FOLLOWERS

Monday, May 26, 2014

KASIH SI KEMBAR BAB 34






Tofan menguntum senyuman kecil ketika melihat penampilan diri sendiri di cermin. Dengan pakaian kasual yang berwarna hitam yang tersarung di tubuh tegapnya tampak dia cukup sempurna dan nampak tampan. Rambut di sikat ke belakang bagi merapikan lagi penampilannya.

Mungkin kalau umi dan Zahir tahu aku tengok cermin macam ini mahu aku kena perli ‘kaw.. kaw’ dengan mereka, omel hati Tofan yang sedang membelek penampilannya sebelum keluar bertemu Fika Farisya, kenalah bergaya sikit dari biasa.

Sms yang diterima dari Fika Farisya yang menyatakan gadis itu sedang menantinya memberi sedikit kecerian yang luar biasa buat dirinya. Tidak di sangka akhirnya Fika Farisya sudi keluar dengannya lagi, sudah pelbagai-bagai cara dia guna untuk mengajak Fika Farisya ‘date’ tapi selalu sahaja di tolak mentah-mentah oleh Fika Farisya. Dia agak kecewa bila dia meluahkan rasa hatinya dulu,  Fika Farisya mengaku bahawa dia sudah bernikah dah sudah berstatus isteri orang. Dia tahu Fika Farisya tidak bahagia, dia ingin membahagiakan gadis itu, dia rela menunggu saat tu walaupun dia tahu mustahil. Biarlah kini dia menjadi sahabat rapat gadis itu segala susah dan senang dia rela menjadi pendengar yang setia keluh kesah gadis tersebut.

“Amboii… wanginya kau! Kau nak keluar erkk…?” seloroh Zahir yang melihat penampilan Tofan malam ni. “Kau dapat target baru ke bro?”  

Tersentak Tofan dari lamunannya sebentar tadi. “Kau ni, kalau tak berprasangka buruk kat aku tak boleh kan.. Dah aku tak ada masa nak buat pembelaan dekat sini. Aku blah dulu!”

“Err.. tunggu lah dulu, aku belum habis temu-ramah lagi ini…” jerit Zahir yang melihat Tofan sudah membuka pintu dan melangkah keluar. Tofan tidak menghiraukan jeritan sahabatnya, malas dia hendak melayannya.



Fika Farisya tersenyum bila kerusi untuknya di tarik oleh Tofan. ‘Romantik gila raja ulat ini, itu nak goreng aku lah tu dengan lagak gentleman dia! Tak akan lut!’ Omel hatinya. Matanya meliar ke segenap ruang restoren yang agak sibuk. Ada seorang pelayan lelaki yang menyapa mereka berdua dengan hormat. Fika Farisya tersenyum dan menundukkan sedikit kepalanya.

Belum sempat pelayan lelaki itu menanya menu apa yang mereka order, Tofan terlebih dahulu bertanya padanya. “What do you want to eat? Anything you want?” ucap Tofan romantik sambil menghulurkan buku menu kepada Fika Farisya.

Fika Farisya sedar pandangan mata Tofan asyik merenungnya sejak dari tadi, dia berpura-pura melihat buku menu. Dia tidak tahu mahu makan apa sekarang ini semua akibat renungan mata Raja Ulat yang semacam tu!

“Dear, you nak order apa atau you nak I tolong order untuk you?” 

“Eerr… kau order je lah apa-apa, janji aku boleh makan cepat dan balik cepat!”

Setelah membuat pesanan makanan, suasana di antara Tofan dan Fika Farisya sepi tiada bicara yang keluar dari mulut mereka. Tofan tidak habis merenung ke arah Fika Farisya, dan Fika Farisya pula asyik memandang ke arah lain. 

“Fika… you okey ke?”

Terkebil-kebil Fika dengan soalan Tofan. Wajah Tofan nampak sedikit resah direnung tepat. “Aku okay? Kenapa kau tanya macam tu? Ada yang tak kena ke ngan aku?”

Tofan tergelak kecil bagi menutup rasa gugup berdua dengan Fika Farisya. Entah kenapa malam ini dia gelabah sangat. Mungkin ini pelawaan yang pertama makan malam bersama Fika Farisya, gadis yang mula mendapat tempat di hatinya sejak kebelakangan ini. Kadang kala Fika Farisya sentiasa bertadang di fikirannya tidak kira masa.

“Asal kau gelak? Aku ada buat lawak ke?” Fika Farisya menyoal Tofan. Setahu aku, mana ada aku buat lawak tadi. Sah! Sakit Raja Ulat dah mari….

