Megat Ihsan dan
Megat Ilman
saling berpandangan melihat Megat
Ammar berkali-kali menggeleng. Kertas perjanjian yang di tanda tanggannya lima tahun
lalu kini ada di hadapan , dihempas kuat.
“Ridiculous, papa,
ayah. Perjanjian ini dah lima tahun berlalu tak akan Amm nak ikut! Papa dan
ayah tahu yang Amm tak boleh tinggal dengan perempuan macam ini, nanti kalau
tinggal berdua dengan dia mahu lebam-lebam Amm dibuatnya.
Amm
tahu kenapa perempuan ini buat syarat macam ini sebab dia muka tak tahu malu
papa, masih tak sedar diri dia siapa? Betul kata Tok Wan perempuan ini pembawa
Sial papa!”
“Megat
Ammarrrr!!!” Jerit Megat Ilman. ”Papa tak pernah mengajar kamu bercakap macam
itu, dalam dunia ini tak ada siapa yang di lahirkan sial!”
Megat
Ammar tidak memberi sebarang balas hanya matanya memandang Fika Farisya tanpa
berkelip. Pandangan yang penuh dengan api kebencian.
Fykha
Arissa yang mendengar sudah mencerlung matanya menujah ke arah Megat Ammar. Dilihat
wajah adiknya tiada reaksi diwajah itu,kosong. Dia tahu pasti adiknya memendam
segala yang keluar dari mulut Megat Ammar di yakin adiknya terluka dan
bertambah dalam luka itu.
Fykha
Arissa baru sahaja mahu membalas setiap perkataan yang keluar dari mulut Megat
Ammar terhenti bila Fika Farisya terlebih dahulu bersuara.
“Ayah..Papa..Kak
Rissa tahu tak, dari dulu sampai sekarang adik asyik dengar perkataan yang
bermula dengan huruf ‘S’ dan berakhir dengan huruf ‘L’, adik dah lali nanti
kalau adik kata orang tu tak ada agama dia marah apa lagi kalau adik kata orang
tu bodoh, itu lah dulu orang suruh pergi kelas agama, ponteng asyik date aje dengan makwe tak cukup kain. Itu yang jadi buta hukum, kalau muka aje handsome pun tak guna. Diri sendiri tak
cermin asyik berkepit dua puluh empat jam ngan
awek yang tak cukup kain apa pula
hukumnya!
Fyhka
Arissa pantas menutup mulutnya,menahan tawa. Ambik kau Amm,ingat adik aku ini
apa senang-senang aje kau kutuk dia, kan dah kena! gerutu hati Fhyka Arissa.
Megat
Ammar terus memandang Fika Farisya. Fika Farisya hanya membuat muka
selambanya,sambil tangannya bermain-main dengan pen.
“Pap….”namun
ayat itu terhenti bila Megat Ihsan bersuara dan melayangkan tangannya tanda
menyuruh semuanya diam.
“Ayah
tak kisah apa yang Amm nak cakap pasal Fika, tapi ayah nak Amm tolong jadi
lelaki yang gentlemen dengan apa yang
Amm dah sign dekat surat perjanjian
tu walaupun wasiat berusia berapa tahun pun surat perjanjian itu sah di sisi
undang-undang, dan pada sesiapa yang ingkar akan di kenakan tindakan.” tegas
suara Megat Ihsan, dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata caci dari anak saudaranya
tentang anak bongsunya lagi.
Megat
Ammar hanya menundukkan kepalanya. Dia mahu menjawab tapi melihat ketegasan
Megat Ihsan, rasa gerun tiba-tiba hadir di hatinya.
Mak
Tija ni memang degil, aku dah kata tak payah buat sebarang perjanjian dengan
mamat besi ini, tengok semua orang terlibat, bila dengar semua ini perut aku
jadi lapar lah,omelnya di dalam hati.
“Baiklah
ayah tak mahu lambat-lambat kan masa lagi seperti yang adik dan Amm tahu syer
syarikat di MIFA Holding di serahkan 40 peratus pada kamu Amm manakala 20
peratus lagi milik Fika Farisya jika kamu berdua kahwin dan di dalam wasiat ibu
Fika dan mama Amm, Fika dan Amm boleh bercerai jika tidak sehaluan lagi. Di
sebabkan perjanjian yang telah di buat oleh Fika Farisya sebelum dia berangkat
ke UK dan Amm sudah menanda tandatanggani kamu berdua harus mengikut perjanjian
ini, dan melaksanakannya, jika tidak akibatnya lebih berat pada kamu Amm,Amm
tahu apa akan jadi kalau syer tu semua jatuh ke tangan Fika?”
Fika
Farisya hanya mampu menelan air liur melihat ketegasan ayahnya. Fika Farisya
menyembunyikan tawa sebaliknya ayat terakhir yang keluar dari mulut ayahnya. Padam
muka kau aku kalau tak ikut pun aku tak luak dengan harta kau lah! kutuk
hatinya lagi.
Fhyka
Arissa tersenyum sinis mendengarnya. Di lihat Megat Ammar tidak menjawab atau
memberi sebarang komen hanya dahinya diurut-urut.
Hai
‘mat besi’ baru dengar ayat power dari ayah kesayangan aku terus
diam, takutlah tu kalau dia tak ikut ‘ME’ aka Mak Engku akan mengamuk jika dia
yang memerintah MIFA Holding. Hish..aku pun tak nak jadi CEO kat sini, nanti
ada aje mulut yang lancang kata aku ini bini gila kuasa, selisih malaikat 44, kutuk Fika Farisya di dalam hati. Fika Farisya
memandang wajah Megat Ammar yang membencinya dengan kepala yang
digeleng-gelengkan.
“Ayah,papa
kalau Tuan Megat tak nak takpe lah, adik tak kisah sangat pun. Tak hadap ngan syer 40 peratus itu pun.”
“Kau
jangan nak tunjuk baiklah Fika! Aku tahu dalam hati kau tengah bersorak sebab
syer tu bakal jadi hak kau kalau Amm tak ikut perjanjian itu? Kau ingat aku tak
tahu selama ini kau hanya berpura-pura tak mahu harta itu, kau memang dah
rancang dari dulu lagi kan? Atau kau dari dulu memang dah suka dengan Megat
Ammar,” Syahrini merempuh masuk ke dalam bilik itu, dari tadi dia mendengar di
balik pintu dia harus melepaskan kemarahannya.
Megat
Ammar hanya tersandar di sofa. Megat Ammar sudah meramas-ramas rambutnya, dia
tidak menyangka Syahrini akan merempuh masuk begitu sahaja.
Fika
Farisya tidak terperanjat sama sekali melihat kebiadapan Syahrini merempuh
masuk ke bilik dan menyampuk, senyuman terukir di bibirnya.
“Eh..kau
rupanya Syahrini aku ingatkan siapa tadi, tiba-tiba masuk tak beradap terus bersuara! Hmmm… memandangkan
kau dah tahu apa yang aku fikirkan, memang aku tak sabar nak tinggal
berdua-duaan dengan ‘mat besi’ ni, betulkan sayang..saya tahu awak dah jatuh
hati kat saya masa awak langgar saya kat KLIA dulu, itu yang awak pandang saya
macam nak tembus? Alahaiii bahagianya saya rasa bila dapat bersatu dan
berdua-duaan dengan awak nanti,” Fika Farisya membuat gaya mengoda. Biar sakit
hati kau Syahrini!
Terlopong
mulut Fyhka Arissa, Megat Ilman dan Megat Ihsan bila mendengar apa yang diucap
oleh Fika Farisya, Megat Ammar pula sudah menjegilkan biji matanya.
