FOLLOWERS

Friday, February 22, 2013

KU AKUI BAB 2


OLEH : FIKA NAJWA



“Wah….tak sia-sia aku pinjam bahu aku dekat kau, tengok habis lecun baju aku sebab airmata kau yang jatuh macam hujan itu. Bersemangat waja aku tengok kau nak pergi mencari kekasih yang kau tinggalkan errkk.” Bicara Allysha Farhana sambil ketawa.

             “Dah kau jangan nak perli aku pulak kang aku potong gaji kau baru kau tahu.” Nadia mula bangun dari kerusinya dan mula melangkah hendak keluar, belum sempat dia keluar Farhana bersuara.

             “Eehh….kau mana boleh ponteng macam ini, nanti siapa nak jawab dengan Tengku Mizan memerangkap ayah kau?"

" Kau jangan nak buat kerja aku okey. Aku tak kira kau kena pergi jumpa client dulu baru kau boleh blah.” ucap Allysha Farhana.

             “Alaaa…dear kau batal je semua appointment aku” potong Nadia.

             “Senang kau cakap errkk..yang cover itu nanti akukan?"

" Habis macam mana nanti aku nak jawab dengan big boss kau itu?” Soal Allysha Farhana.

            “Hhmm…aku rasa kau tahu tugas seorang setiausahakan? Aku tahu kau boleh buat pasal itu aku sayang kau lebih kat kau Hana.” Sambil mengenyitkan mata pada Allysha Farhana.

*******
             Selepas makan malam Nadia termenung seorang di taman rumahnya sambil menyedut udara malam. Dia tertanya-tanya khabar Adi di sana. Fikirannya masih setia mengingati baris nama itu.

“Nadia..”

 
            Nadia yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh kebelakang. Satu senyum diberikan kepada mamanya.

          “Kenapa anak mama termenung ini? Mesti ingat kat buah hati nun jauh disanakan?” Tengku Zahira menyoal anaknya. Dia sudah tahu semua cerita tentang penolakan cinta Adi dari Allysha Farhana.

 “Eehh..mana ada mama. Mama suka main teka je” sangkal Nadia

 “Mama dah tahu yang Nad nak pergi cari Adi kan?” tebak mamanya.

 “Mama tahu apa yang ada dalam hati anak mama ini” Tengku Zahira  melabuhkan duduk di sebelah anaknya.

‘Ini mesti kerja si Hana yang bagi tahu kat mama aku.Kalau tak macam mana mama aku boleh tahu yang aku nak cari si Adi? Takpe siap kau nanti Hana!’ bisik hati Nadia.

 “Mama..Nad nak pergi cari Adi mama."
 
 " Nad baru sedar sekarang yang nad cintakan Adi. Selama ini Nad nafikan perasaan Nad pada Adi sebab Nad takut di kecewakan lagi. Nad dah terlanjur cakap dia  yang Nad benci dia dan semua lelaki yang Nad kenal dan tak mungkin Nad akan jatuh cinta dengan dia,"

" Nad salah mama..Nad salah…”

 “Nad ingat sepanjang tiga tahun Nad kunci hati Nad untuk lelaki tak mungkin akan ada cinta lagi yang akan hadir di hati Nad mama tapi perhitungan Nad salah, sejak Nad berkerja di syarikat papa dan Nad mula kenal Adi, cinta itu sedikit demi sedikit hadir dan mula bercambah dari hari ke hari, tapi Nad ego menafikannya di depan Adi, setelah Adi pergi dari sisi Nad,Nad mula merindui dia. Nad terlambat menyedari yang Nad sebenarnya dah jatuh cinta dekat Adi”  nada suara Nad mula bertukar sayu.

 Tengku Zahira yang mendengar puteri tunggalnya terus memeluk bahu anaknya dengan erat. Dia sedar Nad menafikan perasaannya kerana kejadian yang menimpanya.

“Sayang…”

“Usaha tangga kejayaan jangan pernah berputus asa. Kalau betul Nad cintakan Adi.pergi lah nak raih cintanya kembali yang pernah di beri untuk Nad. Mama yakin suatu hari nanti anak mama ini akan bahagia bersama orang yang di cintai dan mencintai Nad.

" Mama selalu mendoakan kebahagian anak mama ini” Tengku Zahira mencium dahi anaknya. 

“Cuma mama nak pesan andai tiada jodoh di antara kalian mama harap Nad akan reda dan pasrah. Jika ada jodoh antara Nad dan Adi insyallah cinta Nad akan bersatu” ujar Tengku Zahira memberi semangat buat anaknya.

Nadia yang melentok manja di bahu mamanya terus mengangkat kepalanya. Sambil membetulkan anak rambut yang berjuntai di dahinya.

“Tapi..mama Nad ada masalah. Nad tak tahu nak cakap dengan papa soal ini? Nad takut papa marah Nad lagi.”

“Nad tahu papa masih marah Nad atas perletakan jawatan Adi."

" Eeeeemmm...Apa kata mama tolong Nad cakapkan dekat papa”  Nad merenggek manja sambil memeluk bahu mamanya.

‘Hhmm..Ini kalau dah keluar suara manja dia mula lah nak minta sesuatu dekat aku ini. Ada je yang di suruh aku buat’ bisik hati Tengku Zahira. Dia masak dengan perangai anak tunggulnya ini.

“Kenapa pulak mama yang kena cakap dengan papa?” Soal Tengku Zahira mengusik anaknya.
Nadia memucungkan bibirnya.

“Alaaa…sebab papa sayang mama, apa yang mama cakap dan minta mesti papa dengar. Pleaseee mama. Mama kan sayang Nad, mama kena lah tolong Nad” Dengan bersungguh-sungguh Nadia meminta agar mamanya menolongnya.

“Okey. Tapi Nad kena janji dengan mama. Andai Adi menolak cinta Nad mama tak mahu tengok Nadia yang tiga tahun lepas. Janji dengan mama Nad. Walaupun apa yang berlaku mama nak Nad terima segalanya sebagai ujian tuhan untuk Nad ingat tuhan tak akan uji umatnya di luar kemampuan nya, dan mama nak Nad pujuk bakal menatu mama tu elok-elok sebab mama pun dah berkenan dengan dia” seloroh Tengku Zahira menyakat anak kesayangannya. Tengku Zahira memberi semangat kepadanya jelas tergambar riak risau andai anaknya akan dikecewakan lagi.

Mama dan papa selalu menyokong dan berada disamping Nad. ingat itu. Nad tak pernah keseoarangan,"ujar Tengku Zahira.

‘YA-ALLAh kau berilah kebahagian buat anakku’ ujar Tengku Zahira di dalam hati.
Nadia yang melihat riak wajah mamanya mula berubah terus memeluk erat mamanya.Dia tahu mamanya takut andai dia dikecewakan lagi. Andai itu terjadi dia tidak akan seperti akan sekali membuat mama dan papanya risau akan dirinya.

Tanpa mereka sedari Tengku Mizan mendengar setiap patah perbualan anak dan isterinya.Tengku Mizan melangkah perlahan-lahan menuju kearah dua insan  yang paling di sayangi lalu tanpa kedua beranak itu sedari Tengku Mizan memeluk mereka dari belakang sambil berkata.

“Papa izinkan Nad pergi" tiba -tiba  Tengku Mizan bersuara memberi izin untuk puteri tunggalnya.
 "Walaupun papa marah tapi marah papa tak lama nak sebab  Nad lah satu-satunya anak papa dan mama. Nad lah racun, Nad lah penawar kami.”

“Papa sentiasa akan menyokong dan selalu berada di sisi Nad”

Sebaik sahaja Tengku Mizan habis bercakap. Nad terus meluru ke arah papanya. Nad memeluk papanya dengan erat airmatanya mengalir peralahan-lahan dipipinya.Tengku Mizan turut membalas pelukan anaknya diusap belakang anaknya sambil tangannya membelai rambut anaknya yang semakin panjang.

“Terima kasih papa”

“Nad sayang papa” ujar Nad sambil mengucup pipi papanya dengan manja.

“Papaaa….papa tak marah Nad lagi kan?” Nad menyoal Tengku Mizan dengan takut-takut.

Tengku Mizan menggeleng-geleng kepalanya tanda dia tidak marah sambil tangannya menyeka airmata anaknya.

“Dah kenapa menangis? Tengok anak papa kalau menangis hilang saham dia 5%” Nad mencebikan bibirnya.

“Kalau saham Nad kurang 5%, saham papa kurang 360%”  Nadia ketawa. Dikuti dengan Tengku Zahira.

“Amboi melampau sampai kurang 360%. 10% cukup la” cantas Tengku Mizan. Ada ke patut saham aku kurang macam tu sekali. Dia mengeleng. Nadia..Nadia..

“Papa dan mama merestui anak papa ini…pergi lah raih cinta yang Nad tolak tanpa ada talian hayatnya” Tengku Mizan berseloroh untuk menceria keadaan.

“Chaiyokkk!Chaiyokk!” kata Tengku Mizan pada anaknya.

Tengu Mizan menjongket kedua-dua keningnya pada anak dan isterinya.

Nadia dan Tengku Zahira tergaman mendengar Tengku Mizan berbahasa Korea. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Tak lama selepas tu kedengaran ketawa dari mereka sekeluarga.





BERSAMBUNG.... :D

2 comments:

  1. Assalamualaikum Ruunna Qizbal & baby mio...
    Terima Kasih sudi baca ... InsyaAllah ceq akan sambung lagi.. Semoga Ceria Bak Pelangi ;D
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete