FOLLOWERS

Thursday, January 31, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 8




 OLEH: FIKA NAJWA

Kehilangan ibu benar-benar memberi tamparan hebat pada diri Fika.Dia lebih banyak  mendiamkan diri dari bercakap.Meskipun Zafril cuba membawanya berbual dan menyakatnya Fika tetap dengan muka yang tiada seri di wajahnya dia terasa seperti sebahagian dirinya hilang sejak ibunya meninggalkannya.Dia sunyi dan rindu.Tiada lagi coleteh, usikan ibu untuknya yang menceriakan hari-harinya.

Zafril sendiri tak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Fika yang kini lebih pendiam dan suka menyendiri.Kadang-kala dia akan menyakat dan mengusik Fika kerana mahu melihat respon dari Fika, tapi hampa segala gurauan dan usikannya hanya di beri senyuman hambar.Dia pening bagaimana mahu kembalikan semangat Fika yang bagai hilang.

“Ibu Zaf rasa si Fika tu dah tak betulah, bu” Zafril pernah mengadu pada ibunya. Tercengang Hajar Khadijah mendengar kata-kata dari Zafril Zafuan. Lantas satu cubit singgah dilengan anaknya.

“Apa yang kamu merepek ini Zaf?” mengucap panjang Hajar Khadijah dibuatnya gara-gara mendengar kata-kata anaknya tentang Fika Farisya.

“Sakitlah bu!, betulah apa yang Zaf cakap cuba ibu tengok perangai Fika.Diam aje tak bercakap bila Zaf buat lawak langsung tak ada respon dari dia. Seolah-olah kita ini tak wujud je.” Dia tidak tahan melihat perubahan Fika yang mendadak tiada lagi lawak, gelak, dan menyakat dari gadis itu untuk dia. Dia rindu Fika yang dulu.

“Hisshh…kamu ini Zaf. Diakan baru kehilangan ibunya. Kamu kena lah memahami keadaan dia. Dia masih bersedih lagi itu.Biar dia tenang. Nanti kembali lah semula.”

“Errkk..Slogan ibu tu dah macam program Astro indo pek aku dengar kembali ke laptop’  ujar hati Zafril.

“Itu Zaf tahu bu, tapi Makcik Lissa tu dah dekat tiga minggu meninggal.Sampai bila si Fika itu nak macam tu, bu” keluh Zafril Zafuan.

Hajar Khadijah memandang anaknya.Dahinya berkerut.Dia tahu anaknya risau akan Fika Farisya,di turur sama risau melihat Fika hanya mendiamkan diri dan berkurung di dalam bilik.

“Zaf kamu ini kenapa?”

“Kenapa apa, bu?” Zafril memulangkan kembali soalan ibunya.

“Yang kamu tak boleh bagi dia masa tu kenapa?Biarlah dia tenangkan fikiran dia dulu kamu sebagai kawan dan teman paling rapat seharusnya tahu bersabar macam mana nak buat si Fika itu berubah balik.Cuba kamu di tempat dia, ibu rasa mungkin kamu lagi teruk dari dia.”Tu dia peluru dari Hajar Khadijah buat anaknya.Terus terdiam Zafril Zafuan dibuatnya.

 “Zaf bukan apa bu, Zaf risau je tengok keadaan dia macam tu.Itu yang Zaf duk sibuk tunggu bila dia nak berubah balik.Zaf dah rindu dengan perangai yang kadang-kadang gila itu.”Dia bosan dengan kebisuan Fika.Sudah banyak cara dia buat bagi menghiburkan Fika tapi masih jua Fika berkeadaan dengan dunianya tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling.

Perbualan kedua beranak itu di dengar oleh Fika Farisya di sebalik dinding.Dia tahu Zafril tidak mahu dia bersedih lama-lama.Bukan dia tak tahu Hajar Khadijah dan Haji Hassan juga risau keadaan dirinya yang banyak mendiamkan diri dan berkurung sahaja di dalam bilik.Cuma dia terlalu hanyut dalam meratapi kepergian ibunya.Perlahan-lahan kedua pipinya ditampar.Dia perlu sedar kini ibunya tiada dia harus teruskan kehidupan. Dia perlu sedar bahawa masih ada lagi insan yang menyayangi dirinya.Hajar Kahdijah, Haji Hassan dan Zafril kini adalah keluarganya. Mereka la yang menjaganya dan tempat dia menumpang kasih.Dia perlu bangkit dari kesedihan ini.

 Zafril Zafuan melihat Fika termenung lagi dibawah pokok jambu.Dia melangkah mendekati Fika Farisya.Lalu di tarik tangan Fika Farisya masuk ke dalam kereta ayahnya. Fika yang melihat terus merentap tangannya dari Zafril.

Hisshh…dia ini kalau nak pegang-pegang main redah je nasib baik beralas kalau tak lunyai aku kerjakan’ Fika protes di dalam hati, dia tidak senang dengan perangai Zafril yang satu ini.

“Apa ini Zaf?Aku tak suka kau buat macam ini kang kau lunyai aku kerjakan kau” ugut Fika Farisya.

“Ada aku kisah, jom ikut aku pergi pekan.Teman aku tengok wayang.” Zafril menayang muka selamba.Tanda tak takut dengan ugutan Fika Farisya.

Aneh. Hanya itu yang terlintas difikiran Fika.Kenapa tiba-tiba Zafril mengajak dia pergi menonton wayang. Sedangkan dia tahu Zafril bukan kaki wayang.Setahu dia Zafril lagi suka berjalan-jalan dari menonton wayang.Dia tahu Zafril mahu menghiburkan dia. ‘Terima kasih Zaf.’ Sambil menjeling Fika bersuara.Dia masih ingin berlakon.Idea nakal mula terlintas di fikiran Fika Farisya di kala ini.

