Datuk Khalil
mundar-mandir dalam biliknya. Dari tadi dia menunggu Aidil. Sudah dua hari
Aidil ditugaskan untuk menyiasat tentang lelaki yang mengugutnya. Hingga
sekarang tidak ada sebarang berita.
“Masuk!” gesa Dato
Khalil segera bila mendengar ketukan. Dia pasti itu Aidil. Dia berharap Aidil
akan membawa perkhabaran gembira untuknya. Selama ini kerja Aidil tidak pernah
mengecewakan.
“Dato!” sapa Aidil
dengan wajah kelat. Dia menyorong kerusi di depan Dato Khalil. Dato Khalil
memandang Aidil tidak sabar mahu mengetahui berita yang akan di khabarkan
padanya nanti.
“Macam mana?” Terdengar
Aidil mengeluh lemah. Di lihat Aidil menggeleng beberapa kali. Hampa. Putus
harapan Dato Khalil untuk mendengar berita gembira. Kali kedua Aidil
mengecewakannya.
“Maaf Dato, kali ini
musuh Dato terlalu licik. Susah bagi saya dan orang-orang saya untuk
mengesannya.
“Damn!
Sia-sia aku bayar kau beribu, kerja senang macam ini pun kau tak boleh nak handle atau kau memang tak boleh buat?”
Dato Khalil meradang sambil menumbuk meja. Membuatkan Aidil terkejut dan
tertelan air liur, gentar kerana ketakutan.
“Takkan tak ada dapat
apa-apa info siapa lelaki itu?”
Aidil mengeleng sekali
lagi. Dato Khalil bangkit semula. ‘Siapa? Siapa lelaki itu yang berani
mengugutnya’ ternyata musuhnya kali ini cukup licik dan berbahaya. Aidil yang
secekap ini pun dapat dia elak dari di jejak.
“Aku tak kira Aidil
sebelum minggu ini kau mesti cari tahu siapa lelaki itu! Aku mahu kau cari dia
sampai dapat. Biar berapa perbelanjaannya aku akan tanggung,” arah Dato Khalil
penuh khuatir. Jika gambar anaknya dan dia itu diekspotasi pasti maruahnya dan
keluarga akan ditertawakan. Belum sempat kemarahan Dato Khalil reda, satu
ketukan kedengaran dipintunya. Kedua-duanya menoleh serentak.
“Ada apa?” Setiausahanya kaget sebentar. Wajahnya pucat melihat wajah begis majikannya.
Dia sudah tersilap masa untuk menemui Dato Khalil ketika ini.
“Maaf Dato, ini ada
sepucuk sampul surat tak bernama dan bersetem untuk Dato,” ujar setiausaha Dato
Khalil, dengan tangan yang sedikit menggigil setiausaha Dato Khalil meletakkan
sampul surat kosong itu di atas meja. Melihat kehadiran Aidil, dia tahu pasti
angin Dato Khalil kurang baik. Silap-silap lagi lama dia berdiri di dalam bilik
itu akan menerima tempiasnya.
“Awak boleh keluar
sekarang!” gesa Dato Khalil dengan suara tinggi sedikit biarpun dia tidak
berniat untuk menakutkan setiausahanya itu.
Dibeleknya sampul surat
kosong itu. “Siapa pulak yang hantar sampul surat kosong macam ini?” Dato
Khalil bertanya pada dirinya sendiri. Tiba-tiba hatinya merasa sesuatu yang
tidak kena dengan sampul surat tersebut. Sampul surat ini seperti sama dengan
sampul surat yang di terimanya tempohari yang mengandungi gambar-gambar Mawar.
Dia pasti ini pasti dari lelaki itu. Dengan penuh resah Dato Khalil membuka
sampul surat itu perlahan-lahan. Aidil melihat reaksi tersebut turut menanti
dengan penuh sabar.
“Tak guna!” Dato Khalil
memejam matanya rapat-rapat sambil menghempaskan gambar-gambar yang ada di
tangannya sebentar tadi ke depan Aidil. Aidil yang melihat seperti merasa darah
di dalam badannya tidak mengepam ketika ini melihat kemarahan Dato Khalil yang
tidak terkawal. Dia merasakan bukan Mawar sahaja yang bodoh, kini dirinya
sendiri terasa demikian.
