Lelaki
itu memandang gadis yang berwajah muram di sisisnya. Dia sedar, dia telah membuat
onar. Pasti di dalam fikiran gadis ini dia terlalu kejam meninggalnya. Tapi dia
terpaksa melakukan tu semua. Dia tidak rela kehilangan gadis ini di
sebabkannya.
“Maafkan abang Nia!”
getus lelaki itu perlahan. Sudah sejam mereka berada di Putrajaya. Baru
sekarang dia berani bersuara.
“Tak bang, abang tak
bersalah. Kita berdua tak pernah ‘declare’
pun. Nia tak menyesal dengan keputusan abang tadi.”
“Tapi Nia terlalu baik,
abang tak sanggup tengok Nia macam ini. Abang buat semua ini sebab abang tak
nak kehilangan Nia suatu hari nanti…abang tak nak Nia , biarlah abang putuskan
sekarang, asal abang tahu Nia ada.” Nia menoleh sayu. Dia mengamati satu-satu
pemuda yang telah berjaya menebusi hatinya setelah sekian lama. Biarpun dia
tidak pasti perasaan lelaki itu terhadapnya.
“Abang jangan rasa
bersalah, mungkin Nia ini banyak berangan. Insya-Allah hati ini biar Nia yang
ubati. Andai ada jodoh kita pasti bersatu, andai tidak Nia pasrah, bang.”
Terang Nia bila teringat kata seorang sahabatnya dulu.
Lelaki itu tersengih
seketika. Itulah keistemewaan gadis yang di kenali sebagai Nia, walaupun
hatinya terluka tapi masih mampu berfalsafah.
“Abang tak payah
khuatir tentang Nia. Nia tahu semua yang abang buat ini bersebab. Bila abang
akan bermula berkerja di tempat Nia? Kalau mereka tak nak ambik abang berkerja
di sana macam mana?”
“Nia, soal abang Nia
tak payah gusar. Abang boleh jaga diri abang. Jika tak ada sesiapa yang mahu
ambil abang berkerja di situ, pasti abang akan pulang ke kampung dan urusan
perniagaan umi abang. Kata-kata lelaki itu seperti meletakan sepandan dirinya
dan lelaki itu bagai betul-betul bukan miliknya. Dia tidak percaya yang dia
tidak dapat lagi melihat wajah orang yang paling dia sayang, selepas ini
masing-masing pasti membawa haluan masing. Lemah semangat Nia bila memikirkan
saat itu.
“Abang, apa semua ini
menunjukan kita akan membawa haluan masing-masing,” soal Nia khuatir.
Lelaki itu mengeluh
nafasnya panjang-panjang. Dia mendongak memandang ke langit yang disinari
bintang yang menghiasi malam. “Nia tahu tak? Kata orang ikatan persahabatan
yang terjalin dengan ikhlas pasti tidak akan terputus sampai bila-bila. Begitu
juga dengan perhubungan kita Nia.”
Nia terdiam sejenak.
Mengenangkan kata-kata lelaki itu dia menjadi takut. Setakat sebuah
persahabatan sahaja lelaki itu menganggap perhubungan mereka selama ini?
Mungkin sudah tiba masanya dia patut berterus terang sebelum dia terlewat melafazkannya.
“Abang, boleh Nia
bertanya sesuatu, kerana Nia takut yang Nia tak akan jumpa dengan abang lagi
selepas ini?”
“Apa yang Nia nak
tanyakan?” lelaki itu menoleh ke arah Nia semula.
“Siapa Nia dia hati
abang selama ini? Seorang sahabat ataupun…?” Nia agak kelu mahu
mengucapankannya. Matanya mula berkaca-kaca. Tapi di tahan. Renungan lelaki itu
semakin meluruhkan semangatnya untuk meluahkan perasaan yang selama ini
tersimpan sejak sekian lama.
“Kenapa Nia berhenti,
apa maksud Nia ataupun..?” Lelaki itu merenung wajah gadis di hadapannya. Lama.
“Nia pasti, abang tentu
faham apa yang Nia maksudkan selama ini, mustahil abang tak tahu apa yang Nia
nak sampaikan dekat abang atau abang pun mempunyai perasaan yang sama seperti
Nia cuma abang takut nak mengakuinya?”
Lelaki itu memejamkan
matanya serapat-rapatnya.Hatinya terasa nyilu, antara gembira dan kecewa
semuanya bercampur-baur. Hatinya bergolak sesama sendiri. Sebagai lelaki tak
mungkin dia dapat mengelak untuk jatuh cinta dengan perempuan seperti Nia.
