Merah
pipi ini
Saat
ku lihat dirinya
Mungkinkah
ini yang dinamakan cinta
Malu
hati ini
Saat
ku tatap wajahnya
Mungkinkah
ini yang dinamakan cinta
Tapi
ku ‘Tuk menyatakan
Pada
dirinya
Oh
tuhan,tolong aku sampaikan
Pesan
ini padanya
Agar
dia tahu bahwa kini
Aku
jatuh cinta
Oh
tuhan,bantu aku temukan
Cara
‘Tuk mendapatkan dia
Karena
kini ku t’lah jatuh cinta…
Nyanyian
penyanyi
kelahiaran Indonesia bergema memenuhi di ruang keretanya,bibir Tofan dari tadi
menguntum senyuman kerana dapat makan berdua dengan Fika Farisya.Gurauan dan
gelak Fika Farisya seperti ulang tayang yang sentiasa bermain-main di kotak
fikirannya sekarang.Sejak kebelakangan ini hati dan fikirannnya sering
memikirkan gadis itu.Nafas di hela perlahan,dia harus cari tahu gadis yang
bernama Fika Farisya.Telefon bimbit yang diletak di tempat duduk sebelah di capai.Tangan
Tofan mula ligat mencari nombor seseorang.Dia yakin orang yang dia mahu hubungi pasti boleh menyelidik
tentang gadis itu,dia perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan Fika
Farisya.
Sejak kejadian di KLIA bayangan Fika Farisya sering mengasak mindanya.Macam-macam
cara dia telah buat untuk mencari bayangan Fika Farisya tapi semuanya hampa
sehinggalah dia terlanggar Fika Farisya di MIFA Holding.Apa yang dia rasa kini
agak berlainan dengan gadis yang pernah keluar dengannya,bila dia bersama Fika
Farisya seperti dia mahu sentiasa berada di sisi gadis tersebut.Mahu membahagiakannya.
Faizal, I have work for you.I
want you surveys
about Puteri Fika Farisya Megat Ihsan! Please
contact me ASAP.
Dia tersenyum kembali selepas mesej dihantar.Dia
tidak terus keluar dari kereta sebaliknya dia duduk bersandar.Matanya merenung
jauh ke depan ,anak-anak yang berlari di depan keretanya tidak di
hiraukan.Terasa hatinya kini melayang terbang.Bait-bait lagu ‘Pesan Cinta’ seakan-akan mengambarkan
perasaannya kini.Ini ke perasaan jika kita jatuh cinta?Disoal dirinya sendiri.
“Umi..umiii,abang Tofan dah balik!”teriak anak-anak
yang berlari memberitahu Hasnah.
“Mana?”soal umi pada Yusuf.
“Tu…”ringkas jawapan yang diberi oleh Yusuf dan
mula berlari kembali mendapatkan kawan-kawannnya.
Hasnah yang melihat hanya mampu mengeleng
kepalanya.Dia cukup seronok melihat anak-anak yang tinggal di rumah ini
mendapat kasih sayang yang sepatutnya,mereka berhak untuk hidup bahagia.Dia
melangkah mendekati kereta anaknya,disitu dia lihat Tofan mengelamun dan
tersenyum sendiri.Jelas kerutan di dahi Hasnah yang pelik melihat anaknya.Belum
sempat Hasnah menegur anaknya,tiba-tiba Zahir memanggilnya.
“Umi ini ada panggilan untuk umi,”ujar Zahir.
“Ya lah.Zahir cuba kamu tengok si Tofan tu umi
nampak dia mengelamun sambil tersenyum sorang-sorang dalam kereta tu.Cuba kamu
risik-risik sikit.”seloroh Hasnah pada Zahir.
Zahir yang melihat tersenyum dan
menggeleng,dihayunkan langkah kakinya menuju ke arah kereta Tofan yang terletak
elok di tempat parking.
“Oit!Yang kau tiba-tiba mengelamun ini kenapa?Ada sasaran baru ke?’sergah
Zahir yang sudah membuka pintu kereta milik Tofan.Zahir tahu kalau Tofan
mengelamun dan senyum sendiri pasti ada gadis baru lah tu,gerutu hatinya.
Tofan terperanjat.Dia langsung tidak menyedari
kehadiran sahabatnya di sisi.
“Woii!Kau tak ada kerja ke selain main
terjah-terjah?Tofan pura-pura marah.
“Dah..dah kau simpan aje marah kau tu aku tahu
kenapa kau jadi macam ini,mai share
dengan aku.Perempuan mana pulak yang berjaya mencuri perhatian kawan aku
ini.”ujar Zahir tanpa berselindung.
“Uhh..salute aku dengan kau tahu aje apa yang ada di fikiran
aku,mana kau tahu?”
“Kau tak payah nak berahsia-rahsia dengan aku semua
perangai kau ada kat dalam kocek aku ini.Ceritalah.”
“Kau ingat lagi sewaktu aku nak ke Singapura,aku
ada terlanggar seorang perempuan yang garang.Aku dah..”belum sempat Tofan
menghabiskan cepat-cepat di potong oleh Zahir.
“Wait..wait,maksud kau perempuan yang kau langgar kat KLIA
beberapa bulan lepas,kau dah dapat cari dia?So
sekarang kau nak cuba tackle dia lah
ini?Fan,kau jangan cari penyakit dengan perempuan macam tu,mau kau makan
penumbuk dia lagi sekali.Habis sekarang kau dah tahu tentang perempuan tu
ke?”bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Zahir.
Tofan hanya tersenyum melihat soalan yang seperti
peluru dari Zahir.”Yup..”ujar Tofan ringkas.
“Kau ini memang cari penyakit,baik kau dengar
nasihat aku ini,batalkan aje niat kau nak tackle
perempuan tu aku takut nanti kau lebam-lebam dibuatnya.Atau kau saja nak test market!”
“Entah..aku nak kenal dengan dia aje.Aku nampak dia
bukan macam perempuan-perempuan yang aku pernah tackle,dia different
tak sama.Perangai dia memang lain itu yang buat aku nak rapat dengan dia.”
“Fan,aku
rasa kali ini kau macam dah jatuh cinta je?”tebak Zahir.
Tofan
tergelak.”Aku nak jatuh cinta?Kau rasa tak salah orang ke.Aku mana boleh jatuh
cinta dan tak akan jatuh cinta kau tahu!Ini Tofan lah semua perempuan mesti
kejar aku punya.”Tofan dengan yakin bersuara bahawa semua perempuan yang cuba
di pikat pasti jatuh ke tangannya.Masih menafikan apa yang dirasakannnya.
“Wahh…yakin
diri kau aku nampak kau jangan main dengan api Fan.”ujar Zahir sambil
mengeleng.Puas sudah dia nasihatkan sahabatnya jangan mempermainkan hati
perempuan tapi semua nasihat dia dan umi sentiasa dia buat ‘masuk telinga kanan
keluar telinga kiri’.
Puan
Hasnah yang mendengar sedari tadi hanya mampu tersenyum.
“Mana
aku main api kau tak nampak ke aku sekarang tengah duduk dan rangka plan seterusnya,”jawab Tofan,kemudian
memandang uminya yang sedang mengeleng sambil merenung tajam kepadanya.Dia
faham dengan maksud renungan uminya.
“Umi
jangan pecaya sangat dengan si Zahir ini,Fan okey aje.Fan cuma nak berkenalan
aje.Mana pernah Fan main-mainkan hati perempuan umi,Fan ikhlas nak berkawan
dengan mereka.Tofan terkejut apabila terasa getaran telefon bimbit yang ada di
sebelah tempat duduk di capai.Dengan segera dia menyentuh skrin telefon
bimbitnya.
“Yes,aku rasa si Faizal dah dapat segala
yang aku minta tadi.Cepat betul mamat ini buat kerja.”ngomel Tofan sendirian
dengan agak perlahan.Namun kata-kata Tofan itu masih dapat ditangkap oleh Puan
Hasnah dan juga Zahir.
“Bro..aku dah dapat maklumat yang
kau nak tu.Bila kau nak!Wow kali ini taste kau tak menahan brader cun minah
yang kau nak tackle tu,salute aku dengan kau,tapi satu aje yang aku
takut..takut kau jatuh cinta jugak ngan minah ini.Sebab aku cakap macam tu,
minah ini lain dari yang lain pernah aku selidik.Aku harap kau tak main-mainkan
perasaan dia macam mana kau mainkan perempuan-perempuan yang aku selidik untuk
kau!
