FOLLOWERS

Monday, February 4, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 16


OLEH : FIKA NAJWA 



FIKA FARISYA tersenyum hambar. Dia tidak tahu kenapa kebelakangan ini dia sering bermimpi ayah dan ibunya seolah-olah mimpi yang di alami bakal berlaku.Memang dia rindu ayah, ibu dan semua yang di tinggalkan di Malyasia. Manakala Kak Rissa melanjutkan pelajarannya di London. Bukan dia terputus hubungan dengan ayah dan kakak kembarnya, malah mereka selalu bertanyakan khabarnya dan sering jugak dia berskype dengan ayah dan kak Rissa sejak dia melanjutkan pelajarannya di UK. Fika Farisya melangkah ke tingkap melihat bintang yang bertaburan di dada langit, tubuhnya  di peluk kejap.

“Aku memang rindukan keluarga aku Nina.Tambahan pula dah 5 tahun aku kat sini. Aku tak pernah balik pun sejak aku disini.” Ujar Fika Farisya.Padangannya masih terarah ke luar tingkap. Sesekali rambut yang jatuh menghalang pandangannya di kuak perlahan.

Arnina yang setia mendengar sudah duduk bersila di atas katil Fika Farisya, merenung wajah sahabatnya.

“Sabarlah Fika, lagi dua minggu lagi kita pasti akan pulang dengan membawa segulung ijazah. So, lepas ini kau tak perlu lagi berjauhan dari ayah, kakak kembar kau dan family kau lagi.Aku yakin mesti keluarga kau bangga sebab kau lulus cermerlang.” Ceria suara Arnina apabila membayangkan mereka akan kembali ke pangkuan keluarga. Namun tidak bagi Fika Farisya hatinya tidak seceria sahabatnya. Dia tersenyum hambar mendengar kata-kata sahabatnya itu. ‘Bangga..? Bangga mungkin ayah..paklong Ilman..Kak Rissa dan keluarga Haji Hassan tapi tidak pada Mak Engku dan..’Detik hati Fika Farisya.

“Sebelum aku kesini dan bertemu ayah dan kakak kembar aku, aku hanya ada ibu sahaja dalam hidup aku tapi bila ibu meninggal hanya Haji Hassan sekeluarga yang jaga aku dan tempat aku bermanja. Sekarang aku bersyukur sebab aku dapat tunaikan permintaan ibu aku walaupun ibu aku tak pernah minta pekara ini tapi aku yakin ibu aku mesti bahagia sebab kini aku dah tinggal di rumah kami dulu dan bersatu. Tapi sayang, Mak Engku masih ego sama seperti dulu masih tak pernah sayang pada aku dan kak Rissa. Sejak aku kecil hanya api kebencian yang aku pandang pada mata Mak Engku.” Fika Farisya menghela nafasnya perlahan lalu duduk disebelah sahabatnya sambil memeluk bantal peluk. Dipandang di sudut meja belajarnya ada frame gambar ketika dia melancong bersama kakak kembar dan ayahnya sebelum di berangkat ke sini.Di ambil frame tersebut.

“Selama ini kau tak duduk dengan ayah dan kakak kembar kau ke Fika? Kenapa kau cakap, baru sekarang kau kembali pada ayah dan kakak kembar kau? Sorrylah Fika aku banyak tanya kau macam-macam malam ini, tapi jujur aku cakap kau terlalu perahsia pasal hal keluarga kau dengan aku…tapi kalau kau tak ada masalah nak bercerita dengan aku.” Ujar Arnina pada Fika Farisya.

Fika Farisya menoleh pada sahabatnya disebelah, kepalanya digeleng-gelengkan.

“Maaf aku bukan nak merahsiakan hal keluarga aku, cuma aku rasa tak ada apa yang istemewa untuk aku ceritakan.Aku…aku” Fika Farisya teragak-agak untuk meneruskan ayat.

Arnina menggenggam tangan Fika Farisya dia bagai dapat merasakan bertapa beratnya penanggungan perasaan yang di tanggung oleh sahabatnya.

“Luahkanlah Fika, aku sedia mendengar. Luahkanlah semua yang kau rasa, moga dapat mengurangkan sedikit beban yang kau tanggung walaupun aku tak dapat nak membantu kau.” Pujuk Arnina.

“Nina sebelum aku bertemu balik dengan keluarga aku, aku dan ibu aku hidup berdua selama ini tanpa ada ayah dan kakak kembar aku. Aku menumpang kasih seorang ayah hanya pada Haji Hassan. Bila terkenangkan arwah ibu aku, aku terkilan tak dapat tunaikan hajat dia tuk melihat keluarga kami bersatu tapi aku yakin ibu aku pasti tenang di sana melihat aku dah kembali pada ayah dan kakak kembar aku. Aku yakin itu.” Ujar Fika Farisya.

