OLEH : FIKA NAJWA
Adi Irwansyah, senyuman yang terlukis diwajahnya menunjukkan yang
dia sedang bahagia. Semua orang yang melintasi di depannnya di tegur. Kalau
boleh semua yang berkerja di Syarikat T.MZN Holding mahu ditegurnya. Semalam
dia menghabiskan masa bersama insan yang di cintainya dalam diam. Perasaan yang
di rasai dari hari ke hari semakin mekar berputik di hati. Sejak Nadia masuk
berkerja kali pertama di syarikat ayahnya hatinya sudah terpaut pada Nadia.
“Hai…senyum pagi nampak?” tegur Rizal yang mengekori langkah Adi
sehingga ke bilik. Rizal mendengar siulan dari bibir sahabatnya.
“Aku rasa aku dah jatuh cintalah Zal” ujar adi dengan senang hati.
“Sejak bila sahabat aku ini kenal erti cinta? Bukan kau susah ke nak
dekat dengan perempuan. Semua perempuan yang dekat dengan kau mesti kau reject
mereka kata kau tak bersedia lagi lah..tak nak ada komitmen la..Sekarang ini
lain pulak aku dengar.”
“Kau kan workholic dalam kerja bila masa pulak kau jatuh hati
ini?
“Kau dah terima Sue ke?” Duga Rizal.
“Aku jatuh cinta bukan dengan Sue lah” ngomel Adi Irwansyah.
“Habis tu kau jatuh cinta dengan siapa?
Rizal melihat sahabatnya masih tersenyum, sambil badan Adi bersandar
perlahan.
“Tengku Nadia Nadirah Tengku Mizan” perlahan suara Adi memberi tahu
bahawa gadis yang disebutnya tadi telah mencuri hatinya.
Rizal diam. Nama yang meniti di bibir sahabatnya. Tidak disangka Adi
yang selama ini workholic boleh jatuh
cinta pada anak majikannya.
“Kau sedar tak ini yang kau jatuh cinta dengan siapa?” Tanya Rizal
kepada Adi.
Rizal hanya memandang Adi. Jelas dia tidak menyangka yang Adi boleh
jatuh cinta dengan perempuan seperti Nadia. Dia akui yang Nadia cantik dan
boleh membuat orang seperti dia dan Adi jatuh cinta pada dirinya.Tapi dengan
apa yang di dengar dari orang yang Nadia telah banyak membuat hati orang
terluka dengan penolakkan cinta darinya. Dia tidak mahu sahabatnya turut
mengalami nasib yang sama. Dia tidak mahu Adi kecewa.
“Kau yakin yang Nadia akan terima kau?”ujar Rizal.
Adi bangun dan melangkah dekat dengan Rizal yang masih duduk. Dia pasti
sahabatnya risau akan dirinya. Dia tahu sahabatnya tidak mahu dia di kecewakan
oleh Nadia. Memang benar ramai yang melamar Nadia, setiap lamaran yang
ditujukan pada gadis itu pasti di tolak mentah-mentah. Dia yakin setiap
penolakkan yang di lakukan gadis itu pasti berkaitan dengan kejadian yang
dialaminya.Walaupun dia tidak yakin dengan keputusannnya. Tapi dia dapat
rasakan kehadiran cinta yang di tunggunya. Dia tidak boleh menipu dirinya lagi,
sudah lama dia mahu memberitahu Nadia tapi setiap kali mahu memberitahu Nadia
pasti ada sahaja halangannya. Kali ini dia nekad untuk meluahkan isi hatinya
pada Nadia.
Rizal ketawa kecil. Kuasa cinta boleh mengubah seseorang. Sempat Rizal
bermonolog di dalam hatinya.
Sejak di kenal Adi setiap wanita yang hadir meluahkan isi hati mereka
pasti akan di tolak dengan lembut supaya mereka tidak terasa dengan penolakan
Adi. Dan sejak Nadia mula bekerja di syarikat ini nama itu sering bermain dan
meniti di bibir sahabatnya.
“Kau kenal akukan Zal…malah kau seorang sahabat yang sangat memahami
aku. Kau tahu semuanya tentang aku dan keluarga aku. Dan sebab
itu lah aku tak mahu kau di kecewakan oleh Nadia. Kau tahu kan apa yang dia
alami selama ini, dia tolak semua cinta yang hadir untuk dia disebabkan dia
benci lelaki Adi. Aku tak mahu kau kecewa gara-gara masalah ini. Sebab aku
kenal kau dan memahami kau lah aku nasihat kau” sambung Rizal lagi.