Tofan
tersenyum seorang diri sebaik sahaja
membaca mesej ringkas daripada Faizal itu.Dia menggeleng-gelengkan
kepalanya sambil tersenyum masih teringat lagi pesanan yang menyuruhnya tidak
mempermainkan Fika Farisya tak macam selalu.Senyuman masih tidak lekang dari
bibirnya.
”Kenapa
kau dengan umi padang aku semacam aje?”tanya Tofan apabila umi dan Zahir sedang
merenungnya.Renungan yang memerlukan penjelasan.
“Siapa
perempuan itu yang boleh buat anak umi ini yang dari tadi termenung panjang
sampai kena sergah baru perasan,tengok sekarang lepas aje baca sms terus boleh
senyum manis macam ini?tanya Puan Hasnah sambil tersenyum penuh makna.
“Erkk.mana
ada umi.Ini hah si Faizal yang hantar sms dekat Fan tadi ada projek baru,”jawab
Tofan agak cemas.Dia tahu pasti umi dan Zahir dapat meneka apa yang sedang di
fikirnya sekarang.
“Aikk,Takkan
sms dari Faizal boleh buat Fan tersenyum manis?soal Puan Hasnah lagi.
Ala
umi,macam umi tak kenal dengan si Tofan ini kalau dia dah dapat sms dari Faizal
tu ada projek nak di tackle lah tu
umi.Macam biasa projek memikat sampai di sana terpikat!”Zahir menjawab bagi
pihak Tofan selamba sambil tersengih-segih.
“Umi
jangan percaya apa yang keluar dari mulut si Zahir ini!Pandai aje kau,mana ada
aku buat projek tu lagi!”nafi Tofan.
“Projek memikat?Sejak bila anak umi ini ada buat
projek memikat?’Puan Hasnah bertanya lagi.Dia tahu pasti ada lagi gadis yang
mahu dipikat oleh anaknya bukan dia tak tahu perangai anaknya yang sentiasa
didampingi gadis-gadis cantik tapi dia lebih berminat sekarang kerana dia ada
nampak sesuatu di dalam mata anak bujangnya.
“Umi
siapa lagi,umi mesti pernah nampak gambar dia dekat atas meja bilik anak
umi.Kalau umi nak tahu tu lah target terbaru dia, cantik minah tu umi!”sampuk
Zahir.
“Kau
jangan memandai Zahir.Umi jangan percaya sangat apa yang Zahir cakap tu umi,dia
main tembak aje tanpa usul periksa,”marah Tofan sambil tersengih memandang
uminya.Dia tidak mahu soal ini dipanjangkan lagi kalau tak mahu terbongkar
semua aktiviti dia.
“Ye
ke,umi macam nak percaya aje apa yang Zahir cakap tadi.”Puan Hasnah menyakat
anaknya.
Jelas
wajah Tofan sedikit memerah dan panik bila mendengar kata-kata uminya sebentar
tadi.Dia menjeling tajam pada Zahir yang kebetulan pada waktu tu sedang
menaik-naik keningnya.Aku hempuk jugak mamat ini,spoil mood bahagia yang sedang berangan-angan rapat dengan Fika
Farisya,omel hati Tofan.
“Malas
nak layan umi dengan Zahir.Fan nak masuk tengok adik-adik Fan sekejap sebelum
Fan keluar balik petang ini,”jawab Tofan.
Puan
Hasnah tersenyum melihat anaknya yang muncung dah macam anak perempuan
pulak,manakala Zahir tergelak kecil melihat Tofan.
“Yalah
itu,nak elak sebenar tu umi!”usik Zahir.
Namun
usikan itu langsung tidak dihiraukan oleh Tofan.Tofan cepat-cepat menyalami
uminya dan beredar dari situ,lagi lama dia di situ lagi banyak soalan dan
usikan dari umi dan Zahir.
“Zahir,kau
ada nampak kunci kereta aku tak?”Tofan bertanya sebaik sahaja sahabatnya masuk.
“Kunci
kereta?Mana aku nampak?”jawab Zahir ringkas.
“Eee..mana
pulak dia pergi,time-time macam ini
dia nak hilang!”rungut Tofan perlahan sambil berjalan masuk ke dalam
biliknya.
