FOLLOWERS

Sunday, November 17, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 5






Mawar memerhatikan Dato Khalil yang sedang membelek laporan jualan Pasaraya untuk bulan ini. Sesekali Mawar melihat Dato Khalil mengeluh bila membaca laporan yang dibuatnya. Reaksi dari papanya cukup membuat Mawar sedikit resah. Dia gusar sekiranya papanya tidak yakin yang dia boleh menguruskan pasaraya milik mereka. Dalam beberapa bulan setelah di paksa oleh papanya dia kini mulai menyukai tugas yang dikerjakan di situ, walaupun dia masih baru untuk menguruskan pasaraya milik keluarganya.

“Well done sayang, Not bad,” ujar Dato Khalil sedikit lapang. Tidak sia-sia dia memaksa anaknya tunggalnya bekerja di sini dan belajar bagaimana selok-belok pengurusan Pasaraya yang telah sekian lama diusahakan.

Mawar melepaskan nafasnya perlahan, sekian lama dia memerhatikan papanya yang membaca laporan yang dibuat mulai tersenyum bila mendapat sedikit pujian dari papanya.

“Terima kasih papa sebab beri kepercayaan dan keyakinan pada Mawar untuk melakukan yang terbaik, insya-Allah Mawar akan cuba perbaiki lagi dan akan cuba jadi yang terbaik seperti yang papa inginkan.”lafaz janji Mawar pada Dato Khalil.

Mawar sedikit pelik melihat papanya yang muncul di bilik pejabatnya disaat ini,kebiasaan papanya itu berada di Pasaraya di belah pagi sahaja bagi memantau perkembangan Pasaraya yang baru beberapa bulan diserahkan padanya. Mungkin papa mahu melihat dia membuat kerja dan memantau bagaimana dia menguruskan Pasaraya tersebut mungkin.

“Mawar jangan salah sangka pulak, papa datang ini bukan tak percayakan apa yang Mawar buat, papa yakin dan percaya dengan Mawar. Semua kerja yang Mawar buat dah macam seseorang usahawan wanita papa tengok.” ujar Dato Khalil seperti tau apa yang berlegar-legar di fikiran anaknya itu kerana melihat dia berada di pejabat.

“Terima kasih sekali lagi papa, ini semua bukan Mawar aje yang buat seorang, Faiz banyak membantu Mawar dan jugak staf  kita. Semua orang terlibat dalam membuat laporan itu papa,” Balas Mawar merendah diri.

Dato Khalil bangga melihat anaknya sudah mulai berubah. Mawar begitu cepat menyesuaikan dirinya dengan tugas-tugasnya. Melihat pencapaian anak, masih belum kuat untuk dia menyerahkan urusan Pasaraya seratus peratus pada Mawar.

“Cik Mawar, Aidil datang!” suara Ita dari intercom kedengaran.

“Suruh dia masuk!” belum sempat Mawar membalas,papanya sudah memberi arahan dahulu. Mawar pelik kenapa Aidil boleh berapa di pejabatnya setahu dia, Aidil tak akan muncul jika bukan atas arahan dari papanya. Kedengaran pintu di ketuk dari luar. Wajah Aidil terpancul didepan pintu sebaik sahaja pintu terbuka.

“Dato, Cik Mawar..maaf saya lambat sedikit. Dah lama ke Dato dan Cik Mawar tunggu?” Sapa Aidil sambil menoleh ke arah Mawar curi-curi.

“Duduk Aidil,” tanpa banyak soal Aidil menarik kerusi didepan lalu duduk bersebelahan Mawar.
“Macam mana? Ada perkembangan terbaru?” soal Dato Khalil,tidak sabar-sabar dia mahu tahu siapa di sebalik ini semua.

“Maaf Dato, saya terpaksa mohon maaf. Dia seperti dah buat perancangan awal untuk semua ini.Walaupun siapa dia, dia susah ditangkap Dato.”

“Damn!” Aidil dan Mawar tersentak mendengar bunyi meja akibat ditumbuk kasar oleh  Dato Khalil. Dato Khalil segera bangun dari duduknya. Mundar-mandir dia bila mendengar berita terkini dari Aidil tadi.

