Di ruang tamu Mawar
memerhati segala gerak langkah Dato Khalil. Mawar tidak pasti apa yang bermain
di fikiran papanya pada waktu ini. Semenjak dia duduk, di lihat papanya
mundar-mandir di hadapannya.
Dato Khalil mengeluh panjang. Siapa sangka seorang lelaki muda berani mengugut dan mencabarnya. Aidil yang menyiasat tentang lelaki itu pun tidak dapat menjejak siapa gerangan lelaki itu. Siapa lelaki itu sebenar? Apa yang dia mahu sebenarnya? Berkali-kali soalan itu muncul di benak fikirannnya. Seingat dia, tidak pernah melihat atau bertemu dengan lelaki itu di mana-mana.
“Papa, bagaimana?”
Mawar menyoal dalam keadaan resah. Dia sendiri mendengar segala syarat yang
tidak masuk akal oleh lelaki itu. Lelaki itu seolah-olah membuat dia seperti barang
taruhan untuk mendapat apa yang dia mahu. Mawar kini merasa seluruh hidupnya
bergantung kepada Dato Khalil tanpa dia dapat membangkang. Jika papanya menurut
sahaja kehendak lelaki itu bererti hidup dia pasti bertukar menjadi neraka.
Dato Khalil menarik
nafas untuk mencari ketenangan. Dia sendiri buntu mahu membuat keputusan sama
ada ‘ya’ atau ‘tidak’. Jika jawapannya ‘tidak’ pasti kerjaya dan perniagaannya
akan musnah, jika ‘ya’ dia mempertaruhkan kebahagian anaknya. Dia tidak dapat
menjejak mahupun mengetahui kekuatan dan kelemahan lelaki itu. Dia yakin lelaki
itu sudah lama merancang untuk menjatuhkannya dan perniagaannya. Segala ugutan
yang di buat lelaki itu juga jelas bukan main-main, jelas di ingatannya wajah
lelaki itu penuh dengan keyakinan dan keangkuhan.
“Mawar, maafkan papa
sayang. Papa buntu. Papa tidak ada jawapannya sekarang.”
“Tolong Mawar papa,
buatlah apa saja tapi jangan terima syarat yang lelaki itu buat. Mawar tak mahu
papa,” ujar Mawar merayu pada Dato Khalil.
“Papa sedar Mawar. Tapi
Mawar sendiri dengar apa akibatnya jika kita tolak semua syaratnya di mana
maruah kita nanti? Macam mana kalau lelaki itu benar-benar siarkan
gambar-gambar itu?”
“Mawar tak peduli
dengan itu semua papa. Yang penting Mawar tetap tak setuju. Mawar lebih rela
mati dari kahwin dengan lelaki yang Mawar tak kenal,” bantah Mawar. Daripada
percakapan papanya dia sudah tahu jawapannnya. Pasti papanya terima semua
syarat gila lelaki itu. Dia bukan budak kecil lagi jelas air muka papanya
seperti bersetuju dengan semuanya.
Dato Khalil mengeluh
lagi. Di lihat wajah anaknya, Mawar masih tidak mengerti apa-apa. Lari bukan
jalan penyelesaian. “Macam mana kalau betul ada benih lelaki itu dalam rahim
Mawar? Mawar ingat kalau Mawar lari ke luar negara atau ke mana saja yang Mawar
mahu mampu atasi masalah ini? Bukan dengan cara itu Mawar, cara itu tak akan
dapat selesaikan masalah,” balas Dato Khalil seperti orang putus asa. Cara yang
Mawar mengatasi masalah hanya untuk jangka pendek sungguh tak matang.
“Kalau bukan dengan
cara itu, papa sanggup tengok Mawar kahwin dengan lelaki itu lah?”
“Mawar tak pernah fikir
ke, kalau betul lelaki itu ada negatif itu atau perut Mawar sudah berisi kelak?
Kita tak akan dapat lari,Mawar. Cuba Mawar bayangkan kalau kita tak turutkan
segala syarat-syaratnya”
“Mawar tetap dengan
pendirian Mawar! Tak, papa Mawar tak setuju dengan syarat-syarat gila lelaki
itu. Kalau benar mawar mengandung, mawar sendiri yang akan tanggung. Kalau papa
sanggup bagi saham Pasaraya kita itu hak papa, tapi papa tak berhak nak
tentukan hak Mawar, hanya Mawar yang berhak buat keputusan untuk diri Mawar
bukan papa. Mawar tak akan sesekali tunduk dengan syarat-syarat gila itu,
papa,” Mawar bangun dari duduknya dan melangkah mendaki anak tangga menuju ke
kamarnya dengan penuh kecewa.
