FOLLOWERS

Thursday, April 30, 2015

AKU YANG BERDOSA BAB 9





Dato Khalil mengambil keputusan untuk tidak ke pejabatnya pada hari ini. Sebaliknya dia mengarahkan pemandunya menghantarnya ke kondominiumnya. Dia harus berbincang dengan Tania, selagi dia tidak selesaikan selagi itu hatinya tidak tenang. Dia harus menamatkan hubungan sia-sia dengan segera. Dia akan mengahwini Tanina seperti yang di cadangan oleh Riya.

Seorang gadis dalam linkungan tiga puluhan muncul, tatkala pintu utama di buka dari luar. Gadis itu tersenyum bila melihat seorang yang sentiasa di tunggu kedatangannya. Tanpa sepatah kata, Dato Khalil terus melangkah masuk.

“Abang nak minum?” soal Tanina berlalu menuju ke dapur. Dato Khalil mengangguk lemah. Sambil menanti Tania, Dato Khalil mengambil keputusan untuk meninjau seluruh ruang tamu itu biarpun ia bukan asing untuknya.

“Ini air untuk abang.” ujar Tanina. Dato Khalil menyambut air yang di hulurkan.

“Terima kasih sayang!” balas Dato Khalil tawar. Dato Khalil sebenarnya serba salah sama ada mahu berterus terang kepada Tanina tentang niatnya datang ke rumah, hari ini. Pujukan dan nasihat dari Riya sejak malam itu seperti menjadi pendorongnya untuk berterus-terang. Dia tidak sanggup lagi bergelumbang dengan dosa lagi. Ajal maut tidak mengira tua atau muda, dia takut sekiranya dia mati, dia tidak sempat untuk bertaubat.

Sudah tujuh tahun dia dan Tanina hidup seperti suami isteri biarpun tidak pernah ada ikatan yang sah di antara mereka. Dato Khalil menghela nafasnya perlahan-lahan sambil memandang Tanina yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Dato Khalil tahu pasti Tanina pelik dengannya sekarang.

“Abang…, kenapa ni? Abang ada masalah ke? Jangan buat macam ini, Nina kekok kalau abang serius macam ini. Nina ada buat salah ke..? soal Tanina dengan manja, di lentokkan kepalanya di dada Dato Khalil. Dato Khalil tersenyum melihat kemanjaan Tanina seketika. Dia nekad untuk berterus-terang.

“Nita abang ada soalan untuk Nina dan abang harap Nina jawab dengan ikhlas.”

“Abang… jangan lah buat Nina takut. Apa yang abang nak tanya tu.”

“Nina, abang serius sekarang,” tegas Dato Khalil. Tersentak seketika Tanina dengan ketegasan Dato Khalil, di angkat kepalanya merenung wajah Dato Khalil dengan penuh tanda tanya.

“Baiklah, abang nak cakap apa dengan Nina?” soal Tanina sambil membelai dada Dato Khalil.

“Nina sayangkan abang tak?”

“Abang…, soalan apa ini. Kenapa harus di tanya lagi tentulah Nina sayangkan abang, kalau Nina tak sayang abang dah tentu Nina tak akan bersama dengan abang selama ini.” terang Tanina tanpa ragu-ragu dan semakin pelik. Sikap Dato Khalil agak berlainan pada hari ini.

“Kalau Nina sayangkan abang apa kata kita tamatkan hubungan yang sia-sia ini, Nina?” Tanina tersentak mendengar kata-kata Dato Khalil yang mahu hubungan mereka putus. Begitu mendadak sekali keputusan Dato Khalil.

“Abang…, apa salah Nina. Kalau Nina ada salah, abang cakap. Jangan abang hukum Nina seperti ini. Tanpa abang hidup Nina kosong. Nina tak tahu nak mengadu dengan siapa. Nina tak minta apa-apa dari abang cukup izinkan Nina berada di sisi abang seumur hidup Nina…Nina tahu Nina tak layak untuk buat permintaan lebih dari ini, Nina sedar, Nina hanya perempuan yang pernah abang pungut dari tempat yang hina.” tanpa segan Tanina meraih jari jemari Dato Khalil. Dia tidak dapat bayangkan hidupnya tanpa Dato Khalil. Tanina masih ingat di saat dia hampir dilanggar oleh Dato Khalil akibat dia lari dari bekas teman lelaki yang mahu menjualnya. Dato Khalil yang menyelamatkannya dari cengkaman dari bekas teman lelakinya dari di jual kepada bapa ayam untuk di jadikan pelacur.

Dato Khalil tersenyum bila melihat reaksi Tanina ketika ini. Kata-katanya tadi hanya sekadar mahu menduga hati gadis tersebut. Dia yakin Tanina benar-benar ikhlas terhadapnya.

“Nina setuju tak kalau abang kata yang abang ingin kahwin dengan Nina?” Tanina mendongak perlahan-lahan sambil mengamati wajah Dato Khalil. Hati Tanina lega, kerana sebab itu Dato Khalil mahu memutuskan hubungan mereka.

“Nina bahagia, bang kalau abang bahagia. Tapi Nina hanya perempuan simpanan, Nina tak layak untuk mendapat gelaran ‘isteri’ itu dari abang. Abang boleh mendapat yang jauh lebih baik dari Nina, yang tak kotor macam Nina.” Tanina tidak dapat menyembunyikan perasaaan kecewanya. Dia bangun menuju ke tingkap sambil memeluk diri. Dato Khalil turut mengekorinya. Tanina terasa ada sepasang tangan memeluknya erat dari belakang.

“Kita kahwin?” bisik Dato Khalil penuh yakin. Dari tingkah dan cara percakapan Tanina tadi jelas gadis itu ikhlas terhadapnya. Gadis itu setia padanya hanya dia sahaja yang selalu meragui kesetian Tanina terhadapnya selama ini.

Dato Khalil menolak bahu Tanina untuk berhadapan dengannya. Dagu Tanina diangkat. Dato Khalil merenung mata Tanina yang jelas berkaca-kaca. Dia tahu gadis ini masih ragu-ragu dengan lamarannya sebentar tadi. Dia sudah masak dengan perangai Tanina, pasti di benak gadis ini berprasangka lamaran dia tadi hanya satu gurauan.

Tanina merenung Dato Khalil dalam-dalam. Tanina terasa bagai mimpi sahaja Dato Khalil melamarnya. Tanina berharap ini bukan mimpi atau gurauan Dato Khalil. Tujuh tahun dia menanti lamaran dari Dato Khalil. Tanina tidak pernah berharap kerana dia sedar perempuan simpanan sepertinya tidak layak untuk meminta sebaliknya hanya perlu ‘memberi’ sepanjang masa setiap kali khdmatnya diperlukan.

“Nina, kita kahwin! Abang tak sanggup nak bergelumbang dengan dosa seperti ini lagi cukuplah kita dah jauh tersasar. Kita mesti tamatkan hubungan yang sia-sia dan kita pilih jalan yang lebih baik untuk kita berdua kerana abang tahu kita berdua saling meyanyangi antara satu sama lain. Abang mengaku selama ini abang meragui kesetian Nina pada abang. Tapi bila mendengar cara Nina menerima ujian dari abang tadi dah cukup untuk membuktikan yang Nina benar-benar menyayangi abang,” ujar Dato Khalil.

“Nina tak pernah salahkan atau meminta semua ini. Nina sedar perempuan simpanan macam Nina sering mendapat cacian dan dianggap jahat oleh masyarakat. Tapi mereka semua lupa kami juga ada perasaan, ada hati. Bukan pilihan kami memilih kerja kotor ini.

“Iya ke?” Habis yang Nina buat bersama dengan abang ini bersebab lah?” kali ini Dato Khalil mahu menduga lagi.

“Nina terpaksa. Nina sanggup jadi perempuan simpanan abang kerana Nina nak membalas budi abang sebab menyelamatkan Nina dari sindikit pelacuran. Kalau bukan abang yang selamatkan Nina mungkin sekarang Nina terpaksa berkerja di lorong-lorong atau bertukar-tukar lelaki mungkin juga Nina tak berkesempatan untuk bertaubat jika Nina berada di sana. Tujuh tahun Nina bersama dengan abang, jujur dari hati Nina sedikit demi sedikit Nina dan jatuh sayang pada abang.”

