OLEH : FIKA NAJWA
Tuk…tuk…tuk…
Bunyi ketukan diluar pintu bilik menyentakkan
Fika Farisya dari lamunan kenangan lalu yang masih segar diingatannya.Dia
berasa seperti baru semalam kejadian itu berlaku.Dia meletakan pen untuk
seketika dan segera menyekat airmata yang mula membasahi pipi.Dia melepaskan
keluhan sebelum menghanyunkan kakinya menuju ke pintu bilik.
“Yea ibu, tunggu…Adik bukakan pintu untuk ibu.”
jawab Fika Farisya.Lantas terkuak pintu dari dalam dan terpancul wajah Fika
Farisya disebalik pintu.
‘’Assalamualaikum anak ibu.Tengah buat apa
itu?.”soal Rahmah Khalissa sambil tersenyum manis kepada anaknya
“Waalaikumusalam ibu.Adik baru siap buat revision untuk exam. Sebab esok adik ada last paper, Add Maths. Ibu doakan adik
tau.’’ Fika Farisya bersuara manja sambil memimpin tangan ibunya masuk ke dalam
biliknya.
‘’Doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak ibu. Ibu
sentiasa mendoakan anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.” Rahmah Khalissa
bersuara sayu.
Fika Farisya tahu ibunya merindui ayah dan kakak
kembarnya. Dia sering melihat ibunya menantap gambar ayah dan kakaknya pasti
ibunya akan menangis mengenangkan mereka.
‘’Maafkan adik ibu sebab buat ibu teringat dekat
ayah dan kakak?Ibu nak adik cari mereka lepas exam ini berakhir?Kalau ibu nak,
adik boleh cari sebab adik tahu ibu rindukan mereka.” Fika farisya menyoal
ibunya.
”Ibu memang rindu mereka tapi dengan adanya adik
disisi ibu buat rindu ibu terhadap mereka terubat. Dan adik juga menjadi sumber
kekuatan ibu untuk terus hidup di dunia ini. Ibu akan terus berjuang
nak..”. Rahmah Khalissa lantas memeluk anaknya.
Adik adalah kebahagian ibu di masa ini.Andai ibu
dijemput macam mana nasib Adik nak. bisik hati Rahmah Khalissa. Dia tahu barah
yang dihadapinya sekarang sudah sampai ke peringkat kronik. Dia langsung tidak
memberitahu Fika Farisya yang dia menghadapi barah rahim. Ya ALLAH, andai aku
tiada lagi di dunia ini KAU kuatkan semangat anakku Ya ALLAH.
***********
Fika Farisya yang masih belajar keluar dari
biliknya hendak menuju ke dapur tapi langkahnya terhenti di depan pintu bilik
ibunya. Dia mendengar sayup-sayup esakan ibunya dari pintu bilik yang sedikit
renggang.
‘’Ibu… ibu… boleh adik masuk?.”Fika Farisya
memanggil ibunya.
’’Masuklah adik.’’ perlahan suara Rahmah Khalissa
menyuruh anaknya masuk.
Fika Farisya melangkah setapak demi setapak
menuju ke arah suara ibunya. Dia sudah berdiri tegak dihadapan ibunya
yang sedang duduk di birai katil sambil memegang gambar.Lama dia
memandang wajah ibunya yang sembab dan bengkak. Fika Farisya melihat ibunya
mengangkat wajahnya lalu diraih tangan Fika Farisya menyuruh dia duduk
disebelah ibunya. Sebaik ibunya menyuruhnya duduk. Fika Farisya terus meluru
memeluk tubuh tua ibunya itu dengan sekuat hatinya.
‘’Ssshhyyy…..sayang kenapa ini menangis
tiba-tiba. Esokkan nak exam. Tak baik, nanti jawab exam dengan mata sembab dan
bengkak.” ujar Rahmah Khalissa.
‘’Adik takut…Adik takut ibu akan tinggalkan adik.
Adik dah berapa kali mimpi yang ibu akan tinggalkan adik seorang diri dekat
rumah ini.” jawab Fika Farisya dengan teresak-esak di dalam dakapan ibunya.
