FOLLOWERS

Friday, January 25, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 3




 OLEH : FIKA NAJWA

Fika beratur di luar dewan peperiksaan, dia menunggu arahan dari guru yang mengawasi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Sewaktu dia menoleh ke belakang dia nampak Zafril melambai kearahnya dan mulut Zafril ketika tu mengucapkan good luck kepadanya sambil tersenyum, Fika membalas senyuman dari Zafril dan turut mengucapkan good luck kepadanya.
 
“Okey..”Pelajar semua sila masuk ke ruang dewan peperiksaan dengan senyap dan duduk ditempat yang mempunyai nama dan angka giliran anda,” Pengawas peperiksaan memberi arahan kepada pelajar.

 Ketika Fika melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan,bahu Fika dilanggar oleh Shahrini dan menyebabkan Fika tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh. Shahrini dan kawan-kawan hanya ketawa tanpa ada perasaan bersalah, mereka terus berlalu tanpa meminta maaf.

 Zafril yang melihat Fika dilanggar secara sengaja oleh Shahrini bergegas mendapatkan Fika.Zafril menghulurkan tangannya untuk menolong Fika bangun.Fika yang melihat Zafril menghulurkan tangannya terus menyambut tangan sahabatnya.

“Terima kasih Zaf.”

 “Kau okey tak Fika”,Zafril bertanya,ada riak risau tergambar diwajah Zafri.

“Aku okey Zaf,kau tak payah risau la.”

“Mana boleh aku tak risau, ibu kau dah bagi amanah kat aku untuk jaga kau Fika.”

“Biar aku jumpa perempuan tu, dia selalu cari pasal dengan kau.”

 “Eeeh..tak payah sekejap lagi exam nak mula,kau nak pergi serang dia buat apa, bukan pun aku cedera parah pun,aku cuma jatuh je Zaf,"ujar Fika menegah Zafril.

“Ini yang aku tak suka dekat kau ini,asal ada orang buat kau mesti kau cakap takpe lah..biarkan lah,sebab kau cakap macam ini lah kau selalu ditindas Shahrini dan kawan-kawan dia.”

“Dah lah aku nak balik kat tempat aku ” Zafril yang marah terus beredar dari situ.

 Fika hanya melihat kelibat sahabatnya berlalu begitu sahaja. Dia tahu Zafril marah padanya. Fika hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dia tahu Zafril mengambil berat tentangnya. Fika duduk di kerusi yang disediakan, dia sudah bersedia menghadapi 'perang' yang terbesar dalam hidupnya. SPM!.

Shahrini memandang ke arah Fika dan Zafril, dimatanya kini tergambar kebencian yang mendalam terhadap Fika Farisya.Dia mencebikkan bibirnya melihat kemesraan yang tercipta di antara Fika dan Zafril. Dia cemburu melihat lelaki yang dicintai dalam diam tidak pernah memandangnya kerana kehadiran Fika.

“Nanti kau Fika,kau akan menyesal aku buat,” bisik hati Shahrini yang penuh dendam dan kebencian terhadap Fika Farisya.

Setelah mendapat arahan dari pengawas peperiksaan, akhirnya peperiksaan akhir SPM berjalan mengikut jadual yang disediakan. Semua pelajar yang hadir di dewan peperiksaan menumpukan sepenuh perhatian menjawab soalan yang disediakan.

Fika yang mahu mula menjawab kertas peperiksaannya, tiba-tiba teringat akan ibunya yang berada di rumah. Dia tersenyum. Tidak sabar untuk bertemu ibunya dirumah dan terkenangkan yang ibunya memasak lauk kesukaannya. hatinya tidak putus dari berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi ibunya. 
'Ibu tunggu Adik balik ibu,adik sayang ibu.'

**************************

Selepas kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan Fika. 

Selepas kertas akhir SPM berakhir,Fika melangkah menuju ke tandas. Dari jauh Shahrini yang memerhatikan kelibat Fika. Melihat Fika yang menuju ke tandas, terlukis sebuah senyuman di wajah Shahrini. Entah apa lagi rancangan dia nak mengenakan Fika.

Shahrini ditemani oleh kawan-kawannya melangkah laju mendaki anak-anak tangga menuju ke tingkat dua bangunan sekolah.Mereka melangkah laju ke arah tandas. Sebaik sahaja mata Shahrini terpandang papan tanda ‘tandas’ di luar pintu itu. Dengan kasar terus pintu tandas itu ditolak kasar dari luar.Fika yang berada di dalam tandas tersebut terkejut dan matanya terus terarah ke arah Shahrini dan kawan-kawannya.

“Apa yang korang buat ini? Mana pergi disiplin korang semua? Suka-suka hati main rempuh pintu.” marah Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya.

Sebagai pengawas di sekolah, dia berhak menegur jika ada pelajar yang berbuat salah. Fika melihat Shahrini dan kawan-kawannya melangkah setapak demi setapak menuju kearahnya. Dia terkepung.

"Hei Fika, kenapa kau nak report kat guru disiplin ke? Pergi lah aku tak heran lah” jawab Shahrini dengan berlagaknya.

Fika yang mendengar menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Shahrini sambil diiringi gelak oleh kawan-kawan Shahrini.Dia tidak tahu kenapa Shahrini begitu marah padanya dan selalu mencari pasal dengannya. Setiap teguran dan amaran yang diberi kepada Shahrini dan kawan-kawannya selalu di pandang sekilas  sahaja. Tidak pernah satu pun di antara mereka mahu mengambil ikhtibar dari tegurannya tentang perilaku mereka di sekolah.

Shahrini yang semakin dekat terus mendorong Fika ke dinding. Badan Fika terhentak kuat ke dinding akibat tolakan yang dilakukan oleh Rini. Fika hanya menahan sakit dan masih berdiam diri tanpa mempertahankan dirinya. Tangan Shahrini mengepung dirinya, matanya merenung tajam ke arah Fika. Lama mereka bertatapan di antara satu sama lain. Fika yang bosan,menepis tangan Shahrini yang mengepung dirinya dan ingin berlalu dari situ.

Belum sempat dia berlalu salah seorang dari teman Shahrini menghadang laluannya. Dia nampak semua mata merenung tajam ke arahnya. Fika sedikit gugup, namun dia masih tenang. Salah seoarang daripadanya mereka bersuara.

“Hei,Fika kau tu patut cermin diri kau. Baru jadi pengawas dah berlagak. Berani nak lawan dengan kita orang”

“Kau patut sedar diri kau,sejak kau dan mak kau hadir di kampung ini kedamaian yang selama ini aman dah jadi kucar-kacir kau tahu!"Jerit Tina.

“Kau dan ibu kau cuma pendatang di kampung ini dan menumpang ehsan orang kampung dan keluarga Haji Hassan,ada hati nak berlagak”

“Entah-entah betul cakap orang kampung tentang mak kau,mak kau perempuan curang yang dah di halau dari rumah”

Fika mengerut dahinya.Telinganya mula panas mendengar apa yang di ucap oleh Tina. Kenapa harus nama ibunya disebut. Dia dan ibunya tidak pernah berbuat jahat kepada orang kampung selama mereka menetap di sini. Fika Farisya masih mampu tersenyum kelat. Dia menyabarkan dirinya agar tidak cepat melatah. Wajah Shahrini dan kawan-kawannya dikerling sekilas.

“Dah. ..dah aku tak mahu cari pasal dekat sini,malas aku nak layan korang. Korang tak tahu apa yang terjadi dengan keluarga aku jadi jangan sesekali buat andaian yang belum tentu tepat lagi tentang kami” tegas suara Fika.

“Kalau perangai mak kau baik tak adanya dia dihalau dari rumah.Tu dah terbukti yang mak kau memang perempuan yang tak elok”

“Entah-entah mak kau ini pisau cukur kot” Rini dan kawan-kawannya mula ketawa.

Fika memandang tajam ke arah Shahrini dan kawan-kawanya. Dia dapat merasa kesabarannya kian menipis. Dia yang hanya mendiamkan diri,tiba-tiba bersuara.

 “Apa masalah korang ini?”

“Apa yang korang tak puas hati dengan aku?” Fika yang menyoal Shahrini dan kawan-kawannya. Dia tidak sanggup mendengar ibunya dihina oleh mereka. 

Dia sudah lama bersabar dengan perangai Shahrini dan kawan-kawannya yang sering mencari pasal dengannya sejak dia duduk di kampung ini dan bersekolah di sini. Mereka ingat mereka anak orang kaya mereka boleh berbuat sesuka hati mereka menindas dia dan ibunya. Dia rela dirinya disakiti tapi bukan ibunya.

“Sejak kau dan ibu kau hadir Zafril tak pernah lagi nak bermain dengan aku.”

“Dia langsung tak pandang aku lagi.”

“Aku nak kau jauhkan diri kau dari Zafril Zafuan,sebab dia hak aku!”Jerit Shahrini, 

Fika yang mendengar hanya tergelak kecil,mendengar pengakuan dari Shahrini.

"Hak?" Kini baru dia tahu kenapa Shahrini selalu mencari pasal dengannya. Shahrini mempunyai perasaan pada Zafril dalam diam.

“Uuurrmm..patutlah aku tengok kalau dia bercakap dengan Zafril mesti nak buat gaya mengoda dan terlentik-lentik dia.” bisik hati Fika.

Shahrini yang melihat segaris senyuman dari gadis dihadapannya seperti mengejeknya. Shahrini sakit hati melihat senyuman sinis yang tergaris dibibir Fika. Tanpa  disedari oleh Fika, tangannya dihalakan ke arah pipi Fika Farisya.

“Pangg!!!”Fika tersentak!

Pipinya berbekas merah,dihujung bibirnya terasa ada sesuatu yang mengalir.Dia memandang
Shahrini yang berada dihadapannya dengan tajam. Fika sudah mulai marah dan kesabarannya kini sudah menipis untuk Shahrini dan kawan-kawannya. Sudah lama dia bersabar tapi kini dia tidak akan berdiam diri lagi.

Fika yang masih berdiri dihadapan Shahrini terus mengambil tangan Shahrini,lantas dipulasnya ke belakang. Shahrini yang tidak menjangka Fika akan memulas tangannya.Dia merengek kesakitan minta di lepaskan tangannya.

“Kau boleh marah aku atau hina aku tapi aku tak rela kau hina ibu aku dan naik tangan kau kat muka aku.”
“Kau tak di beri hak untuk lempang aku, kau faham.”

Mereka yang melihat Shahrini dipulas tangannya. Hanya memandang ke arah Shahrini. Tidak seorang pun yang berani mendekati Fika untuk menolong Shahrini. Mereka tahu Fika bukan sahaja pengawas sekolah, dia juga antara pelajar yang menang johan untuk pertandingan silat yang dianjurkan pihak sekolah mereka tahun lalu.
“Apa yang korang tak puas hati sangat dengan aku haaa!!" Jerit Fika kini dia tidak lagi boleh bersabar.
“Kau Rini,kalau kau dah kemaruk sangat nak si Zafril tu kau pikat la dia sampai dia jatuh cinta dengan kau,tapi aku yakin yang si Zafril tak minat langsung dengan perempuan macam kau ini,sebab semua lelaki kau layan.”

“Aku rasa kau yang patut cermin diri kau dulu Rini! Layak ke kau ini dengan dia?"
“Sedar lah diri kau itu ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong," ujar Fika dengan nada sinis.

“Aku tak ada masa untuk hal remeh-temeh yang korang cipta ini. Jangan ingat aku mengalah selama ini aku lemah. Aku cuma malas nak layan korang semua,” ujar Fika dengan merenung tajam ke arah kawan-kawan Shahrini.

"Ini amaran terakhir dari aku. Aku tak nak nampak korang kacau aku lagi. Kalau tak lunyai aku kerjakan korang dengan ilmu yang aku tuntut ini,Faham!" Jerit Fika kepada Shahrini dan kawan-kawannya. Dia melihat Rini dan kawan-kawannya laju mengganguk-anguk kepala mengiakan ugutannya.

“Bagusss,”sambil Fika melepaskan tangan Rini yang dipulasnya tadi.

Tanpa bertangguh Fika terus meninggalkan tandas dengan hati yang puas. Ya,kini dia merasa puas kerana dapat menghamburkan segala geram dan sakit hati yang selama ini hanya dipendamnya sekian lama.
Gengaman tangan tangannya dilepas. Kelihatan ada bekas merah yang melingkari pergelangan tangannya. Hatinya bertambah sakit dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia bertekad suatu hari nanti dia akan membalas semua perbuatan Fika. Dia memandang kawan-kawannya dengan tajam, waktu dia didalam kesusahan tak ada seorang pun di antara kawannya menghulurkan bantuan ketika dia di dalam kesusahan.
 
“Kenapa korang tengok je masa si Fika tu pulas tangan aku?”

“Kenapa korang tak bantu aku?"Rini menyoal kawan-kawannya. Mereka hanya menunduk dan membisu melihat kemarahan Shahrini.

“Aaa…ku bukan tak nak tolong kau Rini tapi aku takut, tak pasal-pasal dia keluarkan ilmu silat dia macam mana?.Dia kan johan untuk pertandingan silat, nanti tak pasal-pasal muka aku yang cantik ini lebam di buatnya.” Tina mula bersuara membela dirinya.

Shahrini yang mendengar penjelasan salah seorang dari kawannya mencebikan bibirnya.Dia terus melagkah keluar tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang masih menudukakn muka ke lantai.Kawan-kawannya terkedu melihat Rini keluar begitu sahaja tanpa mengajak mereka.

“Arrgghhh….korang semua pengecut!!”

"Tak guna punya kawan!!"




BERSAMBUNG :)....

Wednesday, January 23, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 1




 OLEH : FIKA NAJWA

Di dalam sebuah kelab, kedengaran muzik yang kuat membuat manusia di  dalamnya bagaikan orang gila yang terangguk-angguk mengikut alunan. Pengujung tidak putus-putus masuk ke kelab yang sememangnya amat terkenal di ibu kota.

Kelihatan gadis dan lelaki leka berpeleseran menari sambil meneguk minuman keras. Warga kota menghilangkan tekanan pada malam minggu, hari-hari biasa, dengan menari, menjerit dan berhibur sehingga subuh menjelang.

Mawarnis duduk di satu sudut sambil kepalanya digoyangkan menghayati rentak yang di mainkan oleh DJ kelab itu. Dia senang berkunjung ke kelab dan terasa bebas berada di situ. Pasti semua masalah yang dihadapinya bagaikan berterbangan hilang entah ke mana.

“Hai..sayang!”

Sentuhan lembut yang dirasai dari arah belakang membuatkan dia segera menoleh.

Bibir Mawarnis mengukir senyuman manis sebaik saja terpandang jejaka yang sering menemaninya hampir setiap malam di kelab itu.

“Kenapa you lambat dear?”, tanya Mawarnis sambil tangannya mencapai minuman keras. Dia meneguknya dengan rakus.

“Sorry dear, I lambat. Maklumlah I kena tunggu Mummy I masuk tidur dulu baru I boleh jumpa you sayang.”, Balas Randy lalu melabuhkan punggungnya di sisi gadis yang dikenali setahun lalu. Tangan Randy memaut mesra bahu Mawarnis. Randy mengambil kotak rokok lalu disuakan sebatang rokok kepada Mawarnis. Tangannya masih setia memaut tubuh  Mawarnis sambil dia turut menggoyangkan kepala mengikut retak muzik yang sedang rancak.

“Mana Sally?”, tanya Mawarnis yang separuh menjerit di cuping telinga Randy untuk melawan bunyi muzik yang kuat di kelab itu. Mawarnis nampak Randy menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

“Apa kata sayang call dia.”, ungkap Randy di cuping telinga Mawarnis.

“Tadi I dah call dia”, kata Mawarnis. Dia kata on the way ke sini. Sepatutnya dia dah sampai. Biasanya di antara kami berempat, dia yang sampai dulu”, sambung gadis manis itu lagi.

“Sayang tak payahlah risau pasal mereka. Apa kata kita menari, hilangkan tekanan”, bisik Randy sambil tangannya meliar mengusap pipi Mawarnis. Randy terus menarik lembut tangan Mawarnis ke pentas dipenuhi orang yang sedang khayal menari tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Mereka dengan dunia mereka.

Hampir setengah jam Mawarnis dan Randy menari mengikut rentak yang dimainkan. Kini Mawarnis terasa kakinya lenguh kerana terlalu banyak melompat dan menari. Dia rasa letih dan mood dia bagai hilang untuk meneruskan lagi tariannya. Mawarnis memeluk leher Randy dan berkata dengan manja.

“Dear, I penatlah. You menarilah sorang-sorang ye? Nanti I join balik”, Mawarnis cuba merungkai pelukan Randy di pinggangnya.

“Oh, come on sayang! Kita baru nak enjoy. Malam masih muda sayang”, pujuk Randy. Tangannya masih memeluk erat pinggang Mawarnis biarpun gadis itu meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Tiba-tiba perasaannya tidak sabar untuk memiliki Mawarnis menguasai diri.

“Please dear, I penat sangat ni ”, rayu Mawarnis minta dilepaskan.

“Okey..but you hutang I tau”, dengan rasa terpaksa Randy melepaskan tangannya dari pinggang Mawarnis. Dia yakin tidak lama lagi gadis itu bakal jatuh ke dalam pelukannya. Tidak lari gunung yang di kejar.

