Selepas
mencuci pakaian,Pelangi ke halaman depan.Dia ingin mengambil angin petang
sambil menunggu kepulangan Kara.Semasa dia bercakap di talian tadi Kara
memberitahunya dia akan pulang sebentar lagi,tapi Rashdan mengajaknya keluar
berjalan- jalan.Rashdan pun satu,suka ambil kesempatan dan kelemahan Kara.Lelaki
semuanya sama,tak boleh dipercayai,keluh Pelangi di dalam hati.
Dalam
Pelangi mengelamun,tiba-tiba Aldi muncul di halaman rumah dan menegur
Pelangi.Pelangi terkejut dari lamunan.Memandang Aldi yang melemparkan senyuman
hatinya mula sebal.Dia betul-betul menyampah dengan Aldi.
“Hai!Buat
apa tu Angi?” soal Aldi.
Pelangi
hanya mendiamkan diri,langsung tidak di jawab pertanyaan dari Aldi tadi.
“Angi,kenapa
awak macam diam, tak suka saya?” soal Aldi lagi.
Pelangi
yang mendengarnya mula bangun dan menuju ke arah paip air,tangannya laju
membuka paip air dan berpura-pura menyiram pokok bunga di halaman
rumah.Pertanyaan Aldi tadi dibiarkan tanpa menjawab.Rasa benci mula mengusai
dirinya.
“Aldi!”
panggil kakaknya,kak Didi dari dalam rumah.Aldi nampak mengeluh sedikit dengan
panggilan dari kakaknya.Ini adalah percubaan kedua cubaannya gagal.
Kebetulan
ketika kejadian itu,Kara baru sahaja turun dari kereta milik Rahsdan dan sedag
melangkah masuk.Kara nampak apa yang berlaku di antara Aldi dan Angi.
“Hai,pancing
ikan dapat tak?” perli Kara sambil menghampiri Pelangi yang sedang menyiram
pokok bunga.Gelang yang bertahtakan berlian pemberian Rashdan yang di pakai di
tangannya sengaja ditayangkan di hadapan Kara.Pelangi menjeling tajam.Mesti si
Rashdan yang belikan,gerutu hati Pelangi.
“Cantik
kan gelang berlian ni?” soal Kara.
Pelangi
tidak menjawab di hanya mengangguk.
Kara
tidak ambil hati dengan jawapan dari Pelangi,dia terus menarik tangan Pelangi
masuk ke dalam rumah.Pelangi kini sudah boleh dibuat teman berbicara berbanding
mula-mula dia kenal,tidak lagi seperti dulu sepatah di tanya sepatah di jawabnya.
“Aku
tengok Aldi adik kak Didi jiran sebelah rumah kita tu suka kat kau lah
Angi.Bertuah badanlah kalau kau daapat lelaki macam itu,”seloroh Kara.Pelangi
tidak berkata apa-apa.Hanya mendengar celoteh Kara.Kentang goreng yang
dibelinya bersama minuman dihulurkan kepada Pelangi.
Pelangi
menolak huluran tu,dia sudah kenyang.Dilihat Kara mengangkat bahunya.
“Angki
kau tak suka si Aldi,ke?Tapi kenapa?” soal Kara lagi.
Pelangi
hanya menggeleng dan memandang Kara.Kau tak tahu hati sakit semuanya berpunca dari
insn yang bergelar lelaki,Kara,keluh Pelangi.
“Kau
pernah dikecewakan ke?” Kara cuba memancing sekali lagi.Kentang goreng
disuapkan ke mulutnya satu-persatu sambil menanti bicara Pelangi.
“Putus
kasih!” soal Kara kembali.Dia tidak berputus asa waalaupun semua soalan yang
ditanya dipandang sepi tanpa di jawab oleh Pelangi.
Ah,banyak
pulak soalan si Kara ini,dengus Pelangi di dalam hati.
“Sakit
hati atau di tinggalkan? Kau merana dan sengsara seba..”belum sempat Kara
menghabiskan kata-katanya,terus di potong oleh Pelangi.
“Derita!”
Terpancul kalimah itu dari mulut Pelangi.Kara yang mahu memasukkan kentang
goreng ke mulutnya jadi berhenti bila mendengar perkataan itu.
“Cari
je yang lain,Angi.jangan berharap pada yang tak sudi.Lupakan yang lama masih
banyak di luar tu,kan Aldi ada tak pun Encik Dylan pun ada,”ucap Kara sambil
berlalu melangkah masuk ke dalam bilik.
Kara
kau tak tahu apa yang aku alami selama ini,senanglah kau cakap macam itu.Susah
aku nak lupakan apa yang telah berlaku semakin aku cuba melupakan semakin ia
dekat pada aku,Kara,hati Pelangi berkata.
Apa
khabar ibu di kampung?Sihatkah dia?Bagaimana ibu hidup sekarang sejak ketiadaannya?Masih bersama
lelaki tak guna itu?Kasihan ibu terpaksa hidup bersama lelaki yang sentiasa
mendera ibu dan memerasnya jika tidak dapat apa yang dimahukannya.Ah,memang
semua lelaki jahanam! Jerit batin Pelangi tiba-tiba.
Ingin
dia memekik atau menjerit memberitahu semua orang yang berada di sini akan penderitaan
yang di alaminya kini.Tetapi lidahnya kelu,bibirnya bisu bila mahu mengungkap
kesengsaraan yang dipedamnya.
“Hai,mengelamuan
ingatkan si dia ke?Lupakanlah kisah lama Angi!Belajarlah melupakannya
Angi.Hadapi kenyataan! Tegur Kara yang melangkah menuju ke dapur.
Kau
tak tahu apa yang berlaku dalam hidup aku Kara.Kau tak tahu,detik hati Pelangi
lagi.
Tingkap
bilik
Pelangi ditutup rapat olehnya.Angin malam menepis perlahan-lahan tetapi tidak
sesegar angin malam di kampungnya.Segala memori yang cuba di lupakan hadir bila
malam menjelma.Pelangi benci pada malam,kerana malam mengundang sengsara lama
di dalam hatinya.Kalau boleh dia mahu siang itu berpanjangan.Biar siang tanpa
malam.
“Angi
kau tak payah tunggu aku mala mini.Kau tidur dulu,aku mungkin tidur dekat rumah
Qis,” beritahu Kara dari luar.
Pelangi
hanya mampu menggeleng.Hendak disekat atau di halang takut dia bergaduh pulak
dengan Kara.Kawan yang sentiasa ada untuknya walaupun baru dikenalinya.Pelangi
juga ada masalah yang tidak selesai.Macam mana dia hendak menolong Kara.
Suatu
petang Dylan berkunjung.Ketika itu,Kara sedang berehat di ruang tamu sambil
menonton DVD cerita korea.Drama bersiri korea telah menarik minat Kara untuk
menontonnya bila ada masa lapang seperti hari ini.Tiba-tiba terdengar orang
memberi salam dari luar.Kara bangun dan mengintai di celah tingkap.Oh,bos aku
rupanya.Apa yang dia nak malam-malam ini? soal hati Kara.
Kara
membuka pintu dan melangkah ke pintu pagar.Pelangi yang berada di
dapur,melangkah ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang.Sebaik sahaja dia
terpandang kelibat bos Kara di depan pintu pagar,dia terus melangkah ke dapur
semula.Meluat dia melihat perangai encik Dylan itu.Kurang sopan sekali datang
ke rumah anak dara malam-malam begini.Kalau yea pun ada fail atau urusan
pejabat buat apa dia datang ke sini bincang aje lah kat pejabat.
Tak
lama kemudian kedengaran suara gelak ketawa di ruang tamu.Pelangi naik marah
kepada Kara yang senang-senang mengajak orang masuk ke dalam rumah.Perbuatan
itu kan tak baik dipandang jiran sekeliling.Ini rumah anak dara,mana boleh
bawak lelaki masuk ke dalam rumah kalau yea pun nak berborak,borak aje lah
dekat pintu pagar depan rumah itu.Pelangi merunggut seorang diri.Tiba-tiba
bahunya ditepuk dari belakang.
“Eh,apa
yang kau menungkan tu.Angi kau tolong buatkan air boleh tak?” ujar Kara.
“Buatlah
sendiri,” ujar Pelangi.
“Alaaa…
kau tolonglah buatkan.Aku mana tahu buat air macam yang kau selalu buat.Kalau
kau buat ada kelas,” pujuk Kara.
“Tahu
pun.Tapi kenapa awak pelawa jantan tu masuk ke dalam rumah kita?Kan tak elok
kalau jiran sekeliling nampak! Marah Pelangi.
“Alah..apa
salahnya?Aku bukan tinggal seorang,kau kan ada.So tak berdua-dua lah yang boleh menimbulkan prasangka kan…kan?
Perli Kara.
“Amboi,sedap
mulut awak cakap erk..” marah Pelangi lagi.Kara tidak menghiraukan rungutan
Pelangi dan terus melangkah ke ruang tamu semula.Kalau lama dia di dapur mahu
bergaduh pulak dia dengan Pelangi.
Sepuluh
minit kemudian,Pelangi muncul di ruang tamu sambil membawa teko dan dua biji
gelas,Kemudian diletakkan diatas meja.Tanpa berkata-kata apa-apa,dia terus
melangkah masuk ke dalam bilik.
Encik
Dylan yang hanya memandang wajah Pelangi buat seketika sahaja.Pada hal dia
sengaja datang ke sini untuk berbual-bual dengan Kara dan Pelangi.Rasa frust menguasai fikirannnya.Kenapalah
Pelangi seperti membencinya,detik hati kecilnya.
‘Jemput
minum Encik Dylan.Air bujang aje,” ujar Kara.
Hmm..kenapa
Angi selalu sahaja melarikan diri bila ada lelaki?Angi benci sangat ke dengan
lelaki tapi kenapa?Semakin Angi menjauh semakin ramai yang mahu mendekati
temannya tu tetapi tidak pernah di layan oleh Pelangi segala ajakan dari insan yang
bernama lelaki.Memandang lelaki pun Pelangi tidak sudi.
Dia
tahu Pelangi baik dan sentiasa menjaga maruah diri.Seorang gadis yang ada
pegangan agama dan sopan santun.Nilai-nilai gadis timur mungkin sudah sebati
dalam diri Pelangi.Pelangi tidak seperti aku,bisik hati Kara.Kara cuba
membandingkan dirinya dengan Pelangi.
“Encik
Dylan nampak gayanya,Angi tak akan keluar,” ujar Kara sambil matanya kembali
menonton DVD drama korea.
Wajah
aktor korea yang bernama Rain terserlah di kaca TV.Kara mengakui dia terpikat
melihat wajah aktor itu,andai sahaja dia memiliki suami seperti iti alangkah
bahagianya dia,desis hati Kara.Dalam diam hati Kara terdetik dengan kata-kata
Pelangi sebentar tadi,apa yang di kata Pelangi memang benar,apa kata jiran
sebelah kalau ada seorang lelaki bertamu di dalam rumah anak dara seperti
mereka tentu fikiran mereka tidak lari dari yang berprasangka buruk.Dia tidak
mahu Puan Zita atau Rashdan salah anggap
dengan kedatangan Encik Dylan ke rumahnya.
“Kara,awak
tahu tak kenapa Angi tak suka pada lelaki?” tanya Dylan.
Kara
yang sedang menonton kembali merenung bosnya sekali lagi.
“Manalah
saya tahu,” jawab Kara.
“Tak
mungkin awak tak tahu kenapa dia macam itu.Diakan kawan baik awak?” sangkal
Dylan.
‘Macam
ini lah Encik Dylan.Aku memang cakap jujur kat Encik Dylan yang aku tak tahu
kenapa dan mengapa si Pelangi tu macam tu dan kenapa dia benci! Kalau aku tahu
kenapa?Encik Dylan rasa aku nak ke cerita masalah rumahtangga orang kat Encik
Dylan?Habis cerita Encik Dylan ada wajah kacak,berharta,hebat,dan pasti ramai
yang terkejar-kejar nak jadi pendamping di sisi Encik Dylan,so nasihat saya cuba Encik Dylan cari
aje yang lain.Habis cerita!” ucap Kara.
Malas
Kara hendak melayan Encik Dylan yang tiba-tiba datang ke rumahnya,sejak dari
tadi bertubi-tubi soalan tentang Pelangi yang diaju kepadanya.Orang nak relax tengok drama korea pun tak
boleh,kacau daunlah dia ini,rungut Kara
di dalam hati.
Dylan
yang melihat wajah masam Kara mula tidak senang hati dengan penerimaan gadis
itu jelas di wajahnya.”Kara kalau begitu saya balik dulu,sampaikan salam sayang
saya untuk Pelangi,” kata Dylan sebelum
bangun dari sofa.
“Hmm..tapi
aku rasa Encik Dylan tak payah berharap sangat yang si Angi tu nak jawab salam
sayang Encik Dylan.Entah-entah dia tak nak jawab Encik Dylan,”ujar Kara.
“Awak
cakap kalau dia tak jawab salam saya,dia berdosa tau,”balas Encik Dylan.
“Yeaa..lah
kalau orang dah angau ini susah?”
“Bunga
yang susah dicari mesti dikejar sampai dapat sayang kalau terlepas ke tangan
orang lain nanti!” sambung Dylan sambil melangkah keluar.
Kara
menggeleng.Kara memandang ke atas bilik pintu bilik Angi terbuka.
“Kau
mesti dah dengarkan perbualan kami tadi? Soal Kara bila melihat Pelangi
melangkah turun satu persatu anak tangga.Pelangi tidak menghiraukan pertanyaan
Kara dia terus sahaja duduk di sofa sambil mengambil gelas yang ada diatas
meja.
“Kenapa
kau tak suka Encik Dylan?Aku tengok Encik Dylan bukan macam lelaki lain tapi
memang aku akui dulu dia kaki perempuan tapi sejak dia kenal kau,aku tak nampak
lagi perempuan-perempuan yang selalu kejar dia.Diakan banyak harta tentu kau
akan senang tak payah bekerja kalau kau kahwin dengan dia.Kenapa kau tak nak
bagi peluang pada Encik Dylan?” tanya Kara.
Gelas
yang dipegang oleh Pelangi diletakkan kembali diatas meja.”Kara,awak tak keluar
ke malam ini? soal Pelangi cuba mengubah topik perbualan mereka.
Kara
mengeluh berat.Dia menjeling tajam memandang Pelangi.
“Aku
tanya lain yang kau tukar topik kenapa?” soal Kara.
“Maaf..saya
tak ada mood nak jawab soalan berkaitan dengan lelaki,”jawab Pelangi.
“Entahlah,susah
kalau bercakap dengan kaulah Pelangi.Apa nak jadi dengan kau.Jangan di sebabkan
seorang lelaki yang pernah kecewakan kau,kau jadi benci dengan semua lelaki!”rungut
Kara.
Pelangi
hanya tersenyum.Diulangi soalannya tadi.
“Kenapa?Kau
tak suka duduk di dalam rumah ini lagi ke?” soal Kara kembali.
“Kara,kawan-kawan
awak dah lama tunggu kat sana mungkin.Tak baik tau biarkan orang tunggu kita
lama-lama,” perli Pelangi.
“Kaauu…memangkan
Angi aku soal lain kau bagi jawapan lain kat aku.Tak payah kau nak sakat-sakat
aku,”balas Kara lalu dia bangun menuntup DVD dan TV.
“Ahh..nak
kemana tu,Kara?” tanya Pelangi bila melihat Kara masuk ke dalam bilik.
“Buat
apa lagi,tidurlah!”
“Aik,awak
mimpi apa tidur awal malam ini,bukan biasanya awak keluar ‘enjoy’ ke!” seloroh Pelangi.
Kara
tidak membalas lagi dia berlalu masuk ke dalam biliknya,kalau lama lagi dia
berada di depan Pelangi mesti temannya tu menyakatnya lagi.
Pelangi
tersenyum kembali melihat Kara terus berlalu masuk ke dalam bilik.Dia faham
benar dengan perangai Kara,jika tidak di jawab soalan dari gadis itu pasti
gadis itu sebentar lagi akan menyanyi melepaskan tension amarahnya.Tengok kan betul apa yang tebak pasti Kara
menyanyi,dia menggeleng dan berlalu ke dapur membawa gelas dan teko untuk di
basuh.
Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa
senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti
Mungkin kau bukan cinta sejati
dihidupku….
BERSAMBUNG…. :D SEMOGQA CERIA BAK PELANGI
OLEH :FIKA NAJWA