OLEH : FIKA NAJWA
Ketukan pintu rumahnya yang di ketuk bertalu-talu
dari luar membinggitkan telinganya. Fika melangkah pantas ke arah pintu
rumahnya yang berkunci rapat.Perasaan marah mula menular di dalam dirinya
setelah mendengar ketukan yang kasar dan kuat, seperti nak pecah pintu
rumahnya.Mulut Fika sempat merunggut tanda dia tidak senang untuk menerima
kehadiran tetamu di kala dia mahu bersendirian.Dilihat jam di dinding.
“Siapa?” Fika masih berdiri di depan pintu yang
masih berkunci.Tiada sebarang jawapan dari luar.“Siapa kat luar?”Fika
menguatkan suaranya.Hatinya sedikit ragu untuk membuka pintu, memandangkan
waktu kini sudah jauh malam.
“Fika aku ini…”suara itu menjawab, tapi masih kurang
jelas kedengaran di telinga Fika Farisya.
“Siapa? Zaf kau ke kat luar itu?” Tanya Fika
Farisya sambil membuka pintu.
“Zaf kau ke?” sapa Fika lagi.Dia tidak nampak wajah
yang dihadapannya.Wajah itu menunuduk menyukarkan dia untuk mengecam tubuh tetamu
itu ditambahkan dengan keadaan di waktu tu agak samar-samar.
Tiba-tiba tubuh Fika rebah di rempuh dengan kuat
oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Fika cuba bertenang.Ketika itu dia dapat
dapat mendengar bunyi ketawa dari lelaki itu. Dia melihat lelaki yang
merempuhnya menuntup pintu dan di kuncinya.Fika cuba bangun perlahan-lahan.
“Sakitlah bodoh,” suara Fika antara dengar dan
tidak. “Kau siapa?” Fika bertanya pada lelaki yang tidak di kenalinya. “Kau nak
apa?” bertalu-talu soalan Fika tika itu.
Dia melihat lelaki dihadapannya masih ketawa. Malah
ketawanya lebih kuat dari tadi.YA-ALLAH! Kau lindungilah hambamu. Doa Fika di
dalam hati. Fika tahu kini dia keseorangan di rumah.Sudah tiga minggu dia
menumpang di rumah Zafril setelah meminta kebenaran untuk pulang kembali ke
rumahnya.Fika berundur sedikit.Dia berdiri tegak sambil matanya memerhatikan
pergerakan lelaki yang tidak dikenalinya.
“Aku Hakim!” lelaki itu menjawab.Fika mengerut
dahinya.Seperti dia pernah berkenalan dengan lelaki ini. Kalau tak silap
dia,waktu rehat semasa di sekolah dia ada menangkap seseorang yang sedang
merokok di tandas sekolah dan budak yang di tangkap juga namanya Hakim.
“Apa kau nak datang rumah aku?”
“Apa kau naklah. Kau ingat tak siapa aku? Kalau kau tak
ingat mari aku tolong ingatkan. Akukan budak yang kau tangkap merokok di tandas
sekolah.” Bangga sekali nada suara itu. “Bagus betul orang yang mengupah aku,
suruh datang rumah kau malam-malam ini. Aku dapat upah lumayan dari dia. Duit
aku boleh cari. Kalau dapat temankan kau dan merasa tubuh gebu kau mesti
sedapkan” Kata Hakim dengan mata yang galak. Tubuh Fika di teliti dari atas
hingga bawah.
“Siapa yang upah kau haa!! ”Fika menyoal tapi hampa tiada jawapan dari lelaki yang ada
dihadapannya.Hanya senyuman yang penuh sinis dari pemuda itu.
“Kau tak perlu tahu siapa yang upah aku janji aku
akan bagi kau puas sayang”
Hakim mula melangkah perlahan-lahan mendekati Fika
yang kelihatan tenang dan masih berdiri tanpa riak takut di wajahnya.Mata Hakim
galak merenung Fika dari atas ke bawah.Tiba-tiba langkah Hakim terhenti
melangkah.Dia teringat pertemuannya pada waktu petang tadi.Berlegar kata-kata
Shahrini dimindanya.
“Aku nak kau takutkan dia.Biar dia takut dan malu
dekat kampung ini.Tapi kau jangan usik dia lebih-lebih, Kim. Aku cuma nak kau
bagi dia rasa takut je. Jangan sampai nanti aku dengar kau buat yang
bukan-bukan pulak” kata-kata amaran itu muncul dibenaknya.
Hakim kembali memandang wajah Fika yang sedang
merenungnya tajam.Dia tersenyum dan matanya mula meliar ke seluruh tubuh Fika
yang berseluar jeans dan t-shirt longgar merah.
“Arrgghh….peduli
apa aku dengan amaran Shahrini! Sekarang Fika dah ada dekat depan aku.Dari aku
kempunan melepas merasa tubuh dia.’ hati busuk Hakim berkata. “Sekarang aku
akan jadikan kau milik aku.”