“Uweeak…,
Aku lebih rela kahwin dengan tukang sapu dari kahwin dengan ‘mat besi’ ni! Perasan bagus sangat! Apa
kau ingat aku kebulur sangat nak kahwin dengan dia ke? Ingat aku nak sangat
duduk serumah dengan dia, mungkin kau nak tapi bukan aku?” Fika Farisya berubah
karakter tiba-tiba. Satu jelingan tajam diberikan pada Syahrini dan Megat
Ammar.
Megat
Ammar,menjadi radang bila mendengarnya.
“You ni kan, kalau bukan kerana Tok Wan
dan arwah mama I, you ingat I kemaruk sangat nak kahwwin dengan you takat syer 40 peratus tu tak luak mana pun bagi I dengan perempuan separa macam you? Hey, I lebih rela kahwin dengan kekasih hati I dari kahwin dengan youlah!
Perasan!” giliran Megat Ammar pula menghamburkan kemarahannya.
Megat
Ilman sudah bangkit dari duduknya, jika melayan perangai anak lelakinya dan menantunya
mahu sampai besok pagi pun tak akan selesai .
“Sudah!
Semua boleh diam tak?” Megat Ilman sudah meninggikan suaranya. Suasana menjadi
sepi tiba-tiba.
“Kenapa
sampai boleh jadi macam ni, sampaikan seorang kata sanggup kahwin dengan tukang
sapu, sorang lagi dengan kekasih hati! Kamu berdua ni waras lagi ke tak? Sedarlah
kamu berdua tu dah kahwin bukan semalam kamu berdua kahwin tapi dah dekat lima
tahun!”
Megat
Ihsan diam, Fyhka Arissa pula sudah tersenyum. Syahrini pula sudah muncung.
“Memang
betul kata arwah Ainnur dan arwah Lissa, apa yang dijangkakan oleh mereka dah
pun terjadi.
“Dah
tahu akan jadi macam ini kenapa uncle
ikut jugak wasiat tu? Saja nak cari masalah namanya tu.” Celah Syahrini biadap.
“Shut up Syahrini! You better keep your mouth shut atau lebih senang you keluar dari bilik ni sebab you bukan sesiapa dan tak ada
kena-mengena dalam wasiat ni” herdik Megat Ilman. Kelakuan Syahrini sedari tadi
mengjengkelkannya. Entah macam mana boleh anaknya tersangkut dengan minah yang
seorang ni! Hati Megat Ilman mengutuk.
Fika
Farisya menoleh ke arah kakak kembarnya dengan sengihan lebar. Padam muka kau
Syahrini menyampuk lagi orang tua tengah bercakap! Kutuk hati Fika Farisya.
“Yang,
you dengar apa….” Namun suara
Syahrini pantas berganti dengan suara Megat Ilman.
“Papa
dan ayah dah buat keputusan berdasarkan wasiat yang Amm tanda tangan, Amm dan
Fika harus mengikut apa yang tertera kat atas kertas tu! Papa yakin Fika tak
ada masalah dengan semua ni tapi Amm, Amm perlu ingat kalau Amm tak ikut secara
automatic syer yang sudah sah menjadi
milik Amm akan terbatal dan yang akan berpindah pada Fika. Terpulang pada Amm
sekarang apa pun keputusan Amm papa sokong.
“Yeayyy! Dah sah-sah ‘mat besi’ tak akan tinggal dengan aku.
Terima kasih Mak Long!” jerit Fika Farisya dengan teruja di dalam hati.Dia
yakin ‘mat besi’ tak akan tinggal sebumbung mahu pun sebilik dengannya tengok
muka aku aje dia dah menyampah ni kan pula nak tinggal bersama! Omel hati Fika
Farisya.
“So papa,ayah, kak Rissa, kalau tak ada
apa-apa lagi nak dibincangkan adik minta diri dulu ada date dengan Tofan.Lagipun ada rasa nak belanja Tofan makan aje
sebab tak lama lagi adik nak jadi orang
kaya, terlampau seronok tak boleh nak duduk diam lagi,” ujar Fika Farisya
dengan suara yang sengaja diceriakan.