“Aidil tak kan itu saja berita yang kau nak sampaikan.

“Tak boleh diharap!” tengking Dato Khalid kepada Aidil.

“Bukan macam itu Dato saya dah buat penyiasatan seperti yang Dato nak tapi..!” Aidil menoleh ke arah Mawar yang duduk di sebelahnya. Berat mulutnya, seperti ada halangan untuknya membocorkan maklumat bila melihat Mawar.

Aidil menarik nafas dengan berat. ”I’am so sorry Cik Mawar, saya terpaksa pecahkan rahsia Cik Mawar sebelum ini.” Mawar memejamkan mata rapat-rapat, dia tahu segala aktivitinya akan terbongkar sebentar lagi.

“ Apa dia Aidil?” Dato Khalil menoleh Mawar dengan tajam.

“ Saya dah menyoal guard tempat Cik Mawar tinggal, apa yang berlaku malam itu. Daripada mereka saya mendapat tahu seorang lelaki telah membawa Cik Mawar dalam keadaan khayal ke kondonya.”

Terus anak mata Dato Khalid menuju wajah Mawar. Pujian yang sebentar tadi bertukar kemarahan semula. Kenapa Mawar kini susah untuk dia mengawal perilaku anaknya. Ingin sahaja dilempang Mawar di situ. Mujur ada Aidil di depannya.

“Memang Mawar selalu bawak masuk jantan selama ni? Rahsia apa lagi yang Mawar cuba sembunyikan dari papa?”

Mawar merasa kakinya menggeletar pada saat ini. Dirasakan seperti bakal dicekik oleh papanya.

“Maafkan Mawar papa, memang benar papa Mawar keluar pada malam itu bersama seorang lelaki tapi Mawar tak keluar berdua dengannya, kawan-kawan Mawar ada menunggu Mawar di kelab. Tapi Mawar tak sangka malam itu  dia telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman Mawar kerana ingin memiliki Mawar. Mawar sedar-sedar aje Mawar dah tak berpakaian lagi. Mawar menyesal papa.. tapi papa jangan risau dia akan bertanggungjawab dengan apa yang dia buat papa,”

Dato Khalil merenung wajah Mawar dengan wajah yang bengis. “ Kenapa Mawar..kenapa? Dan siapa lelaki yang berani buat Mawar macam itu? Cakap!” Mawar tersentak.

“Maaf  Dato..” Aidil bersuara.

“ Ada apa lagi yang saya tak tahu Aidil?”

“ Apa yang Cik Mawar cerita tu memang benar tapi ada seorang lelaki lagi yang mengikut mereka ke kondo itu Dato, lelaki kedua tu yang tak dapat saya jejak. Mungkin lelaki itu yang mengambil gambar Cik Mawar dengan teman lelakinya.

Dato Khalil terdiam. Dia mundar-mandir. Buntu bila memikirkan siapa dalang di sebalik semua masalahnya kini.

“ Dato, ada orang nak jumpa Dato!” Dahi Dato Khalil berkerut. Tidak setiausahanya tahu yang darahnya  sedang membuak.

“Not now!”

“Tapi Dato…!”

“ Not…now…!” ulang Dato Khalil dengan suara kasar. Namun tanpa diduga pintu bilik itu tetap terbuka. Kelihatan seorang lelaki sedang menuju ke arah mereka bertiga dengan langkah tenang. Mawar terkedu bagakan tidak percaya. Bagaimana lelaki ni berani berkelakuan seperti itu? Sungguh tak beradap langsung. Menyesal kerana dia tidak mengajar lelaki ini sewaktu berada di party Kelly malam itu.

“ Siapa kau?” soal Dato Khalil tidak kenal gerangan lelaki itu.

“ Kau, apa kau buat di sini?” soal Mawar penuh geram. “ Apa kau buat dekat ofis aku?” soal Mawar lagi.