“Kenapa Dato?”
“Kenapa kau tanya aku?
Cuba kau lihat itu?” tunjuk Dato Khalil kepada Aidil yang berselerak di atas
mejanya kini.
“What?”
Aidil melompong. Nampaknya musuh baru Dato Khalil seperti memberi amaran, dia
ingat bukan setakat gambar Mawar, kini gambar Dato Khalil bersama perempuan
simpanannya pula yang menjadi mangsa. Kemesraan Dato Khalil dan perempuan
simpanannya sedang berpelukan didepan pintu kondominium mewah itu lebih
berharga dari gambar-gambar Mawar kepada wartawan atau pesaing perniagaan Dato
Khalil.
“Aku nak kau siasat
walaupun siapa lelaki itu, aku yakin dia memang berani mencabar aku. Aku tak
mahu kau pandang rendah tentang kemampuan dia. Jika kau melihat gambar-gambar
tu, dia memang seorang yang nekad.
“Saya faham Dato. Saya
janji saya tidak akan berhenti selagi
saya tidak menemui siapa lelaki itu. Saya janji.” Ikar Aidil pada Dato Khalil.
Dato Khalil duduk
semula. Seluruh mindanya terasa kelam. Bagaimana lelaki itu boleh begitu berani
mengekorinya sampai ke kondominium mewah, untuk mengambil gambar-gambar
tersebut. Kini bukan Mawar tapi dia juga menjadi mangsa.
Mawar
menanti dengan sabar di luar pintu pagar rumah Randy. Dia mula mengekori kereta
mewah yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Kali ini Mawar sendiri akan
berhadapan dengan Randy untuk menyelesaikan masalah pada malam itu. Dia
terpaksa curi-curi keluar dari Pasaraya untuk menemui Randy.
Di lihat Randy membelok
keretanya untuk memasuki restoren. Mawar memberhentikan keretanya mengekor
Randy dengan tergesa-gesa.
“Sayan…?” Pang! Belum
sempat Randy bersuara Mawar sudah menampar pipi Randy. Randy meraba-raba
pipinya yang pedih. Semua pengunjung restoren memandang ke arah mereka berdua.
Namun dengan wajah selamba Mawar duduk. Dia tidak hirau apa pandangan
pengunjung terhadap sikapnya sebentar tadi, yang penting dia harus mengajar
Randy cukup-cukup. Dia memang sayang Randy, tapi dia tidak sangka Randy sanggup
mengunakan cara kotor untuk memilikinya, dikala dia tidak berdaya ketika itu.
“Sayang? Why Mawar?”
“Pasal kau, maruah aku
dan keluarga aku ‘aib’! Kau kan yang hantar gambar-gambar pada malam itu pada rakan
suhabat kau, yang sekarang ini sedang ugut aku dan papa aku?” soal Mawar
menyinga di wajah. Mawar cuba menjerat Randy dengan soalannya, tak ada lagi
ber’I’ ‘’You’ lagi.
“Wait..wait… gambar apa?
Rakan subahat apa ni sayang…?” Randy terpinga.
Mawar menoleh
pengunjung lain untuk seketika. “Gambar aku dengan kau sewaktu kau rogol aku
pada malam itu?”
“Karut. Tak kan I nak buat you macam tu, kan I dah
janji dengan you malam tu yang I akan bertangungjawab semua yang I buat.”
“Habis kalau bukan kau
yang suruh? Siapa? Hantu? Sudah lah Randy aku tak percaya dengan kau! Baik kau
berterus terang aje semua. Kau jugak yang letak pil khayal dalam minuman aku
kan? Kau pasti yang, kau yang rogol aku?” duga Mawar tanpa segan silu.
“Okay, I mengaku, memang I yang masukan pil khayal dalam minuman you, tapi masa itu I nak you jadi milik I, Mawar. Tapi bila I
fikir-fikir balik kejadian malam itu, I
rasa bukan I yang meniduri you…
tapi orang lain.” Randy tersenyum sinis.
“Liar!” Mawar seperti terasa ditikam bila mendengar pengangkuan
Randy. Dia seperti tidak mahu percaya.
“I
Swear.. sayang. Tapi kalau I yang meniduri you pun
apa salahnya, kitakan saling mencintai satu sama lain?”
“Aku tak semurah tu
Randy. Kau serang aku dikala aku terdaya. Kau tahu, apa yang kau buat bukan
atas kerelaan aku, tu namanya ‘R.O.G.O.L.’ kau tahu! Aku masih ada maruah untuk
aku jaga walaupun aku kaki clubbing
tu bukan pakej tuk aku buat perkara yang macam tu?”
“Ohh.. come on sayang! Jangan hipokrit, dah
berpuluh-puluh perempuan macam you I
kenal. Apa lagi yang ingin dicari di tempat-tempat tu kalau bukan untuk
memuaskan nafsu masing-masing, Cuma you aje
yang jual mahal. I tahu you pun nak!”
“Hey, kau dengar sini baik-baik aku bagi kau satu lagi peluang. Baik
kau ceritakan semua yang terjadi pada malam tu? Sebelum aku terpaksa mengunakan
papa aku untuk selesaikan masalah ini.”
Randy menjadi pucat
serta-merta bila Mawar menyebut perkataan ‘papa’. Siapa yang tidak kenal dengan
Dato Khalil? Namanya sudah cukup mengentarkannya. Ini belum lagi dia sendiri
berhadapan dengan tuannya. Banyak berita yang dia dengar tentang papa Mawar
yang boleh membuat orang yang menganggu perniagaan dan keluragannya senyap,
seperti hilang tanpa di kesan.
“Sayang… I swear, memang I cuba meniduri you
dikala you tak berdaya, tapi bukan I. . Sewaktu you dah tak sedar, I cuba menguasai you, tiba-tiba I terasa
ada orang hentak kepala I hingga I pengsan. Lepas itu I tak ingat apa-apa lagi. Apa yang I tahu I terdengar you menangis
di tepi katil masa tu I tersenyum
puas sebab you dah pun menjadi milik I bila melihat pakaian kita
bergelimpangan dan hanya you dan I aje yang berada di kondo itu,” ujar
Randy. Randy terpaksa menceritakan semua yang dirasa. Dia terpaksa, jika tidak
pasti dia akan berhadapan dengan Dato Khalil.
Jauh di dasar hati
Mawar ingin Randy orang yang bertangungajawab. Dia tidak rela berkahwin dengan
lelaki yang tidak dikenalinya! Dia mahu seperti mahu menangis.
“Mawar! Please jangan beritahu peristiwa malam
yang I cuba meniduri you secara paksa pada papa you. Jika tak mati I nanti!” rayu Randy meminta simpati.
Mawar mendengus marah.
Dia meraup wajahnya. Fikirannya kusut. Jika bukan kerana muslihat Randy untuk
menakluknya pasti perkara ini tidak akan terjadi dan lelaki itu tidak mengambil
kesempatan pada dirinya. Dia umpama terlepas dari mulut buaya tetapi terpaksa
masuk mulut harimau.
“Baiklah, aku tak akan
cakap dekat papa aku. Tapi aku nak kau jangan tengokkan muka kau lagi depan
aku. Jika aku nampak kau lagi, kau pasti akan menyesal!” ugut Mawar.
“Tapi… macam mana
dengan hubungan kita? I sayang you Mawar,” rayu Randy cuba memujuk.
“Kau tak dengar ke apa
yang aku kata. Hubungan kita putus, aku tak nak ada kaitan dengan kau, kalau
kau tetap tunjukkan muka kau depan aku, aku tak akan teragak-agak libatkan pa…” belum Mawar berkata lanjut,
dipotong oleh Randy.
“Okay…okay… apa yang you nak.
Terima kasih Mawar. I janji
yang I tak akan muncul lagi depan you.”
