OLEH : FIKA NAJWA
Di dalam sebuah kelab,
kedengaran muzik yang kuat membuat manusia di
dalamnya bagaikan orang gila yang terangguk-angguk mengikut alunan.
Pengujung tidak putus-putus masuk ke kelab yang sememangnya amat terkenal di ibu
kota.
Kelihatan gadis dan
lelaki leka berpeleseran menari sambil meneguk minuman keras. Warga kota
menghilangkan tekanan pada malam minggu, hari-hari biasa, dengan menari,
menjerit dan berhibur sehingga subuh menjelang.
Mawarnis duduk di satu
sudut sambil kepalanya digoyangkan menghayati rentak yang di mainkan oleh DJ
kelab itu. Dia senang berkunjung ke kelab dan terasa bebas berada di situ.
Pasti semua masalah yang dihadapinya bagaikan berterbangan hilang entah ke
mana.
“Hai..sayang!”
Sentuhan lembut yang
dirasai dari arah belakang membuatkan dia segera menoleh.
Bibir Mawarnis mengukir
senyuman manis sebaik saja terpandang jejaka yang sering menemaninya hampir
setiap malam di kelab itu.
“Kenapa you lambat
dear?”, tanya Mawarnis sambil tangannya mencapai minuman keras. Dia meneguknya
dengan rakus.
“Sorry dear, I lambat.
Maklumlah I kena tunggu Mummy I masuk tidur dulu baru I boleh jumpa you
sayang.”, Balas Randy lalu melabuhkan punggungnya di sisi gadis yang dikenali
setahun lalu. Tangan Randy memaut mesra bahu Mawarnis. Randy mengambil kotak
rokok lalu disuakan sebatang rokok kepada Mawarnis. Tangannya masih setia
memaut tubuh Mawarnis sambil dia turut
menggoyangkan kepala mengikut retak muzik yang sedang rancak.
“Mana Sally?”, tanya
Mawarnis yang separuh menjerit di cuping telinga Randy untuk melawan bunyi
muzik yang kuat di kelab itu. Mawarnis nampak Randy menjungkitkan bahu tanda
tidak tahu.
“Apa kata sayang call
dia.”, ungkap Randy di cuping telinga Mawarnis.
“Tadi I dah call dia”,
kata Mawarnis. Dia kata on the way ke
sini. Sepatutnya dia dah sampai. Biasanya di antara kami berempat, dia yang
sampai dulu”, sambung gadis manis itu lagi.
“Sayang tak payahlah
risau pasal mereka. Apa kata kita menari, hilangkan tekanan”, bisik Randy
sambil tangannya meliar mengusap pipi Mawarnis. Randy terus menarik lembut
tangan Mawarnis ke pentas dipenuhi orang yang sedang khayal menari tanpa
memikirkan keadaan sekeliling. Mereka dengan dunia mereka.
Hampir setengah jam
Mawarnis dan Randy menari mengikut rentak yang dimainkan. Kini Mawarnis terasa
kakinya lenguh kerana terlalu banyak melompat dan menari. Dia rasa letih dan
mood dia bagai hilang untuk meneruskan lagi tariannya. Mawarnis memeluk leher
Randy dan berkata dengan manja.
“Dear, I penatlah. You
menarilah sorang-sorang ye? Nanti I join balik”, Mawarnis cuba merungkai
pelukan Randy di pinggangnya.
“Oh, come on sayang!
Kita baru nak enjoy. Malam masih muda sayang”, pujuk Randy. Tangannya masih
memeluk erat pinggang Mawarnis biarpun gadis itu meronta-ronta minta untuk
dilepaskan. Tiba-tiba perasaannya tidak sabar untuk memiliki Mawarnis menguasai
diri.
“Please dear, I penat
sangat ni ”, rayu Mawarnis minta dilepaskan.
“Okey..but you hutang I
tau”, dengan rasa terpaksa Randy melepaskan tangannya dari pinggang Mawarnis.
Dia yakin tidak lama lagi gadis itu bakal jatuh ke dalam pelukannya. Tidak lari
gunung yang di kejar.
Mawarnis melangkah ke
tempat mereka biasa duduk. Di situ dia melihat Sally yang sedang duduk ,
terangguk-angguk mengikut rentak muzik sambil bercakap di talian. Dia pasti
Sally sedang bercakap dengan Lufie.
Sampai saja di sana, dia terus melabuhkan punggung duduk di sisi kawannya.
“Wei! Apasal kau lambat
pulak hari ini?”, tanya Mawarnis sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah
kawannya itu.
“Sorry lar Mawar... Kau
macam tak faham pulak keadaan aku macam mana . Lainlah kau Mawar. Kau bebas nak
keluar ke mana-mana. Tak ada siapa yang akan soal siasat kau.”, ujar Sally.
“Daddy kau sporting.
Tak macam ibu dan ayah aku , 24 jam asyik membebel kat telinga aku ni!” , protes
Sally meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“Wei Sally! Siapa kata
tak ada orang membebel dekat aku?”, tanya Marwanis.
“Daddy aku kalau tahu
aku keluar malam, mesti dia akan membebel kat telinga aku ni” , ungkap Marwanis
pada temannya itu.
“Okay, kita tutup pasal
cerita ni! Jangan cerita tentang perkara ni lagi. Kita datang ke sini nak
enjoy, bukannya nak buat perbahasan tentang family kita.”, kata Mawarnis.
“Hilang mood aku ,
kalau asyik bercerita pasal parents kita”, protes Mawarnis pada Sally. Mawarnis
melihat Sally mengangkat tangan tanda mengikut saranannya.
“Mawar! Cuba kau tengok
apa yang Randy buat dekat awek tu?” , Sally bersuara sambil mata mereka
menghala ke arah Randy yang rancak menari dengan seorang gadis. Sally memandang
Mawarnis dan cuba mengesan riak cemburu di wajah sahabatnya tetapi hampa. Bukan
riak cemburu yang terukir di wajah Mawrnis tetapi sebuah senyuman sinis terukir
di bibir gadis itu.
“Wei Mawar, apasal kau
senyum? Kau tak marah ke tengok Randy tengah peluk mesra awek tu?” , tanya Sally.
Matanya masih memandang perlakuan Randy
yang asyik merangkul pinggang gadis itu. Tangan jejaka itu meliar di setiap
lekuk tubuh gadis itu. Randy langsung tidak menghiraukan perasaan sahabatnya
yang turut melihat perlakuan mereka.
“Kau tak cemburu ke Mawar,
tengok Randy buat kau macam tu?” , tanya Sally kehairanan. Sally pelik melihat
Mawarnis sedikit pun tidak cemburu melihat Randy yang sedang menari sambil
memeluk pinggang gadis itu.
Mawarnis tersenyum
lebar lagi. Kepalanya menoleh pada Randy bersama gadis yang sedang khayal
dengan muzik yang dimainkan. Dia sudah arif benar dengan perangai
Randy yang memang suka mengambil kesempatan ke atas gadis berdahi licin.
Semua dia nak sapu. Dia cukup faham dengan perangai Randy yang satu itu.
Baginya itu hak masing-masing. Dia tidak akan sesekali marah atau cemburu.
“Cemburu? Sorry to say
Sally. Itu bukan aku”, balas Mawarnis selamba sambil mengambil gelas yang
mengandungi minuman keras di meja yang sedang mereka duduk. Diteguknya minuman
itu dengan rakus.
“Sikit pun aku tak
cemburu”, sambung Mawarnis lagi.
“Ikut suka kau la
Mawar. Tapi kalau boyfriend aku, memang
dia menempah maut lar jawabnya! Memang dia sengaja nak merasa parang aku, kalau
perangai dia macam Randy kau tu!”, jari telunjuk Sally mengarah ke arah Randy.
“Cool beb, janganlah
marah . Jom kita minum dulu.” , Mawarnis melagakan gelasnya dengan gelas Sally.
“Beb, lepas ini kita
balik terus ke? Tak ada plan ke malam ini?”, tanya Sally.
Mawarnis menggelengkan
kepalanya. Jika dia balik pasti dia akan sunyi di rumah besar itu. Hanya dia,
Pak Mamat dan Mak Mimah saja yang ada di rumah. Dia bosan untuk pulang ke
rumah. Daddy asyik sibuk dengan perniagaannya sejak mummy meninggal dunia.
*******
Dato Khalil
menghempaskan briefcase ke sofa. Rasa marah kini membara di dalam hatinya. Dia
ingin segera bersemuka dengan anaknya.
Anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan
anaknya itu dituruti sahaja. Tidak pernah dia melarang kehendak anaknya itu.
Puas dia mencari Mawarnis di ruang tamu namun tidak kelihatan.
“Tentu dia keluar
dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu.”, Dato Khalil berkata. Geram dengan
sikap anak perempuannya yang seorang itu.
Sudah hampir setahun
anaknya menamatkan pengajian di luar Negara, namun tidak pernah terfikir untuk
membantunya di syarikat. Puas dia memujuk dan memaksa anak tunggalnya itu
bekerja di syarikat miliknya tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh Mawarnis untuk mengelak.
“Mimah, mana Mawar?” , Dato Khalil menyoal
pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan air untuknya. Jelas sekali wajah
dan suara Dato Khalil sedang menahan marah.
“Saya tidak pasti Dato.
Petang tadi dia ada, tapi tadi kawan-kawannya yang menjemput dia. Sampai
sekarang dia belum balik lagi Dato”, ujar Hamimah dengan wajah gerun.
“Dahlah!” , regus Dato
Khalil. Dato Khalil mengambil keputusan menunggu sahaja kepulangan Mawarnis.
Dia mencapai akhbar. Namun akhbar itu tidak langsung menarik minatnya.
Fikirannya kusut dan kuathir memikirkan hala tuju anak tunggalnya itu.
BERSAMBUNG :)
best la.. knapa x smbng? hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Ruunna Qizbal ..
ReplyDeletehihi ...FN tengah perah gali-gali idea nak sambung cite ini... insyallah bakal ada n3 baru... ;)
[FN]
BEST...
ReplyDeleteAssalamualaikum Baby mio...
DeleteTerima Kasih sudi baca... Semoga Ceria Bak Pelangi ;D
-FikaNajwa-