Dato Khalil terkilan,
dia terasa dirinya sebagai seorang ayah tidak dapat membantu anaknya. Setuju, hanya kata itu sahaja yang mereka ada
di saat ini.
Mawar menghempaskan
tubuhnya ke atas katil sebaik sahaja tiba di kamarnya. Dia merasa dunianya
terasa begitu kelam, sempit. Sikap putus asa papanya jelas mengecewakannya.
Hanya cara ini sahaja ke yang ada untuk mereka, tidak ada ke jalan yang lain?
Perutnya yang masih kempis di raba. Betul ke akan ada nyawa yang hidup di
dalam?
“Bodoh!” jerit Mawar
pada dirinya sendiri. Suara hatinya mula memarahi atas tindakannya sendiri.
Jika tidak kerana kesilapan dia,pasti lelaki itu tidak akan mengugut mereka
dengan syarat-syarat yang tak masuk akal. Kerana kesilapan itu dia terpaksa
mengorbankan seluruh hidupnya. Di kala Mawar memarahi dirinya sendiri,
terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya.
“Boleh, aku masuk?”
terpancul wajah Riya di luar pintu biliknya. Mawar menoleh dengan senyuman
plastik.
“Hmm..masuklah!” angguk
Mawar sambil tangannya mengesat air matanya. Dia tidak mahu Riya melihat dia
lemah.
“Mawar sihat? Kenapa
ni?” Riya tahu Mawar baru saja bertengkar dengan uncle, dia dengar semua ketidak puas hati Mawar tentang semua
syarat-syarat dari lelaki yang mengugut mereka, dia menyoal penuh khuatir.
“Kau nampak aku okay ke
sekarang? Kalau kau nak berborak aku tak ada mood sekarang!” kata Mawar kasar. Dia malu dengan Riya, mereka
sudah tidak seperti dulu sentiasa berkongsi cerita. Dia tahu Riya cuba berkawan
semula dengannya.
“Maaf, kalau aku
menyibuk tentang kau, tapi kau masih kawan aku yang pernah aku kongsi
masalah-masalah aku. Aku nak kau tahu aku sedia dengar apa yang kau nak
luahkan. Jangan kerana aku dah ubah penampilan kau malu nak cari aku macam
dulu-dulu, aku tetap orang yang sama kau kenal, Mawar.
Mawar bangkit dari
katil tersebut. Dia menuju ke balkoni untuk mencari ketenangan. Riya yang
melihat Mawar melangkah ke arah balkoni turut mengekori Mawar. Riya memerhatikan Mawar dan
tersenyum. Mawar masih seperti dulu jika ada masalah yang akan mereka kongsi
pasti balkoni ini menjadi ‘port’
mereka dulu.
Mawar menjeling wajah
tenang Riya. Memang dulu di antara mereka tiada rahsia tapi sejak mereka
melanjutkan pelajaran mereka haluan mereka tidak sama lagi. Riya lebih rela
memilih universiti tempatan dari mengikutnya ke luar negara untuk sama-sama
mendapat segulung kertas. Dulu memang Riya tempat dia mengadu segala masalahnya
dan curahan perasaannya.
“Aku tetap di sini
seperti dulu Mawar. Ceritalah mana tahu boleh ringankan lagi beban yang kau
tanggung sekarang walaupun aku tak dapat membantu kau nanti,” ujar Riya dengan
lembut.
Mawar menguak rambutnya
yang menutupi dahinya akibat di tiup angin malam. Dia diam. Sepi tanpa suara
antara mereka. Dia tidak pasti sama ada Riya patut tahu masalah yang
menimpanya. Tapi dia akui yang di memerlukan seseorang untuk mendengar luahan
perasaan ketika ini.
Riya memandang lama
wajah Mawar. Dia tidak boleh memaksa Mawar, mungkin Mawar tak bersedia mahu
berkongsi masalahnya seperti mana mereka berdua dulu. Di saat matanya
bertembung dengan mata Mawar, dia tersenyum manis untuk sahabatnya. “Aku faham
kalau kau nak bersendirian. Aku keluar dulu. Tapi kalau kau tak boleh pikul aku
sentiasa ada untuk kau sebagai seorang sahabat, sama seperti kita dulu-dulu,”
ujar Riya mengorak langkah menuju ke arah pintu.
