Fika Farisya dan Zafril Zafuan yang beriringan berjalan masuk ke Secret Resipe.Dia melihat Kak Rissa,ayah,paklong
Ilman,Mak dan ayah Hassan sedang duduk di satu sudut sambil berborak menanti
kedatangannya.Fika Farisya berhenti di pandang setiap sudut,nafas dilepaskan
perlahan insan yang selalu di nantikan tidak hadir ketika ini.Masih benci lagi
ke insan itu?
Zafril Zafuan yang melihat langkah Fika Farisya
yang tiba-tiba berhenti turut berhenti dan merenung ke arah Fika Farisya.
“Fika,kau menung apa lagi tengah-tengah jalan
ini,”Zafril Zafuan menepuk lengan Fika Farisya.”Jom..semua dah tak sabar nak
jumpa kau terutama tunang kesayangan hamba.”
Fika Farisya yang mendengar naik geli
telinganya.Sejak bila pulak si Zafril ini pandai bermadah romantik segala, dah
macam ‘mat romeo’ aje aku
tengok,”desis hati Fika Farisya.
“Tak ada apa-apa aku cuma nak tengok mereka dari
jauh,seronok tengok mereka macam tu!”ujar Fika Farisya sambil bibirnya mengukir
senyuman bahagia.
Fhyka Arissa yang nampak kelibat adiknya, bangun
dari tempat duduknya ,terus mendepangkan tangannya sebaik melihat adik bersama
Zafril Zafuan.Fika Farisya tidak dapat mengawal perasaan gembiranya di kala
ini.Kedua-dua adik beradik tu saling berpelukan dengan begitu erat
sekali,melepaskan rindu yang telah lama bersarang sekian lama.
Zafril Zafuan,Megat Ilman,Megat Ihsan tersenyum
melihat gelagat Fika Farisya dan Arissa yang masih berpelukan lagi,memang kalau
si kembar ini dah berjumpa mahu orang sekeliling dia tak hiraukan.
“Dah..dahlah tu Fika,aku pun nak rasa peluk kamu
berdua pulak,”tegur Zafril Zafuan pada kelakuan Fika Farisya dan Fhyka Arissa
yang terlampau teruja bertemu semula.
“Kau jangan nak mengada!Nak peluk aku dengan Kak
Rissa erkk,kang lebam biji mata kau aku buat!Kau nak rasa ke?”seloroh Fika
Farisya sambil mengenggam tangannya.
“Eehh…kau simpan jelah penumbuk kau tu untuk orang
teristemewa kau!” jawab Zafril Zafuan menyerah kalah,bukan boleh percaya si
Fika ini kang tak pasal-pasal lebam mata dia.Nanti hilanglah saham
ketampanannya.
“Tahu pun takut,”ujar Fika Farisya sambil lengan
Fhyka Arissa makin erat dipautnya.
“Sudahlah tu,Zaf,Fika kamu berdua ini kalau
berjumpa ada aje yang kamu nak gaduhkan,”Mak Tija tiba-tiba menyampuk perbualan
antara anak-anaknya.
Fika yang mendengar suara Mak Tija terus memeluk
erat,dicium pipi tua tu berkali-kali.Fika Farisya merungkaikan pelukan Mak
Tija.Disalami ayah Hassan dan paklong Ilman.Saat matanya bertemu dengan ayahnya
di lihat ayah sedang tersenyum manis buatnya,tanpa menunggu lama Fika Farisya
terus memeluk manja tubuh Megat Ihsan,erat sekali seperti dia tidak mahu lagi
berpisah lagi dari keluarganya.
“Kriuk…kriuk..”
Fika Farisya terasa ayahnya menolak tubuhnya
perlahan-lahan sambil memandang Fika Farisya kening Megat Ihsan sengaja di
naikan,dia tergelak kecil diikuti semua yang ada di situ.