“Abang, jawablah! Nia
tak akan menyesal atau merugut biar apa pun jawapan dari abang, asal abang
ikhlas,” tenung Nia ke seluruh wajah lelaki itu penuh penantian. Kenapa begitu
sukar untuk lelaki itu bersuara. Dia sudah tidak sanggup membiarkan perhubungan
mereka tergantung tanpa kepastian.
Dengan wajah yang
muram, lelaki itu kembali menoleh ke arah Nia perlahan-lahan. Sepi tanpa suara.
Satu-satunya orang yang paling buat hatinya berdebar-debar.
“Abang sayang Nia.
Terus- terang abang kaatakan Nia lah satu-satunya gadis yang berjaya mengetuk
pintu hati abang. Tapi abang…..,” lelaki itu terasa berat untuk meneruskan
kata-kata. Dia bimbang akan mengecewakan Nia.
“Tapi apa bang?” soal
Nia gembira tapi kata-kata lelaki itu kembali menimbulkan keraguan di hatinya.
“Abang tak layak berada
di sisi Nia. Abang tak layak untuk mendapat cinta Nia.”
“Abang, Nia tak kisah
tentang tu semua asal abang sayang dan cinta Nia dah cukup untuk Nia bang.”
“Bukan itu maksud abang
Nia. Abang bukanlah lelaki yang Nia kenal selama ini, banyak lagi yang Nia
belum tahu tentang abang.”
“Kalau itu masalahnya,
baik abang jelaskan kepada Nia siapa abang yang sebenarnya?” desak Nia malas
dia mahu bersoal jawab dengan dengan lelaki ini.
“Maafkan abang Nia.
Buat masa ini belum masanya Nia tahu siapa abang dan apa tujuan abang yang
sebenarnya. Cukup abang katakana Nia adalah gadis yang menjadi impian mana-mana
lelaki. Tapi lelaki itu bukan abang biarpun abang sangat menyintai Nia.
Buntu. Nia memandang
lelaki itu dengan penuh persoalan. Apa yang sedang di fikirkan oleh lelaki itu?
Mengapa lelaki itu memberi harapan jika tidak mampu untuk menerima cintanya.
“Kenapa abang buat Nia
macam ini, jika benar ada cinta abang untuk Nia, kenapa harus abang nafikan
lagi. Kenapa abang harus lari dari Nia?”
“Abang nak Nia percaya,
kerana abang sayang Nia lah , abang terpaksa putuskan hubungan cinta dia antara
kita. Abang tak nak Nia susah atau menderita bila bersama dengan abang nanti.
Biar abang sahaja yang menanggung beban tersebut,” balas lelaki itu sambil
meraup wajah dengan penuh rasa bersalah.
“Apa semua ini abang!
Jawapan abang semakin membuatkan Nia keliru, bang.”
“Dalam hidup abang
hanya ada satu matlamat sahaja Nia. Abang nak merebut apa yang pernah menjadi
milik abang dan keluarga abang, dan demi matlamat itulah abang tak nak
mengambil risiko kemungkinan abang akan kehilangan nyawa abang. Sebab tu juga
abang terpaksa menolak hasrat hati abang sendiri, sebab abang tak nak Nia
berada di samping abang. Abang tak nak Nia derita kerana abang.”
Terdiam Nia sejenak
mendengar penjelasan lelaki itu. Tidak di sangka lelaki yang di kenalinya
mempunyai dendam yang amat mendalam terhadap seseorang.
“Siapa sebenarnya
abang? Apa tujuan abang nak buat macam tu? Nia seolah-olah tidak mengenali
abang sekarang.”
“Nia, maaf. Abang
merayu tolong jangan soal abang lagi. Abang janji andai tiba waktu itu abang
pasti akan jelaskan semuanya pada Nia.
Nia merenung lelaki itu
tanpa berkelip. Setitis demi setitis air mata yang di tahannya sejak tadi
mengalir. Dia masih buntu dengan penjelasan lelaki itu. Semua yang keluar dari
mulut lelaki itu benar-benar mengelirukan mindanya. “Tapi tadi, kenapa abang
beri harapan pada Nia tadi bang?”
Lelaki itu meraup
wajahnya semula. “Abang terpaksa mengakuinya Nia. Abang juga lelaki yang punya
perasaan sayang terhadap Nia. Nia adalah perasaan terindah yang pernah abang
rasa iaitu jatuh cinta pada Nia.”
“Jika abang sayangkan Nia
kenapa abang mengelak juga untuk menerimanya kenyataan!”