No…no, I tak maksud apa-apa pun. I nak tanya you rasa terpaksa ke keluar dengan I malam ini? Tak penat? Fika you nampak menawan malam ini…” Tofan tersenyum.

“Hai…, baru nak tanya ke? Aku penat ke tak? Tadi masa serang rumah macam orang tak  ‘BER’ perasaan je!” perli Fika Farisya.

Tofan tersengih. Kenapa lah aku pergi tanya soalan tu? Kan aku juga yang kena, minah ini ada aje point nak menjawab! Bisik hati Tofan.

“Macam mana ada perkembangan tentang kes tu hari?”

“Maaf, encik Tofan sekarang dah malam bukan sesuai tuk kita bahas tentang perkara yang berkaitan kerja sekarang. Tapi untuk pengetahuan encik Tofan semuanya masih terkawal.” Terang Fika Farisya.

Terkenang sikap Engku Habibah dan Tuan Megat yang menyesakkan dadanya. Pertemuan dengan mereka tidak banyak yang berubah semuanya sama seperti dulu, diingin dan penuh kebencian bila bertembung. Akhirnya keluhan berat terlepas di bibir Fika Farisya.

“Maaf.. tapi I tak sabar nak tahu semua tentang kes sabotaj tu, tapi  selain tu I teruja berkerja dengan Syarikat MIFA Holding yang dipimpin oleh Engku Habibah dah lama Syarikat I nak berkerjasama dengan Syarikat you tapi yang lebih buat I teruja lagi bila you ada, Fika.” Luah Tofan.

Fika Farisya tersenyum pahit. 

“ Encik Tofan aku terasa lapar pulak sekarang apa kata kita makan dulu nanti kita sambung balik erkk…” Fika Farisya mengalihkan topik perbualan setelah hidangan yang mereka pesan tiba di atas meja. Dalam hati dia meminta agar di buka pintu hati Engku Habibah untuk menerimanya seadanya. Jika diberi peluang untuk bahagia?  Tofan tersenyum dan menganggukkan kepala.

Fika Farisya menolak pinggan yang sudah kosong ke tengah meja. “Alhamdulilah..” 

“Fika, you nak dessert ? pelawa Tofan.

Fika Farisya pantas menggelengkan kepala. “Aku betul-betul dah kenyang, Encik Tofan rasa tak muat kat dalam perut ini lagi.”

“Macam I tak tahu, you jaga badan, kan?”

“Tak ada maknanya aku nak jaga badan, buat seksa perut aje.” Omel Fika Farisya antara dengar dan tidak.

“Encik Tofan, boleh aku tanya sesuatu ?”

Tofan segera menumpukan perhatian ke arah Fika Farisya. Anak mata Fika Farisya di renungnya. Terasa berdetak hatinya saat matanya dan mata Fika Farisya saling merenung antara satu sama lain. Dia segera mengambil napkin dan di lap bibirnya untuk menuntup perasaan kalut yang kian terasa. “Boleh, apa yang you nak tanya dekat I ?”

“Kenapa Encik Tofan tak pernah rasa putus asa, kan aku dah cakap yang aku ini isteri orang.”

I tahu, tapi salah ke I ajak sahabat I dinner dengan I. I percaya mesti suami you bagi ‘green light’ kat you, kalau tak you tak kan ada kat sini sekarang. I percaya suatu hari nanti hati you untuk I, Fika.”

“Aku tak cakap salah pun, tapi aku tak selesa berdua macam ini, nanti apa kata keluarga aku dan keluarga encik Tofan nanti. Aku rasa…”

“Dengar sini Fika, I tak tahu kenapa I rasa macam ini. Tapi apa yang I tahu I selesa dengan you dan bila berada dekat dengan you buat hati I berdebar-debar, perkara macam ini tak pernah berlaku dengan mana-mana perempuan yang pernah keluar dengan I. You lain Fika, I admit yang hati I kecewa bila you kata you dah kahwin tapi I tak nampak sinar kebahagian kat mata you, apa yang I nampak hanya kesedihan yang you selalu tutup dengan kecerian you supaya orang sekeliling tak berasa sedih kerana you. Jadi tolong izinkan I jadi teman rapat you seperti mana you rapat dengan bakal abang ipar you, I nak jadi macam dia Fika sentiasa ada di sisi you mendengar keluh kesah you, sekali I cuci mata.” Seloroh Tofan mengembalikan suasana ceria kembali.

Terdiam Fika Farisya. Hatinya terasa sebu bila mendengar kata-kata Tofan untuk dirinya. Kenapa, bukan dia yang aku cinta dan sayang? Akhirnya tercetus ketawa kecil di bibir Fika Farisya saat mendengar ayat terakhir dari Tofan.

“Apa maksud encik Tofan? Cuci mata?”

“Sambil makan dengan you, sambil I cuci mata melihat bidadari yang cantik, sudi makan malam dengan I malam ini.”

Merah pipi Fika Farisya mendengar pujian dari Tofan. Fika Farisya berdeham beberapa kali dan masih menampakkan riak selamba. “Mulut Encik Tofan memang macam gula kan..kan suka cakap macam tu bila jumpa dengan perempuan kalau hari-hari aku dengar mau lama-lama aku kena penyakit ‘gula’.”

“Really?”

“Kenapa tak percaya ke? Tengok malam ini, bukan main ayat manis-manis yang Encik Tofan bagi kat aku,” luah Fika Farisya selamba.

Tofan tergelak. Sikap spontan dan selamba Fika Farisya benar-benar buat dia selesa. Fika Farisya selalu bersikap spontan, ceria dan tidak pernah berpura-pura walaupun kesedihannya sering di sembunyikan. I love you, Fika. I betul-betul dah jatuh cinta dengan you. I sanggup tunggu suami you lepas kan you.”

Terkesima Fika Farisya denga pengakuan Tofan. Renungan Tofan melekat kukuh pada pandangannya, membuatkan dia serba tidak kena ketika ini.

“Enn..cik Tofan tak nak balik lagi ke? Aku rasa dah lewat ini, esok nak pergi kerja..” Resah Fika Farisya, matanya asyik memandang jam tangan di pergelangan tangannya.

You tak suka I kata macam itu?” Duga Tofan. Tofan merapatkan tubuhnya ke meja mencari kedudukan yang lebih selesa untuk terus menatap wajah Fika Farisya yang kalut ketika ini.

“Aku tak suka dengan apa yang encik Tofan luahkan tadi, jujur kalau macam ini baik aku elak diri aku.” Fika Farisya bangun dari kerusi untuk beredar dari situ, kalau berlama lagi dia di situ lagi melalut si ‘raja ulat’ ini.

Melihat Fika Farisya yang ingin berlalu pergi segera dicapai dan digenggam erat Fika Farisya.

Merah muka Fika Farisya ketika ini. Rasa seperti hendak menampar orang ketika ini. Di tepis tangan Tofan yang menggengam jari jemarinya.

“Sorry…” luah Tofan yang sedar akan keterlanjurannnya, bukan niatnya membuat Fika Farisya marah.

“Aku nak balik… Terima kasih sudi belanja aku makan.”

“Fika nanti dulu, I tahu I salah. I minta maaf. I tahu semua ini buat you terkejut. I tak boleh tahan diri I lagi Fika, I memang betul-betul sayang dan cinta you, I tak pernah rasa seperti ini, Fika. I tak perlu jawapan you sekarang. I akan tunggu, walaupun I tahu jawapan dari you buat I kecewa nanti. Andai peluang itu ada, I yakin yang I boleh buat you bahagia di samping I, I akan jaga you.”

Kelat senyuman di bibir Fika Farisya. Dia tahu perasaan Tofan padanya. Dia berdoa suatu hari nanti Tofan akan menemui cinta dengan gadis lain bukan dia.

“Aku nak balik Tofan…”

I hantar you balik, Fika. Maaf jika I buat you serba salah dengan apa yang I luahkan malam ini. I nak you tahu I akan tunggu saat itu...” bisik Tofan lagi dan berlalu.

Kelu lidah Fika Farisya untuk membalas kata-kata Tofan. Fika Farisya melangkah dengan berat mengikut langkah Tofan dari belakang.




“Terima Kasih…” ucap Fika Farisya apabila kereta Tofan berhenti di hadapan block apartment. Tangan Fika Farisya terkial-kial membuka tali pinggang keledar yang merintangi tubuhnya. Tofan yang melihat segera menghulurkan bantuan, terpaku Fika Farisya sekali gus membuat dadanya berdebar-debar. Kedudukan Tofan yang menunduk agak hampir dengan tubuhnya membuahkan rasa kurang selesa, spontan tangan Fika Farisya menolak kepala Tofan ketepi jauh darinya.

“Bukk!”

“Aduh!” Tofan menekup dahinya. Terkebil-kebil dia memandang Fika Farisya yang baru sahaja menolak dia. “Fika… sakitlah! I cuma nak tolong you, sampai hati you tolak I..”

“ Jangan cakap aku tak bagi amaran kat encik Tofan? Encik Tofan tahukan aku tak suka orang lelaki dekat-dekat dengan aku!” balas Fika Farisya dengan sengihan.

Padam muka! Siapa suruh kau romantik sangat dengan aku kan dah kena tolak…  gerutu hati Fika Farisya.