Tanpa menunggu lama Hakim mula melangkah menuju ke
arah Fika Farisya.Sebaik sahaja Hakim ingin menarik tangan Fika dengan pantas
pergelangan tangan Hakim di cekak dan dipulas ke belakang.Terjerit kecil Hakim
bila tangannya di pulas, kakinya di pijak oleh Fika. Hakim terkejut dengan
tindakan dari Fika.Dia tidak sangka Fika ada ilmu tentang seni mempertahankan
diri. Fika mula menundukan wajahnya ke arah Hakim dari belakang.
“Eeehh…mak
kau tak pernah ajar ke cara-cara nak
hormat perempuan? Bapak kau tak
pernah ajar ke cara adap masuk ke rumah orang?” jerit Fika di telinga Hakim.
“Yea pun kau kemaruk sangat dengan perempuan baik, kau pilih siapa saja untuk
kau buat jadi bini!” Fika yang geram melepaskan tangan Hakim yang di pulas kini
sebiji penumbuk di hadiahkan bertalu-talu di perut Hakim.
Hakim terasa senak di perut akibat tumbukan Fika.
Bukan calang-calang penumbuk yang dia dapat dari seorang perempuan.Dia melihat
Fika melangkah membuka pintu rumahnya yang di kuncinya tadi. Dalam kesempatan
itu, Hakim bangun perlahan-lahan dan dengan pantas menerkam Fika dari arah
belakang dan memeluk Fika. Namun dengan pantas Fika menghayunkan sikunya ke
perut Hakim.Sekali lagi perut Hakim senak akibat dari penanggan Fika.Tidak
cukup dengan itu Fika sekali lagi mengangkat sikunya dan memusing separuh
badannya lalu menyiku dagu Hakim.Tersembur darah merah yang mengalir di mulut
Haklim. Lelaki itu terjelopok menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia memandang
Fika yang tersenyum sinis dari mulut gadis itu. Dia cuba bangun.
“Perempuan macam ini yang aku suka baru ada nafsu
aku nak merasa, bak kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke
pangkal lengan” kata Hakim perlahan tapi di dengar oleh Fika Farisya.
Fika yang mendengar hanya mencebikan bibirnya. Ada
hati nak merosakkan maksud peribahasa.Ini lah orang tua suruh sekolah benda
lain yang difikirnya.
“Uiiitt…..
ada hati lagi nak merasa penendang aku ini, baru dia nak behenti kot’ Bisik
hati Fika sambil kepalanya digelengkan.Inilah manusia kalau dah nafsu mengusai
diri kata syaitan yang di ikut.Tak kenal baik atau buruk tindakan yang dia
ambil.
“Eehhh…nanti aku kata kau bodoh kau marah
mana ada orang guna pepatah dalam kerja-kerja terkutuk ini.”Sinis bicara Fika.
“Kau dengar aku punya pepatah pulak. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Aku nak kau berambus dari
rumah aku sebelum lunyai kau aku kerjakan.” Fika memberi amaran.
Fika sudah bersedia dengan apa jua yang bakal
berlaku ilmu yang di pelajari akan di praktiskan sebaik mungkin untuk
melindungi dirinya.Fika melihat tangan Hakim yang menyeluk poket seluarnya dari
belakang jelas kelihatan ditangannya kini pisau lipat.Pisau lipat sudah yang
berada di tangan Hakim.
“Aku yakin malam ini kau akan jadi milik aku Fika.
Dah lama aku tunggu saat ini.” Dengan pantas Hakim terus meluru ke arah Fika
dan menujah pisau lipat ke arah Fika.Fika sempat menghadang dengan lengannya.
Zapp!! Darah mula mengalir keluar dari lengan
Fika.Wajah Fika dikala ini merah padam. Kemarahan dalam diri Fika semakin
memucak.Hakim kelihatan ingin menhunuskan pisau lipat ke arah mukanya kali ini.
Fika mempratikkan apa yang di pelajarinya dengan pantas Fika terus menangkap
pergelangan tangan Hakim, lalu dipulasnya sekuat hati ke belakang. Pisau yang
berada di tangan Hakim terus terjatuh.
“Apa salah aku dekat kau haaa!!”
“Aku ada buat salah dekat kau ke? Setahu aku, kenal
pun tidak dengan kau!” Jerit Fika kuat.
Fika yang
leka memarahi Hakim tidak sedar ada seorang lagi kawan Hakim yang berjaga
dibelakangnya dan hendak memukul Fika dari arah belakang.Lelaki yang berada di
belakang Fika mula mengangkat kayu yang di pegangnya lalu dihayunkan ke arah
Fika Farisya.Hayunan dari lelaki terbabit tidak tepat mengena Fika apabila
lelaki yang berada di belakang Fika terhumban ke belakang akibat tedangan yang
cukup kuat dari Zafril. Fika tersenyum, sambil menyenitkan matanya ke arah
Zafril Zafuan. Pasti tendangan dari Zafril tadi teruk di perut lelaki tadi.
