OLEH :FIKA NAJWA
Adi Irwansyah cuba memejamkan
matanya. Sudah 2 bulan dia berhenti kerja. Setiap malam dia pasti tidak dapat
melelapkaan matanya. Sampai sekarang dia tidak boleh melupakan seraut wajah
yang sering hadir mengasak ingatannnya terhadap Nadia. Banyak yang bermain di
fikirannya saat ini. Dia tidak menyangka luahan hatinya terhadap gadis
kesayangannya 2 bulan lepas di tolak mentah-mentah. Betul kata sahabatnya Rizal
yang Tengku Nadia sangat membenci lelaki. Bukan sahaja luahannya di tolak tapi
kata-kata hinaan yang keluar dari mulut gadis kesayangan cukup membunuh hati
dan perasaannya. Kejadian 2 bulan terlayar di ingatannya.
Pintu terkuak dari luar, Rizal melangkah masuk
kedalam bilik sahabatnya. Adi yang melihat Rizal yang melangkah masuk
tersenyum.
“Kau kenapa senyum-senyum tak tentu pasal ini?”
“Kau ingat aku masuk ini nak tengok kau senyum
semacam ke?’’
“Aku nak pergi berjuang dalam percintaan ni.”
jawab Adi dengan tenang.
Rizal yang mendengar luahan Adi hanya mampu
mengeluh. Dia menarik nafasnya.
“Kau yakin yang kau nak luahkan perasaan kau
pada dia?” jelas tergambar riak risau di wajah sahabatnya.
“Aku yakin!”
“Aku tak boleh menahan rasa aku yang setiap
hari bercambah.Setiap masa hati aku meronta-ronta untuk meluahkan cinta aku
padanya. Aku nak dia tahu yang aku mencintai dia Zal.”
“Kalau kau yakin aku tetap akan sokong kau
kawan,” Rizal tersenyum.
“Good luck... Aku doakan kau Adi,”
potong Rizal.
Dalam mereka berborak tentang rancangan Adi
untuk meluahkan isi hatinya, Butang intercom diatas meja kerja Adi
berkelip.
Adi terus menekan butang intercom.
“Yea Ika, Ada apa?” tanya Adi dengan suara yang
ceria.
“Encik Adi,Tengku Nadia minta encik jumpa di
biliknya sekarang.”
“Baiklah...”
Selepas Adi menjawab intercom dari Ika
dia terus bangun dan menghampiri Rizal.
“Zal, aku nak pergi jumpa Nadia. Kau doakan aku
tau.”
“Aku sentiasa doakan kau dan semoga kau berjaya
mendapat cinta yang kau dambakan selama ini.”
Nadia yang sedang khusuk membuat kerjanya
terganggu dengan bunyi butang intercom yang sudah berkelip.Lalu dia menekan
butang merah dan menjawab.
“Ada apa Hana?”
“ Nad, Adi ada di luar dia nak jumpa kau. Boleh
ke dia masuk sekarang?”
“Okey biar dia masuk,terima kasih Hana.”
Pintu bilik Nadia di ketuk dari luar. Nadia yang
mendengar ketukan itu membenarkan Adi untuk masuk ke biliknya. Matanya terarah
ke arah pintu. Dia mendengar suara Hana meminta izin dari luar.
“Excuse me Nad, boleh kami masuk?
“Masuk!!”
Pintu biliknya terkuak dari luar, Seraut wajah
Adi Irwansyah melangkah masuk dengan tenang. Malah sempat mengucapkan terima
kasih pada Hana yang masih berdiri tegak membukakan pintu untuk Adi.
Ketika Adi masuk ke dalam bilik Nadia. Dia
melihat gadis kesayangannya sedang bercakap dengan seseorang di talian. Dia
nampak isyarat tangan dari Nadia yang menyuruhnya duduk.Adi melabuhkan
punggungnya ke kerusi lalu dia melihat wajah yang tak pernah di lupakan sejak
di mengenal Nadia.
“Kenapa perkara macam ini boleh terjadi?”
“Baik sebentar lagi saya akan turun site
untuk tengok tapak itu”
“Terima kasih, Kalau ada apa-apa masalah terus
bagi tahu saya atau Encik Adi,” potong Nadia memberitahu orang yang berada di
talian.
“Ada apa Cik Nad nak jumpa saya?” Adi menyoal
Nadia sebaik sahaja talian di matikan oleh Nadia.
