Dia
resah
bila mengetahui anak perempuannya itu berpesta sepanjang malam di salah sebuah
banglo tiga tingkat di bukit Antarabangsa. Dia tidak kisah jika Mawarnis pandai
menjaga diri dan maruah keluarganya ,tetapi di cukup kecewa ketika ini. Tidak
di sangka Mawarnis sanggup berkelakukan begitu, masih terbayang lagi gambar aib
yang di lihatnya sewaktu di pejabat pagi tadi.
Siapa
pengirimnya dia tidak tahu. Dia takut gambar-gambar itu jatuh ke tangan
pesaing, pasti mereka akan mengunakan gambar itu untuk menjatuhkan empayar
perniagaannya. Fikiran Dato Khalil begitu, resah, susah hati dan tidak tahu
bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini. Andai arwah isterinya masih ada pasti
Mawarnis tidak akan berkelakuan seperti
di dalam gambar itu.Pasti gadis itu tak seliar kini.
‘Aira..abang
gagal menjadi seorang ayah yang baik untuk anak kita. Abang gagal mendidik dia
sayang’, Dato Khalil merintih didalam hati . Dia meraup wajahnya. Setitik
airmatanya jatuh jua akhirnya apabila
Dato Khalil terkenang akan arwah isteri yang dicintai.
Jam di tangannya sudah
menunjukkan pukul 11.30 malam. Tetapi Dato Khalil masih setia duduk di sofa
sambil menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia akan menunggu anaknya pulang. Mata
Dato Khalil terarah pada pintu utama, perlahan-lahan
matanya terpejam.
Tepat
pukul
dua pagi sebuah kereta mewah memasuki perkarangan banglo tiga tinggkat milik
Dato Khalil.
“Thanks
dear and....”
“Love
you..” ungkap Mawarnis manja sambil memegang pipi Randy.
“I
love you more than you love me.”, Randy menggenggam jari jemari runcing
Mawarnis lalu dikucup lama jari jemari itu. Selepas itu dia mencium pipi
Mawarnis pula.
Mawarnis
tidak membantah, malah dia ketawa manja apabila menerima ciuman di pipinya.
Randy yang melihat Mawarnis seakan-akan membenarkan perlakuannya itu mula
menunduk mencari bibir mungkil milik gadis yang berada di dalam pelukannya.
Nafas
Randy kini mula tidak stabil, rentak nalurinya mula kucar kacir melihat lenggok
tubuh Mawarnis yang seperti mengoda dan seksi pada pandangan matanya. Baru
sahaja bibirnya hendak mendarat di bibir mungil milik Mawarnis, ada jari
runcing menegahnya untuk meneruskan perlakuannya itu. Randy mengeluh.
“Eeeee....you
ni kan... nakal tau. Nanti kalau Daddy I nampak macam mana? Tak pasal-pasal lepas
nie kita tak boleh jumpa dah”, Mawarnis mengekek manja bila melihat buah
hatinya merajuk disebabkan niat dia
terbantut. Mawarnis yang nampak Randy memalingkan wajah ke arah lain, terus
memaut lengan jejaka itu di terus melentokkan kepalanya di bahu Randy.
“Owwhh....come
on dear. Janganlah marah kat I. Nanti I tak ada tempat nak bermanja lagi. Kalau
you nak ‘lebih-lebih’ apa kata you hantar rombongan meminang I.”, seloroh
Mawarnis. Randy yang mendengar terus memagut dagu Mawarnis dan kini mata mereka
bertentangan. Perlahan-lahan bibir mereka bersatu lama. Randy mengeluh bila
tautan bibirnya dan Mawarnis terungkai. Dia melihat Mawarnis sudah membuka
pintu kereta sambil melambai-lambai tangan ke arahnya.
‘Takpe
You dah jadi milik I. Dan sekali You jadi milik I selamanya akan tetap jadi
milik I’, bisik hati Randy. Masih terbayang diruangan matanya setiap lekuk
tubuh gadis itu. Malam itu dia berjaya menakluki semua milik Mawarnis. Dia
tersenyum puas.
“Love
you” , Mawarnis mengerakkan bibirnya perlahan.
“Love
you too honey”, gerak bibir Randy membalas , disertakan ‘flaying kiss’ khas
untuk Mawarnis.
Mawarnis
berjalan terhoyan-hayang melangkah memasuki halaman rumah banglo tiga tinggkat
milik keluarganya itu, sambil menjinjing beg tangannya. Setelah sampai di
hadapan pintu utama, dia mengeluh. Mahu
saja di mengetuk pintu itu tetapi dia tidak boleh berbuat begitu. Pasti nanti
Daddynya akan terjaga, lalu dia menyeluk tangannya ke dalam beg tangan untuk
mencari kunci rumah. Dia tersenyum setelah mengenggam segugus kunci. Mawarnis
yang mabuk itu cuba memasukkan kunci ke dalam lubangnya, tetapi gagal. Dia
merengus.