“Kenapa Nina tak pernah meminta atau mendesak abang berkahwin dengan Nina?”

Tanina menghela nafasnya perlahan-lahan. “Macam yang Nina katakan tadi. Perempuan simpanan macam Nina tidak berhak untuk meminta bang. Perempuian seperti kami hanya boleh ‘memberi’ khidmat kepada lelaki yang menjaga kami.” Semakin terharu Dato Khalil mendengar keikhlasan Tanina terhadapnya.

“Nina setuju kalau kita kahwin?” ulang Dato Khalil untuk mendapat kepastian dari Tanina.

Kelopak mata Tanina yang di tahan dari jatu akhirnya mengalir jua. Siapa sangka penantiannnya selama tujuh tahun ini menjadi kenyataan.

“Terima kasih bang kerana membenarkan Nina menjadi isteri abang. Terima kasih bang sudi bagi peluang pada Nina. Terima kasih bang kerana membenarkan Nina menjadi seorang wanita yang bermaruah.” ucap Tanina sambil mendamparkan kepalanya di dada Dato Khalil, di peluk erat tubuh Dato Khalil dalam keadaan terenjut-enjut. Dato Khalil mengeratkan pelukan di tubuh Tanina.



Mawar mengambil keputusan untuk bercuti separuh hari daripada tugas-tugasnya di pasaraya. Mawar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang dibuat. Fikirannya benar-benar terganggu bila mengenangkan syarat-syarat lelaki gila. Kini dia dan Dato Khalil hanya mempunyai satu hari sahaja lagi untuk membuat keputusan. Dalam menunggu kedatangan Riya, dia di datangi seorang lelaki. 

“Hai.. sayang!” tegur satu suara. Mawar mendongak. Terkedu melihat wajah itu ketika ini.

“Kau nak apa?” marah Mawar.

So sweet kalau you marah,”

“Baik kau berambus dari sini, sebelum aku..”

“Marah!” potong lelaki itu.

“Kau nak apa?” soal Mawar lagi.

I  hanya nak berkenalan lebih rapat lagi dengan ‘bakal isteri’ I  itu aje. You tak sudi ke nak tahu siapa I ? Asal mana? Nama I siapa? Sebelum tuk kadi tanya you siapa nama I, tak kan you nak jawab ‘entah’!”

“Aku tak ingin nak tahu tentang kau! Aku nak ingatkan kau yang aku tak akan sesekali setuju nak jadi isteri kau!” Mawar bangun dan mahu melangkah keluar, tapi belum sempat dia mahu melangkah lengannya di tarik oleh lelaki itu, akibatnya dia terduduk di atas riba lelaki itu. Tangan lelaki itu melilit memeluk erat pinggangnya.

“Sayang…kalau iya pun you tak sabar janganlah buat ‘scene’ ini kat depan public malu lah, tunggu bila dah sah baru boleh lebih-lebih” bisik lelaki itu di telinga Mawar.

Terasa tebal wajah Mawar dengan pengunjung di restoren itu. Semua mata pengunjung melihat aksinya, ada yang mengeleng dan ada juga yang tersenyum seperti menyindirnya. Belum sempat dia bertindak.

“Kalau you nak malu lagi, I akan buat. Sekarang baik you duduk elok-elok jangan bertindak sebelum fikir akibatnya nanti.” ugut lelaki itu lagi.

Mawar akur, terpaksa dia mengikut keingian lelaki ini. takut juga dia dengan lelaki yang memang tak tahu malu. Dilihat lelaki itu berdiri, “Maaf, jangan salah sangka dengan ‘scene’ kami tadi. Saya cuma mahu selamatkan ‘bakal isteri’ saya dari terlanggar pelayan tadi tak sedar pulak dia akan landing terduduk atas riba saya, maaf sekali lagi jika menganggu anda semua.”

