FOLLOWERS

Thursday, January 2, 2014

KASIH SI KEMBAR BAB 33





SEMASA Megat Ammar masih di biliknya. Fika Farisya yang sudah selesai mengemas bilik tidurnya,  melangkah ke dapur dengan memakai t-shirt lengan pendek warna pink dengan seluar trek suit berwarna putih.  

Simple penampilan dia bila berada di rumah. Rambutnya yang panjang di biar lepas tanpa di sikat. Wajahnya yang cantik di tempek dengan bedak sejuk. Ni kalau orang tengok sekali  mau  teriak tanpa suara lalu pengsan jika terpandangnya.

Perutnya terasa lapar pulak, dah lah  papa, Mak Engku keluar. Tak kan aku nak suruh Mak Leha masak! Dia mungkin letih. Kalau aku tahu nak aje aku keluar nanti kalau keluar aku nak keluar ngan siapa? Tofan? Eei.. tak nak aku keluar dengan dia lagi gatal mengalahkan raja ulat segala ulat. Boleh kencing manis aku nanti dia buat dengan ayat-ayat over manis tu.

Dengan malas Fika Farisya terus mengambil ayam goreng di bawah tudung saji, lalu dipanaskan dalam microwave. Megat Ammar sudah turun ke dapur, tekaknya terasa haus. Di lehernya tersangkut kain tuala. Dia sempat mencebikkan bibirnya sebaik sahaja terlihat tubuh Fika Farisya yang sedang membelakang dirinya itu.

“Fika,” panggilnya namun Fika Farisya seperti tidak mengedahkannya.

Megat Ammar mendengus sedikit.

“Fika!” pangilnya kuat.

Fika Farisya yang mendengar namanya dijerit terus berpusing.

Megat Ammar terus terkejut sebaik bertatapan dengan wajah itu.

“Oh…buruknya you…” spontan perkataan itu terpancul dari mulutnya.

Fika Farisya mengecilkan matanya.

“Apahal kau datang-datang aje terus mulut kau macam ni? Suka-suka hati kata aku buruk, macam lah kau hensem sangat! Kau nak kena ke?” bebel Fika Farisya dengan nada geram lalu dia terus berpusing untuk pergi ke meja makan yang sudah tersedia di dapur tanpa menghiraukan Megat Ammar yang masih memandangnya.

“Cuba you cermin muka you dah serupa hantu tepung gomat dengan rambut dan bedak tebal entah berapa inci you tu,” ajuk Megat Ammar.

Fika Farisya sudah mengusap-usap dadanya. Sabarlah wahai hati! Kalau lama-lama macam ni memang ada yang makan penangannya nanti. Megat Ammar mengekor dari belakang dan duduk bertentangan dengan Fika Farisya.

“Hei Fika, kenapa you nak sangat kahwin dengan I ? You dah jatuh cinta kan dengan I, pasal tu you tak kisah kahwin dengan I dulu walau I bangkang sekeras- kerasnya dulu,” soal Megat Ammar tiba-tiba.

Fika Farisya yang baru pulih dari perasaan marah sempat menjeling sekilas pada Megat Ammar sambil menguak anak rambut yang menuntup dahinya.

“Hhmmm… kan aku dah kata tadi jangan makan pak aji banyak sangat tengok ni lah padahnya, bila orang tu terlampau perasan sangat. Kau tengok mata aku ni ada bersinar-sinar, perangai aku ini ada tergedik-gedik kat kau ke? Tak ada kan? So jangan perasan iya Tuan Megat! Jawapan spontan dari Fika Farisya menyebabkan Megat Ammar naik ke biliknya dengan hempasan pintu yang kuat.Geram.Balik-balik dia yang terkena.

Haa.. bagus betul perangai kau tu! Hempas pintu tu! Kang tak lama lagi mahu roboh pintu bilik kau nanti.Hey.. anak lelaki siapa lah dia ini, cepat terasa.

“Siapa suruh kau perasan sangat. Padam muka. Adoii apa aku nak makan ni ,tak kan ayam goreng ni aje, rasa tak lalu pulak aku nak makan. Apa aku nak masak boleh cepat aku kenyang? Aku tahu nak masak apa.Ah, Maggi.. cepat di masak sedap di makan,” bibir Fika Farisya bernyanyi perlahan sambil mengambil bahan-bahan untuk di masukan ke dalam Magginya nanti.

Tangan Fika Farisya lincah menyediakan bahan penumis untuk memasak  makan malamnya. Selepas mengambil masa hampir 15 minit akhirnya siap jugak menu makan malamnya. Memang aku perempuan yang malas masak, masak benda ni semua orang tahu. Dengan jayanya dia membawa hasil masakan keluar dari kuali lalu di pindah ke dalam mangkuk. Aroma mi maggi naik ke seluruh ruang tamu. Di kala ini Megat Ammar yang  sudah pun berada di sofa menonton televisyen. Matanya langsung tidak dikalih pada Fika Farisya yang sudah duduk di meja makan. Megat Ammar yang sudah berpakaian tidur di lihat menyandar lesu di sofa. Aik, bila pulak dia turun kenapa tak dengar hempasan pintu lagi. Lantak dia lah baik aku bedal maggi yang aku masak ini mesti sedap. Baru Fika mahu menyuap maggi ke dalam mulutnya, seleranya jadi terbatut seketika bila melihat Megat Ammar, hmmm.. dia dah makan ke belum? Aku rasa dia belum makan lagi, kesian pulak aku tengok dia. Tak salah aku buat pahala.

“Tuan Megat..”

Megat Ammar yang menyandar di sofa terus memusing wajahnya.

“Maaf, you panggil I ke?” soalnya dengan wajah berkerut seribu.

Fika Farisya mengulangi lagi.

“Tuan Megat… Kenapa tak percaya ke aku panggil kau Tuan Megat, dah memang kau yang minta aku panggil kau Tuan Megat kan? Dan mulai sekarang aku tak akan membahasakan diri aku atau kau lagi sebab aku tak nak tanggung dosa yang dah memang dah banyak sejak bersama Tuan Megat lagi,” jawab Fika Farisya bersahaja, memang sudah di tanam di dalam hatinya tidak akan ber ‘kau’ ‘aku’ lagi dengan Megat Ammar. Dengan Megat Ammar sahaja kalau dengan raja segala ulat tetap aku guna bahasa tu. Omel Fika Farisya di dalam hati.

Megat Ammar sudah mengalihkan badannnya menghadap Fika Farisya. Entah mengapa saat mata mereka bertemu Fika Farisya melihat memang Megat Ammar tampan patutlah Syahrini tergedik-gedik, mana tak gedik dapat pakwe tampan, berkerjaya dan kaya lagi. Kutuk hatinya.

You tak payah formal dengan I, kat rumah you boleh panggil Amm aje.  

Fika Farisya seperti tidak percaya,bulat matanya, di ketuk kepalanya perlahan untuk mengembalikan dia semula ke alam yang nyata. Sebaik suara garau Megat Ammar menerjah gegendang telinganya.

“Panggil Amm? Tak naklah, tak biasa aaak.. saya. Apapun suka hati saya lah nak panggil awak apa pun. Mulut saya, suara saya, bukannya pakai mulut awak,” jawab Fika Farisya bengang bila panggilan nama pun hendak diatur oleh lelaki yang tidak ingin menjadi suaminya.

Fika Farisya buat tidak tahu, dia suka melihat Megat Ammar marah bila benda yang dia tidak suka, lagi lah Fika suka buat. Megat Ammar mendengus mendengarnya namun elok dia mahu menegur tentang panggil dirinya Fika Farisya memanggilnya lagi.

“Tuan Megat… awak lapar tak? Nak Maggi? Kalau nak saya bahagi dua Maggi yang saya masak ni.” Baik pulak hati Fika Farisya mahu membahagi makanannya untuk di beri pada Megat Ammar, kalau biasa pandang muka pun tak nak! Asyik bergaduh aje.

Megat Ammar tidak menjawab. Dia terus menumpukan semula perhatian pada kaca televisyen. Bibir Fika Farisya mencebik.

“Uitt… orang dah ajak jual mahal pulak, tak nak sudah! Dia tak rasa lagi betapa sedapnya aku masak…” dengan membaca bismillah, Fika Farisya sudah mula menyudu magginya. Namun belum sempat Maggi itu selamat masuk ke dalam mulutnya yang sudah terbuka terus terkatup balik. Hisshh..ada aje orang yang tak senang dengan aku, ada aje yang berbunyi bila aku nak relax! Ni entah apek mana lagi yang hantar barang malam- malam ni.Rungutnya sebal.

Fika Farisya terus bangun, tak kan nak tunggu Mak Leha bukak pulak kesian Mak Leha dari pagi sampai malam duk berkerja aje. Baru di mahu membuka langkah, terhenti seketika. Megat Ammar lebih cepat melangkah ke pintu.

“Ini pesanan encik..”

