OLEH : FIKA NAJWA
Kara Kirana keluar dari rumah
sewanya,pandangan matanya di arah ke pintu pagar,kelihatan ada seorang gadis
yang sedang berdiri diluar pagar rumah sewanya.Gadis itu kelihatan letih dan
tidak bermaya.Diperhatikan gadis itu tunduk sambil meletakkan beg besar yang
dijinjingkannya ditepi tembok rumah sewa.
“Ah..kau cari siapa malam-malam ini kat rumah
aku.”sergah Kara Kirana setelah membuka gril pintu depan rumahnya.
“Assalamualaikum cik,maaf menganggu cik malam-malam
ini.Saya ada terbaca dekat pagar rumah sewa cik ini ada bilik kosong yang nak
disewakan?Betul ke?”tanya gadis itu pada Kara Kirana.
“Memang aku tengah cari orang nak sewa,bilik itu
pun masih kosong.Kenapa?Kau nak sewa bilik tu ke?”balas Kara Kirana.
Gadis itu mengangguk lemah.Dahi Kara berkerut
seribu sudah hampir tengah malam,kalau dia tidak terima di mana gadis itu mahu
mencari rumah sewa atau bilik sewa?Tidak manis anak gadis berjalan seorang diri
mencari bilik sewa di tengah-tengah kota besar begini.Lagipun dari gaya gadis
ini macam dari kampung pasti tidak ada siapa pun yang dia kenal.
Tanpa membuang masa,Kara mengambil kunci pagar dan
dibuka mangga.Ditolak pagar rumahnya dengan perlahan dan mempelawa gadis itu
masuk.
“Sila masuk!”pelawa Kara Kirana.
Gadis itu kelihatan keberatan dengan pelawaannya
tadi.’Mungkin gadis ini berhati-hati dengan orang yang baru dia kenal
mungkin,desis hati Kara Kirana.’
“Kau relax
okey,aku tak makan orang.Aku ikhlas tolong kau,lagipun kalau merayau-rayau
malam-malam ini aku takut kau kena kacau mat rempit pulak nanti.Kau jangan
risau kat dalam rumah ini aku tinggal seorang aje,”ujar Kara Kirana sambil
menarik tangan gadis itu dan sebelah lagi tangannya menjinjing beg besar gadis
itu.
“Duduklah,aku nak ke dapur kejap buat air untuk
kau.”
Gadis itu duduk sambil memerhatikan sekeliling
ruang tamu.Walaupun tak begitu besar tapi tetap kemas dan teratur susun atur
perabot yang serba moden.Di dalam hati dia mengucap syukur kerana malam ini dia
ada tempat berteduh,apa yang penting dia jauh dari kampung yang banyak membawa
duka dalam hidupnya.
“Siapa nama kau?Kau sebenarnya nak pergi mana?Atau
kau lari dari rumah ini?”soal Kara Kirana yang keluar dari dapur sambil membawa
dulang.
Kara Kirana meletakkan dulang ke atas meja,disuakan
gelas yang berisi orange juice pada
gadis tersebut.Gadis itu jelas masih terpinga-pinga,sedikit pun tidak menjawab
pertanyaannya tadi ,air yang disua jugak tidak disambut.Bermacam-macam soalan
keluar dari mulut Kara Kirana namun gadis itu masih tidak menjawab.Eehh…dia ini
bisu ke atau tak tahu apa yang aku tanya?Err..tak baik berprasangka
buruk,mungkin gadis ini penat atau masih takut dengan aku kot,bisik hati Kara
Kirana.
Kara Kirana bangun dari sofa,dia mengangkat beg
gadis tersebut.
“Mari aku tunjukkan bilik kau!”ujar Kara
Kirana.Dilihat gadis itu turut bangun dan mengekornya dari belakang.Kebetulan
dia memang sedang cari teman untuk menemaninya dirumah ini,kerana temannnya
Nani yang pernah duduk disini telah berkahwin dan bilik itu telah kosong dua
bulan lepas.
“Kau boleh tidur dekat bilik ini,kau masuklah aku
tahu kau penat kan?Esok kita berbual lagi,”ujar Kara Kirana.
Kara kemudian meninggalkan gadis itu
keseorangan.Mungkin gadis itu perlu masa tuk bersendirian.Kara masuk ke dalam
biliknya lalu terus mencapai ipodnya,disumbat telinga sambil kepalanya
tergeleng-geleng ke kiri dan kanan.Lagu Firman dari Indonesia dinyanyi kuat
oleh Kara Kirana hingga malam yang sunyi sepi jadi bingit satu rumah
sewanya.Habis satu lagu satu lagu lain dinaynyikan.Dengan cara ini dia melepaskan
geram yang tidak jadi dilepaskan kepada gadis yang kini menghuni dibilik
sebelah.Pertanyaannya langsung tidak dijawab. Orange juice
yang dibawa oleh gadis itu langsung tidak di minumnya.
******
Kara Kirana terjaga pukul enam pagi.Dia terus
bangun untuk ke bilik air,bilik yang kini dihuni gadis yang dia tidak tahu
namanya terbuka sedikit.Kara terjinkit-jingkit kakinya melangkah ke bilik gadis
itu untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh gadis itu.Rasa malu menular di
dalam dirinya bila melihat gadis itu sedang sujud di atas sejadah menunaikan
sembahyang subuh.
Dia malu pada dirinya,rasa sudah lama dia
meninggalkan suruhan Allah malah telekungnya sudah tidak tahu dia letak dimana
hilang tanpa dapat di kesan.Tak salah aku bagi gadis ini sewa bilik ini dia
memang baik kalau ikut apa yang aku lihat sekarang,detik hati Kara Kirana.
Kara tersenyum dan terus melangkah ke dapur.Dia
ingin menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua,sebelum dia berangkat ke
pejabat.Dalam leka Kara membuat kerja,dia langsung tidak sedar yang semua yang
dilakukan diperhatikan dari belakang.
“Terima kasih kerana sudi bagi saya tumpang semalam
disini!”ucap gadis itu tiba-tiba.
Kara yang asyik membuat kerja memalingkan mukanya
ke arah suara itu.Gadis itu sedang berdiri di tepi pintu dapur sambil
menjinjing begnya.
“Kau nak pergi mana pagi-pagi ini?Bukan kau nak
sewa bilik itu?Atau kau tak sudi nak tinggal dengan aku?”soal Kara Kirana.
Gadis itu menggeleng.”Ehh..bukan macam tu,saya suka
tinggal disini tapi saya tak ada wang pendahuluan nak buat deposit untuk sewa
bilik tu!”
Kara tersenyum mendengar jawapan gadis itu.
“Kau tinggal je kat sini dengan aku,soal sewa itu
kita fikir kemudian.Kalau kau tinggal kat sini ada jugak aku teman nak berbual
tak adalah aku sunyi lagi,”pujuk Kara Kirana.
Kara melihat gadis itu hanya mendiamkan
diri.Mungkin gadis itu berfikir dulu atau nak cari jawapan dari
pelawaannya,Kara membiarkan gadis itu berfikir,dia menyambung semula kerjanya.
“Siapa nama kau?Nama aku Kara Kirana tapi kau boleh
panggil aku Kara.”Kara Kirana memperkenalkan dirinya untuk memecahkan kesunyian
yang bertamu di ruang makan itu setelah lama gadis itu menyepi.
Kara Kirana menghulurkan tangannya dan disambut
perlahan oleh gadis itu.
“Saya Keysha Pelangi,”beritahunya.
“Keysha Pelangi..sedap nama kau.Nak aku panggil apa
dekat kau?Keysha atau Pelangi yang sentiasa berwarna diwaktu hujan?”seloroh
Kara Kirana.
“Awak boleh panggil saya Angi!”jawab Keysha Pelangi
perlahan.
Kara mengangguk.
“Angi…kau tinggal aje kat sini.Kalau kau cari rumah
sewa atau bilik sewa pun bukan senang.Sewanya kadang-kadang mahal dan tak
setimpal dengan apa yang nak sewa.Aku boleh tolong cari kerja kalau kau
nak,”kata Kara sambil memegang bahu Pelangi dengan lembut.
“Tak menyusahkan awak ke?Macam mana pulak dengan
sewa?”soal Pelangi.
“Mana pulak susah,aku okey je.Tentang sewa itu kita
tolak ketepi dulu,tu lain hari kita bincang erkk.Sekarang jom kita sarapan
dulu,lagipun aku nak bersiap pergi pejabat ini.”jawab Kara.
******
Sudah tiga bulan Pelangi tinggal bersama Kara.Kebetulan
di tempat kerja Kara memerlukan seorang pekerja baru.Pelangi cukup bersyukur
mempunyai teman seperti Kara yang sentiasa mengambil berat soal dirinya.
“Gopal,mana Pelangi dan Kara?”tanya Puan
Zaiton,pengurus Syraikat RD Sdh.Bhd apabila dia tidak nampak kelibat mereka
berdua dari tadi.
“Mereka ada di kantin puan sedang makan,”jawab Gopal.
“Pergi panggil mereka,katakan saya nak jumpa di
bilik saya sekarang,”perintah Puan Zaiton tegas.
“Baik Puan Zaiton.”Gopal segera melangkah ke kantin
mendapatkan Kara dan Pelangi.
“Kara,Angi,Puan Zaiton nak jumpa kamu berdua di
biliknya sekarang!”beritahu Gopal apabila melihat mereka berdua sedang lagi
makan di meja kantin syarikat.
“Wowowo..bro kau tak nampak ke? Kami tengah makan
ini!Agak-agaklah!”
“Sorry Kara,aku pun tak tahu apa Puan Zaiton tu nak
dari korang berdua!”jawab Gopal.
“Sekarangkan time makan nanti lepas makan
kami pergi ke bilik nenek sihir tu,”kata Kara Kirana.
“Ikut suka kaulah Kara,apa yang penting aku dah
sampaikan pesan Puan Zaiton tu kat korang berdua.Jangan lupa lepas makan ini
kau terus je pergi ke bilik Puan Zaiton kang meletup pulak dia.”ujar Gopal
sambil berlalu meninggalkan mereka berdua.
Nasi goreng yang sedang dimakan dibungkus semula
oleh Kara Kirana.Kemudian dia menghirup air teh o ais limau yang dibelinya
tadi.Kara menjeling Pelangi yang berusaha menghabiskan Mee gorengnya,dilihat
Pelangi jugak berbuat apa yang dibuat tadi.
“Kenapa Angi,kau tak habis ke mee goreng tu?”soal
Kara.
“Kenyang!”jawab Pelangi sepatah.
Tepat pukul satu tengah hari,Kara dan Pelangi
melangkah ke bilik Puan Zaiton.Mereka tidak terus mengetuk pintu bilik Puan
Zaiton tapi singgah sebentar di meja Intan setiausaha Puan Zaiton.
“Psst…Intan 'nenek
sihir' ada tak dalam bilik dia?”tanya Kara pada setiausaha Puan Zaiton.
“Weii! Kenapa kau lambat masuk bilik dia.Aku nampak
muka dia dah semacam dah tadi masa tanya aku mana korang.Dah..dah pergi masuk
kang meletup pulak dia.”halau Intan menyuruh Kara dan Pelangi masuk.
Kara memandang Pelangi sambil mengetuk pintu dengan
berhati-hati.
“Masuk!”jawab Puan Zaiton dari dalam.
“Awak berdua ini pergi mana tadi?”soal Puan Zaiton.
“Makan!”jawab Kara Kirana selamba.
“Kamu berdua tahu kenapa saya panggil kamu ke
sini?soal Puan Zaiton lagi.
Wajah Puan Zaiton yang seperti singa lapar tidak
dipandang oleh Kara,manakala Pelangi yang berdiri sebelahnya tidak banyak
cakap.Memang sikap Pelangi banyak mendiamkan diri.
“Sekarang awak berdua ikut saya!”arah Puan Zaiton
sambil melangkah keluar dari biliknya.
Kara dan Pelangi hanya mengikutnya dari
belakang.Mana si nenek sihir ini nak bawak aku dan Angi?Mesti kena jumpa dengan
Riyaaz anak saudara pengarah syarikat yang sombong,itu baru adik dia yang
mentakbir belum lagi abang dia yang masih outstation
join,gerutu hati Kara Kirana.
“Ini siapa punya kerja?Habis fail-fail bersepah
dekat bilik ini?”soal Puan Zaiton sambil menuding ke arah fail-fail yang tidak
tersusun rapi.
Kara memandang Pelangi.Intan yang berada dimejanya
tercengang mendengar suara bosnya begitu lantang memarahi Kara dan
Pelangi.Mujur staff tak ramai yang
masuk lagi.
“Kalau korang nak makan pun,selesaikan kerja
dulu,ini tidak korang biar je fail-fail ini bertabur tanpa disusun.Ini asyik
makan aje kerja korang,makan gaji buta ke!”tengking Puan Zaiton.
“Hidup ini kalau tak makan tak ada nikmatnya,tak
macam orang tu semua nak sukat,”jawab Kara selamba.Pelangi hanya menunduk ke
lantai sambil bibirnya diketap.
“Awak kalau saya tegur,berani melawan ya.Imej
syarikat ini harus dijaga.Jangan kerana kelalaian korang berdua,habis hilang
fail-fail sulit syarikat!”kata Puan Zaiton sambil berlalu dari situ apabila
melihat Encik Safuwan menghampiri mereka.
“Kenapa ini Kara,Pelangi?”soal Encik Safuwan
lembut.
Pelangi mula melakukan kerja-kerja menyusun.Begitu
juga Kara.
“Nak saya tolong ke Kara?”
“Tak apalah Encik Safuwan,buat susah-susah aje.Kami
boleh buat lagipun sikit je ini.”tolak Kara dengan perlahan dan lembut.
Encik Safuwan yang mendengar penjelasan dari mulut
Kara berlalu meninggalkan mereka berdua.Tidak lama Encik Safuawan beredar
kedengaran Kara mengeluh berat.
“Tak habis-habis nak cara masalah Puan Zaiton dan
Riyaaz ini.Aku tahu yang sepahkan semua fail-fail ini mesti si Riyaaz!”rungut
Kara.
"Angi,kau pergi lah aku boleh kemas
sendiri,lagipun ini bukan kerja kau pun."
"Tak apa saya tolong awak,"ujar Pelangi.
“Hah…macam mana rasanya kena marah,bestkan?”soal
Gopal sambil tunduk menolong mereka menyusun fail-fail di atas rak.
Kara mencebikan bibirnya,jelingan tajam dihadiahkan
pada Gopal.Eeee…orang tengah geram,ada ke dia kata best kena marah depan
staff.Ada yang nak kena pemyepak aku nampaknya si Gopal ini!,gerutu hati
kecil Kara.
“Siapa kata best
kena marah,tu bukan best tapi the best.Kenapa kau nak kena ke
Gopal?”Suara Intan mencelah jauh dari meja kerjanya.
Gopal hanya ketawa begitu juga dengan Kara.Cuma
Pelangi tidak ambil peduli dengan gurauan itu.Terlalu sukar untuk melihat
senyum dari bibir Pelangi.Pelangi hanya bercakap bila perlu sahaja.Pelangi
banyak mendiamkan diri.Jarang dia nampak Pelangi bercakap atau berbual-bual
dengan staff disini,suaranya keluar
bila ada orang bertanya sahaja.
*****
“Angi,aku rasa kau balik dulu nanti sendiri,aku ada
hal nanti mungkin malam nanti aku tak balik.Ini kunci rumah,”ucap Kara sambil
menghulurkan anak kunci rumah kepada Pelangi.
Pelangi mengambilnya tanpa banyak tanya pada Kara
yang tidak pulang ke rumah?Mesti Kara akan pulang pagi lagi.Kara pergi berlalu
dari situ setelah anak kunci rumahnya diberi pada Pelangi.
“Errkk..kau kata nak ajak teman serumah kau yang
baru?Mana dia?”soal teman Kara,Qis.
“Dia dah balik dulu,lain kali aje kita ajak
dia!”bohong Kara.
“Laa..kau tak bagitahu ke plan kita nak
pergi?”soal Qis lagi.
“Aku terlupa beritahu,”bohong Kara lagi.
Hajat dihati Kara memang mahu mengajak Pelangi
bersama tetapi mengenangkan Pelangi tidak sebulu dengannya,jadi dia terpaksa
tidak mengajak Pelangi.Seperti yang dijanjikan,kawan-kawan Kara sudah
menunggunya di hadapan pusat Karaoke.Apa lagi,berhiburlah mereka pada malam ini
melalak melepaskan tension kerja.Kara
sudah biasa pulang awal empat pagi atau bermalam di rumah Qis yang terletak
berhampiran pusat karaoke itu.
“Mana Wen?”soal Kara.
“Alaa..kau ini macam biasa ada dalam bilik tu
bersama dengan Osman!Beritahu Qis.
Kara hanya tersenyum.Dia sudah biasa perkara yang
dilakukan oleh kawan-kawannnya.Mereka bergaul tiada batas,bebas untuk melakukan
apa sahaja.Tanpa tiada siapa yang mengawal mereka.
Kara jugak sudah biasa,dia juga bebas melakukan apa
sahaja.Dia pernah disentuh,dicium oleh mana lelaki tetapi dia belum pernah
menyerahkan mahkotanya kepada mana-mana lelaki.
“Kau ke sini Zain tahu?”soal Qis tiba-tiba.
“Mata Kara yang hampir terlelap,terbuka semula.Kara
menggeleng.
“Abang Zain ada tadi masa aku makan tengah hari
tadi,”jawab Kara.
Azman yang sedang berbaring di sisi Qis sudah lama
berdengkur.
“Abang Zain nak aku berhenti buat semua ini,dia tak
nak aku bergaul lagi dengan korang,kalau aku nak kahwin dengan dia,”beritahu
Kara.
“Habis apa kata kau?”soal Qis.
“Aku kata no!”
“Kenapa?”
Pertanyaan Qis tidak dijawab.Lama Kara mendiamkan
diri.
“Apasal kau kata tolak,kan dia nak jadikan kau suri
hati dia.Kau ingat senang ke tolak peluang yang tak selalu ada.Sampai bila kau
nak hidup macam ini.Si Zain tu nak ambil kau jadi isteri dia kau terima
ajelah.”sambung Qis.
