FOLLOWERS

Tuesday, December 31, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 8





Di ruang tamu Mawar memerhati segala gerak langkah Dato Khalil. Mawar tidak pasti apa yang bermain di fikiran papanya pada waktu ini. Semenjak dia duduk, di lihat papanya mundar-mandir di hadapannya.

Dato Khalil mengeluh panjang. Siapa sangka seorang lelaki muda berani mengugut dan mencabarnya. Aidil yang menyiasat tentang lelaki itu pun tidak dapat menjejak siapa gerangan lelaki itu. Siapa lelaki itu sebenar? Apa yang dia mahu sebenarnya? Berkali-kali soalan itu muncul di benak fikirannnya. Seingat dia, tidak pernah melihat atau bertemu dengan lelaki itu di mana-mana.

“Papa, bagaimana?” Mawar menyoal dalam keadaan resah. Dia sendiri mendengar segala syarat yang tidak masuk akal oleh lelaki itu. Lelaki itu seolah-olah membuat dia seperti barang taruhan untuk mendapat apa yang dia mahu. Mawar kini merasa seluruh hidupnya bergantung kepada Dato Khalil tanpa dia dapat membangkang. Jika papanya menurut sahaja kehendak lelaki itu bererti hidup dia pasti bertukar menjadi neraka.
Dato Khalil menarik nafas untuk mencari ketenangan. Dia sendiri buntu mahu membuat keputusan sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’. Jika jawapannya ‘tidak’ pasti kerjaya dan perniagaannya akan musnah, jika ‘ya’ dia mempertaruhkan kebahagian anaknya. Dia tidak dapat menjejak mahupun mengetahui kekuatan dan kelemahan lelaki itu. Dia yakin lelaki itu sudah lama merancang untuk menjatuhkannya dan perniagaannya. Segala ugutan yang di buat lelaki itu juga jelas bukan main-main, jelas di ingatannya wajah lelaki itu penuh dengan keyakinan dan keangkuhan.
“Mawar, maafkan papa sayang. Papa buntu. Papa tidak ada jawapannya sekarang.”
“Tolong Mawar papa, buatlah apa saja tapi jangan terima syarat yang lelaki itu buat. Mawar tak mahu papa,” ujar Mawar merayu pada Dato Khalil. 
“Papa sedar Mawar. Tapi Mawar sendiri dengar apa akibatnya jika kita tolak semua syaratnya di mana maruah kita nanti? Macam mana kalau lelaki itu benar-benar siarkan gambar-gambar itu?”
“Mawar tak peduli dengan itu semua papa. Yang penting Mawar tetap tak setuju. Mawar lebih rela mati dari kahwin dengan lelaki yang Mawar tak kenal,” bantah Mawar. Daripada percakapan papanya dia sudah tahu jawapannnya. Pasti papanya terima semua syarat gila lelaki itu. Dia bukan budak kecil lagi jelas air muka papanya seperti bersetuju dengan semuanya. 
Dato Khalil mengeluh lagi. Di lihat wajah anaknya, Mawar masih tidak mengerti apa-apa. Lari bukan jalan penyelesaian. “Macam mana kalau betul ada benih lelaki itu dalam rahim Mawar? Mawar ingat kalau Mawar lari ke luar negara atau ke mana saja yang Mawar mahu mampu atasi masalah ini? Bukan dengan cara itu Mawar, cara itu tak akan dapat selesaikan masalah,” balas Dato Khalil seperti orang putus asa. Cara yang Mawar mengatasi masalah hanya untuk jangka pendek sungguh tak matang.
“Kalau bukan dengan cara itu, papa sanggup tengok Mawar kahwin dengan lelaki itu lah?”
“Mawar tak pernah fikir ke, kalau betul lelaki itu ada negatif itu atau perut Mawar sudah berisi kelak? Kita tak akan dapat lari,Mawar. Cuba Mawar bayangkan kalau kita tak turutkan segala syarat-syaratnya”
“Mawar tetap dengan pendirian Mawar! Tak, papa Mawar tak setuju dengan syarat-syarat gila lelaki itu. Kalau benar mawar mengandung, mawar sendiri yang akan tanggung. Kalau papa sanggup bagi saham Pasaraya kita itu hak papa, tapi papa tak berhak nak tentukan hak Mawar, hanya Mawar yang berhak buat keputusan untuk diri Mawar bukan papa. Mawar tak akan sesekali tunduk dengan syarat-syarat gila itu, papa,” Mawar bangun dari duduknya dan melangkah mendaki anak tangga menuju ke kamarnya dengan penuh kecewa. 
Dato Khalil terkilan, dia terasa dirinya sebagai seorang ayah tidak dapat membantu anaknya.  Setuju, hanya kata itu sahaja yang mereka ada di saat ini.
Mawar menghempaskan tubuhnya ke atas katil sebaik sahaja tiba di kamarnya. Dia merasa dunianya terasa begitu kelam, sempit. Sikap putus asa papanya jelas mengecewakannya. Hanya cara ini sahaja ke yang ada untuk mereka, tidak ada ke jalan yang lain? Perutnya yang masih kempis di raba. Betul ke akan ada nyawa yang hidup di dalam?
“Bodoh!” jerit Mawar pada dirinya sendiri. Suara hatinya mula memarahi atas tindakannya sendiri. Jika tidak kerana kesilapan dia,pasti lelaki itu tidak akan mengugut mereka dengan syarat-syarat yang tak masuk akal. Kerana kesilapan itu dia terpaksa mengorbankan seluruh hidupnya. Di kala Mawar memarahi dirinya sendiri, terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya.
“Boleh, aku masuk?” terpancul wajah Riya di luar pintu biliknya. Mawar menoleh dengan senyuman plastik.
“Hmm..masuklah!” angguk Mawar sambil tangannya mengesat air matanya. Dia tidak mahu Riya melihat dia lemah.
“Mawar sihat? Kenapa ni?” Riya tahu Mawar baru saja bertengkar dengan uncle, dia dengar semua ketidak puas hati Mawar tentang semua syarat-syarat dari lelaki yang mengugut mereka, dia menyoal penuh khuatir.
“Kau nampak aku okay ke sekarang? Kalau kau nak berborak aku tak ada mood sekarang!” kata Mawar kasar. Dia malu dengan Riya, mereka sudah tidak seperti dulu sentiasa berkongsi cerita. Dia tahu Riya cuba berkawan semula dengannya.
“Maaf, kalau aku menyibuk tentang kau, tapi kau masih kawan aku yang pernah aku kongsi masalah-masalah aku. Aku nak kau tahu aku sedia dengar apa yang kau nak luahkan. Jangan kerana aku dah ubah penampilan kau malu nak cari aku macam dulu-dulu, aku tetap orang yang sama kau kenal, Mawar.
Mawar bangkit dari katil tersebut. Dia menuju ke balkoni untuk mencari ketenangan. Riya yang melihat Mawar melangkah ke arah balkoni turut  mengekori Mawar. Riya memerhatikan Mawar dan tersenyum. Mawar masih seperti dulu jika ada masalah yang akan mereka kongsi pasti balkoni ini menjadi ‘port’ mereka dulu.
Mawar menjeling wajah tenang Riya. Memang dulu di antara mereka tiada rahsia tapi sejak mereka melanjutkan pelajaran mereka haluan mereka tidak sama lagi. Riya lebih rela memilih universiti tempatan dari mengikutnya ke luar negara untuk sama-sama mendapat segulung kertas. Dulu memang Riya tempat dia mengadu segala masalahnya dan curahan perasaannya.