Berkerut dahi Fika Farisya.Pesanan? Mamat ni pesan apa errk? Bau macam masakan ala Thai je! Setelah menuntup pintu, Megat Ammar terus menuju ke dapur dan kembali bersama mangkuk yang berisi, dia kembali lagi ke belakang untuk mengambil lagi makanan yang sudah di letakkan di dalam pinggan. Serasa air liur Fika Farisya sudah berkali-kali tertelan melihat hidangan yang di pesan oleh Megat Ammar.

Amboii… banyaknya makanan yang dia pesan. Sempat lagi Fika Farisya mengerling sekilas ke arah Megat Ammar. Megat Ammar begitu berselera sekali menikmati makan malamnya tanpa berniat nak mempelawa perempuan yang sudah 2 jam menghuni rumahnya tanpa kerelaan hati. Dia perasan jelingan tajam dari isterinya yang dari tadi memandang tajam ke arahnya, dia buat tak tahu aje. Ada aku kisah!

Fika Farisya menguyah perlahan Magginya yang sudah terasa kembang di dalam mangkuk, ni semua akibat dia melihat si mamat besi makan. Megat Ammar mengerling sekilas dengan senyuman sinis.

“Hai, slownya you makan, kenapa? Maggi tu dah tak sedap ke?” suara Megat Ammar memecah kesunyian yang bertamu sekian lama.

“Tengok, nanti kalau saya kata Tuan Megat ni buta! Tuan Megat marah dekat saya. Tuan Megat tak nampak ke saya tengah menyuah ni? Mesti lah sedap. Tak payah lah Tuan Megat nak berlagak dengan hidangan ala-ala Thai tu. Tak terliur pun! For your information, hidangan yang Tuan Megat makan ni saya dah makan dengan raja segala ulat semalam. Oopss.. raja segala ulat tu encik Tofan.” Beritahunya lagi pada Megat Ammar.

Tersembur minuman yang di minum Megat Ammar ke muka Fika Farisya yang sedang mahu menyuapkan Maggi ke dalam mulutnya.  

“Eeee… apa Tuan Megat ni, minum tak senonoh! Tengok muka saya, habis terkena jangkitan air yang tak di tapis yang dah keluar dari mulut Tuan Megat!” Dengan wajah yang marah dan meluat, Fika Farisya terus mengangkat magkuk Magginya lalu di bawa ke dapur.

“Pengotor punya mamat besi.. tengok aku kena basuh balik muka aku yang dah aku tempek bedak ni, buat rugi bedak sejuk aku aje! Kan dah membazir kena tempek balik, menyusahkan betul. Sikit-sikit nak terperanjat.” Jeritan tak puas hati bergema di dapur.

Megat Ammar hanya tersenyum sendirian mendengar bebelan Fika Farisya. Padam muka tu lah siapa suruh kau buat aku terkejut! 

Di sebalik kekecohan yang timbul ada sepasang mata memandang senang dengan perangai mereka. ‘Allah buka lah pintu hati mereka suatu hari nanti untuk menerima cinta di antara mereka kelak’ doa Megat Ilman di dalam hati, dia senang menerima kehadiran Fika Farisya di sini, bertambah meriah lah dengan suara anak saudaranya tu nanti bila berperang dengan anaknya Megat Ammar.



Masa berlalu dengan pantas. Siang berganti malam, malam berganti siang. Jatuh, bangun, kesakitan, kesedihan, kematian tidak akan menghentikan pergerakan jam walau sedetik dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Diam tak diam Fika Farisya sudah 3 bulan duduk sebumbung dengan Megat Ammar dan Engku Habibah. Hubungan mereka, masih sama pantang bersua muka pasti bergaduh, ada sahaja yang tidak kena di mata masing-masing.

Megat Ammar masih membenci Fika Farisya. Entah kenapa benci sangat dia pada isterinya itu. Alangkah indahnya kehidupan mereka berdua jika saling cinta-mencintai, pasti rumahtangga mereka bahagia kini. Itulah bila hajat tidak dapat di penuhi untuk bersama dengan orang tersayang, inilah padahnya!

Mak Engku pula, masih diingin seperti dulu, sangkaan Fika Farisya yang dengan perkhawinan dan tinggal sebumbung akan membawa perubahan yang positif di dalam hubungan mereka, dugaannya meleset sama sekali. Setiap kali dia bersua muka dengan Mak Engku di pejabat atau di rumah, seraut wajah beku dilihatnya. Walaupun tiada lagi tengkingan mahupun makian pada dirinya, tetapi kedinginan Mak Engku yang bak kutub utara itu, dalam diam dirasakan seperti menyiat-nyiat jantung hatinya.

Hari ini Fika Farisya pulang awal dari tempat kerja, dia terasa seperti mahu demam sejak dari semalam lagi. Sampai dipejabat tadi kepalanya terasa berdeyut-denyut lebih-lebih lagi bila Shahrini yang menjadi model part time di ofis membuat kacau di bilik mesyuarat tadi. Bilalah perempuan ini nak berubah memalukan kaum sejenis aje.

