FOLLOWERS

Wednesday, September 11, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 30






Merah pipi ini
Saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini
Saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku ‘Tuk menyatakan
Pada dirinya
Oh tuhan,tolong aku sampaikan
Pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini
Aku jatuh cinta
Oh tuhan,bantu aku temukan
Cara ‘Tuk mendapatkan  dia
Karena kini ku t’lah jatuh cinta…

 Nyanyian penyanyi kelahiaran Indonesia bergema memenuhi di ruang keretanya,bibir Tofan dari tadi menguntum senyuman kerana dapat makan berdua dengan Fika Farisya.Gurauan dan gelak Fika Farisya seperti ulang tayang yang sentiasa bermain-main di kotak fikirannya sekarang.Sejak kebelakangan ini hati dan fikirannnya sering memikirkan gadis itu.Nafas di hela perlahan,dia harus cari tahu gadis yang bernama Fika Farisya.Telefon bimbit yang diletak di tempat duduk sebelah di capai.Tangan Tofan mula ligat mencari nombor seseorang.Dia yakin orang yang  dia mahu hubungi pasti boleh menyelidik tentang gadis itu,dia perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan Fika Farisya.

Sejak kejadian di KLIA bayangan Fika Farisya sering mengasak mindanya.Macam-macam cara dia telah buat untuk mencari bayangan Fika Farisya tapi semuanya hampa sehinggalah dia terlanggar Fika Farisya di MIFA Holding.Apa yang dia rasa kini agak berlainan dengan gadis yang pernah keluar dengannya,bila dia bersama Fika Farisya seperti dia mahu sentiasa berada di sisi gadis tersebut.Mahu membahagiakannya.

Faizal, I have work for you.I want you surveys about Puteri Fika Farisya Megat Ihsan! Please contact me ASAP.

Dia tersenyum kembali selepas mesej dihantar.Dia tidak terus keluar dari kereta sebaliknya dia duduk bersandar.Matanya merenung jauh ke depan ,anak-anak yang berlari di depan keretanya tidak di hiraukan.Terasa hatinya kini melayang terbang.Bait-bait lagu ‘Pesan Cinta’ seakan-akan mengambarkan perasaannya kini.Ini ke perasaan jika kita jatuh cinta?Disoal dirinya sendiri.

“Umi..umiii,abang Tofan dah balik!”teriak anak-anak yang berlari memberitahu Hasnah.

“Mana?”soal umi pada Yusuf.

“Tu…”ringkas jawapan yang diberi oleh Yusuf dan mula berlari kembali mendapatkan kawan-kawannnya.

Hasnah yang melihat hanya mampu mengeleng kepalanya.Dia cukup seronok melihat anak-anak yang tinggal di rumah ini mendapat kasih sayang yang sepatutnya,mereka berhak untuk hidup bahagia.Dia melangkah mendekati kereta anaknya,disitu dia lihat Tofan mengelamun dan tersenyum sendiri.Jelas kerutan di dahi Hasnah yang pelik melihat anaknya.Belum sempat Hasnah menegur anaknya,tiba-tiba Zahir memanggilnya.

“Umi ini ada panggilan untuk umi,”ujar Zahir.

“Ya lah.Zahir cuba kamu tengok si Tofan tu umi nampak dia mengelamun sambil tersenyum sorang-sorang dalam kereta tu.Cuba kamu risik-risik sikit.”seloroh Hasnah pada Zahir.

Zahir yang melihat tersenyum dan menggeleng,dihayunkan langkah kakinya menuju ke arah kereta Tofan yang terletak elok di tempat parking. 

 “Oit!Yang kau tiba-tiba mengelamun ini kenapa?Ada sasaran baru ke?’sergah Zahir yang sudah membuka pintu kereta milik Tofan.Zahir tahu kalau Tofan mengelamun dan senyum sendiri pasti ada gadis baru lah tu,gerutu hatinya.

Tofan terperanjat.Dia langsung tidak menyedari kehadiran sahabatnya di sisi.

“Woii!Kau tak ada kerja ke selain main terjah-terjah?Tofan pura-pura marah.

“Dah..dah kau simpan aje marah kau tu aku tahu kenapa kau jadi macam ini,mai share dengan aku.Perempuan mana pulak yang berjaya mencuri perhatian kawan aku ini.”ujar Zahir tanpa berselindung.