Fika Farisya yang melihat semua orang
tergelak,hanya tersengih kelat sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
“Maaf…adik laparlah ayah tu yang perut adik
berbunyi tu semua si Zafril ini punya pasal asyik sangat pandang pramugari yang
lalu kat depan dia,lepas makan ,jom kita balik okey,”usik Fika Farisya
mengenakan Zafril Zafuan.Dia nampak mata Zafril Zafuan besar merenungnya.
Fhyka Arissa,Megat Ihsan,Megat Ilman,Haji Hassan
dan Hajjar Tija yang mendengar tergelak mendengarnya.Mereka sekeluarga
menikmati makan tengah hari dengan begitu berselera di Secret Resipe.Meja makan itu riuh dengan gurau Fika Farisya dan
Zafril Zafuan.
“Fika…macam ini, esok kau bolehlah start kerja kau kat MIFA Holding,ringan
sikit beban aku,”tiba-tiba Zafril Zafuan bersuara.Semua mata memandang ke arah
Fika Farisya.
Fika menghembuskan nafas perlahan.”Hhmm.. aku rasa
aku nak cuti lagi sebab aku nak enjoy
dulu baru fokus pada kerja,sekarang
biar kau ajelah kerja sebab kau nak kahwin so
nak kumpul modal kan?”balas Fika sambil berseloroh.Dia tak pasti bila dia akan
masuk mulakan kerja di MIFA Holding,pasti dia akan bersemuka dengan Mak Engku
dan Megat Ammar.Apa aku kuat ke nanti?Persoalan yang sering berlegar-legar di
dalam fikirannya.
“Amboii..banyak cantik kau punya muka,tak ada aku
nak kau start esok jugak!Titik!,”arah
Zafril Zafuan.
“Kak Rissa…tengok bakal suami kak Rissa ini dah
macam bigboss pulak dekat syarikat
main paksa-paksa adik.”Fika Farisya mengadu pada Fhkya Arissa sambil kepalanya
di lentok manja di bahu Fyhka Arissa.
“Zaf,cuba you
tolak ansur sikit kan adik I baru
balik.Biar dia rehat dekat rumah.”jawab Fhyka Arissa sambil menyenitkan ke arah
Zafril Zafuan.
Fika Farisya yang mendengar jawapan kakaknya
tersenyum lebar.Di naikan ibu jarinya pada Zafril Zafuan.Di tergelak melihat
muncung Zafril Zafuan mencebik.Apa kau ingat kau boleh memang lawan aku
ke,Zaf?Sekali Kak Rissa bagi arahan terus cair menurut aje mamat ini, desis
hati Fika Farisya.
Haji Hassan dan Hajah Khatijah hanya mengelengkan
kepala mereka melihat keletah Fika Farisya dan anak mereka ada sahaja modal
mereka nak bergaduh dari dulu sampai sekarang,macam budak-budak.
“Ayah,kenapa ayah asyik pandang adik aje?Ada yang
tak kena ke ayah?Muka adik comot ke?”soal Fika Farisya bertubi-tubi pada Megat
Ihsan.
Megat Ihsan tersenyum manis,lalu mengeleng.”Bukan
ayah tengok sekarang adik bertambah cantik aje ayah tengok dah macam
model,”ujar Megat Ihsan.Mata anaknya yang membuat dia terus memandang Fika
Farisya,dia sangat merindui pemilik mata coklat hazel milik isterinya yang kini
milik puteri bongsunya yang mengingatkan dia pada Rahmah Khalissa.
Fika Farisya yang tahu perasaan ayahnya kini.Ayah
pasti sedang fikirkan ibu.Dia tahu matanya pasti mengingatkan ayah tentang
ibu.Dia cukup pasti itu walaupun dia membesar bersama ibu,sedikit sebanyak dia
tahu perasaan ayah.
“Uitt… yea ke ayah? Adik bertambah cantik dan cun
macam model,wahhh kalau macam ini adik boleh jadi model ini,bolehhh la….”belum
sempat Fika Farisya menghabiskan kata-katanya cepat-cepat Zafril Zafuan potong.