“Aku tetap di sini seperti dulu Mawar. Ceritalah mana tahu boleh ringankan lagi beban yang kau tanggung sekarang walaupun aku tak dapat membantu kau nanti,” ujar Riya dengan lembut. 
Mawar menguak rambutnya yang menutupi dahinya akibat di tiup angin malam. Dia diam. Sepi tanpa suara antara mereka. Dia tidak pasti sama ada Riya patut tahu masalah yang menimpanya. Tapi dia akui yang di memerlukan seseorang untuk mendengar luahan perasaan ketika ini.
Riya memandang lama wajah Mawar. Dia tidak boleh memaksa Mawar, mungkin Mawar tak bersedia mahu berkongsi masalahnya seperti mana mereka berdua dulu. Di saat matanya bertembung dengan mata Mawar, dia tersenyum manis untuk sahabatnya. “Aku faham kalau kau nak bersendirian. Aku keluar dulu. Tapi kalau kau tak boleh pikul aku sentiasa ada untuk kau sebagai seorang sahabat, sama seperti kita dulu-dulu,” ujar Riya mengorak langkah menuju ke arah pintu.
Belum sempat Riya memulas tombol pintu bilik Mawar. “Aku dalam masalah besar sekarang, Riya,” luah Mawar akhirnya biarpun serba salah. Dia tahu bukan Riya yang pergi jauh darinya tapi dia yang selalu mengelak dari bertemu dengan Riya.
“What do you means?”
“Ada orang cuba mengugut aku dan papa aku,” terang Mawar perlahan. Dia kesal dengan apa yang terjadi.
“Dia ugut kau dan papa kau pakai gambar-gambar kau yang dekat kondo itu?” Mawar menoleh ke arah Riya serta-merta. Bagaimana sahabatnya tahu? Ini pasti papanya, tebak Mawar pasti.
Riya kembali merapati sahabatnya perlahan-lahan, dia mengusap bahu Mawar dengan lembut dan penuh simpati.
“Macam mana kau boleh tahu tentang gambar-gambar tu?”
Uncle yang cerita dekat aku. Uncle dah ceritakan semua pada aku. Bukan kau seorang sahaja yang risau Mawar. Mungkin kau rasa uncle tak risau tapi aku nak kau tahu uncle lagi risau dari kau Mawar. Bukan gambar kau saja. Tapi gambar-gambar uncle juga aku dah tengok.” Mawar hairan. Bagaimana papanya boleh begitu mempercayai Riya dari dirinya.
“Aku tahu apa yang ada dalam kepala kau tu, Mawar. Kau jangan nak memandai buat speskualasi gosip okay. Kau lupa aku, kau dan papa kau memang rapat tapi rapat aku dengan papa kau sama macam kau rapat dengan papa kau, hubungan ayah dan anak. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang duduk termenung, macam yang kau lakukan ini sekarang persis sama dengan papa kau, kau tahu tak muka korang ini buruk kalau menangis,” terang Riya dalam berseloroh.
Mawar tertawa kecil, sahabatnya ini memang pandai buat dia tersenyum kembali walaupun hanya seketika sahaja. “Kau masih masih macam dulu, Riya tak ada yang berubah tetap boleh buat aku ketawa. Maafkan aku dengan sikap aku selama ini, aku buat tak layan kau.”
See… don’t judge the book by cover okay?” Riya tersenyum lagi. Now what you’re problem, tell me,” Riya tersenyum kembali.
Mawar kembali mengeluh perlahan. “Aku bodoh, Riya. Aku biarkan diri aku terjerat dan membiarkan orang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah keluarga aku,” akui Mawar tanpa segan silu dengan air mata kembali mengalir di pipinya.
“Sudahlah Mawar. Perkara dah berlaku. Kau menangis air mata darah sekali pun perkara itu tak akan mengubahnya. Sekarang yang penting jadikan segala yang berlaku untuk pengajaran di masa depan.”
“Tapi dalam tiga hari lagi hidup aku akan musnah akibat kebodohan aku sendiri, Riya.”
“Apa yang kau merepek ini, kau cakap dalam tiga hari lagi hidup kau musnah. Aku tak faham?”
“Lelaki yang mengambil gambar-gambar aku dan papa aku mengugut untuk mengunakan gambar dan meletak syarat sebagai pertukaran dengan semua negetif gambar tersebut. Sebaliknya akan berlaku jika aku dan papa aku tak setuju.”
Riya beristighfar di dalam hati. Sungguh dia tidak tahu seberat ini ugutan yang di terima Mawar dan Dato Khalil. “Kalau boleh aku tahu, apa syarat yang dia minta,”
“Pertama, dia mahu satu pertiga dari saham Pasaraya dan yang kedua….,” berat mulut Mawar untuk meneruskan.
“ Yang kedua apa Mawar?”
“I must be his wife.” 
“What.” Riya terkedu. Patutlah kedua beranak ini lelihatan resah sejak beberapa kebelakangan ini.
“Tapi kau masih boleh menolak Mawar.”
“Memang aku boleh menolak untuk tidak menjadi isteri dia, tapi aku buntu Riya lelaki itu kata dia mahu bertanggungjawab dia hanya takut jika ada nyawa di dalam…” Mawar menyentuh perutnya.
Riya terdiam sebentar.
“Kalaulah aku tak keluar malam tu, mesti perkara macam ini tak akan jadi…”
“Jangan cakap begitu Mawar. Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab, itu kententuan dari-NYA. Aku yakin pasti ada hikmah di sebaliknya. Hanya kita aje yang tak nampak, sabar Mawar ya!”
“Tapi Riya tak kan aku nak musnahkan hidup aku dengan semua syarat-syarat lelaki itu. Tak masuk akal.”
“Aku faham, kau buntu sekarang. Uncle dah buat keptusan ke?”
“Papa aku belum buat keputusan dari apa yang aku gaduh tadi aku percaya papa aku terpaksa akur dengan semua syarat-syarat itu,”
“Kau kenal lelaki itu?” soal Riya ingin tahu.
“Aku tak kenal tapi aku pernah tersempak dia dekat party Kelly malam itu,” ujar Mawar.
“Aku tak sangka lelaki itu sanggup buat macam ini,”
“Hati manusia tak ada siapa tahu baik atau buruk. Kalau harta dah mengaburi mata.”
“Mawar, bawak banyak bersabar. Aku tahu kata-kata aku tak dapat hilangkan keresahan yang kau tanggung. Tapi aku nak kau yakin Tuhan selalu menolong orang yang bersabar,” pujuk Riya menggosok bahu Mawar. “Mawar pergi ambil wudhu,berdoa pada-NYA agar DIA tunjukkan jalan penyelesaian pada kau.”
Mawar berasa tenang sedikit mendengar nasihat dari Riya, beban yang memenuhi benaknya seperti teralih sedikit.
“Okay, aku keluar dulu, insya-Allah aku jumpa kau lagi. Aku belum solat lagi,” getus Riya sambil memandang jam yang berada di bilik Mawar.
“Riya tunggu aku. Aku pun nak ikut!” dalam keadaan terharu Riya memandang semula wajah sahabatnya. Setelah sekian lama baru tergerak hati Mawar untuk berbuat demikian. Riya yakin segala yang menimpa Mawar pasti ada hikmah yang tertentu dan jawapan yang pasti kini ialah kesudian Mawar menunaikan perkara yang dah lama sahabatnya tinggalkan. Bilik sembahyang yang ada di banglo ini akan kerap di gunakan mereka kelak. Riya bersyukur. Semoga hidayah yang di akan berterusan.