“Uhh..salute aku dengan kau tahu aje apa yang ada di fikiran aku,mana kau tahu?”

“Kau tak payah nak berahsia-rahsia dengan aku semua perangai kau ada kat dalam kocek aku ini.Ceritalah.”

“Kau ingat lagi sewaktu aku nak ke Singapura,aku ada terlanggar seorang perempuan yang garang.Aku dah..”belum sempat Tofan menghabiskan cepat-cepat di potong oleh Zahir.

“Wait..wait,maksud kau perempuan yang kau langgar kat KLIA beberapa bulan lepas,kau dah dapat cari dia?So sekarang kau nak cuba tackle dia lah ini?Fan,kau jangan cari penyakit dengan perempuan macam tu,mau kau makan penumbuk dia lagi sekali.Habis sekarang kau dah tahu tentang perempuan tu ke?”bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Zahir.

Tofan hanya tersenyum melihat soalan yang seperti peluru dari Zahir.”Yup..”ujar Tofan ringkas.

“Kau ini memang cari penyakit,baik kau dengar nasihat aku ini,batalkan aje niat kau nak tackle perempuan tu aku takut nanti kau lebam-lebam dibuatnya.Atau kau saja nak test market!”

“Entah..aku nak kenal dengan dia aje.Aku nampak dia bukan macam perempuan-perempuan yang aku pernah tackle,dia different tak sama.Perangai dia memang lain itu yang buat aku nak rapat dengan dia.”

“Fan,aku rasa kali ini kau macam dah jatuh cinta je?”tebak Zahir.

Tofan tergelak.”Aku nak jatuh cinta?Kau rasa tak salah orang ke.Aku mana boleh jatuh cinta dan tak akan jatuh cinta kau tahu!Ini Tofan lah semua perempuan mesti kejar aku punya.”Tofan dengan yakin bersuara bahawa semua perempuan yang cuba di pikat pasti jatuh ke tangannya.Masih menafikan apa yang dirasakannnya.

“Wahh…yakin diri kau aku nampak kau jangan main dengan api Fan.”ujar Zahir sambil mengeleng.Puas sudah dia nasihatkan sahabatnya jangan mempermainkan hati perempuan tapi semua nasihat dia dan umi sentiasa dia buat ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

Puan Hasnah yang mendengar sedari tadi hanya mampu tersenyum.

“Mana aku main api kau tak nampak ke aku sekarang tengah duduk dan rangka plan seterusnya,”jawab Tofan,kemudian memandang uminya yang sedang mengeleng sambil merenung tajam kepadanya.Dia faham dengan maksud renungan uminya.

“Umi jangan pecaya sangat dengan si Zahir ini,Fan okey aje.Fan cuma nak berkenalan aje.Mana pernah Fan main-mainkan hati perempuan umi,Fan ikhlas nak berkawan dengan mereka.Tofan terkejut apabila terasa getaran telefon bimbit yang ada di sebelah tempat duduk di capai.Dengan segera dia menyentuh skrin telefon bimbitnya.

Yes,aku rasa si Faizal dah dapat segala yang aku minta tadi.Cepat betul mamat ini buat kerja.”ngomel Tofan sendirian dengan agak perlahan.Namun kata-kata Tofan itu masih dapat ditangkap oleh Puan Hasnah dan juga Zahir.

“Bro..aku dah dapat maklumat yang kau nak tu.Bila kau nak!Wow kali ini taste kau tak menahan brader cun minah yang kau nak tackle tu,salute aku dengan kau,tapi satu aje yang aku takut..takut kau jatuh cinta jugak ngan minah ini.Sebab aku cakap macam tu, minah ini lain dari yang lain pernah aku selidik.Aku harap kau tak main-mainkan perasaan dia macam mana kau mainkan perempuan-perempuan yang aku selidik untuk kau! 

Tofan tersenyum seorang diri sebaik sahaja  membaca mesej ringkas daripada Faizal itu.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum masih teringat lagi pesanan yang menyuruhnya tidak mempermainkan Fika Farisya tak macam selalu.Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

”Kenapa kau dengan umi padang aku semacam aje?”tanya Tofan apabila umi dan Zahir sedang merenungnya.Renungan yang memerlukan penjelasan.