“Tapi aku cintakan dia Zal” perlahan tapi cukup sampai di pendengaran
Rizal.
“Aku faham perasaan kau terhadap dia tapi kau boleh buat lagi pilihan
selain lain dia Adi.Macam mana dengan penerimaan keluarga kau dan Tengku pada
kau?"
"Dan kau yakin ke yang Tengku Mizan akan terima kau?”Sengaja
Rizal menimbulakan persoalan.Dia cukup kenal dengan sahabatnya ini kalau dah
berkenan di hati mahu dia usahakan sampai dapat.
“Keluarga aku tak payah risau aku rasa umi aku selalu merestui pilihan
aku Zal. Aku yakin itu.”
Tengku Mizan dan isterinya?”Soalan Rizal membuat Adi terdiam.
“Aku akan cuba berjumpa tengku dan luahkan apa yang aku rasa terhadap
anak mereka.. tapi aku perlu sokongan dari sahabat baik aku” pinta Adi
Irwansyah pada Rizal.
Lama Rizal terdiam. Dia masih memikirkan akan penerimaan keluarga Tengku
dan Nadia terhadap sahabatnya.
“Aku akan sentiasa tolong dan sokong kau di satu sudut. Aku selalu ada
jika kau perlu pertolongan dari aku Adi. Kau pasti dengan hati kau Adi?”
“Aku pasti Zal dan terima kasih atas sokongan kau dan aku akan pastikan
suatu hari nanti aku pasti perlu pertolongan dari kau Zal”
Mereka berpandangan lalu sama-sama tersenyum.
“Tuk…tuk…” Pintu yang di ketuk
berkali-kali dari luar tidak di hiraukan oleh Tengku Nadia Nadirah. Nadia
membiarkan tanpa sahutan, dibiarkan sahaja pintu pejabatnya berbunyi.Dia
memandang kearah pintu yang tadi berbunyi terkuak dari luar dan terpancul wajah
sahabat baiknya memerangkap PA iaitu pembantu perbadinya.
“Hoii... Nad!”
“Naik kebas tangan aku ketuk pintu kau, kau
langsung tak menyahut suruh aku masuk” marah Allysha Farhana pada sahabatnya
yang hanya mendiamkan diri.
‘Eehh! Kenapa pulak dengan si Nad ini, biasanya kalau kena sembur dengan aku gerenti dia akan sembur aku balik’ bisik hati Allysha Farhana. Farhana berjalan kearah Nadia yang hanya memerhatikannya, Allysha Farhana terus duduk tanpa meminta izin dari Nadia.

Setelah
lama mereka mendiamkan diri. Nadia mula memulakan bicaranya.
“Hana..aku nak cari dia. Aku nak cari dia
Hana.”
“Maksud
kau Nad,kau nak cari Adi?” potong Allysha Farhana.
“Apa yang
buat kau nak cari Adi balik? Bukan kau ke yang suruh dia lupakan kau dan suruh
dia pergi jauh dari kau. Sekarang kau sibuk nak cari dia” Allysha Farhana
menyoal Nadia.
“Kenapa kau nak cari dia?"
“Kenapa kau nak cari dia?"
"Kau jangan cakap kat aku yang kau dah
mula merasa sunyi atau lebih tepat lagi kau dah mula cintakan si Adi” Allysha
Farhana berkata sinis kepada Nadia.
Allysha Farhana sudah mengingatkan Nadia jangan bertindak melulu hanya kerana kenangan lalu. Dia juga sudah menegaskan yang Nadia sudah jatuh cinta kepada Adi tapi temannya tetap menafikan perasaan yang mula berputik di hatinya.
Tiap kali kalau dia membangkitkan soal Adi kepada Nadia, pasti temannya akan mengamuk dan menuduh dia suka menjaga tepi kain orang. Sekarang penafian yang diucapkan memakan diri Nadia sendiri cinta yang berada di depan mata di halau pergi begitu sahaja.
“Aku tahu sekarang mesti kau marah dekat aku sebab degil tak mahu dengar nasihat kau. Aku tahu mesti kau cakap padam muka kat akukan?” Soal Nadia pada Allysha Farhana.

