FOLLOWERS

Thursday, August 29, 2013

KARA PELANGI 4





Selepas mencuci pakaian,Pelangi ke halaman depan.Dia ingin mengambil angin petang sambil menunggu kepulangan Kara.Semasa dia bercakap di talian tadi Kara memberitahunya dia akan pulang sebentar lagi,tapi Rashdan mengajaknya keluar berjalan- jalan.Rashdan pun satu,suka ambil kesempatan dan kelemahan Kara.Lelaki semuanya sama,tak boleh dipercayai,keluh Pelangi di dalam hati.

Dalam Pelangi mengelamun,tiba-tiba Aldi muncul di halaman rumah dan menegur Pelangi.Pelangi terkejut dari lamunan.Memandang Aldi yang melemparkan senyuman hatinya mula sebal.Dia betul-betul menyampah dengan Aldi.

“Hai!Buat apa tu Angi?” soal Aldi.

Pelangi hanya mendiamkan diri,langsung tidak di jawab pertanyaan dari Aldi tadi.

“Angi,kenapa awak macam diam, tak suka saya?” soal Aldi lagi.

Pelangi yang mendengarnya mula bangun dan menuju ke arah paip air,tangannya laju membuka paip air dan berpura-pura menyiram pokok bunga di halaman rumah.Pertanyaan Aldi tadi dibiarkan tanpa menjawab.Rasa benci mula mengusai dirinya.

“Aldi!” panggil kakaknya,kak Didi dari dalam rumah.Aldi nampak mengeluh sedikit dengan panggilan dari kakaknya.Ini adalah percubaan kedua cubaannya gagal.

Kebetulan ketika kejadian itu,Kara baru sahaja turun dari kereta milik Rahsdan dan sedag melangkah masuk.Kara nampak apa yang berlaku di antara Aldi dan Angi.

“Hai,pancing ikan dapat tak?” perli Kara sambil menghampiri Pelangi yang sedang menyiram pokok bunga.Gelang yang bertahtakan berlian pemberian Rashdan yang di pakai di tangannya sengaja ditayangkan di hadapan Kara.Pelangi menjeling tajam.Mesti si Rashdan yang belikan,gerutu hati Pelangi.

“Cantik kan gelang berlian ni?” soal Kara.

Pelangi tidak menjawab di hanya mengangguk.

Kara tidak ambil hati dengan jawapan dari Pelangi,dia terus menarik tangan Pelangi masuk ke dalam rumah.Pelangi kini sudah boleh dibuat teman berbicara berbanding mula-mula dia kenal,tidak lagi seperti dulu sepatah di tanya sepatah di jawabnya.

“Aku tengok Aldi adik kak Didi jiran sebelah rumah kita tu suka kat kau lah Angi.Bertuah badanlah kalau kau daapat lelaki macam itu,”seloroh Kara.Pelangi tidak berkata apa-apa.Hanya mendengar celoteh Kara.Kentang goreng yang dibelinya bersama minuman dihulurkan kepada Pelangi.

Pelangi menolak huluran tu,dia sudah kenyang.Dilihat Kara mengangkat bahunya.

“Angki kau tak suka si Aldi,ke?Tapi kenapa?” soal Kara lagi.

Pelangi hanya menggeleng dan memandang Kara.Kau tak tahu hati sakit semuanya berpunca dari insn yang bergelar lelaki,Kara,keluh Pelangi.

“Kau pernah dikecewakan ke?” Kara cuba memancing sekali lagi.Kentang goreng disuapkan ke mulutnya satu-persatu sambil menanti bicara Pelangi.

“Putus kasih!” soal Kara kembali.Dia tidak berputus asa waalaupun semua soalan yang ditanya dipandang sepi tanpa di jawab oleh Pelangi.

Ah,banyak pulak soalan si Kara ini,dengus Pelangi di dalam hati.

“Sakit hati atau di tinggalkan? Kau merana dan sengsara seba..”belum sempat Kara menghabiskan kata-katanya,terus di potong oleh Pelangi.

“Derita!” Terpancul kalimah itu dari mulut Pelangi.Kara yang mahu memasukkan kentang goreng ke mulutnya jadi berhenti bila mendengar perkataan itu.