“Maaf, encik Tofan… aku tak sengaja tu semua tindakan reflex je. Nanti balik encik Tofan sapu ubat kat benjol tu” tanpa membuang masa Fika Farisya segera keluar dari kereta milik Tofan.

Melihat Fika Farisya yang pantas segera memanggil gadis itu.

“Fika….” 

Fika Farisya langsung tidak memandang ke arahnya, gadis itu laju menuju ke arah lif. Tofan yang ingin keluar mematikan niatnya untuk mengejar Fika Farisya, bimbang gadis itu akan marah padanya. Tangannya segera menyentuh dahi di sebelah kanan yang terasa sedikit perit. Dia mengeleng kepala perlahan, dibibirnya mengukir senyuman kecil.

Cinta yang kini aku rasa buat aku semakin jadi gila sekarang semua di sebabkan seorang gadis yang bernama ‘Fika Farisya’.



BERSAMBUNG... ( maaf ini mungkin N3 yang terakhir KSK... doakan ceq siapkan mss KSK semoga ceria bak pelangi ) 






Saturday, May 3, 2014

Bab 2 Ku Tahu Ada Kamu



Untuk awak!  awak!  awak!..... Lama juga laa sepikan diri dengan kebusyan study... To my sahabat.. FIKA tq so much dear always support me...

3 tahun berlalu...

"Mummy tak kira,suka atau pun tidak mummy tetap dengan pendirian mummy" tegas Puan Hazrati.

"Please mummy,Nifail bukan budak kecil yang mummy boleh atur hidup Nifail, kenapa Nifail kena kahwin dengan dia, kenapa mummy masih nak ungkit perkara yang lepas" jawab Nifail Hayqal.

 "Serabut kepala aku hari ini,pagi-pagi lagi Daddy dah arah masuk kerja di pejabat, ini mummy pula" omel Nifail Hayqal.

"Salahkah mummy dan daddy nak tengok Nifail bahagia, sampai bila Nifail nak salahkan diri sendiri" lelah Puan Hazrati menasihatkan anak kesayangannya".

Seorang bawa diri sampai tak nak pulang ke Malaysia, puas dirinya dan suami memujuk dan seorang lagi anaknya ini gara-gara kemalangan 3 tahun yang dulu sehingga kini memencilkan diri kerana perasaan bersalah, kata hati Puan Hazrati.

 "Entahlah..."

 "Rasa bersalah Nifail akan Nifail bawa ke mati mummy, Nifail punca adik Nadrah meninggal mummy, Nifail trauma, nak pandang muka Nadrah pun Nifail tak mampu, inikan pula menjadi suami Nadrah, layakkah Nifail untuk perempuan sesempurna Nadrah" kata Nifail.

Maafkan aku Nadrah, kalau lah masa kejadian itu aku tak leka dengan telefon aku pasti Nazurah masih ada, Hanya Allah swt sahaja yang tahu bertapa terseksa dirinya menanggung rasa bersalah sehingga kini.

"Mummy bagi Nifail sedikit masa, biar Nifail jumpa sendiri dengan Nadrah tentang hal ini" kata Nifail

"Terus terang mummy berkenan sangat Nadrah, sopan santun,hormat orang tua dan pandai membawa diri, mummy harap sangat Nifail boleh pertimbangkan permintaan mummy dan daddy" Puan Hazrati mengharap.


Nad!




Nadrah!



"Yang kau laju sangat ini kenapa cuba berhenti sekejap, aku dah semput tahu tak"

"Hmmm.... Mel..mel..Itu Mel nama penuh Teh Amalina, kadang- kadang terfikir juga manalah dapat nama Mel tu, selain itu dia ini merangkap classmate aku, roomate dan sahabat aku dunia dan akhirat, mana nak cari kawan satu kepala?"

"Kau inikan Mel, dari tadi berhenti sahaja kerja dia, stamina kena kuat beb dan jangan putus asa kalau kau nak kurus" kata Nadrah

Baru sahaja...
Tinggalkan aku
Lupakan aku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna ku tahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu

Berdering samsung galaxy note 3 Nadrah, tertera private number.

"Assalamualaikum Nadrah"

"Awak? Waalaikumusalam"

*macam sikit kan..... Nanti kita bagi lagi n3, maaf jika ada kekurangan



































Thursday, January 9, 2014

KARA PELANGI 5





Di tempat kerja Kara tidak banyak bercakap. Dia tekun tanpa menghiraukan kawan-kawan sekeliling.

“Angi, kenapa dengan kawan baik kau tu?” tegur Gopal. Pelangi hanya menjungkitkan bahunya.