Mawar lega, terlepas
dari Randy. Dia ingat Randy memang mencintainya tapi dia salah Randy sama
sahaja dengan lelaki hidung belang yang suka mengambil kesempatan. Satu masalah
sudah selesai, namun otaknya tetap berserabut bila mengenangkan lelaki itu.
Siapa lelaki itu telah mencemarkan maruahnya dan berani mencabar papanya.
Mawar
termenung dimejanya seorang diri. Dia mengambil keputusan tidak akan keluar
makan tengah hari, hari ini. Sejak kejadian di pejabat tempohari seleranya
mati. Buntu fikiran apa yang terjadi sebentar tadi, susah mahu dicernakan.
Sambil membelek laporan yang dihantar Faiz sambil itu jugak jari-jemarinya
lincah menekan butang-butang keybord
di depannya.
“Masuk!” Mawar
tersenyum menyambut ketibaan Sally. Hilang sudah fikiran yang serabut tadi
melihat lenggok Sally tak ubah seperti seorang super model yang sedang ber ‘catwalk’.
Mentang-mentanglah cita-cita nak jadi super
model hot suatu hari nanti.
“Hmmm… termenung
nampak? Tak ada kerja ke, girl? Curi
tulang. Lazy.
“Apa kau kata aku
pemalas tak ada kerja. Tak nampak ke aku sedang sibuk buat kerja ni?” sanggah
Mawar dengan usikan Sally tadi.
“Itu pun nak marah. Aku
gurau aje tadi. Maklumlah orang tu dah jadi bos, tu pasal asyik nak marah-marah
je”.
“Tak payah nak perli
aku, ni yang buat kau muncul kat sini, ada apa?”
“Tadi aku ada appointment dengan klien tadi. Terlanjur kereta aku lalu kat sini tu yang aku singgah.
Kenapa tak percaya?”
“Eleh..terlanjur kereta
lalu sini konon, macam aku tak kenal kau, tak kan kau datang kat sini sekadar
nak tengok aku?”
“Kau ni memang Mak
Nujum lah tahu aje apa yang aku fikir. Aku nak tanya macam mana kes kau dengan
Randy? Dia nak bertangunggjawab tak kat kau? Memang betul dia yang letak pil
khayal kat dalam minuman kau malam itu?”
Mawar bangun dari
kerusinya. Sudah dua hari dia memikirkan perkara tersebut. Sally menanti dengan
penuh curiga.
“Memang dia yang letak
pil khayal tu dan cuba meniduri aku, tapi bukan dia yang meniduri aku. Orang
lain.”
“Macam mana kau pasti?”
dahi Sally mula berkerut seribu.
“Aku pergi serang si
Randy tadi, memang dia mengaku yang dia cuba buat jahat dengan aku, tapi segala
hajat dia tak kesampaian.”
Macam manalah si Mawar
ni boleh terima apa yang si Randy cerita kan kat dia, entah-entah si Randy tu
saje reka cerita nak lari dari si Mawar ni! Si Randy tu bukannya betul habis
madu dia sedut sepah dia buang merata-rata, omel hati kecil Sally.
“Mawar kau pasti ke?
Dan kau percaya bulat-bulat apa yang dia cakap kat kau, lelaki macam tu mana
boleh percaya sangat beb,” ujar Sally
lagi.
“Aku dah pastikan dah,
aku ugut pakai nama papa aku tadi. Pucat gila muka dia bila aku kata nak
babitkan papa aku dalam hal kami tadi. Memang dia kata bukan dia yang lakukan,
ada orang pukul dia dari belakang.”
“Come
on girl!”
“Memang aku tak nak
percaya, tapi kenyataannya memang bukan dia tapi orang lain. Sebab aku dan papa
aku sendiri berhadapan dengan lelaki yang mengaku bertanggungjawab tuk semua
yang dia buat.”
Sally lega sedikit
mendengar kenyataan daripada Mawar. “Sekurang-kurangnya kau terlepas dari buaya
buas,”
“Kau kata aku terlepas
dari buaya buas sekarang ni aku dah masuk kat dalam mulut harimau buas kau
tahu! Maruah yang aku jaga dah tergadai. Entah lelaki mana, aku pun tak kenal.”
