ;)
Sedih..
ReplyDelete