Dato Khalil masih berada di bilik bacaannya. Masih jelas di matanya, wajah anak tunggalnya yang menolak apa yang ada di fikirannya ketika itu. Dia gelisah memikirkan nasib dia dan anaknya jika tidak mengikut syarat yang dikemukakan oleh lelaki itu.
“Papa!” Mawar muncul bersama Riya. Riya memeluk telekung di dadanya. Dato Khalil memandang jam di dinding. Sudah hampir masuk waktu solat.
“Riya nak solat?” soal Dato Khalil separuh mamar. Tadi dia sudah mahu terlelap.
“Iya, uncle. Kenapa uncle tak tidur? Nanti uncle dapat sakit.”
Uncle tak dapat tidur Riya.”
“Papa..maafkan Mawar..!” Mawar meraih tangan Dato Khalil lalu dia menundukkan kepalanya dan mencium tangan Dato Khalil.
Dato Khalil terus memeluk tubuh anaknya dengan erat. Ubun-ubun anaknya di cium lama. Riya yang melihat terasa syahdu.
Uncle, maaf kalau Riya banyak bercakap, setinggi mana pun masalah yang kita hadapi walaupun kita berjaga sepanjang malam tak akan dapat mengubah atau tenangkan fikiran kita. Uncle perlu bertenang jika mahu selesaikan masalah ini.”
Uncle sedar semua itu Riya. Tapi uncle kesal kerana tak dapat selamatkan maruah keluarga uncle dan berupaya melindungi satu-satunya anak uncle.”
“Papa…, jangan cakap macam tu papa. Jangan terlalu memikirkan masalah ini. Bagi Mawar, papa sudah menjadi seorang ayah yang baik, bukan salah papa seorang saja ini juga salah Mawar tapi Mawar yakin masalah yang timbul ini hanya salah satu teguran dari-NYA dan DIA mahu menguji kita sejauh mana kasih sayang antara kita.” Dato Khalil tersentuh mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak tunggalnya. Kata Mawar dan Riya ada betulnya. Jika tidak nasihat Riya, tentu Mawar tidak akan berbicara dalam keadaan ini. Dia kagum dengan Riya yang begitu bijak dalam berbicara. Dan sekarang Dato Khalil kasih sayang nya tertumpah buat anaknya dan gadis yang setia berdiri di hadapannnya. Walaupun gadis ini bukan siapa-siapa, kini gadis ini juga yang menjadi pendorong kepadanya dan Mawar.
“Macam mana Mawar boleh berubah dengan drastik macam ini?”
Mawar tersenyum. “Kalau papa nak tahu tu yang berdiri depan kita sekarang, dia lah pujuk Mawar malam tadi. Entah kenapa Mawar rasa tenang lepas soal jawab dengan si Riya ni.” Seloroh Mawar sambil memeluk papanya.
“Terima kasih Riya. Uncle tak tahu kalau tak ada Riya kat sini, uncle buntu fikirkan cara nak selamatkan Mawar dari lelaki itu. Uncle rasa macam diri uncle tak berguna sebab tak dapat berbuat apa-apa. Mungkin ini dosa-dosa uncle.”
Uncle…! Kenapa cakap macam tu. Semuanya sudah ditentukan. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.”
 
“Papa, Mawar tak pernah salahkan papa,”
“Papa tahu Mawar. Tapi papa tak mahu Mawar menderita. Mawar tersengih memandang kekhuatiran papanya. Kini baru jelas di matanya bahawa papanya sangat sayangkannya, cuba tidak di tunjukan secara terang-terang.
Uncle, semuanya belum pasti. Mana tahu apa yang uncle bayangkan semua sebaliknya?”
“Apa maksud kau,” Mawar menyoal.
“Siapa tahu seandainya jodoh kau dengan lelaki itu, mungkin kau dan dia akan bahagia hingga ke akhir hayat.”
“Tak mungkin Riya, tak mungkin lelaki itu boleh bahagiakan aku. Di hatinya cuma ada niat buruk. Jika tidak , kenapa dia gunakan cara mengugut aku dengan papa.”
“Mungkin betul pendapat kau. Mungkin aku tak kenal lagi lelaki yang ugut kau dan uncle, tapi aku yakin dia ada alasan sendiri kenapa dia buat macam itu. Kita tak boleh menilai orang secara luaran sahaja. Entahlah mungkin persepsi aku salah barangkali. 
Dato Khalil dan Mawar mengangguk. Azan sudah bergema dari surau berhampiran menyebakan Riya menarik tangan Mawar dengan tergesa-gesa.
Uncle kami solat dulu,” jelas wajah Dato Khalil hairan bila perkataan ‘kami’. Mawar? Dia masih lagi tidak percaya.
“Mawar pun ikut juga ke?” soal Dato Khalil sekadar menyoal untuk mendapatkan kepastian.
Mawar memandang Riya. Dia sedar pasti papanya masih tidak percaya dengan perubahan dirinya.
“Papa semalam ada orang pesan dekat Mawar, kalau kita banyak berdoa dan bertaubat insya-Allah Tuhan akan tunjukan jalan yang terbaik buat kita. Hanya doa dan zikir yang boleh buat kita tenang papa,” balas Mawar memandang Dato Khalil, Jauh di sudut hatinya berharap agar hati papanya juga akan tergerak beubah seperti dirinya kini. Dato Khalil mengangguk. Mawar dan Riya di lihat berlalu menuju ke bilik solat yang ada di dalam banglonya tu.
Termenung sejenak Dato Khalil di bilik itu, dia keluar melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik solat. Tergerak hatinya untuk mengintip apa yang sedang di lakukan oleh Mawar dan Riya. Dari celah pintu yang tidak tertutup Dato khalil mengintip dari luar. Dato Khalil benar-benar terharu melihat Riya yang sedang mengimamkan solat bersama anaknya.
Dato Kahlil berasa malu dengan dirinya sendiri, kenapa dia tidak mengikut jejak langkah Mawar untuk bertaubat, kenapa hatinya masih keras, dia yang sepatutnya menjadi imam. Layakkah dia memimpin? Dirinya yang banyak bergelumbangan dengan dosa yang tidak terkira banyaknya. Ya Allah maafkan hambamu ini yang telah banyak berbuat dosa dan lupa akan-MU…,” suara hati Dato Khalil bergema.



Dia termenung di balkoni rumahnya. Dia menari nafas beberapa kali. Semakin dekat dia dengan matlamatnya semakin tidak keruan hatinya. Dia sudah melihat wajah resah Dato Khalil tentang syarat-syaratnya. Dia tesenyum puas, dia yakin Dato Khalil tidak ada jalan keluar selain bersetuju dengan syarat-syaratnya. Dendamnya sejak dulu lagi harus di lunaskan walaupun terpaksa bertaruh nyawanya sendiri. Dia tidak akan berundur selagi tidak mendengar sendiri dari mulut Dato Khalil mengapa maruah keluarganya di perlakukan sebegitu hina sekali sewaktu uminya datang untuk mendapatkan segala-gala milik mereka daripada Dato Khalil.
 
Bunyi deringan Iphone, memaksa dia tersedar dari lamunan. Dia bergegas ke ruang tamu.
“Assalamualaikum, kawan. Ini aku.”
“Waalaikumusalam. Kau sihat ke?” soal dia perlahan. Dia khuatir, teman baiknya merajuk, kerana semasa  umi mahu berangkat ke tanah suci  beberapa hari lalu tidak di ajaknya.
“Kau sihat, Cuma sibuk sikit. Alhamdulilah sekarang ini kita dah banyak tempahan.
‘Sabar. Tak lama lagi aku akan balik.”
“Kau balik lah, umi dah lah tak ada. Aku rasa Mak Peah pening sekarang.”
“Kan aku kata, sabar. Aku yakin Mak Peah boleh buat.”
“Iyealah. Aku faham. Tak boleh ke kau lupa matlamat kau tu. Kan elok kau duduk kat situ aje, kau jalankan apa yang ada ni.” 
Dia tergelak di hujung talian. Dia sudah dapat membayangkan muncung kawannya pada saat ini.
“Kau….kan tahu ak...”
“Iyea lah… suka hati kau lah.” Potong teman baiknya.
“Ini kenapa kau call aku? Ada apa-apa masalah ke kat sana?”
“Aku nak ingatkan kau, jangan sesekali kau ambik kesempatan atau sakiti mereka. Kalau itu terjadi kau sendiri akan berhadapan dengan aku.  Ikut  macam yang kau rancang dulu.”
“Habis siapa yang nak jaga perniagaan kau kat sana selama kau kat Kuala Lumpur?”
“Kan aku dah kata dulu, Makcik Peah ada. Makcik Peah boleh uruskan semua,” terangnya lagi merujuk kepada Makcik Peah yang telah banyak membantu perniagaan umi. Tanpa bantuan dari Makcik Peah itu perniagaan umi tidak akan berkembang hingga seperti sekarang. Dia tahu uminya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan perniagaan itu kepada Makcik Peah sepanjang uminya tiada di sana.
“Kau ada apa maklumat tentang Mawar dan Dato Khalil yang kau nak beritahu aku?” soal lelaki itu.
“Setakat ini tak ada.”
“Kau pulak?” 
Lelaki itu diam sejenak. Hanya dia dan teman baiknya memerangkap anak angkat umi, mengetahui rancangan yang sedang di rencanakan. “Insya-Allah, segala yang aku rancang buat masa ini berjalan lancar.”
“Walau apa pun yang kau lakukan nanti, kau kena berhati-hati,” ujar suara itu penuh khuatir.
“Aku tahu! Okey aku ada kerja nak buat sikit. Nanti kita berbual lain kali.”
“Jaga diri kau.”






BERSAMBUNG... ;D

Friday, December 6, 2013

AKU YANG BERDOSA BAB 7






Lelaki itu memandang gadis yang berwajah muram di sisisnya. Dia sedar, dia telah membuat onar. Pasti di dalam fikiran gadis ini dia terlalu kejam meninggalnya. Tapi dia terpaksa melakukan tu semua. Dia tidak rela kehilangan gadis ini di sebabkannya.

“Maafkan abang Nia!” getus lelaki itu perlahan. Sudah sejam mereka berada di Putrajaya. Baru sekarang dia berani bersuara.

“Tak bang, abang tak bersalah. Kita berdua tak pernah ‘declare’ pun. Nia tak menyesal dengan keputusan abang tadi.”

“Tapi Nia terlalu baik, abang tak sanggup tengok Nia macam ini. Abang buat semua ini sebab abang tak nak kehilangan Nia suatu hari nanti…abang tak nak Nia , biarlah abang putuskan sekarang, asal abang tahu Nia ada.” Nia menoleh sayu. Dia mengamati satu-satu pemuda yang telah berjaya menebusi hatinya setelah sekian lama. Biarpun dia tidak pasti perasaan lelaki itu terhadapnya.

“Abang jangan rasa bersalah, mungkin Nia ini banyak berangan. Insya-Allah hati ini biar Nia yang ubati. Andai ada jodoh kita pasti bersatu, andai tidak Nia pasrah, bang.” Terang Nia bila teringat kata seorang sahabatnya dulu.

Lelaki itu tersengih seketika. Itulah keistemewaan gadis yang di kenali sebagai Nia, walaupun hatinya terluka tapi masih mampu berfalsafah.

“Abang tak payah khuatir tentang Nia. Nia tahu semua yang abang buat ini bersebab. Bila abang akan bermula berkerja di tempat Nia? Kalau mereka tak nak ambik abang berkerja di sana macam mana?”

“Nia, soal abang Nia tak payah gusar. Abang boleh jaga diri abang. Jika tak ada sesiapa yang mahu ambil abang berkerja di situ, pasti abang akan pulang ke kampung dan urusan perniagaan umi abang. Kata-kata lelaki itu seperti meletakan sepandan dirinya dan lelaki itu bagai betul-betul bukan miliknya. Dia tidak percaya yang dia tidak dapat lagi melihat wajah orang yang paling dia sayang, selepas ini masing-masing pasti membawa haluan masing. Lemah semangat Nia bila memikirkan saat itu.

“Abang, apa semua ini menunjukan kita akan membawa haluan masing-masing,” soal Nia khuatir.

Lelaki itu mengeluh nafasnya panjang-panjang. Dia mendongak memandang ke langit yang disinari bintang yang menghiasi malam. “Nia tahu tak? Kata orang ikatan persahabatan yang terjalin dengan ikhlas pasti tidak akan terputus sampai bila-bila. Begitu juga dengan perhubungan kita Nia.”

Nia terdiam sejenak. Mengenangkan kata-kata lelaki itu dia menjadi takut. Setakat sebuah persahabatan sahaja lelaki itu menganggap perhubungan mereka selama ini? Mungkin sudah tiba masanya dia patut berterus terang sebelum dia terlewat melafazkannya.

“Abang, boleh Nia bertanya sesuatu, kerana Nia takut yang Nia tak akan jumpa dengan abang lagi selepas ini?”

“Apa yang Nia nak tanyakan?” lelaki itu menoleh ke arah Nia semula.

“Siapa Nia dia hati abang selama ini? Seorang sahabat ataupun…?” Nia agak kelu mahu mengucapankannya. Matanya mula berkaca-kaca. Tapi di tahan. Renungan lelaki itu semakin meluruhkan semangatnya untuk meluahkan perasaan yang selama ini tersimpan sejak sekian lama.

“Kenapa Nia berhenti, apa maksud Nia ataupun..?” Lelaki itu merenung wajah gadis di hadapannya. Lama.

“Nia pasti, abang tentu faham apa yang Nia maksudkan selama ini, mustahil abang tak tahu apa yang Nia nak sampaikan dekat abang atau abang pun mempunyai perasaan yang sama seperti Nia cuma abang takut nak mengakuinya?”

Lelaki itu memejamkan matanya serapat-rapatnya.Hatinya terasa nyilu, antara gembira dan kecewa semuanya bercampur-baur. Hatinya bergolak sesama sendiri. Sebagai lelaki tak mungkin dia dapat mengelak untuk jatuh cinta dengan perempuan seperti Nia.

“Abang, jawablah! Nia tak akan menyesal atau merugut biar apa pun jawapan dari abang, asal abang ikhlas,” tenung Nia ke seluruh wajah lelaki itu penuh penantian. Kenapa begitu sukar untuk lelaki itu bersuara. Dia sudah tidak sanggup membiarkan perhubungan mereka tergantung tanpa kepastian.

Dengan wajah yang muram, lelaki itu kembali menoleh ke arah Nia perlahan-lahan. Sepi tanpa suara. Satu-satunya orang yang paling buat hatinya berdebar-debar.

“Abang sayang Nia. Terus- terang abang kaatakan Nia lah satu-satunya gadis yang berjaya mengetuk pintu hati abang. Tapi abang…..,” lelaki itu terasa berat untuk meneruskan kata-kata. Dia bimbang akan mengecewakan Nia.

“Tapi apa bang?” soal Nia gembira tapi kata-kata lelaki itu kembali menimbulkan keraguan di hatinya.

“Abang tak layak berada di sisi Nia. Abang tak layak untuk mendapat cinta Nia.”

“Abang, Nia tak kisah tentang tu semua asal abang sayang dan cinta Nia dah cukup untuk Nia bang.”

“Bukan itu maksud abang Nia. Abang bukanlah lelaki yang Nia kenal selama ini, banyak lagi yang Nia belum tahu tentang abang.”

“Kalau itu masalahnya, baik abang jelaskan kepada Nia siapa abang yang sebenarnya?” desak Nia malas dia mahu bersoal jawab dengan dengan lelaki ini.

“Maafkan abang Nia. Buat masa ini belum masanya Nia tahu siapa abang dan apa tujuan abang yang sebenarnya. Cukup abang katakana Nia adalah gadis yang menjadi impian mana-mana lelaki. Tapi lelaki itu bukan abang biarpun abang sangat menyintai Nia.

Buntu. Nia memandang lelaki itu dengan penuh persoalan. Apa yang sedang di fikirkan oleh lelaki itu? Mengapa lelaki itu memberi harapan jika tidak mampu untuk menerima cintanya.

“Kenapa abang buat Nia macam ini, jika benar ada cinta abang untuk Nia, kenapa harus abang nafikan lagi. Kenapa abang harus lari dari Nia?”

“Abang nak Nia percaya, kerana abang sayang Nia lah , abang terpaksa putuskan hubungan cinta dia antara kita. Abang tak nak Nia susah atau menderita bila bersama dengan abang nanti. Biar abang sahaja yang menanggung beban tersebut,” balas lelaki itu sambil meraup wajah dengan penuh rasa bersalah.

“Apa semua ini abang! Jawapan abang semakin membuatkan Nia keliru, bang.”

“Dalam hidup abang hanya ada satu matlamat sahaja Nia. Abang nak merebut apa yang pernah menjadi milik abang dan keluarga abang, dan demi matlamat itulah abang tak nak mengambil risiko kemungkinan abang akan kehilangan nyawa abang. Sebab tu juga abang terpaksa menolak hasrat hati abang sendiri, sebab abang tak nak Nia berada di samping abang. Abang tak nak Nia derita kerana abang.”

Terdiam Nia sejenak mendengar penjelasan lelaki itu. Tidak di sangka lelaki yang di kenalinya mempunyai dendam yang amat mendalam terhadap seseorang.

“Siapa sebenarnya abang? Apa tujuan abang nak buat macam tu? Nia seolah-olah tidak mengenali abang sekarang.”

“Nia, maaf. Abang merayu tolong jangan soal abang lagi. Abang janji andai tiba waktu itu abang pasti akan jelaskan semuanya pada Nia.

Nia merenung lelaki itu tanpa berkelip. Setitis demi setitis air mata yang di tahannya sejak tadi mengalir. Dia masih buntu dengan penjelasan lelaki itu. Semua yang keluar dari mulut lelaki itu benar-benar mengelirukan mindanya. “Tapi tadi, kenapa abang beri harapan pada Nia tadi bang?”

Lelaki itu meraup wajahnya semula. “Abang terpaksa mengakuinya Nia. Abang juga lelaki yang punya perasaan sayang terhadap Nia. Nia adalah perasaan terindah yang pernah abang rasa iaitu jatuh cinta pada Nia.”

“Jika abang sayangkan Nia kenapa abang mengelak juga untuk menerimanya kenyataan!”

“Tidak Nia, abang dah tanam tekad sekali abang melangkah abang tak kan berundur, dan abang yakin abang pasti akan merebut apa yang pernah abang miliki dulu pastinya tu semua untuk umi abang, Nia. Dan abang nak Nia tahu abang buat begini kerana abang terlalu sayangkan Nia.”

“Semua jawapan abang tak ada satu pun Nia boleh terima. Abang seolah-olah sengaja menggantung hati Nia untuk abang.”

“I’am very..very sorry Nia,”

Nia beralih duduk. Dia mengesat air mata yang mengalir laju di pipinya. Dia tidak pasti perasaannya ketika ini, setelah mendengar penjelasan dari lelaki itu. Marah ataupun benci? Dia benar-benar tidak pasti perasaannya ketuka ini. “Abang tolong hantar Nia balik!: getus  Nia. 

Lelaki itu seperti mengerti perasaan Nia di kala ini hanya mampu mengangguk. Hatinya mengutuk. Dia berasa kesal kerana terpaksa mengecewakan perasaan Nia. Namun terlewat untuk dia mengundur kerana dia sudah mula melangkah setapak untuk mencapai matlamatnya.




Dato Khalil menyandar di kerusi bacaannya. Dari tadi Dato Khalil termenung keseorangan. Dia mencapai sampul surat yang di terimanya dua hari lalu. Entah kenapa Dato Khalil mula merasa berdosa dengan arwah isterinya, dosa-dosa yang di lakukan selama ini memakan dirinya sendiri. Gambar dia dan perempuan simpanannya yang bernama Tania berpelukan mesra di depan kondominium mewahnya, dan gambar-gambar Mawar  jika gambar-gambar ini jatuh ke tangan wartawan pasti akan menjadi satu skandal yang besar jika di dedahkan kepada umum, maruah sebagai ahli perniagaan terkenal pasti akan tercermar. Dalam sekelip mata segala usaha dan titik peluhnya selama ini akan menjadi sia-sia begitu sahaja jika gambar-gambar tersebut benar-benar tersiar di muka depan akhbar.

  Uncle, boleh Riya masuk?” Riya tersenyum di depan pintu. Di letaknya susu di atas meja kerja Dato Khalil. Dato Khalil tersenyum hambar menyambut kedatangan Riya. Terasa sejuk sedikit hatinya bila melihat Riya pada saat ini. Riya sebaya dengan Mawar tapi penampilan Riya sejak kebelakangan ini juga sudah berubah tidak lagi keluar malam seperti sebelum-belumnya. Riya dan Mawar rapat sejak kecil lagi. Sejak Riya tamat belajar, dilihat Riya dan anaknya bagai tidak sehaluan lagi tidak rapat seperti dulu. Alangkah sejuknya jika Mawar berubah seperti Riya, detik hati kecil Dato Khalil.

“Kenapa Riya nampak uncle resah aje sejak balik dari office?” soal Riya apabila melihat wajah majikan ibunya begitu gelisah sekali. Telah di anggap Dato Khalil sebagai ayahnya yang kedua kerana setiap perbelanjaannya di tanggung oleh Dato Khalil sama rata dengan anak Dato Khalil, Mawar.

“Tidak ada apa-apa Riya,” balas Dato Khalil lemah. “Boleh Riya duduk, uncle?” Riya meminta izin untuk duduk bertentangan dengan Dato Khalil. Di lihat Dato Khalil hanya mengangguk tanda memberi izin untuknya duduk. Dia tahu Dato Khalil ada masalah. Dia bukan budak kecil yang boleh di bohongi.

Uncle, Riya sudah dewasa uncle, Riya tahu uncle mesti ada pendam sesuatu. Apa kata uncle share sikit dengan Riya masalah uncle, mana tahu Riya boleh tolong. Uncle juga penah cakap yang Riya ini sama macam Mawar, so kalau macam tu uncle automatic jugak seorang ayah pada Riya. Okay..okay pendek cerita uncle anggap aje Riya ini kawan uncle biar senang uncle luhakan semuanya.” Pujuk Riya lembut sambil merenung wajah Dato Khalil.

Dato Khalil tertawa kecil, anak ini sejak dulu lagi memang pandai memujuknya selagi dia tidak bercerita pasti akan di korek habis-habisan oleh Riya. Dia tersenyum bahagia melihat perubahan Riya. Mawar entah bila akan berubah?

“Riya, jika Riya anggap uncle ini ayah Riya, Riya rasa Mawar benci tak sebab dapat seorang papa yang jahat seperti uncle?”

Riya menggeleng-geleng kepalanya. Dia terkejut mendengar pengakuan Dato Khalil, apa yang dia lihat Dato Khalil seorang yang keras hati dan tak mudah mengalah atau mengakui sesuatu.

“Maksud uncle?”

 Uncle sedar yang uncle bukanlah seorang ayah yang baik kepada Mawar. Uncle tahu Riya mesti ada dengar dari khabar angin tentang uncle. Jika Riya tanya orang di luar sana pasti mereka tahu siapa uncle, mungkin itu jugak salah satu sebab Mawar tidak mahu di atur”
 
Uncle… Riya tak nak dengar lagi!” tahan Riya tidak mahu Dato Khalil meneruskan kata-kata itu. Kesalahan Dato Khalil tidak perlu dia dengar terperinci, dia sudah tahu semua kegiatan Dato Khalil sejak dari dulu.

Uncle, tak ada sesiapa boleh menilai diri orang sama ada dia baik atau jahat, hanya Tuhan yang mampu berbuat demikian. Riya nak uncle tahu setiap orang ada kelemahan dan kelebihan, pasti ada alasan tersendiri mengapa kita jadi macam itu.” Sambung Riya semula.

“Tak Riya, itu memang kenyataan Riya. Uncle memang seorang yang jahat, uncle banyak dosa Riya. Riya, benci ke Mawar kerana dia mendapat seorang ayah seperti uncle ini?” rintih Dato Khalil lagi.

Uncle…” Mata Riya berkaca-kaca, ini kali pertama dia melihat Dato Khalil berbicara dengan wajah yang ikhlas. Riya berasa seolah-olah ini bukan Dato Khalil yang terkenal dengan kebengisan dan ego.

“Riya yakin Mawar tak pernah benci uncle. Dia sayang uncle. Walaupun Mawar memberontak tapi jauh di sudut hatinya dia tak pernah marah uncle apalagi mahu membenci uncle di sebabkan sikap uncle. Uncle tak jahat, kalau uncle jahat uncle tak akan jaga Mawar,  Riya, Mak dan ayah Riya seperti hari ini walaupun Riya dan keluarga Riya hanya menumpang dan bekerja untuk uncle.  Mawar perlukan papanya yang dulu yang penuh dengan kasih sayang dari benda-benda yang lain. Mungkin… uncle sibuk mencari nafkah untuk Mawar dan banyak menghabiskan masa di luar, sebab itu Mawar selalu memberontak untuk mengambil perhatian uncle.” 

Dato Khalil merenung anak gadis yang sebaya dengan anaknya , Mawar. Sudah jauh lebih matang Riya kini berbanding dulu. Dia senang dengan perubahan Riya. Di dalam hati dia memanjatkan doa untuk anaknya suatu hari nanti akan berubah menjadi matang seperti Riya. Mungkin Mimah dan Dollah berjaya mengubah sikap anak mereka dengan didikan dan selalu dekat ketika anak mereka ada masalah tidak sepertinya yang selalu mengabaikan Mawar.

“Riya, boleh uncle tanya? Riya benci ke dengan apa yang uncle lakukan?” 

Riya kelu. Benci? Dulu mungkin dia benci dan menganggap Dato Khalil gagal menjadi ayah kepada Mawar dan kaki perempuan tapi sekarang pandangannya telah berubah tidak manusia yang dapat lari dari melakukan kesalahan. Hanya masa yang akan merubah mereka seperti dirinya kini.

“Jujur Riya cakap, mungkin dulu Riya memang benci uncle kerana menganggap uncle seorang papa yang gagal dan kaki perempuan tapi Riya sedar itu mungkin khilaf uncle, Riya yakin uncle ada alasan sendiri, kenapa?” Dato Khalil menarik nafas panjang mendengar jawapan Riya. Melihat pengakuan jujur gadis ini, hatinya tergerak hatinya untuk berterus terang. Sekurang-kurangnya beban yang di galasnya kini sedikit ringan dan dia sudah ada seseorang untuk berkongsi masalah ketika ini.

“Riya, nak tahu juga apa masalah uncle?” Dato Khalil menyoal Riya, tapi hanya melihat gadis itu hanya mengangguk sahaja.

“Baiklah, Riya tengok gambar-gambar ini. Uncle tak akan salahkan jika setelah Riya melihat gambar tersebut Riya akan marah pada Uncle.”

Riya mencapai sampul surat yang dimaksudkan oleh Dato Khalil. Di belek satu-persatu gambar yang terdapat di dalamnya. Dia berasa terkilan sebaik sahaja melihat gambar-gambar itu, tapi melihat keikhlasan Dato Khalil yang mahu berkongsi masalah membuat hatinya masih mampu bertentang.

“Riya dah tengok? Sekarang Riya cuba tengok sampul surat yang lagi satu.” 

Dengan teragak-agak Riya mencapai sampul surat yang lagi satu. Beristifar, Riya di dalam hati. Terkedu sebaik sahaja melihat gambar Mawar dan seorang lelaki di atas ranjang dengan hanya berselimut sahaja, dilihat pakaian Mawar dan lelaki itu jelas bersepah di atas lantai.

“Sekarang Riya dah tahu apa masalah uncle bukan?” Riya menyoroti semula wajah sungul Dato Khalil.

“Maaf, kalau Riya banyak bertanya. Siapa yang buat kerja ini semua uncle, apa yang dia mahu dari uncle?”

“Itu yang merunsingkan uncle. Dan Riya pasti tahu jika gambar-gambar ini tersiar di dada akhbar?” Riya mengangguk. Dia simpati dengan Dato Khalil.

  Uncle, bawak banyak bersabar uncle, semua yang terjadi ini pasti ada jalan penyelesaiaannya. Insya-Allah. Uncle kalau Riya tanya uncle jangan marah ya, siapa perempuan yang uncle peluk tu?”

Dato Khalil merenung Riya. “Dia…, dia… dia adalah..!” Dato Khalil tidak dapat meneruskan kata-katanya. Perasaan malu menebal di hatinya.

“Tak apa, kalau uncle keberatan nak bagitahu Riya. Riya faham. Riya pasti mesti uncle sayang dia kan?”

Dato Khalil mengangguk perlahan-lahan.

Riya tersemyum hambar. “ Apa kata uncle jangan jumpa dia secara diam-diam, kalau betul uncle sayang dia dan ikhlas, uncle kenalkan dia dengan Mawar.”

“Apa maksud Riya? Soal Dato Khalil.

“Riya percaya Mawar akan menerima dengan tenang jika ini jalan yang uncle pilih, slow talk dengan dia. Riya sayang uncle macam mana Riya sayang ayah Riya sendiri, Riya tak nak lagi tengok uncle bergelumang dengan dosa cukup lah dosa yang lalu jangan di tambah lagi uncle. Uncle kahwini dia jika uncle benar-benar sayang dia.”

Dato Khalil memandang Riya, dia kagum dan terharu. Cara percakapan dan pemikiran gadis ini, matang. Perlahan-lahan air mata selama ini cuba di sembuyikan di balik kelopak matanya mengalir jua di pipi Dato Khalil. Dia tewas dengan pujukan Riya, anak pembantunya yang memahaminya dari anaknya sendiri. “Maafkan uncle Riya! Uncle janji, uncle akan bawak dia ke sini berkenalan dengan Mawar dan Riya.” Terus Dato Khalil menunduk di meja kerjanya. Menangis.

Uncle tak ada salah dengan Riya, baik uncle minta maaf pada-NYA, insya-Allah segala dosa-dosa uncle akan di ampun-NYA. Riya selalu doakan kebahagian untuk uncle dan Mawar.” Dato Khalil mengangkat kepalanya, lalu mengangguk.

Uncle, boleh Riya katakana sesuatu lagi?” soal Riya lagi.

Dato Khalil mengangguk. Dahi Dato Khalil sudah berkerut seribu.

“Betul kata orang tua-tua, bila orang tua menangis dia tak nampak comel tapi nampak buruk lah uncle,” seloroh Riya sambil tersenyum manis, mengembalikan senyuman di bibir Dato Khalil.

Dato Khalil yang mendengar tertawa kecil. Gadis ini memang pandai memujuk dengan telatahnya.





BERSAMBUNG... ;D