“Issshh.....”,
belum sempat dia mencuba membuka pintu untuk kali kedua, pintu sudah dikuak dari dalam. Mawarnis
tersenyum lebar, dia pasti orang yang membuka pintu dari dalam itu ialah Mak
Mimah.
“Terima
kas...”, ayat terakhir tidak dapat dihabiskan. Dia terkaku dan terkejut apabila
wajah begis Daddynya yang sedang
berada didepan pintu. Tekaannya salah. Bukan Mak Mimah yang membuka pintu
tetapi daddynya.
“Daddy !” , Mawarnis tergaman sebentar.
Mengapa Daddy ada di rumah? Bukan
tadi Daddy berpesan yang dia akan
berangkat ke korea selama tiga hari. Dia meerhatikan Daddynya yang masih lengkap berpakaian pejabat biarpun jam sudah
menginjak ke angka 2.30pagi. Mawarnis
cuba bersikap seperti biasa di hadapan Dato Khalil.
“Daddy . Bila Daddy balik? Mawar tak tahu pun. Daddy kata dekat Mawar, yang Daddy
akan ke korea masa sarapan pagi tadi”, Mawarnis cuba beseloroh untuk menuntup
gugupnya.
“Dad....”,
Panggg....! Belum sempat Mawarnis menyebut nama Daddynya, tubuhnya sudah terjelepuk jatuh ke lantai. Mawarnis yang
separa sedar tergamam dan matanya tajam merenung ke arah Dato Khalil. Dia
melihat rahang Daddynya
bergerak-gerak akibat menahan marah di saat itu. Tapi apa salahnya sampai Daddy sanggup menamparnya? Kenapa Daddy memperlakukannya begitu? Apa yang
dia tahu, Daddy tidak pernah
menyakiti tubuhnya. Tapi pagi ini dia benar-benar tergamam dan terkejut.
Pipinya yang perit dipegang. Perit.
“Kenapa
Daddy
tapar Mawar? Apa salah Mawar sampai Daddy
sanggup tampar Mawar?”, soal Mawarnis yang masih dalam keadaan terkejut akibat
tamparan Dato Khalil sebentar tadi. Dia mengosok-gosok pipinya yang perit itu.
Jika
di ikutkan hati yang panas, mahu saja Dato Khalil melempang pipi Mawarnis
berkali-kali, sampai hatinya puas dengan
apa yang anaknya telah lakukan padanya. Tetapi dia masih punya kewarasan. Dia
tidak tega melukai satu-satu anaknya dengan arwah isterinya. Dia amat menyayangi
anaknya itu. Sehingga segala kemahuan anaknya itu diturutkan sahaja. Tapi kali
ini dia harus bertegas. Bertegas demi kebaikan anak tunggalnya.
“Mawar
kamu ke mana tadi? Baru sekarang kamu nak balik?”, tanya Dato Khalil, sedaya
upaya dia cuba untuk meredakan kemarahannya.
“Mawar
keluar dengan kawan ke kelab”, dengan selamba Mawarnis membalas soalan Dato
Khalil.
”Kenapa?Takkan
sebab Mawar keluar pergi kelab dan balik lewat, Daddy sanggup tampar
Mawar?”, Mawarnis menyoal Daddynya
pula.
Dato
Khalil merenung tajam anaknya. Kemarahannya kini naik begitu mendadak apabila
anaknya dengan lancang menjawab setiap soalan yang ditanyanya. Kini anaknya
pula menanyanya. Dato Khalil mencapai briefcase
lalu di keluarkan sampul yang di terimanya pagi tadi. Dato Khalil mengeluarkan
segala isi yang berada di sampul itu.
“Mawar
nak tahu kenapa Daddy tampar Mawar?
Cuba kamu tengok apa yang Daddy dapat pagi tadi? Tengok gambar siapa? Apa yang
dah kamu buat dalam gambar tu? Apa yang kamu dah buat Mawar?”, herdik Dato
Khalil sambil melontarkan ke semua gambar-gambar yang berada dalam sampul
berwarna coklat itu. Dia melontarkan kesemua gambar itu ke arah Mawar yang
masih duduk di atas lantai akibat tamparannya tadi. Dato Khalil memejamkan
matanya sejenak. Dia malu melihat gambar-gambar yang bertaburan di atas lantai
itu. Mawar perlahan-lahan mencapai beberapa keping gambar yang bertaburan di
lantai. Matanya membulat melihat imej yang tertera di dalam gambar tersebut.
Terkejut.
“What?”
, Mawar terkedu. Kini baru dia sedar punca kemarahan Daddynya. Ayah mana yang tidak marah jika melihat gambar anaknya
yang begitu mengaibkan di dalam gambar itu?.
‘Memang
patut Daddy tampar aku’, kata hati Mawarnis.
“Sekarang
Mawar nak jelaskan apa dekat Daddy?”,
tanya Dato Khalil pada anaknya. Mawar meraup wajahnya, sesalnya tidak berguna
lagi selepas kejadian malam itu. Sesal dahulu pendapatan, Sesak kemudian tiada
gunanya.