Fika Farisya  sudah terbaring di sofa. Perlahan-lahan matanya mula terpejam, telefon bimbitnya berbunyi tanda ada pesanan ringkas yang masuk. Mungkin dari suaminya? Huhh! Jangan harap mamat besi nak bagi pesanan ringkas dekat dia, walaupun dia dah nak mati rasanya tak akan ada pesanan untuknya. “Hishh… yang aku susah-susah fikirkan dia buat apa? Buat tambah pening kepala yang memang dah pening ini aje.

Sayang, where are you dear? Tadi I cari you kat ofis tapi you tak ada. Jom kita date! I sampai kejap lagi. Bersiap tau!

Pesanan dari Tofan itu dibaca berkali-kali. Dahinya sudah berkerut. Ini lagi sorang mamat dah tahu aku rasa nak demam lagi mau ajak aku date. Erkk, dia tahu ke aku tinggal dekat sini? Rasa dia tak tahu? Lantak kau lah raja ulat, kepala aku dah makin berdeyut-denyut ini!” bebel Fika Farisya lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Malas dia hendak melayan permintaan Tofan yang sahaja alasannya untuk membawa dia keluar, sudah di jelaskan pada Tofan bahawa dia isteri orang tapi masih tidak mahu percaya.

Fika Farisya terasa tidurnya terganggu bila mendengar bunyi lonceng apartmentnya berbunyi.

“Adoii… ada aje yang ganggu aku nak beradu di kala ini. Entah siapa pulak yang datang ni? Aku tengah sakit kepala ni, kang tak pasal-pasal aku ‘lesing’ kang,” jerit Fika Farisya, namun bunyi bising di depan pintu apartment makin menjadi-jadi.

Fika Farisya bangun sambil matanya memandang ke dinding, baran sungguh di buatnya tanpa bertangguh dia terus menuju ke depan pintu utama, dia berhenti di balik pintu, diintai melalui pintu melihat siapa gerangan yang bakal di ‘lesing’. Namun dia mengeluh bila melihat susuk tubuh yang sedang berdiri sambil membawa bunga mawar merah sambil tersenyum. Rela dalam terpaksa, di buka jua pintu.

Tofan yang mendengar pintu di kuak dari dalam terus tersenyum melihat wajah Fika Farisya yang terbias di matanya kini. “Hai, darling..”

“Assalamualaikum, ni datang ni kau nak apa?” 

“Erkk, salah Waalaikumusalam.” Jawab Tofan sambil tersengih, bila menyedari kesalahannya.
“Penat?” Tegur Tofan lagi.

Fika Farisya diam. Keluhan kecil terhela tanpa sengaja. Aku duduk kat sini pun dia tahu, entah ‘spy’ mana dia upah.

“Why? Nampak macam tak suka aje bila nampak I ?” 

Fika Farisya tersenyum pahit di bibirnya, tepat sungguh tekaan Tofan. Kepala digeleng perlahan, berbohong. “Ehh… mana ada, aku tak suka. Aku suka..suka…! Aku penat sikit hari ni…”

Tofan tersenyum kecil. Matanya masih merenung wajah Fika Farisya yang nampak kusut dan mamai lagi. Seperti selalu hati lelaki bergetar bila berhadapan dengan Fika Farisya. “You, tak mahu bukak pintu untuk I masuk ke dalam ke?”

“Maaf, aku nak bukak pintu ini untuk kau masuk tapi… aku rasa elok aje macam ni, kang tak pasal-pasal ada kes pulak kat tempat ni.” 

“Okay… I like perempuan yang macam ni, pandai jaga maruah.” Puji Tofan ikhlas.

“Well, thanks…” balas Fika Farisya, sesekali tangannya naik ke dahi, dipicit-picit.

Tofan tersenyum dan menggeleng bila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Fika Farisya, lurus sahaja jawapannnya. Mata Tofan masih bergayut di segenap wajah Fika Farisya. Seperti selalu, dia gagal melarikan pandangan matanya. Tersedar khilafnya, segera nafasnya ditarik, dalam-dalam.

“Hmmm… I like to treat you dinner, is it okay?”

Sudah di agak ayat yang bakal keluar dari mulut Tofan, pasti Tofan ada seribu banyak jalan untuk mengajak dia keluar walaupun sudah berjaya di tepis banyak kali.