Marah Mawar bila mengenagkan ugutan lelaki yang tidak dikenali yang berani
memcabar dia dan papanya.
“Tapi siapa lelaki itu,
dan apa tujuan dia mengunakan gambar-gambar kau? Untuk apa dia perangkap kau
kalau dia hanya bermusuhan dengan papa kau?” seribu persoalan sedang berbaris
di benak Sally, tinggal di keluarkan sahaja persoalan yang berlegar-legar tu
bila mendengar penjelasan dari Mawar.
“Kau ni kalau nak soal
aku,biarlah logic sikit. Alangkah
seronoknya aku kalau aku tahu sendiri jawapannya Sally. Yang pasti hanya lelaki
itu yang ada jawapannya. Kenapa dia buat macam tu? Hanya dia yang boleh jawab
soalan kau semua dan puaskan hati aku,” keluh Mawar buntu.
“Apa respon papa kau?”
“Papa aku macam biasa
minta si Aidil siasat siapa lelaki tersebut. Tapi dia terlalu licik untuk
dikesan. Tak seperti musuh-musuh papa yang ingin menjatuhkan kami.”
Sally bangkit menuju
kea rah Mawar yang sedang termenung di hadapan tingkap mengyaksikan panaroma
Kuala Lumpur.
“Maaf kalau aku terlebih
bersoal jawab dengan kau, tapi aku nasihatkan kau supaya lebih berhati-hati.
Biar pun siapa dia, aku pasti dia tak mempunyai niat tak baik.”
“Entahlah Sally. Bila
aku fikirkan balik, aku tak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Aku yang
salah. Kalau aku tak keluar malam tu dengan Randy dan korang mesti peristiwa tu
tak berlaku.”
“Sabar Mawar, aku
sentiasa ada kat sisi kau. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Aku
yakin papa kau pasti akan menemui lelaki itu nanti.” Mawar mengangguk perlahan.
Hatinya sedikit tenang setelah mendengar pujukan daripada Sally.
Sally memeluk erat bahu
Mawar. Hanya itu sahaja yang boleh dia lakukan untuk menenangkan hati
sahabatnya. “Dahlah, kau jangan nak buat bad
mood dengan aku, penat-penat aku singgah kat sini tau. Jom kita keluar! Aku
belanja kau makan. Sebab aku tahu selagi kau tak dapat jawapan memang tak lah
makanan nak masuk kat dalam perut tu kan? Mengalahkan aku ber diet lak,”
seloroh Sally sambil tersengih. Sudah lama mereka tidak keluar bersama sejak Mawar
di suruh berkerja di Pasaraya milik keluarga sahabatnya. Mungkin dengan cara
ini dapat mengelakkan Mawar daripada terus berfikir tentang masalahnya ketika
ini.
“Tolong sikit, tak ada
maknanya aku nak berdiet-diet macam kau, buat seksa badan aku aje kau tahu, “
sangkal Mawar dengan wajah yang sedikit di ceriakan.
“Ada aku kisah? Aku
rasa kau patut bersyukur sebab aku seorang sahabat yang prihatin tentang
pemakanan kau, tak macam sahabat-sahabat kita yang datang dekat bila kita ada ‘plus’ baru nak sibuk dekat dengan
kita,” ejek Sally lagi. Dia memang sudah berkawan dengan Mawar sejak di belajar
di luar negara lagi, pertemuan yang bermula dengan pergaduhan kini menjadikan
mereka rapat.
“Okeylah… kau menang!”
rungut Mawar sambil mengambil beg tangannya di atas meja. Dengan hati yang
malas dia mengekori Sally dengan terhegeh-hegeh di belakang.
BERSAMBUNG.... ;D
nak lagi
ReplyDeleteBest...xsbar nk tau smbungannya...
ReplyDeleteassalamualaikum ....Mangianime ader + atiey
ReplyDeleteTerima kasih sudi lepak Baca n3 'ayb' insyaAllah ceq akn up next bab dia.... Semoga. Ceria Bak Pelangi..... Fika Najwa ;-)
Cool and that i have a keen offer: How Long Renovate House home remodeling estimates
ReplyDelete