Belum sempat Riya
memulas tombol pintu bilik Mawar. “Aku dalam masalah besar sekarang, Riya,”
luah Mawar akhirnya biarpun serba salah. Dia tahu bukan Riya yang pergi jauh
darinya tapi dia yang selalu mengelak dari bertemu dengan Riya.
“What
do you means?”
“Ada orang cuba
mengugut aku dan papa aku,” terang Mawar perlahan. Dia kesal dengan apa yang
terjadi.
“Dia ugut kau dan papa
kau pakai gambar-gambar kau yang dekat kondo itu?” Mawar menoleh ke arah Riya
serta-merta. Bagaimana sahabatnya tahu? Ini pasti papanya, tebak Mawar pasti.
Riya kembali merapati
sahabatnya perlahan-lahan, dia mengusap bahu Mawar dengan lembut dan penuh
simpati.
“Macam mana kau boleh
tahu tentang gambar-gambar tu?”
“Uncle yang cerita dekat aku. Uncle
dah ceritakan semua pada aku. Bukan kau seorang sahaja yang risau Mawar.
Mungkin kau rasa uncle tak risau tapi
aku nak kau tahu uncle lagi risau
dari kau Mawar. Bukan gambar kau saja. Tapi gambar-gambar uncle juga aku dah tengok.” Mawar hairan. Bagaimana papanya boleh
begitu mempercayai Riya dari dirinya.
“Aku tahu apa yang ada
dalam kepala kau tu, Mawar. Kau jangan nak memandai buat speskualasi gosip
okay. Kau lupa aku, kau dan papa kau memang rapat tapi rapat aku dengan papa
kau sama macam kau rapat dengan papa kau, hubungan ayah dan anak. Aku tak
sanggup tengok orang yang aku sayang duduk termenung, macam yang kau lakukan
ini sekarang persis sama dengan papa kau, kau tahu tak muka korang ini buruk
kalau menangis,” terang Riya dalam berseloroh.
Mawar tertawa kecil,
sahabatnya ini memang pandai buat dia tersenyum kembali walaupun hanya seketika
sahaja. “Kau masih masih macam dulu, Riya tak ada yang berubah tetap boleh buat
aku ketawa. Maafkan aku dengan sikap aku selama ini, aku buat tak layan kau.”
“See… don’t judge the book by cover okay?” Riya tersenyum lagi. Now what you’re problem, tell me,” Riya tersenyum kembali.
Mawar kembali mengeluh
perlahan. “Aku bodoh, Riya. Aku biarkan diri aku terjerat dan membiarkan orang
mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah keluarga aku,” akui Mawar tanpa
segan silu dengan air mata kembali mengalir di pipinya.
“Sudahlah Mawar.
Perkara dah berlaku. Kau menangis air mata darah sekali pun perkara itu tak
akan mengubahnya. Sekarang yang penting jadikan segala yang berlaku untuk
pengajaran di masa depan.”
“Tapi dalam tiga hari
lagi hidup aku akan musnah akibat kebodohan aku sendiri, Riya.”
“Apa yang kau merepek
ini, kau cakap dalam tiga hari lagi hidup kau musnah. Aku tak faham?”
“Lelaki yang mengambil
gambar-gambar aku dan papa aku mengugut untuk mengunakan gambar dan meletak
syarat sebagai pertukaran dengan semua negetif gambar tersebut. Sebaliknya akan
berlaku jika aku dan papa aku tak setuju.”
Riya beristighfar di
dalam hati. Sungguh dia tidak tahu seberat ini ugutan yang di terima Mawar dan
Dato Khalil. “Kalau boleh aku tahu, apa syarat yang dia minta,”
“Pertama, dia mahu satu
pertiga dari saham Pasaraya dan yang kedua….,” berat mulut Mawar untuk
meneruskan.
“ Yang kedua apa
Mawar?”
“I
must be his wife.”
“What.”
Riya terkedu. Patutlah kedua beranak ini lelihatan resah sejak beberapa
kebelakangan ini.
“Tapi kau masih boleh
menolak Mawar.”
“Memang aku boleh
menolak untuk tidak menjadi isteri dia, tapi aku buntu Riya lelaki itu kata dia
mahu bertanggungjawab dia hanya takut jika ada nyawa di dalam…” Mawar menyentuh
perutnya.
Riya terdiam sebentar.
“Kalaulah aku tak
keluar malam tu, mesti perkara macam ini tak akan jadi…”
“Jangan cakap begitu
Mawar. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab, itu kententuan dari-NYA.
Aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya. Hanya kita aje yang tak nampak, sabar
Mawar ya!”
“Tapi Riya tak kan aku
nak musnahkan hidup aku dengan semua syarat-syarat lelaki itu. Tak masuk akal.”
“Aku faham, kau buntu
sekarang. Uncle dah buat keptusan
ke?”
“Papa aku belum buat
keputusan dari apa yang aku gaduh tadi aku percaya papa aku terpaksa akur
dengan semua syarat-syarat itu,”
“Kau kenal lelaki itu?”
soal Riya ingin tahu.
“Aku tak kenal tapi aku
pernah tersempak dia dekat party
Kelly malam itu,” ujar Mawar.
“Aku tak sangka lelaki
itu sanggup buat macam ini,”
“Hati manusia tak ada
siapa tahu baik atau buruk. Kalau harta dah mengaburi mata.”
“Mawar, bawak banyak
bersabar. Aku tahu kata-kata aku tak dapat hilangkan keresahan yang kau
tanggung. Tapi aku nak kau yakin Tuhan selalu menolong orang yang bersabar,”
pujuk Riya menggosok bahu Mawar. “Mawar pergi ambil wudhu,berdoa pada-NYA agar
DIA tunjukkan jalan penyelesaian pada kau.”
Mawar berasa tenang
sedikit mendengar nasihat dari Riya, beban yang memenuhi benaknya seperti
teralih sedikit.
“Okay, aku keluar dulu,
insya-Allah aku jumpa kau lagi. Aku belum solat lagi,” getus Riya sambil
memandang jam yang berada di bilik Mawar.
“Riya tunggu aku. Aku
pun nak ikut!” dalam keadaan terharu Riya memandang semula wajah sahabatnya.
Setelah sekian lama baru tergerak hati Mawar untuk berbuat demikian. Riya yakin
segala yang menimpa Mawar pasti ada hikmah yang tertentu dan jawapan yang pasti
kini ialah kesudian Mawar menunaikan perkara yang dah lama sahabatnya
tinggalkan. Bilik sembahyang yang ada di banglo ini akan kerap di gunakan
mereka kelak. Riya bersyukur. Semoga hidayah yang di akan berterusan.
Dato Khalil masih berada di bilik bacaannya. Masih jelas di matanya, wajah anak tunggalnya yang menolak apa yang ada di fikirannya ketika itu. Dia gelisah memikirkan nasib dia dan anaknya jika tidak mengikut syarat yang dikemukakan oleh lelaki itu.
“Papa!” Mawar muncul
bersama Riya. Riya memeluk telekung di dadanya. Dato Khalil memandang jam di
dinding. Sudah hampir masuk waktu solat.
“Riya nak solat?” soal
Dato Khalil separuh mamar. Tadi dia sudah mahu terlelap.
“Iya, uncle. Kenapa uncle tak tidur? Nanti uncle
dapat sakit.”
“Uncle tak dapat tidur Riya.”
“Papa..maafkan
Mawar..!” Mawar meraih tangan Dato Khalil lalu dia menundukkan kepalanya dan
mencium tangan Dato Khalil.
Dato Khalil terus
memeluk tubuh anaknya dengan erat. Ubun-ubun anaknya di cium lama. Riya yang
melihat terasa syahdu.
“Uncle, maaf kalau Riya banyak bercakap, setinggi mana pun masalah
yang kita hadapi walaupun kita berjaga sepanjang malam tak akan dapat mengubah
atau tenangkan fikiran kita. Uncle
perlu bertenang jika mahu selesaikan masalah ini.”
“Uncle sedar semua itu Riya. Tapi uncle kesal kerana tak dapat selamatkan maruah keluarga uncle dan berupaya melindungi
satu-satunya anak uncle.”
“Papa…, jangan cakap
macam tu papa. Jangan terlalu memikirkan masalah ini. Bagi Mawar, papa sudah
menjadi seorang ayah yang baik, bukan salah papa seorang saja ini juga salah
Mawar tapi Mawar yakin masalah yang timbul ini hanya salah satu teguran
dari-NYA dan DIA mahu menguji kita sejauh mana kasih sayang antara kita.” Dato
Khalil tersentuh mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak tunggalnya.
Kata Mawar dan Riya ada betulnya. Jika tidak nasihat Riya, tentu Mawar tidak
akan berbicara dalam keadaan ini. Dia kagum dengan Riya yang begitu bijak dalam
berbicara. Dan sekarang Dato Khalil kasih sayang nya tertumpah buat anaknya dan
gadis yang setia berdiri di hadapannnya. Walaupun gadis ini bukan siapa-siapa,
kini gadis ini juga yang menjadi pendorong kepadanya dan Mawar.