‘’Jangan nangis adik. Ibukan masih ada disisi
adik. Adik tahukan ibu sayang sangat dekat adik.” Lembut suara Rahmah Khalissa
memujuk anaknya.Dengan manja, rambut anaknya yang lurus dan ikal dibawah
dibelai dengan penuh kasih.
Fika Farisya meleraikan pelukannya lalu memandang
ibunya. Perlahan-lahan airmata yang mengalir di pipinya disapu bersih oleh
jemari ibunya yang terketar-ketar menyeka airmata Fika Farisya.
“Bu…Adik tahu ibu sekarang tengah sakit. Sebab
masa ibu pergi pekan untuk pergi ke klinik, adik ikut ibu. Adik dengar semua
yang doktor cakap dekat ibu masa itu. Betul ke ibu sakit?.” soal Fika Farisya
perlahan dengan nada suara yang bergetar.Mata Fika Farisya memandang tepat ke
arah mata ibunya untuk mendapat jawapan.
Rahmah Khalissa tidak dapat menahan perasaannya
dikala ini, lebih-lebih lagi mendengar apa yang ditanyakan oleh anaknya tentang
penyakit yang dirahsiakan akhirnya diketahui oleh Fika Farisya.Kepala anaknya
dikucup berkali-kali. Airmata Rahmah Khalissa merembes laju membasahi pipinya.
‘’Maafkan ibu sayang…maafkan ibu adik…Sebab ibu
rahsiakan penyakit ibu dari pengetahuan adik. Ibu tak mahu adik tahu. Ibu tak
mahu adik risau sampai pelajaran adik terjejas nanti.’’ pipi anaknya diusap dan
airmata anaknya diseka sambil menenangkan anaknya.
‘’Kenapa? Kenapa ibu nak rahsiakan dari adik?
Adik tak nak ibu sakit…Adik tak nak ibu tinggalkan adik…Adik tak nak ibuuuu…’’
teresak-esak Fika Farisya meluahkan rasa hatinya.
‘’Pandang ibu adik…pandang ibu sayang…” Rahmah
Khalissa mengangkat dagu anaknya.Fika Farisya yang terasa ibunya menyentuh
dagunya ,lalu mendongakkan wajahnya memandang ibunya.
“Mungkin ibu sakit sebab dah takdir ibu sayang.
ALLAH sedang menguji kita. Ibu redha menerimanya. Adik pahamkan.” Fika Farisya
hanya mengangguk kepalanya.Mereka anak beranak saling berpelukkan.
‘’Ibu, boleh adik tidur dengan ibu malam ini.
Adik nak peluk ibu masa tidur nanti.”ujar Fika Farisya sambil menyeka
airmatanya.
Dengan tersenyum, Rahmah Khalissa mengangguk
kepala tanda dia membenarkan anaknya tidur bersamanya malam ini.Dengan manjanya
Fika Farisya melentokkan kepalanya diriba ibunya sambil ibunya mengucup pipi
dan membelai rambutnya. Sedikit demi sedikit mata Fika Farisya mula terpejam
dan dia terlena dipangkuan ibunya.
**********
‘Maafkan ibu sayang….maafkan ibu sebab tak dapat
memenuhi keinginan adik untuk sentiasa berada disisimu sayang. Ibu tahu adik
dahagakan kasih sayang dari seorang ayah. Dan ibu tahu adik rindu kakak
dan ayah tapi adik selalu bohong dekat ibu. Adik selalu cakap yang adik tak
pernah rindu kakak dan ayah sebab adik tak nak ibu sedih.Ibu tahu derita yang
adik tanggung. Ibu juga teringin sungguh keluarga kita bersatu semula sebelum
ibu menghembuskan nafas yang terakhir.
Tapi
disebabkan fitnah kita jadi terpisah macam ini sayang. Kesian anak ibu,dah
diuji sejak kecil lagi.Abang kejam, abang sanggup halau Lissa dan anak kita.
Hanya disebabkan sekeping gambar, abang sanggup gadaikan mahligai yang kita
bina musnah gara-gara terlalu mengikut nafsu amarah tanpa memberi peluang
kepada Lissa untuk terangkan. Abang lebih percayakan sekeping gambar dari isteri
sendiri. Lissa rindu dengan abang dan kakak.’ rintihan Rahmah Khalissa yang
hanya mampu dijeritkan disudut dasar hatinya.