“Wayang?Kau sihat ke tak ini sejak bila pulak kau suka tengok wayang?”

 “Sebab kau lah aku sanggup nak bawak kau pergi tengok wayang.Biar tenang fikiran kau tu.Kalau tak mengelamun macam orang putus cinta je aku tengok.”

“Aku tak  ada mood nak pergi,kau pergilah sorang.Tak pun kau pergi ajak awek cun kau yang bernama Shahrini mesti dia nak ikut punya.” Fika cuba menahan ketawanya. Bukan dia tak nampak kerutan di dahi Zafril bila nama Shahrini muncul dibibirnya.Dia tahu Zafril tidak suka dia menyebut nama gadis tu.

Fikaaa…kau okey tak ini aku dah naik seram pulak bila kau suruh aku date dengan minah perasan itu.”

“Aku okey lah ini.Kenapa kau tak percaya aku cakap macam ini?”

Zafril Zafuan masih pelik dengan perubahan tiba-tiba dari Fika Farisya.Seolah-olah teman yang lamanya telah kembali.Zafril yang melihat Fika Farisya masuk ke dalam rumah dan keluar semula,sambil berjalan menuju ke arah kereta Honda City ayahnya sebelum dia melihat Fika Farisya masuk ke dalam kereta sambil mengenyitkan matanya ke arah Zafril.Zafril yang masih blurr, tetap berdiri di situ sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.Banyak persoalan dengan sikap Fika kali ini.Fika yang berdiri di depannya kini seolah-olah Fika yang dulu yang penuh dengan gurauan dan usikan darinya.

Woii!! Yang kau tercegat lagi kat sana kenapa?Kata kau nak bawak aku pergi tengok wayang?Cepatlah aku nak pergi tengok wayang ini” sergah Fika Farisya sambil tersenyum manis ke arah Zafril Zafuan.

Zafril yang tersentak terus tersenyum lebar.Dia masuk ke dalam kereta dan mula memandu.Kali ini dia senang hati dengan perubahan Fika Farisya. Zafril menjeling sekilas ke arah Fika Farisya yang duduk di sebelahnya.Banyak yang dia mahu tanya tapi dia tidak tahu mahu mula dari mana.Fika yang perasan akan pandangan Zafril.Dia tahu pasti Zafril terkejut dengan perubahan dia.Dari tadi duk jeling-jeling naik rimas dia.

“Kau nak tanya apa?Cepatlah masa berjalan ini kang malas aku nak jawab” Fika Farisya memula bicaranya.

Eeehh…minah ini macam tahu-tahu je aku nak tanya dia, macam ada deria ke enam pulak” Zafril bermonolog dalam hatinya.Dia tersengih sambil menampakkan baris giginya yang cantik dan tersusun rapi.Dah macam iklan gigi pulak.Belum sempat dia bersuara dah di beri jawapan yang masih belum sempat dia bagi pada Fika Farisya.

“Aku tahu kenapa kau pelik aku berubah dengan tiba-tibakan?Aku tak mahu lagi buat kau dan keluarga kau risau akan aku.Aku tak mahu orang di sekeliling yang aku sayang sedih. Itu sebab kenapa aku berubah dah jangan tanya lebih. Lagi pun life must go on bak kata kau dulu.Dah la cepat jalan aku tak sabar ini nak cuci mata”ujar Fika yang ceria.

“Banyak la kau life must go on" Zafril mengeleng dengan sikap Fika Farisya.Bila pulak dia cakap macam tu dulu.Fika,Fika.Sambil menggeleng kepalanya,dia tersenyum lebar melihat perubahan Fika Farisya.

“Zaf,dari kita tengok wayang jom kita pergi kota bersejarah kat Melaka nak?Aku dah lama tak turun.Rindu nak naik Menara Taming Sari kot-kot boleh cuci mata tengok pakwe hensem” seloroh Fika Farisya.

“Bagus jugak idea kau ini,nasib baik kita sehati sejiwa kalau tak aku terpaksa layan duduk diam kat panggung itu. Nanti boleh la aku cuci mata tengok makwe cun-cun. Bosan jugak asyik tengok muka kau je.Dah la muka macam ayam kena sembelit tiga hari berturut-turut” ujar Zafril.Mereka ketawa.

Sebaik kereta yang di pandu Zafril berhenti di parking lot yang bertentangan Menara
berpusing Taming Sari.Fika sudah,melompat keluar dari Honda City Hitam, melihat ramai pengunjung yang tidak putus-putus.Nak-nak lagi pada hari minggu pasti ramai pelancong dan warga tempatan keluar membawa keluarga masing-masing.Dia tidak sabar nak berjalan-jalan di kota bersejarah ini.Kali terakhir dia bersama-sama ibunya berjalan-jalan di kota bersejarah ini.Fika tak mahu lagi bersedih cepat-cepat dia mengusir memori silam yang menyedihkan ada di fikirannya.Dia tak mahu Zafril yang berada di sisinya mengesan riak sedih di wajahnya.

“Zaf sebelum kita menempuh perjalanan yang jauh jom kita masuk restoran yang berhampiran kat sana tu, cacing aku dah lapar ini” Sayup-sayup kedengaran suara Fika Farisya.

“Apa dia Fika cuba kau…..” belum habis Zafril menghabiskan ayatnya Fika sudah pun hilang disisinya.Berkerut keningnya.

