FOLLOWERS

Monday, August 19, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 29





Mereka sampai di tapak projek,Fika Farisya terus keluar dari kereta milik Megat Ammar tanpa menunggu.Belum sempat Fika Farisya masuk ke dalam,namanya di jerit kuat oleh ‘mamat besi’.

“Fika..you tak payah masuk bahaya!”arah Megat Ammar.

Berkerut dahi Fika Farisya mendengar arahan dari Megat Ammar.”Bahaya apanya Tuan Megat?Dah memang tapak projek memanglah bahaya,tapi kalau kita pakai keselamatan yang dia suruh insya-Allah bahaya tak ada lagi.Lagipun kat mana-mana pun ada aje bahaya kalau dah tertulis.”jawab selamba Fika Farisya.

“You kalau tak menjawab arahan I tak boleh ke?”marah Megat Ammar.

“Erkk..marah pulak,dah lah malas aku nak layan kau,”omel Fika Farisya perlahan.Tidak di pedulikan arahan Megat Ammar yang tadi.

Megat Ammar masih terpinga-pinga di tinggalkan oleh Fika Farisya begitu sahaja.Eeee..geramnya aku dengan perangai perempuan ini!Balik-balik aku yang sakit hati! Desis hati Megat Ammar.Sewaktu Megat Ammar melangkah menuju ke tapak projek dia melihat Fika Farisya dan Tofan sedang bercakap sesuatu dengan Encik Zain selaku penyelia tapak projek itu.Dia terus menghampiri mereka.

“Macam mana Zain?Ada masalah?” tanya Megat Ammar.

“Ada Tuan Megat,saya baru sahaja berbincang dengan Cik Fika dan Encik Tofan tadi tentang keretakkan pada bahagian atas bangunan dan dindingnya.

“Kenapa tak bagi tahu Encik Hakim soal ini?”soal Megat Ammar lagi.

“Sudah saya dah maklumkan pada Encik Hakim tentang keretakan ini minggu lepas sebelum cik Fika dan encik Tofan melawat ke sini.”ujar Encik Kamal.

“Fika,you tak tanya Hakim tentang masalah ini?”

“Tuan Megat saya dah tanya tapi Hakim kata dekat saya,tak payah sibuk-sibuk dia boleh handle soal retak kat dinding dan atas bangunan tu,”jawab Fika Farisya.Rasa nak muntah pula bila terpaksa bercakap formal,’saya’ terpaksa digunakan sebab ada Tofan di sebelahnya memerangkap rakan niaga MIFA Holding kang kalau dia berkau aku mau di katanya aku ini tak hormat bigboss,sempat Fika Farisya mengomel di dalam hati.

“You tak boleh lepas tangan macam tu.Serah bulat-bulat dekat Hakim.Bukan I tugaskan you dan dia untuk pantau projek ini”marah Megat Ammar lagi.

Aku cekik-cekik jugak mamat besi ini nanti senang-senang nak marah aku,dia ingat aku tak buat kerja ke macam dia,desis hati Fika Farisya.Dia hanya mendiamkan diri.

“Kenapa you diam Fika?Memang you tak pandai nak buat kerja ke?”

“Wow…wow relax lah bro.Jangan marah-marah bakal girlfriend I.Dia baru sahaja cakap dengan Encik Zain yang dia akan menghubungi Rosli selaku Project Manager.Dia mesti tahu apa yang berlaku dekat sini.”Tofan menjawab untuk Fika Farisya kesian pulak dia melihat Fika Farisya di marahi Megat Ammar.

“Fika…”belum sempat Tofan meneruskan tiba-tiba di potong oleh Fika Farisya.

“Wait..wait,bila masa saya nak jadi girlfriend Encik Tofan?”Tak ingin saya!,”ujar Fika Farisya selamba.

Megat Ammar yang tadinya garang,terus terdiam melihat rakan niaga cuba mengambil perhatian Fika Farisya,dia tahu Tofan perangai Tofan yang tidak boleh nampak perempuan mesti ada aje agenda dia nak goda.Hatinya terasa tergugat bila melihat kesungguhan Tofan memikat Fika Farisya.