Mawarnis melangkah ke tempat mereka biasa duduk. Di situ dia melihat Sally yang sedang duduk , terangguk-angguk mengikut rentak muzik sambil bercakap di talian. Dia pasti Sally sedang bercakap dengan  Lufie. Sampai saja di sana, dia terus melabuhkan punggung duduk di sisi kawannya.

“Wei! Apasal kau lambat pulak hari ini?”, tanya Mawarnis sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelah kawannya itu.

“Sorry lar Mawar... Kau macam tak faham pulak keadaan aku macam mana . Lainlah kau Mawar. Kau bebas nak keluar ke mana-mana. Tak ada siapa yang akan soal siasat kau.”, ujar Sally.

“Daddy kau sporting. Tak macam ibu dan ayah aku , 24 jam asyik membebel kat telinga aku ni!” , protes Sally meluahkan ketidakpuasan hatinya.

“Wei Sally! Siapa kata tak ada orang membebel dekat aku?”, tanya Marwanis.

“Daddy aku kalau tahu aku keluar malam, mesti dia akan membebel kat telinga aku ni” , ungkap Marwanis pada temannya itu.

“Okay, kita tutup pasal cerita ni! Jangan cerita tentang perkara ni lagi. Kita datang ke sini nak enjoy, bukannya nak buat perbahasan tentang family kita.”, kata Mawarnis.

“Hilang mood aku , kalau asyik bercerita pasal parents kita”, protes Mawarnis pada Sally. Mawarnis melihat Sally mengangkat tangan tanda mengikut saranannya.

“Mawar! Cuba kau tengok apa yang Randy buat dekat awek tu?” , Sally bersuara sambil mata mereka menghala ke arah Randy yang rancak menari dengan seorang gadis. Sally memandang Mawarnis dan cuba mengesan riak cemburu di wajah sahabatnya tetapi hampa. Bukan riak cemburu yang terukir di wajah Mawrnis tetapi sebuah senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.

“Wei Mawar, apasal kau senyum? Kau tak marah ke tengok Randy tengah peluk mesra awek tu?” , tanya Sally. Matanya  masih memandang perlakuan Randy yang asyik merangkul pinggang gadis itu. Tangan jejaka itu meliar di setiap lekuk tubuh gadis itu. Randy langsung tidak menghiraukan perasaan sahabatnya yang turut melihat perlakuan mereka.

“Kau tak cemburu ke Mawar, tengok Randy buat kau macam tu?” , tanya Sally kehairanan. Sally pelik melihat Mawarnis sedikit pun tidak cemburu melihat Randy yang sedang menari sambil memeluk pinggang gadis itu. 

Mawarnis tersenyum lebar lagi. Kepalanya menoleh pada Randy bersama gadis yang sedang khayal dengan muzik yang dimainkan. Dia sudah arif benar dengan  perangai  Randy yang memang suka mengambil kesempatan ke atas gadis berdahi licin. Semua dia nak sapu. Dia cukup faham dengan perangai Randy yang satu itu. Baginya itu hak masing-masing. Dia tidak akan sesekali marah atau cemburu.

“Cemburu? Sorry to say Sally. Itu bukan aku”, balas Mawarnis selamba sambil mengambil gelas yang mengandungi minuman keras di meja yang sedang mereka duduk. Diteguknya minuman itu dengan rakus.
“Sikit pun aku tak cemburu”, sambung Mawarnis lagi.

“Ikut suka kau la Mawar. Tapi kalau  boyfriend aku, memang dia menempah maut lar jawabnya! Memang dia sengaja nak merasa parang aku, kalau perangai dia macam Randy kau tu!”, jari telunjuk Sally mengarah ke arah Randy.

“Cool beb, janganlah marah . Jom kita minum dulu.” , Mawarnis melagakan gelasnya dengan gelas Sally.
“Beb, lepas ini kita balik terus ke? Tak ada plan ke malam ini?”, tanya Sally.

Mawarnis menggelengkan kepalanya. Jika dia balik pasti dia akan sunyi di rumah besar itu. Hanya dia, Pak Mamat dan Mak Mimah saja yang ada di rumah. Dia bosan untuk pulang ke rumah. Daddy asyik sibuk dengan perniagaannya sejak mummy meninggal dunia.

*******
Dato Khalil menghempaskan briefcase ke sofa. Rasa marah kini membara di dalam hatinya. Dia ingin segera bersemuka dengan anaknya.  Anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan anaknya itu dituruti sahaja. Tidak pernah dia melarang kehendak anaknya itu. Puas dia mencari Mawarnis di ruang tamu namun tidak kelihatan.

“Tentu dia keluar dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu.”, Dato Khalil berkata. Geram dengan sikap anak perempuannya yang seorang itu.

Sudah hampir setahun anaknya menamatkan pengajian di luar Negara, namun tidak pernah terfikir untuk membantunya di syarikat. Puas dia memujuk dan memaksa anak tunggalnya itu bekerja di syarikat miliknya tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh  Mawarnis untuk mengelak.

 “Mimah, mana Mawar?” , Dato Khalil menyoal pembantu rumahnya yang sedang menghidangkan air untuknya. Jelas sekali wajah dan suara Dato Khalil sedang menahan marah.

“Saya tidak pasti Dato. Petang tadi dia ada, tapi tadi kawan-kawannya yang menjemput dia. Sampai sekarang dia belum balik lagi Dato”, ujar Hamimah dengan wajah gerun.

“Dahlah!” , regus Dato Khalil. Dato Khalil mengambil keputusan menunggu sahaja kepulangan Mawarnis. Dia mencapai akhbar. Namun akhbar itu tidak langsung menarik minatnya. Fikirannya kusut dan kuathir memikirkan hala tuju anak tunggalnya itu.