“Eehh..Mana pulak minah ini pergi?”Matanya di halakan ke hadapan.Jelas kelihatan Fika sudah berjalan meninggalkan dia dibelakang.Dia ternampak kelibat Fika dari jauh yang sedang menuju ke sebuah Restron yang berhampiran di situ.

“Bertuah punya kawan baru tadi nak ajak pergi menara berpusing Taming Sari,”rungut Zafril Zafuan.

Dalam merunggut kaki Zafril Zafuan tetap menuju ka arah Fika Farisya.Mulutnya kumat-kamit memarahi Fika yang hilang begitu saja.Dia melihat Fika di langgar seorang pemuda, Zafril mula berlari-lari anak menuju ke sana.Fika ini bukan boleh percaya mahu dia mengamuk dengan mamat yang dia langgar nanti.Dia kalau sedih memang cepat angin satu badan.

“Adoiii!! Sakitnya apalah yang orang ini makan? Badan macam badak besi” keluh Fika perlahan.

“Saudari okey ke?”

“Kau nampak aku okey ke tak? Yang kau lari-lari macam kejar bini, tak tengok orang kenapa? Tak ada mata ke? Badan macam badak besi” marah Fika.Fika masih menunuduk wajahnya.

“Sorry, apa yang saudari cakap? Saya badak besi? What do you mean ?”

“Apa sorry, sorry…sorry naik bas mini lah beb, tak payah nak berspeaking-speaking dengan aku, aku bukannya faham pun apa yang kau cakap. Kalau paham pun buat-buat tak paham”.Meluat Fika mendengar orang melayu yang lebih mengagongkan bahasa inggeris dari bahasa ibunda sendiri cakap je rakyat Malaysia tapi hampeh.

Fika terus mengangkat perlahan-lahan wajahnya.Dia ingin melihat wajah pemuda yang sangat ‘berhemat’ yang melanggarnya.Dia melihat pemuda tadi tergelak sambil tangannya di letakkan di bahu Fika.Fika yang bengang bertambah bengang dengan ‘adap sopan’ yang ditunjukkan oleh pemuda di hadapannya kini.Fika menepis kuat tangan pemuda itu.Tapi riak pemuda itu masih ketawa dilihatnya.

“Rissa…! Bukan semalam you tak nak ikut I pergi Melaka ke? Tapi sekarang I tengok-tengok you dah terpacak kat sini.”

“You datang dengan Pak Dollah ke?

“Pasal I terlanggar you, I dah lupa nak kejar awek yang I kenal kat FB.Dia tengah merajuk, I  tak tahu kenapa tiba-tiba dia bangun dan blah macam itu je.Cun awek baru tu I rasa I dah jatuh cinta dekat dialah Rissa”

Fika Farisya yang mendengar mengerutkan dahinya bila pemuda itu memanggilnya Rissa. Siapa Rissa? Ini mesti ayat nak kasi gua cair ini.Inilah lelaki kalau dah jumpa perempuan dahi licin mula lah mengayat.Peduli apa aku dengan cerita dia.Ada aku kisah nak dengar.

“Eehh…Tunggu….siapa Rissa? Itu bukan nama aku lah nama aku Fika.Aku tak kenal kau. ”Fika mula memulakan langkah untuk beredar dari situ.Namun di halang oleh pemuda di hadapannya.

 “Rissa, I tahu lah nama you. Fhyka Arissa.Macam tak pernah I panggil nama you pulak. Bukan dulu you tak suka I panggil you Fhyka ke? Dulu I panggil you Fhyka you tak nak you cakap tu nama seseorang yang paling you sayang dan rindu.Sekarang bila I panggil you  Rissa you buat hilang ingatan, buat-buat tak kenal dengan I pulak.” Ujar pemuda itu.




BERSAMBUNG :)...

Tuesday, January 29, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 6




 OLEH : FIKA NAJWA

Fyhka Arissa merasa dia berada di satu taman yang indah. Sedang leka dia berjalan ada seseorang memberi salam kepadanya.

“Assalamualaikum sayang? Apa khabar anak ibu ini?” soal wanita yang sudah berumur tapi wajahnya masih nampak ayu lagi.

 Arissa mengerut dahinya. Dia merenung seseorang dihadapannya. Seperti dia kenal akan wajah yang berada di depannya kini. Lama matanya menjamah wajah wanita yang sedang tersenyum ke arahnya. Lama dia mendiamkan diri sebelum teragak-agak menjawab salam wanita tersebut.

“Waalaikumusalam…” Arissa menjawab salam dari wanita tersebut. Dia merenung lagi wanita yang ada di hadapannya. Dia seperti pernah melihat wajah wanita yang ada dihadapannya. Dari arah belakang kelibat seseorang yang kelihatan seperti dirinya. Matanya terlompong melihat wajah anak wanita itu serupa wajahnya. Kelihatan dirinya yang satu lagi tersenyum ke arahnya. Dia melihat anak wanita itu tersenyum kepadanya.

 Rahmah Khalissa tersenyum lalu memberi salam sekali lagi kepada anaknya yang masih terpaku dan tergaman melihat dia dan adik kembarnya.

Perlahan-lahan terasa air panas mengalir dipipinya. Arissa terus meluru ke arah wanita itu setelah dia yakin dengan siapa dia berhadapan. Ibu! Ya itu ibunya. Jelas sekali sebaik sahaja dia mendengar wanita itu membahasakan dirinya ibu.Dia memeluk erat ibunya seolah-olah tidak mahu berpisah lagi.

