FOLLOWERS

Tuesday, July 30, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 3





Bunyi bising yang kuat dan gelak ketawa kedengaran sana sini di rumah banglo yang mewah.Lampu-lampu neon yang berwarna-warni bergemerlapan menyuluh ke seluruh banglo itu.Muzik yang dipasang bagaikan memecahi gegendang telinga.

Namun Kelly dan rakan-rakannya tidak pedulikan jiran tetanggan yang berada disekeliling.Mereka asyik dan khayal dengan muzik yang rancak,walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.Bagi mereka semua malam masih muda.Kelly yang dari tadi menari kini duduk disudut rumahnya sambil menanti kedatangan Mawarnis,Sally dan Randy.

“Kelly!” jerit seorang gadis yang baru sampai di pintu pagar depan.

Pekikan gadis itu membuat Kelly tersenyum melihat kedatangan gadis dan pemuda di sebelahnya.

“Kelly!” jerit Sally sekali lagi sambil menampar lengan Kelly tanda tidak puashati.

“Weii! Kau ini Sally memang tak ada kerja lain erkk,tangan kau tu senang je berjalan menampar orang.Ini apahal pulak kau tampar-tampar aku ini?” Soal Kelly,marah.

“Alolo…janganlah marah aku gurau je tadi.Kau jugak yang salah aku dekat pintu depan tadi punyalah aku menjerit panggil kau,kau buat tak tahu je.”

“Mana aku dengar kau panggil aku,kau tak dengar ke muzik kat rumah ini kuat!” bidas Kelly.

“Hisy kau ni,tu pun nak marah,”gerutu Sally.

“Haa…Mawar tak datang ke?Mana dia?” soal Kelly.

“Ada…dia masih kat luar tengah cari parking.” Randy meyampuk.

Akhirnya Mawarnis memberhentikan kereta Audi spotnya di pinggir jalan yang sedikit jauh kerana kiri dan kanan jalan sudah penuh dengan kereta yang terpakir.Dia tersenyum saat menjeling sedikit ke arah laman rumah banglo itu,ruangan laman depan rumah banglo jelas tersusun kereta mewah,perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.Telefon bimbit yang berada di beg sandangnya dikeluarkan,lalu dimatikan.mawar berbuat seperti itu kerana tidak mahu sesiapa menelefon dia ketika dia lagi sedang asyik berpesta nanti.

“Helo!Part on!” soal Mawarnis sebaik tiba dekat dengan Kelly,Randy dan Sally.

“Kau ini bingit telinga aku kau jerit macam itu,”marah Kelly.

‘Okey semua,sekarang masa kita menari berpasangan!”teriak rakan Kelly yang berada disitu.

“Sayang..jom,”ujar Randy menarik lengan Mawarnis agar terus menuju ke arah anak-anak muda yang sedang asyik menari sambil berpelukan.Sekelip mata sahaja tubuh Mawarnis sudah dipeluk kejap oleh Randy.

Kelly dan Sally yang masih tegak berdiri,turut mencari pasangan dangsa mereka.

Randy erat mendakap pinggang Mawarnis.Asyik sekali dia merapatkan tubuh Mawarnis ke dadanya.Gembira tidak terkata.Terasa dunia ini syurga bila dia memeluk gadis yanmg dia mahu.

Mawarnis asyik terlentok di dada bidang Randy.Malah dia juga memeluk erat pinggan pemuda itu.Mata Mawarnis melihat sekeliling,dia tersenyum melihat rakan-rakannya yang asyik memeluk pasangan masing-masing.Mereka bagai teruja sekali dengan tarian romantik.Masing-masing membelai pasangan masing-masing dengan alunan yang medayu-dayu.

“Sayang….” Renggek manja Mawarnis ke telinga Randy setelah lama mereka berdansa.

“Hhmmm….”

I penatlah jom kita ke sana.Minum dan makan sikit.I haus dan lapar ni.”ujar Mawarnis sambil menolak dada bidang Randy yang masih erat memeluknya.

Randy yang agak terganggu sedikit merenggus.Dia terpaksa akur dengan permintaan Mawarnis,jika tidak pasti Mawarnis merajuk lagi susah dia.