BERSAMBUNG :)













KASIH SI KEMBAR BAB 2



 OLEH : FIKA NAJWA

Tuk…tuk…tuk…

Bunyi ketukan diluar pintu bilik menyentakkan Fika Farisya dari lamunan kenangan lalu yang masih segar diingatannya.Dia berasa seperti baru semalam kejadian itu berlaku.Dia meletakan pen untuk seketika dan segera menyekat airmata yang mula membasahi pipi.Dia melepaskan keluhan sebelum menghanyunkan kakinya menuju ke pintu bilik.

“Yea ibu, tunggu…Adik bukakan pintu untuk ibu.” jawab Fika Farisya.Lantas terkuak pintu dari dalam dan terpancul wajah Fika Farisya disebalik pintu.

‘’Assalamualaikum anak ibu.Tengah buat apa itu?.”soal Rahmah Khalissa sambil tersenyum manis kepada anaknya

“Waalaikumusalam ibu.Adik baru siap buat revision untuk exam. Sebab esok adik ada last paper, Add Maths. Ibu doakan adik tau.’’ Fika Farisya bersuara manja sambil memimpin tangan ibunya masuk ke dalam biliknya.

‘’Doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak ibu. Ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu berjaya dunia dan akhirat.” Rahmah Khalissa bersuara sayu.

Fika Farisya tahu ibunya merindui ayah dan kakak kembarnya. Dia sering melihat ibunya menantap gambar ayah dan kakaknya pasti ibunya akan menangis mengenangkan mereka.

‘’Maafkan adik ibu sebab buat ibu teringat dekat ayah dan kakak?Ibu nak adik cari mereka lepas exam ini berakhir?Kalau ibu nak, adik boleh cari sebab adik tahu ibu rindukan mereka.” Fika farisya menyoal ibunya.
”Ibu memang rindu mereka tapi dengan adanya adik disisi ibu buat rindu ibu terhadap mereka terubat. Dan adik juga menjadi sumber kekuatan ibu  untuk terus hidup di dunia ini. Ibu akan terus berjuang nak..”. Rahmah Khalissa lantas memeluk anaknya.

Adik adalah kebahagian ibu di masa ini.Andai ibu dijemput macam mana nasib Adik nak. bisik hati Rahmah Khalissa. Dia tahu barah yang dihadapinya sekarang sudah sampai ke peringkat kronik. Dia langsung tidak memberitahu Fika Farisya yang dia menghadapi barah rahim. Ya ALLAH, andai aku tiada lagi di dunia ini KAU kuatkan semangat anakku Ya ALLAH.

***********
Fika Farisya yang masih belajar keluar dari biliknya hendak menuju ke dapur tapi langkahnya terhenti di depan pintu bilik ibunya. Dia mendengar sayup-sayup esakan ibunya dari pintu bilik yang sedikit renggang.
‘’Ibu… ibu… boleh adik masuk?.”Fika Farisya memanggil ibunya.

’’Masuklah adik.’’ perlahan suara Rahmah Khalissa menyuruh anaknya masuk.

Fika Farisya melangkah setapak demi setapak menuju ke arah suara ibunya. Dia sudah berdiri tegak dihadapan ibunya yang  sedang duduk di birai katil sambil memegang gambar.Lama dia memandang wajah ibunya yang sembab dan bengkak. Fika Farisya melihat ibunya mengangkat wajahnya lalu diraih tangan Fika Farisya menyuruh dia duduk disebelah ibunya. Sebaik ibunya menyuruhnya duduk. Fika Farisya terus meluru memeluk tubuh tua ibunya itu dengan sekuat hatinya.

‘’Ssshhyyy…..sayang kenapa ini menangis tiba-tiba. Esokkan nak exam. Tak baik, nanti jawab exam dengan mata sembab dan bengkak.” ujar Rahmah Khalissa.

‘’Adik takut…Adik takut ibu akan tinggalkan adik. Adik dah berapa kali mimpi yang ibu akan tinggalkan adik seorang diri dekat rumah ini.” jawab Fika Farisya dengan teresak-esak di dalam dakapan ibunya.

‘’Jangan nangis adik. Ibukan masih ada disisi adik. Adik tahukan ibu sayang sangat dekat adik.” Lembut suara Rahmah Khalissa memujuk anaknya.Dengan manja, rambut anaknya yang lurus dan ikal dibawah dibelai dengan penuh kasih.

Fika Farisya meleraikan pelukannya lalu memandang ibunya. Perlahan-lahan airmata yang mengalir di pipinya disapu bersih oleh jemari ibunya yang terketar-ketar menyeka airmata Fika Farisya.

“Bu…Adik tahu ibu sekarang tengah sakit. Sebab masa ibu pergi pekan untuk pergi ke klinik, adik ikut ibu. Adik dengar semua yang doktor cakap dekat ibu masa itu. Betul ke ibu sakit?.” soal Fika Farisya perlahan dengan nada suara yang bergetar.Mata Fika Farisya memandang tepat ke arah mata ibunya untuk mendapat jawapan.

Rahmah Khalissa tidak dapat menahan perasaannya dikala ini, lebih-lebih lagi mendengar apa yang ditanyakan oleh anaknya tentang penyakit yang dirahsiakan akhirnya diketahui oleh Fika Farisya.Kepala anaknya dikucup berkali-kali. Airmata Rahmah Khalissa merembes laju membasahi pipinya.

‘’Maafkan ibu sayang…maafkan ibu adik…Sebab ibu rahsiakan penyakit ibu dari pengetahuan adik. Ibu tak mahu adik tahu. Ibu tak mahu adik risau sampai pelajaran adik terjejas nanti.’’ pipi anaknya diusap dan airmata anaknya diseka sambil menenangkan anaknya.

‘’Kenapa? Kenapa ibu nak rahsiakan dari adik? Adik tak nak ibu sakit…Adik tak nak ibu tinggalkan adik…Adik tak nak ibuuuu…’’ teresak-esak  Fika Farisya meluahkan rasa hatinya.

‘’Pandang ibu adik…pandang ibu sayang…” Rahmah Khalissa mengangkat dagu anaknya.Fika Farisya yang terasa ibunya menyentuh dagunya ,lalu mendongakkan wajahnya  memandang ibunya.

“Mungkin ibu sakit sebab dah takdir ibu sayang. ALLAH sedang menguji kita. Ibu redha menerimanya. Adik pahamkan.” Fika Farisya hanya mengangguk kepalanya.Mereka anak beranak saling berpelukkan.
‘’Ibu, boleh adik tidur dengan ibu malam ini. Adik nak peluk ibu masa tidur nanti.”ujar Fika Farisya sambil menyeka airmatanya.

Dengan tersenyum, Rahmah Khalissa mengangguk kepala tanda dia membenarkan anaknya tidur bersamanya malam ini.Dengan manjanya Fika Farisya melentokkan kepalanya diriba ibunya sambil ibunya mengucup pipi dan membelai rambutnya. Sedikit demi sedikit mata Fika Farisya mula terpejam dan dia terlena dipangkuan ibunya.

**********
‘Maafkan ibu sayang….maafkan ibu sebab tak dapat memenuhi keinginan adik untuk sentiasa berada disisimu sayang. Ibu tahu adik dahagakan kasih sayang dari seorang  ayah. Dan ibu tahu adik rindu kakak dan ayah tapi adik selalu bohong dekat ibu. Adik selalu cakap yang adik tak pernah rindu kakak dan ayah sebab adik tak nak ibu sedih.Ibu tahu derita yang adik tanggung. Ibu juga teringin sungguh keluarga kita bersatu semula sebelum ibu menghembuskan nafas yang terakhir.

Tapi disebabkan fitnah kita jadi terpisah macam ini sayang. Kesian anak ibu,dah diuji sejak kecil lagi.Abang kejam, abang sanggup halau Lissa dan anak kita. Hanya disebabkan sekeping gambar, abang sanggup gadaikan mahligai yang kita bina musnah gara-gara terlalu mengikut nafsu amarah tanpa memberi peluang kepada Lissa untuk terangkan. Abang lebih percayakan sekeping gambar dari isteri sendiri. Lissa rindu dengan abang dan kakak.’ rintihan Rahmah Khalissa yang hanya mampu dijeritkan disudut dasar hatinya.

Dikala ini azan subuh sayup-sayup kedengaran berselang-seli dengan suara esakan yang begitu sayu dari Rahmah Khalissa memikirkan siapa yang akan menjaga Fika Farisya bila dia menuntup matanya nanti.

“Abang mana Lissa nak pergi lagi kalau abang halau Lissa dari rumah ini. Macam mana dengan perkhawinan yang kita bina selama ini?” Rahmah Khalissa menyoal Megat Ihsan.

“Arghh…Aku tak nak tahu kau nak hidup kat mana?Kau yang dah musnahkan perkahwinan kau sendiri. Hati aku sakit kau tahu. Kau perempuan curang Lissa. Aku tak mahu hidup aku ditipu oleh perempuan seperti kau.” Megat Ihsan terus berdiri di bakoloni dengan perasaan berkecamuk. Marah, benci, sedih, sayang dan cinta menjadi satu perasan. Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.

Esakkan Rahmah Khalissa sudah tenggelam timbul akibat terkenangkan kisah 12 tahun yang lalu.

’’Ibu….ibu…’’ujar Fika Farisya sambil menggoyangkan sedikit lengan ibunya yang nampak begitu leka memandang kearah tingkap yang terbuka tanpa berkelip.

“Ibu..’’ Fika Farisya menguatkan suaranya lagi. Tersentak Rahmah Khalissa dibuatnya. Segala yang berlaku 12 tahun lalu hilang melayang bagai ditiup angin. Rahmah Khalissa menyekat  sisa airmata dan memberi senyuman manis kepada anak kesayangannya.

“Ibu adik dah siapkan sarapan didapur. Sebelum adik keluar pergi ke sekolah adik nak teman ibu makan. Jom ibu kita makan.” ajak Fika Farisya kepada ibunya.

Rahmah Khalissa memandang wajah anaknya yang memimpin tangannya menuju ke dapur untuk bersarapan bersama.Rahmah Khalissa melihat wajah anaknya lama sambil hatinya berbisik  ’YA-ALLAH,aku dapat rasakan  perjalanan aku di dunia ini sudah sampai ke garis penamat hidupku. Dan lebih merunsingkan Rahmah Khalissa adalah bagaimana kehidupan anaknya sekiranya dia tidak lagi berada disisi anaknya. Adik, walaupun ibu tiada disisimu nanti, ibu akan sentiasa mendoakan kebahagianmu sayang. Maafkan ibu tak dapat melihat kamu berjaya di menara gading.Maafkan ibu sayang.

‘’Ibu nampaknya hari ini nak hujanlah. Adik pergi dulu yea. Ibu doakan adik untuk exam SPM ini tau. Dan mungkin adik balik cepat. Boleh tak ibu tolong masakkan ikan keli sambal  ijo untuk adik?.” kata Fika Farisya meminta ibunya memasakkan lauk kegemarannya sambil bersuara ceria dihadapan ibunya.

“Oooo….Adik dah rindu nak makan ikan keli sambal ijo errkk…’’ujar Rahmah Khalissa lembut kepada anaknya. Rahmah Khalissa tersenyum dan menggangukkan kepalanya tanda setuju.

“Fika…..ooooo……Fika… cepat la ayah aku dah tunggu ini. Nanti lambat pulak kita ke sekolah?.” tiba-tiba Zafril Zafuan terpancul di pintu dapur rumahnya.

“Eehhh…kau tak reti baca salam ke sebelum masuk rumah aku?.” sindir Fika Farisya kepada Zafril Zafuan. Fika Farisya melihat Zafril Zafuan hanya tersenyum sambil tangannya menunjukkan tanda peace kepadanya. Dia hanya menggeleng-geleng kepalanya.

“Yealah, aku nak salam ibu aku dulu.” kata Fika Farisya kepada Zafril Zafuan sambil mengangkat tangan kanannya supaya menunggunya.

Setelah Fika Farisya menyalami ibunya, perlahan-lahan kakinya melangkah kearah pintu untuk meninggalkan dapur. Belum sempat dia melangkah ke luar, dia terus berpusing semula dan berlari kearah ibunya.

 Kedua-dua pipi ibunya dicium bertalu-talu dan memeluk tubuh ibunya erat seperti enggan melepaskan. Dia berasa ingin berada disisi ibunya ketika itu. Hatinya dilanda gelisah seperti bakal terjadi sesuatu.

‘’Adik sayang ibu….sayang sangat… Ibu tunggu adik balik tau.” ucap Fika Farisya sambil berlalu.
“Mak cik saya pergi dulu.” ujar Zafril Zafuan kepada ibu Fika Farisya sambil tersenyum.
Rahmah Khalissa melihat anaknya dan anak jirannya seiring berjalan menuju ke arah kereta Haji Hassan, ayah Zafril Zafuan .

*********

“Assalamualaikum….Lissa…ooooo…. Lissa!.” laung Hajar Khadijah di luar pintu dapur Rahmah Khalissa.
“Waalaikumusalam, eehhh Kak Tija jemput masuk kak.” pelawa Rahmah Khalissa.

“Ada apa Kak Tija datang ini?.” Rahmah Khalissa menyoal Hajar Khadijah.

“Ini haaa… aku bawak gulai ikan keli masak cili api. Nanti Fika balik sekolah, bolehlah dia makan.” kata Hajar Khadijah sambil menghulurkan mangkuk tingkatyang berisi lauk gulai ikan keli masak cili api kepada Rahmah Khalissa.

‘’Buat susah Kak Tija masak lebih untuk Fika.” jawab Rahmah Khalissa sambil menyambut huluran lauk yang Hajar Khadijah berikan.

‘’Ehh…tak susah pun ikan itu memang ada lebih.Kebetulan si Zafril suruh Kak Tija masak lauk ini lebih. Dia suruh Kak Tija bagi sikit kat Fika.” jelas Hajar Khadijah  sambil tersenyum. Dia memandang Rahmah Khalissa menyalin lauk gulai ikan keli masak lemak cili api ke dalam pinggan.

‘’Kak…..Lissa nak cakap sikit boleh tak kak?” soal Rahmah Khalissa kepada Hajar Khadijah. Dia segera duduk bertentangan dengan Hajar Khadijah.

‘’Haaa..cakap lah apa yang kamu nak cakap dekat akak, Lissa’’. jawab Hajar Khadijah sambil menanti butir bicara dari Rahmah Khalissa. Dia melihat wajah Rahmah Khalissa agak pucat.

“Akak tahukan penyakit yang Lissa hadapi ini. Lissa rasa hayat Lissa tak lama lagi Kak Tija. Akak tolong tengok-tengokkan anak Lissa. Lissa tak nak dia merasa keseorangan, bila Lissa tak ada nanti. Lissa minta tolong sangat dekat Kak Tija dengan Abang Hassan  jagakan Fika untuk Lissa.”ujar Rahmah Khalissa dengan bersuara sayu menyampaikan hajatnya.

“Lissa, kenapa kamu cakap macam itu?Kalau kamu tak ada, akak dengan abang Hassan kamu yang akan jaga Fika. Lagipun kami dah anggap Fika itu macam anak perempuan kami dan adik pada Zafril.Kamu tak payah fikirkan sangat tentang itu. Apa yang penting sekarang kita cari jalan macam mana nak ubati penyakit kamu itu.” kata Hajar Khadijah sambil memegang kedua-dua tangan Rahmah Khalissa. Rahmah Khalisah bukan sahaja sahabatnya malah  dia telah menganggap Rahmah Khalissa seperti adiknya. Dia turut sedih apa yang menimpa Rahmah Khalissa tapi dia tidak boleh menunjukkan kesedihannya. Dia harus kuat agar Rahmah Khalissa dapat bertahan dan terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dialaminya. 

“Kak Tija penyakit Lissa ini tak boleh diubati lagi kak. Kalau nak diubati jugak, Lissa takut semua duit yang Lissa kumpul untuk Fika itu habis. Sebab nak membiayai kos pembedahan Lissa. Biarlah duit itu Lissa beri pada Fika untuk dia melanjutkan pelajaran  ke menara gading untuk mencapai cita-cita dia, kak.” jelas Rahmah Khalissa kepada Hajar Khadijah. Dia amat berharap sangat yang Hajah Khadijah dapat memahami isi hatinya. 

Hajar Khadijah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar setiap ucapan yang keluar dari mulut  Rahmah Khalissa.Kamu tak pernah fikir tentang diri kamu, Lissa. Kamu sanggup berkorban apa saja untuk anak kamu walaupun dirimu menderita sakit tanpa diubati bisik hati Hajar Khadijah. Dia melepaskan keluhan.

‘’Ini Lissa nak masak apa ini?” soal Hajar Khadijah,bersuara setelah lama mereka berdiam diri. Dia segera menolak kerusi lalu menghayunkan kakinya mendekati Rahmah Khalissa. Hajar Khadijah tidak mahu sahabatnya masih memikirkan lagi masalah yang berkaitan tentang penyakitnya.

“Lissa masak cili hijau dengan ikan keli kesukaan Fika.” jawab Rahmah Khalisa dengan wajah yang ceria apabila teringat akan anak kesayangannya. Dia menghulurkan mangkuk tingkat yang telah dicuci kepada Hajar Khadijah. Dia mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Hajah Khadijah kerana memberi lauk gulai ikan keli masak cili api kepada Fika. Hajah Khadijah meminta diri kepada Rahmah Khalissa untuk menyimpan mangkuk tingkat ke rumah.