Mawar tunduk malu. Pipinya sudah merah akibat malu, jika lelaki ini menganggunya pasti semua ini tak akan terjadi.

Lelaki itu tersenyum melihat pipi Mawar kemerahan, entah apa yang di fikirkan gadis di depannya kini sama ada merah akibat malu atau merah akibat menahan marah padanya.

Dear… kenapa pandang meja, dari you pandang meja baik you pandang I.” lelaki itu terdiam melihat Mawar sejak tadi menunduk dari memandangnya.

Mawar tidak mempedulikan lelaki itu. Lama dia menunduk dari memandang lelaki yang sering membuatnya sakit kepala. Dagu Mawar di angkat. Mawar kaku. Matanya dan mata lelaki itu kini saling bertatapan, jarak mereka juga dekat. “Maaf kalau I buat you tak selesa dengan I,” ujar lelaki itu.

I cuma nak you berkenalan dengan I. Lepas itu I akan pergi.” Janji lelaki itu.

“ Nama I ,Haiez Nubhan.” Setelah memperkenalankan diri, lelaki itu bangkit dari kerusi dan berlalu pergi sambil mengenakan kaca mata hitam tanpa menoleh ke arahnya.

“Haiez Nubhan….” Perlahan nama lelaki itu di sebut Mawar.

Mawar yang melihat lelaki itu melangkah keluar mula mengejar, ditarik baju lelaki itu. “Nanti..!!”

Haiez Nubhan berpaling. Kini jarak di antara Mawar dan dia sungguh dekat. Mawar yang menyedari keadaan mereka mula berundur setapak.

“Ha..Haiez… please buat syarat lain selain aku terpaksa jadi isteri paksa kau, aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta,” rayu Mawar cuba berlembut.

Haiez Nubhan tersenyum. “Kalau you tak cinta kan I, I boleh buat you jatuh cinta pada I. Bak kata pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’ kan”. 

“Kauuu…”

“Betul tu Mawar, tak kenal maka tak cinta. Ehh..maaf, assalamualaikum, saya Riya, teman Mawar.” Sampuk Riya tiba-tiba. Sudah lama dia perhatikan perlakuan Mawar dan pemuda itu dari jauh.

“Riya… apa ni!”

Relax lah Mawar, kacak kau punya boyfriend or your bakal hubby kenapa aku tak tahu ni?” soal Riya lagi. 

Bulat mata Mawar mendengar Riya mengelar lelaki di hadapannya sebagai boyfriend dia! Mati hidup semula aku tak nak dengan lelaki ni! Di tarik tangan Riya. “Riya, kalau kau nak tahu dialah yang ugut aku dan papa aku!” bisik Mawar ke telinga Riya.

Mulut Riya hanya berbentuk ‘O’

“Mawar kau tunggu dekat sini, aku ada sesuatu yang aku nak buat dekat lelaki itu.”

“Kau nak buat apa Riya?” soal Mawar.

“Kau tengok lah aku dari sini, nanti bila dah selesai aku roger kau. Jangan pergi mana-mana pulak. Ingat!” Riya memberi arahan pada Mawar. Riya mula melangkah ke arah lelaki itu.

Mawar yang berdiri tidak jauh dari situ mula panas melihat, Riya yang dari tadi bergelak-ketawa dengan lelaki itu. Entah apa perbualan mereka yang asyik tergelak-gelak dari tadi. Hampir 15 minit Mawar menunggu Riya habis berbual. Terasa mahu meletup, di lihat Riya seperti sudah selesai berbual dengan lelaki itu. Eee.. gatal pulak Riya ni, nampak aje alim tapi gedik! Kutuk Mawar di dalam hati. Cemburu ke? Jawab hatinya pula. Mawar mendengus kasar.

Dilihat Riya kembali melangkah ke arahnya. “Jom, ikut aku!” ajak Riya sambil menarik tangan Mawar supaya mengikutnya. Mawar hairan melihat Riya.

“Masuk..,” ujar Riya yang membuka pintu kereta untuk Mawar. Mawar tidak masuk malah dia hanya berdiri kaku melihat Riya yang seperti tergesa-gesa mahu ke suatu tempat.