“Kalau awak nak tahu, awak pergi lah tanya sendiri kat Kara, jangan tanya saya, saya tak tahu apa-apa,” jawab Pelangi.

“Nak bercakap dengan Kara? Dari pagi tadi aku tengok muka dia bad mood aje langsung tak ada senyum tuk sehari ini, yang aku pelik bila kita tanya dia hanya angguk atau geleng kepala sahaja!” rungut Gopal.

“ Apa kata kau pergi tanya sendiri dekat Kara,” cadang Intan yang tiba-tiba menyampuk.

“Kalau aku berani tak adalah aku tanya dekat si Pelangi, tak pasal-pasal mengamuk pulak dia kat sini nanti!” kata Gopal.

Hati Kara sakit kerana seorang lelaki yang selama ini dia sayang dan cinta rupa-rupanya hanya berpura-pura menyanyanginya. Kara tahu dia pasti akan menjadi  tumpuan staf-staf di tempat kerja. Mana tidaknya sejak datang pagi tadi sampai sekarang dia hanya menyendiri di tempatnya tidak seperti selalu dia sentiasa tersenyum dan banyak cerita yang akan di sampaikan pada kawan-kawannya.

Fikirannnya masih segar mengingati peristiwa semalam. Tiba-tiba wajah Puan Karina muncul difikirannya. Alangkah indahnya kalau kedukaan dan rasa sakit hatinya ini dapat di kongsi bersama mamanya. 

“Angi beritahu Encik Dylan aku keluar sekejap,” ujar Kara tiba-tiba.

“Awak nak ke mana Kara?” soal Pelangi ingin kepastian.

“ Aku nak jumpa mama.” Jawab Kara sambil melangkah pergi.

Pelangi hanya menggeleng, manakala Gopal dan Intan yang berada di situ terlopong melihat Kara berlalu begitu sahaja ‘time office’ boleh dia blah macam itu aje! Suara  Gopal dan Intan serentak menutur ayat yang sama.

Kara menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan RD Shd,Bhd, dia malas mahu memandu. Ingin rasanya dia cepat sampai ke rumah mamanya. Teksi yanmg bergerak laju di rasakan terlalu perlahan. Rimas dibuatnya, kan elok kalau aku yang memandu cepat sampai! Omel hati Kara.

“Ah, mimipi apa kau datang ke sini Kara?” tegur Puan Karina apabila melihat Kara muncul di depan rumah.

“Kalau datang sini selalu sangat, papa Rashid bukannya suka Kara. Nanti mengamuk pulak dia,” sampuk Zarina kakak tirinya.

Kara tertunduk sayu.

“ Salah ke kalau aku datang ke sini! Puan Karina mama aku jugak atau mama tak suka Kara datang sini?” soal Kara tiba-tiba.

Kara berasa marah mendengar kata-kata dari mulut kakak tirinya. Puan Karina menjeling tajam mendengar suara Kara yang lantang itu, Encik Rashid kebetulan berada di halaman rumah bersuara.

“ Tak salah kalau Kara nak datang ke sini, asal ada adap sopan yang saya tahu tanggungjawab saya hanya pada anak-anak saya dan isteri saya, urusan Kara bukan urusan saya,” ujar Encik Rashid.

Kara memandang wajah mamanya yang merah padam akibat di perli oleh papa tirinya. Aku tak mahu sesuatu yang tak ingin berlaku terhadap mama, bisik hati Kara.

“Hmm.. aku hampir lupa pulak ini bukan rumah aku, maaf Encik Rashid aku tahu tanggungjawab Encik Rashid hanya bersama isteri dan anak Encik Rashid walaupun Puan Karina adalah mama kandung aku. Aku ingat Encik Rashid boleh terima aku sebagai keluarga ini tapi aku silap menganggap Encik Rashid sebagai papa sendiri,” ucap Kara.

Meja yang terhalang di depannya ditolak kasar. Terkejut Puan Karina dengan tindakan Kara dan dia terus melangkah keluar meninggalkan rumah itu.

Sepanjang perjalanan pulang ke RD Sdh . Bhd, Kara menangis mengenangkan untung nasibnya. Sejak kecik lagi dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua orang tuanya.

Sampai sahaja di RD Sdn.Bhd, Kara turun dan nampak kelibat Rashdan yang sedang menantinya di hadapan pintu masuk. Kara segera berlari mendapatkan Rashdan. Rashdan dipeluknya erat tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang di situ. Dia menangis sepuas-puas hatinya dipangkuan Rashdan. Rashdan segera melepaskan pelukan Kara. Lelaki seusia papanya memimpin tangan Kara masuk ke dalam kereta.