“Cumaa...aa aku masih terasa terasing lagi dalam keluarga aku sendiri. Sampai sekarang Mak Engku masih tidak boleh lagi terima aku dan kak Rissa. Mak Engku layan kami seperti kami ini bukan sebahagian keluarganya atau lebih tepat lagi bukan cucu yang di inginkan.” Fika Farisya mengeluh perlahan.

“Kenapa Mak Engku tak dapat terima kau dan kakak kembar kau?”

Fika Farisya naik ke atas katil dan mengengsot kebahagian tengah katil lalu menyandarkan badan ke dinding. Arnina juga turut melakukan pekara yang sama.

“Sebenarnya tak banyak yang aku tahu tentang sejarah keluarga aku, ini pun aku tahu dari Paklong Ilman yang cerita kat aku. Ikut cerita Paklong Ilman , perkahwinan ayah dan ibu aku tak direstui oleh Mak Engku kerana ibu aku miskin, anak yatim piatu. Keturunan dari belah ibu aku tak jelas tapi demi cinta mereka harungi jua.Walaupun hidup ibu aku di rumah kebajikan sejak kecil dan dewasa, sehingga suatu hari dia bertemu dengan ayah aku dan mereka berkahwin.Namun takdir penentu segalanya Nina, keluarga yang terbina selama  6 tahun hancur di sebabkan beberapa keping foto. Keegoaan, keangkuhan Mak Engku hanya mendiamkan diri dan membiarkan keruntuhan mahliga yang dibaja oleh benih-benih cinta hancur. Kalau sahaja pada masa itu Mak Engku menerangkan perkara sebenar pasti aku, ibu, kak Rissa dan ayah merupakan satu keluarga yang lengkap dan tak terpisah lama, pasti sebelum ibu aku menghembuskan nafasnya terakhir mungkin….” ayat terakhir dari Fika Farisya tidak dapat di habiskan. Suaranya mula bergetar.

Lama Arnina memandang wajah suram sahabatnya. Mata sahabatnya mula berkaca-kaca.
“Aku simpati pada kau dan keluarga kau.”Lembut Arnina berbicara. “Fika macam mana ibu kau berjumpa dengan ayah kau?” sambung Arnina. Kisah cinta mereka sedikit sebanyak menarik minatnya. Pleases la bukan dia kaku kepoh tapi kisah cinta merupakan topik kegemaran semua. Arnina mengulum senyum.

“Ibu aku bertemu ayah aku sewaktu ibu aku berjaya melanjutkan pelajarannya hingga Ke University. Disitulah bermula perkenalan ibu dan ayah aku.Mereka bercinta dan berkasih sayang dalam senyap tanpa diketahui oleh Mak Engku mama pada ayah aku. Sesudah tamat belajar ayah aku mula memberitahu Mak Engku yang dia ingin melamar ibu aku untuk di jadikan suri di hatinya tapi Mak Engku tak setuju dengan pilihan ayah aku. Enggang mana boleh terbang seiring dengan pipit. Pandangan kolot dan kuno,satu pendapat yang lapuk !” Sinis kata-kata Fika Farisya.Bibirnya dicebikkan. Ada apa dengan darjat. Itu semua hanya kepercayaan karut.
 
Arnina masih setia mendengar keluhan sahabatnya.

“Paklong Ilman aku kata lagi ayah aku sangat sayangkan ibu aku, walaupun hubungan ayah dan ibu aku ditentang oleh Mak Engku. Ayah dan ibu akhirnya berjaya mengharungi alam perkahwinan dan membina sebuah syarikat dari hasil titik peluh mereka bersama, kami sekeluarga hidup bahagia tapi itu semua masih tak dapat lembutkan hati Mak Engku walaupun dengan kehadiran aku dan Kak Rissa. Pelbagai cara ibu dan ayah buat supaya hubungan mereka direstui, semuanya sia-sia malah Mak Engku jugak mencuba pelbagai-bagai cara tuk memisahkan ibu dan ayah aku.”

Fika Farisya berhenti seketika dan menarik nafas panjang.

“Tap...ii tidak pada suatu hari cinta ayah dan ibu diuji.Ayah mula tidak percaya pada ibu,cinta ayah mula goyah dengan beberapa keping gambar. Ayah mula menaruh syak pada ibu  bahawa ibu curang di belakangnya. Cinta yang di bina selama 6 tahun tidak dapat bertahan lama apabila ayah menghalau ibu keluar dari rumah tanpa ibu dapat menjelaskan perkara sebenarnya. Dan pada malam hujan lebat ibu dan aku pergi ke banglo mewah milik Mak Engku. Ibu merayu pada Mak Engku supaya menceritakan perkara sebenar tapi Mak Engku hanya mendiamkan diri, ibu pulak masa tu sanggup berbuat apa sahaja tuk menyelamatkan rumahtangganya dari musnah sehingga sanggup melutu…” Fika Farisya tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi, jika diteruskan pasti malam hujan lebat itu kembali di kepalanya. Foto di bawah bantal dan frame diatas meja belajarnya diambil tadi didakapnya erat-erat seolah-olah insan yang tersayang berada disini sedang memeluknya.

Suasana menjadi hening seketika masing-masing melayan perasaan sendiri. Arnina memandang frame dan foto lama yang didakap oleh Fika Farisya.

“Fika..”Panggil Arnina memecah sunyi yang bertamu.

“Aku tak bermaksud buat kau sedih, cuma sejak aku kenal kau dari hari pertama aku lihat hanya frame dan foto lama tu yang kau dakap dan renung bila kau termenung? Kenapa?”

Melihat Fika Farisya tidak menjawab Arnina merasa bersalah dikala ini.Dia menyesal menanya dan meminta Fika Farisya menceritakan tentang keluarganya.Jika dia tidak bertanya atau menyoal pasti disaat ini luka dihati Fika tak berdarah kembali.

“Foto-foto ini begitu bermakna pada aku. Setiap kali aku merenung dan mendakapnya aku merasa seolah-olah ibu, ayah dan kak Rissa sedang memeluk aku. Masih jelas diingatan aku lagi pergaduhan antara ibu dan ayah aku, sehingga ibu di halau keluar dari rumah. Aku masa itu jugak berkeras mahu mengikut ibu aku pada malam tu. Renungan Kak Rissa yang tegak berdiri sambil di peluk oleh Mak Kiah di tiang seri rumah kami masih terbayang sampai sekarang di mata aku. Setelah di halau ibu sanggup meredah hujan lebat yang ketika itu kilat sambar menyambar pergi ke banglo Mak Engku, apalagi ketika itu hari semakin malam tapi ibu tak peduli dia sanggup meredah semuanya tuk menyelamatkan rumahtangga yang di binanya atas dasar cinta sama cinta. Ibu sanggup membiarkan maruah di pijak-pijak oleh Mak Engku,waktu ibu aku melutut dikaki Mak Engku, tanpa rasa simpati atau sekelumit kasih sanggup menendang ibu aku sampai jatuh tersungkur dan Mak Engku jugak sanggup mendorong aku hingga jatuh. Sejak itu ibu dan aku memulakan hidup baru di Melaka, usia aku pada ketika itu 5 tahun. Aku hanya hidup bersama ibu dengan orang-orang di sekelilingnya terlalu asing bagi aku. Ayah langsung tak mencari kami di mana kami berada, pasti Mak Engku masih diam membisu dari menceritakan perkara sebenar. Walaupun ayah dan Kak Rissa jauh dari aku tapi apa yang penting aku selalu dekat dengan ibu dah cukup untuk aku. Keluarga Haji Hassan sangat menyayangi aku seperti mana dia menyayangi anak lelakinya,Zafril Zafuan. Dan aku keseorangan lagi bila ibu yang selalu ada disisi aku pergi meninggalkan aku ketika aku last Paper SPM. Tiada siapa yang berada disisi aku ketika itu, pada hari ibu pergi meninggalkan aku juga hari hujan lebat. Tiap kali hujan pasti hati aku sayu bila terkenangkan apa yang aku lalui bersama ibu aku, Nina. Hanya Haji Hassan, Mak Tijah dan Zafril yang ada disisi aku. Beri aku semangat ketika aku tiada sesiapa.”

Arnina yang menjadi pendengar sedari tadi terus mengangguk. “Aku tahu Fika, kau pernah cerita pada aku pasal family kawan baik kau tu,” jelas Arnina.

“Habis kau bukan kawan baik aku ke? Kau pun kawan baik aku jugak,” sampuk Fika Farisya. Mereka sempat berbalas senyuman. Mata Fika Farisya terpejam anak rambut yang menghalang penglihatan dikuak ke tepi.

“Macam yang aku pernah cerita dekat kau masa aku sampai di halaman rumah, rumah yang penuh dengan penduduk kampung yang menziarahi ibu buat kali terakhir, ramai yang ucap takziah pada aku. Airmata aku bagai kering tidak ada setitik pun airmata mengalir di pipi aku. Aku tahan airmata dari jatuh, Nina. Mereka sangka aku seorang anak yang kuat bila tak menangis kemergian ibu aku, mereka tak tahu aku menangis di dalam hati aku, jiwa aku kosong. Aku terasa sunyi masa ibu aku meninggal. Selepas ibu aku meninggal aku banyak menghabiskan masa aku dengan berkurung dan bersendirian di dalam bilik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling aku.Tiga minggu aku mengasingkan diri dan bersendiri tanpa memikirkan perasaan orang yang sayang pada aku, sampai satu hari aku terdengar perbualan antara Zafril dan Mak Tijah yang risau akan keadaan aku. Masa aku mendengar perbualan mereka aku rasa bersalah pada mereka sekeluarga. Aku menyesal buat Mak Tijah menangis aku menyesal buat sahabat yang selalu di sisi aku risau melihat keadaan aku. Aku tekad pada masa itu dan berjanji pada diri aku yang aku tak menyusahkan orang atau membuat mereka sedih disebabkan aku.” Panjang lebar Fika Farisya menceritakan kisah hidupnya pada rakan sebiliknya.