“Kakak rindu ibuuu…! Ibu kenapa ibu dengan adik tak pernah datang tengok kakak kat rumah kita? Kakak selalu tunggu ibu dengan adik tau.” Ujar Arissa manja sambil melentokkan kepalanya dibahu ibunya. Dia terlalu merindu ibu dan adiknya. Tangan Fika Farisya disebelah digengam erat. 

 “Alaa…alaaa…kesian anak ibu ini. Rindu dekat ibu dengan adik ya. Mari ibu peluk kakak kuat-kuat biar rindu kakak terbayar” Rahmah Khalissa ketawa mengusik anaknya. Pelukan diketatkan. Kasihnya terlalu kuat untuk kedua-dua anak kembarnya. Itu la permata yang paling berharga dari segalanya.

“Ibu sayang sangat dekat kakak dan adik” Rahmah Khalissa mengusap kedua-dua rambut si kembarnya dengan lembut.

“Kakak nanti kalau ibu dah tak ada kakak jaga ayah dengan adik tau” Rahmah Khalissa bersuara setelah lama mereka diam di dalam pelukkan.

“Ibu, ini soalan apa yang ibu bagi dekat kakak ini? Kitakan dah lama tak jumpa tapi ibu saja nak bagi kakak menangis pulak. Sepanjang 12 tahun ibu dengan adik tak ada kakak sunyi taw. Tak ada siapa nak teman kakak kat rumah besar itu yang ada hanya Pak Dollah dengan isterinya, Mak Kiah yang selalu teman kakak kat rumah itu” adu Arissa. Cuba memberitahu ibunya betapa sunyinya dia setelah Rahmah Khalissa dan adiknya keluar dari rumah itu.

 Rahmah Khalissa memeluk kedua-dua anak kembarnya. Arissa melihat mata ibunya seakan berkaca-kaca seperti ibunya menahan airmata daripada jatuh ke pipi. Sikap ibunya yang satu itu sudah sebati dalam dirinya. Menyembunyikan kesedihan.

 “Kakak anak sulung ibu. Walaupun kita berjauhan tapi hati ibu selalu merindui kakak. Hanya kakak tempat ibu mengadu dan meminta tolong. Dengar apa yang ibu nak cakap dekat kakak nanti. Bila ibu tiada lagi didunia ini tolong jaga adik, kakak. Kakak sayangi dia seperti mana ibu menyayangi kakak dan ayah” ulas Rahmah Khalissa. Terasa sebak dalam menutur kata-kata tersebut. 

Air mata yang berhenti seketika tadi, kini kembali. Dia mengesat kuat airmata dipipi. Cuba menghapus segala resah dihati.

“Apa ibu ini, cakap macam itu” ngomel Arissa sambil mulutnya dimucungkan.

“Kakak, ibu sayang  kakak” bisik ibunya ke telinga Arissa. Dia terdiam. 

“Kakak…jaga diri, solat jangan culas lagi. Ingat semua yang ibu dan ayah ajar kakak. Jangan ikutkan perasaan marah dan jangan sesekali kakak lupa setiap yang kita lakukan kerana ALLAH” suara ibunya kedengaran sayup.Jadi anak yang berbakti pada orang tua. Pandangannya semakin kabur dek air matanya mengalir.

 “Ibu…ibu!! “Arissa menjerit sekuat hati dikala bayang ibunya hilang. Kini digantikan dengan bayang adiknya yang berdiri dan dia melihat mata adiknya merah seperti adiknya menahan airmata dari turun di pipinya. Arissa berjalan pantas dan memeluk adiknya dengan sekuat hati. Lama mereka berpelukakan sebelum adiknya menolak kuat tubuhnya untuk merenggangkan pelukkan.

Arissa yang tersentak tolakan dari adik kembarnya,mengerutkan dahinya.Dia diam sambil matanya memandang tepat ke anak mata adiknya.

“Kakak ibu dah pergi tinggalkan adik keseorangan di sini…ibu dah tinggalkan kita. Tak ada siapa yang akan temani adik, kak” jerit Fika kepada kakaknya dengan sayu. Wajah itu sayu.

“Apa yang adik cakap ini? Ibu masih ada, ibu baru bercakap dengan kita tadi” potong Arissa sambil airmatanya mengalir dengan sendiri tanpa dapat ditahannya.

“Kak mari ikut adik” ujar Fika sambil mengenggam tangan kakaknya.

 Fika menggenggam kuat tangan kakaknya, dia cuba membawa kakaknya naik ke atas sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari taman yang di mana dia baru memeluk adik dan ibunya.

“Mari kak, adik bawak akak ke rumah adik dengan ibu” Arissa yang kelihatan terpukau hanya mengekor langkah adiknya sambil memimpin tangannnya. Arissa melihat ramai orang yang berada disekeliling rumah itu, dia  tersenyum ke arah orang yang berada di situ.

“Ehh! Adik, ibu buat kenduri untuk sambut kedatangan akak errkk?” bisik Arissa perlahan di telinga adiknya.Dia cuma menangkis debaran di hatinya.

 “Tapi kenapa akak tengok semua wajah orang yang ada kat rumah ini macam sedih je, dik?"

Adik siapa yang tengah tidur lepas itu kena tutup pulak?” soal Arissa bertalu-talu. Fika hanya mampu mendiamkan diri. Kebisuan Fika menambah resah Arissa.

Arissa nampak ada seorang wanita yang mungkin sebaya umurnya dengan ibunya duduk bersimpuh sambil menyeka airmata yang mengalir laju dipipi wanita itu.

"Adik jawablah apa yang akak tanya? kenapa diam?"

 “Dik…ini apa pakat ramai-ramai menangis dekat rumah ini? Semua nak tipu akakkan? Ini mesti adik punya idea? Adikkan yang buat semua ini, adik sejak kecil sampai dah besar memang tak ubah nak mengenakan akak yea?” Soal Arissa dalam ketawa.