“Masuklah aku ada perkara penting nak bincang dengan kau.” Tanpa banyak soal Mawar mengangguk sambil mengenakan tali pinggang keledar. Daripada cara Riya bercakap Mawar dapat menduga bahawa sahabatnya itu ada sesuatu yang di bincangkan tadi bersama lelaki tadi.

“Kita nak pergi mana?” soal Mawar lagi sambil matanya memerhati keadaan jalan raya yang agak lengang selepas waktu rehat tengah hari berlalu sejam yang lalu.

“Aku ada idea nak bagitahu kau,” balas Riya yang faham pasti temannnya gelisah sejak masuk tadi. Diam tak diam kini mereka telah sampai ke tasik. Riya menuruni kereta menuju ke sebuah pangkin rehat yang selalu menjadi tempat persinggahan orang jogging setiap pagi. Nasib tidak ramai yang hadir ketika ini. Lebih senang dia berbual tanpa gangguan. Mawar yang melihat turut turun dari kereta dan melangkah ke arah Riya yang sedang duduk, dia pun turut duduk di sisi Riya perlahan-lahan.

“Baik kau cakap apa yang kau bincangkan, dan apa idea yang kau nak cakap kat aku?” soal Mawar bertubi-tubi tidak sabar mengetahui perkara yang ingin di sampaikan oleh Riya.

Riya bangkit menuju ke tebing tasik. Dia membuang pandang sekitar tasik itu jauh-jauh. Bibirnya terukir senyuman.

“Kau nak tahu apa yang aku bincangkan dengan mamat yang ugut kau dan papa kau?”

“Umpp.. apa yang korang bincangkan?”

“Aku minta dia kerja dengan kau dan papa kau sebelum korang di ijab dan kabul.”

“Kau dah gila ke, Riya! Kau ingat papa aku akan setuju dengan idea gila kau ni?”

“Kenapa tidak? Idea aku ini bahkan mendatangkan keuntungan di kedua-dua pihak. Aku dah jumpa dengan lelaki yang ugut kau dan papa kau, aku akui bahawa dia sememangnya seorang yang berani. Aku salute dengan dia sebenarnya tak ramai yang boleh berhadapan dengan papa kau, kalau orang lain aku yakin semua pasti kecut perut bila dengar nama papa kau,” ujar Riya, kagum.

“Hei Riya…, kau sebelahi siapa ni, dia atau aku?” marah Mawar.

“Maaf, aku cuma puji keberanian dia. Okay kita drop pasal berani tak ni. Kau ada cakap dia ada bagi syarat dekat kau dan papa kau kan?”

“Iya..”

“Apa kata kau dan papa kau pulak bagi syarat kat dia juga?”

“Maksud kau?”

“Kau terima cadangan aku. Terima dia berkerja di pasaraya, kat sana nanti kau boleh berkenalan, pantau, perhatikan geri-geri dia, mana tahu masa dia berkerja di pasaraya kau boleh kesan kelemahan dia? Bakal suami kau boleh tahan juga, Mawar. Apa kata kau terima aje lamaran dia tuk suntig kau jadi isteri dia nanti anak-anak korang mesti comel,” 

“Riya….!” Mawar mengetam gigi. Biarpun dia tahu temannya tu mengusik namun dia tidak sanggup mendengar perkataan ‘suami’. Apatah lagi bila membayangkan hidupnya bersama lelaki itu. Masih segar diingatannnya wajah sinis dan angkuh lelaki itu sewaktu mengugutnya dan papanya.

“Dah.. jom balik kita jumpa papa kau pulak!”

“Aku tak rasa papa aku setuju dengan cadangan gila kau ni, Riya.” Bangkang Mawar. Dia kenal papanya.

You know me, Mawar,” Riya menyenitkan matanya sambil tersenyum manis.



SEMOGA CERIA BAK PELANGI :)





1 comment:

  1. assalamualaikum akak.. please sambung smpi bab terakhir. best sngt cite ni

    ReplyDelete