Dengan wajah selamba lelaki itu menarik kerusi kosong. Dia memandang ketiga-tiga wajah yang sedang merenungnya sekarang. Sudah tiba masanya dia mengistiharkan perang dengan Dato Khalil secara berhadapan.

“ Baik Kau keluar!” arah Mawar. Marah. Namun lelaki itu tetap selamba tidak berganjak dari kerusi. Malah mampu tersenyum.

“ Dato tak perlu bazirkan duit dan tenaga Dato untuk mencari siapa pengirim gambar itu Dato. Lebih baik duit Dato tu, Dato sedekahkan sekurang-kurangnya dapat pahala.” Ucap lelaki itu sinis. Ucapan lelaki itu, semakin mengudang kemarahan Dato Khalil dan Mawar.  

“Hei, Siapa  kau ha?” Aidil yang begang melihat kelakuan lelaki itu mencengkam kolar baju lelaki itu dengan kasar. Lelaki itu menepis bersahaja.

“ Hei, Baik  kau berterus terang. Siapa kau dan apa tujuan kau datang ke sini? Aku tak ada masa untuk melayan kau sekarang. Kami ada perkara yang lebih penting untuk dibincangkan!” herdik Dato Khalil dengan nada tegang.

“ Baiklah biar saya berterus terang sahaja, apa tujuan saya ke sini. Sayalah pengirim gambar-gambar Cik Mawar.

“What?” Mawar terlompong. Lelaki yang pernah dia jumpa semasa di party Kelly berani berbuat demikian entah apa motif lelaki itu. Memang lelaki di hadapannya masih tidak kenal lagi dengan papanya. Dato Khalil yang nampak gugup cuba mengawal emosinya semula.

“Baik kau jangan main-main dengan aku kalau kau sayang nyawa kau . kami tak ada masa nak main-main,” sekali lagi Aidil mencengkam kolar baju lelaki itu. Namun di lihat lelaki itu mampu lagi tersenyum merenung wajah Dato Khalil dengan sinis.

“Perkataan main-main tak ada dalam kehidupan aku Aidil. Kau jangan berlagak sebagai hero dekat sini, kau hanya orang suruhan. Kau tak layak mencabar aku Aidil,” sindir lelaki itu dengan angkuh. Aidil tergamam bagaimana lelaki asing ini dapat tahu namanya. Genggamannya tadi dileraikan perlahan-lahan. Aidil menoleh Dato Khalil untuk menanti arahan seterusnya daripada Dato Khalil.

“Aidil kau keluar dulu!” arah Dato Khalil dengan suara tegas. Dia sebenarnya masih tidak percaya bahawa orang yang dicari olehnya, muncul secara tiba-tiba di depannnya. Aidil pula terpaksa akur untuk meninggalkan bilik tersebut.

Dato Khalil merengangkan ikatan tali lehernya tanda keresahan. Mawar sudah tidak senang duduk sejak dari tadi. Apatah lagi bila melihat tindakan papanya dan lelaki itu saling merenung antara satu sama lain. Ada pertarungan emosi yang kuat dia antara kedua-dua lelaki di depannya ketika ini.

“Baik kau berterus-terang, berapa yang kau mahu supaya negetif gambar-gambar ini diserahkan pada kami?” tanya Dato Khalil tanpa berselindung.

Lelaki itu tersenyum bila mendengar reaksi kurang sabar Dato Khalil. Bukan itu tujuannya selama ini dengan memerangkap Mawar dan Dato Khalil. Wang dan harta bagi dia tidak ada nilai untuknya ketika ini. Dendam di hatinya tidak terubat selagi seluruh keturunan Dato Khalil tidak melutut di kakinya.

“Dato jangan risau, bukan duit tujuan saya buat semua ini. Duit boleh dicari di mana-mana Dato,”

“Kalau bukan duit! Apa yang kau mahu?” giliran Mawar mencelah kasar.

Lelaki itu menjungkit bahu selamba. Dia melentangkan sedikit tubuhnya ke belakang kerusi sambil memerhati siling bilik itu. Hanya hela nafasnya kedengaran. Mawar dan Dato Khalil hanya menjadi pemerhati setiap gerak geri lelaki yang berlagak di depan mereka. Kelakuan lelaki itu sungguh angkuh memang sengaja mahu membangkitkan kemarahan dia dan papanya.

“Aku tak suka buang masa, apa yang kau mahu sebagai pertukarannya?”

Lelaki itu membetulkan duduknya. Dia melembarkan senyuman bila matanya bertentangan dengan Dato Khalil. Dato Khalil yang terkenal dengan kebengisannya selama ini tidaklah seberani mana.

“Senang aje, Dato dan Cik Mawar hanya ikut apa yang bakal saya cakapkan nanti. Sebagai pertukaran dengan negatif itu saya hanya ada dua syarat sahaja. Yang pertama, saya nak Dato serahkan satu pertiga dari saham pasaraya.”

Mawar dan Dato Khalil terkedu. Begitu besar cita-cita  lelaki ini. Dengan senang-senang tanpa bekerja keras mahu mendapatkan saham pasaraya warisan keluarga mereka.

“Hei, kau waras ke tak sekarang?” soal Mawar penuh kebencian. Mawar melihat bibir lelaki itu tersengih lebar. 

“ Relax, tu baru syarat pertama yang saya cakap dekat Cik Mawar dan Dato. Saya yakin syarat kedua saya ini tentu Cik Mawar dan Dato akan lebih terkejut bila mendengar syaratnya nanti.

“Mawar!” tahan Dato Khalil. Dalam saaat ini dia harus bersabar. Mawar tidak jadi bersuara. Dato Khalil merenung lelaki yang berada di depannya. “Apa pulak syarat kedua?” soal Dato Kahlil sambil menaggalkan kaca matanya.

Lelaki itu merenung Mawar lama-lama. Mawar yang menyedari reaksi pelik lelaki itu memalingkan wajah ke arah lain. 

“ Senang, syarat kedua saya mahu Cik Mawar menjadi isteri saya.”

“What?” Dato Khalil dan Mawar terlompong bila mendengar syarat yang dirasakan tidak masuk akal. Tuntutan yang mustahil daripada tuntutan yang pertama tadi.

“Jangan kau mimpi di siang hari yang kau nak kahwin dengan aku,” bentak Mawar yang masih tidak percaya.

“Terserah, tapi saya hanya nak bertanggungjawab dengan apa yang telah saya buat dekat Cik Mawar malam itu. Bukan teman lelaki Cik Mawar yang meniduri Cik Mawar tapi saya yang lakukan. Sekarang saya serahkan pada Cik Mawar dan Dato Khalil untuk menerimanya atau tidak syarat-syarat saya,” ujar lelaki itu sinis memandang Mawar dengan senyuman. Dia yakin Mawar akan berada di dalam genggamannnya selepas ini.

Mawar yang terkejut, tergamam. Jadi bukan Randy yang meniduri dia malam itu tapi lelaki di hadapannnya ini yang telah merosakkan dirinya. Dia buntu tidak tahu tindakan apa yang harus dia buat. Lelaki asing yang tidak pernah dia kenal. Siapa lelaki itu? Apa yang dia mahu sampai maruahnya tergadai di tangan lelaki ini.!

Dato Khalil menarik nafas. Apa sebenarnya yang sedang bermain di benak lelaki di hadapannnya ketika ini? Apa rahsia di sebalik permintaan yang tidak masuk akal oleh lelaki yang berani mencabarnya? Dato Khalil bangun dari kerusi. Mawar berdebar menanti reaksi papanya yang seterusnya. Dia berharap papanya menolak segala permintaan lelaki irtu, semua permintaan yang tak masuk akal.

“Kalau kami menolak?” 

“ Gambar Cik Mawar yang cantik ini akan menjadi penghias utama di akhbar esok pagi. Dan bukan gambar Cik Mawar aje , gambar Dato pun ada di tangan saya” Dato Khalil termenung. Dia sudah menjangka jawapan itu. Andai tidak dituruti, maruah keluarga akan di jaja selepas ni. Aib. Jika di abaikan ugutan dari lelaki itu, takut lelaki itu nekad menjadi kenyataan. Lelaki di hadapan ini sungguh berani mencabarnya, bukan calang-calang orang.

“Boleh kau beri kami masa untuk membuat keputusan?” soal Dato Khalil lemah sebaik sahaja puas berfikir.

“Baik, tapi saya hanya bagi Dato selama seminggu sahaja. Lagi pun saya tak sabar-sabar nak jadi orang kaya dan mempunyai isteri yang cantik seperti Cik Mawar,” sindir lelaki itu untuk menyakiti hati Dato Khalil dan Mawar. “Cik Mawar saya rasa tak payah fikir lagi pasal perkawinan kita yea atau tidak Cik Mawar terpaksa terima saya sebagai suami Cik Mawar sebab saya takut dalam rahim Cik Mawar ada benih saya yang akan hidup di situ! Harap Cik Mawar fikir baik-baik dan cuba renung kalau saya mengaku pada teman lelaki Cik Mawar, nak ke dia ambil sisa saya, Cik Mawar?

Saya dah tak ada apa-apa nak di katakana lagi, saya keluar dulu Dato, Cik Mawar. Lagi seminggu saya akan datang.” Lelaki itu bangkit. Menuju ke pintu.

“Oh ya, sebelum saya terlupa, saya mahu ingatkan Dato supaya berfikir dulu sebelum bertindak apa-apa selepas ini. Jika Dato cuba cederakan saya, sesaat itu juga gambar anak Dato dan tak lupa juga koleksi Dato juga akan menjadi penghias muka depan akhbar. Dato faham maksud saya kan?”

Di bawah meja, Dato Khalil menggenggam buku limanya. Giginya dikancing rapat-rapat menahan marah.

“ Okeylah saya keluar dulu. Jangan lupa seminggu lagi saya akan datang jumpa Dato Khalil dan Cik Mawar untuik mengetahui jawapannya. Saya harap jawapan itu nanti tak mengecewakan saya, jadi Dato dan Cik Mawar fikir apa yang terbaik” Lelaki itu sempat berpesan untuk kali terakhir sebelum menuntup pintu bilik tersebut.




BERSAMBUNG ;D

Saturday, November 16, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 31






Megat Ihsan dan Megat Ilman saling berpandangan melihat Megat Ammar berkali-kali menggeleng. Kertas perjanjian yang di tanda tanggannya lima tahun lalu kini ada di hadapan , dihempas kuat.

“Ridiculous, papa, ayah. Perjanjian ini dah lima tahun berlalu tak akan Amm nak ikut! Papa dan ayah tahu yang Amm tak boleh tinggal dengan perempuan macam ini, nanti kalau tinggal berdua dengan dia mahu lebam-lebam Amm dibuatnya.

Amm tahu kenapa perempuan ini buat syarat macam ini sebab dia muka tak tahu malu papa, masih tak sedar diri dia siapa? Betul kata Tok Wan perempuan ini pembawa Sial papa!”

“Megat Ammarrrr!!!” Jerit Megat Ilman. ”Papa tak pernah mengajar kamu bercakap macam itu, dalam dunia ini tak ada siapa yang di lahirkan sial!”

Megat Ammar tidak memberi sebarang balas hanya matanya memandang Fika Farisya tanpa berkelip. Pandangan yang penuh dengan api kebencian.

Fykha Arissa yang mendengar sudah mencerlung matanya menujah ke arah Megat Ammar. Dilihat wajah adiknya tiada reaksi diwajah itu,kosong. Dia tahu pasti adiknya memendam segala yang keluar dari mulut Megat Ammar di yakin adiknya terluka dan bertambah dalam luka itu.

Fykha Arissa baru sahaja mahu membalas setiap perkataan yang keluar dari mulut Megat Ammar terhenti bila Fika Farisya terlebih dahulu bersuara.

“Ayah..Papa..Kak Rissa tahu tak, dari dulu sampai sekarang adik asyik dengar perkataan yang bermula dengan huruf ‘S’ dan berakhir dengan huruf ‘L’, adik dah lali nanti kalau adik kata orang tu tak ada agama dia marah apa lagi kalau adik kata orang tu bodoh, itu lah dulu orang suruh pergi kelas agama, ponteng asyik date aje dengan makwe tak cukup kain. Itu yang jadi buta hukum, kalau muka aje handsome pun tak guna. Diri sendiri tak cermin asyik berkepit dua puluh empat jam ngan awek yang tak cukup kain apa pula hukumnya!

Fyhka Arissa pantas menutup mulutnya,menahan tawa. Ambik kau Amm,ingat adik aku ini apa senang-senang aje kau kutuk dia, kan dah kena! gerutu hati Fhyka Arissa.

Megat Ammar terus memandang Fika Farisya. Fika Farisya hanya membuat muka selambanya,sambil tangannya bermain-main dengan pen.

“Pap….”namun ayat itu terhenti bila Megat Ihsan bersuara dan melayangkan tangannya tanda menyuruh semuanya diam.

“Ayah tak kisah apa yang Amm nak cakap pasal Fika, tapi ayah nak Amm tolong jadi lelaki yang gentlemen dengan apa yang Amm dah sign dekat surat perjanjian tu walaupun wasiat berusia berapa tahun pun surat perjanjian itu sah di sisi undang-undang, dan pada sesiapa yang ingkar akan di kenakan tindakan.” tegas suara Megat Ihsan, dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata caci dari anak saudaranya tentang anak bongsunya lagi.

Megat Ammar hanya menundukkan kepalanya. Dia mahu menjawab tapi melihat ketegasan Megat Ihsan, rasa gerun tiba-tiba hadir di hatinya.

Mak Tija ni memang degil, aku dah kata tak payah buat sebarang perjanjian dengan mamat besi ini, tengok semua orang terlibat, bila dengar semua ini perut aku jadi lapar lah,omelnya di dalam hati.

“Baiklah ayah tak mahu lambat-lambat kan masa lagi seperti yang adik dan Amm tahu syer syarikat di MIFA Holding di serahkan 40 peratus pada kamu Amm manakala 20 peratus lagi milik Fika Farisya jika kamu berdua kahwin dan di dalam wasiat ibu Fika dan mama Amm, Fika dan Amm boleh bercerai jika tidak sehaluan lagi. Di sebabkan perjanjian yang telah di buat oleh Fika Farisya sebelum dia berangkat ke UK dan Amm sudah menanda tandatanggani kamu berdua harus mengikut perjanjian ini, dan melaksanakannya, jika tidak akibatnya lebih berat pada kamu Amm,Amm tahu apa akan jadi kalau syer tu semua jatuh ke tangan Fika?”

Fika Farisya hanya mampu menelan air liur melihat ketegasan ayahnya. Fika Farisya menyembunyikan tawa sebaliknya ayat terakhir yang keluar dari mulut ayahnya. Padam muka kau aku kalau tak ikut pun aku tak luak dengan harta kau lah! kutuk hatinya lagi.

Fhyka Arissa tersenyum sinis mendengarnya. Di lihat Megat Ammar tidak menjawab atau memberi sebarang komen hanya dahinya diurut-urut.

Hai ‘mat besi’ baru dengar ayat power dari ayah kesayangan aku terus diam, takutlah tu kalau dia tak ikut ‘ME’ aka Mak Engku akan mengamuk jika dia yang memerintah MIFA Holding. Hish..aku pun tak nak jadi CEO kat sini, nanti ada aje mulut yang lancang kata aku ini bini gila kuasa, selisih malaikat 44, kutuk  Fika Farisya di dalam hati. Fika Farisya memandang wajah Megat Ammar yang membencinya dengan kepala yang digeleng-gelengkan. 

“Ayah,papa kalau Tuan Megat tak nak takpe lah, adik tak kisah sangat pun. Tak hadap ngan syer 40 peratus itu pun.”