“Tapak bangunan perumahan yang sedang kita
bangun mempunyai masalah. Dinding bangunan itu mula retak,” terang Nadia
serius. Hal ini boleh menjejaskan nama syarikatnya.
“Boleh kita pergi sekarang ke site?”
Adi yang mendengar hanya mengangguk tanda
mengiakan dia akan mengikut Nadia ke tapak projek yang mempunyai masalah di
dengkil.
*****
Sesampai mereka di tapak projek mereka terus
berjumpa Encik Ashraf selaku penyelia di tapak projek.
“Mana dinding yang retak?” Soal Tengku Nadia.
Adi dan Nadia memandang bahagian yang ditunjukkan
oleh Encik Ashraf.
“Encik Zakuan tahu perkara yang berlaku
ini?” soal Adi pada Ashraf. Kelihatan Ashraf mengeleng. Dia mengeluh.
“Takpe saya sendiri akan berjumpa Zakuan esok
nak tanya sendiri. Dia sebagai Project Manager harus tahu tentang pekara
ini.” Tegas Nadia. Dia perlu face to face dengan Zakuan. Kenapa hal ini boleh timbul?. Sedangkan
bahan yang syarikat dia guna adalah dari bahan yang berkualiti tinggi.
“Okey Encik Ashraf , kami balik dulu. Kalau ada
apa-apa masalah lagi terus beritahu Encik Zakuan.” Nadia meminta diri untuk
beredar dari tapak projek.
Adi bersalaman dengan Ashraf selaku penyelia
tapak projek. Dia dan Nadia terus menuju pantas ke arah kereta. Adi berpaling
sekilas kearah Nadia yang sedang memakai seat belt. Ada pekara yang pelu
dia sampaikan. Perkara terbesar dalam hidupnya. Dia tidak akan menunda lagi.
Semakin ditunda semakin berat beban hatinya.
“Nad apa kata kita pergi lunch dulu
sebelum masuk office. Lagipun kalau balik ke office kita akan
sampai masa lunch time jugak.”
Nadia mengerutkan dahi sebelum mengangguk tanda
setuju dengan cadangan Adi.
“Nak lunch dekat mana?”soal Nadia.
“Saya ikut Nadia nak lunch dekat mana,”
ajak Adi
“Hhhmm..kita lunch dekat starbuck
je lah. Saya tak lalu nak makan lah Adi.” Lembut tutur Nadia. Kepenatan.
“Okey. Segalanya untukmu” perlahan suara Adi
menjawab. Antara dengar atau tidak.
“Awak cakap apa tadi Adi,saya kurang dengar
tadi”. Berkerut dahi Nadia. Tadi dia rasa Adi ada cakap sesuatu.
“Ehh..saya tak ada cakap apa-apa pun kat Nad,”
dalih Adi.
“Saya cakap okey kita pergi ke sana”Adi
memotong percakapan Nadia. Sambil tersenyum Adi menarik nafas lega kerana Nadia
tidak mendengar apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.
“Okey jomlah” Ujar Nadia.
Adi tersenyum puas mendengar jawapan dari Nadia.
Adi menghidupkan keretanya, Kereta mula bergerak dan meluncur
laju membelah jalan raya menuju ke starbuck Alamanda di Putrajaya. Waktu
di dalam kereta diam-diam Nadia menoleh ke arah Adi yang sedang memandu di
sisinya. Adi tak la hensem tapi boleh la buat dia berpaling berkali-kali. Kalau
dah berkali-kali tu mesti hensemkan.
Dia terkedu melihat
secara kebetulan Adi pun menoleh ke arahnya. Apa yang pasti sejak mereka di site,
Nad merasa yang Adi merenungnya. Yang pasti renungan dari Adi kali ini agak berlainan.
Cukup membuat hatinya bagai berlari.
‘Alamak aku
terpandaang dia lah pulak tengok aku jugak.Eee....malu aku.’ Nad berkata
perlahan akibat malu mencuri pandang ke arah Adi.
“Nad cakap apa
tadi?” soal Adi.
“Errrrr…tak
ada apa-apa pun,” Nad tersenyum dan matanya cepat di alihkan ke luar. Buat malu
aku je.