“Uweakk….kau jangan perasaan,ayah cakap macam tu
sebab nak senangkan hati kau aje,jangan lebih-lebih,”potong Zafril Zafuan.
Fika mengetap bibirnya.Eeee si Zaf ini kalau ada
orang puji aku mesti dia bidas.Ini tak boleh jadi ini,”omel Fika Farisya
perlahan tapi dapat di dengar oleh semua yang duduk di meja itu.
“Apa kau cakap ,Zaf?Aku perasan,kau sedar tak kau
kutuk siapa ini?Anak siapa?”cabar Fika Farisya.
“Pasal aku tahulah aku terpanggil nak potong cakap
kau sebelum kau terbang jauh nun kat atas sana,”jawab Zafriul Zafuan sambil
bibirnya di muncungkan.
“Alaaa..aku tahu ayah saja ambil hati kau supaya
kau tak….”
Belum Zafril menyudahkan terus di potong oleh Fika
Farisya.”Ayah…apa kau panggil dekat ayah aku?Kau dah panggil ayah,aku tak salah
dengar ke?Belum rasmi dah panggil ayah.Aku rasa kau yang perasan ini,”usik Fika
Farisya.
Glup!tertelan air liur Zafril Zafuan.Adoii macam
mana boleh aku tersasul depan minah ini desis hati Zafril.Semua yang berada di
meja masih tertawa dengan gelagat Zafril Zafuan dan Fika Farisya yang ada
sahaja topik nak di usik antara mereka.
“Dah…dah Fika,Zaf cepat makan tu.Boleh kita balik
lepas ini ibu tahu anak mak ini dah penat sebab baru sampai dari UK mesti
rasa….apa kata orang putih tu Jet leg.”sampuk Hajah Tija.
Bergema ketawa mereka semua mendengar Hajah Tija
menyebut Jet leg.
“Ibu bukan Jet Leg lah ibu tapi Flat,”ujar Zafril Zafuan.
“Alaa..salah sikit aje tu,bunyi pun sama
aje,”bangkang Hajah Tija.
“Sudah lah Tija oooii..sakit perut kami kamu
buat,sekarang bukan Fika atau Zaf lagi
yang buat kami gelak tapi kamu pun turut join sama.”kata Haji Hassan.Lihat
bibir isteri muncung bila di usik begitu.
“Jom kita balik,kita sambung dekat rumah perbualan
kita ini,Paklong tengok kamu pun letih Fika.”sampuk Megat Ilman.
******
Zafril Zafuan yang melihat sahabatnya sperti cacing kepanasan,dari duduk,berdiri dari
berdiri mundar-mandir di depannya.Jelas terpamer di wajah Fika Farisya,di lihat
Fika Farisya mengigit bibirnya seperti mencari idea aje gaya perempuan ini.
“Fika,kau kenapa dari tadi aku tengok
resah,risau,ralat dah macam 3R aje aku tengok kau ini,cuba kau tarik nafas dan
bertenang sikit.”usik Zafril Zafuan yang sudah menarik kerusi untuk Fika
Farisya.
“Aku tak ada mood
nak duduk,kau aje lah duduk aku tengah risau ini.Kau mana tahu masalah
aku,”balas Fika Farisya dengan suara lemah tapi muka tetap selamba.
Zafril Zafuan mengerutkan dahinya.Eehh,boleh pulak
ada mood nak duduk perempuan
ini,desis hati Zafril Zafuan.Tidak pula Zafril berminat untuk membalas atau
menyanggah kata-kata Fika Farisya.Lebih-lebih bila melihat wajah Fika Farisya
seperti ‘mak guard’ yang menjaga
keamanan aje lagaknya.
“Zaf,kau rasa apa yang Mak Engku nak cakap
nanti?Aku kena minta kak Rissa teman aku masuk ke dalam ke?Aku tak sedap
hatilah apa kata kita cancel aje
perjumpaan ini.Aku naik seramlah bila tengok muka Mak engku nanti,sure dia nak marah dan bagi amaran kat
aku nanti.Aku rasa tak….”Wajah resah Fika Farisya jelas terpamer di mukanya.