Segala kedukaan diluahkan kepada Rashdan. Rashdan memandang sayu anak mata Kara. Kasihan gadis ini. Kalau kedua orang tua Kara mengambil berat akan dirinya tentu cara hidup Kara bukan seperti ini.

Selepas bual panjang, Rashdan menyuruh Kara mengambil cuti setengah hari, dia sendiri akan bercakap dengan Dylan tentang tu nanti.

“Pak Im tolong hantar Kara ke rumahnya,” Rashdan menyuruh pemandunya menghantar Kara pulang ke rumah dia ingin sekali menghantar Kara, tapi dia tidak dapat menemani Kara kerana dia ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan.

Tanpa sedar Rashdan dan Kara ada sepasang mata, tajam merenung ke arah mereka, gatal punya perempuan kalau tak goda laki orang memang tak sah! Orang tua ini satu ada hati nak mengorat anak dara baya anak sendiri! Gerutu hati pemuda itu, penumbuk dikepalnya.


Kara mati akal dan dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya. Sebaik sahaja sampai di rumah, dia merebahkan badannya di atas kerusi malas. Badannya berasa begitu letih, kepalanya pula terasa pening, seperti migrainnya datang menyerang. 

Kara bangun dan mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja lalu di ambilnya tiga biji pil dan ditelan. Dalam beberapa minit sahaja kepala Kara terasa ringan , dia seperti bermimpi berada di tempat yang cukup tenang yang hanya dia seorang sahaja berada di situ, terasa hanya dirinya sahaja yang berada di alam itu.

“ Kara!” panggil Pelangi sambil mengoyang-goyang kan badan Kara.

Kara yang terasa badannya seperti digocang-goncang membuka mata perlahan-lahan. Berpinar-pinar rasanya. Wajah Pelangi yang bercekak pinggang dipandang dengan kerutan di dahi.

“Kara awak kenapa ini? Awak tahu masa saya balik kerja tadi pintu tak berkunci, macam mana kalau perompak masuk tengok keadaan awak yang tak sedarkan diri ni!” soal Pelangi yang marah. Dia bukan apa dia risau bila melihat Kara yang mengambil remeh soal keselamatan dirinya sendiri. Pelangi duduk berhampiran Kara lalu menuang air sejuk di dalam bekas dan kemudian mengambil kain dan dilapkan ke muka Kara.

“Angi awak dah balik? soal Kara secara tiba-tiba.

Pelangi mengangguk. “Awak tahu sekarang pukul berapa?” soal Pelangi kembali.

Kara mengegeleng. Waktu dia balik dan tertidur tadi baru pukul 2.00 petang.

“Sekarang dah pukul 5.00 pagi!” beritahu Pelangi.

Kara terkejut. Begitu lama dia terlena, mujarab sungguh pil panadol yang ditelannya tadi. Biasanya tidak pernah selama ini dia terlelap. 

“Maaf saya kejutkan awak, saya ingat awak pengsan tadi. Sejak saya balik awak tak bangun-bangun tu yang saya kejutkan awak, awak marah ke?” tanya Pelangi.

Kara menggeleng. Suis lampu dibuka. Kara memandang jam dinding yang sudah menunjukan pukul 5.00 pagi. Betullah cakap Pelangi, ingatkan Pelangi tipu, bisik hati Kara.

Kepalanya tidak rasa sakit lagi. Ringan dan segar. Baik aku lupakan sahaja dia, satu yang pergi sepuluh yang datang. Ada aku kisah, aku ada rupa, baik aku guna wajah cantik aku ini tuk goda lelaki yang kat luar sana lebih baik dari dia,dan dia harus melupakan apa yang berlaku di rumah mamanya tadi sia-sia sahaja dia menagih kasih pada orang yang tidak sudi.

Mulai sekarang tak ada lagi orang yang boleh sekat kebebasan aku. Tak ada lagi orang yang mengawal kehidupan aku. Kara tersenyum. Lupakan sahaja lelaki itu semua lelaki memang sama hanya tahu menhancurkan hati perempuan sahaja, berkali-kali hatinya membisikan kata-kata itu.

“Kara, awak okay ke.Kenapa senyum sorang-sorang?” soal Pelangi mengejutkan Kara dari lamunan.

Kara bangun dan menuju ke meja solek yang terletak di biliknya, di renung cermin yang terbias wajahnya. Matanya menjadi bengkak dan merah. Gara-gara lelaki itu dan mamanya, bertapa bodohnya aku mennagis kerana hal itu, keluh Kara di dalam hati.



Keesokan harinya, seperti biasa Kara melakukan kerja-kerjanya yang tertangguh akibat dia bercuti separuh hari semalam, nasib baik ada Intan yang boleh tolong sedikit sebanyak kerja-kerjanya. Sedang Kara leka membuat kerjanya tiba-tiba dia di tegur dari belakang.