“Kakak….dengar cakap adik. Pandang adik, adik harap akak kuat. Bawak mengucap, ingat ALLAH dan terima ketentuan-NYA.”  Fika memegang bahu kakaknya.

“Kakak….ibu..uuu dah tinggalkan kita buat selamanya kak” sambung Fika perlahan.

“Ibu sakit kak, ibu dah lama sakit. Kak redakan pemergian ibu kak. Doakan ibu bahagia di sana kak,” Fika menjelaskan satu persatu apa yang terjadi kepada kakaknya.

Arissa kaku. Terasa nyawanya direntap dengan kejam setelah mendengar kata-kata adik kembarnya. Gengaman ditangan semakin kuat digengam adiknya, seolah-olah memberi kekuatan.

Dia mengekor adiknya dan duduk bersimpuh disebelah sekujur tubuh yang ditutupi oleh selendang putih. Jelas dimatanya yang terbaring disebalik selendang itu wajah yang sangat dia rindui siang dan malam. Dia memandang adiknya yang telah bangun lalu mencium dahi dan pipi ibunya lama.

Kak, cium ibu kak. Ibu nak sangat kakak cium dia. Adik tahu kakak nak peluk dan cium ibukan. Sekarang masanya kak. Lap airmata akak jangan setitik pun jatuh di muka ibu, kak. Nanti ibu sakit” kata-kata Fika diiringi oleh air mata. Arissa menyesat lembut airmata adiknya yang jatuh dipipi. Perbuatan yang sama dilakukan oleh Fika. Air mata dipipi Arissa dilap.

 Airmata Arissa tetap jua mengalir dipipinya, walaupun adiknya telah menyeka airmtanya. Dia bagai tidak ada kekuatan untuk menerima berita ini. Baru sebentar tadi berborak dengan ibunya tapi kini, ibunya terbujur di situ.

Kak, cepat kak jangan buat ibu kita sakit kak. Jangan halang dia untuk pergi ke alam lain kak. Jangan ditangisi, kak. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya”ujar Fika memberi semangat pada kakaknya.

 Arissa menyeka airmatanya. Di sapu airmatanya sehingga bersih. Di tahan airmatanya. Sambil memandang adiknya. Dia nampak adiknya mengangguk dan bangun dari tempat duduknya. Adiknya memberi ruang untuk kakaknya.

Dengan sisa kekuatan yang ditiupkan oleh adiknya kembarnya, akhirnya Arissa bangun lalu mencium dahi ibunya diikuti pipi ibunya dan akhir sekali dia memeluk erat tubuh ibunya lama. 

“Ibu, kakak sayang ibu. Kenapa ibu tinggalkan kakak dan adik, bu…” Dia berbisik ditelinga ibunya.
Arissa terasa badannya lemah lantas dipaut tubuh adiknya sebelum dia menutup matanya. Dia melihat wajah kembarnya langsung tidak mengeluarkan setitik airmata pun jatuh di pipi adiknya. Samar-samar kelihatan adiknya tersenyum padanya. Senyuman dalam keterpaksaan dia tahu walau sekuat mana pun adiknya menahan rasa, pasti didalam hatinya menangis ketika ini. Hati Fyhka Arissa kuat mengatakan. Akhirnya pandangannya gelap.

********           
Megat Ihsan yang baru mahu mengetuk pintu bilik anaknya, terdengar esakan tangisan anaknya. Dia lantas menolak kasar pintu anaknya, terkejut dia melihat anaknya menangis dalam tidur. Dia berjalan mendekati anaknya lalu duduk disisi katil sambil tangannya mengoncang perlahan bahu anaknya.

“Sayang…..sayang kenapa menangis…? bangun kakak. Ayah ada dekat sini, kakak mimipi ini..bangun sayang” bisik Megat Ihsan perlahan mengejutkan anaknya.

Arissa yang terasa ada seseorang mengoncang bahunya dan memanggil menyuruh dia bangun tersentak lalu terus duduk dari pembaringannya. Dia merenung ayahnya yang duduk disisinya terus meluru memeluk tubuh ayahnya.Tangisan Arissa mula kedengaran lagi disetiap penjuru biliknya.

Megat Ihsan memeluk anaknya, mungkin anaknya mimpi ngeri. Detik hati Megat Ihsan. Dia menolak perlahan tubuh anaknya untuk merungkai pelukan sambil tangannya menyeka airmata yang mengalir dipipi anaknya.

“Ssshhyyy….kenapa sayang ayah menangis ini? Sayang mimpi apa sampai nangis dalam tidur?” Megat Ihsan menyoal anaknya. Jelas riak risau diwajah Megat Ihsan.

"Kaaakak…..kaa...kak mimpi ibu dengan adik yah” dengan suara yang teresak-esak bersuara.

“Kakak nampak ibu terbaring sambil orang disekelilingnya membaca yassin untuknya…ibu dah meninggal, yah….’’ Sambung Arissa berserta tangisan yang semakin kuat.

Tersentak Megat Ihsan, mendengar kata yang keluar dari Fyhka Arissa. Namun dia cuba menenangkan perasaannya.

A…dik...adik sekarang tak ada siapa yang menjaganya sekarang. Ayah kita cari adik biar dia duduk dengan kita. Akak rindu adik, yah” sendu tangisan Arissa masih kedengaran. Arissa merayu ayahnya.