Zafril sudah bangun dari kerusi dan menghalang Fika
Farisya dari mundar mandir.Dia mengelengkan kepala sambil jari telunjuknya
digerak-gerak ke kiri dan ke kanan tanda tidak setuju.
“No
way..no way… Kau kena
jumpa jugak hari ini,tak boleh ngelat lagi,tak kan kau nak mengalah lagi jadi
aku rasa ini lah masanya kau bersemuka dengan Mak Engku.Lagipun kita dah practice apa yang perlu kau buat.Kau nak
takut apa lagi,cuba kau buat muka derk
kau tu mesti Mak Engku tak banyak cakap punya.Semalam bukan main semangat juang
kau depan ayah dan kak Rissa, kau kata tak gentar konon. Ini sekarang bila dah
ada kat sini kecut pulak.Apa kau ini cakap tak serupa bikin…malu weii!”Marah
Zafril Zafuan sambil di paling ke arah lain.Tanda protes dia tidak setuju jika
Fika Farisya tidak mahu bertemu dengan Engku Habibah.
Nak proteslah tu paling-paling muka ke arah lain
konon!”Aku bukan apa Zaf,aku tak kecut lah,tapi aku takut nanti kalau Mak Engku
cakap yang bukan-bukan tentang arwah ibu aku mau aku melenting nanti,kau bukan
tak tahu aku sayang ibu aku dan aku tak sanggup nak dengar hinaan atau makian
untuk ibu aku.Aku takut aku jadi cucu yang menderhaka pulak.Aku tak nak lah
buat ayah dan kak Rissa sedih kalau aku melawan nanti,kau pun tahu kan kalau
ada orang cuba sakiti ibu aku,aku pasti balas balik takut-takut nanti aku
tertumbuk lak Mak Engku nanti macam mana aku tumbuk muka hensem mamat besi kang
lepas kena tumbukan aku mesti dia kena serangan jantung,macam mana?,”Fika
Farisya cuba mencari alasan supaya sahabat baiknya termakan dan bersetuju
dengannya untuk pulang sahaja.
“Tak nak jadi cucu derhaka konon.Takut tertumbuk
muka Mak Engku bagai.Hei,Fika!Aku tak suruh kau jadi cucu derhaka atau tumbuk
muka Mak Engku,aku cuma nak kau jadi berani dan pertahankan maruah kau dan
keluarga kau dari di hina dan di caci oleh Mak Engku atau lebih tepat Tok Wan kau
sendiri.Aku jamin kau tak akan tertumbuk punya,kau kan sayang dekat Mak Engku!Lagi
satu tak akan kena serangan jantung pun Mak Engku kau tu.
Apapun alasan kau aku tak boleh terima dari kau
takut jom kita pracite lagi
sekali.Semalam kau kat rumah kau langsung tak hayati watak kau tak ada feel ,kaku.Okey sekarang aku keluar dulu
nanti aku masuk kau anggap aku Mak Engku,”balas Zafril Zafuan.Sungguh sayang
sekali Zafril pada Fika Farisya sampai begitu sekali dia memberi semangat untuk
Fika Farisya supaya berani berhadapan dengan Mak Engku.
Pintu terkuak dari luar,jelas Zafril melangkah
masuk.Fika Farisya dengan penuh yakin melemparkan senyuman pada Mak Engku
palsu.Pintu tertutup sendiri.
“Aku ada hal nak bincang dengan kau…,”Zafril
melembutkan suara garaunya,ala-ala suara perempuan konon.
Fika Farisya yang mendengar tidak lekang dengan
senyuman lebar dan manis.
“Apa yang kau senyum-senyum?Kau ingat aku nak jumpa
kau ini nak tengok kau senyum,kau jangan buang masa aku.Kau tahu kenapa aku
panggil kau ke sini?”Keras suara nada Zafril Zafuan.