Walaupun kisah Fika Farisya kedengaran tragis dalam hidupnya namun Arnina dapat melihat reaksi wajah Fika Farisya di kala ini cukup tenang, seperti Fika Farisya hanya menceritakan suatu kisah yang pernah dibaca dari buku sahaja. Jelas ketabahan pada diri sahabatnya itu.

 “Hanya foto ini….Foto lama ini yang menemani aku, foto ini….”jelas kedengaran getar pada suara Fika Farisya. Matanya mula berkaca-kaca. Dia tidak dapat menghabiskan ayat terakhir yang diucapnya sambil memeluk foto ibunya.Arnina yang mendengarnya turut berasa sedih.

“Fika tadi kau cakap Mak Engku tak terima kehadiran kau dan kakak kembar kau walaupun kau kini dah tinggal semula dengan ayah dan kakak kembar kau? Mak Engku tak marah atau halau kau dari banglo ayah kau ke?” Arnina mengajukan soalan yang bermain-main di mindanya sedari tadi.

Fika Farisya tersenyum sinis mendengar pertanyaan sahabatnya.Wajahnya diraup lembut.

“Amanat Nina, Mak Engku jugak tak mahu lagi kehilangan anak bongsunya. Lagipun ini yang ayah aku hantar aku ke UK, Kak Rissa ke London. Ayah aku ingin menjarakkan aku dan Kak Rissa sejauh mungkin dari Mak Engku. Ayah tak mahu aku dan Kak Rissa terluka. Yalah, aku dan Kak Rissa cucu yang tak diiktiraf tarafnya dalam keluarga besar Mak Engku. Aku ini keturunan yang tak baik, aku hanya bawak sia…”namun perkataan itu terhenti disitu, Fika Farisya tidak sanggup hendak menghabiskannya. Bibirnya diketap kuat. Wajahnya merah.Matanya sudah berkaca-kaca tapi di tahan airmatanya dari jatuh, bahu Arnina ditepuk lembut.

“Dahlah kita bercerita pasal lainlah pulak” ujar Fika Farisya lembut, lalu terus bangkit dari katil. Dia terus duduk dimeja belajarnya, komputer ribanya dibuka.

“Nina aku nak hantar e-mail pada kakak kembar aku. Aku nak tanya dia, dia dah sampai ke kat Malaysia sekali aku nak tanya dia dimana dia nak tunggu aku nanti boleh senang dia nak jemput aku kat airport.” jelas Fika Farisya dengan suara yang cuba diceriakan.

“Maknanya nanti kalau kau balik kau nak tinggal kat mana nanti Fika?” Soal Arnina.

Tangan Fika Farisya yang sedang lincah menaip terus terhenti. Fika berpaling dan terus memandang wajah sahabatnya. Dahinya berkerut mendengar soalan yang keluar dari mulut Arnina.

“Maksud aku kalau kau tak nak tinggal bersama ayah dan kakak kembar yang berada satu bumbung bersama Mak Engku, maknanya kau mesti tinggal kat rumah lama ibu kau? Tak akan kau nak tinggal sorang-sorang kat sana?”

Fika Farisya diam bagai memikirkan jawapan yang akan diberikan.

“Aku tetap akan tinggal dengan ayah dan kakak kembar aku lah. Kalau soal Mak Engku dan Megat Ammar tahulah aku nak buat maacam mana, bila dah sampai Malaysia nanti aku kerah otak aku untuk berfikir.” Sempat lagi Fika Farisya bergurau dengan sahabatnya.

Arnina tersenyum dan terus mengerutkan dahinya apabila Fika Farisya seperti menyebut nama seseorang.’Siapa Megat Ammar?’ Desis hati Arnina.

“Fika maaf kalau aku ini banyak bertanya soalan kat kau? Siapa Megat Ammar?Kau tak pernah cerita pun kat aku tentang pemilik nama yang baru kau sebut tadi?” Soal Arnina yang penuh minat hendak mengetahui siapa Megat Ammar.




BERSAMBUNG.... :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    Ruunna Qizbal insyalah FN akan cuba up bab 17 ksk dalam masa terdekat ini.terima kasih sudi baca ;)


    [FN]

    ReplyDelete