**********
Dalam Rahmah Khalissa sedang mengaulkan cili hijau dengan ikan keli. Rahmah Khalissa  terbatuk-batuk tanpa henti sambil menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Nafasnya sudah mula turun naik.Tangan kirinya pula, menekan perutnya yang mulai terasa sakit yang semakin menjalar.Terasa diwaktu itu, seluruh organ dalamannya seperti diikat dengan kuat.Badannya sudah mula mengigil lalu dia terduduk menahan sakit yang dirasa semakin sakit. Dia ingin meminta tolong namun suaranya, seperti  tersekat dikerongkong.Rahmah Khalissa masih menahan perit dibahagian perutnya.Ya ALLAH…ALLAH…..Ya ALLAH. hanya itu yang mampu dijerit didalam hati.

Hajar Khadijah masuk ke rumah sahabatnya semula untuk tujuan menemani Rahmah Khalissa. Kakinya terus melangkah ke arah dapur. Alangkah terkejutnya dia melihat sesuatu  apabila kakinya sudah menapak di dapur. Wajahnya panik. Dia terus meluru mendapatkan Rahmah Khalissa yang telah terduduk disudut dapur sambil menekan perutnya. Dia duduk sambil memegang kedua belah bahu Rahmah Khalissa. Dia dapat melihat wajah Rahmah Khalissa yang berkerut-kerut menahan sakit.

‘’Lissa..,kenapa ini?Lissa sakit ke?Mana ubat Lissa?Mari akak ambikkan untuk Lissa.” soal Hajar Khadijah kepada Rahmah Khalissa dengan riak risau.

‘’Ya ALLAH…..Kak Tija sakitnya….Lissa dah tak tahan lagi kak…Akak…, Lissa rasa… Waktu Lissa sudah hampir. Akak janji dengan Lissa tolong jagakan Fika untuk Lissa. Akak tolong cakap dekat dia yang Lissa sayang dia dan Lissa minta maaf tak dapat berada disisinya ”ujar Rahmah Khalissa perlahan sambil memegang kedua-dua tangan Hajah Khadijah dengan erat.

Wajahnya sudah dibasahi dengan airmata dipipi. Hajah Khadijah sudah diselubungi dengan perasaan bercampur baur sedih, cemas menjadi satu. Dia dapat melihat peluh dingin di dahi Rahmah Khalissa dan nafasnya mula tidak teratur.

‘’Ya ALLAh Lissa…Apa yang kamu merepek ni?Kamu harus bertahan Lissa demi Fika. Lissa kena kuat. Kamu tak boleh menyerah. Kita tunggu abang Hassan kamu balik dari hantar Fika dan Zafril ke sekolah.”  ujar Hajah Khadijah kepada Rahmah Khalissa dengan mata yang berkaca-kaca. 

Dia seperti dapat merasa kesakitan yang dialami Rahmah Khalissa. Di saat itu, Hajah Khadijah tidak putus-putus berdoa kepada ALLAH bagi mengurangkan kesakitan Rahmah Khalissa dan berharap suaminya segera pulang ke rumah. Alhamdulillah dengan izin-NYA, Hajah Khadijah seperti mendengar deruan enjin kereta suaminya di luar. 

Belum sempat dia ingin berlalu dari dapur untuk mendapatkan suaminya, dia melihat tubuh Rahmah Khalissa sudah terbaring lemah di lantai dan darah pekat yang keluar tanpa henti dari celah paha Rahmah Khalissah menyebabkan seluarnya sudah dibasahi dengan darah. Dia terus memeluk dan memangku kepala Rahmah Khalissa di ribanya sambil menjerit memanggil suaminya.

 “Abang… Abang….!” Hajar Khadijah terus menjerit memanggil suaminya yang berada diluar  dengan tubuh Rahmah Khalissa masih dipautnya. Hajar Khadijah melihat mata Rahmah Khalissa sudah tertutup rapat dan dikala itu dapat dirasakan hembusan nafas dari Rahmah Khalissa semakin perlahan.

Dia segera mendekatkan bibirnya ke telinga Rahmah Khalissa bagi membisikkan dua kalimah syahadah sambil mengenggam tangan Rahmah Khalissa. Rahmah Khalissa mengikutnya dengan  suara yang tersekat-sekat. Seusai Rahmah Khalissa mengucapkan dua kalimah syahadah, genggaman tangannya kepada Hajah Khadijah terlerai. Tiada denyutan nadi dan ombakkan pada dada Rahmah Khalissa. Hajah Khadijah memeluk tubuh yang kaku tidak bernyawa tu dengan erat buat kali terakhir.

 Airmatanya sudah mengalir deras dipipi. Hajah Khadijah tidak dapat menahan kesedihannya kerana sahabatnya yang dikenali selama 12 tahun telah meninggalkan dunia yang fana. Selama 12 tahun persahabatannya dengan Rahmah Khalissa, banyak perkara suka, tawa dan duka telah diharungi bersama. Esakan Hajah Khadijah menjadi tangisan yang berpanjangan. 

Hassan yang baru sahaja turun dari keretanya terdengar tangisan isteri dari arah rumah Rahmah Khalissa. Tanpa berlengah lagi, Hassan terus berlari menuju ke rumah Rahmah Khalissa dengan wajah yang risau. Sebaik dia melangkah masuk, dia mendengar tangisan isterinya dari arah dapur. Dia segera mempercepatkan hayunan kakinya ke dapur.

Sebaik kakinya menapak di dapur, dia terkaku di muka pintu dapur Rahmah  Khalissa. Dia melihat tubuh Ramah Khalissa yang kaku dipangkuan isterinya dengan darah yang penuh di lantai. Hajah Khadijah mengangkat wajahnya apabila dia merasa ada derap kaki. Dia memandang suaminya yang masih kaku di tepi pintu dapur.

“Abang…. Lissa dah tak ada bang…Lissa dah tinggalkan kita bang…” ujar Hajar Khadijah kepada suaminya dengan tangisan yang panjang. Wajahnya sudah lecun dek air mata yang mengalir tanpa henti dipipi. 




BERSAMBUNG.... :)