“Siapa perempuan itu yang boleh buat anak umi ini yang dari tadi termenung panjang sampai kena sergah baru perasan,tengok sekarang lepas aje baca sms terus boleh senyum manis macam ini?tanya Puan Hasnah sambil tersenyum penuh makna.

“Erkk.mana ada umi.Ini hah si Faizal yang hantar sms dekat Fan tadi ada projek baru,”jawab Tofan agak cemas.Dia tahu pasti umi dan Zahir dapat meneka apa yang sedang di fikirnya sekarang.

“Aikk,Takkan sms dari Faizal boleh buat Fan tersenyum manis?soal Puan Hasnah lagi.

Ala umi,macam umi tak kenal dengan si Tofan ini kalau dia dah dapat sms dari Faizal tu ada projek nak di tackle lah tu umi.Macam biasa projek memikat sampai di sana terpikat!”Zahir menjawab bagi pihak Tofan selamba sambil tersengih-segih.

“Umi jangan percaya apa yang keluar dari mulut si Zahir ini!Pandai aje kau,mana ada aku buat projek tu lagi!”nafi Tofan.

“Projek  memikat?Sejak bila anak umi ini ada buat projek memikat?’Puan Hasnah bertanya lagi.Dia tahu pasti ada lagi gadis yang mahu dipikat oleh anaknya bukan dia tak tahu perangai anaknya yang sentiasa didampingi gadis-gadis cantik tapi dia lebih berminat sekarang kerana dia ada nampak sesuatu di dalam mata anak bujangnya.

“Umi siapa lagi,umi mesti pernah nampak gambar dia dekat atas meja bilik anak umi.Kalau umi nak tahu tu lah target terbaru dia, cantik minah tu umi!”sampuk Zahir.

“Kau jangan memandai Zahir.Umi jangan percaya sangat apa yang Zahir cakap tu umi,dia main tembak aje tanpa usul periksa,”marah Tofan sambil tersengih memandang uminya.Dia tidak mahu soal ini dipanjangkan lagi kalau tak mahu terbongkar semua aktiviti dia.

“Ye ke,umi macam nak percaya aje apa yang Zahir cakap tadi.”Puan Hasnah menyakat anaknya.

Jelas wajah Tofan sedikit memerah dan panik bila mendengar kata-kata uminya sebentar tadi.Dia menjeling tajam pada Zahir yang kebetulan pada waktu tu sedang menaik-naik keningnya.Aku hempuk jugak mamat ini,spoil mood bahagia yang sedang berangan-angan rapat dengan Fika Farisya,omel hati Tofan.

“Malas nak layan umi dengan Zahir.Fan nak masuk tengok adik-adik Fan sekejap sebelum Fan keluar balik petang ini,”jawab Tofan.

Puan Hasnah tersenyum melihat anaknya yang muncung dah macam anak perempuan pulak,manakala Zahir tergelak kecil melihat Tofan.

“Yalah itu,nak elak sebenar tu umi!”usik Zahir.

Namun usikan itu langsung tidak dihiraukan oleh Tofan.Tofan cepat-cepat menyalami uminya dan beredar dari situ,lagi lama dia di situ lagi banyak soalan dan usikan dari umi dan Zahir.


“Zahir,kau ada nampak kunci kereta aku tak?”Tofan bertanya sebaik sahaja sahabatnya masuk.

“Kunci kereta?Mana aku nampak?”jawab Zahir ringkas.

“Eee..mana pulak dia pergi,time-time macam ini dia nak hilang!”rungut Tofan perlahan sambil berjalan masuk ke dalam biliknya.  

“Woi,Fan!”Zahir bangun dari sofa dan berjalan menuju ke arah pintu bilik Tofan.

“Apa!”marah Tofan.

“Yang kau kelam-kabut ini kenapa?Kau nak pergi mana,bukan main lagi kau bersiap,kau nak keluar dengan awek yang ada kat atas meja tu erkk?Kenalkan lah,aku pun nak kenal jugak dengan awek tu,nampak cun aje aku tengok.”bebel Zahir.

Tofan hanya mendengar sahaja bebelan Zahir tanpa membalas apa-apa.Waktu itu fikirannnya lebih tertumpu kepada kunci kereta yang dari tadi langsung tidak dijumpainya.

“Kau jangan banyak tanya boleh!Kau ada nampak kunci aku tak?” tanya Tofan.Dia bergegas menuju ke sofa tempat di mana dia selalu berbaring sebaik sahaja pulang  tadi.Rasanya sebaik sahaja dia balik makan tadi dia terus dia terlelap di sofa akibat kepenatan,nasib baik dia terjaga dan segera menunaikan solat Maghrib. 

“La,kau letak kat mana?Cuba kau ingat balik kunci kereta kau ,letak kat mana sebelum kau tidur tadi!” tanya Zahir kembali.Dia turut membantu Tofan mencari kunci kereta.

“Kau ini,kalau aku tahu kat mana aku letak,tak adanya aku nak tanya kau dan mencari macam ni,” marah Tofan.Dia binggung memikirkan di mana dia letak kunci keretanya.Dia tidak tahu kenapa tadi dia tidak meletakkan kunci kereta itu di tempat biasa.Dia bukanlah seorang yang suka menyepahkan barang-barang miliknya.Tetapi tadi sebelum dia terlelap di sofa dia agak penat,fikirannya asyik teringat tentang Fika Farisya,dia tidak sabar menemui Faizal sebentar lagi.

“Kaukan selalu gantung kunci kau kat key box yang ada dekat dinding tu,kenapa hari ini pulak kau tak gantung tengok dah hilang! tanya Zahir lagi.

Tofan terus berhenti mencari dan memandang tepat ke arah Zahir.

“Kau nikan…kalau nak tolong carikan tak payahlah kau keluarkan soalan-soalan yang tak berapa cerdik kau itu dah buat aku bertambah pening.Cuba kau cari aje kunci aku tu,ada jugaklah hasilnya.Habis aku kalau kunci tak jumpa,macam mana aku nak cari maklumat Fika”marah Tofan,tanpa sedar dia menyebut nama Fika Farisya.


“Siapa Fika?Apa kena-mengena Fika dalam pencarian kunci pulak?Kau sebut nama awek yang dalam frame tu erkk!Kau dah angau ke,tak pernah-pernah aku nampak kau kalut macam ini?” soal Zahir sambil tersenyum penuh makna.

Tofan kalut seketika bila disoal sebegitu.Dia berpura-pura tidak mendengar dan mulai mencari kunci tanpa memandang ke arah Zahir yang setia memandang ke arahanya.

Hishh.. macam mana pulak aku boleh tersebut nama si Fika ni,tengok aku jugak yang susah.Si Zahir ini selagi soalan dia tak berjawab mahu dia tagih jawapan sampai aku menyerah!gerutu hati Tofan.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Fan,kau dah cari dekat dalam key box ni?” tanya Zahir sekali lagi sambil tangannya membuka key box yang tergantung di dinding.

“Kau nikan..berapa kali aku nak cakap aku dah tengok dekat sana,tapi tak ada.Kalau ada tak ada maknanya aku nak buang masa mencari kunci tu,sekarang pun aku dah lewat nak jumpa dengan Faizal,”ngomel Tofan.Dia melabuhkan punggung ke sofa sambil menggaru-garu kepalanya.Otaknya ligat mengingati kembali di mana dia meletakkan kunci keretanya.

Zahir yang masih berdiri di tepi kotak kunci terus membuka.Sebaik sahaja peti kotak kunci itu di buka,dia mengeluh sambil menggeleng.Zahir pantas mengambil salah satu kunci yang berada di dalam kotak kunci tersebut dan menoleh ke arah Tofan yang duduk di sofa sambil meraup wajah.

“Ni kunci apa?Kunci bas?” soal Zahir,dalam pada yang sama memerli sahabatnya.Hatinya sedikit geram dengan telatah Tofan sejak tadi.

Tofan yang memandang Zahir tersengih.”Kau jumpa dekat mana?” soal Tofan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tuu..kat dalam key box langsung tak bergerak pun…Kau cari pakai apa tadi?Dengan mata ke lutut?Atau kunci kau ini menyorok dari kau?” perli Zahir.

Tofan segera merampas kunci keretanya dari tangan Zahir dan berjalan menuju ke arah rak kasut dia tidak mahu terlambat untuk bertemu Faizal,lagipun dia malas mahu membalas perlian Zahir itu dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya sejak bertemu balik dengan gadis yang selama ini di cari-carinya.Seingatnya tadi,selepas dia siap berpakaian dan mahu pergi,sudah beberapa kali dia mencari kunci keretanya di dalam kotak kunci tersebut dan pada waktu itu dia tidak nampak kunci keretanya yang sememangnya ada di dalam kotak kunci itu.