Dikala ini azan subuh sayup-sayup kedengaran
berselang-seli dengan suara esakan yang begitu sayu dari Rahmah Khalissa
memikirkan siapa yang akan menjaga Fika Farisya bila dia menuntup matanya
nanti.
“Abang mana
Lissa nak pergi lagi kalau abang halau Lissa dari rumah ini. Macam mana dengan
perkhawinan yang kita bina selama ini?” Rahmah Khalissa menyoal Megat Ihsan.
“Arghh…Aku
tak nak tahu kau nak hidup kat mana?Kau yang dah musnahkan perkahwinan kau
sendiri. Hati aku sakit kau tahu. Kau perempuan curang Lissa. Aku tak mahu
hidup aku ditipu oleh perempuan seperti kau.” Megat Ihsan terus berdiri di
bakoloni dengan perasaan berkecamuk. Marah, benci, sedih, sayang dan cinta
menjadi satu perasan. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
Esakkan Rahmah Khalissa sudah tenggelam timbul
akibat terkenangkan kisah 12 tahun yang lalu.
’’Ibu….ibu…’’ujar Fika Farisya sambil
menggoyangkan sedikit lengan ibunya yang nampak begitu leka memandang kearah
tingkap yang terbuka tanpa berkelip.
“Ibu..’’ Fika Farisya menguatkan suaranya lagi.
Tersentak Rahmah Khalissa dibuatnya. Segala yang berlaku 12 tahun lalu hilang
melayang bagai ditiup angin. Rahmah Khalissa menyekat sisa airmata dan
memberi senyuman manis kepada anak kesayangannya.
“Ibu adik dah siapkan sarapan didapur. Sebelum
adik keluar pergi ke sekolah adik nak teman ibu makan. Jom ibu kita makan.”
ajak Fika Farisya kepada ibunya.
Rahmah Khalissa memandang wajah anaknya yang
memimpin tangannya menuju ke dapur untuk bersarapan bersama.Rahmah Khalissa
melihat wajah anaknya lama sambil hatinya berbisik ’YA-ALLAH,aku dapat
rasakan perjalanan aku di dunia ini sudah sampai ke garis penamat hidupku.
Dan lebih merunsingkan Rahmah Khalissa adalah bagaimana kehidupan anaknya
sekiranya dia tidak lagi berada disisi anaknya. Adik, walaupun ibu tiada
disisimu nanti, ibu akan sentiasa mendoakan kebahagianmu sayang. Maafkan ibu
tak dapat melihat kamu berjaya di menara gading.Maafkan ibu sayang.
‘’Ibu nampaknya hari ini nak hujanlah. Adik pergi
dulu yea. Ibu doakan adik untuk exam SPM ini tau. Dan mungkin adik balik cepat.
Boleh tak ibu tolong masakkan ikan keli sambal ijo untuk adik?.” kata
Fika Farisya meminta ibunya memasakkan lauk kegemarannya sambil bersuara ceria
dihadapan ibunya.
“Oooo….Adik dah rindu nak makan ikan keli sambal
ijo errkk…’’ujar Rahmah Khalissa lembut kepada anaknya. Rahmah Khalissa
tersenyum dan menggangukkan kepalanya tanda setuju.
“Fika…..ooooo……Fika… cepat la ayah aku dah tunggu
ini. Nanti lambat pulak kita ke sekolah?.” tiba-tiba Zafril Zafuan terpancul di
pintu dapur rumahnya.
“Eehhh…kau tak reti baca salam ke sebelum masuk
rumah aku?.” sindir Fika Farisya kepada Zafril Zafuan. Fika Farisya melihat
Zafril Zafuan hanya tersenyum sambil tangannya menunjukkan tanda peace kepadanya.
Dia hanya menggeleng-geleng kepalanya.
“Yealah, aku nak salam ibu aku dulu.” kata Fika
Farisya kepada Zafril Zafuan sambil mengangkat tangan kanannya supaya
menunggunya.