“Okey Encik Zain,kami gerak dulu cuaca nampak mendung.”ujar Fika Farisya mengejutkan dua orang yang sedang mengelamuan.Megat Ammar dan Tofan yang tersentak segera bersalam dengan Encik Zain.Fika Farisya terus menuju ke luar dari tapak projek tanpa menghiraukan Megat Ammar dan Tofan,yang dia tahu dia harus segera balik takut hujan nanti.Geram betul aku dengan kereta time-time aku pergi jauh dia masuk bengkel,gerutu hati Fika Farisya.

Tofan yang melihat Fika Farisya yang laju terus mengorak langkah mengejar Fika Farisya yang mulai menjauh dari mereka.Nasib sempat dia menyambar lengan Fika Farisya.Fika Farisya mencerlung garang ke wajah Tofan.Dia merentap kuat lengannya.

“Kau nak kena penumbuk aku lagi ke?”marah Fika Farisya.Hilang terus panggilan formal Fika Farisya tadi.

Tofan yang sedar terus mengangkat tangannya dari lengan Fika Farisya.”Maaf..maaf I tak sengaja terpegang,”ujar Tofan.

“Kau nak apa?Aku tak ada masa nak borak dengan kau aku kejar masa nak balik KL!”

“Buat apa nak balik KL naik bas,mari I hantar you balik,”pelawa Tofan yang ikhlas untuk menghantar Fika Farisya balik.Tadi dia berasa pelik melihat Fika Farisya datang bersama-sama dengan Megat Ammar.Setahu dia rakan niaganya tidak suka menumpangkan orang ke tapak projek.

“Tak payah! Aku boleh balik sendiri,”jawab Fika Farisya dan berlalu dari situ,tapi di halang oleh Tofan.

“Mari I hantar you balik,lagipun sekarang nak hujan,”pelawa Tofan denga bersugguh-sunggu berharap Fika Farisya menerima pelawaannya untuk menghantar gadis itu balik.

“I rasa Fan dia bal….”belum sempat Megat Ammar habis bercakap,tiba-tiba dipintas oleh Fika Farisya.

“Okey,aku balik dengan kau.Lagipun aku ada hal nak cakap dengan kau nanti,”beritahu Fika Farisya.

Megat Ammar melihat Fika Farisya dengan mata yang bulat.Merah padam mukanya menahan marah.Fika Farisya yang menjeling ke arah Megat Ammar buat tidak tahu,baliklah kau sorang-sorang dengan kereta hitam kau itu!sempat lagi Fika Farisya mengutuk Megat Ammar di dalam hati.

“Sorry Amm,kau dengar sendirikan. I gerak dulu.Jom Fika.”Tofan berlalu bersama Fika Farisya sebaik sahaja rakan niaganya meminta diri untuk pulang.

“You cakap tadi ada hal nak bincang dengan I?”tanya Tofan di dalam kereta,memecahkan kesunyian yang bertamu.

“Yup..”jawab Fika Farisya ringkas.

“You nak bincang bila I nak masuk meminang you ke?”seloroh Tofan.  

“Kau jangan nak berangan!”

“Hmm..i like it!”jawab Tofan selamba sambil mengeleng,berubah terus nada percakapan Fika Farisya kalau tadi ‘saya’ dan ‘Encik’ kini di gantikan ‘kau’ dan ‘aku’. 

“Aku nak cakap yang projek tu macam ada masalah aje,”

“Maksud You..?”berkerut dahi Tofan.

“Entahlah tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena tentang projek itu.Bagi aku masa untuk kumpul semua maklumat,”pinta Fika Farisya.

“Hmmm…apa-apa Fika bagi tahu I kalau ada maklumat tentang projek tu.Fika nampaknya hujan dah lebat apa kata kita check in dekat hotel berdekatan dekat sini.Nak pandu pun tak nampak,”ujar Tofan.

Fika Farisya yang mendengar sudah menampakkan wajah kerisauan.Di lihat deretan pokok-pokok di tepi jalan meliuk-liuk di tiup angin.Guruh berdentum begitu kuat.Dia tidak ada pilihan lain bila memandang keadaan jalan yang nampak sungguh kelam.Cuaca petang itu sungguh buruk tentu sukar bagi mereka meneruskan perjalanan.Bila melihat keadaaan sekeliling bagai mahu di landa rebut sahaja.Tofan memberhentikan kereta di hadapan hotel.Dia memandang Fika Farisya di sebelahnya.Dia tersenyum sendirian.Tofan tidak tahu kenapa dia begitu berminat dengan Fika Farisya,dia nampak kelainan pada Fika Farisya yang tidak sama dengan gadis-gadis yang pernah keluar dengannya.Aku yakin dia pasti akan jatuh dengan aku,aku yakin!gerutu hati Tofan.

“Fika…”ujar Tofan perlahan.Tapi tidak ada sebarang jawapan dari mulut Fika Farisya sejak tadi.

“Fika!”

“Haah..maaf.Ada apa?”

“Kita terpaksa check in dekat hotel ini sebab cuaca tak berapa elok untuk I dan you teruskan perjalanan.”terang Tofan lagi.

“Maaf kalau kau nak check in kau check in sendiri.Aku boleh balik sendiri.”tanpa menunggu jawapan dari Tofan Fika Farisya turun dari kereta milik Tofan.

Tofan yang melihat Fika Farisya yang meluru keluar,turut bergegas membuka pintu keretanya dia perlu menghalang Fika Farisya.Di paut lengan Fika Farisya sekali lagi.”Nanti..nanti you nak pergi mana?Lagi pun tak salah kalau kita check in dekat sini sehari.Esok pagi kita balik lah!”Tegas suara Tofan.

Fika Farisya merenung tajam ke arah Tofan yang masih memaut lengannya.Diretap kasar pautan Tofan itu.”Kau siapa nak halang aku?Kalau kau nak balik esok kau baliklah sendiri tak ada kena mengena dengan aku!Satu lagi aku tak suka kau pegang-pegang aku,kalau kau buat lagi aku berani jamin mata kesayangan yang jadi aset kebanggaan kau rosak!”ugut Fika Farisya pada Tofan,kini dia tidak peduli lagi kalau mamat di depannnya mahu mengadu pada mamat besi nanti,janji hati dia puas,gumam hati Fika Farisya.

Tofan yang tahu kesilapannya terus mengangkat tangan.”Maaf..I salah.Maaf okey!Salah I.”

“Tepi aku nak jalan,”ujar Fika Farisya.

“Please Fika…I janji I akan hantar you balik lepas kita makan”rayu Tofan,dia sangat berharap Fika Farisya menerima permintaannya.

Tofan mengetap bibir.Direnung wajah Fika Farisya dengan rasa yang bercampur baur.Dia tidak tahu kenapa bila berdepan dengan penolakan dari Fika Farisya buat hatinya resah,rasa tercabar dengan sikap diingin Fika Farisya setiap kali dia mahu berbaik atau mengajak gadis di hadapannya menerima pelawaannya tapi tidak sedikit pun di hiraukan oleh Fika Farisya,semuanya di pandang diigin.”Do you really hate me,Fika?”  

Fika Farisya menghela nafasnya.”Aku tak pernah benci kau dan aku bukan kenal sangat dengan kau.Jadi buat apa aku nak benci kau!Aku kenal kau sebab kita sekarang bekerjasama dalam projek di Seremban tak lebih dan tak kurang.Lagipun aku tak berminat nak tambah kawan,Aku rasa kau dah ramai kawan perempuan?”ujar Fika Farisya dengan sinis.

“Fika please,I betul-betul nak berkawan dengan you.You’re diffrent”ujar Tofan jujur.

Fika Farisya yang mendengar ucapan yang keluar dari mulut Tofan mula terasa seram sejuk.Tidak pernah ada lelaki yang seberani Tofan.Kalau ada dah lama makan penumbuknya.

“Really?” tanya Fika Farisya sambil menugukir senyuman pada Tofan.Senyumannya di lempar terasa keras.

“Yup,so we friend now!” jawab Tofan ringkas.

Fika Farisya membawa jari telujuk ke kepala,sambil diusap alis matanya tanda dia sedang memikirkan sesuatu.”Hmm..okey nanti aku fikirkan,”seloroh Fika Farisya sambil melangkah meninggalkan Tofan yang jelas terpinga-pinga akibat jawapan yang diberi.Belum jauh langkahnya dia berpaling ke arah Tofan yang jelas masih berdiri disitu.

“Kau tercegat kat sana lagi kenapa?Kata kau nak belanja aku makan?”soal Fika Farisya.

Tofan tersentak dengan soalan yang keluar dari mulut Fika Farisya.Dia bagai tidak percaya yang Fika Farisya akhirnya sudi berkawan juga dengannya,rasa mahu melompat entah kenapa dia berasa sangat gembira sekali.

“Cepatlah aku dah lapar kalau kau nak tegak macam tu,aku pergi dulu.”Fika Farisya terus melangkah.

Tofan yang melihat Fika Farisya melangkah cepat-cepat menyaingi dan melangkah bersama-sama.Di bibir Tofan jelas terukir senyuman yang lebar.

Megat Ammar megetap bibir.Stereng kereta di hadapannya dihentak kuat dengan tangan kanan.Diraup rambutnya dengan kasar.Hati dan perasaannya berasa sungguh pedih melihat drama sebabak antara Fika Farisya dan Tofan di hadapan matanya.Dia hanya mampu berdiam diri melihat rakan niaga bersungguh-sungguh cuba memikat hati Fika Farisya.Dari tapak projek tadi dia mengekori kereta Tofan,entah kenapa dia risau bila melihat Fika Farisya dengan senang mengikut rakan niaganya yang sememangnya kaki perempuan.Argghh…kacau semuanya,biarlah dia ,aku bukan cintakan dia!Jerit hati Megat Ammar sekali menafikan perasaan yang bertapak di dalam hatinya.

Ego,junjung ego kau tu!Kau akan menyesal Megat Ammar!Kau tengok suatu hari nanti pasti kau akan mengakui apa kata hati kau sendiri.Kutuk hatinya yang entah dari mana muncul.Cepat-cepat diusir pergi.    



BERSAMBUNG.... ;D

Saturday, August 17, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 4





Audi R8 spyder hitam milik Mawarnis dipandu Randy penuh berhati-hati.Sesekali matanya mengerling ke arah Mawarnis yang gelisah.Peluh di wajah Mawarnis menitik didahi dibiarkan sahaja,dia pasti itu akibat kesan dari air yang dicampurkan tadi.

Hati Randy melonjak gembira dia yakin yang malam ini Mawarnis pasti menjadi miliknya,dia tidak dapat membayangkan bagaimana Mawar sebentar lagi akan dipeluk sampai melepaskan apa yang diingini selama ini.Mawarnis memang senang mesra tapi susah didekati,Mawarnis seperti ‘jinak-jinak merpati’.Peluang yang ada didepan matanya tidak akan dilepaskan begitu sahaja,dia bimbang andai dilepaskan peluang sekali lagi akan kempunan tidak dapat apa yang dihajati selama ini.

“Dear..I rasa you tak payah balik ke rumah papa you lah,I hantar you balik kat kondo you okey?I takut nanti you kena marah dengan papa you kalau nampak you berkeadaan macam ini,”ujur Randy cuba memujuk Mawarnis supaya tidak pulang ke rumah orang tuanya.

Mawarnis yang cuba melelapkan matanya terus menoleh lemah ke arah Randy.”Hmmm…suka you lah,”jawab Mawarnis perlahan.

Randy kembali memandang ke depan dan fokus pada pemanduan.Jawapan dari Mawarnis tadi membuat hatinya kita gembira di tahap tinggi,rasa dihati tidak sabar melihat Mawarnis jatuh ke dalam pelukannya.

Setengah jam diperjalanan,mereka tiba di lot parking kondo.Randy berlagak tenang sambil menyembunyi senyum.Dia menoleh ke arah Mawarnis sebaik sahaja enjin kereta dimatikan.Kelihatan Mawarnis kelihatan resah sambil jemari runcing sahabatnya membuka satu butang baju yang dipakainya.Randy yang melihat terasa bergetar naluri lelakinya bila melihat kelakuan Mawarnis.

“Mawar,jom kita dah sampai…”

“I penatlah nak tidur tak nak pergi mana-mana sayang,”ujur Mawarnis sedikit merenggek manja.
Randy yang mendengar mula keluar dari kereta,dia terus melangkah ke arah tempat duduk pemandu dibuka pintu kereta sebelah pemandu sambil menyuruh Mawarnis keluar.Dia melihat Mawarnis keluar sambil menyentuh hidungnya.’Ubat tu dah beri kesan’ desis hati Randy.

“Jom sayang you hantar I sampai dekat atas I takut dengan hantu lagi pulak  dah malam…,”ujar Mawarnis dengan manja dipaut lengan Randy.Randy yang melihat tindakan agresif dari Mawarnis terkial-kial menurut langkah Mawarnis ke lif.

Ketika di dalam lif.

“Sayang you tinggal sendirikan?” tanya Randy lembut.

“Yup…I tinggal sendiri kalau I balik kondo,”Mawarnis menjawab jujur soalan yang ditanya oleh Randy tanpa ada perasaan curiga.

“Oh..kalau macam itu apa kata I teman you hari ini.”rayu Randy.

Mawarnis tergelak kecil.”You nak temankan I ke?I rasa tak payah you balik je lepas hantar I,”jawab Mawarnis selamba.

Tatkala pintu lif terbuka,Mawarnis segera keluar tanpa memaut manja seperti tadi.Randy mengeluh dia hanya membuntuti Mawarnis.Tiba sahaja didepan pintu,dengan pantas Mawarnis memasukan kunci ke tombol dan daun pintu tertebar.Randy yang mula bertindak dulu.Dia mencempung tubuh kecil Mawarnis pintu depan ditutup hanya mengunakan kaki.Mawarnis yang meronta-ronta minta di turunkan tidak dihiraukan.

Randy yang masih mencempung tubuh Mawarnis terus menuju pintu bilik yang terbuka sedikit,diletak kasar tubuh Mawarnis.Dia menuju ke pintu lalu ditutup pintu bilik Mawarnis.

Mawarnis yang berada di atas katil segera bangun dan duduk.Mawarnis tersentak.Dia cuba bangun dari katil dan menuju ke arah pintu tapi sia-sia pingangnya di peluk erat dari belakang.

“A..apa ini Randy?Lepaslah,aku tak suruh kau masuk ke dalam !”kata Mawarnis tegas.

Randy memeluk Mawarnis dari belakang bibirnya mula liar mencium leher Mawarnis.Nafas lelakinya berkocak tidak teratur.

“Randy..lepaslah aku tak su..ka !”ujar Mawarnis yang meronta-ronta minta dilepaskan.

“Shyy…diamlah sayang.Mari jangan buang masa lagi I akan bawak you ke alam yang sangat indah.”Kata Randy sambil membalikkan badan Mawarnis supaya menghadapnya.

Pang!

Tangan Mawarnis spontan menampar wajah Randy.Randy terkelu.Dia meraba pipinya dia tersenyum dan spontan Randy terus menolak Mawarnis ke katil.Randy naik ke katil sambil menindih tubuh Mawarnis,wajahnya ditundukan sedikit merenung Mawarnis.

“Jangan Randy!Jangan!”

Randy tidak peduli dengan rayuan dan tangisan Mawarnis.Dia tersenyum sinis.

Mereka masih bergelut,Mawarnis terasa tenaganya bagai hilang lama-kelamaan mata Mawarnis mula gelap sedikit demi sedikit.”Jangannnn….” kedengaran suara Mawarnis perlahan.

Randy yang melihat Mawarnis telah tertidur tertawa senang sambil tangannya membelai wajah Mawarnis.Tanpa Randy sedari ada seseorang dibelakangnya.



Mawarnis mula terjaga,perlahan-lahan di bangkit dan bersandar di kepala katil,dipegang kepalanya yang berdenyut.Dipicit dahinya.Tiba-tiba dia bagai terbayang-bayang wajah Randy yang cuba menaklukinya.Dipegang selimut yang membaluti tubuhnya.Dia segera menoleh ke sebelah kiri katil,jelas dia melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakangi.Air matanya mula mengalir laju menuruni lekuk-lekuk pipi.

Teresak-esak Mawarnis disatu sudut sambil lututnya dipeluk kejap.Tubuhnya hanya dibaluti dengan selimut sahaja.Mahkota yang dipertahankan diragut kejam oleh sahabat yang di anggap kekasih.Dia ingat Randy tidak akan mengambil kesempatan seperti ini tapi dia salah Randy sama sahaja dengan lelaki yang ingin sesuatu kalau mendampingi mana-mana gadis.

Randy yang terdengar esakkan mula bangun sambil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.Dipejam matanya kembali untuk menghilangkan denyutan tu tapi terasa kepalanya bagai dipukul oleh objek keras.Di memerhatikan sesekeliling bilik mencari tangisan yang menganggu tidurnya.Saat matanya memandang di satu sudut dia melihat Mawarnis menangis sambil memegang lutut,dia bangun dan duduk.’Apa yang berlaku kenapa aku tak ingat apa yang aku dah buat.Aku seolah-olah kena pukul tadi’ bisik hati Randy.Dia bangun dan melangkah ke arah Mawarnis.Dia harus memujuk Mawarnis,kalau tidak pasti Mawarnis akan mengadu pada papanya,kalau itu terjadi boleh masak dia dikerjakan papa Mawar.Siapa tidak kenal dengan papa Mawarnis? Mendengar nama ayah Mawarnis sahaja sudah cukup menggenterkannya.Ini belum lagi berhadapan face to face.  

“Jangan kau dekat dengan aku! Aku benci kau tahu !” jerit Mawarnis bila menyedari melangkah ke arahnya.

Randy terkaku.Dia berdiri tegak tapi masih melangkah perlahan-lahan.Bila sampai sahaja di depan Mawarnis, Randy melabuhkan duduknya disebelah Mawarnis.Di peluk tubuh Mawarnis tapi ditepis oleh Mawarnis.

“Mawar,I minta maaf soal apa yang I dah buat pada you,I tahu you benci dekat I sekarang tapi I nak you tahu yang akan bertangungjawab dengan apa yang I buat.

“I promise sayang..”Randy memula ayat memujuk supaya Mawarnis terpujuk.Dia sendiri tidak pasti adakah dia berjaya memilik Mawarnis atau tidak dia bingung sekarang,dia berpaling ke arah lain dan mula mengukir senyum.’Dia pasti malam tadi Mawarnis berjaya dimiliki kalau tidak masakan Mawarnis berkeadaan seperti ini.Tubuhnya hanya dibaluti dengan selimut sahaja.’desis hati jahat Randy.

“Sayang I janji akan bertangungjawab,you must trust me dear.”rayu Randy sambil memeluk bahu Mawarnis walaupun ada rontan sedikit.

Mawarnis yang menangis seakan terpujuk dengan kata-kata dari Randy.Dia membalas pelukan Randy dan mengangguk perlahan tanda puas dengan jawapan Randy yang akan bertangungjawab atas apa yang berlaku semalam di kondonya.

“You janji….”tagih Mawarnis.

Randy mengucup dahi Mawarnis lama dan merenung sambil kepalanya menganguk tanda dia berjanji dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.Dilentokkan kepala Mawarnis ke dada.Sebelah tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu Mawarnis menenangkannya.

“Mawarr!!” jerit Khalil pada anaknya yang sudah lama mendiamkan diri.

Mawarnis yang terperanjat dengan jeritan papanya,tersentak.Perlahan-lahan Mawarnis memandang papanya sambil tangannya masih menyentuh pipi yang perit ditampar oleh papanya tadi.

“Sekarang papa nak penjelasan dari Mawar?” Khalil menyoal Mawarnis.

“Okey papa.Memang dalam tu dalam gambar tu Mawar.Tapi…”belum sempat Mawar meneruskan bicaranya.Khalil memotong.

“Siapa yang bertangungjawab!Beritahu papa dengan jantan mana Mawar tidur?”jelas suara Khalil marah bila mendengar pengakuan jujur anaknya untuk kali kedua dia bertanya.hati tuanya kecewa dengan apa yang berlaku pada Mawarnis jelas anaknya kini tersimpang jauh dari didikan agama.

Tapi papa Randy dah berjanji yang dia akan bertangu….”baru separuh Mawarnis memberitahu pipinya sekali lagi ditampar oleh papanya.

Papa tak sangka kondo yang papa hadiahkan pada Mawar,rupanya Mawar buat maksiat dekat sana?Dah berapa ramai jantan yang dah kamu bawak ke kondo tu?”soal Khalil tegas.Api kemarahan mula memuncak.

“Tidak papa!” sangkal Mawarnis.

“Macam mana Mawar yakin yang Mawar tak bawak jantan masuk kondo tu?” 

“Mawar dah dewasa Mawar tak akan buat sesuatu yang boleh merosakn nama baik keluarga kita.Mawar akui memang Randy masuk ke kondo,tapi malam itu Mawar betul-betul dalam separuh sedar dengan apa yang Mawar ucapkan papa,Mawar harap kali ini papa tolong percaya dengan apa yang Mawar kata.Mawar rasa malam itu macam ada orang yang perangkap Mawar papa.



Tapi Mawar betul-betul tak sedar masa itu apa yang Mawar ingat Mawar sedaya upaya cuba mempertahan diri Mawar tapi akhirnya Mawar gagal papa.”sendu Mawar mula kedengaran.

“Baik kali ini papa cuba terima cakap Mawar untuk sementara waktu sebelum papa siasat siapa yang hantar gambar-gambar ini semua,”akur Khalil.Dia akan menyiasat siapa yang berani bebuat begitu akan dibuat perhitungan dengan orang yang sudah merosakkan anaknya.

Mawar naik dulu papa.”

“Nanti dulu!”Mawarnis tidak jadi melangkah.Dia menoleh ke arah papanya semula dan dahinya berkerut.Hatinya mula bertanya-tanya apa yang hendak disampaikan oleh papanya.

“Mulai hari ini,papa mahu Mawar serahkan kunci kereta dan semua kad kredit Mawar kepada papa!”

“Tapi kenapa?”Bagaimana dia nak meneruskan hidup kalau segala keistemewaan itu dibekukan oleh papa.?

“Ini perintah Mawar!Dan mulai esok Mawar tidak dibenarkan keluar malam.Pagi esok pulak papa nak Mawar mula bekerja di pasaraya.mawar anggap ini sebagai hukuman untuk apa yang Mawar dah buat pada keluarga kita,Faham?”sergah Khalil pada anaknya.Sekarang peluang untuk memaksa Mawarnis menguruskan pasaraya mereka.Sudah sampai masanya Mawar fokus pada pasaraya warisan keluarga mereka.

“Hati Mawar mendongkol geram,dia ingin menentang keputusan papanya.Tapi memandangkan dia sudah membuat onar dia terpaksa mengangguk tanda setuju.Mawarnis menyelongkar beg tangannnya,satu persatu kad kredit yang dimilikinya dihulurkan kepada papa.

“Hulurkan beg tu pada papa!” Mawar tergamam.Mana mungkin dia menyerahkan begnya pada papa,kalau diserahkan pasti meletup semula kemarahan papa yang sudah mula reda bila melihat ada barang rahsia di dalam beg tersebut.

“Uuu..ntuk apa papa nak beg Mawar..?” suara Mawar gugup.

“Mawar nak serah sendiri atau papa yang rampas beg tu?”ugut Khalil penuh tegas.Mawar mengeluh perlahan dia tahu dia tidak boleh mengelak lagi.Dengan perlahan dia menghulurkan beg tangannya.

Khalil menyelongkar beg tangan anaknya dengan kasar,dikeluarkan satu persatu-satu barang yang terdapat di dalam beg tersebut.Tak salah naluri seorang ayah tentang anaknya,jangkaannya tepat bila matanya tertumpu pada sepapan pil khayal yang berada di dalam beg tersebut.

“Ini apa Mawar?”Soal Khalil serta-merta.Mawar kaku untuk bersuara.Wajah Mawar pucat bila di sergah oleh papanya.

“Sejak bila Mawar ambik benda haram ini?Cakap!”sekali lagi Mawar tersentak.

“Baa..baru lagi papa.”

“Patutlah kamu tak pernah lekat kat rumah bila malam je kamu mesti keluar.Rupanya Mawar ambik benda haram ni!”

Mawarnis hanya mendiamkan diri sambil menunduk ke bawah.Di dalam hatinya betapa dia takut ketika ini melihat papanya.

“Papa nak ingatkan Mawar!Ini kali terakhir papa jumpa benda haram ini.Mulai malam ini Mawar tidak boleh keluar dari rumah pada wakrtu malam lagi,kalau Mawar nak keluar ke mana-mana mesti mendapat keizinan dari papa dulu.Kalau papa tahu Mawar langgar perintah papa siap Mawar,papa kerjakan.

“Ba..baik ..papa.Mawar janji tak buat lagi,”akur Mawarnis sambil meningggalkan ruang tamu.Khalil yang melihat anaknya berlalu meraup wajah penuh kesal.Dia tidak pasti apa akan berlaku lagi selepas ini dengan keluarganya.




BERSAMBUNG.. ;) SEMOGA CERIA BAK PELANGI

                                                                                  (Fika Najwa)