OLEH : FIKA NAJWA
Fika
beratur di luar dewan peperiksaan, dia menunggu arahan dari guru yang mengawasi
pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Sewaktu dia menoleh ke belakang dia
nampak Zafril melambai kearahnya dan mulut Zafril ketika tu mengucapkan good
luck kepadanya sambil tersenyum, Fika membalas senyuman dari Zafril
dan turut mengucapkan good luck kepadanya.
“Okey..”Pelajar
semua sila masuk ke ruang dewan peperiksaan dengan senyap dan duduk ditempat
yang mempunyai nama dan angka giliran anda,” Pengawas peperiksaan memberi
arahan kepada pelajar.
Ketika
Fika melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan,bahu Fika dilanggar oleh
Shahrini dan menyebabkan Fika tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh.
Shahrini dan kawan-kawan hanya ketawa tanpa ada perasaan bersalah, mereka terus
berlalu tanpa meminta maaf.
Zafril
yang melihat Fika dilanggar secara sengaja oleh Shahrini bergegas mendapatkan
Fika.Zafril menghulurkan tangannya untuk menolong Fika bangun.Fika yang melihat
Zafril menghulurkan tangannya terus menyambut tangan sahabatnya.
“Terima
kasih Zaf.”
“Kau
okey tak Fika”,Zafril bertanya,ada riak risau tergambar diwajah Zafri.
“Aku
okey Zaf,kau tak payah risau la.”
“Mana
boleh aku tak risau, ibu kau dah bagi amanah kat aku untuk jaga kau Fika.”
“Biar
aku jumpa perempuan tu, dia selalu cari pasal dengan kau.”
“Eeeh..tak
payah sekejap lagi exam nak mula,kau nak pergi serang dia buat apa, bukan pun
aku cedera parah pun,aku cuma jatuh je Zaf,"ujar Fika menegah Zafril.
“Ini
yang aku tak suka dekat kau ini,asal ada orang buat kau mesti kau cakap takpe
lah..biarkan lah,sebab kau cakap macam ini lah kau selalu ditindas Shahrini dan
kawan-kawan dia.”
“Dah
lah aku nak balik kat tempat aku ” Zafril yang marah terus beredar dari situ.
Fika
hanya melihat kelibat sahabatnya berlalu begitu sahaja. Dia tahu Zafril marah
padanya. Fika hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dia tahu
Zafril mengambil berat tentangnya. Fika duduk di kerusi yang disediakan, dia
sudah bersedia menghadapi 'perang' yang terbesar dalam hidupnya. SPM!.
Shahrini
memandang ke arah Fika dan Zafril, dimatanya kini tergambar kebencian yang
mendalam terhadap Fika Farisya.Dia mencebikkan bibirnya melihat kemesraan yang
tercipta di antara Fika dan Zafril. Dia cemburu melihat lelaki yang dicintai
dalam diam tidak pernah memandangnya kerana kehadiran Fika.
“Nanti
kau Fika,kau akan menyesal aku buat,” bisik hati Shahrini yang penuh dendam dan
kebencian terhadap Fika Farisya.
Setelah
mendapat arahan dari pengawas peperiksaan, akhirnya peperiksaan akhir SPM
berjalan mengikut jadual yang disediakan. Semua pelajar yang hadir di dewan
peperiksaan menumpukan sepenuh perhatian menjawab soalan yang disediakan.
Fika
yang mahu mula menjawab kertas peperiksaannya, tiba-tiba teringat akan ibunya
yang berada di rumah. Dia tersenyum. Tidak sabar untuk bertemu ibunya dirumah
dan terkenangkan yang ibunya memasak lauk kesukaannya. hatinya tidak putus dari
berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi ibunya.
'Ibu
tunggu Adik balik ibu,adik sayang ibu.'
**************************
Selepas
kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini
yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis
sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan
Fika.
Selepas
kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini
yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis
sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan
Fika.
Shahrini
ditemani oleh kawan-kawannya melangkah laju mendaki anak-anak tangga menuju ke
tingkat dua bangunan sekolah.Mereka melangkah laju ke arah tandas. Sebaik
sahaja mata Shahrini terpandang papan tanda ‘tandas’ di luar pintu itu. Dengan
kasar terus pintu tandas itu ditolak kasar dari luar.Fika yang berada di dalam
tandas tersebut terkejut dan matanya terus terarah ke arah Shahrini dan
kawan-kawannya.
“Apa
yang korang buat ini? Mana pergi disiplin korang semua? Suka-suka hati main
rempuh pintu.” marah Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya.
Sebagai
pengawas di sekolah, dia berhak menegur jika ada pelajar yang berbuat salah.
Fika melihat Shahrini dan kawan-kawannya melangkah setapak demi setapak menuju
kearahnya. Dia terkepung.