Setelah Fika Farisya menyalami ibunya,
perlahan-lahan kakinya melangkah kearah pintu untuk meninggalkan dapur. Belum
sempat dia melangkah ke luar, dia terus berpusing semula dan berlari kearah
ibunya.
Kedua-dua pipi ibunya dicium bertalu-talu dan memeluk tubuh ibunya erat
seperti enggan melepaskan. Dia berasa ingin berada disisi ibunya ketika itu.
Hatinya dilanda gelisah seperti bakal terjadi sesuatu.
‘’Adik sayang ibu….sayang sangat… Ibu tunggu adik
balik tau.” ucap Fika Farisya sambil berlalu.
“Mak cik saya pergi dulu.” ujar Zafril Zafuan
kepada ibu Fika Farisya sambil tersenyum.
Rahmah Khalissa melihat anaknya dan anak jirannya
seiring berjalan menuju ke arah kereta Haji Hassan, ayah Zafril Zafuan .
*********
“Assalamualaikum….Lissa…ooooo…. Lissa!.” laung
Hajar Khadijah di luar pintu dapur Rahmah Khalissa.
“Waalaikumusalam, eehhh Kak Tija jemput masuk
kak.” pelawa Rahmah Khalissa.
“Ada apa Kak Tija datang ini?.” Rahmah Khalissa
menyoal Hajar Khadijah.
“Ini haaa… aku bawak gulai ikan keli masak cili
api. Nanti Fika balik sekolah, bolehlah dia makan.” kata Hajar Khadijah sambil
menghulurkan mangkuk tingkatyang berisi lauk gulai ikan keli masak cili api
kepada Rahmah Khalissa.
‘’Buat susah Kak Tija masak lebih untuk Fika.”
jawab Rahmah Khalissa sambil menyambut huluran lauk yang Hajar Khadijah
berikan.
‘’Ehh…tak susah pun ikan itu memang ada
lebih.Kebetulan si Zafril suruh Kak Tija masak lauk ini lebih. Dia suruh Kak
Tija bagi sikit kat Fika.” jelas Hajar Khadijah sambil tersenyum. Dia
memandang Rahmah Khalissa menyalin lauk gulai ikan keli masak lemak cili api ke
dalam pinggan.
‘’Kak…..Lissa nak cakap sikit boleh tak kak?”
soal Rahmah Khalissa kepada Hajar Khadijah. Dia segera duduk bertentangan
dengan Hajar Khadijah.
‘’Haaa..cakap lah apa yang kamu nak cakap dekat
akak, Lissa’’. jawab Hajar Khadijah sambil menanti butir bicara dari Rahmah
Khalissa. Dia melihat wajah Rahmah Khalissa agak pucat.
“Akak tahukan penyakit yang Lissa hadapi ini.
Lissa rasa hayat Lissa tak lama lagi Kak Tija. Akak tolong tengok-tengokkan
anak Lissa. Lissa tak nak dia merasa keseorangan, bila Lissa tak ada nanti.
Lissa minta tolong sangat dekat Kak Tija dengan Abang Hassan jagakan Fika
untuk Lissa.”ujar Rahmah Khalissa dengan bersuara sayu menyampaikan hajatnya.
“Lissa, kenapa kamu cakap macam itu?Kalau kamu
tak ada, akak dengan abang Hassan kamu yang akan jaga Fika. Lagipun kami dah
anggap Fika itu macam anak perempuan kami dan adik pada Zafril.Kamu tak payah
fikirkan sangat tentang itu. Apa yang penting sekarang kita cari jalan macam
mana nak ubati penyakit kamu itu.” kata Hajar Khadijah sambil memegang
kedua-dua tangan Rahmah Khalissa. Rahmah Khalisah bukan sahaja sahabatnya
malah dia telah menganggap Rahmah Khalissa seperti adiknya. Dia turut
sedih apa yang menimpa Rahmah Khalissa tapi dia tidak boleh menunjukkan
kesedihannya. Dia harus kuat agar Rahmah Khalissa dapat bertahan dan terus
bersemangat untuk melawan penyakit yang dialaminya.
“Kak Tija penyakit Lissa ini tak boleh diubati
lagi kak. Kalau nak diubati jugak, Lissa takut semua duit yang Lissa kumpul
untuk Fika itu habis. Sebab nak membiayai kos pembedahan Lissa. Biarlah duit
itu Lissa beri pada Fika untuk dia melanjutkan pelajaran ke menara gading
untuk mencapai cita-cita dia, kak.” jelas Rahmah Khalissa kepada Hajar
Khadijah. Dia amat berharap sangat yang Hajah Khadijah dapat memahami isi
hatinya.
Hajar Khadijah hanya mampu menggeleng-gelengkan
kepalanya mendengar setiap ucapan yang keluar dari mulut Rahmah
Khalissa.Kamu tak pernah fikir tentang diri kamu, Lissa. Kamu sanggup berkorban
apa saja untuk anak kamu walaupun dirimu menderita sakit tanpa diubati bisik
hati Hajar Khadijah. Dia melepaskan keluhan.
‘’Ini Lissa nak masak apa ini?” soal Hajar
Khadijah,bersuara setelah lama mereka berdiam diri. Dia segera menolak kerusi
lalu menghayunkan kakinya mendekati Rahmah Khalissa. Hajar Khadijah tidak mahu
sahabatnya masih memikirkan lagi masalah yang berkaitan tentang penyakitnya.
“Lissa masak cili hijau dengan ikan keli kesukaan
Fika.” jawab Rahmah Khalisa dengan wajah yang ceria apabila teringat akan anak
kesayangannya. Dia menghulurkan mangkuk tingkat yang telah dicuci kepada Hajar
Khadijah. Dia mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Hajah Khadijah kerana
memberi lauk gulai ikan keli masak cili api kepada Fika. Hajah Khadijah meminta
diri kepada Rahmah Khalissa untuk menyimpan mangkuk tingkat ke rumah.
**********
Dalam Rahmah Khalissa sedang mengaulkan cili
hijau dengan ikan keli. Rahmah Khalissa terbatuk-batuk tanpa henti sambil
menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Nafasnya sudah mula turun naik.Tangan
kirinya pula, menekan perutnya yang mulai terasa sakit yang semakin
menjalar.Terasa diwaktu itu, seluruh organ dalamannya seperti diikat dengan
kuat.Badannya sudah mula mengigil lalu dia terduduk menahan sakit yang dirasa
semakin sakit. Dia ingin meminta tolong namun suaranya, seperti tersekat
dikerongkong.Rahmah Khalissa masih menahan perit dibahagian perutnya.Ya
ALLAH…ALLAH…..Ya ALLAH. hanya itu yang mampu dijerit didalam hati.
Hajar Khadijah masuk ke rumah sahabatnya semula
untuk tujuan menemani Rahmah Khalissa. Kakinya terus melangkah ke arah dapur.
Alangkah terkejutnya dia melihat sesuatu apabila kakinya sudah menapak di
dapur. Wajahnya panik. Dia terus meluru mendapatkan Rahmah Khalissa yang telah
terduduk disudut dapur sambil menekan perutnya. Dia duduk sambil memegang kedua
belah bahu Rahmah Khalissa. Dia dapat melihat wajah Rahmah Khalissa yang
berkerut-kerut menahan sakit.
‘’Lissa..,kenapa ini?Lissa sakit ke?Mana ubat
Lissa?Mari akak ambikkan untuk Lissa.” soal Hajar Khadijah kepada Rahmah
Khalissa dengan riak risau.
‘’Ya ALLAH…..Kak Tija sakitnya….Lissa dah tak
tahan lagi kak…Akak…, Lissa rasa… Waktu Lissa sudah hampir. Akak janji dengan
Lissa tolong jagakan Fika untuk Lissa. Akak tolong cakap dekat dia yang Lissa
sayang dia dan Lissa minta maaf tak dapat berada disisinya ”ujar Rahmah
Khalissa perlahan sambil memegang kedua-dua tangan Hajah Khadijah dengan erat.
Wajahnya sudah dibasahi dengan airmata dipipi.
Hajah Khadijah sudah diselubungi dengan perasaan bercampur baur sedih, cemas
menjadi satu. Dia dapat melihat peluh dingin di dahi Rahmah Khalissa dan
nafasnya mula tidak teratur.
‘’Ya ALLAh Lissa…Apa yang kamu merepek ni?Kamu
harus bertahan Lissa demi Fika. Lissa kena kuat. Kamu tak boleh menyerah. Kita
tunggu abang Hassan kamu balik dari hantar Fika dan Zafril ke sekolah.”
ujar Hajah Khadijah kepada Rahmah Khalissa dengan mata yang berkaca-kaca.
Dia seperti dapat merasa kesakitan yang dialami
Rahmah Khalissa. Di saat itu, Hajah Khadijah tidak putus-putus berdoa kepada
ALLAH bagi mengurangkan kesakitan Rahmah Khalissa dan berharap suaminya segera
pulang ke rumah. Alhamdulillah dengan izin-NYA, Hajah Khadijah seperti
mendengar deruan enjin kereta suaminya di luar.
Belum sempat dia ingin berlalu dari dapur untuk
mendapatkan suaminya, dia melihat tubuh Rahmah Khalissa sudah terbaring lemah
di lantai dan darah pekat yang keluar tanpa henti dari celah paha Rahmah
Khalissah menyebabkan seluarnya sudah dibasahi dengan darah. Dia terus memeluk dan
memangku kepala Rahmah Khalissa di ribanya sambil menjerit memanggil suaminya.
“Abang… Abang….!” Hajar Khadijah terus
menjerit memanggil suaminya yang berada diluar dengan tubuh Rahmah
Khalissa masih dipautnya. Hajar Khadijah melihat mata Rahmah Khalissa sudah
tertutup rapat dan dikala itu dapat dirasakan hembusan nafas dari Rahmah
Khalissa semakin perlahan.
Dia segera mendekatkan bibirnya ke telinga Rahmah
Khalissa bagi membisikkan dua kalimah syahadah sambil mengenggam tangan Rahmah
Khalissa. Rahmah Khalissa mengikutnya dengan suara yang tersekat-sekat.
Seusai Rahmah Khalissa mengucapkan dua kalimah syahadah, genggaman tangannya
kepada Hajah Khadijah terlerai. Tiada denyutan nadi dan ombakkan pada dada
Rahmah Khalissa. Hajah Khadijah memeluk tubuh yang kaku tidak bernyawa tu
dengan erat buat kali terakhir.
Airmatanya sudah mengalir deras dipipi.
Hajah Khadijah tidak dapat menahan kesedihannya kerana sahabatnya yang dikenali
selama 12 tahun telah meninggalkan dunia yang fana. Selama 12 tahun persahabatannya
dengan Rahmah Khalissa, banyak perkara suka, tawa dan duka telah diharungi
bersama. Esakan Hajah Khadijah menjadi tangisan yang berpanjangan.
Hassan yang baru sahaja turun dari keretanya
terdengar tangisan isteri dari arah rumah Rahmah Khalissa. Tanpa berlengah
lagi, Hassan terus berlari menuju ke rumah Rahmah Khalissa dengan wajah yang
risau. Sebaik dia melangkah masuk, dia mendengar tangisan isterinya dari arah
dapur. Dia segera mempercepatkan hayunan kakinya ke dapur.
Sebaik kakinya menapak di dapur, dia terkaku di
muka pintu dapur Rahmah Khalissa. Dia melihat tubuh Ramah Khalissa yang
kaku dipangkuan isterinya dengan darah yang penuh di lantai. Hajah Khadijah
mengangkat wajahnya apabila dia merasa ada derap kaki. Dia memandang suaminya yang
masih kaku di tepi pintu dapur.
“Abang…. Lissa dah tak ada bang…Lissa dah
tinggalkan kita bang…” ujar Hajar Khadijah kepada suaminya dengan tangisan yang
panjang. Wajahnya sudah lecun dek air mata yang mengalir tanpa henti
dipipi.
BERSAMBUNG.... :)
Sedihnya..kasihan Fika..
ReplyDeleteSha.....
ReplyDeleteTakpe nantiFN buat Fika bahagia lak..ngee terima kasih sudi follow ;) [FIKA NAJWA]