“Cari je yang lain,Angi.jangan berharap pada yang tak sudi.Lupakan yang lama masih banyak di luar tu,kan Aldi ada tak pun Encik Dylan pun ada,”ucap Kara sambil berlalu melangkah masuk ke dalam bilik.

Kara kau tak tahu apa yang aku alami selama ini,senanglah kau cakap macam itu.Susah aku nak lupakan apa yang telah berlaku semakin aku cuba melupakan semakin ia dekat pada aku,Kara,hati Pelangi berkata.

Apa khabar ibu di kampung?Sihatkah dia?Bagaimana ibu hidup  sekarang sejak ketiadaannya?Masih bersama lelaki tak guna itu?Kasihan ibu terpaksa hidup bersama lelaki yang sentiasa mendera ibu dan memerasnya jika tidak dapat apa yang dimahukannya.Ah,memang semua lelaki jahanam! Jerit batin Pelangi tiba-tiba.

Ingin dia memekik atau menjerit memberitahu semua orang yang berada di sini akan penderitaan yang di alaminya kini.Tetapi lidahnya kelu,bibirnya bisu bila mahu mengungkap kesengsaraan yang dipedamnya.

“Hai,mengelamuan ingatkan si dia ke?Lupakanlah kisah lama Angi!Belajarlah melupakannya Angi.Hadapi kenyataan! Tegur Kara yang melangkah menuju ke dapur.

Kau tak tahu apa yang berlaku dalam hidup aku Kara.Kau tak tahu,detik hati Pelangi lagi.


Tingkap bilik Pelangi ditutup rapat olehnya.Angin malam menepis perlahan-lahan tetapi tidak sesegar angin malam di kampungnya.Segala memori yang cuba di lupakan hadir bila malam menjelma.Pelangi benci pada malam,kerana malam mengundang sengsara lama di dalam hatinya.Kalau boleh dia mahu siang itu berpanjangan.Biar siang tanpa malam.

“Angi kau tak payah tunggu aku mala mini.Kau tidur dulu,aku mungkin tidur dekat rumah Qis,” beritahu Kara dari luar.

Pelangi hanya mampu menggeleng.Hendak disekat atau di halang takut dia bergaduh pulak dengan Kara.Kawan yang sentiasa ada untuknya walaupun baru dikenalinya.Pelangi juga ada masalah yang tidak selesai.Macam mana dia hendak menolong Kara.


Suatu petang Dylan berkunjung.Ketika itu,Kara sedang berehat di ruang tamu sambil menonton DVD cerita korea.Drama bersiri korea telah menarik minat Kara untuk menontonnya bila ada masa lapang seperti hari ini.Tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar.Kara bangun dan mengintai di celah tingkap.Oh,bos aku rupanya.Apa yang dia nak malam-malam ini? soal hati Kara.

Kara membuka pintu dan melangkah ke pintu pagar.Pelangi yang berada di dapur,melangkah ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang.Sebaik sahaja dia terpandang kelibat bos Kara di depan pintu pagar,dia terus melangkah ke dapur semula.Meluat dia melihat perangai encik Dylan itu.Kurang sopan sekali datang ke rumah anak dara malam-malam begini.Kalau yea pun ada fail atau urusan pejabat buat apa dia datang ke sini bincang aje lah kat pejabat.

Tak lama kemudian kedengaran suara gelak ketawa di ruang tamu.Pelangi naik marah kepada Kara yang senang-senang mengajak orang masuk ke dalam rumah.Perbuatan itu kan tak baik dipandang jiran sekeliling.Ini rumah anak dara,mana boleh bawak lelaki masuk ke dalam rumah kalau yea pun nak berborak,borak aje lah dekat pintu pagar depan rumah itu.Pelangi merunggut seorang diri.Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

“Eh,apa yang kau menungkan tu.Angi kau tolong buatkan air boleh tak?” ujar Kara.

“Buatlah sendiri,” ujar Pelangi.

“Alaaa… kau tolonglah buatkan.Aku mana tahu buat air macam yang kau selalu buat.Kalau kau buat ada kelas,” pujuk Kara.