“Tidak Nia, abang dah
tanam tekad sekali abang melangkah abang tak kan berundur, dan abang yakin
abang pasti akan merebut apa yang pernah abang miliki dulu pastinya tu semua
untuk umi abang, Nia. Dan abang nak Nia tahu abang buat begini kerana abang
terlalu sayangkan Nia.”
“Semua jawapan abang
tak ada satu pun Nia boleh terima. Abang seolah-olah sengaja menggantung hati
Nia untuk abang.”
“I’am
very..very sorry Nia,”
Nia beralih duduk. Dia
mengesat air mata yang mengalir laju di pipinya. Dia tidak pasti perasaannya
ketika ini, setelah mendengar penjelasan dari lelaki itu. Marah ataupun benci?
Dia benar-benar tidak pasti perasaannya ketuka ini. “Abang tolong hantar Nia
balik!: getus Nia.
Lelaki itu seperti
mengerti perasaan Nia di kala ini hanya mampu mengangguk. Hatinya mengutuk. Dia
berasa kesal kerana terpaksa mengecewakan perasaan Nia. Namun terlewat untuk
dia mengundur kerana dia sudah mula melangkah setapak untuk mencapai
matlamatnya.
Dato
Khalil menyandar di kerusi bacaannya. Dari tadi Dato
Khalil termenung keseorangan. Dia mencapai sampul surat yang di terimanya dua hari
lalu. Entah kenapa Dato Khalil mula merasa berdosa dengan arwah isterinya,
dosa-dosa yang di lakukan selama ini memakan dirinya sendiri. Gambar dia dan
perempuan simpanannya yang bernama Tania berpelukan mesra di depan kondominium
mewahnya, dan gambar-gambar Mawar jika
gambar-gambar ini jatuh ke tangan wartawan pasti akan menjadi satu skandal yang
besar jika di dedahkan kepada umum, maruah sebagai ahli perniagaan terkenal
pasti akan tercermar. Dalam sekelip mata segala usaha dan titik peluhnya selama
ini akan menjadi sia-sia begitu sahaja jika gambar-gambar tersebut benar-benar
tersiar di muka depan akhbar.
“Uncle, boleh Riya masuk?” Riya tersenyum
di depan pintu. Di letaknya susu di atas meja kerja Dato Khalil. Dato Khalil
tersenyum hambar menyambut kedatangan Riya. Terasa sejuk sedikit hatinya bila
melihat Riya pada saat ini. Riya sebaya dengan Mawar tapi penampilan Riya sejak
kebelakangan ini juga sudah berubah tidak lagi keluar malam seperti
sebelum-belumnya. Riya dan Mawar rapat sejak kecil lagi. Sejak Riya tamat
belajar, dilihat Riya dan anaknya bagai tidak sehaluan lagi tidak rapat seperti
dulu. Alangkah sejuknya jika Mawar berubah seperti Riya, detik hati kecil Dato
Khalil.
“Kenapa Riya nampak uncle resah aje sejak balik dari office?” soal Riya apabila melihat wajah
majikan ibunya begitu gelisah sekali. Telah di anggap Dato Khalil sebagai
ayahnya yang kedua kerana setiap perbelanjaannya di tanggung oleh Dato Khalil
sama rata dengan anak Dato Khalil, Mawar.
“Tidak ada apa-apa
Riya,” balas Dato Khalil lemah. “Boleh Riya duduk, uncle?” Riya meminta izin untuk duduk bertentangan dengan Dato
Khalil. Di lihat Dato Khalil hanya mengangguk tanda memberi izin untuknya
duduk. Dia tahu Dato Khalil ada masalah. Dia bukan budak kecil yang boleh di
bohongi.
“Uncle, Riya sudah dewasa uncle,
Riya tahu uncle mesti ada pendam
sesuatu. Apa kata uncle share sikit
dengan Riya masalah uncle, mana tahu
Riya boleh tolong. Uncle juga penah
cakap yang Riya ini sama macam Mawar, so
kalau macam tu uncle automatic jugak
seorang ayah pada Riya. Okay..okay pendek cerita uncle anggap aje Riya ini kawan uncle
biar senang uncle luhakan semuanya.”
Pujuk Riya lembut sambil merenung wajah Dato Khalil.
Dato Khalil tertawa
kecil, anak ini sejak dulu lagi memang pandai memujuknya selagi dia tidak
bercerita pasti akan di korek habis-habisan oleh Riya. Dia tersenyum bahagia
melihat perubahan Riya. Mawar entah bila akan berubah?
“Riya, jika Riya anggap
uncle ini ayah Riya, Riya rasa Mawar
benci tak sebab dapat seorang papa yang jahat seperti uncle?”