“Okey dear.Kita berhenti sekejap nanti kita sambung lagi menari yea.”pinta Randy dengan penuh harapan agar Mawarnis bersetuju.

Randy melihat Mawarnis mengangguk kepalanya tanda setuju.Di tarik lengan Mawarnis ke tepi kolam renang lalu disuruh duduk di situ.

You tunggu sini biar I yang ambil minum dan makan untuk you.”ujar Randy.

Ketika Mawarnis duduk sendirian sambil menunggu Randy,dia di datangi seorang pemuda yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis.

“Hai..sorang je ke?Nak I teman you?” tegur pemuda itu.

“Mawarnis menjeling tajam ke arah pemuda yang berdiri di hadapannya.”You ada nampak sesiapa ke kat sini selain I?” sinis Mawarnis menjawab.

“Wow..wow garangnya you ini,tapi tetap cantik bila you marah.I jadi tambah tertarik dengan you !I like,”ujar pemuda itu lagi.

“Kenal nama I…”belum sempat pemuda di hadapan Mawarnis memperkenalkan diri,Randy terus meluru datang sambil meletakkan minuman dan makan yang di ambil sebentar tadi.Dia terus duduk di sebelah Mawarnis sambil tangannya memeluk erat bahu Mawarnis.Di peluk kejap bahu Mawarnis sambil memandang pemuda yang masih berdiri di hadapannya,dia ingin pemuda dihadapannya kini tahu bahawa Mawarnis milik dia.

“Sorry,dear.I lambat ambik makanan dan minuman untuk kita berdua,tadi I tersempak dengan member I dekat sana.” Jelas Randy pada Mawarnis.

“Nasib you sampai cepat kalau tak ada ulat bulucas dah naik daun kacau I kat sini.” ujar Mawarnis sinis,sambil jari telunjuk Mawarnis mencuit manja hidung kekasihnya.

Pemuda di hadapan Mawarnis tersenyum lebar menampakkan giginya yang rata.mawarnis fikir pemuda itu akan mengagkat kaki berlalu dari situ bila melihat Randy yang mesra memeluk erat bahunya ternyata pemuda tu tunduk berani sambil membisikan sesuatu ke telinganya dan tidak menghiraukan wajah Randy yang terasa seolah tercabar dengan perbuatannya.

I akan pastikan you jadi milik I suatu hari nanti!You're mine!” pemuda itu membisikan dengan yakin dan beredar dari situ.

Tergaman Mawarnis dengan perbuatan pemuda itu.Ketika ucapan yang keluar dari pemuda itu pertama kali membuat jantung Mawarnis berdebar-debar.Dia tidak pernah merasa perasaan ini bila bersama Randy walaupun Randy sudah beratus-ratus kali mengucapkan kata sayang dan cinta padanya.

Randy yang melihat pemuda itu beredar terus bangun dan memegang bahu pemuda itu lalu di tumbuk wajah pemuda yang berani mencabarnya.Di cekak kolar baju pemuda itu sambil menekan tubuh pemuda itu ke dinding.

“Kau nak cari nahas dengan aku ke?Kau tahu tak siapa yang kau dekati tadi?”soal Randy.

“Tahu..so why?” pemuda itu menjawab dan menyoal dengan selamba.

“Ooo..kau tahu rupanya tapi kena kau kacau juga?Dia awek aku!” jerit Randy sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Mawarnis.

“Dia awek kau tapi bukan bini kau,so aku berhak tackle dia.Best man win!”cabar pemuda itu.

“Kau ini dah lebih….!” Belum sempat Randy menhayunkan penumbuknya ke arah pemuda itu lagi Mawarnis datang menghalang.

“Randy!” tegah Mawarnis.

You tepi Mawar biar I ajar orang yang tak sedar diri ini.” Mawarnis masih tidak berganjak dari situ.

“Mawar I kata tepi !” jerit Randy yang mula dikuasai perasaan marah. 

“Randy…cuba you bawak bersabar sikit,chill dear kitakan datang sini nak enjoy,bukan nak bergaduh tak tentu pasal.Ini mungkin bukan pertemuan terakhir kita mungkin kita akan bertemu lagi bila ada parti seperti ini.Tak bestlah kalau korang bergaduh sesama sendiri buat kecoh dekat rumah orang kawan baik korang tahu,”ujur Mawarnis cuba menenangkan Randy dan pemuda yang tidak diketahui namanya lagi.