“Woi,Fan!”Zahir
bangun dari sofa dan berjalan menuju ke arah pintu bilik Tofan.
“Apa!”marah
Tofan.
“Yang
kau kelam-kabut ini kenapa?Kau nak pergi mana,bukan main lagi kau bersiap,kau
nak keluar dengan awek yang ada kat atas meja tu erkk?Kenalkan lah,aku pun nak
kenal jugak dengan awek tu,nampak cun aje aku tengok.”bebel Zahir.
Tofan
hanya mendengar sahaja bebelan Zahir tanpa membalas apa-apa.Waktu itu
fikirannnya lebih tertumpu kepada kunci kereta yang dari tadi langsung tidak
dijumpainya.
“Kau
jangan banyak tanya boleh!Kau ada nampak kunci aku tak?” tanya Tofan.Dia
bergegas menuju ke sofa tempat di mana dia selalu berbaring sebaik sahaja
pulang tadi.Rasanya sebaik sahaja dia
balik makan tadi dia terus dia terlelap di sofa akibat kepenatan,nasib baik dia
terjaga dan segera menunaikan solat Maghrib.
“La,kau
letak kat mana?Cuba kau ingat balik kunci kereta kau ,letak kat mana sebelum
kau tidur tadi!” tanya Zahir kembali.Dia turut membantu Tofan mencari kunci
kereta.
“Kau
ini,kalau aku tahu kat mana aku letak,tak adanya aku nak tanya kau dan mencari
macam ni,” marah Tofan.Dia binggung memikirkan di mana dia letak kunci
keretanya.Dia tidak tahu kenapa tadi dia tidak meletakkan kunci kereta itu di
tempat biasa.Dia bukanlah seorang yang suka menyepahkan barang-barang
miliknya.Tetapi tadi sebelum dia terlelap di sofa dia agak penat,fikirannya
asyik teringat tentang Fika Farisya,dia tidak sabar menemui Faizal sebentar
lagi.
“Kaukan
selalu gantung kunci kau kat key box
yang ada dekat dinding tu,kenapa hari ini pulak kau tak gantung tengok dah
hilang! tanya Zahir lagi.
Tofan
terus berhenti mencari dan memandang tepat ke arah Zahir.
“Kau
nikan…kalau nak tolong carikan tak payahlah kau keluarkan soalan-soalan yang
tak berapa cerdik kau itu dah buat aku bertambah pening.Cuba kau cari aje kunci
aku tu,ada jugaklah hasilnya.Habis aku kalau kunci tak jumpa,macam mana aku nak
cari maklumat Fika”marah Tofan,tanpa sedar dia menyebut nama Fika Farisya.
“Siapa
Fika?Apa kena-mengena Fika dalam pencarian kunci pulak?Kau sebut nama awek yang dalam frame tu erkk!Kau dah angau ke,tak pernah-pernah aku nampak kau
kalut macam ini?” soal Zahir sambil tersenyum penuh makna.
Tofan
kalut seketika bila disoal sebegitu.Dia berpura-pura tidak mendengar dan mulai
mencari kunci tanpa memandang ke arah Zahir yang setia memandang ke arahanya.
Hishh..
macam mana pulak aku boleh tersebut nama si Fika ni,tengok aku jugak yang
susah.Si Zahir ini selagi soalan dia tak berjawab mahu dia tagih jawapan sampai
aku menyerah!gerutu hati Tofan.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Fan,kau
dah cari dekat dalam key box ni?”
tanya Zahir sekali lagi sambil tangannya membuka key box yang tergantung di dinding.
“Kau
nikan..berapa kali aku nak cakap aku dah tengok dekat sana,tapi tak ada.Kalau
ada tak ada maknanya aku nak buang masa mencari kunci tu,sekarang pun aku dah
lewat nak jumpa dengan Faizal,”ngomel Tofan.Dia melabuhkan punggung ke sofa
sambil menggaru-garu kepalanya.Otaknya ligat mengingati kembali di mana dia
meletakkan kunci keretanya.
Zahir
yang masih berdiri di tepi kotak kunci terus membuka.Sebaik sahaja peti kotak
kunci itu di buka,dia mengeluh sambil menggeleng.Zahir pantas mengambil salah
satu kunci yang berada di dalam kotak kunci tersebut dan menoleh ke arah Tofan
yang duduk di sofa sambil meraup wajah.