"Hei
Fika, kenapa kau nak report kat guru disiplin ke? Pergi lah aku tak heran lah”
jawab Shahrini dengan berlagaknya.
Fika
yang mendengar menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan yang keluar
dari mulut Shahrini sambil diiringi gelak oleh kawan-kawan Shahrini.Dia tidak
tahu kenapa Shahrini begitu marah padanya dan selalu mencari pasal dengannya.
Setiap teguran dan amaran yang diberi kepada Shahrini dan kawan-kawannya selalu
di pandang sekilas sahaja. Tidak pernah satu pun di antara mereka mahu
mengambil ikhtibar dari tegurannya tentang perilaku mereka di sekolah.
Shahrini
yang semakin dekat terus mendorong Fika ke dinding. Badan Fika terhentak kuat
ke dinding akibat tolakan yang dilakukan oleh Rini. Fika hanya menahan sakit
dan masih berdiam diri tanpa mempertahankan dirinya. Tangan Shahrini mengepung
dirinya, matanya merenung tajam ke arah Fika. Lama mereka bertatapan di antara
satu sama lain. Fika yang bosan,menepis tangan Shahrini yang mengepung dirinya
dan ingin berlalu dari situ.
Belum
sempat dia berlalu salah seorang dari teman Shahrini menghadang laluannya. Dia
nampak semua mata merenung tajam ke arahnya. Fika sedikit gugup, namun dia
masih tenang. Salah seoarang daripadanya mereka bersuara.
“Hei,Fika
kau tu patut cermin diri kau. Baru jadi pengawas dah berlagak. Berani nak lawan
dengan kita orang”
“Kau
patut sedar diri kau,sejak kau dan mak kau hadir di kampung ini kedamaian yang
selama ini aman dah jadi kucar-kacir kau tahu!"Jerit Tina.
“Kau
dan ibu kau cuma pendatang di kampung ini dan menumpang ehsan orang kampung dan
keluarga Haji Hassan,ada hati nak berlagak”
“Entah-entah
betul cakap orang kampung tentang mak kau,mak kau perempuan curang yang dah di
halau dari rumah”
Fika
mengerut dahinya.Telinganya mula panas mendengar apa yang di ucap oleh Tina.
Kenapa harus nama ibunya disebut. Dia dan ibunya tidak pernah berbuat jahat
kepada orang kampung selama mereka menetap di sini. Fika Farisya masih mampu
tersenyum kelat. Dia menyabarkan dirinya agar tidak cepat melatah. Wajah
Shahrini dan kawan-kawannya dikerling sekilas.
“Dah.
..dah aku tak mahu cari pasal dekat sini,malas aku nak layan korang. Korang tak
tahu apa yang terjadi dengan keluarga aku jadi jangan sesekali buat andaian
yang belum tentu tepat lagi tentang kami” tegas suara Fika.
“Kalau
perangai mak kau baik tak adanya dia dihalau dari rumah.Tu dah terbukti yang
mak kau memang perempuan yang tak elok”
“Entah-entah
mak kau ini pisau cukur kot” Rini dan kawan-kawannya mula ketawa.
Fika
memandang tajam ke arah Shahrini dan kawan-kawanya. Dia dapat merasa kesabarannya
kian menipis. Dia yang hanya mendiamkan diri,tiba-tiba bersuara.
“Apa
masalah korang ini?”
“Apa
yang korang tak puas hati dengan aku?” Fika yang menyoal Shahrini dan
kawan-kawannya. Dia tidak sanggup mendengar ibunya dihina oleh
mereka.
Dia
sudah lama bersabar dengan perangai Shahrini dan kawan-kawannya yang sering
mencari pasal dengannya sejak dia duduk di kampung ini dan bersekolah di sini.
Mereka ingat mereka anak orang kaya mereka boleh berbuat sesuka hati mereka
menindas dia dan ibunya. Dia rela dirinya disakiti tapi bukan ibunya.
“Sejak
kau dan ibu kau hadir Zafril tak pernah lagi nak bermain dengan aku.”
“Dia
langsung tak pandang aku lagi.”
“Aku
nak kau jauhkan diri kau dari Zafril Zafuan,sebab dia hak aku!”Jerit Shahrini,
Fika
yang mendengar hanya tergelak kecil,mendengar pengakuan dari Shahrini.
"Hak?"
Kini baru dia tahu kenapa Shahrini selalu mencari pasal dengannya. Shahrini
mempunyai perasaan pada Zafril dalam diam.
“Uuurrmm..patutlah
aku tengok kalau dia bercakap dengan Zafril mesti nak buat gaya mengoda dan
terlentik-lentik dia.” bisik hati Fika.
Shahrini
yang melihat segaris senyuman dari gadis dihadapannya seperti mengejeknya.
