Dato Khalil
mengambil keputusan untuk tidak ke pejabatnya pada hari ini. Sebaliknya dia
mengarahkan pemandunya menghantarnya ke kondominiumnya. Dia harus berbincang
dengan Tania, selagi dia tidak selesaikan selagi itu hatinya tidak tenang. Dia
harus menamatkan hubungan sia-sia dengan segera. Dia akan mengahwini Tanina
seperti yang di cadangan oleh Riya.
Seorang
gadis dalam linkungan tiga puluhan muncul, tatkala pintu utama di buka dari
luar. Gadis itu tersenyum bila melihat seorang yang sentiasa di tunggu
kedatangannya. Tanpa sepatah kata, Dato Khalil terus melangkah masuk.
“Abang
nak minum?” soal Tanina berlalu menuju ke dapur. Dato Khalil mengangguk lemah.
Sambil menanti Tania, Dato Khalil mengambil keputusan untuk meninjau seluruh
ruang tamu itu biarpun ia bukan asing untuknya.
“Ini
air untuk abang.” ujar Tanina. Dato Khalil menyambut air yang di hulurkan.
“Terima
kasih sayang!” balas Dato Khalil tawar. Dato Khalil sebenarnya serba salah sama
ada mahu berterus terang kepada Tanina tentang niatnya datang ke rumah, hari
ini. Pujukan dan nasihat dari Riya sejak malam itu seperti menjadi pendorongnya
untuk berterus-terang. Dia tidak sanggup lagi bergelumbang dengan dosa lagi.
Ajal maut tidak mengira tua atau muda, dia takut sekiranya dia mati, dia tidak
sempat untuk bertaubat.
Sudah
tujuh tahun dia dan Tanina hidup seperti suami isteri biarpun tidak pernah ada
ikatan yang sah di antara mereka. Dato Khalil menghela nafasnya perlahan-lahan
sambil memandang Tanina yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Dato Khalil
tahu pasti Tanina pelik dengannya sekarang.
“Abang…,
kenapa ni? Abang ada masalah ke? Jangan buat macam ini, Nina kekok kalau abang
serius macam ini. Nina ada buat salah ke..? soal Tanina dengan manja, di
lentokkan kepalanya di dada Dato Khalil. Dato Khalil tersenyum melihat
kemanjaan Tanina seketika. Dia nekad untuk berterus-terang.
“Nita
abang ada soalan untuk Nina dan abang harap Nina jawab dengan ikhlas.”
“Abang…
jangan lah buat Nina takut. Apa yang abang nak tanya tu.”
“Nina,
abang serius sekarang,” tegas Dato Khalil. Tersentak seketika Tanina dengan
ketegasan Dato Khalil, di angkat kepalanya merenung wajah Dato Khalil dengan
penuh tanda tanya.
“Baiklah,
abang nak cakap apa dengan Nina?” soal Tanina sambil membelai dada Dato Khalil.
“Nina
sayangkan abang tak?”
“Abang…,
soalan apa ini. Kenapa harus di tanya lagi tentulah Nina sayangkan abang, kalau
Nina tak sayang abang dah tentu Nina tak akan bersama dengan abang selama ini.”
terang Tanina tanpa ragu-ragu dan semakin pelik. Sikap Dato Khalil agak
berlainan pada hari ini.
“Kalau
Nina sayangkan abang apa kata kita tamatkan hubungan yang sia-sia ini, Nina?” Tanina
tersentak mendengar kata-kata Dato Khalil yang mahu hubungan mereka putus.
Begitu mendadak sekali keputusan Dato Khalil.
“Abang…,
apa salah Nina. Kalau Nina ada salah, abang cakap. Jangan abang hukum Nina
seperti ini. Tanpa abang hidup Nina kosong. Nina tak tahu nak mengadu dengan
siapa. Nina tak minta apa-apa dari abang cukup izinkan Nina berada di sisi
abang seumur hidup Nina…Nina tahu Nina tak layak untuk buat permintaan lebih
dari ini, Nina sedar, Nina hanya perempuan yang pernah abang pungut dari tempat
yang hina.” tanpa segan Tanina meraih jari jemari Dato Khalil. Dia tidak dapat
bayangkan hidupnya tanpa Dato Khalil. Tanina masih ingat di saat dia hampir
dilanggar oleh Dato Khalil akibat dia lari dari bekas teman lelaki yang mahu
menjualnya. Dato Khalil yang menyelamatkannya dari cengkaman dari bekas teman
lelakinya dari di jual kepada bapa ayam untuk di jadikan pelacur.
Dato
Khalil tersenyum bila melihat reaksi Tanina ketika ini. Kata-katanya tadi hanya
sekadar mahu menduga hati gadis tersebut. Dia yakin Tanina benar-benar ikhlas
terhadapnya.
“Nina
setuju tak kalau abang kata yang abang ingin kahwin dengan Nina?” Tanina
mendongak perlahan-lahan sambil mengamati wajah Dato Khalil. Hati Tanina lega,
kerana sebab itu Dato Khalil mahu memutuskan hubungan mereka.
“Nina
bahagia, bang kalau abang bahagia. Tapi Nina hanya perempuan simpanan, Nina tak
layak untuk mendapat gelaran ‘isteri’ itu dari abang. Abang boleh mendapat yang
jauh lebih baik dari Nina, yang tak kotor macam Nina.” Tanina tidak dapat
menyembunyikan perasaaan kecewanya. Dia bangun menuju ke tingkap sambil memeluk
diri. Dato Khalil turut mengekorinya. Tanina terasa ada sepasang tangan
memeluknya erat dari belakang.
“Kita
kahwin?” bisik Dato Khalil penuh yakin. Dari tingkah dan cara percakapan Tanina
tadi jelas gadis itu ikhlas terhadapnya. Gadis itu setia padanya hanya dia
sahaja yang selalu meragui kesetian Tanina terhadapnya selama ini.
Dato
Khalil menolak bahu Tanina untuk berhadapan dengannya. Dagu Tanina diangkat. Dato
Khalil merenung mata Tanina yang jelas berkaca-kaca. Dia tahu gadis ini masih
ragu-ragu dengan lamarannya sebentar tadi. Dia sudah masak dengan perangai
Tanina, pasti di benak gadis ini berprasangka lamaran dia tadi hanya satu
gurauan.
Tanina
merenung Dato Khalil dalam-dalam. Tanina terasa bagai mimpi sahaja Dato Khalil
melamarnya. Tanina berharap ini bukan mimpi atau gurauan Dato Khalil. Tujuh
tahun dia menanti lamaran dari Dato Khalil. Tanina tidak pernah berharap kerana
dia sedar perempuan simpanan sepertinya tidak layak untuk meminta sebaliknya
hanya perlu ‘memberi’ sepanjang masa setiap kali khdmatnya diperlukan.
“Nina,
kita kahwin! Abang tak sanggup nak bergelumbang dengan dosa seperti ini lagi
cukuplah kita dah jauh tersasar. Kita mesti tamatkan hubungan yang sia-sia dan
kita pilih jalan yang lebih baik untuk kita berdua kerana abang tahu kita
berdua saling meyanyangi antara satu sama lain. Abang mengaku selama ini abang
meragui kesetian Nina pada abang. Tapi bila mendengar cara Nina menerima ujian
dari abang tadi dah cukup untuk membuktikan yang Nina benar-benar menyayangi
abang,” ujar Dato Khalil.
“Nina
tak pernah salahkan atau meminta semua ini. Nina sedar perempuan simpanan macam
Nina sering mendapat cacian dan dianggap jahat oleh masyarakat. Tapi mereka
semua lupa kami juga ada perasaan, ada hati. Bukan pilihan kami memilih kerja
kotor ini.
“Iya
ke?” Habis yang Nina buat bersama dengan abang ini bersebab lah?” kali ini Dato
Khalil mahu menduga lagi.
“Nina
terpaksa. Nina sanggup jadi perempuan simpanan abang kerana Nina nak membalas
budi abang sebab menyelamatkan Nina dari sindikit pelacuran. Kalau bukan abang
yang selamatkan Nina mungkin sekarang Nina terpaksa berkerja di lorong-lorong
atau bertukar-tukar lelaki mungkin juga Nina tak berkesempatan untuk bertaubat
jika Nina berada di sana. Tujuh tahun Nina bersama dengan abang, jujur dari
hati Nina sedikit demi sedikit Nina dan jatuh sayang pada abang.”
“Kenapa
Nina tak pernah meminta atau mendesak abang berkahwin dengan Nina?”
Tanina
menghela nafasnya perlahan-lahan. “Macam yang Nina katakan tadi. Perempuan
simpanan macam Nina tidak berhak untuk meminta bang. Perempuian seperti kami
hanya boleh ‘memberi’ khidmat kepada lelaki yang menjaga kami.” Semakin terharu
Dato Khalil mendengar keikhlasan Tanina terhadapnya.
“Nina
setuju kalau kita kahwin?” ulang Dato Khalil untuk mendapat kepastian dari Tanina.
Kelopak
mata Tanina yang di tahan dari jatu akhirnya mengalir jua. Siapa sangka
penantiannnya selama tujuh tahun ini menjadi kenyataan.
“Terima
kasih bang kerana membenarkan Nina menjadi isteri abang. Terima kasih bang sudi
bagi peluang pada Nina. Terima kasih bang kerana membenarkan Nina menjadi
seorang wanita yang bermaruah.” ucap Tanina sambil mendamparkan kepalanya di
dada Dato Khalil, di peluk erat tubuh Dato Khalil dalam keadaan terenjut-enjut.
Dato Khalil mengeratkan pelukan di tubuh Tanina.
Mawar
mengambil keputusan untuk bercuti
separuh hari daripada tugas-tugasnya di pasaraya. Mawar tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya pada kerja yang dibuat. Fikirannya benar-benar terganggu
bila mengenangkan syarat-syarat lelaki gila. Kini dia dan Dato Khalil hanya
mempunyai satu hari sahaja lagi untuk membuat keputusan. Dalam menunggu
kedatangan Riya, dia di datangi seorang lelaki.
“Hai..
sayang!” tegur satu suara. Mawar mendongak. Terkedu melihat wajah itu ketika
ini.
“Kau
nak apa?” marah Mawar.
“So sweet kalau you marah,”
“Baik
kau berambus dari sini, sebelum aku..”
“Marah!”
potong lelaki itu.
“Kau
nak apa?” soal Mawar lagi.
“I hanya nak berkenalan lebih rapat lagi dengan
‘bakal isteri’ I itu aje. You
tak sudi ke nak tahu siapa I ? Asal
mana? Nama I siapa? Sebelum tuk kadi
tanya you siapa nama I, tak kan you nak jawab ‘entah’!”
“Aku
tak ingin nak tahu tentang kau! Aku nak ingatkan kau yang aku tak akan sesekali
setuju nak jadi isteri kau!” Mawar bangun dan mahu melangkah keluar, tapi belum
sempat dia mahu melangkah lengannya di tarik oleh lelaki itu, akibatnya dia
terduduk di atas riba lelaki itu. Tangan lelaki itu melilit memeluk erat
pinggangnya.
“Sayang…kalau
iya pun you tak sabar janganlah buat
‘scene’ ini kat depan public malu lah, tunggu bila dah sah
baru boleh lebih-lebih” bisik lelaki itu di telinga Mawar.
Terasa
tebal wajah Mawar dengan pengunjung di restoren itu. Semua mata pengunjung melihat
aksinya, ada yang mengeleng dan ada juga yang tersenyum seperti menyindirnya.
Belum sempat dia bertindak.
“Kalau
you nak malu lagi, I akan buat. Sekarang baik you duduk elok-elok jangan bertindak
sebelum fikir akibatnya nanti.” ugut lelaki itu lagi.
Mawar
akur, terpaksa dia mengikut keingian lelaki ini. takut juga dia dengan lelaki
yang memang tak tahu malu. Dilihat lelaki itu berdiri, “Maaf, jangan salah
sangka dengan ‘scene’ kami tadi. Saya
cuma mahu selamatkan ‘bakal isteri’ saya dari terlanggar pelayan tadi tak sedar
pulak dia akan landing terduduk atas
riba saya, maaf sekali lagi jika menganggu anda semua.”
Mawar
tunduk malu. Pipinya sudah merah akibat malu, jika lelaki ini menganggunya
pasti semua ini tak akan terjadi.
Lelaki
itu tersenyum melihat pipi Mawar kemerahan, entah apa yang di fikirkan gadis di
depannya kini sama ada merah akibat malu atau merah akibat menahan marah
padanya.
“Dear… kenapa pandang meja, dari you pandang meja baik you pandang I.” lelaki itu terdiam melihat Mawar sejak tadi menunduk dari
memandangnya.
Mawar
tidak mempedulikan lelaki itu. Lama dia menunduk dari memandang lelaki yang
sering membuatnya sakit kepala. Dagu Mawar di angkat. Mawar kaku. Matanya dan
mata lelaki itu kini saling bertatapan, jarak mereka juga dekat. “Maaf kalau I buat you tak selesa dengan I,”
ujar lelaki itu.
“I cuma nak you berkenalan dengan I.
Lepas itu I akan pergi.” Janji lelaki
itu.
“
Nama I ,Haiez Nubhan.” Setelah
memperkenalankan diri, lelaki itu bangkit dari kerusi dan berlalu pergi sambil
mengenakan kaca mata hitam tanpa menoleh ke arahnya.
“Haiez
Nubhan….” Perlahan nama lelaki itu di sebut Mawar.
Mawar
yang melihat lelaki itu melangkah keluar mula mengejar, ditarik baju lelaki
itu. “Nanti..!!”
Haiez
Nubhan berpaling. Kini jarak di antara Mawar dan dia sungguh dekat. Mawar yang
menyedari keadaan mereka mula berundur setapak.
“Ha..Haiez…
please buat syarat lain selain aku
terpaksa jadi isteri paksa kau, aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak
cinta,” rayu Mawar cuba berlembut.
Haiez
Nubhan tersenyum. “Kalau you tak
cinta kan I, I boleh buat you jatuh
cinta pada I. Bak kata pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’ kan”.
“Kauuu…”
“Betul
tu Mawar, tak kenal maka tak cinta. Ehh..maaf, assalamualaikum, saya Riya,
teman Mawar.” Sampuk Riya tiba-tiba. Sudah lama dia perhatikan perlakuan Mawar
dan pemuda itu dari jauh.
“Riya…
apa ni!”
“Relax lah Mawar, kacak kau punya boyfriend or your bakal hubby
kenapa aku tak tahu ni?” soal Riya lagi.
Bulat
mata Mawar mendengar Riya mengelar lelaki di hadapannya sebagai boyfriend dia! Mati hidup semula aku tak
nak dengan lelaki ni! Di tarik tangan Riya. “Riya, kalau kau nak tahu dialah
yang ugut aku dan papa aku!” bisik Mawar ke telinga Riya.
Mulut
Riya hanya berbentuk ‘O’
“Mawar
kau tunggu dekat sini, aku ada sesuatu yang aku nak buat dekat lelaki itu.”
“Kau
nak buat apa Riya?” soal Mawar.
“Kau
tengok lah aku dari sini, nanti bila dah selesai aku roger kau. Jangan pergi mana-mana pulak. Ingat!” Riya memberi
arahan pada Mawar. Riya mula melangkah ke arah lelaki itu.
Mawar
yang berdiri tidak jauh dari situ mula panas melihat, Riya yang dari tadi
bergelak-ketawa dengan lelaki itu. Entah apa perbualan mereka yang asyik
tergelak-gelak dari tadi. Hampir 15 minit Mawar menunggu Riya habis berbual.
Terasa mahu meletup, di lihat Riya seperti sudah selesai berbual dengan lelaki
itu. Eee.. gatal pulak Riya ni, nampak aje alim tapi gedik! Kutuk Mawar di
dalam hati. Cemburu ke? Jawab hatinya pula. Mawar mendengus kasar.
Dilihat
Riya kembali melangkah ke arahnya. “Jom, ikut aku!” ajak Riya sambil menarik
tangan Mawar supaya mengikutnya. Mawar hairan melihat Riya.