Megat Ihsan yang terdiam dan terkaku dengan apa yang anaknya ceritakan apa yang di mimpikannya satu-persatu benar-benar menyentap hatinya. Dia juga merasa sejak beberapa hari ini tidak sedap hati terutamanya pagi tadi fikirannya banyak mengasak ingatannya pada wajah isteri dan anaknya yang sorang lagi, Fika Farisya. Namun dia cuba menyedapkan hati yang mereka tiada apa-apa sekadar meredakan debaran hatinya.

Megat Ihsan memegang bahu anaknya.“Kakak pandang ayah nak…kakak cuma mimpi…kakak tahukan mimpi hanya mainan tidur. Ayah percaya tak ada apa-apa yang berlaku pada mereka. Ayah percaya sekarang mesti ibu sedang berada disisi adik tak mungkin ibu sanggup tinggalkan adik hidup sendiri.” Megat Ihsan cuba menenangkan anaknya.Walaupun hatinya sendiri sedang bergolak hebat didalam.

Tak….tak…tak ayah kakak yakin adik keseorangan sekarang, sebab perasaan kakak kuat menyatakan yang adik sedih ayah, mimpi itu macam betul…betul berlaku percayalah, yah..kakak yakin adik perlukan kita sekarang. Ayah kita cari adik, yah” Fyhka Arissa menyakinkan ayahnya supaya mencari adik dan ibunya. Dia tahu jauh disudut hati ayahnya paling dalam ayahnya terseksa merindui ibu dan adik kembarnya.

Dia pernah melihat ketika ayahnya berada di dalam bilik bacaan, dia nampak dengan jelas yang ayahnya memegang foto keluarga mereka yang masih disimpan oleh ayah. Bertapa egonya Megat Ihsan menafikan perasaannya sendiri.




BERSAMBUNG.... ;)
 

Monday, January 28, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 5




 OLEH : FIKA NAJWA

“TAK FIKA Pak Hassan tak tipu.Pak Hassan dan Mak Tija yang berada di sisi ibu kamu yang lagi tak bernafas dan berlumuran darah nak,”ujar Haji Hassan cuba untuk menyakinkan Fika Farisya.

Fika terus menggeleng masih tidak dapat menerima berita yang di sampaikan oleh Haji Hassan.

“Fika tak percaya! Pak Hassan tipu!Fika yakin ibu tengah tunggu Fika dekat rumah.Ibu dah janji akan tunggu Fika balik dari sekolah.Fika tahu tu.”

Airmata yang ditahannya sudah mula mengalir perlahan-lahan mengikut lekuk wajah Fika Farisya.Dia masih tidak percaya dengan berita yang di bawa oleh Haji Hassan.

“Janganlah buat Fika macam ini Pak Hassan.Fika dah tak ada sesiapa selain ibu…kalau ibu tak ada siapa yang nak teman dan jaga Fika Pak Hassan,siapa yang nak sayang Fika lagi?”

“Pak Hassan bawak Fika jumpa ibu Pak Hassan….Fika nak jumpa ibu..Fika nak jumpa ibu..”

Fika sudah mengongoi sambil tangannya dengan kasar menyesat airmata yang mengalir di wajahnya.Dia tidak akan menangis itu janji dia pada ibunya.Dia tidak mahu ibunya sedih.

“Ibu kenapa ibu tak tunggu adik balik ibu…adik dah janji dengan ibu yang adik akan satukan keluarga kita kenapa ibu pergi dulu,”rintih hati Fika Farisya sambil wajahnya menunduk.Dia menahan airmatanya dari jatuh.Bibirnya diketap.

Zafril Zafuan yang duduk bertentangan Fika dan ayahnya menahan perasaan.Di tahan airmatanya dari jatuh.Dia berpaling ke arah lain,dia tidak sanggup melihat kawan rapatnya menangis seperti ini.Tidak pernah dia melihat Fika seperti sekarang.

“Ya Pak Hassan bawak Fika jumpa ibu.Kita akan jumpa ibu Fika,”pujuk Haji Hassan.

Sedih hati tuanya melihat Fika Farisya yang seakan-akan menahan airmatanya dari jatuh,di kesat airmatanya yang mengalir di pipinya dengan kasar.Sejak dia mengenali Fika,dia tahu Fika seorang anak yang kuat dan tabah dia tidak pernah merungut walaupun hidup  dia dan ibunya serba kekurangan.Dia dah mula jatuh sayang dengan Fika Farisya sama bagaimana dia menyayangi Zafril anaknya.

Haji Hassan tidak mahu Fika larut dalam kesedihannya.Dia memberi isyarat mata pada anaknya.Zafril yang faham isyarat dari ayahnya mula berkata.

“Fika…kau nak jumpa ibu kau kan?”

“Mari kita balik ibu kau mesti tunggu kau sekarang.”Zafril memujuk Fika.

Fika mengangkat kepalanya perlahan-lahan merenung kosong ke arah Zafril.Tanpa mengangguk dia terus bangun dari kerusi yang didudukinya.Dia mula melangkah perlahan-lahan ke arah kereta Honda City hitam yang berada di parking lot sekolahnya.Zafril dan Haji Hassan mengekor Fika dari belakang.Ketika enjin kereta Honda City mula di hidupkan hujan mula turun renai-renai.Fika menyandarkan kepalanya di kusyen sambil merenung kosong.Hujan yang ketika itu renai-renai mula turun dengan lebatnya, membasahi bumi.Seperti ketika ini alam turut menangisi kepergian Rahmah Khalissa dan kesedihan yang di alami Fika Farisya.