“You tak free ke?” Tofan menjongketkan keningnya. Dia pasti, Fika Farisya akan menolak segala pelawaannnya seperti hari-hari yang lalu, dalam hatinya berasa hampa lagi tatkala melihat Fika Farisya hanya diam seperti tidak mahu menerima pelawaannya. “Come on Fika, please kali ini jangan reject permintaan I !”
“Hmmm… aku fikir dululah macam mana.”

You nak fikir apa?”

“Errr… aku ada janji dengan Zafril dan Kak Rissa malam ni, dah lama aku tak jumpa mereka berdua,” balas Fika Farisya beralasan.

“Tak boleh ke you postpone jumpa mereka malam lain? Please?” soal Tofan mengharap Fika Farisya menerima pelawaannya kali ini.

Melihat wajah Tofan yang penuh berharap, Fika Farisya rasa serba salah pula. Bukan selalu dia menerima pelawaan Tofan, banyak pelawaan Tofan di tolak mentah-mentah. 

“Okay, nanti aku call Kak Rissa kata dinner malam lain..”

Tofan tersenyum kecil. “Thanks.. you nak pergi sendiri atau nak I ambik you nanti?”

“Aku boleh pergi sen..” belum habis ayat Fika Farisya, dipotong oleh Tofan.

You pergi dengan I aje, nanti bila you dah siap let me know and text me. I tunggu you dekat bawah.”

Fika Farisya mengetap bibirnya, tak apa kali ini, aku ikut cara dia. Mahu tidak mahu terpaksa Fika Farisya mengangguk kepala dengan senyuman kelat. “Okay, aku jumpa kau kat bawah malam nanti.”

Jelas di wajah Tofan denan senyuman lebar. Sungguh hatinya ceria dengan respons positif daripada Fika Farisya. Malam ni akan di tawan hati Fika Farisya. Suasana romantik hanya mereka berdua sahaja disitu. Tidak sabar rasanya.

Okay, I”ll see you tonight. Jangan lupa I tunggu you kat bawah nanti.” Tofan masih lagi ceria. “Lagi satu, you jangan lupa minta izin dari si ‘dia’ nanti!” sebelah mata Tofan dikenyit pada Fika Farisya sebelum berlalu.

Fika Farisya mengangguk perlahan dan tersenyum hambar. Terasa kesat liur yang ditelan oleh Fika Farisya. Dia faham maksud Tofan walaupun Tofan tidak pernah bertanya siapa gerangan suaminya jawapan Tofan mudah, ‘bila tiba waktunya I akan tahu juga siapa suami yang telah mensia-siakan isteri secantik you, Fika. I akan pastikan jika dia lepaskan you,  I orang pertama yang akan buat you jatuh pada I




BERSAMBUNG ....;D

13 comments:

  1. akhirnya ada n3 baru..lama dh mnenati ... thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum umairah nora...
      Terima Kasih sudi menanti 'KSK'.. maaf buat nora tertunggu-tunggu... Semoga Ceria Bak Pelangi ;D

      -FikaNajwa-

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum.. Salam Sejahtera...
      Terima Kasih CNON sudi menanti, maaf sbb lambat update... Semoga Ceria Bak Pelangi ;)
      -FikaNajwa-

      Delete
  3. Yeya! Kak Fika dah update! Sayang kak Fika! 2 January birthday saya juga! sambung cepat-cepat tau!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nurul qasyira...
    Amboii suka erkk.. Terima kasih sudi lepak lagi Kat sini Baca 'KSK' .. La iya ke birthday kamu.. Happy birthday qasyira semoga panjang umur..murah rezeki.. Dan sukses .... Semoga Ceria Bak Pelangi..
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam.
    Suka-suka-suka! Sama-sama. Karya kat sini semuanya best-best. Terima kasih. Kak Fika juga, semoga ceria bak pelangi!

    ReplyDelete
  6. Best arh ... x sbar nk 2nggu yg strusnya .. Akak , cpat2x smbung erk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Izza Farhana...
      Terima Kasih , InsyaAllah ceq akan sambung KSK lagi.. Semoga Ceria Bak Pelangi ;D
      -FikaNajwa-

      Delete
  7. Assalamualaikum baby mio..
    Terima Kasih sudi baca n lepak kat blog ni lagi ;D InsyaAllah ceq akn sambung KSK lagi ... Semoga Ceria Bak Pelangi ;)
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete
  8. salam...ble nk upload next entry?xsbr nk tgu citer selanjutnye

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Anonymous..
    Maaf buat kamu tertunggu next N3 KSK.. ceq sekarang agak sibuk tu yg tak dapat nak uplaod macam biasa.. InsyaAllah kalo ada masa ceq up KSK... Semoga Ceria Bak Pelangi ;)
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete