Di
tempat kerja Kara tidak banyak bercakap. Dia tekun tanpa menghiraukan
kawan-kawan sekeliling.
“Angi,
kenapa dengan kawan baik kau tu?” tegur Gopal. Pelangi hanya menjungkitkan
bahunya.
“Kalau
awak nak tahu, awak pergi lah tanya sendiri kat Kara, jangan tanya saya, saya
tak tahu apa-apa,” jawab Pelangi.
“Nak
bercakap dengan Kara? Dari pagi tadi aku tengok muka dia bad mood aje langsung tak ada senyum tuk sehari ini, yang aku pelik
bila kita tanya dia hanya angguk atau geleng kepala sahaja!” rungut Gopal.
“
Apa kata kau pergi tanya sendiri dekat Kara,” cadang Intan yang tiba-tiba
menyampuk.
“Kalau
aku berani tak adalah aku tanya dekat si Pelangi, tak pasal-pasal mengamuk
pulak dia kat sini nanti!” kata Gopal.
Hati
Kara sakit kerana seorang lelaki yang selama ini dia sayang dan cinta
rupa-rupanya hanya berpura-pura menyanyanginya. Kara tahu dia pasti akan
menjadi tumpuan staf-staf di tempat
kerja. Mana tidaknya sejak datang pagi tadi sampai sekarang dia hanya menyendiri
di tempatnya tidak seperti selalu dia sentiasa tersenyum dan banyak cerita yang
akan di sampaikan pada kawan-kawannya.
Fikirannnya
masih segar mengingati peristiwa semalam. Tiba-tiba wajah Puan Karina muncul
difikirannya. Alangkah indahnya kalau kedukaan dan rasa sakit hatinya ini dapat
di kongsi bersama mamanya.
“Angi
beritahu Encik Dylan aku keluar sekejap,” ujar Kara tiba-tiba.
“Awak
nak ke mana Kara?” soal Pelangi ingin kepastian.
“
Aku nak jumpa mama.” Jawab Kara sambil melangkah pergi.
Pelangi
hanya menggeleng, manakala Gopal dan Intan yang berada di situ terlopong
melihat Kara berlalu begitu sahaja ‘time
office’ boleh dia blah macam itu
aje! Suara Gopal dan Intan serentak
menutur ayat yang sama.
Kara
menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan RD Shd,Bhd, dia malas mahu
memandu. Ingin rasanya dia cepat sampai ke rumah mamanya. Teksi yanmg bergerak
laju di rasakan terlalu perlahan. Rimas dibuatnya, kan elok kalau aku yang
memandu cepat sampai! Omel hati Kara.
“Ah,
mimipi apa kau datang ke sini Kara?” tegur Puan Karina apabila melihat Kara
muncul di depan rumah.
“Kalau
datang sini selalu sangat, papa Rashid bukannya suka Kara. Nanti
mengamuk pulak dia,” sampuk Zarina kakak tirinya.
Kara
tertunduk sayu.
“ Salah
ke kalau aku datang ke sini! Puan Karina mama aku jugak atau mama tak suka Kara
datang sini?” soal Kara tiba-tiba.
Kara
berasa marah mendengar kata-kata dari mulut kakak tirinya. Puan Karina
menjeling tajam mendengar suara Kara yang lantang itu, Encik Rashid kebetulan
berada di halaman rumah bersuara.
“ Tak
salah kalau Kara nak datang ke sini, asal ada adap sopan yang saya tahu
tanggungjawab saya hanya pada anak-anak saya dan isteri saya, urusan Kara bukan
urusan saya,” ujar Encik Rashid.
Kara
memandang wajah mamanya yang merah padam akibat di perli oleh papa tirinya. Aku
tak mahu sesuatu yang tak ingin berlaku terhadap mama, bisik hati Kara.
“Hmm.. aku
hampir lupa pulak ini bukan rumah aku, maaf Encik Rashid aku tahu tanggungjawab
Encik Rashid hanya bersama isteri dan anak Encik Rashid walaupun Puan Karina
adalah mama kandung aku. Aku ingat Encik Rashid boleh terima aku sebagai
keluarga ini tapi aku silap menganggap Encik Rashid sebagai papa sendiri,” ucap
Kara.
Meja yang
terhalang di depannya ditolak kasar. Terkejut Puan Karina dengan tindakan Kara
dan dia terus melangkah keluar meninggalkan rumah itu.
Sepanjang
perjalanan pulang ke RD Sdh . Bhd, Kara menangis mengenangkan untung nasibnya.
Sejak kecik lagi dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua orang
tuanya.
Sampai
sahaja di RD Sdn.Bhd, Kara turun dan nampak kelibat Rashdan yang sedang
menantinya di hadapan pintu masuk. Kara segera berlari mendapatkan Rashdan.
Rashdan dipeluknya erat tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu-lalang di
situ. Dia menangis sepuas-puas hatinya dipangkuan Rashdan. Rashdan segera
melepaskan pelukan Kara. Lelaki seusia papanya memimpin tangan Kara masuk ke
dalam kereta.
Segala
kedukaan diluahkan kepada Rashdan. Rashdan memandang sayu anak mata Kara.
Kasihan gadis ini. Kalau kedua orang tua Kara mengambil berat akan dirinya
tentu cara hidup Kara bukan seperti ini.
Selepas
bual panjang, Rashdan menyuruh Kara mengambil cuti setengah hari, dia sendiri
akan bercakap dengan Dylan tentang tu nanti.
“Pak Im
tolong hantar Kara ke rumahnya,” Rashdan menyuruh pemandunya menghantar Kara
pulang ke rumah dia ingin sekali menghantar Kara, tapi dia tidak dapat menemani
Kara kerana dia ada urusan lain yang terpaksa diselesaikan.
Tanpa
sedar Rashdan dan Kara ada sepasang mata, tajam merenung ke arah mereka, gatal
punya perempuan kalau tak goda laki orang memang tak sah! Orang tua ini satu
ada hati nak mengorat anak dara baya anak sendiri! Gerutu hati pemuda itu,
penumbuk dikepalnya.
Kara mati
akal dan dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya. Sebaik sahaja sampai di
rumah, dia merebahkan badannya di atas kerusi malas. Badannya berasa begitu
letih, kepalanya pula terasa pening, seperti migrainnya datang menyerang.
Kara
bangun dan mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja lalu di ambilnya
tiga biji pil dan ditelan. Dalam beberapa minit sahaja kepala Kara terasa
ringan , dia seperti bermimpi berada di tempat yang cukup tenang yang hanya dia
seorang sahaja berada di situ, terasa hanya dirinya sahaja yang berada di alam
itu.
“ Kara!”
panggil Pelangi sambil mengoyang-goyang kan badan Kara.
Kara yang
terasa badannya seperti digocang-goncang membuka mata perlahan-lahan.
Berpinar-pinar rasanya. Wajah Pelangi yang bercekak pinggang dipandang dengan
kerutan di dahi.
“Kara
awak kenapa ini? Awak tahu masa saya balik kerja tadi pintu tak berkunci, macam
mana kalau perompak masuk tengok keadaan awak yang tak sedarkan diri ni!” soal
Pelangi yang marah. Dia bukan apa dia risau bila melihat Kara yang mengambil
remeh soal keselamatan dirinya sendiri. Pelangi duduk berhampiran Kara lalu
menuang air sejuk di dalam bekas dan kemudian mengambil kain dan dilapkan ke
muka Kara.
“Angi
awak dah balik? soal Kara secara tiba-tiba.
Pelangi mengangguk.
“Awak tahu sekarang pukul berapa?” soal Pelangi kembali.
Kara
mengegeleng. Waktu dia balik dan tertidur tadi baru pukul 2.00 petang.
“Sekarang
dah pukul 5.00 pagi!” beritahu Pelangi.
Kara
terkejut. Begitu lama dia terlena, mujarab sungguh pil panadol yang ditelannya
tadi. Biasanya tidak pernah selama ini dia terlelap.
“Maaf
saya kejutkan awak, saya ingat awak pengsan tadi. Sejak saya balik awak tak
bangun-bangun tu yang saya kejutkan awak, awak marah ke?” tanya Pelangi.
Kara
menggeleng. Suis lampu dibuka. Kara memandang jam dinding yang sudah menunjukan
pukul 5.00 pagi. Betullah cakap Pelangi, ingatkan Pelangi tipu, bisik hati
Kara.
Kepalanya
tidak rasa sakit lagi. Ringan dan segar. Baik aku lupakan sahaja dia, satu yang
pergi sepuluh yang datang. Ada aku kisah, aku ada rupa, baik aku guna wajah
cantik aku ini tuk goda lelaki yang kat luar sana lebih baik dari dia,dan dia
harus melupakan apa yang berlaku di rumah mamanya tadi sia-sia sahaja dia
menagih kasih pada orang yang tidak sudi.
Mulai
sekarang tak ada lagi orang yang boleh sekat kebebasan aku. Tak ada lagi orang
yang mengawal kehidupan aku. Kara tersenyum. Lupakan sahaja lelaki itu semua
lelaki memang sama hanya tahu menhancurkan hati perempuan sahaja, berkali-kali
hatinya membisikan kata-kata itu.
“Kara,
awak okay ke.Kenapa senyum sorang-sorang?” soal Pelangi mengejutkan Kara dari
lamunan.
Kara
bangun dan menuju ke meja solek yang terletak di biliknya, di renung cermin
yang terbias wajahnya. Matanya menjadi bengkak dan merah. Gara-gara lelaki itu
dan mamanya, bertapa bodohnya aku mennagis kerana hal itu, keluh Kara di dalam
hati.
Keesokan harinya,
seperti biasa Kara melakukan kerja-kerjanya yang tertangguh akibat dia bercuti
separuh hari semalam, nasib baik ada Intan yang boleh tolong sedikit sebanyak
kerja-kerjanya. Sedang Kara leka membuat kerjanya tiba-tiba dia di tegur dari
belakang.
“Rupa
cantik tapi sayang perangai tak elok, siapa yang malang dapatkan you, Kara! Masih ingat lagi petaruhan I dengan bos kesayangan you, dia lelaki pun tak ingin ngan you!” perli Encik Riyaaz.
Kara
terhenti menaip.” Iya ke wajah aku cantik? Tak perasan pulak selama ini, terima
kasih sebab sudi puji aku. Tapi Encik Riyaaz pun apa kurangnya, rupa saja segak
bergaya tetapi perangai tak elok, harap tumpang harta Rashdan dan Puan Zita.
Encik Riyaaz ingat ada ke perempuan yang sudi dekat?” balas Kara.
Terbeliak
mata Riyaaz mendengarnya. Memang Kara seorang sahaja di office ini yang berani melawan cakapnya sedangkan staf-staf lain hanya akur pada
arahannya. Tidak berani bertentang mata tetapi bagi Kara tidak.
“ Tapi I lelaki, you tu perempuan , ingat kedudukan kita tak sama, tengok mulut I B.E.Z.A Riyaaz mengeja satu persatu
perkataan,” sambung Riyaaz lagi.
“Oh..
Encik Riyaaz tengok mulut aku pulak S.A.M.A tak kira perempuan atau lelaki
semuanya sama Cuma yang membezakan mereka hati budi sahaja. Kalau aku memang
tak baik, Encik Riyaaz tak payah lah ikut perangai aku, faham!” terang Kara
sambil berpaling dan meneruskan kerja menaipnya yang tergendala gara-gara Encik
Riyaaz.
Riyaaz
mendengus marah. Terdiam. Terkena jugak aku, bisik hatinya.
“Riyaaz come..” sapa Dylan di depan pintu
biliknya ,terukir senyuman dibibirnya melihat pertengkaran adiknya dengan
setiausahanya. Salah adiknya juga yang pergi kacau si Kara itu buat apa kan dah
terdiam di buatnya.
“Haa..
gelak lah, gelak kau suka tengok aku selalu terkena dengan “minah tu’! marah
Riyaaz pada Dylan. Sejak dari tadi dilihat abangnya asyik mengelakkannya.
“Sorry..sorry bro kau jugak yang salah,
kau pergi kacau setiausaha comel aku tu buat apa? Kau jugak yang terkena?
“Dah lah
malas aku nak tengok kau!” marah Riyaaz sambil berlalu pergi.
“Errkk…
marah kat aku pulak.” usik Dylan.
Ketika waktu
pulang, hujan turun dengan lebatnya. Kara dan Pelangi tidak boleh pulang.
Begitu juga dengan Gopal dan Intan. Masing-masing resah menunggu hujan
berhenti.
“Menyesal
aku tak bawa kereta hari ini kalau tak kita dah balik.” ujar Kara pada Pelangi.
“Nak buat
macam mana kita tunggu aje lah sampai hujan berhenti.”
Dalam
menunggu perut Kara berkeroncong. Lapar dirasakan perutnya, ini lah padahnya
sakit hati dengan Encik Riyaaz sampai makan pun aku lupa. Ini lelaki tu punya
pasal tak habis-habis nak cari gaduh ngan aku! Gerutu hati Kara. Tiba-tiba Kara
menarik tangan Pelangi.
“Nak ke
mana, hujan ni?” ucap Pelangi.
“ Jom
teman aku main hujan nak tak?” soal Kara kembali. Belum sempat Pelangi berkata
apa-apa Kara sudah berdiri di tengah hujan lebat.
“Kara…
nanti awak demam!” tegur Pelangi.
Kara
hanya tersenyum. Sudah lama dia tidak bermain hujan, dia suka sangat bermain
hujan itu memang hobinya sejak kecil lagi. Pantang tengok hujan turun lebat,
dia seperti mahu menari sahaja. Kara tersenyum riang, rasa seronok bermain
hujan. Hilang segala masalah. Rasa tenang.
Orang
yang berada di lobi RD Shd. Bhd hanya menggeleng melihat Kara yang menari-nari
keseronokan di tengah hujan yang semakin lebat. Pelangi turut tersenyum melihat
Kara yang riang bermain hujan, mahu ditahan, dirasa tidak sanggup dibahasi
hujan.
“Woiii!
Kau ingat ini salji ke Kara?” jerit
Gopal kehairanan melihat Kara yang semakin seronok menari dalam hujan.
“Kara,
dah lah tu nanti awak demam pulak. Siapa susah?” ucap Intan pula.
“Kalau
korang nak tahu, aku mana pernah demam sebab main hujan. Hujan ini teman baik
aku sejak kecil lagi. Serabut yang ada kat kepala aku ini rasa macam hilang!”
beritahu Kara dengan suara nyaring.
Intan
yang tidak sanggup melihat Kara berlarutan begitu, terpaksa di tebalkan mukanya
meminjam payung staf yang melangkah
keluar dari RD. Shd.Bhd. Payung yang dipinjam diserahkan pada Pelangi.
“Nah
ambik ini awak sorang aje yang dapat pujuk dia balik, pergi pujuk dia,” ucap
Intan.
Intan
faham benar dengan perangai Kara, pantang dihalang atau ditegur. Kara melihat
Pelangi membuka Payung.
“Angi,
jangan! Aku masih nak bernain hujan lagi. Aku nak main sepuas-puasnya!” ucap
Kara.
Pelangi
tidak peduli dengan bantahan Kara tadi. Dia menarik tangan Kara ke stesen teksi
yang berhampiran dengan RD. Shd.Bhd.
