OLEH : NAURAH ZAYANI
Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Kasih Ayah Tiada Penggantinya
“Along
dan angah kamu dah siap belum?” Laung ummi daripada dapur.
“Sudah
ummi, “ sahut Siti Nadrah dan Siti Nazurah si kembar sentiasa tidak berenggang
dari kecil lagi.
Hari ini, hari
terakhir kami menjawab soalan Sijil Peperiksaan Malaysia. Pejam celik sekejap
sahaja masa berlalu. Perasaaan yang berdebar itu sentiasa ada. Semoga hari ini
kami dipermudahkan menjawab soalan dengan tenang.
“Hah, along bawa
motor tu elok-eloknya nak, sekarang ni petang-petang ja hujan, risau pula ummi
dengan cuaca tidak menentu ini,” kata Puan Marlissa kepada anak-anak kembarnya.
“Baik ummi, along
akan berhati-hati nanti, “ jawab Nadrah.
“Ummi, angah sayang
ummi sangat-sangat tau.” tiba-tiba
Nazurah memeluk erat ummminya.
“Yelah, ummi pun
sayang anak-anak ummi ni, ingatnya sayang-sayang ummi belajar sampai pandai. Jawab
soalan tu baca Bismmillah dulu, semoga dipermudahkan menjawab nanti, walaupun
kita ini hidup tak semewah mana, ingat pesan ummi ni,
Pesanan daripada
Saidina Ali Bin Abi Talib,
Ilmu itu
lebih baik daripada harta, Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu
itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan
tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
Pergilah salam abah
kamu dulu sebelum pergi ke sekolah ,” suruh ummi kepada Nadrah dan Nazurah.
“Anak kembar abah
dah siap,” celah En Akmal daripada
belakang.
“Abah dan ummi
tolong doakan angah dan along ya, halalkan makan dan minum kami.” kata Nazurah
dengan penuh kesyahduan.
“Abah sentiasa
mendoakan anak-anak abah ni, along dan angah kena hati-hati semasa pergi dan
balik daripada sekolah ya.”
“Baik abah, angah
sayang abah sangat-sangat. Abah dan ummi tunggu angah balik ya.”
“Kalau dah anak
manja tu, manja jugak kan abah. Apalah angah ni along pun nak peluk abah juga ,”
pinta Nadrah bila adik kembarnya terlebih manja hari ini.
Di sekolah Menengah
Dato Onn, Butterworth.
Ketika
pelajar-pelajar sedang sibuk beratur di luar kelas untuk mendaftarkan diri,
Nazurah ditegur oleh Megat Adam Faeeq.
“Hai Zura, semoga
berjaya dan dipermudahkan menjawab kertas terakhir kita hari ini,” sambil kenyit mata kepada Nazurah.
“Hai Adam, terima
kasih, awak pun sama jugak.” lalu senyum
kepada Megat Adam Faeeq.
“Ehem-ehem,
agak-agaklah kalau nak bercinta pun. Tunggu habis peperiksaan dulu ya.”
“Heh, Nad awak pun
sama, ‘good luck; jugak.” seloroh Megat
Adam Faeeq.
“Ermm… Zura, lepas
jawab kertas peperiksaan ini jangan balik dulu tau, Adam nak jumpa Zura dulu.” Pinta Adam.
“InsyaAllah, jika
diizinkan Allah.” jawab Nazurah.
“Alhamdulilah syukur
kehadrat illahi. Akhirnya kita dapat juga sudahkan menjawab peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia kan angah,” kata
Nadrah kepada adik kembarnya.
“Alhamdulilah betul
tu, tidak sangka pula soalan-soalan yang kita ulangkaji banyak yang keluar.
Angah gembira sangat. Ermm, along jom kita pekena cendol Uncle sebelum balik.”
“Ok juga tu, masa
hujan macam ini pekena cendol lepas taruk aiskrim ngeee…sedapnyer, jom angah,” Nadrah lalu menarik tangan adik kembarnya.
Sudah menjadi
kelaziman kami adik- beradik, daripada kecil sampai ke besar makan cendol uncle
ini, pantang saja lepas sesi persekolah pasti akan singgah gerai cendol uncle
Ravi.
Hujan yang
lebat pada petang itu….
Nadrah yang
menunggang motor pada kelajuan biasa cuba memotong kereta di hadapan yang ingin
membelok ke kanan, secara tiba-tiba terdapat sebuah motor daripada arah
belakang juga cuba memotong sehingga bergesal antara satu sama lain menyebabkan
Nadrah tidak dapat mengimbangi motor lalu terjatuh berdekatan bahu jalan.
Nazurah yang jatuh
di sebelah kanan jalan. Cuba bangun tanpa di sedari sebuah kereta Vios daripada
arah bertentangan tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu mengilis Nazurah
ke hadapan.
Nadrah yang baru
tersedar selepas terhantuk kepalanya di bahu jalan cuba mencari adik kembarnya
Nazurah.
Bersaksikan hujan
lebat, Nadrah terpaku melihat adik kembarnya digilis oleh sebuah kereta Vios
berwarna putih.
“Angah!!!”
Ya Allah berjurai
deras air maata seorang kakak bila melihat darah yang mengalir di bawah kereta.
Tidak sempat di halang orang ramai yang
berkumpul di situ, Nadrah terus menimpa adik kembarnya. Hanya mampu
mengenggam tangan adik kembarnya yang terjulur keluar dari bawah bahagian
kereta.
Suasana pada petang
itu, menjadi lebih sayu apabila darah Nazurah mengalir deras dengan hujan yang
lebat petang itu.
“Adik saya… Adik
saya… Tolong selamatkan dia…tolong telefon ambulans,” meraung Nadrah.
“Kami sudah
menelefon ambulans dan polis, sebentar sahaja lagi mereka tiba ke sini,” kata
salah seorang yang berada di situ.
“Awak, maafkan saya…
saya tidak sempat nak berhentikan kereta tadi.” Kata pemuda yang membawa kereta
Vios tadi.
“Awak, tolong
telefon ummi dan abah saya,” pinta Nadrah dalam tangisan sambil mengenggam
tangan kembarnya.
BERSAMBUNG... ;)
Assalamualaikum..naurah sikitnya...next entry please..tak puas baca permulaan yg baik tp kadang2 ada beberapa ayt yg tak kena...
ReplyDelete