Fika Farisya menarik nafas dan berdehem
sedikit,dengan keyakinan yang cuba di bina,wajah Mak Engku itu di pandang
dengan serius.
“Maaf Mak Engku,adik…,”
"Salah,sayalah biar nampak formal sikit..”sampuk
Zafril Zafuan yanmg duduk di kerusi kulit.
“Errkk..maaf Mak Engku,saya tak tahu kenapa Mak
Engku panggil saya tapi saya tahu ini mesti tentang wasiat arwah maklong Ainnur
dan ibu saya,betul tak!Saya rasa tak ada apa yang saya nak bantah tentang
wasiat itu,sebab apa yang tertulis adalah amanat terakhir dari maklong dan ibu
jadi saya rasa tak salah kita cuba tunaikan amanat tu,kalau Mak Engku keberatan
nak terima saya tak boleh nak kata apa,tapi saya nak Mak Engku tahu pendirian
saya tetap saya akan terima semua yang telah tertulis untuk saya tanpa ada
bantahan,”begitu bergaya cara Fika Farisya menunturkannya.
“Kau tak menyesal dengan keputusan yang kau buat
ini?”
“Insyallah saya tak akan menyesal dengan apa yang
saya buat,”sambung Fika Farisya lagi.
Zafril sudah menepuk-nepuk tangannya gembira.
“Ingat lepas kau kata macam tu kau terus keluar
tanpa pandang ke belakang lagi.Ingat tu!Aku gerenti mesti Mak Engku tu terdiam
punya.,”jawab Zafril Zafuan.
Fika Farisya mengangguk dengan wajah yang begitu
berkeyakinan.Kini dia yakin walaupun apa yang berlaku dia tidak akan mengelak
lagi mahu berjumpa Engku Habibah.Chaiyok!!
Dalam mereka berdua seronok dengan lakonan
masing-masing,pintu terkuak dari luar.Zafril Zafuan yang duduk di kerusi empuk
milik Megat Ihsan cepat-cepat bangun dan berdiri di sisi Fika Farisya.
“Adik…,dah ready
nak jumpa Tok Wan?Tok Wan ada di luar sekarang,”
Gulp! Tertelan air liur Fika Farisya bila kak Rissa
memberitahu bahawa Mak Engku berada di luar sekarang.Dia sudah mengangkat
kening pada Zafril Zafuan.
Pelik kenapa pulak Mak Engku nak berjumpa dia di
bilik ayahnya bukan bilik Mak Engku,sejak bila pulak Mak Engku sanggup
menceamar dulinya untuk jumpa aku bukan aku yang di panggil ke?Fika Farisya
melahirkan kecurigaannnya.
“Don’t worry
aku ada kat belakang kau..kau buat apa yang kita rancang tadi,”sanggah Zafril
Zafuan.
“Adik boleh ke Tok Wan masuk?Atau adik nak kak
Rissa teman?soal Fhyka Arissa sambil melangkah ke arah adiknya.Tangan adiknya
digenggam tanda dia juga ada di sisi Fika Farisya.
“Tak payah kak Rissa biar adik yang hadapinya
sendiri,adik boleh aje,”Fika Farisya menjawab walaupun dia tak berapa yakin
dengan dirinya.
“Adik pasti nak jumpa berdua aje dengan Tok
wan?Jadi boleh kak Rissa panggil Tok wan masuk ke sini sekarang?”
“Yup…boleh kak Rissa.Kak Rissa jangan risau tentang
adik,adik okey aje.”
Fyhka Arissa sempat memeluk erat adiknya,sambil
membisikan sesuatu di telinga Fika Farisya,”Kak Rissa dan ayah ada di luar. Kalau
adik perlu bantuan ayah dan kak Rissa nanti panggil aje kami.”
Fika mengangguk.Zafril Zafuan yang sempat menepuk
bahu Fika Farisya sebelum bergerak keluar bersama-sama Fyhka Arissa.Kini bila
pintu bilik ayahnya di tutup,Fika menarik nafasnya.Dia cuba bertenang.