Kedengaran suara-suara yang rtidak puas hati antara mereka.Tentunya daripada rakan-rakan Randy dan pemuda itu.

“Hei..relaxlah,takkanlah hal remeh macam ini nak bergaduh,Randy dia tak bisik apa-apa pun dekat I cuma kata dia suka tengok I,tu aje.Takkan you nak jeles.Come on darling,”tambah Mawarnis sambil gelak kecil yang sengaja dibuat-buat.

Mawarnis berusaha menengakan perasaan marah rakan-rakan dengan bahasa dan lengok tubuhnya agak selamba di hadapan mereka.Dia perlu mengawal situasi dari kecoh akibat bergaduh.kalau tercetusnya pergaduhan di rumah banglo Kelly bukan dia je yang mendapat susah tapi keluarga Kelly dan semua yang ada sini bakal mendapat susah jika campur tangan dari pihak polis bagi meredakan pergaduhan ini nanti.Dia perlu bijak mengawal keadaan.

Mawarnis berasa sedikit lega kerana gelak yang dibuat-buat itu disambut jua oleh rakan-rakannya.

“Okey,kali ni kau selamat,”ujar Randy dengan nada serius.Masih berdiri tegap menghadap tubuh pemuda itu.

“Relakslah sayang,:pukuk Mawarnis masih mengawal keadaan.

Lantas Mawarnis menarik lengan Randy agar tidak terus menghadap pemuda itu lagi.Bimbang Randy akan melakukannya lagi.Ditumbuknya wajah pemuda itu lagi pasti pergaduhan tercetus..Nanti ada yang wajah macam diserang tebuan,bengkak sana sini.’detik hati Mawarnis.Mawarnis yang sudah duduk di kerusi ditepi kolam renang itu segera mengambil air minuman yang di bawa Randy tadi dan disuakan kepada Randy.

Randy menolak lembut tangan Mawarnis yang menyuruhnya minum.

“Sayang…tu air you.You minumlah dulu.”Randy memberitahu Mawarnis.

“Ooo…I punya erkk,takpe you minuymlah dulu nanti I minum lepas you.”Mawarnis menyuakan lagi minuman yang diambilnya pada Randy.

“Tak..tak you minum dulu,nanti I pergi ambik I punya air sendiri.”ujar Randy.

“Okey kalau you tak mahu I minum dulu,nanti you jangan menyesal kalau air ini habis I minum,”sambung Mawarnis lagi dan meneguk sedikit lagi air minuman di gelas.Randy mula tersenyum lebar mendengar jawapan Mawarnis.

“Takpe.Untuk you.”tambah Randy.

Randy dan Mawarnis kembali menari mengikut irama rancak.Mawarnis tersenyum merenungnya dengan pandangan mengoda.Randy mempamerkan senyum sambil memeluk pinggan ramping Mawarnis.Dia pasti air yang telah dicampurkan dengan pil itu mula membuat Mawarnis mula pusing dan khayal ketika ini.Dia pasti malam ini Mawarnis pasti menjadi miliknya.

Mawarnis mula tidak sedap badan,peluhnya mula membasahi dahinya,badan mula terasa panas dan kepalanya seakan berpusing.Dia berhenti menari kepalanya yang pening mula dipicit dengan jari.’Kenapa tiba-tiba aku rasa lain macam ini?’bisik hati Mawarnis.Dia mula melangkah menjauhi lantai dansa tapi belum sempat dia melangkah pingangnya dipeluk erat oleh Randy,dia cuba melepaskan pautan tangan Randy yang melingkari di pingang tapi gagal.

“Randy…please I rasa tak sihat.I nak balik.”

“Kenapa sayang?You nak balik?”

“Yup,I nak balik you tolong hantar I balik kepala I rasa berpusing badan I pulak rasa panas.”keluh Mawarnis.

“Mari I hantar you balik,”kata Randy tidak sabar.

Dalam mereka mengorak langkah keluar dari banglo milik Kelly ada seseorang yang mengikut dan memerhatikan mereka dari pada tadi.


BERSAMBUNG.... ;D

No comments:

Post a Comment