“Disebabkan
masa lalu aku,aku masih trauma untuk menerima cinta hadir di dalam hati aku
Hana. Aku tak mahu kejadian lalu berlaku lagi dalam hidup aku” nada suara itu
kedengaran sayu.
Allysha
Farhana mengeluh panjang.
“Nad kau
ini cepat sangat buat penilaian. Tak semua lelaki macam bekas tunang kau si
Izham Hazwan. Aku tengok Adi itu memang iklhas dan tulus mencintai kau. Dia
cinta kau bukan sebab kau kaya atau anak kerabat diraja. Tengok kau dah
menyesal sekarang.” Allysha Farhana hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Allysha Farhana tahu Nadia menolak cinta Adi disebabkan masih takut sejarah
pahit yang pernah dia laluinya.
“Kau cakap senang la..,Hana yang lalui semua kekecewaan itu aku..,yang
sakit hati itu aku..,yang menaggung malu itu aku. Aku tolak cinta Adi sebab aku
tak mahu hati aku sakit lagi. Aku Cuma nak lindungi diri aku dari terluka buat
kali kedua. Memang aku dah berikar yang aku tak akan jatuh cinta lagi tapi
perhitungan aku silap, akhirnya cinta yang aku takut itu kembali mengetuk hati
aku setelah lama aku mengunci hati aku untuk jangka masa yang lama.”
Mutiara-muatira jenis sudah kelihatan di pipi Nadia.
Allysha Farhana yang melihat temannya meluahkan isihatinya terus bangun dan memeluk temannya. Dia tahu yang Nadia terluka dan trauma semasa majlis perkhawinan yang diharap dan diidamkan gagal.
Allysha Farhana yang melihat temannya meluahkan isihatinya terus bangun dan memeluk temannya. Dia tahu yang Nadia terluka dan trauma semasa majlis perkhawinan yang diharap dan diidamkan gagal.
Sanak
–saudara dan sahabat sudah memenuhi rumah banglo dua tingkat itu.Wajah Nadia
berseri-seri dia tidak sabar mahu menjadi isteri kepada tunangnya. Dalam
menanti bakal suaminya dia ditemani oleh temannya.
“Amboii….tak sabar errkk kau nak jadi isteri orang?” Soal Hana.
“Betul memang aku tak sabar nak sandang gelaran Puan Tengku Nadia Nadirah” ucap Nadia dengan riang.
“Kenapa kau cemburu ke aku nak khawin?” balas Nad pada sahabatnya.
Allysha Farhana mencebikkan bibirnya.
"Tak ada aku nak cemburu dekat kau menghabiskan beras aku je" sambung Hana.
"Akuuu...rasa kauuu...”
Belum sempat Farhana bersuara, Nadia dan Farhana berpandangan antara satu sama lain,mereka bagai ada terdengar jeritan dari arah bawah. Nadia yang sudah bangun ketika itu ditegah oleh Farhana menyuruhnya duduk.

“Biar aku
tengok apa yang berlaku kat bawah itu kau tunggu aku kat sini” Arah Farhana
pada Nadia.
Nadia yang
menanti di dalam dalam biliknya mula resah dan hatinya mula berkata,
‘Hisshh
mana pulak si Hana ini lama sangat kat bawah aku dah jadi rasa tak sabar nak
tahu apa yang berlaku kat bawah itu kenapa macam ada kekecohan je kat ruang
tamu.’Tanpa menunggu temannya kembali Nadia terus meluru ke arah pintu dan mula
melangkah menuju kearah ruang tamu.
Nadia yang
mendengar setiap ucapan yang dilafazkan oleh seorang wanita yang mengakui yang
tunangnya telah membuat dia mengandung dan cuba menghalang penikahan ini.Nadia
yang mendengar terkaku di tepi tangga sambil melihat pergaduhan yang berlaku di
rumahnya ketika ini.
“Iz… you tak boleh khawin dengan Nadia. Sebab sekarang I tengah mengandung anak you” ucap wanita itu kepada Izham Hazwan sambil tangan wanita itu erat mengenggam erat tangan Izham Hazwan.
“Apa semua ini Iz? Betul apa yang dia ini cakap tentang kau?” Tengku Mizan menyoal bakal menantunya.