Pintu bilik dibuka,seraut wajah Engku Habibah
melangkah masuk dengan tenang sambil meuju ke kerusi kulit milik ayahnya.
“Duduklah buat apa kau tengak macam tiang
elektrik,”sinis Engku Habibah mengarahkan Fika Farisya duduk di kerusi
bertentangan dengannya.
Terkaku sejenak Fika Farisya mendengar suara
diingin Engku Habibah.
“Kau sihat?”mukadimah Engku Habibah memulakan
perbualan.
Fika Farisya memandang sekeliling bilik
ayahnya,kalau-kalau ada orang yang bertanyakan tentang dia sihat ke tak?
Engku Habibah hanya menjadi pemerhati sahaja
melihat Fika Farisya langsung tidak mengeluarkan sebarang suara dari tadi
pertanyaannya tadi lansung tidak di jawab oleh cucunya itu.Engku Habibah mula
bosan melihat Fika Farisya yang seperti mencari seseorang di dalam bilik
itu.Namun dia harus bersabar demi mencapai visinya dia harus mengikut retak
Fika Farisya anak Rahmah Khalissa yang sangat di bencinya.
“Fika sihat?”Engku Habibah cuba bertutur lembut.
Fika Farisya terlopong bila mendengar semula soalan
dari mulut Engku Habibah dari ber ‘kau’ dah bertukar namanya pulak.
Fika Farisya pantas mengangguk tanpa mengeluarkan
sebarang suara.Lakonan yang cuba di lakonkan bersama Zafril Zafuan tadi hilang
entah ke mana.Kosong.Rasa gugup pun ada juga bila pertama kali mendengar suara
Mak Engku lembut,biasanya kalau berhadapan dengannya pasti suara Mak engku
bagai memakai microfon aje.
“Fika,Mak Engku sebenarnya…”Engku Habibah tidak
jadi menghabiskan ayatnya.Dia seperti berfikir sejenak.
Fika Farisya yang dari tadi menunduk memandang
lantai terus mengangkat kepalanya memandang Mak Engku.Dia menanti apa yang akan
keluar dari mulut Mak engku untuknya.
“Mak Engku nak ucap selamat datang pada Fika dan
kita bersatu kembali seperti sebuah keluarga,Mak Engku nak Fika tahu mak engku
tak ada halangan untuk Fika dan Ammar nak berkahwin.Mak Engku senang dengar
wasiat tu.”begitu lembut tutur kata Mak Engku pada Fika Farisya.
Fika Farisya bagai tidak percaya dia bagai tidak
percaya insan yang begitu membenci dirinya dan ibunya kini boleh bertutur
lembut dengannya.Buat masa ini dia tidak berani mengeluarkan suara ,mulutnya
bagai terkunci.Dia sendiri masih terpegun dengan tutur lembut bahasa yang
keluar dari mulut Mak Engku.Fika Farisya
masih diam tidak memberi sebarang respon
dari soalan Mak Engku tadi.
Jelas kedengaran Engku Habibah menarik nafas.
“Kenapa Fika tak jawab soalan Mak Engku tadi?Mak
Engku tahu wasiat ini berat untuk Ammar dan Fika tapi itu lah tandanya arwah
menyayangi kamu berdua,dan Mak engku yakin yang Fika pasti setuju dengan segala
yang dah di baca oleh uncle Fuad
tempohari.”
“Urrmm….”hanya itu yang mampu di jawab oleh Fika
Farisya.
Engku Habibah dapat membaca gerak geri Fika Farisya
tika ini dia tahu mesti cucunya berasa pelik dengannya.Perubahan karakternya
mendadak pasti membinggungkan Fika Farisya,namun dia tidak peduli apa yang ada
di fikirannnya sekarang visinya untuk merampas kembali harta dari Fika Farisya
tercapai walaupun dia harus bersabar dan bercakap lembut di depan cucu yang di
benci,siapa lagi kalau bukan anak-anak Rahmah Khalissa.
