OLEH : FIKA NAJWA
Fika Farisya sampai di pejabat hampir jam 10.30 pagi.Dia tahu,dia telah
terlewat.Langkah kaki dilajukan untuk cepat sampai ke atas.Rasa terbatas pulak
pergerakannya,entah macam mana di boleh pakai baju kurung sekarang patutnya dia
pakai seluar slack baru boleh langkah besar-besar.Nafas yang agak megah ditarik
dan dihembus.Nasib dia tidak menjadi setiausaha Megat Ammar gara-gara
ayahnya,Megat Ihsan mendengar perbualan dia dan kakak malam itu, kalau tak mahu
dia tahan mulut laser mamat besi berleter.Langkah Fika Farisya terhenti bila
Dhia memanggilnya,dia menoleh ke arah meja setiausaha Megat Ammar sambil
tersenyum manis.
“Cik Fika,Tuan Megat nak jumpa.”ujar Dhia.
Senyuman
manis yang diukir tiba-tiba, rasa hambar saja bila mendengar arahan dari Dhia
tadi.“Hhmm..Dhia lain kali tak payah bercik-cik dengan saya,panggil Fika je.Terima
kasih..”ucap Fika Farisya pada Dhia sambil menyenitkan matanya.
Di MIFA Holding ,hanya keluarga terdekat sahaja
yang tahu perkahwinan Megat Ammar dan dia yang di langsungkan secara rahsia
sebelum dia berangkat belajar ke UK.Fika Farisya menguak anak rambutnya yang
terjuntai sebelum mengetuk pintu bilik Megat Ammar.
“Masuk,”jelas kedengaran suara Megat Ammar dari
dalam.
Fika Farisya melangkah masuk ke dalam bilik Megat
Ammar dengan perbagai-bagai persoalan yang timbul di benaknya.Ini mesti pasal
aku lambat kot tadi tak pun fasal fail yang aku bawak balik,adoii kena tahan
aje lah,desis hatinya.Dia pasti Megat Ammar tidak akan berjumpa dengannya kalau
tidak ada perkara penting.Mati aku!
Fika Farisya masih berdiri di tepi kerusi yang di
sediakan sambil matanya melirik pada Hakim yang ketika itu duduk di kerusi
berhadapan dengan meja Megat Ammar.
“Fika,I
dah bincang dengan Megat Ihsan dan Megat Ilman. I dah buat keputusan untuk menyerahkan projek pembinaan di Seremban
pada you dan Hakim.Lagi satu you dan Hakim akan berjumpa dengan
rakan niaga syarikat kita dari TH Shd .Bhd.You
dan Hakim akan menyemak dan menyenaraikan syarikat yang layak untuk mendapat tender itu.”You ada apa-apa untuk diperkatakan?”soal Megat Ammar.
“Urmm.. dari tadi aku berdiri baru sekarang nak
tanya pendapat aku,”omel Fika Farisya perlahan dapat masih dapat di dengar oleh
Megat Ammar.
“Apa you
cakap.I tak berapa dengar!”
“Eerr.. tak ada apa-apa.Okey kalau tak keberatan saya
tanya?Kenapa saya yang terlibat bukan ini projek Encik Hakim seorang yang
uruskan?”Tenang suara Fika Farisya bertanya.Macam dia tak tahu kenapa mamat
besi ini bagi dia uruskan projek dengan si Hakim gatal ini,sebab kerenah rakan niaga
yang cerewet lah,rungut Fika Farisya di dalam hati.
“As your
boss,I’m of the opinion that you are yes or not competent.”Selamba Megat Ammar menjawab.
“Hmm…okey your
are the boss,”ujar Fika Farisya bersahaja.
Kurang asam punya perempuan,aku ingat dia akan
marah bila aku cakap macam itu.Gerutu hati Megat Ammar.
Okey,Kim you
boleh keluar dan sediakan apa yang patut tentang projek itu.Fika I ada perkara nak bincang dengan you.”