“Ni
kunci apa?Kunci bas?” soal Zahir,dalam pada yang sama memerli
sahabatnya.Hatinya sedikit geram dengan telatah Tofan sejak tadi.
Tofan
yang memandang Zahir tersengih.”Kau jumpa dekat mana?” soal Tofan sambil
menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Tuu..kat
dalam key box langsung tak bergerak
pun…Kau cari pakai apa tadi?Dengan mata ke lutut?Atau kunci kau ini menyorok
dari kau?” perli Zahir.
Tofan
segera merampas kunci keretanya dari tangan Zahir dan berjalan menuju ke arah
rak kasut dia tidak mahu terlambat untuk bertemu Faizal,lagipun dia malas mahu
membalas perlian Zahir itu dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya sejak
bertemu balik dengan gadis yang selama ini di cari-carinya.Seingatnya
tadi,selepas dia siap berpakaian dan mahu pergi,sudah beberapa kali dia mencari
kunci keretanya di dalam kotak kunci tersebut dan pada waktu itu dia tidak
nampak kunci keretanya yang sememangnya ada di dalam kotak kunci itu.
“Aku
rasa kau tak okey sekarang ini?Kau sakit erkk?Ataupun kau tak sabar-sabar nak
jumpa awek yang kau tackle tu!Kau angau kan?”Zahir cuba
menduga sahabatnya.Dia sendiri perasan saat Tofan termenung di dalam kereta
sebaik sahaja sahabatnya pulang dari Seremban,fikiran Tofan seperti terganggu
waktu itu.Malah pagi tadi ,dia melihat Tofan terus pergi ke Seremban tanpa
mengambil sarapan pagi seperti kebiasaannya.Pada mulanya dia menyangka
mungkin Tofan sudah lambat untuk ke
tapak projek tapi bila melihat jam dia agak mushkil dengan perubahan
sahabatnya.Kebiasaan Tofan bukan begitu.Walau lambat macam mana pun lelaki itu
lambat sekalipun dia mahu pergi,dia tetap akan mengambil saarapan pagi
itu.Tetapi pagi tadi dia perasan Tofan tidak mengambil breakfeast .Sarapan yang dibuat oleh umi langsung tidak disentuhnya
dan apa bila di tanya umi sahabatnya menjawab ‘dia sudah lambat ke tapak
projek’.
“Sekarang,kau
betul-betul angau erkk?Angau kat gadis yang bernama Fika kan?” duga Zahir
sekali lagi sambil tersenyum nakal.
“Kau
jangan nak mengarut macam ni boleh tak?” Marah Tofan lantas melangkah keluar
dan diikuti oleh Zahir dibelakang.
Zahir
tergelak kecil melihat telatah Tofan yang kelihatan mengelabah apabila disoal
sebegitu.
“Kau
nak ke mana,Fan?” tanya Zahir pada Tofan yang sedang membuka pintu keretanya.
“Keluar
jap,” beritahu Tofan,terus masuk ke dalam kereta dan menghidupka enjin.
“Aku
ikut ,boleh!”sakat Zahir lagi.
“Tak
payah buat semak aje nanti,kau tunggu dekat sini sambil tolong aku jagakan
anak-anak dan umi.Aku pergi sekejap aje tak lama.” Jawab Tofan.
Zahir
memerhatikan dengan perasaan yang penuh dengan tanya tanda.Setahu dia kalau dia
mahu ikut pasti Tofan tidak akan menolak jika dia mahu mengikut tapi kali ini
agak berlainan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabatnya.Dia tersenyum
sambil memerhatikan kereta Tofan bergerak keluar dari rumah anak-anak yatim.
Tofan
tersenyum saat terpandang seraut wajah yang sejak tadi ditunggu-tunggunya.Dia
segera bangun dari tempat duduknya.Tangan di angkat tinggi-tinggi untuk mencuri
perhatian sahabatnya yang baru melangkah masuk ke dalam restoran.
“Faizal!Over here!” panggil Tofan sedikit
kuat.Faizal yang dari tadi mengesan sahabatnya cepat-cepat menoleh ke arah
lauangan suara yang dilontar oleh Tofan.Melebar tersenyum Faizal tatkala pandangan
mereka bersatu.
“How are you my friend?
Aku rasa dah lama kau tak cari aku sejak kau suruh aku cari maklumat tentang si
Zahra.” Faizal memeluk erat tubuh tegap Tofan beberapa saat.Dia merenung Tofan
yang sememangnya segak dari atas ke bawah.”Makin handsome kau ,aku nampak!”
Tofan
tersenyum sumbing.Kembang hatinya bila dipuji oleh Faizal tadi.Dia berutung
mempunyai sahabat seperti Faizal yang masih melayannya dengan baik biarpun dia
hanya mencari sahabatnya itu bila perlu sahaja.
“Aku
macam ini lah,biasa aje.Kau tak payah nak puji-puji aku sangat kau pun apa
kurangnya.Eh,yea pun kita nak berborak duduklah,order air atau makan kau jangan
risau aku belanja.Banyak benda yang aku nak tanya kat kau ni,” pelawa Tofan.
“Aku
dengar kau sekarang sibuk menaikan nama syarikat kau,tapi aku salute dalam kau sibuk boleh pulak kau
memancing?” usik Faizal dengan sengihan lebar.
Tofan
tersenyum kelat.Berbekas jugak usikan Faizal itu dalam hatinya.
“Kau
jangan nak mula,macam kau tak kenal aku!Sorry
lah kalau kau tak selesa aku asyik suruh kau buat itu ini.Aku tahu mungkin kau
tengah kutuk aku dalam hati kan?
Faizal
tersenyum dan mengangguk kepala.”Aku fahamlah kalau kau cari aku.Kau jangan
risau kalau ada pun aku kutuk kau mesti aku kutuk depan-depan tak mainlah
belakang ,bro.”seloroh Faizal.
“So
macam mana?” tanya Tofan yang tidak sabar.
Faizal
tergelak kecil dengan kata-kata Tofan yang kedengaran tidak sabar itu.Kelihatan
aneh dilihatnya.
“Maaf,Fan.Aku
tak dapat banyak maklumat tentang gadis yang kau suruh aku selidik itu.”
Panjang
nafas yang ditarik oleh Tofan.Baru tadi hatinya berbunga menerima mesej dari
Faizal yang mengatakan mahu berjumpa kini hilang rasa itu.
Faizal
yang nampak wajah muram sahabatnya.”Kenapa kau nak dekat dengan dia? Bukan kau
dah ada Zahra ke?” tanya Faizal.Bukan dia tidak mahu menolong Tofan tapi dia
risau sahabatnya akan mempermiankan gadis ini.Gadis ini tidak sama dengan gadis
yang pernah dia selidik ada kisah sedih disebalik wajah gadis yang dia siasat.
“Faizal
apa yang kau tahu tentang Fika Farisya.?” Soal Tofan.
Faizal
terdiam.Wajah Tofan diamati bersungguh-sungguh.Pelik dia dengan Tofan biasanya
dia tidak suka pada gadis yang kasar seperti Fika Farisya,dia cukup kenal
dengan taste Tofan.”Fan,aku rasa baik
kau lupakan niat kau nak tackle gadis
ini!Aku tak nak kau sakiti dia!”
Kening
Tofan bertaut kehairanan.Hatinya rasa tidak enak.”Tolong,Faizal beritahu aku
pasal dia?”
Faizal
mengeluh perlahan.Tubuhnya disandarkan ke kerusi dengan pandangan yang masih
melekat ke wajah Tofan.”Dia seorang gadis yang ceria yang berduka bila
bersendirian.Kau baca maklumat yang aku bawak ni,” ujar Faizal sambil
menyerahkan fail yang dibawa bersamanya tadi tapi di tolak kasar oleh Tofan.
“Aku
tak nak baca!Aku nak kau yang cakap Faizal!”
“Relax bro. Aku minta maaf terlebih
dahulu dari kau,aku memang tak sokong kalau kau ada niat nak lukai hati gadis
ini lagi dan aku tahu kau mesti berminat nak tahu apa yang jadi dekat dia
kan?”balas Faizal dengan suara yang sedikit lembut melihat perubahan emosi
Tofan,dia tidak mahu Tofan berasa marah kepadanya.
“What happened to her? Kau kata dia
banyak terluka? Why?” soal Tofan
kembali dengan nada yang lembut.
“Kalau
kau nak tahu 12 tahun lalu ibu dan dia di halau dari rumah milik Megat Ihsan
akibat salah faham antara Megat Ihsan pada isterinya.Dia dan kakak kembarnya
terpisah sejak hari itu.Dia hanya ada ibu disisi.Sewaktu dia final exam SPM,ibu dia meninggal dunia
akibat barah rahim,dia tidak dapat berada disisi ibunya ketika ibunya
menghembuskan nafas yang terakhir.Hanya dia sahaja di sisi ibunya ketika Rahmah
Khalissa meninggal dunia,Megat Ihsan dan Fhyka Arissa langsung tidak ada di
sisinya untuk menenangkannya.
Dia
bersendirian kau tahu,hanya keluarga Haji Hassan ,Hajar Tija dan anak lelaki
mereka sahaja yang berada di sisi Fika Farisya.Kalau kau nak tahu lepas ibu dia
pergi dia bertukar perwatakan dari ceria ke murung dan suka mengelamun seorang
diri biarpun orang tak nampak dia menangis tapi keluarga Haji Hassan tahu Fika
Farisya akan menangis bila tiada orang di sisinya.”
“Tapi
macam mana dia kembali balik ke sisi keluarga dia?Dia mesti tahu keberadaan
mereka bukan?” tanya Tofan.
Faizal
mengangguk perlahan.”Yea,dia tahu. Tapi dia tidak terus mencari mereka, bila
suatu hari Megat Ilman muncul di rumah Haji Hassan.Megat Ilman yang bawak Fika
Farisya kembali ke pangkuan keluarganya.Pada mulanya dia tidak mahu mengikut
Megat Ilman tapi di sebabkan wasiat dari arwah ibunya dan arwah isteri Megat Ilman yang akan di
bacakan, Fika Farisya terpaksa akur mengikut Megat Ilman pulang ke Kuala Lumpur.Engku
Habibah sangat membenci dia dan ibunya. ”
Tersentak
Tofan seketika.Harta !Bagai dia mampu menduga isi wasiat tersebut.’Apa isi
wasiat tu?”
“Kau
agak apa isi wasiat tu?”
“Terus
pada point Faizal,”
“Maaf aku tak dapat siasat apa isi wasiat tu.Puas
aku soal pekerja di guaman milik peguam Fuad,tapi tak berjaya tak ada seorang
pun tahu apa isi wasiat tersebut.Tapi apa yang aku tahu di sebabkan wasiat itu
jugak Fika Farisya berada di rumah milik Megat Ihsan hingga sekarang,selepas
wasiat itu di baca Fika Farisya menyambung belajar selama 5 tahun di UK,tak
banyak yang aku tahu tapi bila aku selidik tentang hidup dia aku rasa baik kau left her,Tofan…Aku tak nak kau lukai
lagi hati yang memang penuh dengan parut di dalamnya.Pity her.”
Tofan
hanya mampu mendiamkan diri,di kepalanya hanya berlegar-legar soal wasiat
itu.Kisah Fika Farisya sudah cukup mengambarkan yang dia tersisih dari
keluarganya,hatinya berdetak sedih bila mendengar ringkasan hidup Fika Farisya
dari Faizal.Apa isi wasiat?Jangan-jangan Fika terpaksa berkahwin dengan Megat
Ammar!Tak ni tak boleh berlaku,Amm sudah ada Shahrini mana mungkin Amm
mengkhianati kekasih dia!”sangkal hati Tofan.
“Kalau
kau nak tahu isi wasiat tu,apa kata kau tanya terus kat Fika Farisya
sendiri,mana tahu bila kau dah rapat dengan dia,mungkin dia akan
bercerita?”cadang Faizal setelah beberapa lama mereka menyepi.
Tofan
hanya memandang Faizal tanpa bersuara.Kepalanya ligat berperang dengan desakan
hati sendiri yang mahu tahu apa isi wasiat arwah isteri Megat Ilman dan Arwah
ibu Fika Farisya.Cerita yang disampaikan oleh Faizal tadi sedikit sebanyak
mendesak hatinya untuk membahagiakan Fika Farisya dan mengubati hati gadis itu.
“She different from the
others, I do not know why to me who I know I want him.
Maybe I've fallen in love with her,
that I know I want
him,Faizal…”
BERSAMBUNG... ;D