Shahrini sakit hati melihat senyuman sinis yang tergaris dibibir Fika.
Tanpa disedari oleh Fika, tangannya dihalakan ke arah pipi Fika
Farisya.
“Pangg!!!”Fika
tersentak!
Pipinya berbekas merah,dihujung bibirnya terasa ada sesuatu yang mengalir.Dia memandang
Shahrini
yang berada dihadapannya dengan tajam. Fika sudah mulai marah dan kesabarannya
kini sudah menipis untuk Shahrini dan kawan-kawannya. Sudah lama dia bersabar
tapi kini dia tidak akan berdiam diri lagi.
Fika
yang masih berdiri dihadapan Shahrini terus mengambil tangan Shahrini,lantas
dipulasnya ke belakang. Shahrini yang tidak menjangka Fika akan memulas
tangannya.Dia merengek kesakitan minta di lepaskan tangannya.
“Kau
boleh marah aku atau hina aku tapi aku tak rela kau hina ibu aku dan naik
tangan kau kat muka aku.”
“Kau
tak di beri hak untuk lempang aku, kau faham.”
Mereka
yang melihat Shahrini dipulas tangannya. Hanya memandang ke arah Shahrini.
Tidak seorang pun yang berani mendekati Fika untuk menolong Shahrini. Mereka
tahu Fika bukan sahaja pengawas sekolah, dia juga antara pelajar yang menang
johan untuk pertandingan silat yang dianjurkan pihak sekolah mereka tahun lalu.
“Apa
yang korang tak puas hati sangat dengan aku haaa!!" Jerit Fika kini dia
tidak lagi boleh bersabar.
“Kau
Rini,kalau kau dah kemaruk sangat nak si Zafril tu kau pikat la dia sampai dia
jatuh cinta dengan kau,tapi aku yakin yang si Zafril tak minat langsung dengan
perempuan macam kau ini,sebab semua lelaki kau layan.”
“Aku
rasa kau yang patut cermin diri kau dulu Rini! Layak ke kau ini dengan
dia?"
“Sedar
lah diri kau itu ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong," ujar Fika
dengan nada sinis.
“Aku
tak ada masa untuk hal remeh-temeh yang korang cipta ini. Jangan ingat aku
mengalah selama ini aku lemah. Aku cuma malas nak layan korang semua,” ujar
Fika dengan merenung tajam ke arah kawan-kawan Shahrini.
"Ini
amaran terakhir dari aku. Aku tak nak nampak korang kacau aku lagi. Kalau tak
lunyai aku kerjakan korang dengan ilmu yang aku tuntut ini,Faham!" Jerit
Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya. Dia melihat Rini dan kawan-kawannya
laju mengganguk-anguk kepala mengiakan ugutannya.
“Bagusss,”sambil
Fika melepaskan tangan Rini yang dipulasnya tadi.
Tanpa
bertangguh Fika terus meninggalkan tandas dengan hati yang puas. Ya,kini dia
merasa puas kerana dapat menghamburkan segala geram dan sakit hati yang selama
ini hanya dipendamnya sekian lama.
Gengaman
tangan tangannya dilepas. Kelihatan ada bekas merah yang melingkari pergelangan
tangannya. Hatinya bertambah sakit dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia
bertekad suatu hari nanti dia akan membalas semua perbuatan Fika. Dia memandang
kawan-kawannya
dengan tajam, waktu dia didalam kesusahan tak ada seorang pun di antara
kawannya menghulurkan bantuan ketika dia di dalam kesusahan.
“Kenapa
korang tengok je masa si Fika tu pulas tangan aku?”
“Kenapa
korang tak bantu aku?"Rini menyoal kawan-kawannya. Mereka hanya menunduk
dan membisu melihat kemarahan Shahrini.
“Aaa…ku
bukan tak nak tolong kau Rini tapi aku takut, tak pasal-pasal dia keluarkan
ilmu silat dia macam mana?.Dia kan johan untuk pertandingan silat, nanti tak
pasal-pasal muka aku yang cantik ini lebam di buatnya.” Tina mula bersuara
membela dirinya.
Shahrini
yang mendengar penjelasan salah seorang dari kawannya mencebikan bibirnya.Dia
terus melagkah keluar tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang masih menudukakn
muka ke lantai.Kawan-kawannya terkedu melihat Rini keluar begitu sahaja tanpa
mengajak mereka.
“Arrgghhh….korang
semua pengecut!!”
"Tak
guna punya kawan!!"
BERSAMBUNG :)....
alhamdulillah..nasib baik fika ada ilmu silat... org macam sharini x boleh dibiarkan..
ReplyDeleteSha....
ReplyDeleteTerima kasih sudi follow...ngee seni mempertahankan diri selit sikit kat babak tu...ngee ;)[FIKA NAJWA]