“Aku rasa kau tak okey sekarang ini?Kau sakit erkk?Ataupun kau tak sabar-sabar nak jumpa awek yang kau tackle tu!Kau angau kan?”Zahir cuba menduga sahabatnya.Dia sendiri perasan saat Tofan termenung di dalam kereta sebaik sahaja sahabatnya pulang dari Seremban,fikiran Tofan seperti terganggu waktu itu.Malah pagi tadi ,dia melihat Tofan terus pergi ke Seremban tanpa mengambil sarapan pagi seperti kebiasaannya.Pada mulanya dia menyangka mungkin  Tofan sudah lambat untuk ke tapak projek tapi bila melihat jam dia agak mushkil dengan perubahan sahabatnya.Kebiasaan Tofan bukan begitu.Walau lambat macam mana pun lelaki itu lambat sekalipun dia mahu pergi,dia tetap akan mengambil saarapan pagi itu.Tetapi pagi  tadi dia perasan  Tofan tidak mengambil breakfeast .Sarapan yang dibuat oleh umi langsung tidak disentuhnya dan apa bila di tanya umi sahabatnya menjawab ‘dia sudah lambat ke tapak projek’.

“Sekarang,kau betul-betul angau erkk?Angau kat gadis yang bernama Fika kan?” duga Zahir sekali lagi sambil tersenyum nakal.

“Kau jangan nak mengarut macam ni boleh tak?” Marah Tofan lantas melangkah keluar dan diikuti oleh Zahir dibelakang.

Zahir tergelak kecil melihat telatah Tofan yang kelihatan mengelabah apabila disoal sebegitu.

“Kau nak ke mana,Fan?” tanya Zahir pada Tofan yang sedang membuka pintu keretanya.

“Keluar jap,” beritahu Tofan,terus masuk ke dalam kereta dan menghidupka enjin.

“Aku ikut ,boleh!”sakat Zahir lagi.

“Tak payah buat semak aje nanti,kau tunggu dekat sini sambil tolong aku jagakan anak-anak dan umi.Aku pergi sekejap aje tak lama.” Jawab Tofan.

Zahir memerhatikan dengan perasaan yang penuh dengan tanya tanda.Setahu dia kalau dia mahu ikut pasti Tofan tidak akan menolak jika dia mahu mengikut tapi kali ini agak berlainan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabatnya.Dia tersenyum sambil memerhatikan kereta Tofan bergerak keluar dari rumah anak-anak yatim.


Tofan tersenyum saat terpandang seraut wajah yang sejak tadi ditunggu-tunggunya.Dia segera bangun dari tempat duduknya.Tangan di angkat tinggi-tinggi untuk mencuri perhatian sahabatnya yang baru melangkah masuk ke dalam restoran.

“Faizal!Over here!” panggil Tofan sedikit kuat.Faizal yang dari tadi mengesan sahabatnya cepat-cepat menoleh ke arah lauangan suara yang dilontar oleh Tofan.Melebar tersenyum Faizal tatkala pandangan mereka bersatu.

“How are you my friend? Aku rasa dah lama kau tak cari aku sejak kau suruh aku cari maklumat tentang si Zahra.” Faizal memeluk erat tubuh tegap Tofan beberapa saat.Dia merenung Tofan yang sememangnya segak dari atas ke bawah.”Makin handsome kau ,aku nampak!” 

Tofan tersenyum sumbing.Kembang hatinya bila dipuji oleh Faizal tadi.Dia berutung mempunyai sahabat seperti Faizal yang masih melayannya dengan baik biarpun dia hanya mencari sahabatnya itu bila perlu sahaja.

“Aku macam ini lah,biasa aje.Kau tak payah nak puji-puji aku sangat kau pun apa kurangnya.Eh,yea pun kita nak berborak duduklah,order air atau makan kau jangan risau aku belanja.Banyak benda yang aku nak tanya kat kau ni,” pelawa Tofan.

“Aku dengar kau sekarang sibuk menaikan nama syarikat kau,tapi aku salute dalam kau sibuk boleh pulak kau memancing?” usik Faizal dengan sengihan lebar.