“Tahu pun.Tapi kenapa awak pelawa jantan tu masuk ke dalam rumah kita?Kan tak elok kalau jiran sekeliling nampak! Marah Pelangi.

“Alah..apa salahnya?Aku bukan tinggal seorang,kau kan ada.So tak berdua-dua lah yang boleh menimbulkan prasangka kan…kan? Perli Kara.

“Amboi,sedap mulut awak cakap erk..” marah Pelangi lagi.Kara tidak menghiraukan rungutan Pelangi dan terus melangkah ke ruang tamu semula.Kalau lama dia di dapur mahu bergaduh pulak dia dengan Pelangi.

Sepuluh minit kemudian,Pelangi muncul di ruang tamu sambil membawa teko dan dua biji gelas,Kemudian diletakkan diatas meja.Tanpa berkata-kata apa-apa,dia terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Encik Dylan yang hanya memandang wajah Pelangi buat seketika sahaja.Pada hal dia sengaja datang ke sini untuk berbual-bual dengan Kara dan Pelangi.Rasa frust menguasai fikirannnya.Kenapalah Pelangi seperti membencinya,detik hati kecilnya.

‘Jemput minum Encik Dylan.Air bujang aje,” ujar Kara.

Hmm..kenapa Angi selalu sahaja melarikan diri bila ada lelaki?Angi benci sangat ke dengan lelaki tapi kenapa?Semakin Angi menjauh semakin ramai yang mahu mendekati temannya tu tetapi tidak pernah di layan oleh Pelangi segala ajakan dari insan yang bernama lelaki.Memandang lelaki pun Pelangi tidak sudi.

Dia tahu Pelangi baik dan sentiasa menjaga maruah diri.Seorang gadis yang ada pegangan agama dan sopan santun.Nilai-nilai gadis timur mungkin sudah sebati dalam diri Pelangi.Pelangi tidak seperti aku,bisik hati Kara.Kara cuba membandingkan dirinya dengan Pelangi.

“Encik Dylan nampak gayanya,Angi tak akan keluar,” ujar Kara sambil matanya kembali menonton DVD drama korea.

Wajah aktor korea yang bernama Rain terserlah di kaca TV.Kara mengakui dia terpikat melihat wajah aktor itu,andai sahaja dia memiliki suami seperti iti alangkah bahagianya dia,desis hati Kara.Dalam diam hati Kara terdetik dengan kata-kata Pelangi sebentar tadi,apa yang di kata Pelangi memang benar,apa kata jiran sebelah kalau ada seorang lelaki bertamu di dalam rumah anak dara seperti mereka tentu fikiran mereka tidak lari dari yang berprasangka buruk.Dia tidak mahu Puan Zita atau Rashdan salah anggap  dengan kedatangan Encik Dylan ke rumahnya.

“Kara,awak tahu tak kenapa Angi tak suka pada lelaki?” tanya Dylan. 

Kara yang sedang menonton kembali merenung bosnya sekali lagi.

“Manalah saya tahu,” jawab Kara.

“Tak mungkin awak tak tahu kenapa dia macam itu.Diakan kawan baik awak?” sangkal Dylan.

‘Macam ini lah Encik Dylan.Aku memang cakap jujur kat Encik Dylan yang aku tak tahu kenapa dan mengapa si Pelangi tu macam tu dan kenapa dia benci! Kalau aku tahu kenapa?Encik Dylan rasa aku nak ke cerita masalah rumahtangga orang kat Encik Dylan?Habis cerita Encik Dylan ada wajah kacak,berharta,hebat,dan pasti ramai yang terkejar-kejar nak jadi pendamping di sisi Encik Dylan,so nasihat saya cuba Encik Dylan cari aje yang lain.Habis cerita!” ucap Kara.

Malas Kara hendak melayan Encik Dylan yang tiba-tiba datang ke rumahnya,sejak dari tadi bertubi-tubi soalan tentang Pelangi yang diaju kepadanya.Orang nak relax tengok drama korea pun tak boleh,kacau daunlah dia ini,rungut Kara  di dalam hati.

Dylan yang melihat wajah masam Kara mula tidak senang hati dengan penerimaan gadis itu jelas di wajahnya.”Kara kalau begitu saya balik dulu,sampaikan salam sayang saya untuk  Pelangi,” kata Dylan sebelum bangun dari sofa.