Lelaki tadi terus bangun dan berlari keluar dari rumah Fika tanpa membantu
Hakim yang tangannya masih setia di pulas oleh Fika.Fika dan Zafril yang
melihat lelaki itu berlari lintang pukang.Mereka ketawa kecil. Fika menundukan
wajahnya ke arah Hakim yang sedang melutut dibuatnya.
“Kau dengar apa yang aku nak pesan dekat kau, aku
akan lepaskan kau tapi kalau aku nampak kau lagi kat kawasan rumah aku. Hari
itu jugak aku lunyai kau sampai kau tak boleh bangun lagi berjalan seperti
biasa kau faham!” amaran Fika Farisya.Hakim yang kesakitan segera mengangguk
kepalanya.
“Owhh…satu lagi aku lupa nak pesan kat
kau.Tolong sampaikan salam sayang aku pada orang yang dah upah kau.Cakap dekat dia dalam mimpi
ajelah dia dapatkan takutkan aku,
jangan kau dekati orang-orang yang aku sayang faham” tegas Fika Farisya sambil
melepaskan tangan Hakim yang dipulas tadi.Hakim yang terasa tangannya
dilepaskan segera meloloskan diri dari situ.Zafril memandang Fika. Ternyata apa
dia dan keluargnya risau terjadi.Nasib baik hatinya tergerak hendak melihat
keadaan Fika Farisya tadi.kalau tidak pasti Fika Farisya di timpa musibah
angkara dua orang pemuda tadi.
“Kenapa kau baik sangat? Asal kau pergi lepaskan
mamat tu?” berang Zafril Zafuan. Rasanya Fika buat baik pada tempat yang salah.
“Kan elok kita masukkan je dia dalam
lokap biar dia meringkuk kat sana”
marah Zafril tidak puas hati melihat Fika melepaskan lelaki itu pergi begitu
sahaja.
“Biarlah. Akukan dah kerjakan dia, apa salahnya
kita bagi peluang kat dia bertaubat” ujar selamba dari Fika Farisya.
“Ini yang aku tak suka dekat kau ini mudah
memaafkan orang bagi peluang, tapi kalau aku nampak mamat itu lagi kacau kau
habis aku kerjakan dia” Zafril masih tidak puashati.
“Dahlah hari dah jauh malam aku pun dah ngantuk ini
kau balik lah Zaf, kalau tunggu kau
merunggut mahu sampai besok pagi tak
habis lagi” potong Fika Farisya.
“Menghalau nampak” sinis Zafril Zafuan.
“Aku bukan halau kau dah memang aku nak masuk
tidur. Badan aku pun letih pasal mamat tu suruh aku senaman tengah malam ini”
Fika Farisya berseloroh.
“Aku tak nak balik selagi tangan kau tu tak dibersihkan”
“Aku tengok luka ini dalam ini,jom kita pergi
klinik Fika,” sambung Zafril. Jelas riak risau tergambar diwajahnya.
“Ala Zaf
luka sikit je ini. Aku tak ada
apa-apalah”cantas Fika Farisya.
Mereka tidak sedar pertengkaran kecil mereka di
dengar oleh Haji Hassan dan Hajar Kahdijah yang sudah berada di bawah tangga
rumah Fika Farisya. Hajar Khadijah yang melihat lengan Fika berdarah terus
berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil peti kecemasan.
“Eehemm…”Haji
Hassan berdeham menyedarkan mereka yang asyik bertengkar. Fika dan Zafril
terdiam.Akibatnya Fika terpaksa mengikut Haji Hassan, Hajar Khadijah dan Zafril
yang membawanya ke klinik kerana pendarahan dari lengannya tidak mahu berhenti.
Fika yang berada di dalam kereta memandang cermin depan kereta dia nampak
Zafril tersenyum lebar mengejek dirinya.Akhirnya Fika Farisya tersenyum
sendiri.
‘Ibu…tak payah risau akan diri Fika.Fika tak
kesunyian ibu’ detik hati Fika.
BERSAMBUNG.... :)
Cantiklah Fika.
ReplyDeleteDD...
ReplyDeleteTerima kasih sudi Follow...ngee
[FIKA NAJWA]
Tahun depan terpaksa jugalah saya masuk kelas taekwondo. Bahaya betul. Dah lah saya ni lembik. Dengan orang perempuan beranilah saya bagi pusingan tangan. Kalau dengan lelaki, mereka dekat je dah rasa macam nak terkencing dalam seluar. Nasib baik diorang datang sebab nak pinjam buku je.
ReplyDeleteAssalamualaikum Nurul Qasyira...
ReplyDeleteTerima Kasih dik... insyaAllah ceq doakan kamu ambik kelas taekwondo aminn....
Tak perlu takut kalo kita benar.. tak perlu takut kalo kita berhak pertahankan sesuatu... yakin diri insyaAllah...
-FikaNajwa-