Tofan tersenyum kelat.Berbekas jugak usikan Faizal itu dalam hatinya.

“Kau jangan nak mula,macam kau tak kenal aku!Sorry lah kalau kau tak selesa aku asyik suruh kau buat itu ini.Aku tahu mungkin kau tengah kutuk aku dalam hati kan?

Faizal tersenyum dan mengangguk kepala.”Aku fahamlah kalau kau cari aku.Kau jangan risau kalau ada pun aku kutuk kau mesti aku kutuk depan-depan tak mainlah belakang ,bro.”seloroh Faizal.

“So macam mana?” tanya Tofan yang tidak sabar.

Faizal tergelak kecil dengan kata-kata Tofan yang kedengaran tidak sabar itu.Kelihatan aneh dilihatnya.

“Maaf,Fan.Aku tak dapat banyak maklumat tentang gadis yang kau suruh aku selidik itu.”

Panjang nafas yang ditarik oleh Tofan.Baru tadi hatinya berbunga menerima mesej dari Faizal yang mengatakan mahu berjumpa kini hilang rasa itu.

Faizal yang nampak wajah muram sahabatnya.”Kenapa kau nak dekat dengan dia? Bukan kau dah ada Zahra ke?” tanya Faizal.Bukan dia tidak mahu menolong Tofan tapi dia risau sahabatnya akan mempermiankan gadis ini.Gadis ini tidak sama dengan gadis yang pernah dia selidik ada kisah sedih disebalik wajah gadis yang dia siasat.

“Faizal apa yang kau tahu tentang Fika Farisya.?” Soal Tofan.

Faizal terdiam.Wajah Tofan diamati bersungguh-sungguh.Pelik dia dengan Tofan biasanya dia tidak suka pada gadis yang kasar seperti Fika Farisya,dia cukup kenal dengan taste Tofan.”Fan,aku rasa baik kau lupakan niat kau nak tackle gadis ini!Aku tak nak kau sakiti dia!”

Kening Tofan bertaut kehairanan.Hatinya rasa tidak enak.”Tolong,Faizal beritahu aku pasal dia?”

Faizal mengeluh perlahan.Tubuhnya disandarkan ke kerusi dengan pandangan yang masih melekat ke wajah Tofan.”Dia seorang gadis yang ceria yang berduka bila bersendirian.Kau baca maklumat yang aku bawak ni,” ujar Faizal sambil menyerahkan fail yang dibawa bersamanya tadi tapi di tolak kasar oleh Tofan.
“Aku tak nak baca!Aku nak kau yang cakap Faizal!”

Relax bro. Aku minta maaf terlebih dahulu dari kau,aku memang tak sokong kalau kau ada niat nak lukai hati gadis ini lagi dan aku tahu kau mesti berminat nak tahu apa yang jadi dekat dia kan?”balas Faizal dengan suara yang sedikit lembut melihat perubahan emosi Tofan,dia tidak mahu Tofan berasa marah kepadanya.

What happened to her? Kau kata dia banyak terluka? Why?” soal Tofan kembali dengan nada yang lembut.

“Kalau kau nak tahu 12 tahun lalu ibu dan dia di halau dari rumah milik Megat Ihsan akibat salah faham antara Megat Ihsan pada isterinya.Dia dan kakak kembarnya terpisah sejak hari itu.Dia hanya ada ibu disisi.Sewaktu dia final exam SPM,ibu dia meninggal dunia akibat barah rahim,dia tidak dapat berada disisi ibunya ketika ibunya menghembuskan nafas yang terakhir.Hanya dia sahaja di sisi ibunya ketika Rahmah Khalissa meninggal dunia,Megat Ihsan dan Fhyka Arissa langsung tidak ada di sisinya untuk menenangkannya.

Dia bersendirian kau tahu,hanya keluarga Haji Hassan ,Hajar Tija dan anak lelaki mereka sahaja yang berada di sisi Fika Farisya.Kalau kau nak tahu lepas ibu dia pergi dia bertukar perwatakan dari ceria ke murung dan suka mengelamun seorang diri biarpun orang tak nampak dia menangis tapi keluarga Haji Hassan tahu Fika Farisya akan menangis bila tiada orang di sisinya.”

“Tapi macam mana dia kembali balik ke sisi keluarga dia?Dia mesti tahu keberadaan mereka bukan?” tanya Tofan.