Riya menggeleng-geleng
kepalanya. Dia terkejut mendengar pengakuan Dato Khalil, apa yang dia lihat
Dato Khalil seorang yang keras hati dan tak mudah mengalah atau mengakui
sesuatu.
“Maksud uncle?”
“Uncle sedar yang uncle
bukanlah seorang ayah yang baik kepada Mawar. Uncle tahu Riya mesti ada dengar dari khabar angin tentang uncle. Jika Riya tanya orang di luar
sana pasti mereka tahu siapa uncle,
mungkin itu jugak salah satu sebab Mawar tidak mahu di atur”
“Uncle… Riya tak nak dengar lagi!” tahan Riya tidak mahu Dato Khalil
meneruskan kata-kata itu. Kesalahan Dato Khalil tidak perlu dia dengar
terperinci, dia sudah tahu semua kegiatan Dato Khalil sejak dari dulu.
“Uncle, tak ada sesiapa boleh menilai diri orang sama ada dia baik
atau jahat, hanya Tuhan yang mampu berbuat demikian. Riya nak uncle tahu setiap orang ada kelemahan
dan kelebihan, pasti ada alasan tersendiri mengapa kita jadi macam itu.”
Sambung Riya semula.
“Tak Riya, itu memang
kenyataan Riya. Uncle memang seorang
yang jahat, uncle banyak dosa Riya.
Riya, benci ke Mawar kerana dia mendapat seorang ayah seperti uncle ini?” rintih Dato Khalil lagi.
“Uncle…” Mata Riya berkaca-kaca, ini kali pertama dia melihat Dato
Khalil berbicara dengan wajah yang ikhlas. Riya berasa seolah-olah ini bukan
Dato Khalil yang terkenal dengan kebengisan dan ego.
“Riya yakin Mawar tak
pernah benci uncle. Dia sayang uncle. Walaupun Mawar memberontak tapi
jauh di sudut hatinya dia tak pernah marah uncle
apalagi mahu membenci uncle di
sebabkan sikap uncle. Uncle tak jahat, kalau uncle jahat uncle tak akan jaga Mawar,
Riya, Mak dan ayah Riya seperti hari ini walaupun Riya dan keluarga Riya
hanya menumpang dan bekerja untuk uncle. Mawar perlukan papanya yang dulu yang penuh
dengan kasih sayang dari benda-benda yang lain. Mungkin… uncle sibuk mencari nafkah untuk Mawar dan banyak menghabiskan masa
di luar, sebab itu Mawar selalu memberontak untuk mengambil perhatian uncle.”
Dato Khalil merenung
anak gadis yang sebaya dengan anaknya , Mawar. Sudah jauh lebih matang Riya
kini berbanding dulu. Dia senang dengan perubahan Riya. Di dalam hati dia
memanjatkan doa untuk anaknya suatu hari nanti akan berubah menjadi matang
seperti Riya. Mungkin Mimah dan Dollah berjaya mengubah sikap anak mereka
dengan didikan dan selalu dekat ketika anak mereka ada masalah tidak sepertinya
yang selalu mengabaikan Mawar.
“Riya, boleh uncle tanya? Riya benci ke dengan apa
yang uncle lakukan?”
Riya kelu. Benci? Dulu
mungkin dia benci dan menganggap Dato Khalil gagal menjadi ayah kepada Mawar
dan kaki perempuan tapi sekarang pandangannya telah berubah tidak manusia yang
dapat lari dari melakukan kesalahan. Hanya masa yang akan merubah mereka
seperti dirinya kini.
“Jujur Riya cakap,
mungkin dulu Riya memang benci uncle
kerana menganggap uncle seorang papa
yang gagal dan kaki perempuan tapi Riya sedar itu mungkin khilaf uncle, Riya yakin uncle ada alasan sendiri, kenapa?” Dato Khalil menarik nafas
panjang mendengar jawapan Riya. Melihat pengakuan jujur gadis ini, hatinya
tergerak hatinya untuk berterus terang. Sekurang-kurangnya beban yang di
galasnya kini sedikit ringan dan dia sudah ada seseorang untuk berkongsi masalah
ketika ini.
“Riya, nak tahu juga
apa masalah uncle?” Dato Khalil
menyoal Riya, tapi hanya melihat gadis itu hanya mengangguk sahaja.
“Baiklah, Riya tengok
gambar-gambar ini. Uncle tak akan
salahkan jika setelah Riya melihat gambar tersebut Riya akan marah pada Uncle.”