“Macam mana Mawar boleh
berubah dengan drastik macam ini?”
Mawar tersenyum. “Kalau
papa nak tahu tu yang berdiri depan kita sekarang, dia lah pujuk Mawar malam
tadi. Entah kenapa Mawar rasa tenang lepas soal jawab dengan si Riya ni.”
Seloroh Mawar sambil memeluk papanya.
“Terima kasih Riya. Uncle tak tahu kalau tak ada Riya kat
sini, uncle buntu fikirkan cara nak
selamatkan Mawar dari lelaki itu. Uncle
rasa macam diri uncle tak berguna
sebab tak dapat berbuat apa-apa. Mungkin ini dosa-dosa uncle.”
“Uncle…! Kenapa cakap macam tu. Semuanya sudah ditentukan. Pasti ada
hikmah di sebalik kejadian ini.”
“Papa, Mawar tak pernah
salahkan papa,”
“Papa tahu Mawar. Tapi
papa tak mahu Mawar menderita. Mawar tersengih memandang kekhuatiran papanya.
Kini baru jelas di matanya bahawa papanya sangat sayangkannya, cuba tidak di
tunjukan secara terang-terang.
“Uncle, semuanya belum pasti. Mana tahu apa yang uncle bayangkan semua sebaliknya?”
“Apa maksud kau,” Mawar
menyoal.
“Siapa tahu seandainya
jodoh kau dengan lelaki itu, mungkin kau dan dia akan bahagia hingga ke akhir
hayat.”
“Tak mungkin Riya, tak
mungkin lelaki itu boleh bahagiakan aku. Di hatinya cuma ada niat buruk. Jika
tidak , kenapa dia gunakan cara mengugut aku dengan papa.”
“Mungkin betul pendapat
kau. Mungkin aku tak kenal lagi lelaki yang ugut kau dan uncle, tapi aku yakin dia ada alasan sendiri kenapa dia buat macam
itu. Kita tak boleh menilai orang secara luaran sahaja. Entahlah mungkin
persepsi aku salah barangkali.
Dato Khalil dan Mawar
mengangguk. Azan sudah bergema dari surau berhampiran menyebakan Riya menarik
tangan Mawar dengan tergesa-gesa.
“Uncle kami solat dulu,” jelas wajah Dato Khalil hairan bila
perkataan ‘kami’. Mawar? Dia masih lagi tidak percaya.
“Mawar pun ikut juga
ke?” soal Dato Khalil sekadar menyoal untuk mendapatkan kepastian.
Mawar memandang Riya.
Dia sedar pasti papanya masih tidak percaya dengan perubahan dirinya.
“Papa semalam ada orang
pesan dekat Mawar, kalau kita banyak berdoa dan bertaubat insya-Allah Tuhan
akan tunjukan jalan yang terbaik buat kita. Hanya doa dan zikir yang boleh buat
kita tenang papa,” balas Mawar memandang Dato Khalil, Jauh di sudut hatinya
berharap agar hati papanya juga akan tergerak beubah seperti dirinya kini. Dato
Khalil mengangguk. Mawar dan Riya di lihat berlalu menuju ke bilik solat yang
ada di dalam banglonya tu.
Termenung sejenak Dato
Khalil di bilik itu, dia keluar melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik solat.
Tergerak hatinya untuk mengintip apa yang sedang di lakukan oleh Mawar dan
Riya. Dari celah pintu yang tidak tertutup Dato khalil mengintip dari luar.
Dato Khalil benar-benar terharu melihat Riya yang sedang mengimamkan solat
bersama anaknya.
Dato Kahlil berasa malu
dengan dirinya sendiri, kenapa dia tidak mengikut jejak langkah Mawar untuk
bertaubat, kenapa hatinya masih keras, dia yang sepatutnya menjadi imam.
Layakkah dia memimpin? Dirinya yang banyak bergelumbangan dengan dosa yang
tidak terkira banyaknya. Ya Allah maafkan hambamu ini yang telah banyak berbuat
dosa dan lupa akan-MU…,” suara hati Dato Khalil bergema.