“Mak Engku nak Fika tahu yang Mak Engku tak kisah
kalau Fika yang menguruskan MIFA Holding dan menjadi salah satu ahli lembaga
pengarah yang memegang syer kedua terbesar selepas Mak Engku,tapi satu perkara
Fika kena fikirkan…”Engku Habibah terhenti seketika.
Fika memandang Engku Habibah,dia menanti apa lagi
yang bakal keluar dari mulut Engku Habibah.
“Fikirkan tentang permintaan arwah maklong dan ibu
kamu.Hajat arwah yang hendak Fika dan Ammar disatukan…”
Fika yang mula hendak memotong percakapan Engku
Habibah tadi,terpaksa berdiam bila melihat Engku Habibah memberi isyarat tangan
supaya dia mendengar dulu apa yang nak di sampaikan oleh Mak Engku.
“Fika kena tahu syer
itu bukan sikit,syer 40 peratus
itu hanya alasan untuk arwah menyampaikan hajat sahaja,mak engku yakin Fika
mesti tak sanggup mengecewakan arwah
maklong dan ibu Fika bukan?Mak engku yakin kenapa arwah memilih Fika untuk
menjadi menantu dan isteri pada Ammar.”Beria-ria Engku Habibah memujuk Fika
Farisya.
Fika Farisya terdiam,kini kepalanya berdeyut,ini
rasa macam nak pitam dah ada ini.Entah kenapa dia lagi suka pada Engku Habibah
yang asal dari yang ini.
“Tapii… mak engku saya pasti yang Tuan Megat Ammar
tak setuju dengan perkahwinan ini dia kan…”
Belum sempat Fika Farisya menmyelesaikan
ayatnya,Engku Habibah sudah memotong,”Pasal perkara itu Fika tak payah risau
Mak Engku dah berbincang dengan Amm,dan Amm sanggup terima Fika sebagai isteri
demi menyempurnakan hajat arwah mama Amm.Kata Amm lagi itu saja cara dia dapat
membalas jasa arwah mamanya.”
Fika Farisya tersenyum,dia tersenyum bukan terharu
dengan pengorbanan yang di buat oleh Megat Ammar untuk merealisasikan impian
arwah maklong Ainnur,tetapi terlampau terkejut melihat betapa
bersungguh-sungguhnya Mak Engku memujuknya supaya dia berkahwin dengan cucu
kesayangannya.Serasa selepas ini,pasti dia akan menjadi mangsa dera nenek dan
cucunya alamatnya dia bakal menempah katil hospital dalam masa terdekat ini.
Fika Farisya tersenyum hambar memandang Mak Engku
yang duduk selesa di depannya,satu lakonan yang begitu hebat dari Engku Habibah
kalau terjun dalam dunia lakonan mesti boleh mengalahkan lakonan Wan
Maimunah.Engku Habibah tidak membalas ssenyuman darinya tapi wajah Engku
Habibah masih dimaniskan untuk tontonan Fika Farisya.
“Mak Engku mesti tahu yang Tuan Megat dah ada buah
hati?Dia tak cintakan saya?Lagipun tak guna kalau semua orang setuju tapi Tuan
Megat tak setuju.”
“Siapa kata saya tak setuju?Saya sanggup buat apa
sahaja demi arwah mama saya.Saya tak ada masalah jika dikahwinkan dengan siapa
sahaja termasuk awak,Fika,”sampuk Megar Ammar dari muka pintu yang terkuak.