“Rupa cantik tapi sayang perangai tak elok, siapa yang malang dapatkan you, Kara! Masih ingat lagi petaruhan I dengan bos kesayangan you, dia lelaki pun tak ingin ngan you!” perli Encik Riyaaz.

Kara terhenti menaip.” Iya ke wajah aku cantik? Tak perasan pulak selama ini, terima kasih sebab sudi puji aku. Tapi Encik Riyaaz pun apa kurangnya, rupa saja segak bergaya tetapi perangai tak elok, harap tumpang harta Rashdan dan Puan Zita. Encik Riyaaz ingat ada ke perempuan yang sudi dekat?” balas Kara.

Terbeliak mata Riyaaz mendengarnya. Memang Kara seorang sahaja di office ini yang berani melawan cakapnya sedangkan staf-staf lain hanya akur pada arahannya. Tidak berani bertentang mata tetapi bagi Kara tidak.

“ Tapi I lelaki, you tu perempuan , ingat kedudukan kita tak sama, tengok mulut I B.E.Z.A Riyaaz mengeja satu persatu perkataan,” sambung Riyaaz lagi.

“Oh.. Encik Riyaaz tengok mulut aku pulak S.A.M.A tak kira perempuan atau lelaki semuanya sama Cuma yang membezakan mereka hati budi sahaja. Kalau aku memang tak baik, Encik Riyaaz tak payah lah ikut perangai aku, faham!” terang Kara sambil berpaling dan meneruskan kerja menaipnya yang tergendala gara-gara Encik Riyaaz.

Riyaaz mendengus marah. Terdiam. Terkena jugak aku, bisik hatinya.

“Riyaaz come..” sapa Dylan di depan pintu biliknya ,terukir senyuman dibibirnya melihat pertengkaran adiknya dengan setiausahanya. Salah adiknya juga yang pergi kacau si Kara itu buat apa kan dah terdiam di buatnya. 

“Haa.. gelak lah, gelak kau suka tengok aku selalu terkena dengan “minah tu’! marah Riyaaz pada Dylan. Sejak dari tadi dilihat abangnya asyik mengelakkannya.

Sorry..sorry bro kau jugak yang salah, kau pergi kacau setiausaha comel aku tu buat apa? Kau jugak yang terkena?

“Dah lah malas aku nak tengok kau!” marah Riyaaz sambil berlalu pergi.

“Errkk… marah kat aku pulak.” usik Dylan.



Ketika waktu pulang, hujan turun dengan lebatnya. Kara dan Pelangi tidak boleh pulang. Begitu juga dengan Gopal dan Intan. Masing-masing resah menunggu hujan berhenti.

“Menyesal aku tak bawa kereta hari ini kalau tak kita dah balik.” ujar Kara pada Pelangi.

“Nak buat macam mana kita tunggu aje lah sampai hujan berhenti.”

Dalam menunggu perut Kara berkeroncong. Lapar dirasakan perutnya, ini lah padahnya sakit hati dengan Encik Riyaaz sampai makan pun aku lupa. Ini lelaki tu punya pasal tak habis-habis nak cari gaduh ngan aku! Gerutu hati Kara. Tiba-tiba Kara menarik tangan Pelangi.

“Nak ke mana, hujan ni?” ucap Pelangi.

“ Jom teman aku main hujan nak tak?” soal Kara kembali. Belum sempat Pelangi berkata apa-apa Kara sudah berdiri di tengah hujan lebat.

“Kara… nanti awak demam!” tegur Pelangi.

Kara hanya tersenyum. Sudah lama dia tidak bermain hujan, dia suka sangat bermain hujan itu memang hobinya sejak kecil lagi. Pantang tengok hujan turun lebat, dia seperti mahu menari sahaja. Kara tersenyum riang, rasa seronok bermain hujan. Hilang segala masalah. Rasa tenang.

Orang yang berada di lobi RD Shd. Bhd hanya menggeleng melihat Kara yang menari-nari keseronokan di tengah hujan yang semakin lebat. Pelangi turut tersenyum melihat Kara yang riang bermain hujan, mahu ditahan, dirasa tidak sanggup dibahasi hujan.

“Woiii! Kau ingat ini salji ke Kara?”  jerit Gopal kehairanan melihat Kara yang semakin seronok menari dalam hujan.

“Kara, dah lah tu nanti awak demam pulak. Siapa susah?” ucap Intan pula.

“Kalau korang nak tahu, aku mana pernah demam sebab main hujan. Hujan ini teman baik aku sejak kecil lagi. Serabut yang ada kat kepala aku ini rasa macam hilang!” beritahu Kara dengan suara nyaring.