Kara bangun dari sofa.Dia malas mahu melayan orang
yang sibuk masuk campur dalam hal kehidupannnya.Ini hidup dia biar dia yang
menentukannya.Dia melangkah ke arah pintu.
“Ahh..nak ke mana Kara?”tanya Qis.
“Aku nak balik!”jawab Kara sepatah lalu keluar
meninggalkan rumah teras dua tingkat milik Qis dan kawan-kawannnya.
Kara Kirana sampai di rumah sewa pukul lima
pagi.Dia menolak daun pintu biliknya,direbahkan badan di atas katil.Dia cuba
melelapkan mata,namun matanya tidak mahu lelap.Kara bangun dari katil dan mula
melangkah ke bilik Pelangi.Pintu bilik Pelangi nampak rengang ditolak
perlahan-lahan.Dia tidak mahu menganggu lena Pelangi,tetapi sangkaan Kara
meleset sama sekali bila melihat Pelangi sudah lama bangun.
“Kara,semalam Zain call cari awak?”beritahu
Pelangi.
“Habis kau jawab apa Angi?”Kara menyoal Pelangi
ingin kepastian.
“Saya kata awak tidur dekat rumah ayah awak,”jawab
Pelangi.
Kara tersenyum.Pandai juga dia ini berbohong,”bisik
hati Kara.
“Semalam ada tak Rashdan call?” soal Kara
pula.
Kepala Pelangi menggeleng.Dia nampak Pelangi
melangkah ke penjuru katil dan mengambil kotak besar lalu dihulurkan kepada
Kara.
“Jiran sebelah rumah yang bagi.Katanya ada seorang
lelaki yang bagi dia petang semalam,”beritahu Pelangi.
Kara menyambut kotak besar yang dihulurkan oleh
Pelangi,lalu membuka kotak tersebut.Sepasang kasut buatan Paris berwarna silver di dalamnya.Dari rupa kasut
tu,dia pasti tentu mahal harganya.Kara tersenyum girang.
Tidak sia-sia dia berkenalan dengan golongan
atasan,terutamanya Rashdan yang sememangnya kaya raya.Dia tinggal sebut apa
sahaja yang dia minta pasti semua akan di makbulkan oleh Rashdan.Bil air,bil
api ,bil telefon semua ditanggung oleh Rashdan.Dia hanya mencuci kaki masuk ke
sini.Setiap bulan pasti Rashdan juga yang mengeluarkan duit belanja untuk
kegunaannya.Sebab itu Kara tidak pernah kesempitan duit tiap bulan hidupnya
senang hanya menumpang kekayaan milik Rashdan,jutawan yang kaya.Pekerjaannya
sekarang pun atas budi bicara Rashdan,pemilik syarikat tempat dia bekerja.
“Angi,hari ini aku tak masuk kerjalah.Nanti kau
beritahu dekat Encik Riyaaz dan Puan Zaiton kata pada mereka saya
cuti,”beritahu Kara setelah lama berada di bilik Pelangi.
Pelangi hanya menanggguk tanpa banyak soal.Pelangi
juga mula bangun mahu menuju ke bilik air tapi kakinya tidak jadi melangkah
bila Kara memanggilnya,dia menoleh ke arah Kara yang masih berada di depan
pintu biliknya.
“Angi…malam ini kau tak payah tunggu aku,kalau
sempat aku balik kalau tak tengoklah macam mana.Hmmm..mungkin aku tak balik
kot,”sambung Kara lagi sambil melangkah keluar dari bilik Pelangi sambil
bibirnya menyanyi kecil.
Kara menghampiri meja telefon yang terletak
berdekatan tangga.Dia ingin menghubungi Rashdan,sudah lama dia tidak mendengar
suara lelaki itu.Ada rasa rindu bertamu dihatinya kini.Di dail nombor pejabat
Rashdan.
“Hello,selamat pagi boleh saya bercakap dengan
Encik Rashdan,”ujar Kara.
“Maaf cik,Encik Rashdan ke Korea,”beritahu
setiausahanya.
“Dah berapa lama dia ke sana?”
“Dua minggu Encik Rashdan akan berada disana,”jawab
setiausahanya ringkas.
“Cik,ada pesanan ke untuk Encik Rashdan?”soal
setiuasahanya.
“Kata pada Encik Rashdan,Kara Kirana call
dia.”kata Kara meninggalkan pesan.
“Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu cik?”
“Tak ada,terima kasih.”Kara menamatkan perbualan.
Gangang telefon diletakkan kembali.Mungkin Rashdan
ke sana bercuti bersama isteri mudanya mungkin.Itulah orang kaya mesti
beristeri lebih dari satu,tambahan lagi orang seperti Rashdan ada rupa dan
kemewahan wanita mana yang tak terpikat dengan kemewahan yang boleh diberi
Rashdan.Kesian pada Puan Zita ditinggalkan sendiri.
Rashdan pasti akan membawa buah tangan dari Korea
untuknya,dia pasti itu kerana walaupun ke mana Rashdan pergi pasti dia tidak
pernah lupa membelikannya sesuatu.Kadang-kadang dia pelik mungkin cara ini yang
digunakan Rashdan untuk menjeratnya?soal Kara di dalam hati.Bukan kemewahan
yang aku cari,aku dah lali dengan semua kebendaan yang ditakbur untuk aku.Apa
yang boleh aku dapat andai aku kahwin dengan seorang lelaki yang sudah
beristeri dua.Aku juga tak pernah ada perasaan terhadapnya,aku sekadar ingin
menumpang kemewahan Rashdan itu saja,hati Kara bermonolog sendiri.
*****
Pintu berwarna putih ditolak perlahan-lahan.Rumah
banglo dua tingkat milik mamanya sunyi sepi tanpa penghuni hanya Mak Nab sahaja
yang menghuni rumah banglo ini kini.Kaki Kara melangkah ke ruang dapur untuk
mengambil segelas minuman sejuk untuk menghilangkan dahaga.
“Kara baru sampai?"tegur Mak Nab yang sendang
mencuci cawan di sini.
Kara mengangguk lemah.
“Kara nak makan?”soal Mak Nab lagi.
“Mah Mab mama ke mana,”soal Kara tanpa menjawab
soalan Mak Nab.
“Puan Karina tak beritahu Kara yang dia pergi
bercuti ke Singapura?jawab Mak Nab sambil menghampiri Kara yang sedang duduk di
meja makan bertentangan dengannya.
“Mama pergi dengan siapa?Seorang diri ke?”Kara
bertanya lagi.
“Semua pergi.Ehh..Puan Karina tak ajak Kara
sekali?jawab Mak Nab sambil memandang sayu ke wajah Kara.
“Mana mereka nak ajak Kara.Kara ini siapalah Mak
Nab!”suara Kara kedengaran ditelinga Mak Nab sungguh sayu.
Kara bangun dari kerusi makan,dia berlalu ke ruang
tamu sambil memandang gambar-gambar yang tergantung di dinding.Satu –persatu
gambar-gambar itu ditatapnya.Semua gambar yang dilihat kepunyaan Puan Karina
bersama suami dan anak-anak.Gambarnya sekeping pun tiada di dalam rumah banglo
itu.Matanya terpandang satu sudut yang menempatkan gambar Puan Karina bersama
Zarina yang terletak di atas almari dipegangnya.
Kara merenung lama gambar itu.Puan Karina sedang
memeluk mesra bahu Zarina.Sebuah lagi gambar dipegangnya,gambar Puan Karina
bersama Zain.Hatinya bagai tertikam bila melihat kemesraan yang tergambar di
dalam gambar tersebut,air mata yang hampir menitik cepat-cepat di tahan.Gambar
itu diletak kembali ke tempat asal.Dia tahu mamanya sanggup serahkan apa sahaja
untuk anak-anak tirinya tetapi tidak padanya anak kandung sendiri.Sampai hati
mama menyisihkannya.
Kara melangkah longlai menuju ke sofa empuk milik
mamanya.
“Kara,ada yang tak kena ke nak?”tegur mak Nab yang
sejak tadi melihat Kara begitu asyik merenung gambar-gambar milik majikannnya.
“Mak Nab jangan risau,tak ada apa-apa!”ujar Kara.
Selama ini Kara hanya memedam rasa.Begitu lama dia
mengharapkan kasih seorang mama dan papa sejak mereka bercerai tetapi hampa
hanya dia yang terhegeh-hegeh kepada mereka.Puan Karina dan Encik Hisham tidak
pernah melayannya sebagai anak.
Setiap kali dia berkunjung ke sini,kedatangannya
bagai tidak di undang.Mungkin kebahagiaan Puan Karina hanya bersama dengan
Encik Rashid,suami baru mamanya.
Sakit dan benci bila mengenangkan semua ini.
Dua hari yang lepas Kara ke rumah papanya,Encik
Hashim tetapi sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut papa.Dia tidak
jemput masuk ke dalam rumah,hanya berdiri tegak di pintu pagar automatik.Kebetulan ada majlis di rumah
papanya,mesti ramai saudara sebelah papanya yang datang memeriahkan majlis
tersebut.Malukah papa kerana mempunyai anak sepertinya?Apa salah aku sampai
mereka memperlakukan seperti ini?Aku bagai tidak wujud?Kurang sempurna ke aku
sebagai anak mereka?bisik hati kecilnya.