“Anak
ayah ada date dengan Tofan? Bila? Kenapa
ayah dan kak Rissa tak tahu ni, diam-diam dah pandai buat date?” usik Megat Ihsan pada puteri bongsunya.
“Alaaa…
ayah tak akan dia aje yang ada date
adik pun nak lah berdate-date ni!”
seloroh Fika Farisya.
Perkataan
‘dia’ itu sengaja ditekankan oleh Fika Farisya dengan gaya mengejek semata-mata
untuk menyakitkan hati Megat Ammar yang sememangnya sedang panas membara.
Sebaik
tangan Fika Farisya memulas tombol pintu, pintu telah terkuak dari luar
terlebih dahulu.Fika Farisya terus menepi bagi memberi laluan pada setiausaha
Megat Ilman yang mahu masuk ke dalam bilik.Semua mata tertumpu pada setiausaha
Megat Ilman.
“Maaf
Tuan Ilman… Cik Fika, Encik Tofan sedang menunggu di bilik Cik Fika.”
Setiausaha Megat Ilman memaklumkan kedatangan Tofan.
“Terima
kasih kak, okaylah ayah, kak Rissa, papa adik pergi dulu.” Fika Farisya terus
berlalu tanpa memandang ke belakang.Tapi langkah kakinya terhenti bila kakak
kembarnya memanggil, dia menoleh.
“Adik,
betul adik nak kahwin dengan orang lain lepas Am lepaskan adik?” Fyhka Arissa
bersuara sebelum adik kembarnya jauh berlalu.
Fika
Farisya mengangguk.
“Kenapa
Kak Rissa dah ada bakal ke tuk jadi adik ipar baru tu!”
“Adalah,
nak Kak Rissa pinangkan ‘tukang sapu’ tuk jadi bakal suami adik sekali gus
bakal adik ipar Kak Rissa? Kak Rissa kenal dengan orang tu.”
Sebaik
saja mendengar perkataan ‘tukang sapu’ itu secepat kilat, Fika Farisya membalas
kata-kata kakak kembarnya.
“Tak
apalah kak Rissa, adik dah ada calon dah , lagi hensem dari bakal yang kak Rissa nak kenalkan kat adik tu.” Fika
Farisya mengorak langkah seribu.
Tahu
takut tadi bukan main cakap nak kahwin dengan tukang sapu! Suka sangat
mengenakan orang, getus Fyhka Arissa yang sudah tertawa kecil bergabung dengan
Megat Ilman dan Megat Ihsan.
“Sorrylah Amm... I terpaksa guris hati you,”
kata hati Fyhka Arissa . Wajah Megat Ammar yang masam dipadangnya.
BERSMBUNG.... :D
beraninye Fika ni hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum ... nurul nuqman
Deleteterima kasih sudi lepak lagi kat sini... ;) harus berani lah kalo tak berani tak brutal lah dik.. ngeee semoga ceria bak pelangi ;)
-fika najwa-
Tak puas plak rasa baca entri ni,....sambung lagi erk...sejak bila pula Syahrini ni boleh ikut sekali dengar wasiat ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum Seri Ayu...
ReplyDeleteTerima Kasih sudi baca N3 kali ini.. insyAllah ceq sambung nanti..... Mungkin Syahrini rasa tergugat kot... ngeee semoga ceria bak pelangi ;)
miss..miss...miss
ReplyDeleteBerani tul dia! Kalah Syahrini! Kalau dah bahagia kena kacau jugak, memang 'bercinta'lah dia ngan pelempang Fika!
ReplyDeleteAssalamualaikum Nurul Qasyira...
ReplyDeleteHidup kena berani dik... dunia emakin mencabar.. Terima Kasih ... semoga ceria bak pelangi ;)