“Uncle semua yang saya cakap memang betul uncle sekarang saya memang tengah mengandungkan anak Izham Hazwan.Usia kandungan saya dah masuk 2 bulan. Walaupun saya tahu yang dia sudah bertunang dan dia janji dia akan mengkhawini saya selepas dia berkhawin dengan Nadia kelak.”
“Apa betul yang dia cakap Iz? Kau nak khawin dengan dia walaupun Iz dah khawin dengan anak uncle? Betul anak yang ada dalam perut dia adalah anak Iz?” dengan nada marah Tengku Mizan menyoal Izham. Dia tidak dapat menerima anaknya diperlakukan seperti itu.
Izham Hazwan yang dari tadi berdiam diri hanya menggangguk kepalanya tanda semua yang dinyatakan oleh wanita yang mengaku mengandung anaknya. Semua tetamu dan kaum keluarga terkejut dengan anggukan dari Izham yang mengakui semua tuduhan yang di lemparkan ke atasnya adalah benar. Izham Hazwan hanya mampu menunudukan wajah ketika itu. Dia tidak berani bersuara kala itu.

melihat tunangnya mengakui semua yang dikatakan oleh wanita itu adalah benar.
Airmatanya kini laju membasahi pipinya dia tidak menyangka tunang yang dia
percaya dan di cintainya ternyata seorang yang tega mengkhianati cinta yang
diberi dengan tulus. Tanpa disedarinya Nadia mula melangkah perlahan-lahan
akhirnya dia berdiri dihadapan Izham. Tangannya mula menyeka airmata yang
mengalir dipipi tanpa disedarinya tangannya mula diangkat ke muka Izham Hazwan.
Pang!!
“Aku tak sangka aku jatuh cinta dengan orang yang salah selama ini. Aku tak sangka kau sanggup khianati cinta yang aku bagi dekat kau.Mulai detik dan saat ini aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku.Kau paham!!” Jerit Nadia pada Izham Hazwan lalu berlari menaiki tangga.
Allysha Farhana tersentak dari lamunan tentang kejadian yang menimpa Nadia setelah terdengar esakan dari Nadia. Lantas memeluk temannya dengan erat.

Farhana tahu sejak kejadian itu hati Nadia seolah mati dan tidak punyai
perasaan cinta lagi di hatinya. Dia tahu setiap ada lelaki yang mahu mendekati
Nadia, dia akan bersikap kaku dan tidak pernah membalas setiap kata cinta yang
hadir.
Sudah lama
Allysha Farhana tidak melihat Nadia menangis seperti ini. Kali terakhir dia
melihat adalah semasa Nadia di kecewakan oleh bekas tunangnya.
“Kalau kau nak menangis dibahu aku, aku sedia pinjamkan. Mendengar segala rintihan dan tangisan kau kawan. Jangan kau tahan airmata kau dari keluar” kata Allysha Farhana. Sebaik mendengar kata-kata dari Farhana, Nadia terus mengetatkan pelukan di tubuh temannya itu. Dia melepaskan semua rasa yang ada di dalam hatinya ketika ini.

Teresak-esak
Nadia mula bersuara.
“Aku ini
memang degil tak nak dengar cakap kau tentang Adi. Aku juga yang halau dia dari
hidup aku. Bukan itu je aku buat kat Adi. Aku hina dia. Keluarga dia. Cakap
yang dia dan keluarga dia hanya nak tumpang kesenangan aku. Aku ucap lagi yang
aku langsung tidak punyai perasaan cinta dekat dia dan dia tidak layak terima
cinta aku.Tapi setelah dia pergi jiwa aku mati. Aku kesunyian tanpa dia. Hati
aku sering meronta merindui dia aku bodoh disebabkan perkara lalu aku nafikan
perasaan aku yang mula berputik untuk dia. Aku nak cari dia Hana.” Kata Nadia
sambil menolak lembut tubuh Allysha Farhana.
“Kau nak cari dia kat mana? Kau tahu ke dekat mana dia tinggal sekarang?”Soal Allysha Farhana.
“Aku rasa, aku tahu Adi ada dekat mana sekarang ini” jawab Nadia dengan yakin yang dia tahu di mana Adi berada.
Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Tercetus ketawa antara mereka setelah Nadia dengan yakinnya tahu di mana Adi berada.
BERSAMBUNG.... :)
No comments:
Post a Comment