Ini tidak adil jika mereka salahkan aku kerana
kegagalan rumah tangga mereka,bukankah mereka kini bahagia bersama keluarga
masing-masing,aku cuma perlu sedikit perhatian dari mereka itu sahaja.Aku nak
kasih sayang mereka untuk diriku.Bukan wang ringgit yang aku minta.Aku tak akan
mengalah.Selagi aku tak memiliki kasih dan sayang dari mama dan papa selagi itu
aku terus akan menangih kasih sayang mereka.Adakah ini jalan yang terbaik untuk
aku?Menagih kasih sayang mereka?Atau aku sendiri yang takut menghadapi
kenyataan bahawa mereka tidak mahu aku sebagai anak mereka?Lama Kara melayani
apa yang terlintas difikirannnya.
“Kara..malam ini Kara tidur di sini.Teman Mak
Nab,mahu tak?”soal Mak Nab sambil memegang bahu gadis itu apabila melihat sejak
tadi asyik termenung.
Kara tersentak segala fikiran yang di fikirkan
sebentar tadi melayang hilang.”Tak apalah Mak Nab,biar aje Kara balik!”tegas
Kara.
Tinggal di sini pun buat apa kalau fikiran dan
perasaannya di sakiti dengan pemandangan yang hanya ada Puan Karina dan
keluraganya.Entah bila mamanya akan pulang,dia sendiri tidak tahu.Baik aku
pergi enjoy atau meronda.Ke mana pun aku pergi pasti tiada siapa yang
akan melarang aku,kata hati Kara.
Kara menyalami Mak Nab dan meminta izin untuk
pulang,dia terus melangkah keluar dari rumah banglo dua tingkat.Dia tidak tahu
ke mana hendak ditujunya,dihidupkan enjin kereta miliknya dan akhirnya dia
menuju ke sebuah disko.Dia menghabiskan masa dengan menari sepuas-puas hatinya.
*****
Sampai sahaja Kara di tempat hiburan itu hatinya
bergolak sama ada ingin melangkah masuk ke dalam kelab tersebut.Kara sedar jika
dia memasuki kelab malam itu sekali lagi pasti kali ini sia-sia aje dia
berjanji dengan Pelangi untuk tidak berada di tempat seperti itu.Tapi tekanan
yang dia dihadapinya semakin membebankan kepalanya,sebab itu dia kini ingin
sekali lagi masuk ke kelab tersebut untuk melupakan semua masalah yang ada di
fikirannya.
Separuh hatinya membantah dan separuh lagi
menggesa.Pengunjung yang keluar masuk memandang reaksi pelik ke arahnya.Kerana
masalah yang di hadapinya dia selalu berkunjung ke tempat-tempat seperti ini
tapi itu sebelum dia berkenalan dengan Pelangi tapi kini tempat ini telah
ditinggalkannya perlahan-lahan di sebabkan janji pada Pelangi yang dia akan
cuba mengubah cara hidupnya.Dia pasti jika dia masuk juga dia pasti
mengecewakan sahabatnya.Cahaya untuk dia berubah yang berputik di hatinya sejak
kehadiran Pelangi hendak dipinggirkan.Tidak..dia tidak akan menjejakkan kakinya
ke tempat seperti ini lagi itu tekadnya kini,tangannya digengggam.cukuplah
selama ini dia hanyut di tempat seperti ini.Dia perlu berubah.
“Mari balik!”Kara tersentap bila lengannya diretap
kasar saat dia mahu mengundurkan diri dari kelab itu.Mengheratnya kasar dari
belakang.
“Apa ini!Apa yang Encik Riyaaz nak?Aku tak nak
balik!”gertak Kara meronta cuba melepaskan lengannnya yang dipaut kasar oleh
Riyaaz.Dia memang terniat tidak masuk ke dalam tapi melihat Riyaaz dengan
sewenang-wenangnya memaksanya balik sengaja dia kata yang dia tidak mahu balik.
“I kata balik!Balik!”tanpa mempedulikan
regusan Kara. Encik Riyaaz terus mengheret kasar lengan Kara menuju ke kereta
Kara yang terletak di lot parking.Kara terpaksa melangkah secara paksa.Sakit
hatinya bila mengenangkan Encik Riyaaz yang selalu mencari masalah dengannya di
tempat kerja.
“Lepaskan aku!Encik Riyaaz tak berhak nak halang
aku.Lagipun aku bukan berada di pejabat
yang boleh Encik Riyaaz arah sesuka hati!”Kara menjerit sambil merentap
lengannya tapi sia-sia usahanya untuk meleraikan pautan tangan sasa Encik Riyaaz.Dia
benci lelaki ini tidak habis-habis mahu muncul di depannnya.Kalau ikutkan hati
mahu sahaja dia belajar karate atau silat,boleh dibelasahnya lelaki yang
menyuruhnya balik.
“You ingat I nak lepaskan you
macam itu aje ke?” balas Riyaaz selamba buat-buat bodoh.
“What ever!Jangan
masuk campur urusan aku,jangan peduli aku.Go away!”herdik Kara sambil
menumbuk dada sasa Encik Riyaaz beberapa kali.
“Kara..!What going on?Lelaki ini kacau you
ke dear?”tiba-tiba Osman muncul entah dari mana.
“Man tolong
aku.Lelaki ini dah gila!”Kara cuba melepaskan diri dengan mempergunakan Osman
biarpun Osman ada menaruh hati padanya.Dia hanya hendak lepas dari lelaki yang
selalu mencari pasal dengannya kedua-dua lelaki ini dipandang meluat.Lelaki
semua sama mahu mengokong biarpun perempuan tu bukan miliknya.Dia terpaksa
tebal muka untuk meminta tolong dari Osman biar dia lepas dari Encik Riyaaz.
“Hey man,be gentlemen..,Kalau
Kara tak mahu ikut kau jangan paksa dia!”ugut Osman sambil cuba menyentap
tangan Riyaaz yang memaut lengan Kara.
“Please mind own your business.Kara ini
ada kes dengan aku,jadi sebelum kau aku tumbuk baik kau berambus dari
sini!Jangan sibuk hal orang,faham?”Riyaaz meninggikan suaranya.Dia tahu pasti
lelaki yang cuba selamatkan Kara ini takut,hendak dibandingkan dengan tubuhnya
dia pasti lelaki di hadapannya senang di tumbangkan jika lelaki itu
melawan.Terkedip-kedip mata Osman memandang Kara.Osman cuba hendak menolong
tapi melihat wajah serius lelaki yang sedang memaut kuat lengan Kara,terpaksa
mengalah dia takut andai lelaki itu menumbuk atau mengerjakannya masak dia
nanti.Lagipun Kara bukan siapa-siapa baginya.
“Kara..so sorry dear.Maaf aku bukan tak mahu
tolong kau tapi keselamatan aku lebih penting ,lagipun kau hanya kawan aku
lainlah kalau kau awek aku mesti aku bela kau.Bye dear!”ujar Osman
berlalu menuju ke kelab malam tersebut.
‘Erghh…!”dasar lelaki pengecut seperti Osman memang
tidak diharap.Berlagak.
“So sekarang
tak ada siapa nak selamat you!I kata balik sekarang!”sergah Riyaaz
benar-benar marah dan geram melihat keras kepala Kara Kirana.
“Itu hak aku lah nak balik ke tak!Encik Riyaaz
bukan siapa-siapa nak halang!Ini bukan office yang Encik Riyaaz boleh
arah aku suka hati aje!”bangkang Kara.Hatinya sakit melihat Encik Riyaaz yang
sesuka hati menyuruhnya balik.Jika tidak dikenang bahawa Encik Riyaaz ini
majikannya mahu sahaja dihadiahkan penangan ke pipi gebu lelaki yang membuat
muka selamba.
“You nak balik atau tak?Kalau tak I
call Encik Hashim yang memerangkap papa baru you, teman baik
Rashdan?”ugut Encik Riyaaz pada Kara.Kara terdiam.Dia berhenti melawan.
“Kenapa senyap?Takut Encik Hashim bagitahu Puan
Karina perkara ini?”sinis Encik Riyaaz.
“Telefonlah!”balas Kara selamba,tapi di dalam
hatinya mendengar nama papa tirinya disebut dia sudah takut.Takut jika papa
tiri mengadu, pasti mamanya akan semakin jauh darinya,tetapi melihat ugutan
dari Encik Riyaaz dia berpura-pura berani menyahut cabaran lelaki itu.
Encik Riyaaz tersenyum sinis,Encik Riyaaz menyeluk
poketnya lalu mengelurakan telefon bimbitnya.Lalu didail nombor Encik Hashim.
“You masih tak
nak balik?”gertak Encik Riyaaz untuk kali terakhir sebelum menekan button yang
berwarna hijau.
“Call lah! Kau ingat aku takut dengan ugutan
kau?”Kara menjawab sambil bibirnya tersenyum sinis pada Encik Riyaaz.Dia tahu
‘papa dan mamanya’ pergi bercuti semestinya kalau mereka bercuti mereka tidak
akan mengaktivkan telefon bimbit masing-masing.
“Ergghh…,kenapa you degil!”herdik Encik
Riyaaz.Kara tersenyum puas tanda menang.
“Kenapa?’Papa baru' aku tak angkat telefon ke atau
telefon dia tak aktiv?”soal Kara.
“You…”
“Youuu…apa?Ikan
yu ke?”potong Kara.
Semasa mereka bertekak,suasana di
luar kelab malam itu menjadi kecoh dengan kehadiran sebelah anggota polis yang
berpakaian biasa memasuki premis dan van polis yang terpakir di depan kelab
tersebut.Selang tiga minit kemudian semua pengunjung kelab malam itu keluar
berderet untuk diperiksa.Semua tangan pengunjung di ikat dengan sejenis
pengikat khas.Serbuan itu juga turut di hadiri oleh beberapa wartawan yang
dapat menghidu operasi yang di jalankan untuk membuat liputan.
Kara
yang melihat sedikit menarik nafas lega.Matanya tertumpu pada susuk tubuh Osman
yang baru sahaja memasuki kelab malam itu turut di gari bersama
pengunjung-pengunjung lain.Dia tidak heran bila melihat Osman ditahan,Osman
patut di tahan kerana dia sedia maklum bahawa Osman adalah pengedar pil-pil
khayal di kelab malam tersebut.
“You
tunggu apa!Balik!Atau you nak kena
tangkap dan bermalam di lokap?”sindir Encik Riyaaz sambil mengetuk bumbung
kereta milik Kara.
Kara
yang melihat kereta kesayangannya ditepuk oleh Encik Riyaaz menolak tubuh sasa
lelaki itu ke tepi,lalu masuk ke dalam kereta,di hidupkan enjin keretanya.Jauh
di sudut hatinya dia mahu berterima kasih dan meminta maaf kerana sikap kasar
dan keras kepalanya tadi.Tapi tak mungkin dia menunjukan sikap itu di hadapan
Encik Riyaaz,Ah…biarlah perasaan ini sekadar singgah di hatinya untuk seketika
sahaja.
Dia
dan Encik Riyaaz memang tak sebulu,apalagi megenangkan segala perbuatan Encik
Riyaaz padanya.Tidak kira masa ada saja salahnya yang di cari,entah kenapa
Encik Riyaaz hanya mencari pasal dengannya sahaja di tempat kerja.Belum sempat
Kara menekan minyak untuk beredar dari situ tingkap cermin keretanya di ketuk
dari luar,bibirnya dicebikan sambil tangannya menekan button yang tersedia di dalam keretanya.
“Apahal!”sergah
Kara.
“Sebelum
you pecut kereta buruk you ini,I nak ingatkan you sesuatu
biar kat kepala you tu tersimpan apa
yang I nak kata!Dengar
baik-baik!Jangan sesuka hati you nak
ambil cuti sebelum cuti you tak di
luluskan lagi,itu bukan syarikat ‘papa’you!”Encik
Riyaaz sengaja menekan ayat papa tirinya
untuk mengingatkannya lagi tentang displin kerja.Kara yang mahu menutup kembali
tingkap tidak jadi berbuat begitu bila Encik Riyaaz kembali menunduk.
“Owhh…sebelum
I terlupa,you simpan aje ucapan terima kasih you untuk I tu dalam
hati.”sindir Encik Riyaaz.Kara mencebikkan bibirnya kembali.Bagaimana Encik
Riyaaz boleh baca apa yang aku nak cakap kat dia.Benci!Ditekan sahaja pedal
minyak untuk beredar dari situ semakin lama dia di situ semakin rasa mahu
menumbuk sahaja wajah Encik Riyaaaz.
Sebaik
sahaja sampai di rumah,Kara menjerit-jerit memanggil nama Pelangi,kerana kunci
rumah yang ada padanya entah hilang ke mana.Kara tidak peduli keadaan
sekeliling yang dia tahu dia mahu masuk ke dalam rumahnya.
Pelangi
yang mendengar jeritan di bawah segera membuka telekungnya dan berlari ke
bawah,Aduh bergegar rumah dengan jeritan Kara ini,apa buang tebiat budak
ini,bisik hati kecil Pelangi.Pintu gril dibuka Pelangi,ditarik kasar oleh
Kara.Pelangi yang melihat terkejut melihat perangai Kara,memang sejak semalam
lagi perangai serta mood Kara tidak baik.Agak keterlaluan.Kedengaran pintu
bilik Kara ditutup dengan kuat,tidak lama selepas itu Pelangi mendengar suara
Kara menjerit-jerit dengan bunyi hempasan barang pecah.Pelangi tahu ketika ini
Kara bagai melepaskan kemarahan yang bersarang dalam hatinya.Pelangi bangun dan
menuju ke pintu bilik Kara,tangannya mahu mengetuk tapi terhenti bila mendengar
bunyi seperti orang sedang menangis.Pelangi tidak jadi meneruskan niatnya,dia
mengangkat bahu,biarlah Kara dengan dunianya.Nanti eloklah dia.Mungkin Kara
geram dengan kejadian di rumah milik mama dan papanya,sentiasa menagih kasih
yang tidak pernah menjadi miliknya.
Pada
pagi esoknya Kara tersenyum gembira menerima kunjungan Rashdan yang sekali gus
meleyapkan kemarahan dan perasaan benci yang bersarang di hati Kara.Sebaik
sahaja pintu gril dibuka Kara terus memeluk erat lelaki yang umurnya sebaya
dengan papa.Berada di dalam pelukan Rashdan dia berasa seperti di lindungi dan
di sayangi.
“Ehh..Kenapa,rindu
ke?”soal Rashdan lembut.
Rambut
Kara yang terjuntai diselak ke belakang,dibelai manja rambut Kara.
Kara
mengangguk dan masih di dalam pelukan Rashdan.
Pelangi
yang kebetulan baru keluar dari biliknya menjeling tajam.Dia tidak selesa
melihat kelakuan Kara bersama lelaki tua yang mungkin sebaya papa Kara.
“Abang
ada hadiah untuk sayang,tutup mata sayang.”ujar Rashdan.
“Okey…”jawab
Kara perlahan dan manja.
Rantai
mutiara yang berwarna peach dikalungkan ke leher Kara.Kara tersenyum sambil
tangannya meraba rantai yang baru dipakai oleh Rashdan,dia terharu dengan
layanan Rashdan.
“Dah
sayang boleh buka mata sekarang tengok apa yang abang beli.”arah Rashdan
menyuruh Kara melihat rantai mutiara yang tersarung cantik di leher jinjang
Kara.
“Khas
untuk Kara,sayang.Cantik tak?”soal Rashdan.
Kara
mengangguk manja sambil kepalanya lentok di bahu Rashdan.
Rashdan
menolak kepala Kara yang manja terlentok dibahunya.Dia bangun lalu mengeluarkan
sejumlah wang dan di beri pada Kara.
“Abang
tak boleh lama dekat sini sayang,nanti abang datang lagi,”beritahu Rashdan.
“Abang
nak pergi mana?Kejap aje singgah kat sini?”soal Kara.Rasa belum puas dia
bermanja dengan lelaki itu.
“Mana
lagi,balik ke rumah lah.Kak Zita dah tunggu abang di rumah,”jawab Rashdan
sambil mengenyitkan mata.
“Okey..”jawab
Kara perlahan,jelas Kara rasa susah mahu melepaskan Rashdan pulang.Selalunya
pun begitu Rashdan hanya singgah sekejap.Dia begitu sibuk dengan urusan
syarikat dan isteri-isterinya.
Kara
tidak dapat menghalang Rashdan,dia menghantar Rashdan hingga ke muka pintu.Pelangi
yang duduk bersarapan di meja makan hanya memerhatikan saja segala perbuatan
Kara.Rasa jelik melihat Kara yang berada di pelukan Rashdan sebentar
tadi.Setelah melihat kereta Rashdan beredar dari kawasan rumah sewanya Kara
masuk dan terus naik ke atas tanpa mempedulikan Pelangi yang memerhatikan sejak
tadi lagi,dia pasti Pelangi memandang serong padanya tapi cuma Pelangi sejenis
orang yang tidak campur tangan soal peribadinya.Hati Kara berbunga riang bila
mendapat kalung mutiara dari Rashdan.Rashdan begitu sayang dan sentiasa
melayannya dengan begitu baik.Kara bergaya sambil menyentuh rantai mutiara yang
dipakainya dihadapan cermin.Apa yang dihadiahkan oleh Rashdan untuk Puan Zita
bila Rashdan sedang dalam perjalanan ke rumahnya.Kara tahu Rashdan sangat
mencintai Puan Zita yang begitu baik dan berfikiran terbuka,dia juga sudah
banyak kali tersempak Puan Zita.Macam mana Puan Zita yang hidup bermadu boleh
menerima takdir yang telah tertulis buatnya,tidak pernah ke hati wanita baik
itu terluka bila suami yang dicintai menduakannya.?Kata orang hidup bermadu ini
penuh cabaran dan sifat hasad dengki!
****
Langkah
kaki Pelangi dilajukan,ini kerana mereka telah lambat ke tempat
kerja.Sekali-sekala Pelangi menoleh kesisinya melihat Kara seperti biasa
kelihat tenang sedang dia mahu ketakutan ini pertama kali dia datang lambat ke
tempat kerja pasti Puan Zaiton dan Encik Riyaaz akan mencari mereka kini.
“Kara
jalan laju sikit boleh,kita dah lambat awak tahu.Sepatutnya kita dah sampai
pukul lapan setengah tadi awak tahu sekarang dah nak masuk pukul
sembilan.”Pelangi resah sambil menilik jam tangannya.