Hakim bangun dan menyenitkan matanya ke arah Fika
Farisya.Dia dah lama tertarik untuk berkenalan dengan Fika Farisya sejak gadis
itu hadir di pejabat itu.Fika Farisya menyedari kenyitkan mata dari Hakim ,tapi
buat-buat tak nampak,pada Fika Farisya semua lelaki sama aje pantang nampak
perempuan cantik mula lah keluar aura ‘Buaya
darat’ nak memikat, salah orang kalau dia test market dia dengan aku.Ehh..aku kategori cantik ke?gerutu hati
Fika Farisya,jelas di bibirnya terukir senyuman tanpa di suruh.
“Fika…”Megat Ammar bersuara sebaik sahaja melihat
Hakim menutup pintu biliknya.
“You are
late today.You tahu
mesyuarat pagi tadi terpaksa di batalkan sebab fail yang you bawak balik? Are you
aware?”soal Megat Ammar sambil memandang wajah Fika Farisya.
“Sedar cukup sedar yang saya lambat hari ini.Kenapa?”jawab
Fika Farisya berani.
“You tahu
tengok jam tak bila you sepatutnya berada di pejabat?Dan you boleh tanya I kenapa ,
you sedar tak you dah menyusahkan I dan
orang lain gara-gara fail yang you
bawak balik tu!”
“Saya rasa tak perlu Tuan Megat nak ingatkan saya
tentang jam,saya tahu tengok dan saya akui yang saya memang lambat tadi dan
terlupa nak minta Putri jemput fail itu ke rumah tadi pagi.Maaf!”ujar Fika
Farisya.
“You
ingat sikit you kerja dengan siapa
sekarang dan siapa bos!”Megat Ammar meninggikan suaranya.
“Saya tahu Tuan Megat atasan saya,tapi saya sebagai
pekerja sudah minta maaf atas kecuaian saya.Saya rasa selama saya bekerja cuma
hari ini sahaja saya cuai sikit.Saya minta maaf. Saya sebagai pekerja dan
pemegang syer juga punya hak nak tegur Tuan Megat kan?”dalih Fika Farisya.
“You
jangan nak tutup kesalahan you!”
“Laa..bila pulak saya tak mengaku,saya mengaku yang
saya lambat hari ini sampai mesyuarat yang patut saya hadiri terpaksa di
batalkan gara-gara fail yang di perlukan saya bawak balik.Saya cuma nak
ingatkan Tuan Megat jugak harus pandai bezakan time kerja dengan peribadi.Tak perlu saya nak terangkan detail pasal ini,saya rasa Tuan Megat
faham,tak perlulah Tuan Megat selalu nak mencari salah dan kesalahan saya.Kalau
tak ada apa saya keluar dulu.”Fika Farisya segera keluar dari bilik Megat Ammar
kalau lama-lama boleh jadi perang nanti tak pasal-pasal dia buat dosa
pulak.Tanpa menghiraukan panggilan dari Megat Ammar Fika Farisya terus keluar
dari situ.
“Arghh…”jerit Megat Ammar.Sakit hatinya melihat
setiap kata-katanya di sangkal dan jika dia cuba mencari kesalahan Fika Farisya
pasti gadis itu mengenakan dia balik.
Fika Farisya berjalan menuju ke biliknya sambil
bibirnya mengomel tentang mamat besi.Kalau sehari tak cari gaduh dengan aku
memang tak sah betul mamat besi itu ada aje kesalahan aku yang dia nampak tapi
kesalahan dia tak nampak pulak…rungut Fika Farisya tanpa sedar dia telah
melanggar seseorang,Fika Farisya yang terasa yang dia bakal jatuh menyembah
lantai menutup matanya.
“Are you
okey?”satu suara menegur Fika Farisya yang sedang
menutup matanya.
Kerutan di dahi Fika Farisya jelas di
wajahnya.Erk,kenapa aku tak rasa sakit?Patutnya aku dah jatuh ini!bisik
hatinya.Dia membuka mata perlahan-lahan.Bulat matanya melihat wajah lelaki yang
sedang memeluknya,wajah mereka rapat.Fika Farisya yang tersedar cepat-cepat merungkai
pelukan di pinggangnya.
“Aku okey,terima kasih..”ucap Fika Farisya lalu
ingin melangkah dari situ tapi di halang oleh lelaki yang menyelamatkannya.
“Well…well
I jumpa you
dekat sini! The
world's
smallest,”ujar lelaki di hadapannya.