Adi hanya tersenyum
melihat Nad ,bukan dia tak dengar apa yang gadis itu katakan tadi. Adi menoleh
sekilas pandang ke arah Nadia. Pipi gadis kesayangannya merah. Mesti malu
dengan situasi tadi di mana mata mereka bertentangan.
“Alahai cantiknya
Nad,dengan pipinya yg merah akibat menahan malu,”hati Adi bermonolog.
Hampir sejam mereka
berdiam diri tanpa tiada seorang pun yang bersuara. Akhirnya mereka sampai di Alamanda
Putrajaya, Precint 1. Adi Irwansyah memberhentikan keretanya di dalam parking
lot yang di sediakan. Mereka berjalan beriringan bersama masuk ke dalam Starbuck.
Mereka memilih tempat duduk di dalam cafe berkenaan. Seorang pelayan
tiba di meja mereka.
“Good afternoon
Sir. Can I take your order please?”
“Okey wait,
" Adi berpaling ke arah Nadia.
“Nad nak
minum apa?” soal Adi dengan senyuman.
“Hhhmm…bagi
saya banana nut loaf dan cool lime.”
“Sir?” soal pelayan
tersebut. Menanti pesanan dari Adi.
“Give us one coffee latte, one cool
lime and one banana nut loaf. That’s all” Adi memberitahu pesanannya.
“Hari ini biar saya
yang belanja Nad,”Adi memulakan bicara sebaik sahaja pelayan tersebut
berlalu.
Nadia tidak tahu
bagaimana caranya untuk menjawab dia masih malu dengan kejadian di dalam kereta
tadi. Dia menoleh ke arah Adi yang sedang tersenyum memandangnya. Renungan dari
mata Adi membuat lidahnya kelu.
“Thanks, sudi
belanja saya,” ujar Nadia pada Adi.
“Kasihmu selalu di
terima Nad.”
Nadia terdiam dan
hanya menundukan wajah selepas Adi berkata begitu. Di dalam hatinya sedang
berbunga indah bagaikan taman kupu-kupu tapi cepat-cepat di cantasnya. Dia
tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Dia tak mahu rasa sakit yang di alaminya
dulu berulang kembali. Dia perlu menepis kata-kata manis dari seorang
lelaki.Kepercayaannya pada lelaki kosong. Makanan dan minuman yang di pesan
mereka telah tiba di meja makan.
“Err…awak minum dulu.
Saya nak ke toilet.”Nadia meminta diri.
Di dalam toilet
Nadia merasa debaran di hatinya kian laju. ‘Kenapa ada getar di hatinya ketika
dia berada dekat dengan Adi?Adakah dia sudah jatuh cinta lagi ketika ini?’ Nad
menyoal dirinya.
“Tidak…tidak aku
tidak akan sesekali jatuh cinta lagi. Apa yang aku rasa sekarang bukan perasaan
cinta tapi perasaan seorang sahabat tak lebih dari itu," Nadia bermonolog
sendiri.
“Chaiyok
Nad, jangan mudah kalah dengan perasan kau,” kata-kata semangat dilaungkan cuba
memberi motivasi kepada diri sendiri ajar tidak bermain dengan perasan
dihatinya.
“Maaf..saya lama di
toilet,”ujar Nad memohon maaf pada Adi.
“Takpe saya
faham,”potong Adi.
Mereka menikmati
menu masing-masing dengan tenang. Nadia menyedari seperti ada orang sedang
merenungnya,dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia menyedari renungan Adi
hanya tertumpu ke arahnya.Irama di jantungnya ketika ini seperti bernyanyi
dengan rancak.Jantungnya terasa mengepam laju.Kenapa Adi
memandangnya begitu?Nadia serba salah ketika ini. Nak di tanya dia malu
tak ditanya hatinya kian berdebar laju.
Adi memulakan
langkah. Dia perlu meluahkannya pada hari ini. Nadia harus tahu apa yang di
rasaakannya ketika ini.
“Saya nak cakap
sesuatu dengan awak,Nad,”ujar Adi.
“Cakaplah.” Potong
Nadia. Nadia mengerutkan dahinya. Dia melihat Adi menarik nafas panjang seperti
ada sesuatu yang bakal di ucapkan oleh Adi. Terasa gerun pun ada bila melihat
muka serius Adi tanpa sebarang senyuman di wajahnya.
BERSAMBUNG.... ;D
No comments:
Post a Comment