“Kau jangan nak tunjuk baiklah Fika! Aku tahu dalam hati kau tengah bersorak sebab syer tu bakal jadi hak kau kalau Amm tak ikut perjanjian itu? Kau ingat aku tak tahu selama ini kau hanya berpura-pura tak mahu harta itu, kau memang dah rancang dari dulu lagi kan? Atau kau dari dulu memang dah suka dengan Megat Ammar,” Syahrini merempuh masuk ke dalam bilik itu, dari tadi dia mendengar di balik pintu dia harus melepaskan kemarahannya.

Megat Ammar hanya tersandar di sofa. Megat Ammar sudah meramas-ramas rambutnya, dia tidak menyangka Syahrini akan merempuh masuk begitu sahaja.

Fika Farisya tidak terperanjat sama sekali melihat kebiadapan Syahrini merempuh masuk ke bilik dan menyampuk, senyuman terukir di bibirnya.

“Eh..kau rupanya Syahrini aku ingatkan siapa tadi, tiba-tiba masuk tak  beradap terus bersuara! Hmmm… memandangkan kau dah tahu apa yang aku fikirkan, memang aku tak sabar nak tinggal berdua-duaan dengan ‘mat besi’ ni, betulkan sayang..saya tahu awak dah jatuh hati kat saya masa awak langgar saya kat KLIA dulu, itu yang awak pandang saya macam nak tembus? Alahaiii bahagianya saya rasa bila dapat bersatu dan berdua-duaan dengan awak nanti,” Fika Farisya membuat gaya mengoda. Biar sakit hati kau Syahrini!

Terlopong mulut Fyhka Arissa, Megat Ilman dan Megat Ihsan bila mendengar apa yang diucap oleh Fika Farisya, Megat Ammar pula sudah menjegilkan biji matanya.

“Uweeak…, Aku lebih rela kahwin dengan tukang sapu dari kahwin dengan ‘mat besi’ ni! Perasan bagus sangat! Apa kau ingat aku kebulur sangat nak kahwin dengan dia ke? Ingat aku nak sangat duduk serumah dengan dia, mungkin kau nak tapi bukan aku?” Fika Farisya berubah karakter tiba-tiba. Satu jelingan tajam diberikan pada Syahrini dan Megat Ammar.

Megat Ammar,menjadi radang bila mendengarnya.

“You ni kan, kalau bukan kerana Tok Wan dan arwah mama I, you ingat I kemaruk sangat nak kahwwin dengan you takat syer 40 peratus tu tak luak mana pun bagi I dengan perempuan separa macam you? Hey, I lebih rela kahwin dengan kekasih hati I dari kahwin dengan youlah! Perasan!” giliran Megat Ammar pula menghamburkan kemarahannya.

Megat Ilman sudah bangkit dari duduknya, jika melayan perangai anak lelakinya dan menantunya mahu sampai besok pagi pun tak akan selesai .

“Sudah! Semua boleh diam tak?” Megat Ilman sudah meninggikan suaranya. Suasana menjadi sepi tiba-tiba.

“Kenapa sampai boleh jadi macam ni, sampaikan seorang kata sanggup kahwin dengan tukang sapu, sorang lagi dengan kekasih hati! Kamu berdua ni waras lagi ke tak? Sedarlah kamu berdua tu dah kahwin bukan semalam kamu berdua kahwin tapi dah dekat lima tahun!”

Megat Ihsan diam, Fyhka Arissa pula sudah tersenyum. Syahrini pula sudah muncung.

“Memang betul kata arwah Ainnur dan arwah Lissa, apa yang dijangkakan oleh mereka dah pun terjadi.

“Dah tahu akan jadi macam ini kenapa uncle ikut jugak wasiat tu? Saja nak cari masalah namanya tu.” Celah Syahrini biadap.

“Shut up Syahrini! You better keep your mouth shut atau lebih senang you keluar dari bilik ni sebab you bukan sesiapa dan tak ada kena-mengena dalam wasiat ni” herdik Megat Ilman. Kelakuan Syahrini sedari tadi mengjengkelkannya. Entah macam mana boleh anaknya tersangkut dengan minah yang seorang ni! Hati Megat Ilman mengutuk.

Fika Farisya menoleh ke arah kakak kembarnya dengan sengihan lebar. Padam muka kau Syahrini menyampuk lagi orang tua tengah bercakap! Kutuk hati Fika Farisya.

“Yang, you dengar apa….” Namun suara Syahrini pantas berganti dengan suara Megat Ilman.

“Papa dan ayah dah buat keputusan berdasarkan wasiat yang Amm tanda tangan, Amm dan Fika harus mengikut apa yang tertera kat atas kertas tu! Papa yakin Fika tak ada masalah dengan semua ni tapi Amm, Amm perlu ingat kalau Amm tak ikut secara automatic syer yang sudah sah menjadi milik Amm akan terbatal dan yang akan berpindah pada Fika. Terpulang pada Amm sekarang apa pun keputusan Amm papa sokong.

“Yeayyy! Dah sah-sah ‘mat besi’ tak akan tinggal dengan aku. Terima kasih Mak Long!” jerit Fika Farisya dengan teruja di dalam hati.Dia yakin ‘mat besi’ tak akan tinggal sebumbung mahu pun sebilik dengannya tengok muka aku aje dia dah menyampah ni kan pula nak tinggal bersama! Omel hati Fika Farisya.

“So papa,ayah, kak Rissa, kalau tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan adik minta diri dulu ada date dengan Tofan.Lagipun ada rasa nak belanja Tofan makan aje sebab tak  lama lagi adik nak jadi orang kaya, terlampau seronok tak boleh nak duduk diam lagi,” ujar Fika Farisya dengan suara yang sengaja diceriakan.

“Anak ayah ada date dengan Tofan? Bila? Kenapa ayah dan kak Rissa tak tahu ni, diam-diam dah pandai buat date?” usik Megat Ihsan pada puteri bongsunya.

“Alaaa… ayah tak akan dia aje yang ada date adik pun nak lah berdate-date ni!” seloroh Fika Farisya.

Perkataan ‘dia’ itu sengaja ditekankan oleh Fika Farisya dengan gaya mengejek semata-mata untuk menyakitkan hati Megat Ammar yang sememangnya sedang panas membara.

Sebaik tangan Fika Farisya memulas tombol pintu, pintu telah terkuak dari luar terlebih dahulu.Fika Farisya terus menepi bagi memberi laluan pada setiausaha Megat Ilman yang mahu masuk ke dalam bilik.Semua mata tertumpu pada setiausaha Megat Ilman.

“Maaf Tuan Ilman… Cik Fika, Encik Tofan sedang menunggu di bilik Cik Fika.” Setiausaha Megat Ilman memaklumkan kedatangan Tofan.

“Terima kasih kak, okaylah ayah, kak Rissa, papa adik pergi dulu.” Fika Farisya terus berlalu tanpa memandang ke belakang.Tapi langkah kakinya terhenti bila kakak kembarnya memanggil, dia menoleh.
“Adik, betul adik nak kahwin dengan orang lain lepas Am lepaskan adik?” Fyhka Arissa bersuara sebelum adik kembarnya jauh berlalu.

Fika Farisya mengangguk.

“Kenapa Kak Rissa dah ada bakal ke tuk jadi adik ipar baru tu!”

“Adalah, nak Kak Rissa pinangkan ‘tukang sapu’ tuk jadi bakal suami adik sekali gus bakal adik ipar Kak Rissa? Kak Rissa kenal dengan orang tu.”

Sebaik saja mendengar perkataan ‘tukang sapu’ itu secepat kilat, Fika Farisya membalas kata-kata kakak kembarnya.

“Tak apalah kak Rissa, adik dah ada calon dah , lagi hensem dari bakal yang kak Rissa nak kenalkan kat adik tu.” Fika Farisya mengorak langkah seribu.

Tahu takut tadi bukan main cakap nak kahwin dengan tukang sapu! Suka sangat mengenakan orang, getus Fyhka Arissa yang sudah tertawa kecil bergabung dengan Megat Ilman dan Megat Ihsan.

“Sorrylah Amm... I terpaksa guris hati you,” kata hati Fyhka Arissa . Wajah Megat Ammar yang masam dipadangnya.




BERSMBUNG.... :D