“Kenapa
ni Angi?” soal Kara apabila Pelangi menariknya. Pakaian Kara sudah basah kuyup.
“Awak tak
malu ke dengan orang ramai yang menengok awak? Cuba awak tengok baju awak habis
lecun dengan air hujan entah boleh naik teksi ke tak ni?” soal Pelangi.
Kara
tersengih mendengarnya.
“Peduli
apa aku dengan orang!” getus Kara perlahan.
Hujan
masih turun. Mereka berjalan seiringan. Kara mengusap rambutnya yang basah.
Badannya terasa sejuk hingga ke tulang sum-sum.
“Baik
awak berdoa Kara moga-moga ada yang nak tumpangkan awak!” ujar Pelangi.
Kara
mengangguk. Sampai di rumah, Kara tidak masuk ke dalam rumah, dia terus bermain
hujan lagi. Hujan yang masih turun mengingatkan Kara kepada kampung halaman.
Opah Wan akan menunggu di depan rumah dengan rotan buluh, apa lagi bila
ternampak sahaja kelibat opah Wan didepan pintu sekeliling rumah dikejar kerana
bermain hujan. Tetapi selepas Opah Wan meninggal ketika dia berusia 14 tahun,
dia sendiri terpaksa menagih kasih mama dan papa yang tidak pernah sayang
padanya. Namun dia tidak pernah rasa jemu mengharap kehadiran kasih sayang
tersebut.
Malam itu, Kara
ke disko seorang diri setelah Pelangi tidak mahu menemaninya. Di sana dia
berjumpa dengan Zainal. Dia tersenyum, lantas di ajak Zainal menari dengannya.
Selepas menari Zainal mengajak Kara ke rumah Qis, tapi Kara tidak mahu melepak
di sana akhirnya Zainal mengajak Kara ke taman. Kara yang mendengar tidak
menolak pelawaan zainal dan terus mengangguk.
Mereka
berjalan seiring sebaik sahaja sampai di taman. Zainal memeluk erat pinggang
Kara. Kara membiarkan sahaja. Dia sebenarnya kecewa dengan sikap Zain, swebab
itu lah apa yang dilakukan oleh Zainal tidak dimarahi.
Langkah
Kara terhenti tiba-tiba, dia bagai kenal dengan orang yang berjalan di hadapannnya.
Darahnya tersirap. Jantung kara bagai terhenti berdegup. Wajah serta-merta
berubah pucat.
“Mama!”
panggil Kara perlahan.
Puan
Karina, hanya menoleh sekilas ke arahnya. Langsung mamanya, tdaak bertegur sapa
seperti dia orang asing. Dilihat mamanya langsung tidak menghalang perbuatan
Zainal terhadapnya. Kara yang melihat reaksi mama begitu dengan sengaja dia
memeluk Zainal erat-erat dan bercakap kuat agar mamanya mendengar suara namun
hampa Puan Karina semakin jauh meninggalkannya tanpa menoleh ke arah Kara.
Tanpa sedar air mata mengalir perlahan-lahan di pipinya.
“Hey baby, you kenal perempuan tu?” soal Zainal.
Kara
mengangguk lemah. “Dia mama aku, jawab Kara.
Zainal
yang melihat mood Kara berubah terus bersuara “Mari I hantar you balik,” kata
Zainal sambil memimpin tangan Kara ke tempat letak kereta.
Kara
hanya mengikut langkah Zainal. Dia rela ikut ke mana sahaja Zainal pergi asal
tolong hilangkan perit di dalam hatinya ini. Kara menangis hiba. Terhenti
langkah Zainal mendengar Kara menangis, selama dia kenal Kara tidak pernah dia
melihat Kara menangis seperti malam ini. Di peluk erat Kara, kepala Kara
disandarkan di dada bidangnya, biar gadis ini menangis sepuas yang dia mahu.
Dia akan sentiasa menemaninya.
BERSAMBUNG.... ;)