FOLLOWERS

Wednesday, February 27, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 19


OLEH : FIKA NAJWA



         Luar tingkap kapal terbang rendah sedikit memasuki ruang udara, boleh di lihat dari tingkap kapal terbang  memandang ke bawah  bangunan pencakar langit dan deretan kereta yang sibuk di bandaraya Kuala Lumpur. Bersediakah dia bersemuka dengan Mak Engku dan Megat Ammar? Bagaimana kehidupan dia di sini nanti? Pelbagai-bagai persoalan bermain di fikirannya. Satu persatu bayangan silam memasuki kotak memorinya sebelum dia berangkat ke UK dulu.Teringat kembali waktu dia mula-mula menjejaki kakinya ke rumah banglo yang tidak pernah dia jejaki selepas peristiwa pada hujan lebat itu.
 
“Fika..Mari masuk rumah Uncle.” ramah Megat Ilman mempelawa Fika Farisya merenung rumah banglonya sejak kereta Mercedes 5 series memasuki perkarangan rumah. Dia tahu apa yang di fikirkan oleh Fika Farisya waktu ini. 

“Fika…” Fika Farisya tersentak.

“Mari nak..Kita jumpa Tok Wan kamu dekat dalam.” Megat Ilman melihat Fika Farisya hanya menurutnya tanpa bersuara.

Fika Farisya menarik nafas panjang. Kini dia kembali semula ke banglo mewah ini lagi. Cuma beza kedatangan dia kali ini adalah kerana amanah yang telah di wasiatkan untuk dirinya. ‘Ibu kenapa harus adik ke sini lagi?Adik belum bersedia nak bertemu dengan ayah?Ayah dah boleh terima Adik ke?’Desis hati Fika Farisya.

Engku Habibah yang duduk di ruang tamu banglo mewah itu sudah memandang ke arah Fika Farisya tanpa berkelip. Matanya jelas tersinar api kebencian sebaik sahaja anaknya dan Fika Farisya menapak masuk ke dalam. Fika Farisya hanya menundukkan kepalanya. Dia tidak mahu bertentangan pandangan dengan Mak Engku, dia takut dia akan melawan pandangan mata tua itu.

“Ilman buat apa kau bawak dia ke sini?”

“Mama nanti sahaja kita bincang soal ini, biarkan Fika berehat di bilik dulu.” Perlahan suara Megat Ilman memujuk mamanya.

             Engku Habibah merengus marah.

“Ilman kamu jangan nak jadi anak derhaka! Mama tanya buat apa kau bawak anak Lissa ini ke banglo kita?”

“Mama…Man rasa mama mesti tahu kenapa Man jemput Fika ke sini. Mama dah dengarkan apa kata Fuad tempoh hari?”Sengaja Megat Ilman tekankan nama Fuad di situ. Fuad adalah peguam yang memegang amanah arwah isterinya sebelum isterinya menghembuskan nafas yang terakhir.

Engku Habibah terkelu.Terdiam.

“Mak Leha…!” Panggil Megat Ilman.

“Ya, saya tuan.” Jawab Mak Leha yang berlari-lari anak dari dapur.

“Mak Leha ini Fika Farisya adik kembar Fhyka Arissa. Mak Leha dah buat apa yang saya suruh pagi tadi? Sediakan bilik untuk Fika?” Soal Megat Ilman pada Mak Leha. Mak Leha hanya mengangguk tanda dia sudah siap melaksanakan tugas yang Megat Ilman beri padanya pagi tadi.

“Terima kasih Mak Leha,tolong bawak Fika berehat. Dia mungkin letih.” arah Megat Ilman.

“Mari Cik Fika saya tunjuk bilik cik..”Fika Farisya yang mendengar mengangguk dan menurut saja di belakang Mak Leha sambil mengangkat beg galasnya. Dia hanya membawa beg galasnya sahaja kerana dia tahu dia tidak akan lama di banglo mewah milik Mak Engku.

“Silakan Cik Fika…”pelawa Mak Leha pada Fika Farisya.

“Mak Leha tak payah nak bercik-cik dengan Fika.Tak biasalah Mak Leha saya hanya rakyat jelata je.” seloroh Fika Farisya yang cuba berlagak selamba, padahal kekok dia berada di banglo mewah Mak Engku.

“Janji erkk….”Fika Farisya mengenyitkan matanya pada Mak Leha. 

Mak Leha tertawa kecil dengan karenah Fika Farisya. Dia fikir gadis yang di hadapannya ini diigin tapi sebaliknya di rasakan, hati tuanya senang dengan sikap merendah diri Fika Farisya. Dia mengangguk tanda bersetuju dengan Fika Farisya yang dia akan memanggil Fika sahaja.

“Cik…Fii eehh Fika berehatlah dulu.Nanti Mak Leha hantarkan makanan untuk Fika.”

“Mak Leha…Tak payah nanti Fika turun makan kat dapur, tak payah susah-susah bawak makanan kat atas ini kang terbakar pulak kalori mak Leha, nanti dari berisi terus jadi kurus.”

“Kamu ini ada-ada je, nak sakat Mak Leha. Hmm..Mak Leha tunggu kamu kat dapur.”

Fika Farisya tersenyum dan melihat kelibat Mak Leha keluar dari bilik yang di sediakan untuknya. Dia melepas nafas yang panjang. Fika Farisya merebahkan tubuhnya ke tilam empuk, di tangannya ada sepucuk surat yang selalu di bawa ke mana sahaja dia pergi. Di buka lipatan surat itu, surat arwah ibunya. Entah bila ibunya menulis surat itu untuk dia, Fika Farisya tidak pasti.


Assalamualaikum sayang Puteri Fika Farisya…

Kalau adik membaca surat ibu ini, bermakna ibu dah tinggalkan alam ini untuk selama-lamanya. Ibu dapat rasa akan keadaan ibu tak akan bertambah baik dengan penyakit yang ibu alami selama ini. Ibu reda dan pasrah. Ibu mohon jutaan kemaafan daripada adik kerana ibu tidak dapat melihat kejayaan adik di menara gading ibu mohon maaf tidak dapat melihat keluarga kita bersatu kembali tapi ibu yakin adik tabah dan sabar, paklong Ilman kamu akan menjemput kamu tidak lama lagi, ambil kesempatan itu untuk menyatukan keluarga kita yang dah terpisah jauh selama ini dekatkan kembali ikatan keluarga kita sayang….Maafkan ibu sayang tidak dapat menemani adik seperti yang selalu ibu janjikan.

Adik…

Ibu nak adik tahu setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati dan ibu salah satu dari mereka. Adik selalu kata ayah dan Tok wan jahat sebab buang kita dan buat hidup kita merana selama ini. Sebenarnya ayah hanya khilaf sayang ayah tidak tegar sebenarnya cuma cara ayah salah buat kita macam ini,tapi adik kena yakin yang ayah sayang ibu dan adik.Tok Wan tidak pernah membenci ibu, adik dan kakak ibu minta adik tidak membenci Tok Wan ,kasih seorang ibu yang begitu dalam untuk ayah kamu telah membuat dia khilaf dan tersalah jalan. Setiap manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan khilaf selagi dia bergelar manusia.Ibu mohon agar adik boleh buat keluarga kita bersatu kembali walaupun ibu tidak lagi berada di samping adik. 

Adik..

Ibu nak adik tahu yang adik bakal berkahwin dengan Megat Ammar Syah anak maklong Ainnur dan paklong Ilman, maafkan ibu sayang kerana membuat percaturan hidup adik tanpa bertanya dulu. Ibu yakin suatu saat nanti adik pasti faham kenapa maklong dan ibu buat begini. Ibu harap adik dapat tunaikan hasrat ibu dan maklong Ainnur. Jika saat itu datang jangan sekali-kali adik bertanya kenapa ibu dan maklong kamu buat amanat ini untuk kamu berdua. Ibu pasti suatu hari adik akan tahu kenapa ibu dan maklong buat begitu.

Adik…

Ibu bangga dengan adik, walaupun kita susah dan di hina tapi adik kuat hadapinya. Ibu bangga sebab di kurniakan seorang anak yang matang sebelum usianya. Ibu yakin suatu hari nanti yang Tok Wan akan sayang pada adik percayalah hari itu bakal tiba. Beritahu pada mereka yang ibu sayang mereka semua. Gantikan peluk cium ibu buat mereka. Biar di mana pun ibu selepas ini,adik dan kakak tetap di hati ibu buat selama-lamanya

Adik,

Ingat pesan ibu ini…
Sekalipun Allah membiarkan kita keseorangan dijalan yang penuh duri dan berliku,
Jangan bersedih teruslah tersenyum…mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang akan memberi kita kebahagian kelak.Yakin dirimu sayang…
Kasihmu akan terbalas jua.Kebahagian pasti akan menjadi milikmu kelak.Insyallah.

Adik,

Jaga diri adik baik-baik.Ibu yakin anak ibu tegar semangat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.Ibu amat menyayangi adik….



                                                                                   Salam sayang dari ibumu
                                                                                         Rahmah Khalissa




                               

Di saat ini, Fika Farisya sudah tidak dapat mengawal perasaannya. Airmata yang cuba di tahan akhirnya mengalir jua membasahi pipinya. Surat di tangan dipeluk seerat mungkin.

“Adik janji ibu...adik akan satukan keluarga kita semula…Adik akan tunaikan permintaan ibu walaupun nanti ada halangan yang adik terpaksa hadapi nanti. Adik tidak akan sekali mengalah bu….adik lakukan ini semua untuk ibu…adik rela lakukan apa sahaja untuk buat ibu tersenyum dari jauh…adik sayang ibu..adik rindu ibu...”

Deringan telefon bimbit yang di hadiah oleh Paklong Ilman tempohari di biarkan berdering, dia tiada hati hendak menjawab panggilan di saat ini. Deringan telefon bimbit mati jua, tapi kembali berdering kembali dengan malas Fika Farisya menekan punat hijau dan menjawab. Di tarik nafasnya dan di sapu airmatanya yang berbaki. Dia harus kuat.

“Woii…aku call kau banyak kali kenapa kau tak angkat? Aku dah duk risau dari tadi? Bebel pemanggil.Fika Farisya tersenyum sendiri.

“Assalamualaikum….kau ini ya pun kau nak sergah aku cuba bagi salam sikit, ini tak main sergah je nasib aku tak ada penyakit jantung kalau tak mahu lalu aku tadi.”


Err…aku lupa nak bagi salam pulak.Waalaikumusalam sahabatku.” Zafril Zafuan membalas kembali.



 “Ada apa kau call aku ini?Kau rindu aku erkk…?” Tebak Fika Farisya.
 
“Mana ada aku rindu kau,tolong sikit dari aku rindu kau baik aku rindu bekas awek aku. Aku sekarang dah sampai KL ini, tapi aku tak tahu nak tidur kat mana kat sini. Aku bukan ada sedara pun kat sini. Kau tolonglah aku Fika..”

What! Kau ada kat KL sekarang? Kau ikut aku ke Zaf?” Fika Farisya menyoal Zafril Zafuan.

“A’ahh...aku ikut kau sebab ibu aku yang suruh. Ibu aku risau kalau kau di apa-apakan oleh Mak Engku nanti.”

Hmmm….kau tunggu aku kat sana nanti aku minta tolong paklong Ilman jemput kau kat sana.”

“Ingat kau jemput aku tau..” Zafril Zafuan mengiingatkan kembali sahabatnya.

“Ya….ya…okay aku jemput kau kat sana nanti.Kau ini tak habis-habis dengan perangai mak nenek kau tu..” sakat Fika Farisya.Baru sahaja Fika Farisya hendak bangun mencari Paklong Ilman,pintu biliknya terkuak dari luar.

“Boleh Uncle masuk?” Megat Ilman menyoal Fika Farisya.

“Masuklah Paklong…” Berkerut dahi Megat Ilman mendengar Fika Farisya membahasakan dirinya ‘Paklong’ bukan ‘Uncle’. ‘Budak ini memang berbeza dengan Rissa, kakak kembar dia.’ Desis hati Megat Ilman.

“Esok, Fika tahukan yang Uncle Fuad akan datang ke rumah kita membaca wasiat yang telah di buat oleh arwah isteri Uncle...”Megat Ilman memulakan kata.Di lihat Fika Farisya mengangguk faham apa yang hendak dia sampaikan.

“Paklong boleh tak Fika panggil Paklong gantikan ‘Uncle’?”

“Boleh…sayang.”

“Paklong jangan risau Fika dah siap dari semua segi, Fika reda dan pasrah mungkin apa yang Maklong Ainnur dan ibu buat adalah untuk kebahagian kita bersama. Fika yakin itu.” Fika Farisya cuba menyakinkan Megat Ilman walaupun dia sendiri masih tidak boleh menerima apa yang sudah di rancang buat dirinya dan Megat Ammar.

Megat Ilman terasa lapang bila anak buahnya sudah berkata begitu.Hati tuanya yakin yang suatu hari nanti kasih si kembar ini akan terbalas kebahagian pasti menjadi milik mereka kelak. Di tepuk perlahan bahu Fika Farisya.

“Fika berehatlah dulu. Nanti Mak Leha sediakan makan malam untuk Fika.”

“Okay…paklong.” Fika Farisya melihat paklong berdiri dan berlalu ke pintu.

“Paklonggg…tunggu!!”


“Boleh tak Fika minta tolong paklong?”



 Dahi Megat Ilman berkerut. “Fika nak minta tolong apa dengan paklong?”
 
“Hmm…Fika nak minta tolong paklong hantarkan Fika kat stesen bas. Sebab Zafril anak Hajah Tijah ada kat sana?Boleh ke paklong?”

“Boleh..nanti paklong minta Pak Abu jemput kawan Fika.”

“Terima kasih paklong.” Dilihat Megat Ilman mengangguk dan membalas senyuman dia dan menuntup pintu kembali.

 ********
Fika Farisya dan Zafril Zafuan sedang makan di dapur bersama Mak Leha terhenti suapan masing-masing apabila ada orang memberi salam di luar banglo mewah itu. Mak Leha memandang Fika Farisya menyatakan yang Megat Ilman sudah berada di pintu dapur.

“Fika… Mari nak kita ke ruang tamu. Uncle Fuad dah sampai.” Megat Ilman memberitahu Fika Farisya. Fika Farisya mengangguk dan mula bangun dari kerusi yang di duduki. Fika yang mengikut dari belakang terus menyalami Fuad dengan sopan. Fika duduk menanti Mak Engku dan Megat Ammar. Fika yang mula bosan menunggu mencapai akhbar yang berada di atas meja. Di baca akhbar itu, sedang leka Fika Farisya membaca akhbar kelibat Engku Habibah dan Megat Ammar yang menuruni tangga menganggu bacaannya. Mata Fika Farisya jatuh melorot ke wajah Megat Ammar yang sedang memimpin ‘Tok Wan’.

Mata Engku Habibah tajam menjeling Fika Farisya yang duduk di sebelah anaknya, Megat Ilman. Megat Ammar yang sudah duduk di sebelah Tok Wannya turut menjeling tajam. Matanya di pegang terasa sakit lagi matanya di tumbuk gadis yang berada di sebelah papanya kini.

“Hmm…nampaknya Megat Ihsan dan Arissa belum sampai lagi. Tak mengapa kita tunggu mereka sekejap.” Fuad selaku peguam keluarga Engku Habibah bersuara memecahkan kesepian di ruang tamu.

Di kala ini berdebar-debar rasa hati Fika Farisya bila Fuad menyebut nama ayah dan kakak kembarnya. Bagaimana reaksi ayahnya bila tahu yang dia ada disini? Ayah masih sayang pada dia lagi ke?

“Assalamualaikum…maaf kami lambat.” Tersentak Fika Farisya mendengar suara yang di rinduinya selama 12 tahun ini, terus dia menoleh ke arah pintu melihat ayah dan kakaknya seiring berjalan masuk. Ditatap wajah tua itu masih segak bergaya lagi, kakaknya seperti seorang model dan bintang begitu ‘vouge’.

“Waalaikumusalam…masuk Ihsan, Rissa.”pelawa Megat Ilman, di kerling sekejap Fika Farisya yang berada di tepinya.Dia tahu bertapa rindunya anak gadis yang duduk di sebelah ini.

Fhyka Arissa yang ternampak kelibat adiknya yang duduk di sebelah uncle Ilman terus meluru memeluk adiknya. Dicium pipi adik kembarnya. Airmata mengalir di pipi Fhyka Arissa bila tercapai jugak hajat dia mahu memeluk adiknya, Fika Farisya. Lama mereka berpelukan. Fika Farisya menolak sedikit tubuh kakaknya, dia tersenyum dan tangannya menyapu airmata yang mengalir di pipi Fhyka Arissa.

“Ayah… adik dah balik yah…” Fhkya Arissa memberitahu ayahnya.

Megat Ihsan yang terkejut lagi dengan kehadiran anak kembarnya yang satu lagi terus melabuhkan duduk di sofa tanpa membalas. Diam, matanya terus terarah ke Fuad.

Emmm…memandangkan semua dah ada disini, eloklah saya mulakan ye.”Fuad berdeham beberapa kali. “Semua pasti tahu kenapa semua di kumpulkan disini, lebih baik kita  mulakan dengan pembacaan wasiat beliau. Sebelum arwah, Aina Ainnur mama MegatAmmar menghembuskan nafas yang terakhir, Ainnur ada membuat satu wasiat yang akan saya bacakan sebentar lagi. Saya harap semua mendengar apa yang saya sampaikan nanti. Ainuur sempat berpesan sesuatu pada saya dan Megat Ilman.” Megat Ammar diam dan memasang telinga. Sekali-sekala dia terpandang juga ke arah Fika yang masih duduk di hadapannya sambil dipeluk oleh Arissa. Kelihatan gadis itu kusyuk mendengar setiap butir bicara dari Uncle Fuad. Dia sendiri masih tertanya-tanya apa wasiat yang mamanya amanatkan pada peguam keluarga.

“Ammar… mama Ammar ada amanatkan sesuatu yang penting untuk kamu,”ujar Fuad tenang.

“Apa yang dia amanatkan tu mungkin akan mengubah hidup Ammar kelak.”

Megat Ammar mengerutkan dahinya. Dia sedikit berdebar dengan nada serius dari peguam keluarganya.Apa maksud uncle Fuad bakal mengubah hidup. Adakah dia di suruh menjaga kedua-dua kembar yang berada di hadapannya ini?

“Apa maksud Uncle Fuad? Ammar tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya.

Fuad mengeluh perlahan sebelum matanya memandang semua tetamu yang berada di ruang tamu banglo mewah. Sungguh berat lidahnya untuk menyampaikan permintaan arwah Aina Ainur. Dia pasti Engku Habibah dan Megat Ammar akan membantah tentang amanat yang akan dikeluarkan sebentar lagi.

“Perkara ini ada melibatkan salah satu anak uncle Ihsan kamu,Amm.”

Fika Farisya yang dari tadi menunduk tidak menunjukan riak terkejut kerana dia sudah tahu melalui surat ibunya. Megat Ammar terpempan, terkejut dengan apa yang singgah di telinganya dan mereka yang berada di situ.

Err..apa maksud kau Fuad?Kenapa dia harus melibatkan anak-anak kembar aku?” Megat Ihsan bersuara setelah dari masuk tadi tidak bersuara.

“Macam ini Ihsan, Ilman, Engku, Fika, Arissa dan Ammar.Fuad memandang tetamu yang berkumpul di ruangan itu silih berganti.Ainnur mewasiatkan Ammar untuk menjaga Fika Farisya sampai bila-bila, ini juga telah di persetujui oleh ibu Fika Farisya iaitu Rahmah Khalissa.”

Megat Ammar terlopong.  Spontan Megat Ammar  bingkas bangun. Hampir putus nyawanya mendengar amanat yang mamanya minta. Apa mamanya gila suruh Fika Farisya menjadi isterinya. Duduk sehari pun di dalam rumah ini habis lebam-lebam dia di buat inikan pula seumur hidup dia mahu menjaga atau lebih tepat mengangkat Fika Farisya sebagai isterinya. Dia tidak mahu! Walaupun apa berlaku dia tidak akan mengikut amanat yang telah dibuat oleh arwah mamanya. Never!


BERSAMBUNG..... :D


4 comments:

  1. Dia dah janji. Jika dia tak tepati syer milik Fika.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nurul Qasyira...
    Terima Kasih... janji mesti di tepati kalo tak melepaslah ....hihi
    Semoga Ceria Bak Pelangi
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete
  3. Assalam..nk tnyelh,novel nie dh ade kt pasaran ke???

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Anonymous...
    Novel belum ke versi cetak lagi.. hihi Semoga Ceria Bak Pelangi ;)
    -FikaNajwa-

    ReplyDelete