Intan yang tidak sanggup melihat Kara berlarutan begitu, terpaksa di tebalkan mukanya meminjam payung staf yang melangkah keluar dari RD. Shd.Bhd. Payung yang dipinjam diserahkan pada Pelangi.

“Nah ambik ini awak sorang aje yang dapat pujuk dia balik, pergi pujuk dia,” ucap Intan.

Intan faham benar dengan perangai Kara, pantang dihalang atau ditegur. Kara melihat Pelangi membuka Payung.

“Angi, jangan! Aku masih nak bernain hujan lagi. Aku nak main sepuas-puasnya!” ucap Kara.

Pelangi tidak peduli dengan bantahan Kara tadi. Dia menarik tangan Kara ke stesen teksi yang berhampiran dengan RD. Shd.Bhd.

“Kenapa ni Angi?” soal Kara apabila Pelangi menariknya. Pakaian Kara sudah basah kuyup.

“Awak tak malu ke dengan orang ramai yang menengok awak? Cuba awak tengok baju awak habis lecun dengan air hujan entah boleh naik teksi ke tak ni?” soal Pelangi.

Kara tersengih mendengarnya.

“Peduli apa aku dengan orang!” getus Kara perlahan.

Hujan masih turun. Mereka berjalan seiringan. Kara mengusap rambutnya yang basah. Badannya terasa sejuk hingga ke tulang sum-sum.

“Baik awak berdoa Kara moga-moga ada yang nak tumpangkan awak!” ujar Pelangi.

Kara mengangguk. Sampai di rumah, Kara tidak masuk ke dalam rumah, dia terus bermain hujan lagi. Hujan yang masih turun mengingatkan Kara kepada kampung halaman. Opah Wan akan menunggu di depan rumah dengan rotan buluh, apa lagi bila ternampak sahaja kelibat opah Wan didepan pintu sekeliling rumah dikejar kerana bermain hujan. Tetapi selepas Opah Wan meninggal ketika dia berusia 14 tahun, dia sendiri terpaksa menagih kasih mama dan papa yang tidak pernah sayang padanya. Namun dia tidak pernah rasa jemu mengharap kehadiran kasih sayang tersebut.



Malam itu, Kara ke disko seorang diri setelah Pelangi tidak mahu menemaninya. Di sana dia berjumpa dengan Zainal. Dia tersenyum, lantas di ajak Zainal menari dengannya. Selepas menari Zainal mengajak Kara ke rumah Qis, tapi Kara tidak mahu melepak di sana akhirnya Zainal mengajak Kara ke taman. Kara yang mendengar tidak menolak pelawaan zainal dan terus mengangguk.

Mereka berjalan seiring sebaik sahaja sampai di taman. Zainal memeluk erat pinggang Kara. Kara membiarkan sahaja. Dia sebenarnya kecewa dengan sikap Zain, swebab itu lah apa yang dilakukan oleh Zainal tidak dimarahi.

Langkah Kara terhenti tiba-tiba, dia bagai kenal dengan orang yang berjalan di hadapannnya. Darahnya tersirap. Jantung kara bagai terhenti berdegup. Wajah serta-merta berubah pucat.

“Mama!” panggil Kara perlahan.

Puan Karina, hanya menoleh sekilas ke arahnya. Langsung mamanya, tdaak bertegur sapa seperti dia orang asing. Dilihat mamanya langsung tidak menghalang perbuatan Zainal terhadapnya. Kara yang melihat reaksi mama begitu dengan sengaja dia memeluk Zainal erat-erat dan bercakap kuat agar mamanya mendengar suara namun hampa Puan Karina semakin jauh meninggalkannya tanpa menoleh ke arah Kara. Tanpa sedar air mata mengalir perlahan-lahan di pipinya.

Hey baby, you kenal perempuan tu?” soal Zainal.

Kara mengangguk lemah. “Dia mama aku, jawab Kara.

Zainal yang melihat mood Kara berubah terus bersuara “Mari I hantar you balik,” kata Zainal sambil memimpin tangan Kara ke tempat letak kereta.

Kara hanya mengikut langkah Zainal. Dia rela ikut ke mana sahaja Zainal pergi asal tolong hilangkan perit di dalam hatinya ini. Kara menangis hiba. Terhenti langkah Zainal mendengar Kara menangis, selama dia kenal Kara tidak pernah dia melihat Kara menangis seperti malam ini. Di peluk erat Kara, kepala Kara disandarkan di dada bidangnya, biar gadis ini menangis sepuas yang dia mahu. Dia akan sentiasa menemaninya. 


BERSAMBUNG.... ;)