“Hmm..tapi aku rasa Encik Dylan tak payah berharap sangat yang si Angi tu nak jawab salam sayang Encik Dylan.Entah-entah dia tak nak jawab Encik Dylan,”ujar Kara.

“Awak cakap kalau dia tak jawab salam saya,dia berdosa tau,”balas Encik Dylan.

“Yeaa..lah kalau orang dah angau ini susah?”

“Bunga yang susah dicari mesti dikejar sampai dapat sayang kalau terlepas ke tangan orang lain nanti!” sambung Dylan sambil melangkah keluar.

Kara menggeleng.Kara memandang ke atas bilik pintu bilik Angi terbuka.

“Kau mesti dah dengarkan perbualan kami tadi? Soal Kara bila melihat Pelangi melangkah turun satu persatu anak tangga.Pelangi tidak menghiraukan pertanyaan Kara dia terus sahaja duduk di sofa sambil mengambil gelas yang ada diatas meja.

“Kenapa kau tak suka Encik Dylan?Aku tengok Encik Dylan bukan macam lelaki lain tapi memang aku akui dulu dia kaki perempuan tapi sejak dia kenal kau,aku tak nampak lagi perempuan-perempuan yang selalu kejar dia.Diakan banyak harta tentu kau akan senang tak payah bekerja kalau kau kahwin dengan dia.Kenapa kau tak nak bagi peluang pada Encik Dylan?” tanya Kara.

Gelas yang dipegang oleh Pelangi diletakkan kembali diatas meja.”Kara,awak tak keluar ke malam ini? soal Pelangi cuba mengubah topik perbualan mereka.

Kara mengeluh berat.Dia menjeling tajam memandang Pelangi.

“Aku tanya lain yang kau tukar topik kenapa?” soal Kara.

“Maaf..saya tak ada mood nak jawab soalan berkaitan dengan lelaki,”jawab Pelangi.

“Entahlah,susah kalau bercakap dengan kaulah Pelangi.Apa nak jadi dengan kau.Jangan di sebabkan seorang lelaki yang pernah kecewakan kau,kau jadi benci dengan semua lelaki!”rungut Kara.

Pelangi hanya tersenyum.Diulangi soalannya tadi.

“Kenapa?Kau tak suka duduk di dalam rumah ini lagi ke?” soal Kara kembali.

“Kara,kawan-kawan awak dah lama tunggu kat sana mungkin.Tak baik tau biarkan orang tunggu kita lama-lama,” perli Pelangi.

“Kaauu…memangkan Angi aku soal lain kau bagi jawapan lain kat aku.Tak payah kau nak sakat-sakat aku,”balas Kara lalu dia bangun menuntup DVD dan TV.

“Ahh..nak kemana tu,Kara?” tanya Pelangi bila melihat Kara masuk ke dalam bilik.

“Buat apa lagi,tidurlah!”

“Aik,awak mimpi apa tidur awal malam ini,bukan biasanya awak keluar ‘enjoy’ ke!” seloroh Pelangi.

Kara tidak membalas lagi dia berlalu masuk ke dalam biliknya,kalau lama lagi dia berada di depan Pelangi mesti temannya tu menyakatnya lagi.

Pelangi tersenyum kembali melihat Kara terus berlalu masuk ke dalam bilik.Dia faham benar dengan perangai Kara,jika tidak di jawab soalan dari gadis itu pasti gadis itu sebentar lagi akan menyanyi melepaskan tension amarahnya.Tengok kan betul apa yang tebak pasti Kara menyanyi,dia menggeleng dan berlalu ke dapur membawa gelas dan teko untuk di basuh.

Jika cinta dia jujurlah padaku 

Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu

Jika cinta dia ku coba mengerti

Mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku….






BERSAMBUNG….  :D SEMOGQA CERIA BAK PELANGI
             OLEH :FIKA NAJWA








2 comments:

  1. Sedih bca cerita nie...sedih nga nasib kara & pelangi...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum atiey..
    Terima Kasih sudi lepak baca Kara Pelangi ni... semoga ceria bak pelangi ;)

    ReplyDelete