Akibat hujan lebat yang mengilai di luar.Pecutan kereta Honda City Haji Hassan menjadi perlahan.Haji Hassan terpaksa memperlahankan pergerakan keretanya.Dia tidak mahu berlaku apa-apa sepanjang perjalanannya  pulang ke rumah,hati dan mulut Haji Hassan sentiasa dibasahi dengan zkir dan doa agar mereka selamat sampai.

“Pak Hassan kenapa kereta ini bergerak perlahan?”

“Tolong bawak laju Pak Hassan Fika nak jumpa ibu,mesti ibu dah tunggu lama kat rumah,”tiba-tiba Fika bersuara.

“Sabar nak…sabar Pak Hassan cuba tapi Pak Hassan tak boleh nak bawak kereta ini laju-laju nak. Dekat luar tu hujan lebat jalan pun tak berapa nak nampak sangat.Insyallah tak lama lagi kita sampai ke rumah..,”ujar Pak Hassan pada Fika.Dia tahu hati Fika tidak tenang ketika ini.

Zafril menoleh ke belakang,dia nampak Fika tersandar lesu sambil matanya merenung ke luar.Di lihat lama sahabatnya,dia tidak pernah melihat Fika lemah seperti ini, bibir yang selalu tersenyum kita hilang,mata yang bersinar seperti hilang sinar.Dia faham apa yang di alami sahabatnya.Tiada lagi airmata yang mengalir diwajah Fika,dia tahu jauh di sudut hati sahabatnya kini sedang menangis.Jika dia di tempat Fika belum tentu di sekuat Fika.

*********** 
Fhyka Arissa menyandarkan kepalanya di kusyen kereta yang sedang meluncur laju menuju ke rumahnya.Nafasnya dihela lembut, matanya cuba dipejamkan seketika.Ingatan pada dua wajah yang telah lama pergi iaitu ibu dan adik kembarnya walaupun sudah 12 tahun mereka tidak bertemu tidak pernah hilang sejak pagi tadi terus mengasak fikirannya.Hatinya tidak tenang.

Arissa cuba merumuskan sendiri, ibu dan adik kembarnya pasti baik-baik sahaja di sana. Dia yakin suatu hari nanti dia akan bertemu ibu dan adik kembarnya.Dia akan terus memujuk ayahnya untuk mencari ibu dan adik kembarnya.Dia tidak akan sekali berputus asa.Biarlah dia memberi ruang pada ayahnya untuk menilai betul-betul bahawa ibunya tidak pernah curang pada ayahnya seperti yang ayahnya anggap.

Pintu Pagar mula terbuka sendiri mengunakan remote dari dalam kereta,Arissa mula merenung kosong sebaik sahaja kereta yang menjemputnya di sekolah berhenti di depan rumah banglo yang tersergam indah, rumah yang sepi tiada lagi gelak dan ketawa di rumah itu.Penghuninya kini hanya dia,ayah, Pak Dollah dan Mak Kiah yang tinggal disitu.

Pak Dollah turun dari kereta dan membukakan pintu di bahagian belakang kereta BMW 5 series milik majiakannya. Kereta itu di khas untuk menghantar dan mengambil Arissa dan Megat Ihsan serta membeli keperluan harian di dalam rumah.

“Terima kasih Pak Dollah, kan Rissa dah cakap tak payah lagi bukakkan pintu kereta untuk Rissa. Rissa tahu nak bukak sendiri” Protes Rissa pada Pak Dollah sudah berulang kali Rissa mengingat orang tua tu supaya tidak lagi membuka pintu untuknya seperti yang selalu dilakukan oleh Pak Dollah ketika ayahnya berada didalam kereta.

“Maafkan Pak Dollah,Pak Dollah dah terbiasa bukakan pintu untuk ayah Rissa.”ujar Pak Dollah.

“Pak Dollah bukak pintu untuk ayah je tapi kalau dengan Rissa pak Dollah tak payah bukakkan lagi pintu untuk Rissa, janji tau.”

Pak Dollah yang mendengar hanya mengangguk tanda setuju dan tersenyum dengan anak majikannya.
“Okeylah Pak Dollah, Rissa masuk dululah.”pamit Arissa.

“Assalamualaikum…” Rissa memberi salam.

Elok kaki Rissa melangkah masuk ke dalam rumahnya.Hatinya terasa sunyi.Kenapa dia tidak boleh bahagia seperti keluarga orang lain?Dia memekik didalam hati.Dia terus menuju ke arah sofa di ruang tamu dan dicampakkan beg sekolahnya ketepi.Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil menyandarkan kepalanya dengan mata yang terpejam.Wajah terakhir ibu dan adik kembarnya terlayar diruangan fikirannya.Rasa rindu yang dipendamnya begitu mengasak jiwanya.

'Rissa rindu ibu dan adik” bisik hatinya.

Rokiah yang berada di dapur seperti mendengar ada orang memberi salam di luar. Dia bergegas ke ruang tamu.Saat matanya ternampak susuk tubuh seseorang di sofa, hatinya berasa sedih mengenangkan seorang anak yang menanggung rindu pada ibu dan adik kembarnya. Walaupun dia melihat Rissa sentiasa ceria dihadapannya dan suaminya, tapi di sebalik matanya langsung tiada sinar.Dia tahu hati anak itu berat menanggung rindu.

Ya, dia yang mengasuh Rissa sejak berumur 6 tahun lagi. Dia yang memberi segala didikan dan kasih sayang seorang ibu pada Rissa.Pernah dulu semasa usia Rissa mencecah 6 tahun dia akan menangis sendiri di tiang seri rumahnya sambil memanggil-manggil ibu dan adik kembarnya.Kini setiap petang dia melihat Rissa akan berdiri di tiang seri rumahnya sambil memandang ke arah gate di depan rumahnya menunggu insan yang sentiasa di rindunya untuk kembali ke rumah itu.Setia menunggu mereka.