Dia
termenung
di balkoni rumahnya. Dia menari nafas beberapa kali. Semakin dekat dia dengan
matlamatnya semakin tidak keruan hatinya. Dia sudah melihat wajah resah Dato
Khalil tentang syarat-syaratnya. Dia tesenyum puas, dia yakin Dato Khalil tidak
ada jalan keluar selain bersetuju dengan syarat-syaratnya. Dendamnya sejak dulu
lagi harus di lunaskan walaupun terpaksa bertaruh nyawanya sendiri. Dia tidak
akan berundur selagi tidak mendengar sendiri dari mulut Dato Khalil mengapa
maruah keluarganya di perlakukan sebegitu hina sekali sewaktu uminya datang
untuk mendapatkan segala-gala milik mereka daripada Dato Khalil.
Bunyi deringan Iphone,
memaksa dia tersedar dari lamunan. Dia bergegas ke ruang tamu.
“Assalamualaikum, kawan.
Ini aku.”
“Waalaikumusalam. Kau
sihat ke?” soal dia perlahan. Dia khuatir, teman baiknya merajuk, kerana semasa
umi mahu berangkat ke tanah suci beberapa hari lalu tidak di ajaknya.
“Kau sihat, Cuma sibuk
sikit. Alhamdulilah sekarang ini kita dah banyak tempahan.
‘Sabar. Tak lama lagi
aku akan balik.”
“Kau balik lah, umi dah
lah tak ada. Aku rasa Mak Peah pening sekarang.”
“Kan aku kata, sabar.
Aku yakin Mak Peah boleh buat.”
“Iyealah. Aku faham.
Tak boleh ke kau lupa matlamat kau tu. Kan elok kau duduk kat situ aje, kau
jalankan apa yang ada ni.”
Dia tergelak di hujung
talian. Dia sudah dapat membayangkan muncung kawannya pada saat ini.
“Kau….kan tahu ak...”
“Iyea lah… suka hati kau
lah.” Potong teman baiknya.
“Ini kenapa kau call aku? Ada apa-apa masalah ke kat
sana?”
“Aku nak ingatkan kau,
jangan sesekali kau ambik kesempatan atau sakiti mereka. Kalau itu terjadi kau
sendiri akan berhadapan dengan aku. Ikut
macam yang kau rancang dulu.”
“Habis siapa yang nak
jaga perniagaan kau kat sana selama kau kat Kuala Lumpur?”
“Kan aku dah kata dulu,
Makcik Peah ada. Makcik Peah boleh uruskan semua,” terangnya lagi merujuk
kepada Makcik Peah yang telah banyak membantu perniagaan umi. Tanpa bantuan
dari Makcik Peah itu perniagaan umi tidak akan berkembang hingga seperti
sekarang. Dia tahu uminya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan perniagaan itu
kepada Makcik Peah sepanjang uminya tiada di sana.
“Kau ada apa maklumat
tentang Mawar dan Dato Khalil yang kau nak beritahu aku?” soal lelaki itu.
“Setakat ini tak ada.”
“Kau pulak?”
Lelaki itu diam
sejenak. Hanya dia dan teman baiknya memerangkap anak angkat umi, mengetahui
rancangan yang sedang di rencanakan. “Insya-Allah, segala yang aku rancang buat
masa ini berjalan lancar.”
“Walau apa pun yang kau
lakukan nanti, kau kena berhati-hati,” ujar suara itu penuh khuatir.
“Aku tahu! Okey aku ada
kerja nak buat sikit. Nanti kita berbual lain kali.”
“Jaga diri kau.”
BERSAMBUNG... ;D
BERSAMBUNG... ;D
Wahh, fika najwa nie siapa??
ReplyDeleteAsslamualaikum... Uitt siapa erkk dia... Semoga ceria bak pelangi
Delete-FikaNajwa-
Cerita nie mkin menarik...teruskan...nk lg..
ReplyDeleteAssalamualaikum atiey yusoff
DeleteTerima kasih sudi tunggu n lepak Kat blog lagi... insyaAllah ceq sambung N3 baru... Semoga ceria bak pelangi...
-FikaNajwa-
Best wo....!
ReplyDeleteHihhihi....
*big boss kecik*
Assalamualaikum big boss...
DeleteTerima kasih sudi lepak Kat blog ceq..Mana best biasa2 je big boss.. Ngeee
Semoga Ceria Bak Pelangi
-FiiaNajwa-
wahhhh....mesti riya kan???
ReplyDelete*agak2 je lah. hehe
- NN -
Assalamualaikum NN... (wink2 mcm kenal aje)
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jejak ke sini NN....
semoga ceria bak pelangi
-FikaNajwa-