“Relax..Angi bukan kita selalu lambat
cuma kali ini aje kita lambat,tak kan kena marah punya?Kita kata kat mereka
yang jalan jammed tadi…”balas selamba
Kara.
“Kara
saya bukan apa,awak sendiri tahu yang kat tempat kerja tu Puan Zaiton dan Encik
Riyaaz tak suka kita,nanti ada sahaja mereka mencari salah kita.” jawab Pelangi
lagi.
“Kau
relax okey,aku kan ada tak ada siapa
pun boleh pecat kita dari Syarikat ini!”Kara cuba menenangkan Pelangi yang
begitu risau dan resah.
Saat
pintu lif terbuka,Pelangi pantas menarik tangan Kara untuk keluar.Terkial-kial
Kara mengekori langkah Pelangi.Ketika itu ada beberapa pekerja memandang
mereka,tiba sahaja di meja kerja Kara menghemfuskan nafasnya akibat
terkoncoh-koncoh mengikut langkah Pelangi yang seperti bas express.
‘Selamat
pagi,kenapa lambat Kara,Pelangi?”ujar Intan yang sedan berjalan sambil membawa
fail.
“Awak
tanya dengan Kara ini kenapa lambat?”potong Pelangi dan berlalu ke pantri.
Intan
yang memandang sahaja Pelangi berlalu ke pantri.”Weii! Kenapa kau lambat
Kara?”soal Intan kembali.
“Trafiic jammed..”ringkas
jawapan dari Kara.
“Kau
tahu tak Kara siapa yang cari kau pagi-pagi tadi,naik lenguh aku nak menjawab
segala pertanyaan mereka,”keluh Intan pada Kara.
“Kara
kau dengar tak apa yang aku katakana ini?”
“Aku
tahu!”jawab Kara pendek.
“Kau
ini..dah lah aku nak balik ke meja aku lagi baik!Kau jangan lupa masuk bilik
Encik Riyaaz!”rungut Intan yang geram dengan perangai Kara yang acuh tak acuh
itu.
“Okey…,”ujar
Kara perlahan tanpa memandang Intan.
“Kara,awak
okey ke?Ini air awak.”tegur Pelangi sambil menhulurkan air teh kepada Kara yang
nampak tidak bermaya dan ceria seperti biasa.
“Terima
kasih Angi,kau letak kat meja aku nanti aku minum.”ujar Kara sambil bangun
terus menuju ke bilik Encik Riyaaz.
Pelangi
hanya menggeleng kepala melihat Kara berlalu.Dia meneruskan kerjanya seperti biasa,tapi di dalam hati dia
risau melihat perangai Kara yang banyak mendiamkan diri dan berkurung di dalam
bilik sahaja sejak beberapa hari ini.
“Intan
aku minta maaf..aku tengah runsing sekarang ini!”Kara bersuara bila tiba di
meja Intan.
“That
okey..Aku faham kalau kau berperangai semacam tu.”ujar Intan.
“Mereka
ada ke kat dalam bilik?Boleh aku masuk?”soal Kara.
“Masuklah!”jawab
Intan lagi.
Kara
berdiri lama di depan pintu bilik Encik Riyaaz sebelum mengetuk pintu
tersebut.Di kala kedengaran memintanya masuk,di kuak pintu dari luar dan masuk
ke dalam.
“Kenapa
awak ambil cuti tanpa beritahu saya dan Encik Riyaaz?”soal Puan Zaiton dengan
nada yang tinggi sambil mata Encik Riyaaz merenung tajam ke arahnya.
Kara
tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri sahaja.Dia malas mahu bertekak dengan
Puan Zaiton yang suaranya bagai sepuluh batu menjerit.
“Dengar
sini Kara,kalau tak kerana Encik Rashdan,dah lama saya buang pekerja macam awak
ini!Kat luar tu ramai yang lebih baik dari awak!”Tengking Puan Zaiton.
Kara
yang mendengar memandang tajam ke arah Puan Zaiton.Dia merasa Puan Zaiton sudah
melebih sampai kaitkan Encik Rashdan.
“Kalau
tak kerana Encik Rashdan pun,Puan Zaiton tak boleh nak pecat saya sesuka
hati.Syarikat ini milik Puan Zita isteri Encik Rashdan.Puan Zaiton hanya
menumpang,”lawan Kara.
“Kara,awak
dah melampau.Berani awak melawan cakap atasan awak.Kalau cakap tentang
displin,awak orang pertama yang saya akan pecat dari syarikat ini.Syarikat ini
tidak memerlukan orang kurang ajar seperti awak!Dalam sebulan,saya boleh bilang
berapa hari aje awak datang kerja.Saya rasa awak tak berminat untuk bekerja
memandangkan awak sentiasa buang masa dengan budak-budak yang selalu berhibur
di kelab aje,”tambah Encik Riyaaz pula.
“Encik
Riyaaz tak boleh campur hal peribadi saya dengan hal kerja saya,Encik Riyaaz
tak ada hak nak campur,”jawab Kara tegas.Mentang-mentang Puan Zaiton itu ada kaitan dengan Puan Zita dia,apa yang Puan Zaiton cakap dia ya kan,gerutu hati Kara.
Merah
padam wajah Encik Riyaaz apabila mendengar kata-kata Kara.Hatinya begitu panas
rasa tunggu nak meletup sahaja.
Puan
Zaiton yang melihat muka anak saudaranya merah padam cepat-cepat mengarahkan
Kara keluar dari bilik itu,dia takut jika anak saudaranya marah pasti habis
satu syarikat mendengarnya itu boleh menjejaskan imej Riyaaz di mata pekerja
syarikat,dia tidak mahu kerana hal Kara anak saudaranya hilang kawalan.Kara yang
mendengar arahan dari Puan Zaiton segera meninggalkan Encik Riyaaz dan Puan
Zaiton.
Kara
keluar dari bilik itu sambil menunjukkan protesnya dengan menuntup pintu bilik
milik Encik Riyaaz dengan kuat.Mulutnya kumat kamit berbicara sesuatu tanpa
ketika dia berpusing dia terlanggar seseorang.Dia hampir jatuh,tapi tidak
jadi,terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya.
“Awak,okey!”kata
pemuda yang memaut pingangnya.
Kara
tidak menjawab tapi matanya membulat melihat pemuda itu.Tiba-tiba marah yang
mula reda kermbali merasuk ke dalam dirinya.Di tepis kuat tangan pemuda itu
bagi merungkaikan pelukan di pinggangnya.
“Tepi!”Kara
berkata sambil melangkah laju ke arah meja kerjanya.
Pemuda
itu tersenyum,sudah lama dia tidak bersua muka dengan pemilik nama Kara Kirana
yang pernah rapat dengannya sedikit masa dulu.Bertambah cantik kau Kara
Kirana!bisik hati pemuda itu.Mata pemuda itu sempat menoleh ke arah seorang
gadis yang menolak troli air,dia tidak pernah nampak gadis itu,siapa
dia?Pekerja baru mungkin,desis hati pemuda itu sambil melangkah ke bilik
Riyaaz.
Pemuda
itu menguak daun pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu sambil mata pemuda itu
mengeyit mata pada Intan sebelum melangkah masuk.Dan seperti biasa Riyaaz
sedang tekum menghadap lap-top dan
kertas kerja yang berterabur sedikit di meja Riyaaz.Riyaaz di lihat mengangkat
muka sekilas dan kembali menyambung kerjanya kembali.Bibir pemuda itu mengukir
senyuman nipis.Riyaaz kalau bab kerja memang susah nak berhenti memang semua
kerja yang di lakukan tiptop,komited
tak di ragui.
“Busy
nampak?”pemuda itu melabuhkan duduknya di atas kerusi di hadapan Riyaaz yang
masih khusyuk menghadap lap-top.
“Hurmm…”balas
Riyaaz acuh tak acuh.
“Hurrmm?Itu
aje ke kau kata aku?”pemuda itu tergelak kecil melihat reaksi diingin adiknya
itu.
Pemuda
itu merenung adiknya yang tekun melakukan kerja,dalam diam dia mengagumi karisma
yang ada pada adiknya.Mana tidak ketika dia tidak dapat hadir ke mesyuarat
besar pasti Riyaaz yang akan mengantikan tempatnya,itu lebih terbukti ketika
Riyaaz berjaya menguruskan projek-projek besar syarikat milik emak
saudaranya,Puan Zita.
‘Woii!
Sudahlah tu jom ikut aku pergi minum kejap.Macam ini ke kau sambut abang kau
baru balik?”ujar pemuda itu sambil menutup lap-top
milik Riyaaz.
“Jangan
kacaulah,sekejap lagi aku ada meeting!Aku
nak siapkan kerja sikit ni,”balas Riyaaz yang agak lama mendiamnkan diri dari
menjawab soalan abangnya,Dylan.
“Bila
kau sampai?Kenapa tak bagitahu aku?”soal Riyaaz sekadar berbahasa.
“Malam
tadi aku sampai.Balik-balik aku terus balik rumah,tak sempat nak join korang
lepak minum…”jawan Dylan dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya.
“So..how was everthing?”tanya
Riyaaz seraya memandang wajah Dylan.Dia tidak mahu abangnya merasa kecil hati
dengan sikapnya acuh tak acuh.Dia dan abangnya memang rapat,abang lah banyak
mengajarnya tentang selok belok perniagaan.Hubungan mereka bukan sekadar abang
dan adik tapi lebih macam kawan rapat yang sentiasa meluahkan segala masalah
antara satu sama lain.
“Tak
tergambar dengan kata-kata!Tania kirim salam kat kau.”Dylan menyebut nama bekas
kekasih adiknya.”Tania bawak aku jalan-jalan dekat sana,merata tempat aku
berjalan dengan dia.”
Riyaaz
mencebikkam bibirnya.Rasa malas dia mendengar nama insan yang pernah membuat
hatinya terluka.Sudah lama benar dia tidak mendengar pemilik nama Tania
Nina.Percintaan dia dan Tania putus kerana Tania curang.Bila di ingat kembali
hatinya terasa sakit biarpun sudah lama dia memutuskan perhubungan dengan
Tania.
“Tak
lama lagi Tania balik sini,aku rasa dia nak pujuk kau balik.Aku pasti dia mesti
cari kau dan minta kau jadi driver dia,bawak
dia jalan-jalan dan sambung apa yang terputus..”sambung Dylan menyatakan hasrat
Tania.Tapi dia pasti hati adiknya tidak rapuh kalau hitam katanya maka hitamlah
peluang Tania untuk meraih cinta adiknya pasti menemuai jalan buntu.Dia kenal
adiknya.Dylan mencapai frame gambar
yang terletak di meja adiknya.Dia tersenyum nipis melihat gambar
pemandangan.Dulu frame gambar itu
adalah wajah Tania tapi kini tidak lagi.Dia tahu hati adiknya tidak pulih
lagi,luka yang di alami adiknya sangat dalam kalau dia berada di tempat adiknya
pasti dia akan berkelakuan seperti Riyaaz kini hanya hidup kerja..kerja..kerja.
“Owhh…yea
ke kau jumpa dia!Good,so dia
sihat?ucap Riyaaz dengan tangan yang masih membelek kertas kerja.
“Riyaaz,
abang nak tanya sesuatu..”Dylan cuba memancing perhatian adiknya dan nampak
Riyaaz mengangkat wajah memandang ke arahnya.Jelas kening adiknya ternaik ke
atas.”Kita ada ambik staff baru ke?When?”
“Mungkin…Riyaaz
tak tahu…Why?”balas Riyaaz.
“Nothing,saja je tanya.Sebab aku nampak
dia tengah sorong troli bawak air.Cantik..”balas Dylan sambil tersenyum.Bibir
diketap bila melihat Riyaaz tidak menjawab dan kembali meneruskan kerja yang
tergendala,dia tahu adiknya tidak suka bersembang ketika membuat kerja tapi
hatinya meronta-ronta ingin tahu.”Siapa yang pakai baju kurung bunga kecik tu,?
Riyaaz
yang sedang khusyuk,terhenti mengetuk papan kekunci lap-top.Kepalanya diangkat,dahi berkerut sambil mata Riyaaz
memandang tepat ke arah Dylan.” Staff yang
pakai baju kurung?”
“Haah,ada
staff yang pakai baju kurung kat luar tadi.Secretary
baru Auntie Zita ke?”tanya Dylan lagi ingin tahu siapa gerangan gadis yang di
pandang sekilas.
Riyaaz
tersenyum sinis dan menggeleng kepala,dia tahu siapa yang di maksudkan oleh
Dylan tadi.Pasti budak kampung yang Kara Kirana bawak masuk ke syarikat
itu.Tidak disangka abangnya punya ‘taste’
orang kampung,setahunya Dylan kalau memilih perempuan pasti tidak akan memilih
perempuan kolot yang berasal dari kampung.Mungkin si Dylan ini dah gila kali
ini,”desis hati Riyaaz.
“Please…dia
tak layak jadi secretary Auntie Zita
atau pun aku.Dia hanya tea lady
syarikat kita yang baru kita ambil,tu pun sebab si Kara yang masukan dia kat
sini,kalau tak kerana Uncle Rashdan aku tak teringin nak terima yang ada
sangkut paut dengan si Kara tu!”jawab Riyaaz bersahaja.Pandangan Riyaaz kembali
ke arah lap-topnya sambil
jari-jemarinya mengetuk kembali dada lap-top.”Kenapa?Kau
jangan cakap kat aku yang kau nak pikat dia?Aku rasa baik kau lupakan hasrat
kau tu nak tackle ‘kawan singa
betina’,Dylan.”ujar Riyaaz.
Dylan
hanya tersengih sambil mengaru kepalanaya yang tidak gatal.”Why?Aku boleh test market apa!Rugi kalau terlepas tanpa kita cuba dapatkan,mana
tahu berbaloi-baloi?Llagipun aku berani cakap wajah cantik tea lady baru kita tu mesti ramai staff lelaki di syarikat ini pasti ada yang cuba nak dekat dengan
dia.”
“Dylan,kau
jang…”
Belum
sempat Riyaaz bersuara,pintu biliknya dibuka dari luar.Matanya tajam merenung
Pelangi yang teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam bilik.Bibir Riyaaz
diketap geram melihat Pelangi yang masuk begitu sahaja.Perempuan ni memang tak
reti ketuk pintu dulu apa sebelum masuk ke dalam?Memang sama kawan dia yang
kurang ajar ,si Kara tu ikut kepala mereka je tanpa ada rasa hormat pada orang
atasan seperti dia!
“Maaf…Encik
Riyaaz.Saya tak tahu Encik Riyaaz ada tetamu.Saya ingat Encik dah keluar pergi
mesyuarat tadi.Maaf!”Pelangi terasa diri diperhatikan oleh tetamu Encik
Riyaaz,dia jadi gugup.Pelangi jadi kalut tatkala matanya terpandangkan lelaki
yang ada bersama dengan majikannya.
“Encik
Riyaaz kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.”
“Wait!Sini
sekejap.”
Pelangi
yang hendak menuntup pintu bilik tergamam saat dirinya di minta tunggu
sekejap.Pelangi yakin bukan Encik Riyaaz yang memanggilnya tapi tetamu Encik
Riyaaz yang memanggil.Dengan perasaan yang berdebar-debar Pelangi masuk semula
ke dalam bilik.Langkah diatur perlahan ke arah meja Encik Riyaaz.Matanya mengerling
lelaki yang masihb merenung ke arahnya.Kalau dia tidak salah lelaki ini yang
memeluk Kara dari terjatuh di depan pintu tadi.
“Aaa..ada
apa,encik?”soal Pelangi.Kepala ditundukan sedikit dia tidak berani menentang
pandangan dari tetamu Encik Riyaaz.
Dylan
mengukir senyuman manis.Mata melirik ke arah gadis yang tegak berdiri .Di
renung gadis itu dari hujung rambut sampai hujung kaki ada kelainan dalam diri
gadis ini,tidak seperti gadis-gadis yang biasa dia damping cukup berbeza.Entah
kenapa dia begitu terpegun dan mahu melihat gadis ini lama-lama.Terasa sejuk
matanya memandang gadis dihadapannya ini.hatinya meronta-ronta mahu berkenalan
lebih dekat lagi.
“Dylan!Kenapa
kau panggil dia?Kau nak suruh dia tukar kerja jadi guard ke dalam bilik aku?”soal Riyaaz dengan suara yang sengaja
dilantangkan.Dia sengaja buat macam tu,sebab dia sakit hati dengan Kara.Entah
macam mana Auntie Zita boleh terima perempuan ini masuk kerja di sini.Tengok
pakaian yang dia pakai hari-hari ke pejabat langsung tak mengikut peredaran
fesyen terkini,hanya pandai pakai baju kurung ‘out to date’,gerutu Riyaaz di dalam hati.
“Oopss..sorry-sorry,Riyaaz
aku terpegun tengok bidadari yang cantik ini,”ujar Dylan memuji ikhlas dari
hati.Dia tahu gadis tu pasti terasa dengan kata-kata pedas yang keluar dari
mulut Riyaaz tadi.
“Tolong
buatkan air untuk saya boleh?Tadi saya pergi ke pantri nak minta orang buatkan coffee tapi kat pantri tak ada orang
pulak…”pinta Dylan dengan lembut.Dia tahu suara adiknya meninggi tadi.Dia pasti
ini mesti ada berkaitan dengan Kara,mahu marahkan Kara tetapi dilepaskan
kemarahnya kepada gadis ini.
Pelangi
yang merenung permaidani ,mengangkat kepala lalu mengangguk ,tanpa memandang ke
arah dua lelaki yang sedang merenungnya.
“Err…tu
tanda awak mengagguk tanda apa?”seloroh Dylan cuba memancing gadis di depannya
bersuara.
“Baik,Encik
nanti saya buatkan,”balas Pelangi seraya melangkah ke arah pintu.Belum sempat
Pelangi melangkah keluar,dia di panggil semula.
“Sekejap..”Dylan
menegah Pelangi yang mahu keluar.
Riyaaz
yang sedang tekun menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan nanti di bilik
mesyuarat turut berhenti dan menagangkat kepala.Mata terarah ke Dylan yang
masih duduk dihadapannnya.Buat apa si Dylan ini panggil perempuan ini
lagi,kalau yea pun nak bermesra sesi suai kenal keluarlah dari bilik aku
ni,rimas aku tengok drama sebabak mereka ini!
