Tofan menguntum
senyuman kecil ketika melihat penampilan diri sendiri di cermin. Dengan pakaian
kasual yang berwarna hitam yang tersarung di tubuh tegapnya tampak dia cukup
sempurna dan nampak tampan. Rambut di sikat ke belakang bagi merapikan lagi
penampilannya.
Mungkin
kalau umi dan Zahir tahu aku tengok cermin macam ini mahu aku kena perli ‘kaw..
kaw’ dengan mereka, omel hati Tofan yang sedang membelek penampilannya sebelum
keluar bertemu Fika Farisya, kenalah bergaya sikit dari biasa.
Sms
yang diterima dari Fika Farisya yang menyatakan gadis itu sedang menantinya
memberi sedikit kecerian yang luar biasa buat dirinya. Tidak di sangka akhirnya
Fika Farisya sudi keluar dengannya lagi, sudah pelbagai-bagai cara dia guna
untuk mengajak Fika Farisya ‘date’
tapi selalu sahaja di tolak mentah-mentah oleh Fika Farisya. Dia agak kecewa
bila dia meluahkan rasa hatinya dulu, Fika
Farisya mengaku bahawa dia sudah bernikah dah sudah berstatus isteri orang. Dia
tahu Fika Farisya tidak bahagia, dia ingin membahagiakan gadis itu, dia rela
menunggu saat tu walaupun dia tahu mustahil. Biarlah kini dia menjadi sahabat
rapat gadis itu segala susah dan senang dia rela menjadi pendengar yang setia
keluh kesah gadis tersebut.
“Amboii…
wanginya kau! Kau nak keluar erkk…?” seloroh Zahir yang melihat penampilan
Tofan malam ni. “Kau dapat target
baru ke bro?”
Tersentak
Tofan dari lamunannya sebentar tadi. “Kau ni, kalau tak berprasangka buruk kat
aku tak boleh kan.. Dah aku tak ada masa nak buat pembelaan dekat sini. Aku blah dulu!”
“Err..
tunggu lah dulu, aku belum habis temu-ramah lagi ini…” jerit Zahir yang melihat
Tofan sudah membuka pintu dan melangkah keluar. Tofan tidak menghiraukan
jeritan sahabatnya, malas dia hendak melayannya.
Fika Farisya
tersenyum bila kerusi untuknya di tarik oleh Tofan. ‘Romantik gila raja ulat
ini, itu nak goreng aku lah tu dengan lagak gentleman
dia! Tak akan lut!’ Omel hatinya. Matanya meliar ke segenap ruang restoren yang
agak sibuk. Ada seorang pelayan lelaki yang menyapa mereka berdua dengan
hormat. Fika Farisya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya.
Belum
sempat pelayan lelaki itu menanya menu apa yang mereka order, Tofan terlebih dahulu bertanya padanya. “What do you want to eat? Anything you want?”
ucap Tofan romantik sambil menghulurkan buku menu kepada Fika Farisya.
Fika
Farisya sedar pandangan mata Tofan asyik merenungnya sejak dari tadi, dia
berpura-pura melihat buku menu. Dia tidak tahu mahu makan apa sekarang ini
semua akibat renungan mata Raja Ulat yang semacam tu!
“Dear,
you nak order apa atau you nak I tolong order untuk you?”
“Eerr…
kau order je lah apa-apa, janji aku
boleh makan cepat dan balik cepat!”
Setelah
membuat pesanan makanan, suasana di antara Tofan dan Fika Farisya sepi tiada
bicara yang keluar dari mulut mereka. Tofan tidak habis merenung ke arah Fika
Farisya, dan Fika Farisya pula asyik memandang ke arah lain.
“Fika…
you okey ke?”
Terkebil-kebil
Fika dengan soalan Tofan. Wajah Tofan nampak sedikit resah direnung tepat. “Aku
okay? Kenapa kau tanya macam tu? Ada yang tak kena ke ngan aku?”
Tofan
tergelak kecil bagi menutup rasa gugup berdua dengan Fika Farisya. Entah kenapa
malam ini dia gelabah sangat. Mungkin ini pelawaan yang pertama makan malam bersama
Fika Farisya, gadis yang mula mendapat tempat di hatinya sejak kebelakangan
ini. Kadang kala Fika Farisya sentiasa bertadang di fikirannya tidak kira masa.
“Asal
kau gelak? Aku ada buat lawak ke?” Fika Farisya menyoal Tofan. Setahu aku, mana
ada aku buat lawak tadi. Sah! Sakit Raja Ulat dah mari….
“No…no, I tak maksud apa-apa pun. I nak tanya you rasa terpaksa ke keluar
dengan I malam ini? Tak penat? Fika you nampak menawan malam ini…” Tofan
tersenyum.
“Hai…,
baru nak tanya ke? Aku penat ke tak? Tadi masa serang rumah macam orang tak ‘BER’ perasaan je!” perli Fika Farisya.
Tofan
tersengih. Kenapa lah aku pergi tanya soalan tu? Kan aku juga yang kena, minah
ini ada aje point nak menjawab! Bisik hati Tofan.
“Macam
mana ada perkembangan tentang kes tu hari?”
“Maaf,
encik Tofan sekarang dah malam bukan sesuai tuk kita bahas tentang perkara yang
berkaitan kerja sekarang. Tapi untuk pengetahuan encik Tofan semuanya masih
terkawal.” Terang Fika Farisya.
Terkenang
sikap Engku Habibah dan Tuan Megat yang menyesakkan dadanya. Pertemuan dengan
mereka tidak banyak yang berubah semuanya sama seperti dulu, diingin dan penuh
kebencian bila bertembung. Akhirnya keluhan berat terlepas di bibir Fika
Farisya.
“Maaf..
tapi I tak sabar nak tahu semua
tentang kes sabotaj tu, tapi selain tu I teruja berkerja dengan Syarikat MIFA
Holding yang dipimpin oleh Engku Habibah dah lama Syarikat I nak berkerjasama dengan Syarikat you tapi yang lebih buat I
teruja lagi bila you ada, Fika.” Luah
Tofan.
Fika
Farisya tersenyum pahit.
“
Encik Tofan aku terasa lapar pulak sekarang apa kata kita makan dulu nanti kita
sambung balik erkk…” Fika Farisya mengalihkan topik perbualan setelah hidangan
yang mereka pesan tiba di atas meja. Dalam hati dia meminta agar di buka pintu
hati Engku Habibah untuk menerimanya seadanya. Jika diberi peluang untuk
bahagia? Tofan tersenyum dan
menganggukkan kepala.
Fika
Farisya menolak pinggan yang sudah kosong ke tengah meja. “Alhamdulilah..”
“Fika,
you nak dessert
?
pelawa Tofan.
Fika
Farisya pantas menggelengkan kepala. “Aku betul-betul dah kenyang, Encik Tofan
rasa tak muat kat dalam perut ini lagi.”
“Macam
I tak tahu, you jaga badan, kan?”
“Tak
ada maknanya aku nak jaga badan, buat seksa perut aje.” Omel Fika Farisya
antara dengar dan tidak.
“Encik
Tofan, boleh aku tanya sesuatu ?”
Tofan
segera menumpukan perhatian ke arah Fika Farisya. Anak mata Fika Farisya di
renungnya. Terasa berdetak hatinya saat matanya dan mata Fika Farisya saling
merenung antara satu sama lain. Dia segera mengambil napkin dan di lap bibirnya
untuk menuntup perasaan kalut yang kian terasa. “Boleh, apa yang you nak tanya dekat I ?”
“Kenapa
Encik Tofan tak pernah rasa putus asa, kan aku dah cakap yang aku ini isteri
orang.”
“I tahu, tapi salah ke I ajak sahabat I dinner dengan I. I percaya mesti suami you bagi ‘green light’ kat you,
kalau tak you tak kan ada kat sini
sekarang. I percaya suatu hari nanti
hati you untuk I, Fika.”
“Aku
tak cakap salah pun, tapi aku tak selesa berdua macam ini, nanti apa kata
keluarga aku dan keluarga encik Tofan nanti. Aku rasa…”
“Dengar
sini Fika, I tak tahu kenapa I rasa macam ini. Tapi apa yang I tahu I selesa dengan you dan
bila berada dekat dengan you buat
hati I berdebar-debar, perkara macam
ini tak pernah berlaku dengan mana-mana perempuan yang pernah keluar dengan I. You
lain Fika, I admit yang hati I kecewa bila you kata you dah kahwin
tapi I tak nampak sinar kebahagian
kat mata you, apa yang I nampak hanya kesedihan yang you selalu tutup dengan kecerian you supaya orang sekeliling tak berasa
sedih kerana you. Jadi tolong izinkan
I jadi teman rapat you seperti mana you rapat dengan bakal abang ipar you, I nak jadi macam dia
Fika sentiasa ada di sisi you
mendengar keluh kesah you, sekali I cuci mata.” Seloroh Tofan
mengembalikan suasana ceria kembali.
Terdiam
Fika Farisya. Hatinya terasa sebu bila mendengar kata-kata Tofan untuk dirinya.
Kenapa, bukan dia yang aku cinta dan sayang? Akhirnya tercetus ketawa kecil di
bibir Fika Farisya saat mendengar ayat terakhir dari Tofan.
“Apa
maksud encik Tofan? Cuci mata?”
“Sambil
makan dengan you, sambil I cuci mata melihat bidadari yang
cantik, sudi makan malam dengan I
malam ini.”
Merah
pipi Fika Farisya mendengar pujian dari Tofan. Fika Farisya berdeham beberapa
kali dan masih menampakkan riak selamba. “Mulut Encik Tofan memang macam gula
kan..kan suka cakap macam tu bila jumpa dengan perempuan kalau hari-hari aku
dengar mau lama-lama aku kena penyakit ‘gula’.”
“Really?”
“Kenapa
tak percaya ke? Tengok malam ini, bukan main ayat manis-manis yang Encik Tofan
bagi kat aku,” luah Fika Farisya selamba.
Tofan
tergelak. Sikap spontan dan selamba Fika Farisya benar-benar buat dia selesa.
Fika Farisya selalu bersikap spontan, ceria dan tidak pernah berpura-pura
walaupun kesedihannya sering di sembunyikan. I love you, Fika. I
betul-betul dah jatuh cinta dengan you.
I sanggup tunggu suami you lepas kan you.”
Terkesima
Fika Farisya denga pengakuan Tofan. Renungan Tofan melekat kukuh pada
pandangannya, membuatkan dia serba tidak kena ketika ini.
“Enn..cik
Tofan tak nak balik lagi ke? Aku rasa dah lewat ini, esok nak pergi kerja..”
Resah Fika Farisya, matanya asyik memandang jam tangan di pergelangan
tangannya.
“You tak suka I kata macam itu?” Duga Tofan. Tofan merapatkan tubuhnya ke meja
mencari kedudukan yang lebih selesa untuk terus menatap wajah Fika Farisya yang
kalut ketika ini.
“Aku
tak suka dengan apa yang encik Tofan luahkan tadi, jujur kalau macam ini baik
aku elak diri aku.” Fika Farisya bangun dari kerusi untuk beredar dari situ,
kalau berlama lagi dia di situ lagi melalut si ‘raja ulat’ ini.
Melihat
Fika Farisya yang ingin berlalu pergi segera dicapai dan digenggam erat Fika
Farisya.
Merah
muka Fika Farisya ketika ini. Rasa seperti hendak menampar orang ketika ini. Di
tepis tangan Tofan yang menggengam jari jemarinya.
“Sorry…”
luah Tofan yang sedar akan keterlanjurannnya, bukan niatnya membuat Fika
Farisya marah.
“Aku
nak balik… Terima kasih sudi belanja aku makan.”
“Fika
nanti dulu, I tahu I salah. I minta maaf. I tahu
semua ini buat you terkejut. I tak boleh tahan diri I lagi Fika, I memang betul-betul sayang dan cinta you, I tak pernah rasa
seperti ini, Fika. I tak perlu
jawapan you sekarang. I akan tunggu, walaupun I tahu jawapan dari you buat I kecewa nanti.
Andai peluang itu ada, I yakin yang I boleh buat you bahagia di samping I,
I akan jaga you.”
Kelat
senyuman di bibir Fika Farisya. Dia tahu perasaan Tofan padanya. Dia berdoa
suatu hari nanti Tofan akan menemui cinta dengan gadis lain bukan dia.
“Aku
nak balik Tofan…”
“I hantar you balik, Fika. Maaf jika I
buat you serba salah dengan apa yang I luahkan malam ini. I nak you tahu I akan tunggu
saat itu...” bisik Tofan lagi dan berlalu.
Kelu
lidah Fika Farisya untuk membalas kata-kata Tofan. Fika Farisya melangkah
dengan berat mengikut langkah Tofan dari belakang.
“Terima
Kasih…” ucap Fika Farisya apabila kereta Tofan berhenti di
hadapan block apartment. Tangan Fika Farisya terkial-kial membuka tali pinggang
keledar yang merintangi tubuhnya. Tofan yang melihat segera menghulurkan
bantuan, terpaku Fika Farisya sekali gus membuat dadanya berdebar-debar.
Kedudukan Tofan yang menunduk agak hampir dengan tubuhnya membuahkan rasa
kurang selesa, spontan tangan Fika Farisya menolak kepala Tofan ketepi jauh
darinya.
“Bukk!”
“Aduh!”
Tofan menekup dahinya. Terkebil-kebil dia memandang Fika Farisya yang baru sahaja
menolak dia. “Fika… sakitlah! I cuma
nak tolong you, sampai hati you tolak I..”
“
Jangan cakap aku tak bagi amaran kat encik Tofan? Encik Tofan tahukan aku tak
suka orang lelaki dekat-dekat dengan aku!” balas Fika Farisya dengan sengihan.
Padam
muka! Siapa suruh kau romantik sangat dengan aku kan dah kena tolak… gerutu hati Fika Farisya.
“Maaf,
encik Tofan… aku tak sengaja tu semua tindakan reflex je. Nanti balik encik Tofan sapu ubat kat benjol tu” tanpa
membuang masa Fika Farisya segera keluar dari kereta milik Tofan.
Melihat
Fika Farisya yang pantas segera memanggil gadis itu.
“Fika….”
Fika
Farisya langsung tidak memandang ke arahnya, gadis itu laju menuju ke arah lif.
Tofan yang ingin keluar mematikan niatnya untuk mengejar Fika Farisya, bimbang
gadis itu akan marah padanya. Tangannya segera menyentuh dahi di sebelah kanan
yang terasa sedikit perit. Dia mengeleng kepala perlahan, dibibirnya mengukir
senyuman kecil.
Cinta
yang kini aku rasa buat aku semakin jadi gila sekarang semua di sebabkan seorang
gadis yang bernama ‘Fika Farisya’.
BERSAMBUNG... ( maaf ini mungkin N3 yang terakhir KSK... doakan ceq siapkan mss KSK semoga ceria bak pelangi )
Xsabar tunggu harap cepat siap
ReplyDeleteBle nk kuar smbungn dy....ske la ceter ni
ReplyDeleteAssalamualaikum Anonymous...
DeleteMaaf lambat replay... Maaf ini memang last update KSK di blog insyAllah ceq cuba siapkan penamat bagi KSK ini... Terima Kasih sudi singgah dan baca nukilan yang tak berapa ini... ;) semoga ceria bak pelangi
Setia menanti bila nk terbit
ReplyDeleteAssalamualaikum kak Eit@mohamad
DeleteTerima kasih kerana memberi sokongan pada ceq.. maaf buat kak Eit@mohamad menunggu kekangan masa tak sempat ceq menyiapkannya.... InsyaAllah suatu hari nanti ;) semoga ceria bak pelangi maaf lambat replay...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak fika bila nk sambung cerita ni...saya dah baca 3 kali tapi kakak tak sambung lagi cerita ni.saya suka cerita ni sambunglah kakak cerita makin menarik
ReplyDeleteWaalaikumusalam .... Bdak Star
DeleteRibuan terima kasih kerana sudi membaca dan melawat blog kak fika yang tak berapa ini.... InsyaAllah KSK dalam proses siap.. Doakan yang terbaik untuk kak fika...
Semoga Ceria Bak Pelangi
-Fika Najwa-
Assalamualaikum....saya baca blk cerita ni blk...sbb teringat akan kembar...cerita ni masih tak ada penghujungnya
DeleteAssalamualaikum... novel ni dh keluar ke?
ReplyDeleteAdik..cerita ni dah publish belum..title story and ur nickname guna sama ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete