FOLLOWERS

Thursday, July 18, 2013

KARA PELANGI 3





Pelangi duduk sendirian di rumah di kala ini,Kara sudah keluar seperti biasa gadis itu tidak lekat di rumah.Duduk bersendirian di bilik membuatkan Pelangi tiba-tiba teringat kembali bagaimana dia datang ke sini.Semua jelas berputar di ingatan.Wajah ibu dan bapa tirinya,Pian berganti-ganti berlegar-legar di ruang matanya.

Pelangi begitu sayang ibunya dan dia tidak sanggup berpisah sebenarnya,tapi dia terpaksa.Dia tidak sanggup tinggal di rumah yang umpama neraka dunia untuknya.Rumah yang patut bahagia dia bersama ayah dan ibu bertukar derita dan duka bila ayahnya meninggal dunia,kemudian ibu berkahwin dengan seorang lelaki yang kaki judi dan kaki minum ,rumah itu bukan lagi seperti dulu lagi.

Malam yang dia nekad melarikan diri dengan wang simpanan yang dikumpulkan sejak zaman sekolah,dan membawa beberapa helai pakaian dan sepasang telekung pemberian ayah ketika dia cermelang dalam pelajaran di bawa bersama.Tentang ibu,dia tidak perlu risau.Dia pasti ibunya akan tahu kenapa dia melarikan diri dari rumah.malam yang dilalui diterangi cahaya bulan dan bintang.Jam sudah menunjukan pukul 11.30 malam tapi bagi penduduk kampung,waktu begini semua sudah dibuai mimpi dan akan bangkit bila subuh menjelang.

Sampai sahaja di simpangan jalan besar,Pelangi menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.Dia mengarahkan pemandu teksi itu pergi ke pekan yang memakan masa setengah jam dari kampungnya.Pelangi cepat-cepat membayar dan turun melangkah ke kauter tiket.Ketika itu kerani yang bertugas sedang bersiap-siap berkemas,cepat-cepat Pelangi bertanya sambil menarik nafas panjang.

“Kak bas terakhir ke KL ada lagi tak kak?”soal Pelangi.

“Ke KL,adik ini malam-malam seorang nak ke mana?”soal kerani kembali.

“Saya nak ke KL ada hal di sana,”bohong Pelangi.

“Rasanya masih ada lagi,adik nak ke?”

“Saya nak satu kak!Sebab saya kejar masa sebab ayah saya ada kat KL sedang sakit,saya balik ini Cuma ambik duit untuk biaya perubatan ayah kat sana,”bohong Pelangi lagi,menyembunyikan debaran dihati.Kerani itu dilihat mengangguk kepalanya sambil menghulurkan sekeping tiket berharga RM 48.00 kepadanya.

‘Terima kasih kak,”ucap Pelangi dan segera melangkah tergesa-gesa ke arah bas yang akan bertolak beberapa minit lagi.Sebaik bas bertolak meninggalkan pekan,Pelangi berasa amat lega.Selamat tinggal segala-galanya,aku yakin aku boleh memulakan hidup baru di Kuala Lumpur.Itulah ucapan yang dilafazkan di dalam hati.

Sampai sahaja dia dihentian Duta hari sudah siang,Pelangi buntu hendak ke mana di tuju arahnya,merayau-rayau dia berjalan dari satu tempat ke satu tempat,menahan teksi dan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur.Setelah bosan dia akan turun dan naik bas pula.Iklan-iklan yang di tampal di dinding bus stop dan tiang lampu isyarat jelas memaparkan kerja kosong,dia tidak tahu jalan di kota besar ini.

Pelangi cuba mencari rumah sewa,sampai ke petang tapi gagal.Di pandang langit yang mula melabukan tirai senja.Dia semakin gelisah dan takut.Di mana dia hendak bermalam seandainya dia gagal mencari rumah sewa sebelum hari beransur malam.Melangkah dari taman ke sebuah taman perumahan yang jelas banyak rumah teras,tidak tahu mahu bertanya yang mana satu kosong.Akhirnya dia melangkah ke pintu pagar yang berwarna putih yang jelas tertulis ‘Bilik Untuk Disewa’,itulah rumah Kara Kirana.Nasib baik dia berhenti di depan rumah Kara kalau tidak dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya.Malam itu dia bertemu dan berkenalan dengan Kara,terima kasih Kara kerana melindungiku,kau memang sahabat aku yang paling rapat di KL ini,desis hati kecil Pelangi.


Hujung minggu seperti ini Pelangi menghabiskan masa dengan membaca novel di pangkin yang terdapat di luar rumah.Novel MUNGKIN NANTI… karya Anita Aruszi yang baru di beli ketika singgah di kedai buku minggu lepas baru kali ini dia dapat membacanya.Kini hobinya adalah mengumpul novel baru yang berada di pasaran.Bacaan Pelangi terhenti gara-gara ada sebuah lori yang berhenti di sebelah rumah mereka.

Pelangi yang sedang duduk di pangkin cepat-cepat masuk ke dalam rumah.Kemudian dia berdiri di sebalik tingkap untuk melihat apa yang berlaku.Kelihatan beberapa orang yang sedang menurunkan barang dari lori itu,ada jiran baru rupanya aku dengan Kara,bisik hati Pelangi yang masih melihat orang menurunkan barang.

Dia cukup bersyukur kerana di pertemukan dengan Kara yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya,walaupun tampang Kara yang kelihat sombong tapi sebenarnya kalau kita mengenali Kara,dia adalah seorang sahabat yang baik dan cepat mesra jika orang baik dengannya,dia tidak tahu apa akan terjadi jika dia tidak bertemu Kara.Kini hubungan mereka kian rapat dan mesra sekali.Hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur ini banyak cubaan dan harus berhati-hati,dia tidak akan terlalu bebas seperti Kara.Dirinya harus menjaga tata susila sebagai gadis timur yang sudah lama diterapkan oleh ibu dan ayahnya mesti dipertahankan.

“Woii,Angi kau tengok apa tu?Kau mengedap siapa?”sergah Kara dari dapur sambil membawa dua fresh oren ke ruang tamu.Pelangi menoleh dan tersenyum.

“Saya tak mengendap lah! Ada orang baru pindah masuk rumah sebelahlah,”beritahu Pelangi.

“Baguslah,kita ada jiran baru.Mana tahu ada pakwe hensem,boleh lah aku kenekan kau dengan anak teruna dia nanti,”usik Kara.

“Awak jangan mengada erkk….”potong Pelangi.

Pelangi duduk di sofa sambil menyambung semula bacaannnya.Kara pula duduk bertentangan dengannya.

“Angi,aku nak tanya sikit boleh?”soal Kara.

“Boleh…tanyalah!”

“Kenapa kau susah senyum dah nak masuk empat bulan kau tinggal dengan aku tapi aku susah nampak kau senyum.Kenapa?Kat mulut kau ada emas ke?soal Kara lurus.

“Kenapa saya jarang senyum?Sebab senyuman saya dah dibunuh,kalau senyum dapat ringankan beban derita yang saya tanggung tak apa jugak!”ujar Pelangi.

“Senyumkan satu sedekah,”jawab Kara.

“Tapi masalah yang kita hadapi tak akan terhapus dengan senyuman Kara.”jawab Pelangi ringkas.

Kara mengangkat bahu,lalu bangun dan merebahkan badannya di atas kerusi malas berwarna coklat gelap.Pelangi merenung wajah Kara.Di tenung Kara yang sedang memejamkan matanya,diakui yang Kara memang cantik patutlah ramai yang mahu berkenalan dengan gadis ini,wajahnya saling tak tumpah sama cantik dengan mama Kara iaitu Karina,dia pernah melihat foto wajah mama Kara yang sentiasa ada di dalam bilik gadis itu.Kara memilik tubuh yang mengiurkan mana-mana lelaki yang menengoknya pasti akan tergoda apa lagi segala pakaian yang mengikut fesyen di kenakan ke atas tubuh Kara pasti seorang lelaki yang beriman pasti jatuh ke dalam pelukan Kara.Tetapi sejak seminggu ini wajah Kara  tidak seriang seperti selalu.Mungkin Kara sedang di landa masalah di kepalanya.

Masih jelas di matanya,entah bagaimana dia begitu teringin mengikut Kara ke disko pada malam kemarin.Selepas dia menunaikan solat isyak dia bersiap-siap turun ke ruang tamu,bila tiba di ruang tamu jelas mata Kara merenung pelik ke arahnya.Dia menyarungkan sepasang baju kurung kapas yang berwarna biru disarungkan ke tubuhnya.

“Kau yakin ke nak ikut aku dengan pakaian macam ini?”soal Kara pada malam itu.

“Kenapa?Ada yang tak kena ke dengan baju kurung saya?”soal Pelangi sambil menilik dirinya dari atas ke bawah.Takut jika ada terkoyak atau kotor pada baju kurungnya,maklumlah baju kurung lama.

Kara tersenyum memandang pakaian yang di pakai oleh Pelangi.

“Okey,jom kita enjoy!”pelawa Kara sambil menarik tangan Pelangi keluar dari rumah mereka.

Setibanya Pelangi dan Kara di salah sebuah disko yang terkemuka di KL terasa mahu pitam melihat keadaan disko yang buat pertama kali dia menjejaki kaki ke tempat itu.lampu neon berkelipan di sana sini.Irama lagu yang rancak sentiasa berkumandang dengan kuat.Dengan sekelip mata Kara hilang meninggalkan dia seorang duduk di meja.

Pelangi tercari-cari kelibat Kara di segenap sudut.Namun dia gagal menemui Kara.Mana Kara ni!Dia boleh tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang,hatinya berdetik.

Pelangi memerhatikan keadaan sekeliling.Dia melihat ramai muda-mudi menari bersama pasangan masing-masing di bahagian tengah disko mengikut retak irama yang membingitkan telinga.Dilihat sebelah kanan pula sepasang anak remaja sedang berpelukan.Matanya hampir terbeliak dibuatnya melihat si lelaki tidak segan-silu mencium perempuan itu.Melihat kelakuan mereka membuat Pelangi terasa geli.

Tiba-tiba Pelangi menoleh ke belakang kerana terdengar suara Kara ketawa.Pelangi bangun dan perlahan-lahan dia mendekati Kara yang seeding melayani beberapa teman,mahu sahaja ditarik Kara yang sedang asyik berada di dalam pelukan salah seorang dari mereka.Pelangi beristigfar di dalam hati.Sakit matanya melihat lelaki yang memeluk Kara.Kara ini satu suka sangat kena peluk,dia tak tahu ke yang lelaki itu sebenarnya nak ambik kesempatan aje!Gerutu Pelangi yang memandang tajam lelaki yang begitu erat memeluk sahabatnya.

Beginikah cara kehidupan Kara?Keseronokan yang beginikah Kara cari?Cara ini yang selalu Kara buat bila ada masalah yang dihadapi.Ini bukan budaya kita,ini budaya barat yang tiada batas dalam pergaulan dan larangan.Aku mesti bantu Kara keluar dari kehidupan ini!Aku mesti cuba keluarkan Kara dari keseronokan yang boleh merosakkannya,kata hati Pelangi.

Pelangi mempunyai sebab kenapa dia mahu ikut Kara malam ini.Dia mahu melihat gaya hidup Kara.Selama ini dia hanya mendengar khabar-khabar angin dan kini segala yang didengar membuktikan semuanya.Semua tentang Kara memang benar.Adakah Kara sudah jauh tersasar sampai melakukan perbuatan terkutuk?.Soalan yang sentiasa berlegar-legar di dalam kepalanya mahu di tanya dia takut Kara tersinggung pula.

Lewat pukul 3.00 pagi Kara membawa Pelangi ke rumah sewa Qis.Pelangi terkejut melihat apa yang dilakukan oleh rakan-rakan Kara,mereka sedang leka menghisap dadah di ruang tamu.Jijik dia melihat rakan-rakan Kara.

“Kara pun ambik juga ke benda tu?”duga Pelangi sambil menunding jari ke arah Qis dan rakan-rakan Qis yang sedang asyik dengan dunianya.

Kara menggeleng.

“Cari mati!Semua ini kerja bodoh dan sia-sia.”jawab Kara spontan.Pelangi tersenyum.Nasib kau tahu,bisik hati Pelangi.

Kara kau dah jauh terpesong.Banyak benda yang boleh kau buat untuk selesaikan masalah yang kau hadapi.Aku janji akan sedarkan kau Kara.Aku dah mula sayang kau seperti adik ku,aku tak sanggup kau hanyut mengikut mereka.Aku tak akan biarkan kau hancur Kara!Desis hati Pelangi.Dia berikar akan membawa Kara kembali ke pangkal jalan.

Pelangi tidak sanggup lagi berada lama di dalam rumah sewa Qis,dia jijik melihat Qis dan teman lelakinya melakukan perkara sumbang yang di larang oleh agama.”Kara jom balik?ajak Pelangi.

“Angi kau baliklah dulu,aku belum lagi nak balik.”tolak Kara ,lembut.

Pelangi yang mengajak Kara pulang tapi ditolaknya,segera melangkah keluar dari rumah sewa Qis dan terus pulang ke rumah.Dia tidak sanggup bermalam di situ.Dia tidak mahu terjebak dengan gegala yang kurang bermoral itu. 

Pelangi sampai di rumah kira-kira pukul 4.00 pagi.Dia terus naik ke biliknya dan merebahkan badannnya di atas katil.Mata yang mengantuk mula tertutup.Peristiwa yang menimpa dirinya terlayar di fikirannya.Pelangi menjerit ketakutan.Dia cuba memejamkan matanya agar peristiwa itu dapat di lupakan tapi di gagal melenyapkan semua yang berlaku.

“Ibu,tolong Keysha ibu..tolongggg,”jerit Pelangi.

Mata Pelangi terbuka.Peluh diingin memenuhi dahi.Pelangi terus bangun dan melangkah menuju ke bilik air untuk membasuh kaki dan tangan.Selalunya begitulah dilakukan oleh Pelangi setiap kali dia bermimpi.Dia menarik nafas panjang.Setelah selesai dia membasuh kaki dan tangan dia melangkah keluar dan  kembali merebahkan badan di atas katil.Tanpa disedari air mata mengalir jatuh membasahi pipi.Dia tidak dapat mengambarkan jika dia berada di rumah itu lagi pasti masa depannnya musnah jika dia ada di situ lagi.Hendak mengadu hal kepada Kara.Kara pula bermalam di rumah sewa Qis.Dia berasa kesunyian dan keseorangan,tidak ada siapa yang mahu mendengar rintihannya.

Pelangi cuba memejamkan mata.Namun matanya belum mengantuk,dia bangun dan menyandar di atas katil.Jam yang tergantung di dalam biliknya di pandang.Pelangi tersentak.Sudah pukul 6.00 pagi.Azan subuh sudah kedengaran dari surau berdekatan denga  rumah sewa Kara dan dia.Pelangi bingkas bangun untuk membersihkan diri dan mengambil air sembahyang.

Selesai Pelangi berdoa dia bangkit dan melipat telekung dan kain sembahyangnya dilipat dengan kemas dan disangkut di penyidai yang terdapat di belakang pintu.Pelangi turun ke bawah dan melabuhkan punggungnya di ruang tamu.Memandangkan hari ini hari ahad,dia tidak bekerja.Dia mencapai remote control TV di atas meja kopi dan menonton ‘Kopi O Nasi Lemak’ yang bersiaran di tv9.

Kara masih belum pulang.Pening dia mahu memikirkan sahabatnya yang seorang ini.Apalah nak jadi dengan Kara.Ada tunang yang mengajak kahwin tapi di tolak mentah-mentah.Sampai bila Kara harus hidup begini.

Tiba-tiba kedengaran suara seperti orang memberi salam.Siapa pulak pagi-pagi ini dah datang bertandang ke rumah aku,tak mungkin Kara,detik hati Pelangi.Dengan pantas Pelangi bangun menuju ke pintu,sebelum dia membuka pintu sempat Pelangi mengintai dari tingkap.Dibuka pintu,dilihat seorang perempuan berdiri memandangnya.

“Maaf dik,kakak menganggu hujung minggu adik.Kakak datang ini nak jemput adik datang ke rumah lepas asar.Akak ada buat kenduri sikit,”pelawa jiran sebelah dengan mesra.

Hurmm..jiran sebelah yang baru pindah beberapa hari yang lepas.Aku ingat siapa tadi.Cepatnya aku lupa,detik hatinya.

“Insya-Allah,kak,”jawab Pelangi.

“Adik tinggal seorang aje ke?”soal kakak itu lagi.

“Dua orang.”

“Mana yang sorang lagi tak nampak pun?”

“Ada,sekarang dia tak ada di rumah sekejap lagi dia balik.”

“Okeylah dik,bila-bila kita borak lagi.Masih banyak kerja yang akak tinggal dekat rumah tu.Lupa akak nak bagi tahu nama akak,Didi.Jangan lupa datang lepas asar nanti,”kata kak Didi sambil berlalu pergi.Kebetulan Kara tersempak dengan jiran sebelah ketika hendak pulang.Kara hanya tersenyum memandangnya dan melangkah masuk.

“Siapa itu?”soal Kara.

“Jiran sebelah yang baru pindah.Dia jemput kita makan kenduri dekat rumahnya nanti,”jawab Pelangi sambil memandang wajah Kara yang tak terurus.

Sedang Kara membuka kasut tiba-tiba Rashdan sampai meluru memeluk Kara dari belakang.Apa lagi,terjerit sedikit Kara akibat di peluk secara tiba-tiba.Jelas di wajah Kara bukan main seronok bila ‘si Rashdan’ disambut manja oleh Kara.

Pelangi yang melihat perbuatan sahabatnya dengan ‘Si Tua’ mahu termuntah menengoknya.Rashdan tanpa segan-silu masih memeluk pinggang ramping Kara dengan begitu mesra sekali.

“Baru balik?Tidur di mana semalam?”soal Rashdan lembut.

Pelangi yang mendengarnya terasa geli-gelemen melihat kelakuan Kara yang begitu menunjuk-nunjuk kemanjaannya di depannya. 

“Rumah Qis lah sayang..,”beritahu Kara dengan manja sambil mengelus pipi Rashdan.

Rashdan menarik nafas denagn berat.

“Lain kali abang tak nak sayang tidur dekat sana lagi,kan elok tidur rumah sendiri lagi pun Pelangi ada.”Agak  tegas suara Rashdan.Melihat Kara yang mula muncung akibat ketegasannya sebentar tadi cepat-cepat Rashdan menghulurkan bungkusan hadiah yang di belinya pada Kara.

“Ini abang ada beli sesuatu untuk sayang,dah tak mau muncung macam tu dah tak nampak cantik dah sayang abang ni,yang ni pulak hadiah untuk Pelangi,” dihulurkan pada Pelangi satu lagi bungkusan yang berbalut sama warna dengan  hadiah yang diterima oleh Kara.

“Okey,sayang abang balik dulu.Take care yourself.”ujar Rashdan sambil berlalu dari situ.Mungkin Rashdan marah pada Kara kerana bermalam di rumah Qis,membuatkan dia pulang meninggalkan Kara yang hanya mampu menghantar pemergian kekasihnya.

Bungkusan yang diberi oleh Rashdan untuk dia,disambut jua.Apa maksud Rashdan member aku hadiah?Nak perangkap aku macam mana dia perangkap Kara?Memang betul semua lelaki sama tak boleh dipercayai!getus Pelangi di dalam hati.


Demi tidak memperkecilkan hati jiran baru mereka,mereka berdua hadir dan terpaksa menebalkan muka kerana selama ni mereka berdua jarang beramah mesra atau menghadiri sebarang kenduri yang di adakan di kawasan rumah mereka.Rata-rata jiran tetangga yang hadir memandang mereka berdua dengan pandangan hairan,tapi tidak dikisahkan oleh mereka berdua.Selepas makan,Kara dan Pelangi meminta diri untuk pulang.Kara perasan adik kak Didi dari tadi memperhatikan Pelangi,dia tahu mesti Pelangi naik rimas,ke mana sahaja Pelangi dan dia pergi,adik kak Didi itu sering mengekori mereka.

“Dah nak balik ke?” Tegur adik kak Didi.Pelangi yang berada di sisi tidak menjawab pertanyaan itu.Hanya Kara yang mengangguk.

“Boleh berkenalan,siapa nama kau?”Dengan selambanya Kara bertanya pada adii lelaki kak Didi.
“Nama saya,Rynaldi,panggil aje Aldi.”

“Aku Kara Kirana biasa orang panggil aku Kara dank at sebelah saya ni Keysha Pelangi kau panggil aje Angi,”beritahu Kara.

Pelangi yang mendengar Kara menyebut namanya hanya tersenyum ,dia sedikit pun tidak memandang ke arah aldi yang dari tadi mermandang dianya.Pelangi yang meliaht Kara asyik bertanya soalan pada Aldi,dengan pantas melangkah masuk ke dalam rumah.Aldi mengekori mereka berdua hingga ke pintu pagar.

Sejak perkenalan itu,Aldi sering mencari peluang untuk berbual dan cuba dekat dengan Pelangi tapi sedikit pun tak di layan oleh Pelangi.

Suatu petang ketika Pelangi berjalan pulang dari tempat kerja ,dia didatangi sebuah kereta yang berhenti di hadapannya.Pelangi tergamam seketika.Tidak di sangka dia berjumpa lagi dengan Aldi.Pemilik kereta yang berhenti di depannya ternyata milik Aldi jiran sebelah rumahnya.Biasanya dia pulang bersama Kara tapi hari ini Kara pulang bersama Rashdan.

“Mari naik,saya hantar Anggi pulang,”pelawa Aldi sambil membuka pintu kereta dari dalam untuk Pelangi.

Pelangi tidak menjawab atau masuk ke dalam kereta Aldi,sebaliknya dia melangkah perlahan-lahan menuju ke rumah.Rumahnya yang tidak berapa jauh dari situ.Dia tidaka tahu apa pekerjaan Aldi tapi menurut Kara Aldi adalah usahawan yang mempunyai sebuah pasaraya kecil.

Aldi yang melihat Pelangi mengorak langkah tanpa menjawab atau mengangguk tidak berputu asa.Dia mengikuti Pelangi dari belakang.Pelangi yang berjalan tidak langsung menoleh ke belakang.Rasa benci mula mengelinap di dalam hatinya melihat Aldi,seperti tidak paham akan penolakannya sejak kenduri hari itu.Aldi kini sering mengikutnya ke mana sahaja dia pergi.Sebaik sahaja Pelangi ingin membuka pintu pagar dan ingin melangkah masuk ke rumahnya,dengan selamba Aldi memegang lengan Pelangi.

“Angi,nantilah dulu,kita berbual dulu.”tahan Aldi.

Pelangi yang melihat lengan yang di paut oleh Aldi,di sentap kasar tangan Aldi dan berlalu masuk tanpa menoleh ke arah Aldi yang memanggilnya,di buat pekak telinganya.Aldi yang melihat penolakan Pelangi berasa hampa dan muram melihat Pelangi masuk ke dalam rumah.Setelah kelibat Pelangi hilang terukir senyuman yang penuh maksud di bibir Aldi. 



BERSAMBUNG.... maaf sekali lagi FN lambat update citye nie.... terima kasih sudi layan cite yang tak seberapa nie... semoga ceria bak pelangi ;)

Tuesday, July 16, 2013

KASIH SI KEMBAR BAB 28






Fika Farisya turun ke dapur,pagi ini dia akan pergi ke Seremban dengan kak Ann selaku jurutera Syarikat MIFA Holding dan berjanji akan menjemputnya tepat pukul 7.00 pagi nanti.Fika Farisya mengenakan blouse cream lengan panjang paras pinggang dengan seluar slack berwarna hitam,sekali pandang macam peguam yang nak menghadiri kes pebicaraan di mahkamah,”kata hati Fika Farisya tentang penampilannnya.

“Breakfeast susu je?”Habis tersembur air susu yang diminum oleh Fika Farisya apabila suara Megat Ammar begitu dekat di telinganya secara tiba-tiba dari belakang.

Fika Farisya terbatuk-batuk akibat tersedak.

“Sorry I,tak sengaja buat you terperanjat tadi,”ujar Megat Ammar.

Pantas saja tangan Megat Ammar mengusap-usap lembut belakang Fika Farisya yang duduk di kerusi.Dia menoleh sekilas pada Megat Ammar.Masam wajahnya.

Nasib baik aku tak ada lemah jantung.Dia ini tak ada kerja lain ke tiba-tiba muncul, pagi-pagi dekat rumah orang,sakit apa?Gerutu Fika Farisya dalam hati.Megat Ammar selamba duduk di sebelah Fika Farisya.

“Marah ke?Sorry..I tak sengaja tadi,tak terniat pun nak terperanjatkan you,”ujar Megat Ammar membela diri.

Banyak cantik muka kau kata tak terperanjatkan aku.Entah apa yang mamat besi ini buat kat sini pagi-pagi nak kata jumpa ayah rasa tak kot sebab ayah sekarang ada dekat Jepun.Ini mesti nak cari gaduh dengan aku lagi,hati Fika Farisya berkata-kata kerana pelik melihat Megat Ammar pagi-pagi lagi sudah terpacak di meja makan,entah bila mamat besi ini ada disini?

Wajah Fika Farisya yang merah akibat menahan marah.Dia tidak menoleh pada Megat Ammar dan dia terus bangun menuju ke dapur.Kemudian kembali semula bersama kain di tangan.Air susu yang tumpah di atas meja dilap.

Megat Ammar hanya mendiamkan diri.Di waktu ini mendiamkan diri adalah lebih baik dari bersuara.Nanti kalau dia bersuara pasti satu rumah akan terjaga melihat pentengkaran dia dengan Fika Farisya.Bila, lagi nanti pasti akan keluar persoalan kenapa pagi-pagi lagi dia dah terpacak ke sini.Dia pun tak tahu kenapa dia boleh bangun awal dan terus keluar menuju ke sini.Nasib baik uncle Ihsan ada bagi kunci pendua rumah banglo ini kalau tak terpaksa dia menunggu salah satu penghuni rumah keluar.

Selesai mengelap meja,Fika Farisya terus meninggalkan ruang dapur tanpa menghiraukan Megat Ammar yang dari tadi tidak berkelip memandang dia,Fika Farisya sudah duduk di bangku berdekatan garaj kereta.Beg yang disandangnya tadi diletak di ruang tamu.

Mana kak Ann ini kata nak jemput aku dekat rumah pagi ini?Sekarang dah dekat pukul 7.30 pagi!Atau dia lupa!Ahh..aku telefon aje, apa susah-susah nak fikir,desis hati Fika Farisya sambil mendail nombor kak Ann,sengaja dia mengangkat tinggi-tinggi I-Phone 4s dia yang baru di hadiahkan oleh ayahnya.Ingat dia sorang aje pakai telefon canggih,aku pun ada lah.Gerutu hatinya lagi.

Fika Farisya menunggu tapi masih tidak ada jawapan dari kak Ann,di cuba balik mendail nombor kak Ann tapi masih gagal menghubungi kak Ann.Fika Farisya mula resah.

Sedang Fika Farisya resah menanti.Megat Ammar keluar bersama dengan beg di tangan.Di lihat Megat Ammar sempat memberi senyuman manis pada Fika Farisya yang nampak resah sekali.Megat Ammar terus menyimpan beg yang dibawanya tadi di bahagian tempat depan sebelah pemandu.

Fika Farisya yang bangun mahu menuju ke pintu pagar tidak jadi melangkah bila dia seakan-akan nampak beg yang baru di simpan oleh Megat Ammar di tempat duduk sebelah pemandu seperti begnya sahaja.Laju Fika Farisya berjalan menuju ke arah kereta lamborghini veneno Megat Ammar.

“Ehhh…kenapa kau culik beg aku?”soal Fika Farisya.

Megat Ammar masih tersenyum lagi.”Bila masa I culik beg you,I tolong simpan sebab I nampak muka you resah gelisah tunggu kak Ann yang tak akan datang punya!”ujar Megat Ammar sambil melangkah masuk ke kereta lamborghini veneno kesayangannya.

Fika Farisya memandang Megat Ammar seperti nak telan aje.Keningnya berkerut.

“Mana kau tahu kak Ann tak datang?Nanti aku call dia balik,”ujar Fika Farisya sambil cuba mendail nombor kak Ann,tapi belum sempat telefon I-phone 4snya ditekap ke telinga tiba-tiba Megat Ammar bersuara.

“Dah jom masuk.jangan ingat I nak keluar dating dengan you pulak,kebetulan I ada hal kat Seremban apa salah you naik kereta mahal I,lagipun kereta you kat bengkelkan?Bila lagi you nak merasa naik kereta ini,”sindir Megat Ammar.

Dia ingat aku kempunan ke nak naik kereta tak cukup ruang ini,aku rela lagi naik kereta lembu tahu!bentak hati Fika Farisya.

“Takpelah macam tu.Kau pergi lah dulu,nanti saya minta tolong Zafril hantarkan aku dekat sana tak pun aku minta tolong Tofan rakan niaga kita semalam ,dia ada offer aku pergi sama!,”jawab Fika Farisya tapi matanya dipaling dan menuju ke pintu pagar tanpa menghiraukan Megat Ammar yang seperti mahu menjawab balik.Malas aku nak dengar!

Megat Ammar yang mendengar nama rakan niaganya disebut mula terasa bahang.Merah padam mukanya akibat menahan marah.Dia ingat aku nak sangat ke pergi dengan dia,tak hinggin aku,”gerutu hati Megat Ammar.Dalam dia melihat Fika Farisya  menunggu di depan pintu pagar dia tersenyum sinis.Entah kenapa semalam dia menghubungi jurutera yang mahu pergi dengan Fika Farisya supaya tidak jadi menjemput gadis itu pagi ini.Dia ada sesuatu untuk Fika Farisya.