Tetapi
tidak dia sangka Randy sanggup mengaibkan dia sebegini rupa. Bukan lelaki itu
sudah berjanji akan bertanggungjawab ke atas dirinya. Kenapa Randy sanggup buat
ini semua? Kejadian malam itu mula terlayar di fikiran Mawarnis. Malam yang
penuh dengan seribu penyesalan.
“Tak kuasa aku nak balik.
Aku ada idea”, belum sempat Sally meneruskan percakapannya, dia mendengar getaran telefon milik Mawarnis
yang diletakkan di atas meja. Dia melihat Mawarnis mencapai dan membelek skrin
telefon bimbitnya. Seketika dia melihat Mawarnis menjawab panggilan yang
diterima. Sally merenung wajah Mawarnis
yang tersenyum lebar ketika menjawab telefon. Dia tahu senyuman dari Mawarnis
mempunyai erti. Dia yakin itu.
“Weii
beb, apasal kau tersengih je? Siapa yang call kau sekejap tadi sampai wajah kau
berseri-seri ini?”, soal Sally pada Mawarnis. Dia teruja ingin mengetahui
siapakan gerangan si pemanggil yang sudah membuatkan wajah temannya itu
berseri-seri.
“Kau
rasa? Cuba kau teka siapa yang call aku tadi?”, Mawarnis cuba berteka teki
dengan Sally.
“I don’t know? Who?”, Sally sudah mengerutkan dahinya tanda dia tidak tahu siapakah
si pemanggil ‘misteri ‘itu. Dia sengaja mengelarkan si pemanggil itu dengan
gelaran ‘misteri’
“Ohh....come
on Mawar, jangan bagi aku kena heart attack kat sini?”, ucap Sally.
“Cepatlah
bagi tahu dekat aku, siapa yang call kau tadi.”, Sally mula bosan . Dia tidak
sabar mahu tahu berita apa yang di sampaikan si pemanggil yang membuat
sahabatnya tersenyum lebar.
“Kelly!”
, jawab Mawarnis.
“What
Kelly? Apa dia nak? Mesti dia ada projek baru yang gempak nak kita join kan?”,
soalan bertubi-tubi keluar dari Sally. Dia begitu teruja ingin mengetahui
berita apa yang disampaikan Kelly kepada Mawarnis sehingga Mawarnis tersenyum
lebar.
“Yup..dia
ada projek baru yang pasti akan buat kita enjoy hari ini. Kelly jemput kita ke
parti di rumah banglo dia.”, ujar Mawarnis sambil tersenyum lebar. Dia akan
berparti malam ini.
“Party
is on!”, ucap Mawarnis sambil bersorak gembira.
“Eehh....kejap,
berani pulak dia buat dekat rumah?”, soal Sally pelik. Setahu dia, keluarga
Kamelia atau lebih mesra dikenali sebagai Kelly bukanlah keluarga yang suka
berparti.
“Harus
lar dia berani. Kau nak tau sebab apa?. Sebab parents dia tak ada dekat
sini, mereka semua pergi bercuti di
London. Kelly malas nak ikut trip Holiday Family dia, itu pasallah dia nak
adakan party.”
“Wah!
Ini yang aku tak sabar nak tunggu ni. Serius aku jamin mesti Kelly adakan parti
yang hebat dan meriah. Mawar, kita enjoyyy.......”, kata Sally kegembiraan.
“So.....Mawar
apa yang kita tunggu lagi?”, ujar Sally sambil melompat kegembiraan.
Mawarnis
tersenyum.Segera dia mengangkat tangan menggamit pelayan untuk membayar minuman
mereka. Mereka bangun dengan senyuman lebar. Mawarnis mendekatkan wajahnya ke
arah telinga Sally, dia membisikan sesuatu.
“Kau
pergi panggil Randy, aku tak mahu dia ketinggalan nanti.”, Mawarnis mengarahkan
Sally memberitahu Randy tentang rancangan mereka.
“Sally
aku tunggu kau dan Randy dekat car park tau!”, teriak mawar pada Sally. Sally
yang mendengar terus menaikkan ibu
jarinya tanda ok.
Selepas
membayar dan memberi tips kepada pelayan kelab, dia terus berlalu keluar dari
kelab itu. Mawarnis masih tersenyum lagi. Malam ini dia pasti akan enjoy,
berhibur bersama kawan-kawan yang satu kepala dengannya.
Mawarnis yang berada di
dalam kereta merunggut menunggu Sally dan Randy.
“Isshh…mana
pulak dia orang ini?Ini mesti Randy tak mahu keluar duk berpeluk dengan gadis
seksi yang menari bersama dia tadi.”Mawarnis merunggut sendirian.Wajahnya yang
tadi masam terus tersenyum bila melihat dua susuk tubuh yang baru sahaja
menolak pintu kelab malam,lalu menghidupkan enjin kereta.Mereka bertiga menuju
ke rumah Kamelia.
BERSAMBUNG.... ;D
best :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kaklong terima kasih sudi sokong ceq n baca cite ceq.. semoga ceria bak pelangi ;)
Delete