Terkejut Fika Farisya bila mendengar suara yang
datang dari arah belakang,terus kepalanya di paling ke arah suara yang datang
dari belakangnya.Dia hanya tersenyum sinis.Ini lagi satu pelakon boleh kalah
Adi Putra.Dia ini macam tahu-tahu aje aku tengah sebut nama dia.Tiba-tiba aje
mamat besi ini masuk.Argghh.. peduli apa aku dia ingat dia orang berdua boleh
berlakon aku pun boleh lah,korang tengok lakonan aku sekejap lagi.Berkorban
demi arwah maklong konon dia ingat aku bodoh ke kalau dia kata sanggup kahwin
dengan sesiapa sahaja pilihan arwah mama dia.Kalau nak sangat kenapa tak kahwin
aje dengan buah hati kau yang gedik tu!Fika Farisya mengerutu di dalam
hati.Meluat dia melihat Megat Ammar yanmg sudah memandang tanpa mata
berkelip.Kau ingat aku tergoda dengan mata kau kalau kau tenung aku lama-lama
ke?Mata aku lagi cantik,”regus Fika Farisya lagi.
Fika Farisya membetulkan duduknya,wajah kedua insan
dihadapannya di pandang,di renung.Lama.
“Fika,Mak Engku harap dengan penjelasan dari Amm
tadi dapat ubah pendirian Fika sedikit untuk menerima wasiat arwah mama Amm dan
ibu kamu.Kalau Amm sanggup buat satu pengorbanan takkan Fika tak sanggup
lakukan demi permintaan arwah.Fika nak Mak Engku buat apa supaya Fika setuju
untuk penuhi permintaan terakhir Ainuur.Jangan fikir tentang Ammar jika hati
Fika tak boleh terima Amm tapi tolong fikirkan tentang arwah.
Mak Engku tak akan paksa Fika,tapi kalau Fika tak
boleh jugak menerima perkahwinan ini untuk jangka masa panjang Mak engku rela
kalau Fika nak undur diri dan leraikan ikatan perkahwinan itu,asal hajat arwah
tertunai untuk melihat Amm dan Fika bersatu.Cuba Fika fikirkan mungkin dengan
perkahwinan ini salah satu permulaan untuk hubungan kita yang tak berapa
elok.Tak mahu ke Fika melihat ibu Fika tersenyum melihat anaknya sanggup
berkorban apa sahaja untuknya?Fika ambillah seberapa banyak masa yang Fika
perlukan untuk berfikir kalau Fika sudah membuat keputusan Mak Engku hormat
walau apa pun yang akan Fika buat,”ujar Engku Habibah perlahan.Engku Habibah
bangun dan mula melangkah keluar tapi belum sempat tombol pintu bilik pejabat
ayahnya terkuak dari dalam Fika Farisya bersuara.
“Saya setuju
untuk berkahwin dengan Tuan Megat tapi dengan syarat saya tak mahu buat kenduri
besar-besar cukup hanya family
terdekat sahaja yang tahu tentang perkahwinan ini,lagi satu Mak engku selepas
berkahwin saya nak Tuan Megat izinkan saya sambung belajar di UK,”tegas nada
yang keluar dari Fika Farisya tanpa memandang ke arah Megat Ammar dan Engku
Habibah.
Fika Farisya duduk semula dan bersandar,masih jelas
segala butir dan tutur kata dari Engku Habibah dan Megat Ammar padanya
tadi.Manusia hipokrit.Dia mengeluh lemah,betul ke apa yang dibuatnya?Macam mana
dengan masa depannya kelak?Apa yang dapat dia harapkan hubungan yang di janjikan
oleh Mak engku bisa di harap atau satu angan-angan yang memang tak mampu di
gapainya.
‘Ibu apa kasih Fika terbalas?Ah! dia benar-benar
buntu.
BERSAMBUNG.... ;D
Cam bosan pulak episod ni nape asyik ulang cerita ats cerita dari episod 23 lg , x habis og ke fika ke flash back je. Bila nk tauu jln ceeta seterusnya
ReplyDeletenk lagi tapi nk yang panjang2.. :D
ReplyDeleteita mohamad.....
ReplyDeleteTerima kasih sudi Follow cite ini ita..maaf kalau bab kali ini tak dapat nak puaskan hati ita...insyallah Flashback dah habis ngeee... terima kasih sudi tegur FN suka2....
arifuka kashirin....
Terima kasih Arifuka insyallah FN up kasi panjang sikit ... ;)
[FIKA NAJWA]