Megat Ammar yang sedari tadi duduk di dalam melihat Fika Farisya yang masih setia berdiri di depan pintu pagar,terus menghidupkan enjin kereta.Kemudian bergerak dan berhenti betul-betul di sebelah Fika Farisya.

“Ann tak call you ke?”Tanya Megat Ammar.

Fika Farisya yang berdiri di tepi pintu pagar terus memandang dengan wajah tidak puas hati.

“Kenapa?”

Megat Ammar sudah tersenyum,tapi bagi Fika Farisya pulak senyuman dari Megat Ammar macam sembunyikan sesuatu.

“Malam semalam dia call I,dia beritahu yang dia tak dapat nak ambik you dekat sini sebab ada hal.So dia minta cuti kecemasan.”bohong Megat Ammar.

“Hmmm…kalau macam itu aku call Tofan atau Zaf aje.”balas Fika Farisya.

Megat Ammar yang mendengar sudah seperti terbakar bila melihat kedegilan Fika Farisya. 

“You tak payah nak jadi perempuan tak berapa gatal pulak pagi-pagi ini,cepat masuk I dah lambat ini.!”arah Megat Ammar.

Fika  Farisya masih berdiam diri.Dia langsung tidak gentar dengan arahan itu.Ada aku kisah!

“Fika ,please…”panggil Megat Ammar namun Fika Farisya seperti tidak mengendahkannnya.
Megat Ammar mendengus sedikit.

“Fika!”Panggilnya kuat. 

Fika Farisya yang mendengar namanya dijerit terus memandang Megat Ammar.

“Apa?”jawabnya baran.Pagi-pagi dah cari gaduh dengan aku.Memang tak betul lah Tuan Megat ini,kalau dia nak pergi,pergi je lah buat apa nak angkut aku sekali!omel Fika Farisya perlahan.

Megat Ammar mendengar omelan dari mulut Fika Farisya.Ditatap wajah Fika Farisya yang memandangnya.

“Oh my God!Buruk betul perangai you ini…”Spontan perkataan itu terpancul dari mulut Megat Ammar.

Fika Farisya sudah mengecilkan matanya.

“Apa masalah kau pagi-pagi ini dah nak ajak aku bergaduh,suka-suka kau cakap perangai aku buruk!Habis perangai kau elok sangat ke,”bebel Fika Farisya dengan nada geram lalu terus berpusing ke tempat duduk sebelah pemandu dan ingin mengambil begnya.

“Hei!I tak ada masa nak layan,cepat masuk sekarang!You tak payah nak cuba call rakan niaga I dia dah sampai dekat sana dah,”beritahu Megat Ammar.

“Kau paksa aku kenapa?Aku tak naik kereta sempit kau ini!,”bangkang Fika Farisya.

“You nak I tekan hon ini ke?Biar semua orang bangun?You nak masuk atau tak ini,”ugut Megat Ammar sambil tangannya bersedia menekan ‘hon’.

Fika Farisya yang mencebik bibirnya,terpaksa menurut kehendak mamat besi ini.Benci!Benci!Benci!,bentak hatinya.

Tahu kau takut,tak adalah keras sangat.Senang rupanya ugut sikit terus jalan macam lembu kena cucuk hidung,desis hati Megat Ammar sambil tersenyum puas.Kemenangan di pihaknya.

“Fika,you tak bawak beg besar sikit ke?Mana tahu kita akan bermalam kat sana,”ujar Megat Ammar.

Fika Farisya menggeleng-geleng.

Kenapa pulak aku nak bermalam kat sana.Lagipun tempat itu tak jauh kita sempat balik hari.Tak ingin aku nak bermalam kat sana dengan kau!”rungut Fika Farisya di dalam hati.

Sepanjang perjalanan ke Seremban hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran.Fika Farisya sejak masuk langsung tidak memandang ke depan sebaliknya dia mengadap cermin tingkap yang bertinted gelap.Geram.Kereta warna hitam,cermin warna hitam nasib baik dia tak hitam kalau tak memang cukup pakej mamat besi ini,sempat Fika Farisya mengutuk Megat Ammar dalam diam.

Megat Ammar yang bosan dengan suasana sepi dan sunyi terus mematikan radio yang tadi rancak bercelotoh.Sengaja dia berbuat begitu,mesti perempuan yang macam batang kayu ini sakit hati sebab aku matikan radio!

Fika Farisya mengetap bibirnya.Dia masih setia mengadap ke luar tingkap malas dia nak bertekak dengan mamat besi ini.Baik aku diam lagi baik! Tak pun aku tidur lagi best,”jawab hati Fika Farisya.

“Fika,I tak nampak uncle Ihsan pun?Mana uncle Ihsan dan seminggu I tak jumpa dia,”Megat Ammar tiba-tiba bersuara,terpaksa dia mengalah kalau nak harap perempuan ini bukak mulut alamat sepanjang perjalanan dia memang bosan.

Fika Farisya yang mendengar buat-buat tidak dengar.Dia masih diam tanda dia tidak suka bercakap ketika ini.

“Fika!!”jerit Megat Ammar.

“Apa!” jawab Fika kuat.

“You dengar tak?”soal Megat Ammar.

“Dengar…”ujar Fika Farisya selamba.

“Habis kalau dengar kenapa tak jawab soalan I?”

“Malas nak layan baik aku kira pokok-pokok yang aku nampak.”

Kereta lamborghini veneno Megat Ammar terasa bertambah laju di rasakan.’Siapa suruh kau tanya soalan bodoh tu! Kau mesti tahu yang ayah dan papa kau sekarang dekat jepun,lagi mau tanya.Haa..tekanlah pedal minyak tu kau ingat aku nak takut kau bawak laju-laju macam ini!Jangan harap aku nak merayu dekat kau minta slowkan kereta sempit ini,nampak aje cun kereta ini tapi dah semua hitam langsung tak menarik cuba kau bagi warna sikit mesti tambah cun.Bagus jugak kau bawak laju-laju macam ini boleh cepat sampai,’omel Fika Farisya sendirian.

Dalam waktu Fika Farisya mengomel sendiri,telefon I-phone 4snya berdering didalam poket seluarnya.Berkerut dahinya melihat nombor ysang tidak dikenali. 

“Nombor siapa ini?Nak jawab ke tak?Tak payah jawablah biar ajelah kang penat dia berhenti sendiri,”desis hati Fika Farisya.

Megat Ammar menjeling sekilas ke arah Fika Farisya yang membiarkan telefon bimbitnya berdering banyak kali,naik bingit telinganya mendengar.

“You angkat call tu,bingit telinga I!”arah Megat Ammar marah.

“Suka hati aku lah nak angkat ke tak?Yang kau sibuk kenapa?”

“I bukan busy body hal you tapi phone you tu buat telinga I boleh jadi pekak tahu,kalau you tak nak angkat bagi phone you kat I biar I tolong jawab bagi pihak you,”ujar Megat Ammar geram sambil sebelah tangannya mahu mengambil phone Fika Farisya.

“Tak payah kau nak pandai-pandai angkat call dari phone aku.Pandailah aku nak jawab!Sibuk!,”ujarnya.Akhirnya Fika Farisya menjawab juga.

“Assalamualaikum,”Fika Farisya memberi salam.

“Walaikumusalam.”

Terus berubah muka Fika Farisya sebaik sahaja mendengar suara mamat berlagak yang pernah dia bagi penumbuk dulu.

Alamak!Macam mana dia boleh dapat nombor aku ini!Hish!Aku dahlah tak nak bercakap dengan dia,macam mana aku boleh terjawab call dia ini.Ini semua si mamat besi punya pasal tak pasal-pasal aku kena layan jugak,lecehlah macam ini!Fika Farisya membebel sendiri.

“Hello..hello!suara pemanggil disana bersuara bila dia berdiam diri.

Berlapis-lapis dahi Fika Farisya jadinya.Malasnya…. 

“Haaah… Hello nak apa Encik Tofan call saya ini?”

Megat Ammar yang sedang memandu terus memandang sekilas ke arah Fika Farisya.Tofan!Kenapa dia call si Fika pulak biasa kalau ada apa-apa urusan pasal projek mesti dia call aku dulu.

“Kau lupa ke yang kau dah serahkan projek ini dekat si Hakim dan Fika,so memang kenalah kalau si Tofan itu nak call salah seorang dari mereka.Atau kau cemburu.Baik kau mengaku jelah yang kau suka kat bini kau,’Akal Megat Ammar berkata-kata.

Cepat-cepat Megat Ammar mencantas segala yang dikatakan oleh akalnya tadi.Aku bukan cemburu Cuma pelik je kenapa si Tofan ini tak call si Hakim kan sama aje!

Megat Ammar memandang sekilas ke arah Fika Farisya yang nampak rancak berbual dengan Tofan,tadi bukan ke Fika Farisya ini nak tak nak je melayan si Tofan ini aku tengok lama aje mereka berborak?Borak pasal projek ke pasal hati!omel Megat Ammar perlahan.

“Okey..Encik Tofan sekejap lagi kami sampai.Assalamualaikum”ujar Fika Farisya menamatkan panggilan dari Tofan. 

Fika Farisya yang mendengar omelan Megat Ammar memandang sekilas ke arah Tuan Megat.”Tuan Megat nak tahu ke butiran perbualan aku dengan Encik Tofan, ini bukan soal hati ini soal tapak projek yang kita nak pergi, ada masalah di sana.Puas hati! Jangan berburuk sangka dekat orang kalau kita tak tahu hujung pangkal sesuatu cerita,”ujar Fika Farisya sambil tersenyum sinis.

‘Errkk…bukan aku bercakap dalam hati ke tadi?Jangan-jangan…adoii malunya aku!’desis hati Megat Ammar.





BERSAMBUNG.... Maaf FN tak dapat update KSK ...terima kasih sudi layan cite dari FN yang tak berapa nie... maaf jika ada salah dan silap FN.... semoga ceria bak pelangi ;)