“Ada
apa encik?soal Pelangi gelisah.Tearasa dirinya bersalah dan tunggu hukuman
sahaja dirasakan.
“What is your name?”Dylan
tersenyum nipis.Pelik bila dirinya bertanya soalan tu dah macam sekolah tadika
pula.Ada rasa berdebar dihati Dylan tatkala menanyakan nama gadis ni,biasanya
kalau jumpa sahaja gadis cantik pasti dia begitu pandai membuat ayat,tapi sebaliknya
berlaku kini.
“Pelangi,nama
saya Pelangi.”jawab Pelangi perlahan.
“Pelangi…hurmm
sedap nama awak!Tapi tak kan Pelangi je?Apa nama panjang awak?”Dylan cuba
mengajak gadis di depannnya berbual dengannnya,kalau boleh dia mahu menatap
waajah ayu milik gadis ini.
“Keysha
Pelangi.Panggil saya Pelangi aje encik.”
“Keysha
Pelangi…sedap nama awak tu.Saya Dylan.”perlahan-lahan Dylan bangun sambil
menhulurkan tangan.
Pelangi
serba salah.hatinya berbolak balik sama ada mahu menyambut huluran tangan Encik
Dylan atau tidak,akhirnya dia memutuskan tidak menyambut hanya kepalanya sahaja
mengangguk lalu dia keluar dari bilik dan melangkah ke pantri.
Dylan
tersenyum lebar,huluran tangan yang tidak disambut oleh Pelangi di bawa ke
dalam saku poket seluarnya.Entah kenapa dia tertarik dengan perwatakan
Pelangi.Tak pernah dia merasa perasaan yang dialami kini,hatinya terusik ada
debar halus dirasakan bila berdekatan dengan Pelangi.
“Ehemm..ehem
sudah-sudah lah tu,kau tenung perempuan kampung tu.Apa ertinya semua ini?”tegur
Riyaaz yang sudah berhenti membuat kerja sambil menyandar di kerusi.Sebelah
kening dijongketkan tatkala mata abangnya terarah kepadanya.Bukan main lagi dia
melihat Dylan mengatur dan cuba bermesra dengan Pelangi.Semua perilaku Dylan
mudah dibaca olehnya.
“Apa?Salah
ke aku temuduga suai kenal,salah ke?Aku rasa tak salah kalau seorang bos yang
lagi satu kat syarikat ini berkenalan dengan staff baru dia kan?”seloroh Dylan.
“Dylan,kau
salah makan ubat apa?Atau kau tak buka mata kau tu besar-besar masa kau tengok
dia?”sindir Riyaaz dengan bibir mencebik.Tangannya menutup lap-top dan mengemas
meja yang berselerak dengan helaian–helaian kertas.Jam dikerling sekilas,dia
perlu segera ke bilik mesyuarat.
“Kenapa,salah
ke?Dia cantik sebab tu aku pandang dia!”Dylan masih tersenyum.Sesaat dia
tergeleng melihat Riyaaz kalau marah mahu semua di kutuknya.
“Apa
aku tak salah dengar ke?Kau kata dia cantik?Kau tak rasa ke si Pelangi tu pelik
orangnya entah dari planet mana si Kara itu kutip dia.Terjejas imej syarikat
melihat dia berpakaian seperti itu.”sinis Riyaaz mengutuk penampilan Pelangi.
“Ooo..come on Riyaaz.Aku tahu kau baru lepas
berperang kecil dengan Kara,tapi kau tak boleh kutuk Pelangi,mungkin itu cara
dia berpakaian dia hanya tea lady di syarikat
ini aku rasa tak akan sampai malukan syarikat kalau dia selesa berpakaian
seperti itu.Lagipun tu baju kebangsaan”bela Dylan.Dia rasa sakit hati bila
mendengar kritikan yang laser dari
mulut Riyaaz.
“Kau
cemburu ke aku dekat dengan Pelangi?”tebak Dylan.
“Please..she not my taste..whateverlah,aku
tak ada masa nak cemburu atau fikir pasal dia!’
“So…abang
boleh lah tackle dia ?Betul kau tak
marah atau cemburu nanti?”Dylan mengangkat kening.
Dia
dan Riyaaz selalu sahaja bertanding dan bersaing secara sihat tanpa ada sifat
iri hati atau hasad dengki,mereka selalu seri jika melibatkan
perempuan.Ketampanan mereka tidak ada beza,dia dan Riyaaz masing-masing
memegang jawatan yang penting di dalam syarikat milik bapa saudaranya,perempuan
yang kenal mereka semua mahu mengambil kesempatan atas kesenangan mereka.
“What?”Riyaaz
tersenyum sinis dengan kata-kata Dylan yang menyatakannya dia cemburu.
“Kau
boleh ambil dia,dia bukan taste
aku,tak ada selera aku tengok dia apa lagi cara dia berpakaian.Tolonglah Dylan
kau tahu aku suka yang mana!”tambah Riyaaz yakin dan tegas.
“Fine!Kau
jangan menyesal kalau aku dapat dia jadi awek atau bini aku?Jangan kau
sibuk-sibuk pulak kalau dia dah mula sangkut dengan aku nanti!”Dylan tersenyum
sambil memberi amaran.
Riyaaz
memandang tepat ke arah Dylan yang tidak henti-henti tersenyum.”Kau serius ke?”
“Aik,kau
dah ubah fikiran ke?”Dylan tergelak kecil.Matanya masih memerhatikan Riyaaz
yang sibuk mengemas fail-fail yang bersepah di atasa mejanya.
“Please,tak ingin aku dengan budak tea lady tu!Apa class!Cuma hari tu kau ada kata dekat aku yang kau dah tak nak
mainkan perasaan perempuan lagi kan?And
now?”Bibir Riyaaz mengukir senyuman mengejek.Ingat nak percaya tapi susah
aku nak percaya yang si Dylan ini,dia pun sama dengan aku suka mainkan perasaan
perempuan.Dia dan Dylan masih belum bersedia mahu serius dengan mana-mana
perempuan lagi,mereka masih muda apa salahnya menikmati peluang yang ada.
“Relax lah brader!Kita kan muda lagi.Mana
tahu market aku masih tinggi dari
kau,”Dylan tersengih.
“Hurrmm…yea
lah tu,aku ingat ya-ya kau berubah tapi masih sama jugak.”
“Alaaa..kau
macam tak kenal aku,aku kan pesaing tegar kau!Nanti kalau aku dah jumpa
betul-betul aku berhentilah,apa susah!”
“Riyaaz
mengeleng kepalanya dengan usikan dari Dylan.”Dah lah Dylan aku nak pergi masuk
bilik mesyuarat,kau tak pergi sekali?”
”Kau
pergilah dulu,lagipun ada setengah jam lagi.Aku nak tunggu bidadari aku
bawakkan air aku!Kau jangan jeles pulak!’Sambung Dylan.
“Oh,kau
nak tunggu dia lah ini.Kalau kau nak pergi minum,kau pergi minum dalam bilik
kau.Jangan kau nak berdrama kat bilik aku pulak!”Suara Riyaaz berbaur
arahan.”Kau bukan boleh percaya kalau dah dekat dengan perempuan.Perempuan tu
pun kelam-kabut semacam kang habis tumpah air dalam bilk aku ini.”
Dylan
mengankat tangan sambil tergelak kecil.Riyaaz yang melangkah keluar dari bilik
dihantar dengan pandangan mata.Kepala digeleng perlahan.Dia tahu kenapa adiknya
berkelakuan seperti itu,ini pasti ada kaitan dengan Kara Kirana,asal ada je
orang yang rapat dengan Kara Kirana tidak kira perempuan atau lelaki pasti
Riyaaz akan memusuhi mereka.Dia nampak jeles reaksi benci di mata Riyaaz
terhadap gadis yang bernama Kara Kirana.Tak mengapa dia ada masa nak mengorek
rahsia,kenapa Riyaaz begitu membenci Kara.Ah..pedulilah yang penting sekarang
aku nak ayat tea lady baru syarikat
ini.Bibir Dylan tersenyum lebar.Keysha Pelangi….disebut nama gadis itu
perlahan.
BERSAMBUNG... :D MAAF FN TERPAKSA BUAT BERPART-PART SEBAB PANJANG PULAK MASA MENAIP CITE INI... NGEE TERIMA KASIH SUDI MENYOKONG FN ,,,,
Nak full..nak full... Best ngat.
ReplyDeleteAssalamualaikum WC..... insyallah FN cuba siapkan full dia nanti ;) semoga ceria bak pelangi
ReplyDeleteBest cepat sambong eh..
ReplyDeleteassalamualaikum..cepat2 sambung k..hehe.best
ReplyDeletemenarik tp sapa hero n heroin cite ni...ke ada 2 watak hero n 2 watak heroin?
ReplyDeleteTanpa Nama~~ terima kasih sudi drop komen lagi,yup dalam cite ini FN cuba buat 2 hero 2 heroin tapi FN cuba tuk buat dua kisah dalam satu cite,cabar diri wink2...ngeee semoga terhibur ..insyallah ada sambungan dia lagi ;)
ReplyDelete-Fika Najwa-