Riya mencapai sampul
surat yang dimaksudkan oleh Dato Khalil. Di belek satu-persatu gambar yang
terdapat di dalamnya. Dia berasa terkilan sebaik sahaja melihat gambar-gambar
itu, tapi melihat keikhlasan Dato Khalil yang mahu berkongsi masalah membuat
hatinya masih mampu bertentang.
“Riya dah tengok?
Sekarang Riya cuba tengok sampul surat yang lagi satu.”
Dengan teragak-agak
Riya mencapai sampul surat yang lagi satu. Beristifar, Riya di dalam hati.
Terkedu sebaik sahaja melihat gambar Mawar dan seorang lelaki di atas ranjang
dengan hanya berselimut sahaja, dilihat pakaian Mawar dan lelaki itu jelas
bersepah di atas lantai.
“Sekarang Riya dah tahu
apa masalah uncle bukan?” Riya
menyoroti semula wajah sungul Dato Khalil.
“Maaf, kalau Riya
banyak bertanya. Siapa yang buat kerja ini semua uncle, apa yang dia mahu dari uncle?”
“Itu yang merunsingkan uncle. Dan Riya pasti tahu jika
gambar-gambar ini tersiar di dada akhbar?” Riya mengangguk. Dia simpati dengan
Dato Khalil.
“Uncle,
bawak banyak bersabar uncle, semua
yang terjadi ini pasti ada jalan penyelesaiaannya. Insya-Allah. Uncle kalau Riya tanya uncle jangan marah ya, siapa perempuan
yang uncle peluk tu?”
Dato Khalil merenung
Riya. “Dia…, dia… dia adalah..!” Dato Khalil tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Perasaan malu menebal di hatinya.
“Tak apa, kalau uncle keberatan nak bagitahu Riya. Riya
faham. Riya pasti mesti uncle sayang
dia kan?”
Dato Khalil mengangguk
perlahan-lahan.
Riya tersemyum hambar.
“ Apa kata uncle jangan jumpa dia
secara diam-diam, kalau betul uncle
sayang dia dan ikhlas, uncle kenalkan
dia dengan Mawar.”
“Apa maksud Riya? Soal
Dato Khalil.
“Riya percaya Mawar
akan menerima dengan tenang jika ini jalan yang uncle pilih, slow talk
dengan dia. Riya sayang uncle macam
mana Riya sayang ayah Riya sendiri, Riya tak nak lagi tengok uncle bergelumang dengan dosa cukup lah
dosa yang lalu jangan di tambah lagi uncle.
Uncle kahwini dia jika uncle benar-benar sayang dia.”
Dato Khalil memandang
Riya, dia kagum dan terharu. Cara percakapan dan pemikiran gadis ini, matang.
Perlahan-lahan air mata selama ini cuba di sembuyikan di balik kelopak matanya
mengalir jua di pipi Dato Khalil. Dia tewas dengan pujukan Riya, anak pembantunya
yang memahaminya dari anaknya sendiri. “Maafkan uncle Riya! Uncle janji, uncle akan bawak dia ke sini berkenalan
dengan Mawar dan Riya.” Terus Dato Khalil menunduk di meja kerjanya. Menangis.
“Uncle tak ada salah dengan Riya, baik uncle minta maaf pada-NYA, insya-Allah segala dosa-dosa uncle akan di ampun-NYA. Riya selalu
doakan kebahagian untuk uncle dan
Mawar.” Dato Khalil mengangkat kepalanya, lalu mengangguk.
“Uncle, boleh Riya katakana sesuatu lagi?” soal Riya lagi.
Dato Khalil mengangguk.
Dahi Dato Khalil sudah berkerut seribu.
“Betul kata orang
tua-tua, bila orang tua menangis dia tak nampak comel tapi nampak buruk lah uncle,” seloroh Riya sambil tersenyum
manis, mengembalikan senyuman di bibir Dato Khalil.
Dato Khalil yang
mendengar tertawa kecil. Gadis ini memang pandai memujuk dengan telatahnya.
BERSAMBUNG... ;D
Waa..bestnya..nk lg ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum najiha ayuni...
DeleteTerima Kasih sudi menanti N3 AYB ni... insyaAllah akan ceq up nanti... Semoga Ceria Bak Pelangi ;D
Best la..makin teruja nk bca yg seterusnya..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Atiey yusoff
ReplyDeleteTerima kasih sudi Baca... InsyaAllah akan ceq up N3... Semoga ceria bak pelangi...... Fika najwa
best! jemput la ke http://semangatuntukku.blogspot.com/# ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum najwa anuar..
ReplyDeleteTerima kasih sudi lepak Kat blog ceq.. InsyaAllah ceq lawat site blog Najwa nanti semoga ceria bak pelangi.... :D
-Fikanajwa-