Mak Kiah yang tidak mahu larut kenangan lama terus melangkah perlahan-lahan mendekati anak majikannya. Lalu disentuh lembut bahu Rissa.

“Rissa..”

“Kenapa ini?”

“Nak Mak Kiah sediakan makan petang ke?” Rokiah menyoal anak majikannya.

Fhyka Arissa yang terasa bahunya di sentuh terus membuka matanya.Dia hanya merenung Mak Kiah tanpa berminat untuk membalas semua pertanyaan dari Mak Kiah.Arissa yang merenung Mak Kiah terus berdiri meluru memeluk tubuh tua itu.Dipeluk tubuh tua tu dengan erat.Mak Kiah yang terkejut dengan tindakan Rissa turut membalas pelukkan Rissa sambil mengusap belakang anak majikannya.

“Kenapa ini bergaduh lagi ke dengan Ammar?”soal Mak kiah.

Arissa  masih diam.

“Kali ini Ammar buat apa sampai Rissa sedih?”soal Mak Kiah balik.

Arissa langsung tidak menjawab pertanyaan dari Mak Kiah, ketika ini di perlukan seseorang untuk di peluk. Rindu pada ibu dan adik kembarnya sering bermain di fikirannya tidak pernah sekali dalam hidupnya melupakan mereka.Kerana keegoan Megat Ihsan, Arissa kehilangan pelukan dari seorang ibu yang selalu di dambakannya.Adiknya pula tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang ayah.

“Rissa kenapa ini 'nak' cuba cakap dekat Mak Kiah apa yang buat Rissa sedih?”

Arissa masih berdiam diri sambil memeluk erat Mak Kiah. Mak Kiah lah tempat dia mengadu dan merasai kasih sayang seorang ibu. Lama mereka berkeadaan seperti tu,akhirnya Arissa menolak tubuh Mak kiah perlahan-lahan. Dia nampak riak risau dari wajah Mak Kiah.Perlahan-lahan Arissa mengukir senyuman untuk Mak Kiah.

Mak Kiah yang melihat senyuman di wajah Arissa turut membalas sambil tangannya menyeka sisa airmata di wajah Fhyka Arissa.Di belainya rambut anak majikannya.Dia pernah melihat gambar Rahmah Khalissa ketika dia sedang mengemas bilik Arissa.Wajah Arissa saling tak tumpah seiras seperti ibunya,pasti adik kembarnya juga cantik seperti kakaknya.Mak Kiah bermonolog di dalam hati.

“Rissa tak ada apa-apa Mak Kiah,Rissa tak gaduh pun dengan Ammar.”

“Rissaa…cuma rindukan ibu, rindu sangat Mak Kiah,” Fhyka Arissa bersuara sayu.”

“Insyallah kalau semua doa-doa Rissa di perkenankan oleh-NYA pasti suatu hari nanti Rissa akan berjumpa dengan ibu dan adik kembar Rissa,” ujar Mak Kiah yang cuba menenangkan Rissa ketika ini.

“Terima kasih Mak Kiah,Rissa sayang Mak Kiah,” sambil dia memeluk erat Mak Kiah.Pipi tua itu di cium dengan kasih.

“Rissa nak Mak Kiah sediakan makanan petang untuk Rissa ke?” Mak Kiah bertanya pada Fhyka Arissa.
Arissa tidak menjawab,dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu makan.

Di kala ini dia tidak mempunyai nafsu untuk makan.Apa yang ada di dalam di fikirannya ialah di mana ibu dan adiknya.

“Hhmm.. Rissa naik dulu Mak Kiah,nanti Rissa makan bersama dengan ayah” jawab Fhyka Arissa.

“Yelah, pergilah naik ke atas berehat. Jangan lupa solat zohor.” Mak Kiah mengingatkan Arissa.

“Baiklah, nanti kalau Rissa tertidur Mak Kiah tolong kejutkan Rissa tau. Rissa nak makan dengan ayah.” ujar Rissa dengan manja.Cepat dia memujuk hatinya.

“Baiklah Rissa nanti Mak Kiah kejutkan Rissa kalau ayah Rissa dah balik. "Kata Mak Kiah,Fyhka Arissa membalas dengan anggukan sahaja.


 **********
Fhyka Arissa melangkah perlahan-lahan meniti satu persatu anak tangga,sampai di anak tangga terakhir dia berhenti dan mula berjalan ke arah pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Dia berdiri lama di depan pintu itu tanpa mahu masuk ke dalam,  dia tidak kuat untuk masuk ke dalam bilik itu. Dia mula berpaling ke arah pintu biliknya. Dia melangkah lemah ,begnya hanya di campak ke sudut meja belajar yang tersedia di biliknya.Setelah dia mengerjakan solat zohor dia berteleku di tepi katilnya sampai mendengar radio. Perlahan-lahan dia mula merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Kedengaran di corong radio ketika itu lagu D’masiv ,bait-bait dari lirik lagu itu mengingatkan dia pada ibu dan adik kembarnya.Rindunya datang lagi.

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
 berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu
 aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

Ketika lagu dari kumpulan tersebut habis mata Arissa perlahan-lahan mula tertutup.Ada airmata di lihat jatuh ke pipi Arissa. Sebelum Arissa menutup matanya dia sempat berkata, 
“Ibu,Adik kakak rindu.”

YA-ALLAH kau kuatkan dia menjadi tabah dalam menempuh ujianmu YA-ALLAH.





BERSAMBUNG... ;)