“Siapa kau?Aku kenal ke?”soal Fika Farisya.
“You ini memang tak boleh cakap lembut dengan I ke.”ujar lelaki itu.
“Siapa kau aku nak lembut-lembut?Kau ingat aku tak
ada kerja ke dari layan kau!”
“Cepat you
lupa I! Mari I tolong ingatkan you..”Lelaki itu di lihat melangkah dekat ke
arahnya,terundur Fika Farisya ke belakang untuk mengelak dari lelaki itu.
“I like you!
Stupid, remember that's word, I hit you.”ujar lelaki itu seperti
mengingatkan dia dengan seseorang.
“Kauuu…”
“Yup,me why?You miss me?,”seloroh lelaki di
hadapannya.
“Tepilah..”di tolak badan sasa itu ke tepi,dan
berlalu dari situ.Pening kepalanya kini, kenapalah dia berjumpa lagi dengan
lelaki yang tak beradap itu lagi.
Lelaki itu
tersenyum melihat gadis yang di cari-cari rupanya bekerja di MIFA
Holding rupanya,dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya berdebar-debar bila
berdekatan dengan gadis itu.Lain dari yang lain,ini mesti akibat penumbuk gadis
itu sampai dia tidak pernah pun tidak memikirkan gadis itu.
“Tofan..”panggil Megat Ammar yang melihat semua babak
yang berlaku sebentar tadi.Hatinya terasa panas saat pinggang Fika Farisya
dipaut oleh rakan niaganya.Dia tahu Tofan hanya mahu menyelamatkan Fika Farisya
dari jatuh tapi hatinya membahang,tapi cepat-cepat ditepis ke tepi kerana ego.Peduli
apa aku dengan perempuan itu nak kena peluk ke nak kena cium bukan masalah aku!
Tofan yang mendengar namanya dipanggil terus
menoleh ke arah suara itu.Dia tersenyum melihat Megat Ammar mengajaknya masuk
ke dalam biliknya.Dia melangkah masuk ke dalam tapi terhenti melihat ada
seorang gadis yang sama dengan gadis tadi tapi penampilan gadis ini agak
berbeza gadis yang di selamatkan memakai
baju kurung dan mata gadis itu bermata coklat hazel,persoalan yang
berlegar-legar di fikirannnya.Gadis yang berada di bilik ini tersenyum manis
kepadanya tidak macam tadi masam ,dia yang masih blurr membalas senyuman
gadis yang berada di dalam bilik Megat Ammar.
Megat Ammar yang tahu sahabatnya pasti
tertanya-tanya dan pelik,segera memperkenalkan Fyhka Arissa.
“Tofan ini Fyhka Arissa,Rissa ini Tofan rakan niaga
kita yang akan berkerjasama dengan kita untuk projek di Seremban yang di
uruskan Hakim dan Fika Farisya nanti.”
Fyhka Arissa menyambut huluran tangan Tofan tapi di
halang oleh Zafril Zafuan.”Maaf bukan muhrim..”sampuk Zafril Zafuan sambil
membalas huluran tangan Tofan.Fyhka Arissa yang melihat hanya mengeleng melihat
perbuatan Zafril Zafuan yang cemburu bila ada siapa sahaja yang mahu berkenalan
dengannya.
“Okey..”ujar Tofan,tapi matanya masih setia melihat
gadis yang bernama Fhyka Arissa yang murah dengan senyuman.Dia berasa pelik
kenapa cepat sangat perubahan gadis ini bukan muka gadis ini tadi masam
mencuka,sekarang murah pulak dia senyum kat aku.
“Tofan sebelum itu aku nak bagitahu kau yang dekat
depan kau sekarang ini Arissa,bukan gadis yang kau langgar tadi.Ini kakak
kembar gadis yang kau selamatkan tadi dan disebelahnya tunang Arissa,Zafril
Zafuan.”jelas Megat Ammar.
“Oooo… “hanya mulut Tofan sahaja berbentuk O.
Megat Ammar menekan intercom yang berada di mejanya.”Dhia tolong panggil Fika masuk ke
bilik saya.”arah Megat Ammar pada setiausahanya.
Fika Farisya yang sedang khusyuk meneliti dokumen
yang hendak di bawa sebentar nanti terganggu dengan lampu intercom yang menyala lalu di tekannya,kedengaran suara Putri
setiausahanya.
“Maaf menganggu Fika,tadi Dhia kata bos dia nak
jumpa kau sekarang.”beritahu Putri.
“Hmmm…mamat besi ini tadi kan aku dah pergi bilik
dia,entah apa lagi dia nak,”rugut Fika Farisya perlahan.
“So,macam mana?”soal Putri.
“Okey,aku on
the way ke sana,”seloroh Fika Farisya.
“Kau ini ada-ada aje lah.Cepatlah pergi kang
melenting pulak bos Dhia tu,”Putri mengingatkan Fika Farisya.Dia senang
berkenalan dengan Fika Farisya iaitu atasannya,Fika Farisya tidak seperti
atasan lain yang sentiasa menitik beratkan panggil sewaktu berada di office tapi tidak pada Fika Farisya dengan
semua staff dia mudah mesra dan di
anggap seperti kawan.
Pintu bilik Megat Ammar terkuak dari luar,semua
mata yang berada di situ tertumpu padanya kini.”Maaf Tuan Megat ada apa yang
boleh saya bantu?”soal Fika Farisya tanpa menghiraukan kehadiran tetamu yang
turut berada di bilik itu.Meluat Fika Farisya melihat senyuman lelaki di
hadapannya ini.
“Adik,mari sini kak Rissa nak kenalkan dengan rakan
niaga kita dari TH Sdh.Bhd.”ujar Fyhka Arissa.
Fika Farisya yang masih berat untuk mahu senyum
terpaksa memberi senyum pada tetamu walaupun dia tahu senyuman dia hambar.
“Fika…,”perlahan memperkenalkan dirinya acuh tak acuh
sahaja.
“Fika..Fika Farisya,”Tofan menyebutnya perlahan.
“Tak sangka,akhirnya I dapat tahu jugak nama you.Amm
kalau you nak tahu,gadis ini yang aku
cari itu.Lain dari yang lain.I like it..”ujar
Tofan lagi.
Berubah muka Megat Ammar.Jantungnya berdegup laju
tiba-tiba.
Zafril Zafuan dan Fyhka Arissa sudah berpandangan
sesama sendiri melihat perubahan pada wajah Megat Ammar,bila rakan niaga mereka
menyebut I like it pada Fika Farisya.
Zafril Zafuan tersenyum sinis.
Padam muka kau.Masih nak nafi yang kau ada hati
dengan bini kau.Sekarang kau rasa bini sendiri kena tackle dengan rakan niaga sendiri,aku nak tengok sejauh mana kau
boleh lepaskan si Fika ini!Julang tinggi-tinggi ego kau tu Megat Ammar.gerutu
Zafril Zafuan
Fika dah buat muka menyampah! Apa hal pulak mamat
yang sorang ini nak kena penumbuk aku lagi ini,pasal hari itu tak berapa kuat
kot.Sedap mulut dia aje nak ucap sesuatu,dia ingat aku suka bila dia kata ‘like’ perasan hensem lah itu.
“Maaf ,Encik Tofan dah kenal ke dengan adik
saya?”tiba-tiba Fyhka Arissa bersuara.
“Tak saya tak kenal adik you,tapi I rasa macam I dah jumpa jodoh I dekat sini sejak I kena
penumbuk adik you, I tak boleh
lupakan dia sampai sekarang,”balas Tofan selamba.
Megat Ammar yang melihat Tofan cuba memikat isteri
mula terasa bahang di dalam hati,tiba-tiba di berasa cemburu melihat tindak
tanduk rakan niaganya yang terang-terang minat pada Fika Farisya.
Megat Ammar yang tengah marah dalam diam.Tak kuasa
aku!Malas lagipun aku dah ada Shahrini yang jauh lebih cantik dari Fika Farisya.Aku
bukan cemburu tapi aku meluat dengan si Fika Farisya yang gatal main
jeling-jeling dekat bilik aku ini!Dia tak sedar ke yang dia masih bini aku
lagi!Bentak hati Megat Ammar.
Fika Farisya yang perasan wajah Tuan Megat
kelihatan merah akibat menaggung marah mungkin barangkali,tidak mahu
berlama-lama nanti ada sahaja si mamat besi ini nak kaitakan aku dengan mamat
yang perasan maco.Baik aku blah dulu.Hati Fika Farisya berbisik.
“Eerr..kalau tak ada apa lagi Tuan Megat,Encik
Tofan saya keluar dulu.Kak Rissa..Zaf aku keluar dulu banyak kerja,”tanpa
menunggu jawapan dari Megat Ammar,Fika Farisya terus berpusing keluar dari
bilik itu.
Tengok perempuan ini memang nak kena lagi dengan
aku.Aku tak bagi izin dia keluar boleh-boleh dia keluar macam itu aje.Alasan banyak
kerja konon macam aku tak tahu dia nak elak dari aku,rugut Megat Ammar.
Fika Farisya sibuk menaip di komputer
ribanya,Zafril Zafuan yang masuk ke dalam biliknya,dikerling sekilas dan
menyambung kerjanya semula tanpa mempedulikan Zafril Zafuan yang sudah duduk bertentangan dengannya.
“Sibuk ke buat-buat sibuk,”tegur Zafril Zafuan yang
bosan menunggu Fika Farisya untuk bersuara.
Fika Farisya berhenti menaip.Dia mengurut-urut
tengkuknya sambil menoleh pada sahabatnya.
“Kau tak ada kerja ke,Zaf?Asyik kacau aku aje kau
dari tadi,kau tak tahu aku kena handle projek
yang kat Seremban dengan si Hakim,mamat besi itu saja nak bagi aku kerja tak
boleh tengok aku free sikit ada aje
agenda dia,”ujar Fika yang tidak puas hati dengan tindakan Megat Ammar.
“Kau ini lagi tak tahu ke?Atau kau memang tak ada
perasaan,yang laki kau cemburu kat kau!,”beritahu Zafril.
“Tak ada masa dia nak cemburu kat aku,”jawab Fika Farisya
lagi.
“Tulah kau tak pandang muka dia waktu si Tofan itu
kata dia suka kat kau,mahu merah padam aku tengok muka.”
Fika Farisya mendiamkan diri,matanya begitu asyik
mengadap komputer ribanya,sambil tangannya kembali menaip.
“Fika,kau dengar tak aku tengah bercakap dengan kau
ini.Atau kau pun dah jatuh cinta dengan mamat maco itu,’tebak Zafril Zafuan lagi.
“Kau jangan nak buat cerita,aku sekarang tak ada
masa nak layan teori kau yang tak berapa nak betul itu,sekarang baik kau keluar
dari bilik aku ini,sebelum aku panggil kak Rissa ambik kau kat sini,”ugut Fika
Farisya.
“Amboi,main ugut aku nampak?Yea..yealah aku keluar
sekarang tapi kau jangan lupa lunch
nanti dengan kami orang.Ingat itu,kau kalau dah buat kerja mahu masa makan
terabai,”pesan Zafril Zafuan sambil berlalu keluar dari bilik Fika Farisya.Belum
sempat Zafril Zafuan menuntup pintu,langkahnya terhenti.
“Erre.. Zaf aku rasa aku tak dapat lunch dengan kau dan kak Rissa sebab aku
nak semak plan ini lagi,esok pagi aku
nak pergi ke Seremban ,tengok tapak projek itu”
“Kau pergi dengan siapa nanti?Nak aku hantar
ke?soal Zafril Zafuan.
“Tak payah,kau jaga kak Rissa untuk aku aje dah
cukup. Rasa aku akan pergi dengan kak Ann kot,”jawab Fika Farisya lagi.
“Hmm..okeylah nanti aku sampai kat darling aku!”jawab Zafril Zafuan selamba
dan berlalu keluar dari biliknya.
Laju aje si Zaf ini melangkah tu tak nak aku laser lah tu,memang dah lain betul kau
Zafril dah jadi mamat jiwang,berdarling-darling
kau dengan kak Rissa erkk…bisik hati Fika Farisya yang senang dengan
kebahagian kakak kembarnya.
BERSAMBUNG... ;D