“Masuk..,”
ujar Riya yang membuka pintu kereta untuk Mawar. Mawar tidak masuk malah dia
hanya berdiri kaku melihat Riya yang seperti tergesa-gesa mahu ke suatu tempat.
“Masuklah
aku ada perkara penting nak bincang dengan kau.” Tanpa banyak soal Mawar
mengangguk sambil mengenakan tali pinggang keledar. Daripada cara Riya bercakap
Mawar dapat menduga bahawa sahabatnya itu ada sesuatu yang di bincangkan tadi
bersama lelaki tadi.
“Kita
nak pergi mana?” soal Mawar lagi sambil matanya memerhati keadaan jalan raya
yang agak lengang selepas waktu rehat tengah hari berlalu sejam yang lalu.
“Aku
ada idea nak bagitahu kau,” balas Riya yang faham pasti temannnya gelisah sejak
masuk tadi. Diam tak diam kini mereka telah sampai ke tasik. Riya menuruni
kereta menuju ke sebuah pangkin rehat yang selalu menjadi tempat persinggahan
orang jogging setiap pagi. Nasib tidak ramai yang hadir ketika ini. Lebih
senang dia berbual tanpa gangguan. Mawar yang melihat turut turun dari kereta
dan melangkah ke arah Riya yang sedang duduk, dia pun turut duduk di sisi Riya
perlahan-lahan.
“Baik
kau cakap apa yang kau bincangkan, dan apa idea yang kau nak cakap kat aku?”
soal Mawar bertubi-tubi tidak sabar mengetahui perkara yang ingin di sampaikan
oleh Riya.
Riya
bangkit menuju ke tebing tasik. Dia membuang pandang sekitar tasik itu
jauh-jauh. Bibirnya terukir senyuman.
“Kau
nak tahu apa yang aku bincangkan dengan mamat yang ugut kau dan papa kau?”
“Umpp..
apa yang korang bincangkan?”
“Aku
minta dia kerja dengan kau dan papa kau sebelum korang di ijab dan kabul.”
“Kau
dah gila ke, Riya! Kau ingat papa aku akan setuju dengan idea gila kau ni?”
“Kenapa
tidak? Idea aku ini bahkan mendatangkan keuntungan di kedua-dua pihak. Aku dah
jumpa dengan lelaki yang ugut kau dan papa kau, aku akui bahawa dia sememangnya
seorang yang berani. Aku salute
dengan dia sebenarnya tak ramai yang boleh berhadapan dengan papa kau, kalau
orang lain aku yakin semua pasti kecut perut bila dengar nama papa kau,” ujar
Riya, kagum.
“Hei
Riya…, kau sebelahi siapa ni, dia atau aku?” marah Mawar.
“Maaf,
aku cuma puji keberanian dia. Okay kita drop
pasal berani tak ni. Kau ada cakap dia ada bagi syarat dekat kau dan papa kau
kan?”
“Iya..”
“Apa
kata kau dan papa kau pulak bagi syarat kat dia juga?”
“Maksud
kau?”
“Kau
terima cadangan aku. Terima dia berkerja di pasaraya, kat sana nanti kau boleh
berkenalan, pantau, perhatikan geri-geri dia, mana tahu masa dia berkerja di
pasaraya kau boleh kesan kelemahan dia? Bakal suami kau boleh tahan juga,
Mawar. Apa kata kau terima aje lamaran dia tuk suntig kau jadi isteri dia nanti
anak-anak korang mesti comel,”
“Riya….!”
Mawar mengetam gigi. Biarpun dia tahu temannya tu mengusik namun dia tidak
sanggup mendengar perkataan ‘suami’. Apatah lagi bila membayangkan hidupnya
bersama lelaki itu. Masih segar diingatannnya wajah sinis dan angkuh lelaki itu
sewaktu mengugutnya dan papanya.
“Dah..
jom balik kita jumpa papa kau pulak!”
“Aku
tak rasa papa aku setuju dengan cadangan gila kau ni, Riya.” Bangkang Mawar.
Dia kenal papanya.
“You know me, Mawar,” Riya menyenitkan
matanya sambil tersenyum manis.
SEMOGA CERIA BAK PELANGI :)