Faizal mengangguk perlahan.”Yea,dia tahu. Tapi dia tidak terus mencari mereka, bila suatu hari Megat Ilman muncul di rumah Haji Hassan.Megat Ilman yang bawak Fika Farisya kembali ke pangkuan keluarganya.Pada mulanya dia tidak mahu mengikut Megat Ilman tapi di sebabkan wasiat dari arwah ibunya  dan arwah isteri Megat Ilman yang akan di bacakan, Fika Farisya terpaksa akur mengikut Megat Ilman pulang ke Kuala Lumpur.Engku Habibah sangat membenci dia dan ibunya. ”

Tersentak Tofan seketika.Harta !Bagai dia mampu menduga isi wasiat tersebut.’Apa isi wasiat tu?”

“Kau agak apa isi wasiat tu?”

“Terus pada point Faizal,”

 “Maaf aku tak dapat siasat apa isi wasiat tu.Puas aku soal pekerja di guaman milik peguam Fuad,tapi tak berjaya tak ada seorang pun tahu apa isi wasiat tersebut.Tapi apa yang aku tahu di sebabkan wasiat itu jugak Fika Farisya berada di rumah milik Megat Ihsan hingga sekarang,selepas wasiat itu di baca Fika Farisya menyambung belajar selama 5 tahun di UK,tak banyak yang aku tahu tapi bila aku selidik tentang hidup dia aku rasa baik kau left her,Tofan…Aku tak nak kau lukai lagi hati yang memang penuh dengan parut di dalamnya.Pity her.” 

Tofan hanya mampu mendiamkan diri,di kepalanya hanya berlegar-legar soal wasiat itu.Kisah Fika Farisya sudah cukup mengambarkan yang dia tersisih dari keluarganya,hatinya berdetak sedih bila mendengar ringkasan hidup Fika Farisya dari Faizal.Apa isi wasiat?Jangan-jangan Fika terpaksa berkahwin dengan Megat Ammar!Tak ni tak boleh berlaku,Amm sudah ada Shahrini mana mungkin Amm mengkhianati kekasih dia!”sangkal hati Tofan.

“Kalau kau nak tahu isi wasiat tu,apa kata kau tanya terus kat Fika Farisya sendiri,mana tahu bila kau dah rapat dengan dia,mungkin dia akan bercerita?”cadang Faizal setelah beberapa lama mereka menyepi.

Tofan hanya memandang Faizal tanpa bersuara.Kepalanya ligat berperang dengan desakan hati sendiri yang mahu tahu apa isi wasiat arwah isteri Megat Ilman dan Arwah ibu Fika Farisya.Cerita yang disampaikan oleh Faizal tadi sedikit sebanyak mendesak hatinya untuk membahagiakan Fika Farisya dan mengubati hati gadis itu.

“She different from the others, I do not know why to me who I know I want him.
Maybe I've fallen in love with her, that I know I want him,Faizal…”


BERSAMBUNG... ;D




10 comments:

  1. Akhirnya penantian berakhir.. Makin best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum My Baby World...
      Terima Kasih sudi menanti walaupun N3 dia sangat lama Fn buat ..maaf2 FN agak sibuk kebelakangan ini... terima kasih sudi baca karya yg tak berapa dari FN...
      -Fika Najwa-

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum Zaryn iddin...
      Insya-Allah FN akan up N3 terbaru KSK... maaf jika FN terlambat... terima kasih sudi menanti N3 KSK...

      - Fika Najwa-

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum Anonymous...
      Insya-Allah akan FN up 'KSK' harap bersabar.... terima kasih sudu baca karya dari FN...

      -Fika Najwa-

      Delete
  4. asalam, fika bila nak bukukan, tak sabar nak baca n3 penuh nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam zaryn iddin...
      bila nak di buku tu ceq tak dapat jawab lagi mungkin tak ada rezeki lagi insya-Allah kalo ada rezeki mesti KSK akan ke versi cetak... doakan erkk... terima kasih sudi lepak kat sini... semoga ceria bak pelangi ;)

      Delete
  5. Sorry kalau saya tegur...bukan ke kalau untuk pompuan sepatutnya her not him..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... Anonymous
      Terima kasih tegurannya.... ceq note kat sana.... semoga ceria bak pelangi ;)

      Delete